Monday 13 October 2014

Laptop vs Pen Marker

           "Lumrah seorang yang bergelar pendidik boleh mewujudkan banyak spekulasi yang tidak baik. Sebagai contoh, guru itu sangat mulia di sisi pelajarnya. Namun ada disebalik kisah dan tauladan yang sangat perit untuk diperkatakan......" Cikgu Aina Alfia mula memikirkan sesuatu tentang kerjayanya seorang guru tetapi dalam hati kecilnya juga ingin menjadi seorang penulis.

           "Alamak!!! Serius aku belum habis lagi nak menulis cerita dalam blog aku ni....errgghhhh...memang silap akulah tidak rancang betul-betul jadual aku. Sekarang, sudah kelam-kabut dibuatnya." Dengus Aina yang kepalanya masih serabut melihat anak meja yang berlumuran dengan buku-buku sekolah dan juga dihadapannya laptop kesayangannya itu. Dunia penuh cabaran sebenarnya. Tetapi dia tidak pernah fikir apa akan berlaku nanti cuma apa yang dia hendak lakukan sekarang sahaja. Dengan perasaan cuba untuk tenangkan diri dia mula menyusun baris-baris buku dengan sempurna agar nampak kemas dan teratur. Setelah siap barulah dia memandang ke arah laptopnya semula dan melihat cerita blognya yang masih terhenti di perjalanan sehingga tidak pasti bagaimanakah penghujungnya. Setelah itu, dia mengambil keputusan untuk menyiapkan kerja sekolah dan buku-buku pelajarnya terlebih dahulu barulah dia dapat memfokuskan diri dengan menulis semula. Itulah dunia sebenar Aina Alfia yang sungguh menyibukkan dan menggembirakan hatinya juga.

           Aina Alfia dikenali sebagai gadis molek dan berkurung serta suka bergaya ketika mengajar di tempat tuisyennya. Ramai pelajarnya amat meminati gayanya yang santun itu. Karaternya tidaklah lemah lembut sangat hanya penampilan seorang guru tetap menonjol. Dia akan suka dalam keadaan kemas walaupun di mana dia berada dengan ayu dan sopannya itu. Seorang yang suka senyum dan juga garang.

Tuesday 29 October 2013

Perfect Guy, Konon!!!!!!!!!! 15

          Beredarnya Ridhwan setelah penat mengangkat kekasihnya, Elfie ke dalam bilit rawatannya di hospital itu dari tempat yang jauh iaitu semasa mereka berada di dalam hutan yang gelap-gelita serta harapannya untuk berterus-terang kian pudar apabila Elfie tiba-tiba pengsan di saat Ridhwan benar-benar ingin meluahkan perasaan hatinya itu.

"Elfie...bangun..baanngunnn sayangku!" Kata Ridhwan setelah meletakkan Elfie di atas katilnya. Namun tiada juga tindak balas dari kekasihnya itu. Hatinya mula risau kerana kalau dia masih berada lama di situ dan berkemungkinan orang lain atau juga jururawat akan menghidu kehadirannya di hospital itu. Maka, tiada pilihan lain yang patut dia lakukan melainkan dia terpaksa juga pergi dan keluar dari situ.

Sebelumnya, dia sempat mengucup tangan Elfie dengan penuh kasih sayang agar Elfie boleh mengingati semula dirinya apabila dia sudah sedar nanti. Ridhwan tahu yang kasihnya amat dalam pada Elfie Nasreen seorang. Walaupun keadaan mereka begini, Ridhwan mampu melawan egonya yang tinggi itu di hadapan Elfie.

Dengan itu Ridhwan cepat-cepat melangkah pergi meninggalkan Elfie yang masih tidak sedarkan diri.

"Yess, masih gelap lagi. Baik aku jalan perlahan-perlahan dan keluar mengikut arah pintu hadapan supaya tiada sesiapa yang akan syak kedatangan aku dan pengawal akan beranggapan aku hanya pelawat sahaja yang mahu pulang ke rumah." Kata dalam hatinya.

