Monday 26 November 2012

Kejar Hingga ke Langit! 2




Bab 2
- Kita jangan sesekali menyesal dengan apa yang sudah terjadi,
 berkemungkinan ia adalah titik permulaan takdir 
untuk kita bagi membina hidup yang baru -

         "Amir.... Kenapa kau tinggalkan aku begitu sahaja, apabila kau telah memberi harapan untuk aku untuk terus berjaya dan tidak patah semangat lagi???!!!!" teringatnya aku semasa aku telah berjaya membuat kek yang diajar oleh Amir kepada aku. Ketika Encik Zahar memberitahu yang dia sudah berhenti kerja, aku mula merasa kesepian. Hanya aku berseorangan di dapur membuat roti dan kek yang cantik itu. Aku rindu akan gurau sendanya semasa aku tidak pandai melakukannya dengan baik lagi. "Aku sangat merindui kau Amir...." bisik hati aku.

"Hahaha...macam mana kau buat ni Aleesa??? Dah macam batu dah aku tengok...semakin keras adalah roti kau ni...." usik Amir kepada aku.
"Nama pun baru belajar kan...agak-agak lah kau ni pun...." balas aku lagi.

         Sebenarnya hati aku tidak begitu kuat untuk menempuhi semua yang telah berlaku ini. Aku hanya baru bermula untuk melangkah setapak ke hadapan namun rupanya masih lagi sisa-sisa derita yang diberikan kepada aku. Encik Zahar sudah mulai percaya dengan kemampuan aku sejak pertama kali aku menunjukkan gambar yang diambil melalui telefon bimbit aku serta aku turut buktikan di hadapannya, aku boleh melakukannya dengan bauik sekali dan akhirnya aku layak berada di tempat Amir sekarang yang seharusnya gambar itu aku tunjukkan kepada Amir bukannya kepada Encik Zahar. Ini semua disebabkan aku perlu menggantikan apa yang telah aku janjikan kepadanya dulu. Namun, tidak sewajarnya Amir memperlakukan aku seperti ini. Hati ini sedih lagi pilu apabila teringat kembali kejadian yang lalu itu. 

"Aleesa......... tempahan dah siap ke????!!!" teriak Encik Zahar kepada aku yang kadang-kadangnya boleh buat aku naik angin apabila dia tidak sabar untuk mengetahui kerja aku yang masih ada yang belum diselesaikan lagi.
"Tempahan untuk hari ini sudah saya siapkan semalam encik..... sekarang saya mahu selesaikan untuk tempahan yang baru..." jawab aku lagi dengan muka aku yang agak keletihan dan lesu ketika berlari mendapatkan di mana suara Encik Zahar itu.
"Bagus Aleesa....kau dah semakin yakin sekarang." Balas Encik Zahar sambil tersenyum dengan pekerjanya yang sangat rajin.
"Terima kasih encik..." aku pun berlalu pergi meninggalkan Encik Zahar dan menuju ke dapur.

        Jangan lafazkannya....apa yang kau rasa..... lagu itu berbunyi dari arah telefon bimbit Amir pada pagi ini membuatkan Amir terjaga dari tidurnya yang lena dengan dibuai mimpi yang indah. "Siapa yang call aku pagi-pagi ni????!!!" dengan nada marahnya Amir apabila tidurnya diganggu pada tepat jam pukul 7.00 pagi. Amir pun mengangkat panggilan telefon itu lalu....

"Yup...helo...siapa tu???" jawab Amir dengan nada yang baru bangkit dari tidurnya serta badannya masih berselimut lagi.
"Maaf tuan.... Ada masalah besar di pejabat tuan. Ayah tuan mahu tuan kembali ke pejabat segera." kata pemuda yang sudah lama Amir tinggalkan di rumah sangkar yang luas itu iaitu Pak Long merupakan pembantu khas untuknya bagi menjaga semua kelengkapan dirinya dan juga pemandu kepadanya di mana jua Amir mahu pergi dan lakukan ketika aku masih lagi tuan muda di rumah ayahandanya, Dato' Ramli Osman.
"Penting sangat ke aku kena pergi sana ni??? Malaslah...aku kan tak suka kerja kat sana...." jawab Amir lagi.
"Maaf tuan, saya hanya mengikut perintah. Tapi dengan apa yang telah berlaku tuan harus ke sini segera. Kalau tuan sudah bersedia saya akan ceritakan segalanya semasa saya pergi menjemput tuan nanti." Balas Pak Long dengan nada yang begitu serius sekali sambil itu dia sanggup memujuk tuannya itu untuk kembali ke pejabat ayahandanya.
"Okeylah...okeylah....jemput aku dalam masa setengah jam lagi. Jangan lupa bawa pakaian aku sekali!!!!" kata Amir kepada pembantunya itu.

Selepas itu, Amir terus menyiapkan diri dengan kemas yang hanya berpakaian seperti orang biasa serta duduk di rumah sewa yang tidak jauh dari tempat kerjanya itu. Dia mula teringatkan Aleesa.....

"Ahh...Aleesa...dia pasti tunggu aku kat sana.... tapi, aku perlu lakukan sesuatu yang lebih penting lagi... Maafkan aku Aleesa. Aku terpaksa tinggalkan janji aku pada kau...." bisik hati Amir yang benar-benar bingung dengan situasinya sekarang. Tiba-tiba Amir teringat dengan pergaduhan besar di antara  dirinya  dan ayahandanya di dalam rumah banglo besar itu.

"Amir!!! Apa kau dah buat ni???!!! Kenapa kau tak masuk kelas yang ayah sudah tetapkan kepada kau??? Kau harus belajar bidang itu dari awal lagi... kalau tidakkkk..." teriak ayah Amir kepada aku pada petang itu dimana aku baru balik dari kuliah.
Kalau tidakkk....apa ayah???? Amir tidak dapat harta ayah sesen pun kan...sebab Amir melanggar perintah ayah dan juga tak dapat tolong ayah kendalikan syarikat nanti...macam tu???!!!" sahut Amir sebelum ayahnya meneruskan kata-kata yang lebih menyakitkan hatinya lagi.
"Ya...apa adanya bidang masakan atau buat roti tu hah??? Tak boleh menjamin depan masa kau lansung....!!!" kata ayahnya lagi.
"Ayah jangan perkecilkan bakat Amir.. ayah... Amir tahu di mana kemampuan aku sendiri." Sahut aku lagi bagi menegakkan pendirian aku mahu meneruskan belajar dalam bidang yang aku inginkan daripada belajar tentang  bidang perhotelan itu.
"Ayah tidak peduli....kau mesti dengar cakap ayah... Kalau kau benar-benar mampu ayah beri kau pilihan... di mana kau akan bekerja dengan ayah sekiranya kau belajar bidang penghotelan atau kau akan dibuang dari kolej itu." Balas ayah Amir lagi dengan nada yang tegas dan mengugut aku.
"Amir tidak ada pilihan lain selain mengikut kata ayahnya itu...kalau tidak aku sudah pun mensia-siakan usaha aku untuk sembunyikan hal ini dari mereka. Agak setahun aku telah memberanikan diri untuk melawan, tapi sekarang bukan masa yang tepat untuk menunjukkan ego aku di hadapan ayah. Aku akan usaha cara yang lain!" Bisik hati aku.....
"Baiklah...aku ikut cakap ayah... tapi dengan syarat...aku mahukan pembantu khas yang hanya berkhidmat untuk aku sahaja." kata Amir kepada ayahnya yang ingin memulakan permainan yang baru dengan ayahnya supaya aku mudah bergerak ke sana ke mari nanti.

