Monday 27 August 2012

Pencarian Cinta 3


“Ibu……………..Nana nak keluar pergi jalan-jalan sekejap dengan Ain. Nana nak berjumpa dengan orang-orang kampung dan juga ke kebun kita. Nanti kita jumpa dekat kebun. Jalan dulu ibu…” jerit Nana kepada ibunya dari jauh dengan berbasikal kesayangannya yang sering menjadi penemannya sejak dari bangku sekolah lagi. Ain pula seorang adik yang amat manja dengan kakaknya walaupun di mana kakaknya berada dia akan tetap bersama dengan Nana namun, apabila mereka berjauhan Nana dan Ain mudah terasa rindu dengan saat mereka bersama di kampung itu.

          Aku meneruskan berbasikal sambil berbual dengan adik aku si Ain.

“Adik, kalau kakak tak ada, adik selalu pergi kat mana????”

“Adik tak keluar rumah kakak. Adik selalu bersama dengan ibu, sebab ibu tak kasi kalau adik keluar jalan sorang-sorang kalau tak ada hal penting. Paling tak pun, adik akan duduk kat kebun ibu je. Ibu buat keje, adik pulak belajar kat pondok dan bermain dengan kawan-kawan uyang lain kat situ.” Balas adik Nana.
“Ohh…macam tu…baguslah adik. Adik nanti bolehlah jaga ibu kalau kakak tak ada kat sini nanti. Janji tau….”

“Adik janji kakak akan jaga ibu selalu…” Adik menyambung lagi.

          Jauh sudah aku mengayuh basikal sehinggakan orang-orang disekeliling semuanya aku tegur kerana lama tidak balik kampung. Aku terlalu amat merindui kampung yang mempunyai suasana yang segar dan nyaman. Ketenangan yang amat mendalam juga dapat aku rasakan apabila berada di kampung ini. Rindu aku juga dengan teman-teman sekolah aku dulu iaitu Rini dan Tasha. Ingin aku berjumpa dengan mereka sebelum aku pulang ke Kuala Lumpur.

          Aku benar berasa gembira di sini. Pondok kesayangan aku ini juga banyak kenangan manis dalam hidup aku. Teringat aku pada zaman persekolahan aku dulu, kami bertiga Rini, Tasha dan aku selepas balik sekolah pasti akan lepak sebentar di pondok berdekatan dengan kebun ibu aku. Kami akan membuat mesyuarat tergempar sekiranya salah seorang daripada kami ingin meluah perasaan sekiranya ada masalah yang diri sendiri tidak dapat selesaikan. Pondok itulah tempat kami bertiga mengadu penderitaan, kegembiraan, kesedihan dan sebagainya kenangan yang banyak memberi erti dalam kehidupan kami.

“Nana, kita jumpa kat pondok petang ini ye…aku dah ajak Tasha sekali. Jangan lewat tau.” Kata Rini.

“Ok, setttt…beb….aku tak akan lewat punya….Hehehe…..” Nana ketawa sambil memberitahu Rini tentang kehadirannya di pondok.

          Tibanya aku di pondok, setengah jam kemudian Rini dan Tasha pulak yang sampai di pondok. Biasanya kami mungkin ada masalah sekiranya membuat perjumpaan di pondok ini.

“Ok, kita semua dah datang. So…apa cerita nie sayang???” kata Nana kepada kawannya.
“Aku ada masalah sikitlah…..geng….”Balas Rini.
“Kenapa lak nie??? Kau ada masalah apa Rini???......” sambung Tasha.
“Engkau orang boleh tolong ajar aku tak…??? Aku tak reti lah bab-bab macam nie.”
“Apa dia?????” Teriak tasha dan Nana serentak.
“Ada mamat kelas 5 Sastera nie ada suka kat aku. Malu lah aku…..Ini ada surat cinta yang dia bagi…Geli aku nak bacanya lah…” Rini bercerita lagi.

          Tasha dan Nana berebut-rebut untuk mendapatkan surat cinta dari tangan Rini tadi lalu mereka berdua membacanya dengan tenang sekali.

“Dah? Dah habis engkau berdua baca surat tu???” Rini tarik muka dengan perangai kawannya itu yang terlalu minat hendak membaca isi surat cinta dari lelaki misteri itu.

“Ala….tak letak nama dia pun…Frust lah………..” kata Nana.

“Tak penting lah…..Nana.. Sekarang ini aku bingung sangat tau…hilang focus aku nak belajar lah macam ni…Tak suka lah.. Lagi-lagi pasal nak bercinta-cinta ini. Nanti aku dimarah mak ayaha aku pulak.” Rengek si Rini lagi.

Calm down friend….jangan lah macam ini. Belajar tetap penting dalam masa kita sekarang ini. Kita tiga kan dah janji akan belajar hingga ke menara gading. Pasal surat ini, kita boleh bawa bincang lagi. Aku rasa kita patut balas dan katakan yang engkau belum bersedia dengan hubungan ini. Kau mesti berterus terang, kalau tidak dia akan terus mengganggu kau nanti.” Panjang lebar Nana memberi penjelasan kepada Rini dan Tasha.

“Aku setuju…..” Balas Tasha.

“Mari kita sama-sama balas surat ini ok Rini. Dah, jangan risau lagi. InsyaAllah, dia akan faham nanti.” Kata Nana lagi.
         
          Ketiga-tiga mereka pun membalas surat cinta Rini kepada lelaki misteri itu. Nana akan sentiasa membantu kawan-kawannya walau apa pun perkara yang berlaku mereka tetap bersama sehingga sekarang. Itulah kenangan manis yang amat aku sukai kerana aku tidak sangka ada juga lelaki yang meminati Rini yang ala tomboy itu. Mungkin ada kebaikan di sebalik wajah Rini yang polos dan perwatakannya yang agak kasar dan garang itu.

          Apabila selesai menulis surat itu mereka pun bersurai. Mereka saling sepakat akan memberikan surat itu bersama-sama di hadapan lelaki misteri itu nanti dan semuanya setuju. Mereka juga berharap agar tiada yang akan berasa sakit hati dan membenci antara satu sama lain.