Kakinya terus melangkah sehingga nampak pintu hadapan dan dilihatnya ada dua orang pengawal di situ. Yang seorang sedang tidur manakala yang seoraag lagi seperti sedang meronda-ronda melihat sekelilingnya.

"Eh awak, apa yang buat malam- malam macam ni? Dah nak balik ke? Kenapa balik tengah malam pulak?!" Tanya pengawal itu kepada aku.

"Ohh, saya rasa mengantok sangat tadi...Itulah nak balik sekarang nak rehat kat rumah je boleh lama sikit kan...." sahut Ridhwan dengan selambanya dan harapan agar dia boleh keluar dari situ.

"Ok, nanti datang lagi ke jaga pesakit kat sini?" Tanya pengawal itu lagi.

Eh, pakcik ni banyak pulak tanya soalan dia dekat aku.

"Mungkinlah pak cik...nanti siang saya kembali lagi." Jawab Ridhwan dan lalu cepat-cepat mohon untuk pergi.

"Baiklah..." jawab pengawal itu.

Huhhhh...nasib baik ko lepas bro....! Boleh jatuh jantung aku tadi kalau tak lepas. Mana tidaknya banyak pulak soalan yang perlu aku jawab. Hakikatnya, aku tak suka pun nak pergi hospital ni...

          Akhirnya Ridhwan berjaya keluar dari hospital itu dengan selamat dan juga berjaya melepaskan diri dari pengawal-pengawal yang asyik banyak bertanyakan soalan kepadanya. Dalam lubuk hati kecilnya masih lagi ingin berborak panjang dengan kekasih hatinya, namun keadaan masih tidak mengizinkan... penuh dengan rintangan dan dugaan dalam dia hendak belajar mengenal erti cinta.

"Aku doakan kau cepat sembuh Elfie Nasreen...jangan sesekali kau menyeksa hati aku lagi... aku benar-benar rindu padamu. Di saat aku rindukan kau, di situlah hati aku terasa sakit melihat kau bermesra-mesra dengan lelaki lain. Aku tahu aku tak patut menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Hanya ini semua berpunca dari kesilapan aku sendiri...terlalu ego dengan pendirian aku. Syak yang bukan-bukan dengan sahabat aku sendiri... Please, maafkan aku Elfie...please..." dalam rintihan hatinya berkata dengan harapan agar Elfie dapat mendengar segala luahan hatinya itu.

Segala kata-kata itu juga di rakam di dalam smartphonenya... Biar satu hari nanti, Elfie kekasihnya dapat mendengar semua kata-kata kasih dan cintanya yang begitu mendalam itu. Dia pun beredar dari situ dengan menggunakan teksi untuk menuju kembali ke hotelnya.

                                       **********************

Tersedarnya Elfie setelah merasakan dirinya sakit di kepala semasa mengingati sesuatu yang ditunjukkan oleh lelaki misteri padanya itu. Lalu dia membuka matanya dan melihat di sekelilingnya...

"Ehhh...aku di mana ni??? Bukannya aku di hutan ke malam tadi dengan....lelaki tu...." kata-katanya terputus dan juga terkejut apabila tiba-tiba pintu biliknya di buka dan terlihat seorang lelaki yang selalu melawatnya di situ sejak dia sedar dari kemalangan kelmarin itu.

"Ohh..awak rupanya Is...." sahut Elfie terus tanpa menunggu Is bertanyakan khabarnya.

"Ye..hai..kenapa? Awak okey?? Sihat???" Tanya Is kepada buah hatinya sambil melontarkan senyuman yang penuh makna itu. Maknanya dirinya amat rindu dengan Si Elfie.