      Maka wujudlah Pak Long dalam hidup aku kini. Dia benar-benar setia kepada aku selama ini sehinggakan aku masuk kolej lain hanya untuk belajar bidang masakan dan roti secara senyap-senyap  sudah pun berjaya. Kini, aku boleh melakukan dua perkara dalam satu masa. Aku akan bekerja mengikut jadual yang telah ditetapkan seperti menghadiri mesyuarat, seminar atau sebagainya di hotel  ayah dan masa aku bekerja di kedai roti juga mudah sebagai penghantaran tempahan kerana pada sebelah malamnya aku akan menyiapkan roti atau kek yang di tempah. Aku sungguh hebat! Namun, aku amat berpuas hati sekarang kerana dapat mencapai cita-cita aku itu. Apabila kita mempunyai keyakinan yang tinggi pasti kejayaan akan mendekati kita...yang penting berani usaha dan ikhlas!

Jangan lafazkannya...apa yang kau rasa...."Telefon bimbit aku berbunyi lagi lalu aku mengangkat panggilan itu dengan pantas sekali.
"Helo... ya Pak Long..." sahut aku melalui panggilan yang baru berbunyi sebentar tadi.
"Saya sudah siapkan kereta tuan, saya berada di luar sekarang..." jawab pembantunya itu.
"Okey...sekejap lagi saya sampai..." Amir yang mematikan telefon dan bergegas keluar dari rumahnya itu lalu menuju ke kereta Honda Civic berwarna hitam. Itulah kereta kegemaran Tuan Muda Azmir Iskandar.
"Jom...kita berangkat lagipun kita sudah lambat ni." kata aku dengan nada yang serius bagi memberi arahan kepada pembantunya.

     Jam di dinding kedai roti Encik Zahar menunjukkan pukul 12.30 tengahari. Aku yang penat menyediakan bahan adunan roti serta melakukan proses membakar roti tersebut di dalam oven sejak dari pagi tadi. Ini masanya aku berehat untuk mengisi perut aku yang sudah lapar dan tidak sempat untuk bersarapan di rumah pada pagi tadi. Aku pun keluar mencari makanan untuk di makan. Setelah mendapatkan makanan iaitu nasi campur yang dibeli tidak jauh dari kedai aku lalu aku mengayuh basikal ke arah tasik yang sunyi di mana aku dan Amir selalu berehat di situ suatu ketika dulu.

Apabila sampai di tasik itu.........

        Aku memparkirkan basikal aku di sebelah aku. Aku pun duduk di lantai dan membuka makanan yang aku beli tadi. Tiba-tiba tanpa aku sedari air mata aku jatuh lalu menangis...........mengingatkan saat aku lemah, aku putus asa di hadapan Amir dulu.....

"Janganlah menangis Aleesa...kau mesti kuat..." pujuk Amir sambil memandang muka aku yang sedang menangis itu...
"Amir..aku sudah rasa putus asa....aku tak mampu lakukannya!!!" sahut aku kembali.
"Kenapa kau perlu berputus asa Aleesa?? Sedangkan kau belum mulakan apa-apa lagi.... Cuba kau ceritakan semuanya kepada aku kenapa kau cepat berputus asa???" marahnya Amir kepada aku dan bertanya tentang masalah aku yang sebenarnya.
"Aku...aku...." Aleesa yang masih tidak yakin dengan dirinya untuk berterus terang mengenai dirinya ketika pada mulanya mereka bertemu di jalan pada masa mereka masing-masing terlanggar itu.
"Terangkan pada aku wahai...Aleesa... Trust me..." sahut Amir lagi dengan mukanya yang comel itu untuk memujuk aku.
Aku tersenyum dan akhirnya aku luahkan padanya...."Aku...pada masa kita berlanggar hari itu, aku ingin mencari kerja bagi cuba mencari pendapatan sendiri dengan hasil wang titik peluh aku sendiri juga bagi membantu keluarga aku. Mak dan ayah aku setuju aku mencari kerja bukan mengikut bidang yang aku pelajari di universiti dulu. Niat aku baik Amir.....aku hendak cari pengalaman dalam bekerja.... bukan kau tidak tahu zaman sekarang ni, kalau tiada pengalaman kita tidak akan dapat kerja...betul tak...???" 
"Betul tu...teruskan...." sahut Amir lagi dengan pandangan yang ikhlas untuk mendengar luahan Aleesa itu.
"Jadi, aku pasrah dengan diri aku sebabnya berkali-kali aku di temuduga sentiasa gagal!!! Aku frust lah Amir.."  Aleesa yang berhenti seketika untuk menahan sebak di dadanya yang sedih itu.
"Jangan menangis...teruskan..." kata Amir lagi.
"Kemudian secara tidak sengaja kita berlanggar dan di situlah aku kenal kau...walaupun aku terpaksa hadapinya dengan mencabar sekali.....maklumlah..pembuat roti??? hehehe...bukan bidang aku kan... Aku belajar semuanya dari kau...aku jadi hidup semula oleh kau... Tetapi, kau lihat sekarang...aku masih gagal kan....."kata aku kepada Amir dan mengakhiri penceritaannya di situ.
Aleesa terdiam seketika.
"Aleesa....kau harus percayakan takdir...kita tidak tahu di mana rezeki kita. Kita hanya mampu mengikut rentakNya...tapi bukan dengan cara menyerah kalah sahaja... kita perlu juga usaha.... Aku pasti kau faham maksud aku kan???"  jawab Amir dengan memberi nasihat kepada aku. Aku masih terdiam dan hanya anggukkan kepala yang ditunjukkan kepadanya.

'"Dari situlah, aku berjaya membuat kek iaitu daripada semua nasihat kau Amir....." luah Aleesa di dalam hatinya. Aku turut teringat dengan pujukkan dia...

"Aleesa, boleh tunggu sekejap tak??? Kau jangan ke mana-mana tau...janji!!!" tiba-tiba Amir berkata sesuatu yang aku sendiri pun tidak memahami maksudnya dan kelakuannya juga agak pelik.
"Ok...tapi...kau nak ke mana??? Jangan lama-lama tau...." balas aku sambil merasa kehairanan.

Beberapa lama kemudian...