          Setelah lama aku berada di pondok dengan mengingati kisah-kisah antara aku dan teman-teman aku, aku berasa sungguh bahagia apabila balik ke kampung ini. Aku tidak mahu sedikit pun untuk melupai segala kenangan indah serta pahit bila bersama mereka. Aku amat merindui mereka. Kemudian aku pun menghampiri basikal aku lalu pulang ke rumah. Setelah penat lelah aku untuk balik ke kampung berbaloi juga apabila dapat merehatkan diri di pondok kesayangan aku tadi.

          Tiba di rumah, aku melihat ibu sedang asyik memasak manakala adik Mira sedang seronok mengusik-usik ibu di dapur. Keluarga yang terlalu aku rindui selalu dengan penuh senda gurauan lalu aku pun membantu ibu bersama bagi menyiapkan makanan untuk makan malam ini.

“Ibu tengah masak apa di dapur ni????” kata aku.

“Ibu nak masak masakan kegemaran Nana ni…ayam goreng masak kicap. Mesti Nana sukakan…” Balas ibu.

Nana tersenyum dengan jawapan dari ibunya lalu membantu bersama ibunya menyiapkan makanan tengahari itu.
          Setelah siap dihidangkan atas meja makan, mereka pun bersama-sama menikmati makanan yang sedia ada itu dengan berbual.
“Macam mana percutian Nana nie di kampung???” Tiba-tiba ayah bertanya soalan kepada Nana.

“Alhamdulillah ayah. Nana seronok dapat balik kampung, dapat jumpa ibu, ayah dan keluarga di sini.” Balas Nana.

“Pelajaran kamu pula macam mana??? Baik ker???” tanya ayah lagi.

“Pelajaran Nana pun ok jer ayah…sementara kat kampung nie Nana ingat nak buat tugasan Nana tu. Lepas cuti nie kena hantar kat pensyarah lagi. Bolehlah banyak kerja nak buat tu ayah.” Balas Nana lagi.

“Emm..belajar elok-elok yer nak…..tumpu sepenuhnya dengan pelajaran tu…jangan asyik berkhayal je kat pondok tu.” Sampuk ibu.

“InsyaAllah ibu…Nana takkan sia-siakan pelajaran Nana nie…” jawab Nana.

          Mereka sekeluarga terus memberi tumpuan dengan hidangan yang ada di atas meja tadi. Nana terasa bahagia kerana dapat memiliki ayah dan ibu yang prihatin dengan keadaan anak-anaknya walaupun berjauhan. Kerinduan tetap dirasai apabila sampai di rumah ini lagi-lagi dengan masakan ibu Nana yang sedap belaka. Tidak lupa juga dengan telatah adik-adiknya yang lain, mereka pasti mesra dan gembira selalu. Keluarga aku adalah segalanya dalam hidup aku. Aku mahu mereka terus bahagia hingga ke akhir hayat aku.

          Setelah selesai makan tengah hari, aku pun pergi ke bilik dan melakukan tugasan yang diberikan oleh pensyarah aku. Aku masih terfikir apa yang hendak aku sampaikan dalam hasil karangan aku ini nanti. Aku masih ketiadaan idea yang baik untuk dceritakan. Lalu aku pun merebahkan diri di atas katil dengan memegang sebatang pen serta kertas untuk aku tuliskan idea-idea yang mana sesuai. Dalam kebosanan aku berfikir aku memasang radio Hot Fm… Lagu yang berkumandang adalah Stacy bertajuk “Jahat”. Aku layan saja dengan lirik lagu tersebt namun idea masih juga belum terkeluar. Akhirnya, aku terbaring sahaja dan melihat syiling. Mana tahu muncul pulak lah idea nanti. Bisik hati aku….

          Beberapa lama kemudian aku teringat dengan poster yang aku baca di depan bilik kuliah aku.
“Poster………yer…Apa kata aku cuba tulis karya tentang pencarian cinta aku…Emm…. Nampak macam menarik kan…” kata aku keseorangan.
“Baiklah…aku sudah jumpa tajuk karya aku adalah “Pencarian Cinta….” Bisik hati aku lagi.
          Aku pun terus melakar karya aku dengan baik agar menjadi sempurna serta berharap pensyarah aku dapat menerimanya dengan hati yang tenang nanti. InsyaAllah…….

Pencarian Cinta 2


Baliknya aku ke kampung halaman di Kuching, Sarawak adalah saat yang aku tunggu-tunggu. Mak, ayah, adik-adik tunggu kak Nana balik ya….hehe…gembira rasa hati dapat balik semester di kampung. Di samping itu, aku boleh juga menginap lama di kampung dengan membuat kajian tugasan di sana nanti. Rupa-rupanya, di sebalik percutian aku ini ada juga kerja yang perlu disiapkan. Apa-apa pun sampainya aku di sana, aku akan berehat sepuas hati aku nanti.

            Setibanya aku di terminal kapal terbang KLIA….jam menunjukkan tepat pukul 5.00 petang… Emm… Flight aku ada 2 jam lagi…apa perlu aku buat ye???.... Fikir-fikir Nana…. Apa kata aku makan dulu baru aku lepak kat airport nie… Okay... Good... Mata aku meluru mencari tempat makan, tapi kat airport nie ada kedai roti jer…KFC… Baik aku pergi makan KFC jer lah…lagi pun favourite aku tu….hehe….langkah aku terus ke kedai KFC.

            Nana ialah seorang gadis yang lemah lembut dan ayu dari luarannya namun hatinya yang penuh kasar dan sukar didekati oleh orang-orang sekelilingnya membuatkannya suka menyendiri. Tapi dengan wajah yang putih bersih dan cantik menyebabkan ramai yang minat memerhatinya. Namun, dia rasa bersyukur dengan kecantikan yang dimilikinya dan dia turut tidak melalaikan segalanya dengan angkuh dan meninggi diri.