"Ohhh, hai...saya sihat alhamdulillah.. Awak datang sorang-sorang ke? Mana yang lain-lain...???" tanya Elfie kepada lelaki yang belum dia kenal sepenuhnya dan apakah kaitannya dia terhadap aku. Pertanyaan yang tadi juga adalah untuk mengelakkan dirinya berduaan sahaja di dalam bilik itu dan itu membuatkan dirinya tidak selesa.

"Kenapa dengan awak ni Elfie? Macam tak selesa je.... Awak takut ye dengan saya kat sini...." tanya Iskandar dengan Elfie kerana dia sudah melihat muka Elfie yang seperti susah hati di atas katil itu. Majalah yang dibacanya tadi, sudah berubah mukasuratnya apabila dia asyik membelek-belek sahaja dari tadi.

"Jangan risau... kejap lagi Watie dan Danie akan sampai. Dia orang baru mesej saya tadi... saya pun ada beritahu mereka semalam yang saya akan melawat awak hari ini sebabnya saya akan terbang ke Australia ada urusan sedikit. Itu sebab nak ucapkan selamat jalan dengan awak dulu sebelum saya berangkat nanti." Terang Is dengan buah hatinya itu yang akan dirinduinya selama tinggal di Australia nanti. Dia bertekad akan menjaga Elfie walaupun dia jauh di mataku.

"Owh begitu...thanks Is, sudi jaga saya selama ini. Berapa lama awak dekat Australia tu??" Tanya Elfie lagi.

"Lama lah gak...dalam setahun lebih...biasalah uruskan syarikat kat sana...." jawab Is yang sebenarnya dia hanya membantu sepupunya itu iaitu Ridhwan yang lama menghilangkan diri dan dirinya terpaksa menggantikan tempat Ridh buat sementara waktu. Apabila Ridh mahu kembali semula ke pangkuan keluarganya, pasti dia yang akan ambil alih semula. Dan Elfie tidak patut tahu hal kehilangan Ridh sejak dulu lagi sehinggakan dia sanggup tinggalkan Elfie dalam kerinduan itu dulu. Mujur Elfie boleh melupakannya dan kemalangan yang menimpa Elfie ini juga membuatkan Is menyesal tidak menyatakan cintanya kepada Elfie dulu...

Wednesday 19 June 2013

Perfect Guy, Konon!!!!!!!!!!!!!! 14



"Alamak!!!". Kaki Elfie seperti terlanggar sesuatu yang dirinya sendiri tidak pasti apakah benda itu kerana dalam keadaan gelap tiada apa yang boleh dilihat dengan jelas sehinggakan wujud bunyinya yang terlalu kuat.

"Praaaggkkkk.... Apa bendanya tu??? Aduhh...dah la ada bunyi pulak!" desus dalam hati Elfie yang terus melangkah ke taman yang gelap di hadapannya itu. Apabila terdengar bunyi itu, cepat-cepat dirinya mencangkung dan mendiamkan diri buat seketika. Bunyi seperti sesuatu yang pecah itu boleh membuatkan penjaga tahu kehadirannya di situ. "Mungkin aku berada di kawasan larangan sekarang! Aduhhh, matilah aku kali ini!!!" jeritan batinnya lagi.

Dari jauh, Elfie nampak cahaya seperti cahaya lampu suluh yang sedang laju ke sana ke mari. Tetiba terdengar bunyi hentakkan kasut yang sedang menuju dekat ke arah dirinya. Elfie hanya terus mendiamkan diri di sana. Namun hatinya tetap berdebar-debar. 

"Siapa tu???!!! Ada sesiapa di sana??? Cepat keluar sekarang!" suara dari penjaga lelaki yang tidak nampak lansung wajahnya. Hanya sekeping suara yang sangatlah kasar kedengaran. Sambil itu, lampu suluhnya tetap meliar ke sana ke mari untuk kepastian.