"Chakkk...." tiba-tiba Amir sergah aku dari arah belakang. Aku terkejut lalu melompat ke hadapan.
"Ooopocottt kau..." "Hahahahaha...." aku yang macam kera melompat ke hadapan lalu ketawa dengan sekuat hati.....apabila melihat Amir seperti.....
"Kenapa kau macam tu??? Macam badutttt???" aku riang ketawa sehingga aku melupakan kisah pahit aku seketika.
"Nahh....ambil ni.....untuk kau.... ia perlu dimakan apabila kita berada dalam keadaan yang amat sedih..." Amir menunjukkan wajahnya kepada aku dan berkata lagi...."Ingat selalu tau.." jawab Amir yang rupanya sudah seperti badut itu...pipinya yang merah serta hidungnya dan berambut ala-ala Alleycats kembang berwarna kuning.....
Aku tidak berhenti ketawa kepadanya...."Hahahahahah..." Lalu diambilnya sesuatu yang diberi dari tangan Amir itu.
"Aiskrim???!!!" kata aku dengan berasa pelik.
"Ya...aiskrim...ia adalah ubat untuk orang yang sedang bersedih menjadi ceria semula... Makanlah...aku pun ada satu..." balas Amir dengan mengatakan rahsianya bagi mengubat perasaan kesedihannya selama ini.
"Lucu lah kau ni Amir...tapi sweetlah...." sahut aku sambil makan aiskrim yang berperisa coklat itu. Aku berasa sungguh lega sekali. Pandai Amir memujuk.
"Well.....tengok oranglah kan....." Amir bernada ego...selepas itu mereka masing-masing meneruskan ketawa....

Air mata aku semakin berlinangan dan akhirnya menangis sekuat hati ketika teringat kisah aku dan Amir. Dia yang banyak mengajar aku untuk teruskan hidup dan tidak mengalah. Dia memang hebat. Tetapi, "di mana kau Amir??? Kau hilang tiba-tiba....tanpa mempedulikan perasaan aku sekarang. Kau jahat!!!!!" jeritan batin aku yang paling dalam. Aku melihat jam di tangan. Tiba masanya aku kembali berkerja. "Wahai tasik yang sungguh sunyi ni... Terima kasih mendengar rintihan aku selama ini. Hanya kau yang mengerti.... Selamat tinggal tasik ku...." aku yang mengambil basikal aku semula lalu mengayuh kembali ke tempat kedai Encik Zahar.

      Dalam setengah jam aku mengayuh basikal untuk balik ke kedai roti. Aku merasa sedikit dahaga lalu aku ambil botol bekalan air aku yang berwarna merah jambu itu yang berada di dalam bakul basikal. Aku menarik stand basikal dan meninggalkannya di situ. Aku melangkah masuk ke kedai, aku lihat banyak orang yang sedang membeli dan ada yang sedang memilih roti dan kek. Muka aku yang pada mulanya masam seperti cuka bertukar menjadi manis seperti gula kerana kehadiran pelanggan yang ramai dapat juga menaikkan jualan aku pada hari ini. "Pasti Encik Zahar berasa gembira." Bisik hati aku.

"Leya, kau okey?? Ada apa-apa boleh aku bantu...???" sapa aku dengan Saliya yang berdarah campuran melayu dan iban itu. Dia juga merupakan penjaga kaunter di tempat aku kerja. Dia datang seminggu setelah Amir pergi meninggalkan aku. Jadi, Saliya lah teman aku sekarang.
"Tiada apa-apa yang nak dibantu Aleesa. Aku okey... kau buat kerja kau ye..." Sahut Leya dengan nada yang lemah lembut.
"Okey...ada tempahan yang baru tak??" tanya aku kepada Leya.
"Ada...Kek vanila...gambar kartun angry bird tau sebagai hiasannya." Jawab Leya lagi.
"Okey...Bila mahu di hantar tu...????"
"Lusa....." jawab Leya yang turut sibuk melayan pelanggan di hadapan kaunternya itu.

      Kaki aku yang merasa sedikit sakit apabila duduk di atas lantai di tasik tadi. Aku mengurutnya sendiri seketika. Lalu aku mengambil buku nota yang penuh dengan pelbagai cara membuat adunan roti serta kek di dalamnya. Aku membelek satu persatu untuk mencari muka surat bagi resepi kek vanila... Dalam aku memikirkan dan mengingat bahan-bahannya itu tiba-tiba teriakkan suara yang begitu kuat di dengar oleh aku dari arah pejabat Encik Zahar yang sedang menjerit memanggil nama aku. Encik Zahar sememangnya sebegitu. Orangnya sentiasa tegas dan suka menjerit. Itulah perkara yang sempat diberitahu Amir kepada aku dulu.

"Allleeesssaaaa...... jumpa saya sekarang!!!" jerit encik penyelia itu kepada aku dari arah pejabatnya.
"Okey...encik..saya datang ni...." Aleesa yang berlari pantas sehingga terjatuh dua kali apabila terlanggar sisi meja dapur besi itu. Walaupun sakit, aku meneruskan juga bangun dan bergerak ke pintu pjabat penyelianya.
"Ye encik...kenapa??? Lain kali jangan menjerit encik... Saya ni ada darah gemuruh sikit...cepat terkejut." kata aku yang telah berada sampai di hadapan Encik Zahar.
"Maafkan saya Aleesa...tapi kita ada masalah ni..." kata penyelianya.
"Masalah apa encik???!!!" sahut Aleesa lagi.
"Kita ada tempahan yang baru...."
"Ohh..saya dah tahu..tadi ada Leya beritahu saya semasa saya tiba di kedai tadi encik" sambung aku lagi tanpa mendengar penjelasan sebenar dari penyelianya.
"Bukan...ni lain Aleesa... Saya tak pasti awak boleh lakukan atau tidak...." jawab penyelianya dengan nada yang lebih tegas lagi dan seperti berteka-teki.
"Apa dia tempahan itu encik???"
"Tempahan roti pizza...." jawab Encik Zahar dengan mukanya yang serius itu.
"Apa???!!! Pizza???!!!"
"Mampus aku!!!" bisik hati aku dengan mula merasa dunia ini tidak adil apabila terus-terusan menyeksa batin aku.
"Ya...pizza... Tapi saya nak juga awak belajar membuatnya....sebab awak mempunyai potensi yang bagus untuk menyediakannya... Saya pasti itu. Boleh tak Aleesa???" kata penyelianya dengan nada yang merayu dan juga semangat penuh yakin dengan potensi pekerjanya.
"Errr.... saya cuba Encik Zahar.... tapi, tempahan itu bila diperlukan dan berapa banyak...???" tanya aku lagi.
"Mesti ada pada hari Sabtu ni sebanyak 10 bungkus..." jawab Encik Zahar kepada aku.
"Apa???!!! begitu cepat encik....dan juga banyakkk...." kata aku dengan merasa resah dan mula susah hati dengan keinginan penyelianya itu.
"Apa-apa pun saya cuba ya encik...." sahut aku dengan nada yang amat perlahan dan menundukkan kepala.
"Okey bagus...goodluck Aleesa... dan terima kasih..." kata-kata akhir dari penyelianya itu selepas beberapa minit aku keluar dari pejabatnya.