Alahai…ramai gak lah orang makan kat sini…. Kat mana aku nak duduk nie? Semuanya penuh jer.. Lepas 5 minit aku berdiri menunggu tempat kosong akhirnya tiba jua… Okay, ada tempat tu… Aku terus berjalan ke arah itu lalu duduk dengan memanggil pelayan untuk mengambil pesanan. 

            Setelah selesai makan, aku pun mencari tempat untuk aku merehatkan badan kerana masih menunggu panggilan flight aku membuka laptop agar tidak merasa bosan. Biasa aku nie memang suka menulis, apa lagi aku nak sambung kisah cerita aku nie yang tidak pernah habis… hhehe…

“Assalamualaikum, boleh saya tumpang duduk??? Tak ada tempat kosong lagi lah…boleh ker cik…??
 Emm…”
“Silakan, ini kan tempat umum.”
“OK, anyway thanks… Perkenalkan saya Razlan…”Jawab Razlan.
“Tak tanya pun, terima kasih….Huh, menyampah. Sikit-sikit nak mengorat.” Bisik hati aku lagi.
“Sama-sama. Hai…sombong pulak dah pompuan nie yer…nak berkenalan pun tak sudi.” Razlan berbisik lagi.

            Nana memang seorang yang pasif, amat pendiam tapi juga garang. Dia tidak suka orang yang tidak dia kenali menegur atau menyapa dirinya. Lagipun dia akan sentiasa rasa takut kerana akan sering diganggu sekiranya dia melayan orang di sekelilingnya itu. Nana amat menjaga dirinya sehinggakan sukar untuk seseorang lelaki untuk mencuri hatinya yang penuh suci dengan iman dan taqwa. Namun Nana yang mempunyai wajah yang cantik itu tidak akan membiarkan dirinya dilukai oleh insane bernama lelaki melainkan Allah telah pertemukan jodoh untuknya.

            Nana yang asyik menaip ceritanya di dalam laptop dengan juga pandai mengarang esei yang baik serta penuh dengan idea-idea yang bernas itu merupakan bakat yang ada pada dirinya. Sehinggakan dia tidak menoleh ke arah yang lain dengan fokusnya terus mengarang…..lalu terdengar suara seseorang...

“Cik… boleh saya bertanya, kenapa muka awak nampak serius di hadapan laptop tu… Awak tengah buat apa sebenarnya???...” sapa Razlan kepada Nana di lapangan terbang KLIA.

“Maaf ya encik…saya tak ganggu awak pun, so…jangan sibuk hal saya ye….” Nana menunjukkan mukanya yang marah kepada Razlan.

            Razlan tiba-tiba terdiam dan tidak ambil endah dengan apa yang dikatakan oleh Nana kepadanya. Razlan juga tahu semua perempuan akan bersikap begitu apabila berjumpa dengan orang yang baru. Razlan hanya memberikan senyuman kepada Nana setelah Nana tamat berbicara dan merenung wajahnya yang cantik dan manis itu. Namun, dia tahu bukannya mudah hendak memikat perempuan seperti itu, dia hanya mampu melihatnya sebelum masa memisahkan kami nanti. Razlan amat mengetahuinya.

************
            Fikiran aku semasa berada di dalam kapal terbang, aku teringat dengan Rizal. Dia memang seorang lelaki yang baik yang pernah jadi teman aku di university. Sering juga terserempak dengannya di surau, kantin, ketika aku nak ke kelas dan masa-masa yang lain membuatkan aku terasa rindu dengan keadaan itu. Dia selalu ada bila aku rasa kesunyian. Apa yang dia buat sekarang ya??....ehh…yang aku fikir pasal dia kenapa? Aku bukannya giflfriend Rizal pun…Isshhh…aku nie buat malu jer lah, nasib baik cakap dalam hati jer. Kalau tak memang perasan lah aku. Hehehe…aku tersenyum seorang…..Tiba-tiba pulak….

“Assalamualaikum awak….kenapa senyum sorang-sorang nie??? OOhh…ingat dengan pakwe yer…” Sapa Razlan.

“Ehh…mamat nie..dari tadi menyibuk jer hal aku…Emm..sukahati saya lah encik nak senyum ker, gelak ker…kan..” Sahut Nana kepada Razlan.

“Tak…saya nie nak minta izin duduk tempat saya, kebetulan pulak saya kena duduk sebelah awak. Manalah tahu kalau awak tak izinkan saya duduk. Jadi, terpaksalah saya berdiri aje kat sini….Hihihi…” Usik Razlan lagi.

“Emm..duduklahh….” “Apalah mamat nie…buat aku sakit hati jer lah…bisik dalam hati.” Balas Nana.

            Razlan pun duduk dan mereka saling mendiamkan diri sehingga sampai perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sarawak. Razlan pula hanya mampu menatap wajah Nana ketika itu. Nana juga lansung tidak mempedulikan Razlan yang dia tidak kenali itu. Nana juga tahu yang Razlan hanya berniat untuk mengganggunya sahaja.

            Tiba di lapangan terbang di Kuching, Razlan mengucapkan terima kasih atas kesudian Nana untuk bertegur sapa dengannya dan Razlan turut berharap dapat bertemu semula dengan Nana di masa akan datang. Nana pun menyahut salam terima kasih dan terus berlalu dari situ. Nana betul-betul berasa malu kerana telah bersangka b=buruk dengan Razlan yang niatnya hanya hendak berkawan denganku. Tak apa lah, aku hanya terlalu takut untuk berkenalan dengan orang yang tidak aku kenal sebelum ini. Ya Allah, maafkan aku sekiranya cara aku salah dan menyakitkan hati orang lain. “Maafkan aku Encik Razlan………bisik hati aku”.

            Aku menunggu ahli keluarga aku menjemput dari kampung. Aku menoleh ke kiri dan ke kanan dengan memerhati ornag yang terlalu ramai di lapangan terbang ini. Namun tiada seorang pun kelihatan. Aku mencati tempat duduk dan menunggu mereka.