"Nasib baik aku sempat bersembunyi di celah-celah pohon yang besar ini. Kalau tidak, kena tangkaplah aku ini. Itulah kau, berani sangat! Bodoh ikut cakap lelaki misteri tu. Sekarang siapa susah??? Kau jugak kan. Dia di sana senang-lenang je tunggu aku!" Rasa marah kepada lelaki misteri itu mula terasa apabila berlaku kejadian tadi. Beberapa minit kemudian, lelaki penjaga itu pun beredar dari situ. Aku pun menarik nafas lega.

"Alhamdulillah....selamat aku kali ini!" bisiknya lagi sambil menyapukan kedua-dua tangannya ke muka.

"Baik aku gerak sekarang, rasanya dah aman ni....." Elfie mula majukan langkahnya untuk ke arah lelaki misteri itu.


          Ridhwan yang sudah lama menunggu Elfie mula merasa resah dan gelisah. "Kenapa lama sangat ni??? Lembab betullah perempuan tu... Tak tahu ke nyawa aku ni tak selamat kat sini. Tak pasal-pasal kena cekup, matilah aku!!! Wei perempuan, cepatlah!!!!" katanya dengan nada perlahan sambil merungut-rungut.

Dilihatnya Elfie yang hampir nak sampai ke arah pohon yang ditunggunya itu. Tanpa berlengahkan masa dia menukarkan rancangannya yang lain. Dia beredar dari situ dan berjalan ke arah membelakangi Elfie.


"Alhamdulillah...sampai juga aku kat sini. Ehh...mana dia??? Tadi aku tengok dia ada berdiri dekat sini, walaupun gelap tapi gayanya dia ada di sini tadi. Pelik!!! Takkan tiba-tiba hilang kot." kata Elfie.

"Awak... Awak..." Elfie memanggil lelaki misteri itu. Tetapi tiada sambutan dari sebarang suara pun. Hanya kesunyian yang didengar oleh Elfie.

Elfie mula merasa takut. Hatinya menjadi resah kerana hari sudah gelap-gelita, tiada sebarang respon pun yang muncul kerana dia sudah lama berdiri di situ. Matanya mula membulat menoleh ke kanan dan ke kiri hanyalah hutan sahaja. Air matanya mula bertangkung, tangannya mula memeluk badannya sendiri kerana dirinya mula mersa kesejukkan.

"Awak kat mana???? Saya dah sampai, awak tak ada pun!!! Awak tipu!!!" kata Elfie sambil teresak-esak menahan tangisannya.

Tiba-tiba....

Ada seseorang yang menyerangnya dari arah belakang dan memeluk badannya dengan kuat serta tangan lelaki itu juga segera cepat menutup mulutnya agar dia tidak dapat menjerit untuk meminta pertolongan.

Suara yang berbisik dan berkata, "Shuhhhh....diaammm.... Ini akulah, lelaki misteri. Aku nak apabila aku buka mulut kau, kau jangan menjerit pula... Maafkan aku ya." 

Elfie hanya cepat-cepat menganggukkan kepalanya agar lelaki itu tidak cuba mengapa-apakan dirinya dan sudi melepaskannya. Dia sudah mula merasa takut dengan kehadiran lelaki misteri itu di hadapannya.

Akhirnya, lelaki itu melepaskan tangannya dari memeluk Elfie dan genggaman dari mulutnya juga dilepas secara perlahan. Elfie hanya memerhatikan gerak-geri lelaki misteri itu dengan melangkah ke hadapannya. Mata Elfie terus membulat dan menundukkan kepalanya apabila lelaki itu membalas pandangannya dengan tajam.

"Ishh, awak nak buat apa dekat saya??? Nanti saya menjerit tau!" ugut si Elfie di hadapan lelaki misteri itu.

"Tolong jangan buat bising...aku lelaki misteri yang kau nak tahu sangat-sangat tu..." dengan nada serius lelaki misteri itu berkata dan nadanya juga agak perlahan.

"Dah tu, kenapa kau pegang-pegang aku???" tanya Elfie lagi.