        Aleesa menjadi bertambah risau. Dia terus melangkah ke dapur dan memebelek-belek buku yang ditinggalkan Amir kepadanya. Belekkan itu dilakukan dengan berulang kali. Namun, setelah dicari terdapat tiada resepi itu. Aku mula keletihan dan lalu terduduk di kerusi apabila mengenang kembali bagaimana nasib aku kelak sekiranya aku tidak dapat menghasilkannya. "Adakah aku akan dipecat???!!!! Di mana aku mahu mencari cara membuat pizza ini??? Amir pun tiada disisi aku??? Siapa yang akan membantu aku??? Aku hanya ada tinggal beberapa hari saja lagi untuk aku perlu menyediakannya......" Aku buntu dan buntu.....

"Pak Long sudah siapkan baju saya??" tanya Tuan Muda Azmir Iskandar kepada pembantunya itu apabila memasuki keretanya.
"Sudah tuan.... Tuan boleh lah berkemas di tempat duduk belakang dan saya akan memandu membawa tuan ke pejabat Dato'..." balas pembantunya itu.
"So, what the problems Pak Long???" aku bertanya kepada Pak Long tentang perkara yang telah berlaku.
"Begini tuan, Dato' ada membuat pelaburan di sebuah syarikat...emmm...saya tidak pasti nama syarikat itu... Masalahnya Dato' sudah kena tipu dan kita telah mengalami kerugian." cerita dari Pak Long kepada tuan mudanya.
"Maka saya berharap tuan sahaja yang dapat membantu Dato' untuk memulihkannya....."
"Okey... saya akan cuba meneliti dahulu nama syarikat itu dipejabat nanti dan juga saya  akan pertimbangkan hal ini...apa-apa pun terima kasih Pak Long kerana sudi memberitahu saya tentang hal ini." Balas aku lagi.
"Oh ya... Di mana Dato' sekarang....???"
"Dia masih di pejabat tuan...dan saya tidak memberitahunya yang tuan dalam perjalanan ke sana... maafkan saya tuan..."
"Tidak mengapa... awak teruskan memandu dengan cepat ya..." kata tuannya lagi dengan memberi arahan segera untuk sampai ke pejabat ayahnya itu.

    Fail-fail yang dibawa oleh pembantunya dibelek dan dibaca dengan teliti sekali oleh Azmir Iskandar. Dia sedang memikirkan bagaimana cara untuk mengatasi semua masalah ini. "Bagaimana ayah boleh kena tipu sedangkan ayah bijak dalam perniagaan hotel ini. Mesti ada yang tidak kena ni...." Bisik hati Amir dan Amir mula meragui sesuatu...........


 - bersambung -

Saturday 24 November 2012

Cinta Kita - Bab 10

         "Morning mom.....muaahhh...." Syamil yang nampak segar dan ceria apabila bangun di pagi hari ini lalu mengucapkan selamat pagi kepada ibunya, Datin Salbiah serta memberikan satu kucupan sayang di pipi ibunya itu.
"Morning my son....wow...ceria nampak anak mama ni??? Ada apa-apa nak kongsi ke?? " jawab ibu Syamil sambil mengusik apabila melihat tingkah laku anaknya yang tengah gembira.
"Tak ada apa-apa lah mama.... saja nak bagi mama senyum pagi ni...hehehe" jawab Syamil lagi.
"Yelah tu... jom sarapan... Mama buat menu special hari ni khas untuk Syamil.... Nasi lemak Special..." kata ibu sambil menyiapkan hidangan untuk diberikan kepada anaknya dan daddy.
"Wow...sedapnya...tau ye mama yang Syamil tengah lapar...kebetulan pulak ada nasil lemak masakan mama ni..." Syamil hanya terus duduk di meja makan dan menjamu selera dengan sarapan yang enak hari ini.

Ayah Syamil yang menuruni anak tangga dan terus menuju ke meja makan.

      "Morning daddy....Come join us..." ayah Syamil iaitu Dato' Ramli Osman seorang Pengarah di Hotel Sunrise Way disapa oleh anaknya Syamil.
"Morning my son..." jawab ayahnya yang bersahaja kerana ayah Syamil seorang ynag tegas dan juga pendiam. Komited dengan kerjaya itu hinggakan semua hal perlu dilakukan dengan penuh disiplin dan dedikasi. 
"Syamil, boleh ayah bercakap dengan kau malam nanti.. Ada hal yang perlu dibincangkan..." tiba-tiba ayah Syamil bersuara serta bertanya dengan Syamil.
"Boleh dad...lagipun Syamil tak ada aktiviti malam nanti." Syamil yang menjawab pertanyaan ayahnya lalu bangun dari kerusi untuk bergegas bergerak menuju ke destinasinya iaitu ke universiti. Dia sempat meneguk air kopi sedikit sahaja apabila melihat jam ditangannya menandakan dia sudah terlewat.
"Syamil pergi dulu ya...mom...dad...sudah lambat ni..." kata Syamil di hadapan orang tua sambil bersalaman dan mengucup tangan mereka.
"Baik-baik tau....jaga diri!!" teriak mama Syamil lagi lalu tersenyum.

Datin mula berbicara dengan suaminya itu.

       "Abang...anak kita pagi ni ceria semacam je... Perasaan ingin tahu lah abang..Kenapa macam tu???" isteri Dato' Ramli mula bertanya tentang anak lelakinya itu kepada suaminya.
"Entah...anak awak kan...pergilah tanya nanti...bila ada masa lapang tu cubalah berborak dengan anak awak." balas suaminya.
"Yelah...nanti saya tanya ye abang..." jawab isterinya lagi.
"Jangan lupa beritahu abang pula....mana tahu anak kita sedang dilamun cinta....hehehe..." usik Dato' Ramli dengan isterinya itu.
Datin Salbiah hanya tersenyum dan menepuk bahu suaminya itu.
"Oh...ya...abang nak bincang apa dengan anak kita tu malam nanti???" Datin Salbiah terasa ingin tahu apa yang dimahukan oleh suaminya dengan anak lelakinya.
"Hal pejabat...nanti kita bincang bersama malam nanti ye. Abang dah lambat ni... Pak Man dah siap kereta???!!!" Dato' Ramli yang menyahut pertanyaan isterinya sambil mengatur tali lehernya yang kurang rapi itu. Setelah itu dia mencari0cari pemandunya untuk membawanya ke pejabat.
Datin Salbiah pun bersalaman dengan suaminya yang tersayang...