            Dalam 30 minit kemudian, ayah dan adik aku Fiz pun sampai. “Alah kak…sorry lambat tadi…jalan jem sangat lah biasalah dari kampung nak pergi Bandar nie jauh kan…….Sorry lagi sekali ya akak…buatnya akak tertunggu Fiz dan ayah nie”.

“Takpelah Fiz, akak pun baru sampai kat lapangan terbang nie. Takde lama pun akak tunggu korang di sini.” Ok, jom jalan. Tak sabar akak nak jumpa mak dan yang lain kat kampung tu.” Balas Nana kepada Fiz.

            Mereka bertiga pun terus menuju ke arah parking kereta yang akan dipandu oleh Fiz dan menuju perjalanan ke kampung. Aku benar-benar merindui ibuku di kampung. Diharap semua mereka sihat sahaja hendaknya. Aku turut rindu dengan masakan ibu iaitu ayam masak kicap dan ayam kurma. Hati ini begitu sebak sedih kerana telah lama berjauhan dengan keluarga setelah mulanya aku meneruskan pengajian aku di kota Kuala Lumpur yang serba moden dan berteknologi canggih. “Ibu…Nana balik ibuu…tak sabar hati ini nak peluk ibu yang telah banyak berkorban sepanjang hidup aku, menjada serta mendidik aku. Tunggu Nana ya ibu…” Bisik hati Nana lagi.

            Dalam satu jam kemudian, aku tiba di kampung halamanku. Aku pun melihat wajah ibu yang amat sayu telah lama menunggu kepulangan aku sedang duduk di serambi. Turunnya aku dari kereta Fiz, aku terus berlari anak untuk mendapatkan ibu yang terlalu aku rindui dengan bersalaman dan memeluk erat tubuh badan ibu aku yang hangat. Hati aku amat gembira dan juga sedih akhirnya pelukkan rindu aku telah dibalas erat oleh ibu aku. Dalam tangisan kami berdua berciuman pipi dan dahi aku rasa disayangi dan dilindungi oleh keluarga aku. “Ibu, Nana rindu ibu, maafkan Nana kerana telah lama pergi meninggalkan ibu.”
“Takpa nak, Nana kan pergi belajar bukannya jauh pun. Nie dah sampai pun depan ibu kan…”
Nana senyum sambil memeluk ibunya lagi.
“Jom naik atas, ibu ada masak masakan kegemaran Nana tadi sambil-sambil tunggu Nana sampai kat rumah. Marilah semua kita naik atas yer…” kata Ibu.
           
             Semua mereka masuk ke rumah setelah penat lelah menunggu kepulangan anak kesayangan mereka. Mereka amatlah gembira dapat berjumpa dengan Nana lagi. Bagi mereka kepulangan Nana adalah suatu yang paling indah yang turut menceriakan suasana rumah mereka di kampung itu. Nana pun berasa bersyukur dapat balik ke kampung dengan selamat. Alhamdulillah…..


            

Pencarian Cinta 1


Pagi yang segar nie…aku memeluk patung kesayangan aku dengan erat sekali. Emmm….bestnya bau patung kesayangan aku…hehehe…rasa nak menyambung lagi mimpi indah aku sebantar tadi. Tapi tak boleh sebab aku harus bangun untuk masuk kuliah hati nie. Bingkas aku bangun dr tempat tidur aku lalu manuju kea rah bilik mandi.
            Jam menunjukkan tepat pukul 7.30 pagi. Aduhh mak…aku dah lambat nak sarapan pagi nie. Itulah pagi-pagi aku nie suka sangat berangan sebab itulah lambat masuk kuliah. Tak pa, lepas nie aku singgah jap kat kantin pastu aku bawa pergi kat kelas. Boeh lah aku makan-makan kejap sebelum lecturer aku masuk nanti.
            “Eh, nana engkau lambat lagi pagi nie…?? Nie mesti berangan lagi lah nie kan…?? Kata Jenne.

“Isshh…aku lambat sekit je…itu pun lecturer belum masuk lagi kan. Emm, jom lah Jenne kite sarapan sama-sama”. Sambung aku.

“Ok, kesian pulak tengok engkau nie…berangan sampai sarapan pagi pun tak sempat…hehehe…”. Usik si Jenne.

Kuliah aku pun bermula selepas 10 minit aku sarapan bersama Jenne dalam kelas tadi. Lecturer pun memulakan presentation nya dengan kami semua. Sesudah itu, hampir pukul 11 tengah hari kuliah aku pun tamat. Aku rasa gembira kerana mendapat ilmu yang banyak pada hari nie. Tapi aku kena buat sebaik mungkin assignment yang diberi oleh lecturer sebentar tadi tentang kisah reality dalam sesuatu kehidupan. Pening juga kepala sebab aku perlu cri cerita yang sesuai untuk dibentangkan dengan Cik Nadia tu nanti. Apa –apa pun aku kena rancang betul-betul supaya dapat siapkan karya aku dengan bagus.

“Jenne, cam mana dengan assignment tadi?? Engkau dah dapat tau cerita apa engkau nak buat ker??” Tanya aku kepada Jenne.

“Rasanya aku belum pasti lagi nak buat cerita apa lah….nanti kalau dah dpat idea, aku share kat engkau ye nana….” Jawab Jenne.

“Okey jangan lupa beritahu aku yer…hehe…Ehh, dah lah jom balik hostel, hari pun Nampak macam mendung je…” kata aku.

“Yelah, jom….” Balas Jenne.

Sesampai aku di bilik, aku teringat pulak dengan keluarga aku. Rindu pulak dengan diaorang dekat rumah. Apa lah khabar berita diaorang kat sana kan. Baik aku telefon mak. Bolah hilang rasa rindu ini.

“Titttt….Tittt…. Hello….” Suara kedengaran.

“Assalamualaikum ibu, nana nie..Mak apa khabar??” Nana mula berkata-kata.

“Walaikumsalam, nana rupanya….ibu baik nak…sihat Alhamdulillah..” kata ibu.