"Aku sebenarnya tak nak mengejutkan kau, cuma aku.........." kata lelaki itu dan percakapannya terputus begitu sahaja. "Patutkah aku berkata yang aku rindu padanya pada saat yang genting seperti ini???" bisik Ridhwan dalam hati.

"Aaahh..lupakan sahaja. Inilah aku lelaki misteri yang memberi surat kepadamu itu. Boleh kau ingat aku lagi???" tanya lelaki itu.

Dengan hati yang amat takut Elfie cuba memberanikan diri juga untuk menjawab soalan yang ditujukan kepadanya itu.

"Maaf, saya memang tak ingat awak pun...sedikit pun tak boleh ingat! Tolonggg, lepaskan saya boleh?" kata Elfie dengan nada yang bergetar-getar.

"Macam mana awak sanggup lupakan saya??? Hahhh???" jawab Ridhwan dengan niat untuk memaksa fikiran Elfie untuk mengingat siapa dirnya dalam hidup Elfie dulu...

"Awak tahu saya amat menyintai awak, ssayang pada diri awak...awak lupa???" sambil berkata-kata kaki Ridhwan melangkah merapati wajah kekasihnya itu. Dia tahu hatinya amat merindui Elfie yang dulu, seorang yang berani melawan setiap kata-katanya dan bukan seperti sekarang ini. Tangannya juga cuba untuk memegang tangan Elfie dengan perlahan.

Jantung Elfie mula berdengup laju apabila wajah lelaki misteri itu mula mendekati pipinya dan mengucapkan kata-kata yang membuatkan dirinya menjadi lemah di cuping telinganya. Dia terkejut apabila lelaki itu berani memegang tangannya. Dia tidak dapat melawannya dan hanya membiarkan gelagat lelaki itu terhadapnya. Di hatinya ada merasakan sesuatu. Sesuatu yang agak nyaman dan bahagia.

"Sayang, betul awak tak ingat saya???" katanya lagi.

"Entah, saya keliru... Siapa awak sebenarnya???" jawab Elfie dengan nada perlahan dan dia merasakan dirinya semakin lemah.

Patutkah aku berterus-terang padanya?? Bisik hati Ridhwan.

"Saya hanya berharap awak akan ingat pada saya. Saya akan menunggu awak." Ridhwan membalas sambil mengeluarkan sesuatu di dalam poketnya. Dia memberikan seutas rantai yang berbentuk hati tapi hanya separuh pada dirinya.

Elfie mula tergamam melihat apa yang ditunjukkan oleh Ridhwan padanya. Apabila melihat rantai itu, kepalanya mula sakit dan pening-pening...

"Saya rasa saya pernah tengok rantai tu.......ergggg.....sakitnya kepala saya awakkkk...." kata Elfie hingga tidak terdaya menahan sakit di kepalanya akhirnya dia terus pengsan di situ.

"Awakkk....." sahut Ridhwan. "Alahhh, kenapa pengsan pulak ni sayang??? Tak boleh jadi ni.. Aku mesti bawa dia ke bilik balik ni." Ridhwan yang tidak mahu membuang masa takut-takut ada orang perasaan dirinya di hospital itu, cepat-cepat dia mendukung Elfie dan bawa terus ke bilik rawatannya.

Setelah sampai di bilik, Ridhwan pun keluar dan pergi meninggalkan Elfie yang masih pengsan yang tidak sedarkan diri di atas katil itu. Ridhwan hanya mahu dirinya berehat agar dia beranggapan perkara yang berlaku pada malam tadi hanyalah mimpinya sahaja.



Kepunyaan Blog.....Comel :)

Gadis yang kecil molek berasal dari Kuching Sarawak. Dirinya amat bersahaja dengan amat meminati bidang penulisan ini bagi mewujudkan cerita & kisah menarik yang tergambar di fikiran untuk direalisasinya kelak. InsyaAllah... PEACE