       Ketiadaan dua suara lelaki di rumah membuatkan Datin Salbiah mula merasakan kesunyian. Datin Salbiah adalah merupakan seorang yang ceria dan suka berkebun. Di masa lapang dia sentiasa akan berada di balkoni belakang rumahnya untuk melakukan aktiviti riadahnya seperti berkebun, mencanting bunga orkidnya serta bunga-bungaan yang lain. Selain itu, dia sentiasa pastikan tanam-tanamannya disiram dengan baik dan dijaga dengan rapi. Seekor serangga pun tidak boleh hinggap di sana kerana dia tidak sanggup melihat tanamannya dirosakkan oleh binatang itu. Sungguh sayang sekali Datin dengan peliharaannya. Pada masa yang lain, dia akan membaca majalah di rumah serta membeli belah untuk melihat koleksi-koleksi di butik bagi melihat baju muslimah mahupun tudung yang baru dan lebih menarik perhatiaannya.

Setibanya Dato' Ramli Osman di hadapan hotelnya iaitu di hotel lima bintang itu. Dia membuka pintu dan turun dari kereta Mercedez yang elegan berwarna hitam lalu melangkah ke anak tangga hotel tersebut. Dia turut di sambut oleh pekerja-pekerja hotel dengan baik sekali. Apabila sampai di hadapan lif, dia terlihat seperti seorang lelaki yang sebayanya dari jauh. Seolah-olah dia amat mengenalinya tetapi kurang mengingati siapakah nama gerangan lelaki itu.

"Dato' Ramli kan???" sapa lelaki itu yang berbaju kot hitam sambil memegang telefon bimbitnya turut membawa begnya menuju ke arahnya.
"Ye..betul... Siapa ya? Maaf saya kurang pasti siapa anda..." jawab Dato' Ramli.
"Saya.... Tan Sri Omar dari Syarikat O-Land Holding.....iaitu sebuah syarikat pembangunan dan hartanah yang ketiga terbesar dan juga terkenal.
"Ohh...Tan Sri...maaf saya tidak mengenali anda sebentar tadi. Ada urusan apa ya...??? Ok, apa kata kita bincang di office saya, kalau tidak keberatan ye Tan sri..." balas Dato' Ramli kepada Tan Sri Omar serta mempelawanya ke pejabatnya untuk berbincang kerana dia merasa tidak elok untuk berurusan di situ.
"Apa salahnya... Silakan." jawab Tan Sri Omar lagi.
 Lalu mereka menaiki lif yang pintu sedang terbuka luas untuk ke bahagian pejabat.

          Syamil yang sudah lama sampai ke universiti berada di ruang bilik pensyarah. Dia terus menuju ke mejanya dan melaksanakan tugasnya yang belum selesai dengan menyemak tugasan-tugasan yang dihantar oleh pelajar-pelajarnay seminggu yang lalu sementara menunggu masanya untuk mengajar. Dalam dia menyemak tugasan tersebut, hatinya mula teringatkan Sharmila yang sudah agak lama tidak mendengar khabar beritanya itu. kali terakhir dia menelefon Mila adalah pada malam dia berterus terang tentang perasaannya terhadap Mila. "Nampaknya Sharmila menunjukkan dia tidak meminati diri aku, kalau tidak kenapa dia perlu mengelak dari aku. Betul ke apa yang aku fikirkan??? Tidak, mungkin kata perasaan aku sahaja, lagipun aku tidak boleh terus menuduhnya secara terburu-buru tanpa usul periksa. Mungkin ada sebab kenapa dia mengelak daripada aku...." bisik Syamil lagi dan terus termenung.

Syamil mengambil telefon bimbitnya lalu mendial nombor Sharmila.......

"Pick up your phone Mila...please..." kata Syamil dengan nada yang agak perlahan. Dia mencuba mendial lagi. Namun sudah berkali-kali mendial sekali pun, Mila masih tidak mengangkat panggilan itu. Syamil semakin risau. Dia berharap agar pada hari ini dia dapat menemui Mila di mana jua dia berada. "Ya Allah...bantulah hambamu ini.." doa si Syamil lagi.

         Sejam yang lalu, Syamil fokus menyemak tugasan dari pelajar-pelajarnya akhirnya masa dia untuk ke kelas. Dia perlu bergerak sekarang. Tiada yang mudah apabila bekerja sebagai pensyarah. Kita sentiasa tiada cukup masa untuk diri sendiri dan perlu bijak membahagikan masa dengan secukupnya di antara melakukan kerja dan berehat. Tetapi Syamil agak berlainan sekali, masanya sentiasa dipenuhi dan turut mempunyai jadual yang relevan untuk dirinya berehat, beriadah, bekerja dan sebagainya. Sesudah sampainya di hadapan kelas itu yang kebetulannya adalah kelas Sharmila. Dia teringat apabila terlihat wajah kawannya iaitu, Anaz..."Tapi, kenapa dia keseorangan sahaja??? Mana Mila...???" bisik hati Syamil. Syamil tidak memikirkannya terlebih dahulu tentang itu dan terus fokus kepada tutorial yang harus diberikannya kepada para pelajar pada hari ini.





Monday 19 November 2012

Outing With My B!!!!

Seronoknya saya hari ini dapat keluar bersama orang tersayang...hehehehe.....:)
Dalam masa yang agak lama dari pukul 10.15 pagi hingga 5.10 petang.....emmm...7 jam tu... memang lama tapi saya betul-betul enjoy...

Saya melawat ke Spring untuk menonton wayang dan pergi makan.

Cuba teka cerita apa saya tengok....

jeng...jeng...jeng... yang ni lah.......

  

ISTANBUL AKU DATANG.................

Perasaan saya ketika itu pun macam ni.......


teruja.....teruja....teruja....hehehehhe.......

Tak sabar katakan..... Seriously, memang best jalan cerita ni.... Saya pun boleh teka apa penghujungnya.
Ada gembira, sedih dan menghayat hati lagi-lagi kaum hawa....:)

Thanks to my b.... sudi temankan girlfriend dia ni yang macam budak2 tak sabar tengok cerita ni...
Excited giler...saya.....

Setelah itu, saya sempat berjalan dekat The Hills...baru je saya sampai...nampaknya biasa je tempat tu...agak mewah... tq juga kat dia sebab sudi memperkenalkan tempat baru tu...

Dia juga temankan saya beli yang ni....emmm..sedapnya!!!!

   

Ini untuk saya dan family....... adik saya amat menyukainya... Alahai rindu pulak dengan adik saya yang seorang lagi...kat Uitm Shah Alam.... kalau dia ada mesti lebih seronok makan sebab dia memang hobi makan je....:) Rindu pulak dengan dia....

Lepas tu, ingat nak sambung jalan pergi ke Damai Central Kuching, malangnya hari hujan lebat... Jadi perjalanan nak pergi kat situ batal serta merta....terpaksa ditangguhkan buat seketika.

Apa-apa pun saya happy.... dapat meluahkan masa bersama-sama si dia...dan dia sudi mendengar luahan dari saya juga....