“Ibu, hujung minggu nie nana balik rumah ye, nanti suruh ayah jemput kat kampus ambil nana balik okey…” kata aku.
“Okey nana, nanti ibu bagi tau ayah engkau.. engkau bersiap-siap je lah nanti ye.. jaga diri nana kat sana tu baik-baik.” Balas ibu.

“InsyaAllah ibu…Doakan nana kat sini ye..nanti kalo ada masa nana call mak lagi..bye ibu. Assalamualaikum.” Jawab aku kepada ibu.

“Walaikumsalam…..” ibu aku menjawab. Lalu aku memberhentikan perbualan kami seketika.


Lega rasa hati aku setelah mendengar suara ibu aku yang jauh di sana. Aku memang sangat merindui mereka. Aku pun baring di katil empuk aku lalu dengan kepenatan aku mula tidur tanpa aku sedari hari sudah petang. Bingkas aku bangun dan terus menuju ke bilik air untuk mandi.

Setelah aku mandi, aku melakukan solat Asar dan membuat kajian tentang assignment aku yang perlu dimulakan dari sekarang. Aku melayari internet untuk mencari maklumat mengenai kajian yang aku tengah fikirkan apa tajuk yang sesuai sebagai kajian aku nanti. Mencari punya mencari aku terjumpa….

“Perasaan…….” Aku mula berfikir. ‘Tajuk yang agak sesuai tapi sangat ringkas..
Kalau aku cari lagi maklumat tentang perasaan ini….mmmm….tapi aku perlu kaitkan perasaan itu dengan CINTA…Jadi nya “Perasaan Cinta”….yes…aku sudah dapat tajuk yang sesuai dengan assignment aku.” Aku tetiba menjadi gembira.

            Selepas itu, aku pun melayari segala maklumat tentang “Perasaan Cinta”. Banyak juga maklumat yang aku perolehi tetapi aku masih perlu mengkaji lebih mendalam lagi mengenainya. Lagi pun aku tidak pernah mengetahui apa itu cinta. Aku kena berusaha untuk buat yang terbaik bagi kajian aku ini.

            Dalam aku asyik mencari maklumat tentang tajuk assignment aku, tiba-tiba muncul satu email dari seseorang yang tertera di laptop aku bernama samara ‘admirer_boy’. Laki itu berkata “hai awak” kepada email aku. Aku jadi bingung dan tertanya-tanya dari mana lelaki ini tahu email aku dan kenapa tiba-tiba muncul dalam hidup aku ini. Dalam perasaan takut bercampur ingin tahu aku membalas balik email lelaki itu.

            “Assalamualaikum, hai……siapa awak??” Balas aku.

Dalam masa 2 minit lelaki itu membalas aku kembali.

            “Walaikumsalam, maaf kiranya saya menganggu. Awak pasti tertanya-tanya saya, siapa saya kan…Awak tak kenal siapa saya. Tapi saya nak berkawan dengan awak, boleh?”
Balas ‘admirer_boy’ kepada aku.

Aku terus terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh lelaki itu. Aku berasa hairan kenapa dia beria-ia hendak berkawan dengan aku sedangkan kami masing-masing tidak kenal. 

            “Maaf saya tak boleh bagi jawapan dulu dan saya tak boleh percaya dengan orang yang saya tak kenal….Sorry….” Balas aku kepada lelaki itu di dalam email tadi.

            Kemudian aku pun memadamkan email aku dan kembali kepada assignment aku. Banyak yang aku baca semuanya pasal cinta mengenai pasangan lelaki dan perempuan, masalah cinta, berkongsi kisah cinta masing-masing dan macam-macam lagi lah. Pening pulak kepala aku memikirkan nya. Aku rasa aku perlu ruang untuk berfikir bagi mengatur langkah kerja aku dengan baik.

            Dalam aku mengelamun memikirkan assignment aku, aku terlupa lak nak solat mahgrib. Aku terus tutup laptop kesayangan aku dan pergi ke surau untuk bersolat.
            “Salam nana, apa khabar adik akak nie?” sapa Aina. Kakak senior yang duduk sama tingkat di hostel aku.

            “Eh, akak rupanya. Walaikumsalam akak. Adik sihat alhamdulillah…” sahut aku kepada kakak Aina.

            “Tak, lama kita tak jumpa kan…akak pun sibuk sekarang biasalah hujung-hujung semester nie banyak assignment kena siapkan.” Balas kakak Aina.

            “Adik faham akak, nana pun sama gak. Sekarang tengah sibuk nak buat karya sendiri untuk assignment adik nanti.” Kata aku kembali.

            Kami pun bersama ketawa dengan bercerita tentang kesibukan kami. Aku akan berasa tenang apabila bersama dengan kakak Aina untuk meluahkan perasaan semasa belajar di sini. Selepas itu, kami pun bersolat bersama-sama setelah mendengar azan mahgrib berkumandang. Syukur Alhamdulillah, hamba-mu ini tidak pernah melupakan Eengkau dalam setiap nafas hidup aku dan aku berjanji akan taat setia pada-mu Ya Allah.

           
*******************************

            Selepas solat tadi aku dan Kakak Aina bercadang hendak makan malam bersama di kantin. Aku dan kakak Aina terus menuju ke kantin dan ingin berkongsi cerita setelah lama juga kami tidak bersama dulu kerana masing-masing sibuk. Jadi inilah masanya kami melepak sambil makan di kantin. Kami terus berbual-bual dengan gembiranya.

            Satu jam kemudian, seorang lelaki menyapa kakak Aina ketika kami seronok berjenak dan gelak ketawa. Lelaki itu seorang yang tinggi lambai, kurus dan juga soleh dengan cara pakaiannya. Lelaki itu adalah kawan kakak Aina, kawan classmate nya. Kakak Aina membalas tegurannya dan memperkenalkan aku kepadanya.

            “Salam, Aina…..”kata lelaki itu.

            “Walaikumsalam…..” balas kakak aina dan menoleh ke arah suara yang memberikan salam itu.

            “Eh, awak Rizal….duduk lah bersama kami. Ini aku perkenalkan adik angkat aku Suhana…dia nie junior kita tau…” Kata kakak Aina lagi.

            “Ok, hai Suhana…selamat berkenalan. Saya Rizal…Emm, boleh ke duduk bersama kamu nie?? Segan pulak saya.” Kata lelaki itu.

            “Hai saya Suhana. Panggil adik nana je….” Aku membalas dan senyum pada kawan kakak Aina itu. 

            Wah, cantik betul adik angkat Aina nie. Manis orangnya dengan bertudung dan lemah lembut. Sejuk mata memandangnya. Rizal bermonolog.

            “Apa lagi berdiri tu Rizal, duduk lah, takpe…kita boleh borak panjang-panjang kan.” Tetiba kakak Aina berkata dan mengejutkan Rizal yang berdiri di situ.

            Aku pun tersenyum kecil melihat gelagat lelaki itu. Sambil memerhatikan kakak Aina dan lelaki itu bercerita esame seperti ada keserasian. Bertuah kakak Aina. Aku bermonolog lagi. Tanpa aku sedari hari dah jauh malam dan aku meminta izin untuk pergi balik ke hostel.
            “Maaf akak aina, adik kena balik hostel lah dah lewat nie…” tiba-tiba aku mencelah.

            “Betul jugak kata adik tu, dah pukul 12 malam. Jom lah kita balik esame..tunggu akak okey.” Kakak membalas.

            Lelaki itu hanya diam dan memerhatikan gerak langkah kami berdua untuk balik ke hostel. Kakak Aina juga meminta izin kepada Rizal dan Rizal hanya manganggukkan kepalanya sambil berkata…

            “Ok, baik-baik jalan. Selamat malam.” Akhir kata dari Rizal kepada kami.

            Aku dan kakak terus senyum dan berjalan ke hostel. Aku terus masuk ke bilik dan
merehatkan badan sambil-sambil membuka laptop aku kembali. Dalam beberapa minit kemudian aku mendapat email lagi dari ‘admirer_boy’.

            “Salam awak, awak dah tidur?” lelaki itu memberi mesej.

            “Belum lagi….kenapa??...” aku membalas.

            “Bagaimana jawapan awak?? Saya nak tahu…kalau awak tak sudi, awak boleh terus terang. Takpe saya tak kan marah awak.” Mesej dari lelki misteri itu lagi.

            “Saya belum pasti jawapan saya lagi…..” balas aku kembali.

            “apa kata kita berkawan dalam email ini dulu. Mungkin awak takut dengan saya atau tidak percaya niat baik saya nie…. Saya jnji tak akan paksa awak dan kita akan berkawan seperti biasa. Boleh?” lelaki itu merayu.

            “Emmm…ok, saya terima kalau dalam email nie kita boleh berkawan sampai saya sedia dan kenal awak dengan baik lagi.” Aku terim rayuan nya.

            “Ok, terima kasih dan selamat berkenalan. Saya Ir…irzal…” kata nya lagi.

            “Saya Suhana…panggil saya Nana.” Balas aku kembali.

            “Saya nak out lah. Bye….” Sambung aku.

            “Ok, Bye…Selamat malam.” Kata terakhir dari Ir.

            Aku pun menutup laptop aku lalu berfikir sebentar. Nama lelaki misteri nie Ir…siapa dia?? Aku tidak pernah kenal dengan orang bernama Ir nie..dalam kelas aku pun tidak ada rasanya. Siapa dia ya?? Penasaran pulak aku lah… perlukah aku cari maklumat tentang mamat misteri nie hah?? Ishh… Risau pulak aku. Tak payah risau lah, aku perlu berdoa supaya aku dapat berkawan dengan orang yang baik-baik sahaja dan jauh kan laku dari melakukan kesalahan.

            Dalam asyik aku memikirkan dan kepenatan kepala otak aku lalu aku tidur.


******************************


            Bangun nya aku dari tidur, hati aku begitu gembira sekali. Aku senyum keseorangan apabila malam tadi aku bermimpi sungguh indah. Namun, ada yang curiga di sebalik mimpi ini. Mudahan tiada apa yang berlaku pada aku dan keluarga aku nun jauh di sana. Aku teringat kembali mimpi aku malam tadi. Aku bermimpi yang aku mendapat kejutan dalam menyambut harijadi aku yang ke-21 tahun, serta aku disuruh oleh abang aku bershopping sakan di Mid Valley. Aku sebenarnya tidak faham mengapa abang Mar suruh aku buat begitu. Tapi aku mengikut sahaja arahan yang diberikan.

            Punyalah pening kepala aku berjalan-jalan dekat Mid Valley nie, tak tau lak nak shopping apa. Abang Mar pun satu, dah tahu adik dia nie tak minat sangan nak bershopping yang dia suruh aku shopping nie kenapa dah tu sorang-sorang pulak. Kepala aku pusing sana sini mencari arah yang hendak di tuju, masuk ke kedai satu-persatu….tapi tiada yang berminat di hati dan aku berdebukkkk….aduhhh…..

            “Aduh…sakitnya badan aku. Aku langgar dinding ker nie???” Marah aku.

            “Maaf saya terlanggar awak tadi…encik…” aku bangun lalu mengurut aki aku yang sakit sebab terjatuh tadi.

            “Hehe…nie abang lah dik…amboi banyak barang dah tak ingat nak balik ker??? Penat tau cari adik merata-rata nie.” sapa abang Mar kepada aku.

            “La…abang Mar rupanya yang adik langgar tadi…hehe…patutla….” Kata nana kepada abangnya.

            “ha..patutlah apa???...” sampuk abang Mar lagi.

            “takde apa lah abang….hehe…” kata aku sambil tersenyum kerana aku boleh gambarkan diri aku tadi terlanggar dinding. Lucu betullah.