" Happy O'west "

Sunday 18 November 2012

Cinta Halal :)




 Klik sini ya.....cinta halal

CINTA HALAL

Memang best cerita ni...tak rugi apabila saya sanggup menunggu ditayangkan di television pada hari Khamis 15 November yang lalu. Apa tidaknya, sanggup tidak keluar dengan tersayang hanya semata-mata nak tengok cerita ini bersama ibu. Maklumlah, hari itu juga kan Awal Muharram...so, tidak baiklah kita nak keluar berjalan-jalan pada masa itu. So, saya plan untuk keluar pada hari lain.

Semasa menonton cerita ini, kami berdua memang tak miss lansung lah....seronok dan ketawa hingga pecah perut. Hehehe....lagipun saya suka tengok watar Cik Fathia kita ni....brutel semacam....ala2 tomby tapi muka alahai lawanya..... :)

Dalam saya menonton cerita ni juga saya memang minat giler dengan Si Fahrin ni....best lah gandingan dia.... F2 maknanya Fahrin dengan Fathia..... cun lah tu!!!

Banyak yang saya pelajari tentang cerita ni...especially pasal cinta halal. Yelah kan, bantak teman-teman sudah pun bercinta, berkawan dan berkasih tapi masih perlu mempelajari batas-batas dalam Islam. Saya tabiklah cerita ini sebabnya boleh membuka mata semua orang. Kecantikkan atau kesempurnaan tidaklah semestinya baik di hadapan kita, tapi kita perlu bijak menilainya. Manakala yang tidak sempurna ataupun tidak menepati syarat-syarat orang yang muslimah, tidak semestinya tidak baik @pun sempurnakan.....yang penting hatinya sangatlah baik....

So, kita sebagai manusia perlu bersikap terbuka dan cuba saling kenal-mengenali. jangan hanya tengok luaran, perangai, tingkah laku yang tidak sopan kita terus judge orang tu tak baik...tidak bagus...macam tu....janganlah ;( sedih tau!!!

Masing-masing ada kelebihan dan kelemahan, jadi kita mesti hari-hari perbaikinya...yang elok dijaga dengan baik dan rapi, manakala yang kurang tu...tukar @ ubah menjadi lebih baik dan bagus...barulah ada perubahan dalam hidup ni..... Chill selalu kan...

Saya seorang yang kasar luarannya, tapi diubah menjadi lebih sopan dan sentiasa dibantu oleh ibu tersayang, maka jadilah saya ini yang...tutttt!!!! ahhahaha....
Perfect!!! kata orang.....

Tapi banyak lagi saya perlu belajar....dorongan semua orang amat perting bagi saya....:)

"Cool and Chill + Happy...Okey!!!"

"Selamat menonton 'Cinta Halal".....


Friday 9 November 2012

Kejar Hingga Ke Langit!

        

      "NOR ALEESA!!!!!!! Bangun lagi... dah pagi ni. Kau nak membuta sampai ke petang ker???" teriakkan seorang ibu yang tidak pernah kenal erti jemu dengan tiap-tiap hari membangunkan anak perempuannya itu. "Alah mak....masih awal lagi nie...malaslah nak bangun dulu." respon aku yang masih terbaring lena di atas katil sambil senyum seorang apabila mendengar jeritan ibunya yang sentiasa faham dengan kerenah aku ini. Aku yang sahaja berpura-pura tidur dan berkurung di dalam bilik, sebaliknya aku sudah bangun awal pagi tadi. Itu kerana aku tahu ibu aku sangat rajin membangunkan aku pada setiap pagi. Tetapi aku tetap bersalah kerana sering menyusahkan ibu aku itu.
        "Selamat pagi mak...!" sapa aku dengan ibu yang sedang menyediakan masakan di dapur. "Eh, sudah mandi ker anak mak ni?? Wangi jer...!" sindir ibu aku. "Mestilah sudahlah mak, Aleesa terus solat Subuh pagi tadi tau!". "Alhamdulillah baguslah macam itu anak ibu seorang ni....tak kan hari-hari nak manjakan diri kan...betul tak??" kata ibu lagi. Aku hanya memeluk ibu dan mengucapkan terima kasih kerana sabar dengan kerenah aku selama ini.
             Sekarang ini aku tengah bercuti panjang. Aku yang baru sahaja selesai menamatkan pengajian aku di UPM, Selangor dengan jurusan diploma pengajian bahasa. Aku yang bercita-cita untuk bekerja setelah tamat pelajaran ini dengan harapan untuk membantu keluarga aku kelak supaya dapat hidup senang- lenang nanti.
             "Mak, lepas nie Aleesa nak cari kerja lah....boleh?? Bosanlah duduk rumah jer tak ada buat apa kan..." pinta aku kepada ibu dan juga mohon restu untuk mengizinkannya bekerja. "Mestilah boleh....ayah kau pun sibuk juga tanya kat mak...bila kau nak kerja... boleh cari pengalaman nantikan..." balas ibu aku lagi yang sedang memotong sayur di atas meja. "Ok, InsyaAllah mak...Aleesa akan cuba cari kerja nanti."

           Kami pun masak di dapur dengan menyediakan masakan yang enak-enak belaka, cukup juga dengan ulam-ulaman yang pedas sambalnya...."Pergghhhh...". Aku seronok dapat merasai keenakkan masakkan ibu aku yang tersayang ini. Sambil itu, kami menunggu kedatangan ayah balik kerja di tengahari. "Dapat juga ayah merasa makanan ini ya mak...... Sedap!!!!" Aku yang tidak sabar mengusik ibu di dapur dengan mencuri-curi rasa dengan menggunakan jari aku. "Hehehehhe........". "Apa yang kau buat tu??? Curi rasa masakkan mak ye..." sergah mak dari belakang yang menyentuh bahu aku. "Ehh...apalah mak ni, nak rasa sikit je pun..." jawab aku sambil menarik muka seperti cuka di depan ibu. Lalu ibu menyediakan makanan itu di atas meja dengan kemasnya.
             "Assalamualaikum......." kedengaran satu suara dari arah pintu rumah. "Walaikumsalam....ohh ayah....masuklah..." aku yang menyahut salam dari ayah sambil membuka kunci pintu rumah dan kami bersalaman anatara satu sama lain. "Kau buat pa tadi Aleesa??" tanya ayah kepada aku. "Tak ada buat kerja apa pun ayah, tolong mak masak kat dapur je...." jawab aku dengan nada yang sedih. Ayah pun senyum dan gelak dengan aku. "Tak apa, kau kan baru cuti. Nanti bolehlah cuba mencari kerja sambilan kat luar. Biar nanti anak ayah ni taklah bosan terperap kat rumah je. Betul tak mak nya...." kata ayah aku lagi. "Betul kata ayah kau tu... cuba usaha ya anak...." "InsyaAllah mak...ayah... Aleesa akan usahakan."
            Mereka pun melangkah ke ruang meja makan untuk menjamu selera. Ayah dan ibu yang benar-benar mengambil berat tentang diri aku, aku berasa amat bersyukur mempunyai insan yang mengasihi aku ini. Aku berjanji dengan mak dan ayah yang Aleesa akan cari pendapatan aku sendiri dan melakukan kerja yang dengan baik.