            Akhirnya aku dan abang Mar balik ke rumah setelah penat aku berjalan seorang di Mid Valley tadi. Dalam kereta abang tadi aku sempat lagi isteri rehat merebahkan punggung aku yang penat dan sakit. Bila sampai di depan rumah, aku terlihat banyak orang dan kereta. Aku terkejut tapi apa aku nak pedulikan, rumah aku kan dan yang penting aku nak rehat puas-puas.

            Selangkah aku masuk ke rumah……tiba-tiba… “SURPRISESSSS….”. Jeritan dari suara dalam rumah aku yang dipenuhi dengan kawan akak dan abang aku serta kawan-kawan sekuliah aku. Malunya dah lah aku terkejut dengan kehadiran ramai orang dan terkejut lagi diaorang buat birthday party aku tetiba jer.. huhu..di sebalik itu aku sangat gembira.

            Dalam pada itu, aku diperkenalkan oleh ibu dan ayah aku kepada kawan-kawan mereka semua. Aku hanya mampu memberikan senyuman dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi datang ke rumah ini. Aku juga memandang kepada seorang lelaki yang tidak aku kenal tapi diperkenalkan olah kawan aku. Namun, wajahnya tidak berapa kelihatan kerana dibenteng oleh orang ramai di dalam rumah dan tiba-tibaaaaa…………….kkrrriiiinnngggg………………. kkkrrriiinnnnggg……………

            “Alamak terkejut aku….la…jam aku berbunyi tepat 5.30 pagi. Azan subuh juga berkumandang di surau.” Kata aku. Bingkas aku bangun dari katil terus menuju ke bilik air dan mengambil wuduk untuk ke surau bagi melakukan solat.

            Setibanya di surau, aku terserempak dengan Rizal, kawan kakak Aina. Kami bertegur sapa sebentar lalu masing-masing masuk ke surau bagi melakukan solat subuh. Sesudah selesai melaksanakan solat tadi, aku yang masih duduk di dalam surau sambil berzikir manakala yang lain pula berjalan keluar dari surau untuk menuju je asrama masing-masing. Biasalah, itulah rutin aku di setiap pagi setelah subuh. Aku akan duduk sebentar dan berzikir sambil memikirkan perjalanan hidup aku, keadaan aku ynag berjauhan dengan keluarga tersayang dan teringat akan semua kenangan abadi dalam aku melalui liki-liku sebangai seorang pelajar.

            “aku sudah berada di penghujung perjalanan hidup aku sebagai seorang pelajar di universiti ini. Alhamdulillah Ya Allah, aku dapat melaksanakan janji aku kepada ibu dan ayah untuk menamatkan pengajian aku ini di kala aku susah senang dan bersyukur juga dapat kenal dengan rakan-rakan aku yang baik semuanya. Aku akan pastikan semua kehidupan dan perancangan aku tercapai serta cita-cita aku akan terukir bila aku tamat pengajian nanti. InsyaAllah……” bisik hati aku.

            “Assalamulaikum ana….” Kata Rizal kepada Nana.

            “Walaikumsalam…..siapa ya?? Aku membalas salam dari seseorang sambil menoleh ke kanan.

            “Saya Rizal..ingat tak?...” Rizal bekata sambil memandang aku dan memberi senyuman.

            “owh, Abang Rizal…mestilah ingat…tadi kan kita ada jumpa kat depan surau.” Sahut Nana lagi.

            “ye..betul tu…tak balik lagi ker? Apa yang dirmenungkannya tu….? Ingat dengan pakwe ker???.....” Rizal mengusik Nana.

            “Eh, takdelah abang Rizal, nana duduk tengah berzikir nie. Mana ade nana termenung pun.” Balas nana.

            “Ok lah awak…saya free masa nie pastu baru ada kelas. Ingat nak ajak awak sarapan, boleh kite kenalan sekali. Itu pun kalau awak sudi lah…” kata Rizal merayu.

            “Saya tunggu awak kat luar ye….jangan tak datang pulak.” sambung rizal lagi.

“Ishh…aku tak jawab lagi nak ker tak…mamat nie siap nak tunggu aku pulak… aduhhh..” kata hati nana.

            “A’aa..ye lah” kata nana kepada Rizal.

            “Aku rasa serba salah dengan Rizal ini. Bukan aku tak sudi teman kan dia, Cuma seganlah sebab aku dan dia tidak kenal lagi. Tapi orang sudah ajak, nanti orang kata kita sombong pulak. Baik aku beredarlah, buat dia tertunggu- tunggu tak baik jugak kan.” Monolog Nana lagi.

            Aku pun keluar dari pintu surau dan melihat Rizal masih di luar sedang menunggu kedatangan aku. Aku tidak sangka kerana dia masih sudi menunggu walaupun agak lama aku di dalam surau dengan sengajanya namun dia tidak putus asa. Aku pun melangkah menuju ke arah Rizal dan manakala Rizal hanya mengukirkan senyuman kepada aku serta terus berjalan bersama-sama hingga ke dewan makan.

            Sampainya kami berdua di dewan makan…tiba-tiba kakak Aina menegur kami…

            “Hai, nana… amboi tak ajak akak aina sarapan sekali ker??..” sapa kak Aina kepada aku.

            “terkejut aku dibuatnya….”Hai..akak.. jpm lah duduk makan sarapan sama sekali.” Rayu aku pada kak aina.

            “Eh, tak boleh nana….dia ajak nana sorang mana boleh akak ganggu kan..ok ye..nanti kita jumpa lagi..ada hal jap.” Balas kak Aina.

            Kakak Aina terus meninggalkan kami dan suasana menjadi sepi semula. Aku mula tidak senang duduk apabila kakak aina berkata begitu seolah-olah ada sesuatu antara kakak aina dan Rizal. Aku pun tak pasti. Malas lah aku nak fikirkan. Selepas sarapan nie aku nak masuk bilik balik dan buat assignment yang aku belum siapkan lagi.

            “Kenapa termenung lagi ni ana???” tiba-tiba Rizal bersuara.

            “Eh, tak da apa –apa abang Rizal, saje jer termenung.. aku pun senyum dihadapannya. “Makan lah abang Rizal..sebentar lagi kita ada kelas kan.” Kata nana lagi.