          Dalam aku mengurungkan diri di dalam bilik setelah melaksanakan solat Zohor, aku pun sempat mengambil surat khabar yang dibawa ayah aku ketika balik tengahari tadi. Aku yang sedang mendengar radio dan lagu-lagu yang diputarkan agak menarik perhatian aku untuk turut berlagu serta menyanyi mengikut rentak iramanya. Sambil itu juga aku membelek-belek surat khabar sehingga ke bahagian jawatan kosong. Aku berikrar untuk memperoleh pekerjaan yang biasa-biasa sahaja terlebih dahulu bagi emmperoleh pengalaman. Aku menggunakan pen berwarana merah bagi membulatkan senarai jawatan kerja serta tempat kerja yang bersesuaian dengan aku. Pekerjaan yang aku pilih setakat ini adalah seperti pelayan restoran, kerani dan penjaga kedai buku dan majalah. Semoga salah satu kerja tersebut dapat aku perolehi nanti. "Amin..... " bisik hati aku.
         Setelah penat meneliti semua jawatan yang ada di surat khabar, aku lalu merebahkan diri di atas katil yang empuk lagi berlapik cadar bunga-bungaan yang berwarna merah jambu. Aku memeluk patung kesayangan aku iaitu bear berwarna coklat yang telah dihadiahkan oleh ibu dan ayah semasa aku  berumur 10 tahun lagi. Teringat pada masa kecil yang ayah sebenarnya tidak tahu hendak memberikan aku sebagai hadiah di hari jadi aku pada masa itu. Apabila aku berjalan-jalan, aku terpikat dengan anak patung bear itu lalu ayah membelinya untuk aku. Tetapi, malangnya ayah tidak mempunyai wang yang cukup untuk membelinya. Lalu ayah memberikan sedikit wang dan jam tangan kepada penjual tersebut. Aku yang tidak memahami apa-apa hanya memerhatikan sahaja gelagat ayah pada masa itu. Kini, aku mengerti bahawa ibu dan ayah sanggup membuat apa sahaja untuk mencapai setiap keinginan anaknya dengan hanya melakukan satu pengorbanan. Aku sangat mengasihani mereka yang sentiasa mahu anak-anaknya gembira walaupun terpaksa menjual harta mereka yang sedi ada itu. Tanpa aku sedari air mata aku jatuh ke pipi lalu ke atas katil......."Sedihnya apabila aku kenang kembali masa lalu itu..... Ayah..Ibu... Aleesa sayang kamu..." kata-kata yang hadir dari bibir aku lalu aku menangis sekuat hati.
        "Aleesa, jom minum petang...." tiba-tiba ketukkan pintu dari luar berbunyi. Aku dikejutkan oleh panggilan ibu aku itu. "Baik mak....sekejap lagi Aleesa keluar." Balas aku kepada ibu. Aku terus mengesatkan air mata dan mengemaskan diri kembali di hadapan cermin bilik aku. Terlihat hidung dan mata aku nampak kemerahan. Aku perlu mengambil masa untuk menghilangkan kesan tangisan aku tadi sebelum keluar dari bilik untuk minum petang bersama mereka. Dalam 15 minit kemudian, aku pun keluar dari bilik dengan memerhatikan ibu aku yang sedang menonton cerita melayu, Sungguh konsentrasi ibu aku itu menonton televisien sehinggakan aku duduk di sebelahnya pun tidak perasaan....
Aku pun senyum tanpa membuat apa-apa kerana malas hendak mengganggu ibunya. Lalu aku pun memerhatikan cerita melayu itu bersama dengannya.

"Tokkk....tokkkk...." tiba-tiba bunyi ketukkan yang begitu kuat dan kasar dari arah pintu rumah kami.
"Cuba tengok sapa yang ketuk pintu tu Aleesa! Macam nak roboh pintu itu dibuatnya." sapa ibu aku kepada aku.
"Abang Fuad!!!!...Kenapa ni tiba-tiba je muncul....???!!" jerit aku.
"Adik! Mana mak???!! Abang ada hal nak minta kat mak ni...." kata abang aku yang tercunggap-cunggap keletihan seperti baru berlari sebanyak 100 meter dan nampak terburu-buru.
"Haa...ada apa??? Mak kat sini di ruang tamu ni..." sambut mak apabila mendengar suara abang yang baru muncul itu. Dia yang begitu lama melupakan kami sekeluarga setelah dua bulan berkahwin dengan pilihan hatinya, Kak Melati.
"Mak, Fuad nak minta duit sikit buat belanja kami sekeluarga...."
"Kenapa tiba-tiba ni abang, minta duit kat mak.... Abang ada masalah ke???!!!" sahut aku yang berasa tidak puashati dengan tindakan abang aku yang sebegitu tanpa meminta dengan cara yang elok.
"Abang ada masalah dik! mak!.... Abang kena diberhentikan kerja....syarikat temapat abang kerja tu ada masalah kewangan jadi kami yang sudah lama bekerja terpaksa diberhentikan kerana tidak cukup duit untuk bayar gaji kami. Salah satu orangnya adalah abang. Abang sudah jadi penganggur sekarang. Maaflah, abang tak tahu pun nak jadi macam ni..." kata abang yang serius bercerita tentang masalah yang dihadapinya kini.
"Kalau sekarang mak tak cukup duit. Ini ada pun RM50.00 sahaja....boleh lah kau buat belanja dengan Melati buat sementara waktu." kata mak yang baru keluar dari biliknya untuk mengambil wang bagi diberikan kepada abang Fuad itu.
"Maafkan Fuad mak.....sebab sudah menyusahkan mak dan adik sekarang ni." balas Fuad lagi.
"Tak apalah nak....sekarang ni kau susah, mak tolong...nanti ada masa mak kau pun boleh tolong bantu kan.... Mak dah tua, duit tak penting...yang penting kebahagiaan anak-anak mak ni..." kata mak yang sambil memegang pipi abang yang basah setelah lepas menangis menceritakan kejadian yang menimpa dirinya. Aku turut  berasa sedih dengan apa yang telah berlaku kepada Abang Fuad.....

           Kisah abang aku berhenti di situ setelah ibu sanggup berkorban untuk anak lelakinya itu dengan memberikan sedikit wang perbelanjaan. Di saat itu juga aku sangatlah tersentuh dengan apa yang telah dilakukan oleh seorang ibu yang sentiasa mahu memberikan kebahagiaan anak-anaknya, seorang ibu yang yidak sanggup melihat anaknya susah dan menderita. Aku amat membanggai ibu aku. Dari situ aku belajar untuk mahu berkorban dengan orang tua aku dengan mencari pekerjaan bagi membantu kami sekeluarga. Aku bertekad akan terus berusaha mendapatkan satu pekerjaan tanpa berasa putus asa.