            “Ok, nana…awak jugak makanlah.” Balas Rizal. Rizal berasa hairan kerana Nana tidak kelihatan seperti biasa seperti banyak terfikirkan sesuatu yang mengelirukan. Tapi mengapa aku fikirkan tentang dia ya??? Lebih baik aku cuba mendekatkan diri aku dengannya lagi agar Nana lebih mesra dan aku dapat berkawan dengannya.

            Sementara Nana terus berlalu dan meninggalkan Rizal keseorangan di dewan makan untuk menuju ke asramanya. Rizal hanya memerhatikan Nana dari jauh agar Nana selamat sampai ke hostelnya. “Kenapa hati aku terasa pelik yer?? Why need I take care with her?? Ishh…mungkin ada something special ni yang aku tak tau lagi jawapannnya…”Rizal bermonolog dengan dirinya sendiri. Rizal terus pergi dari tempat duduknya manakala Nana sudah tidak kelihatan di mata Rizal lagi dan masing-masing berlalu mengikut rentak sendiri.

            Aku masuk ke kamar hostel aku sambil merebahkan punggung aku ke atas katil. Aku terasa pening sedikit lalu aku membuka laptop kesayangan aku untuk meneruskan melakukan assignment yang tidak pernah aku mula lagi. Risau pulak aku dibuatnya kerana cerita ataupun segala maklumat belum aku perolehi dari sekarang. Aku rasa lepas kelas ini aku nak relaks dekat library lah.. Dapat jugak aku tumpu perhatian dengan mengarang karya aku ini. Kiranya aku layan sorang-soranglah kat sana nanti.

            Dalam aku memikirkan masalah aku, aku teringat dengan kelas pagi aku hari ini.

            “Alamak, tinggal 10 minit lagi. Aku perlu cepat kalau tak Jenna mesti mengamuk kerana tunggu aku lama sangat kat lobi nie.” Bisik hati aku.

            Bergegasnya Nana untuk turun anak tangga dari biliknya dengan tingkat 4 blok 2 di asramanya itu. Nana kelihatan letih selepas berlari menuju ke arah Jenna yang sudah lama menunggunya.

            “Jenna, maafkan aku ya…aku lambat lagi…” aku berkata sambil tersipu malu kerana asyik lambat saja.

            “Biasalah awak tu Nana..ni mesti kes mengelamun lagi, tidak pun bangun lewat kan…?!” Balas Jenna.

            “Bukan lah…Isshh, nantilah kita cerita..jom, masuk kelas dah lambat sangat ini.” Kata Nana.

            “Yelah…jomm…tak pasal-pasal awak dan saya kena marah oleh lecturer tu…”Balas Jenna kepada aku.

            Mereka berdua terus meneruskan perjalanan ke kelas mereka. Dalam asyik aku bercerita dengan Jenna pasal masalah pagi tadi, Nana pun berhenti dan memandang ke arah sesuatu.

            “Eh, Nana apa yang awak pandang tu??? Macam asyik jer..” Jenna mula mengejutkan Nana.

            “Aku tengah lihat……….ini ada poster pasal Falkulti kita lah Jenna… ‘Minat Berkarya’ dengan hanya menghantar penulisan anda kepada kami. ‘Sesiapa yang berminat silalah menghantar nama penuh anda kepada Puan Aishah bt Ali.
Hati aku macam dah mula suka dengan poster ini. Apa kata ku cuba nasib aku untuk menceburi bidang ini….bisik hati aku.

            “Cepatlah Nana…kita dah lambat nie nak ke kelas…” Jerit Jenna pada kau lagi.

            “Okey…”. Aku pun beredar dari situ dan menuju ke arah Jenna. Kami pun berjalan bersama untuk pergi ke kelas. Namun fikiran aku masih lagi memikirkan tentang poster tadi.

            Setibanya di dalam kelas, aku terfikir sesuatu tentang tugasan yang belum aku lakukan lagi. Sambil menunggu pensyarah aku pun melayari laman web untuk mencari maklumat tentang topic yang aku iaitu perasaan dan hati. Tapi bagaimana aku hendak mulakan ya… aku mula berasa bingung.. alu…

            “salam awak….tengah buat pa tu??”. Tiba-tiba seorang menghantar mesej kepada aku ketika aku sedang asyik online.

            “walaikumsalam….. saya tengah ada kelas.. awak siapa ya??” balas aku balik.

            “Saya Ir…ingat tak?? Lama saya tunggu awak untuk bersembang lagi.” Balas laki itu.

            “ooo…awak rupanya. Maaf lah yer saya nie cepat pelupa orangnya…”
           
“ okey takper… nanti kita sembang lagi…”

Aku pun tidak membalas mesej yang diberikan lelaki itu. Aku terkejut sebenarnya kerana dia tiba-tiba muncul semasa aku sibuk mencari maklumat tadi. Emm…aku pun terus dengan melakukan pencarian namun sukar juga aku melakukannya. Pensyarah sudah datang, aku pun menutup laptop dan memberi perhatian penuh kepada kuliah aku.

Selama 4 jam aku di bilik kuliah dengan penuh tekun dan focus atas setiap kata-kata dari pensyarah akhirnya sudah tamat. Lega rasa hati kerana dapat mendengar hujah pensyarah kesayangan aku Miss Lin itu. Banyak juga ilmu yang aku telah dapat daripadanya. Setelah itu, aku pun keluar dari bilik kuliah lalu menuju ke dewan makan. Rasanya hari ini aku hendak makan nasi bungkus sahaja kerana terasa penat badan dan ingin berehat di bilik sahaja.  Langkah kaki aku segera ke bilik asrama.

Kepunyaan Blog.....Comel :)

Gadis yang kecil molek berasal dari Kuching Sarawak. Dirinya amat bersahaja dengan amat meminati bidang penulisan ini bagi mewujudkan cerita & kisah menarik yang tergambar di fikiran untuk direalisasinya kelak. InsyaAllah... PEACE