          Keesokkan harinya, aku bergegas bangun pagi untuk mencari pekerjaan. Aku keluar dari rumah tanpa diketahui oleh orang tua aku. Aku tidak mahu menggangu mereka yang sedang berehat. Aku terus mencapai basikal yang hanyalah satu-satunya kenderaan yang boleh membawa aku ke mana sahaja aku pergi. Basikal yang sudah lama lagi besinya yang berkarat aku masih mahu menggunakannya kerana ia banyak berjasa dengan aku sewaktu aku di peringkat sekolah lagi. Pelbahai kenangan ada pada basikal kesayangan aku itu. Tanpa memikir panjang aku pun menunggang basikal dan keluar dari kampung untuk pergi ke bandar. Agak jauh perjalanan aku untuk ke sana namun aku akan lakukannya dengan penuh sabar. Aku masih muda, aku masih mampu melakukannya!!! Teriak hati aku yang sedang mengayuh basikal dengan harapan aku dapat balik membawa berita gembira kepada ibu dan ayah aku nanti.

"Maaf, selamat pagi.... Boleh saya bertanya, di sini ada kerja kosong tak???" kata aku setelah menjumpai satu syarikat yang ada mengiklankan jawatan kosong di sana. Aku yang bertanya kepada perempuan yang tinggi lampai dengan berbaju kasual serta rambutnya yang diikat dengan rapi.
"Ye, cik....ada... Cik hendak mencuba ka??" balas gadis itu.
"Boleh....saya memang hendak mencubanya..." kata aku dengan penuh semangat.
"Silakan cik isi borang maklumat ini dengan segera ya.....saya akn aturkan pertemuan cik dengan pegawai di sini. Cik boleh duduk di ruang tamu di sebelah kanan ini ya...terima kasih..." kata gadis itu dengan nada yang penuh hormat dan santun.

Aku pun duduk di tempat yang disuruh oleh perempuan itu lalu mengisikan borang yang diberikan olehnya dengan teliti. Aku yang terasa penat mengayuh akhirnya dapat duduk sebentar di ruang tamu yang mempunyai penghawa dingin ini. "Cantik dan besar juga syarikat ni...tapi tak tahulah syarikat apa?? Tak apa aku akan buat yang terbaik untuk temuduga selepas ini." Bisik hati aku yang baru tenang mengisi borang yang disediakan tadi dan akhirnya aku melekatkan sekeping gambar pada borang itu.

"Cik saya sudah siap isi...." sapa aku setelah selesai mengisi borang itu tadi.
"Baiklah...beri kepada saya. awak boleh tunggu sebentar." Balas gadis itu lagi.
Aku pun menunggu panggilan dari perempuan itu dengan hati yang berdebar. "Ok, terima kasih..."

Lima minit kemudian.........

"Cik Nor Aleesa Binti Abu Bakar.... sila masuk..." suara yang datang dari arah pintu penemuduga itu. Aku pun melangkah dan masuk ke arah pintu tersebut dengan hati yang berdebar-debar. aku mengetuk pintu bilik itu dan di benarkan masuk.

"Sila duduk...." kata penemuduga itu.
"Awak Cik Nor Aleesa...betul???" dia meneruskan pertanyaan.
"Ye..."
"Boleh awak terangkan sedikit tentang awak kepada kami...."
Aku memulakan dengan menceritakan tentang biodata aku serta pengajian aku. Malangnya aku tiada pengalaman bekerja lansung sebelum ini kerana aku baru tamat pengajian beberapa bulan yang lalu.
"Ok....kenapa cik berminat hendak bekerja di syarikat kami???" kata penemuduga itu lagi.
"Saya berminat kerana pertamanya ingin mencari pengalaman walaupun saya tahu ini adalah bukan bidang pengajian saya, tapi saya janji akan berusaha keras untuk mempelajarinya. Kedua, saya memang hendak bekerja sekiranya pihak anda sudi memberi saya peluang saya akan pastikan beri yang terbaik untuk syarikat anda.... dan bla....bla....." balas aku kembali dengan penuh keyakinan apabila berada di hadapan penemuduga itu.
"Ok, memandangkan kamu tiada pengalaman bekerja sebelum ini...dan secara kebetulan juga kamu ingin bekerja di syarikat ini, jadi pihak kami akan cuba pertimbangkan.... Ini sahaja ya...terima kasih..." kata dia lagi.
"Sama-sama..." Aku pun bangun dan melangkah keluar dari bilik itu. Aku pun beri senyum kepada gadis yang ada di kaunter pertanyaan dan mengucapkan terima kasih kepadanya. Aku merasakan temuduga aku kurang berjaya kerana pastinya mereka berkehendakkan orang yang berpengalaman lagi. Aku sedih tapi aku cuba bangkitkan semangat untuk mencuba di tempat lain lagi.

            Aku meneruskan perjalanan aku dengan mengayuh basikal semula untuk mencari iklan-iklan yang sedia ada di papar di hadapan bangunan serta mencuba dengan hanya bertanya sekiranya ada ruang untuk pekerja baru. Namun usaha itu gagal beberapa kali.
             Aku mula berasa letih, melihat jam tangan yang menunjukkan pukul 1.00 petang. Agak lama aku keluar dari rumah tanpa memberitahu ibu dan ayah aku. Mesti mereka akan risau. Tiba masanya aku balik ke kampung. Dalam perjalanan pulang, tiba-tiba kepala aku berasa pening dan penglihatan aku mula kabur.....lalu tanpa aku menduga aku terlanggar dengan seorang lelaki.....

"Aaaa....tidakkk....." jerit lelaki itu... Aku yang tidak dapat mengawal handle basikal terus melanggarnya dan kami pun sama-sama jatuh ke lantai jalanraya.
"Apa awak buat ni??? Habislah saya di marah oleh bos nanti.....!" teriak lelaki itu dihadapan aku. Aku pun terkejut dan menggosok kaki aku yang turut terseliuh sedikit.
"Sorry...saya tak sengaja tadi... sebenarnya....." aku terus terdiam dan melihat kek yang terjatuh di jalan itu.
"Sebenarnya apa???!!!" sapa lelaki itu terhadap aku dengan nada yang marah.
"Kek awak??? Jatuh!!!" kata aku dengan perasaan yang sangat bersalah.
"Tau pun...itu kek orang....saya hanya membawanya...tapi awak sudah melanggar saya jadi awak mesti ganti balik.....!!! Boleh????!!" kata lelaki itu lagi.
"Saya....saya tak ada duit nak bayar balik...ergghhh...macam mana??? Saya minta maaf awak.... Tolonglah...saya mash tak mampu lagi nak ganti balik kek tu..." rayu aku di hadapan lelaki itu.
Lelaki itu bangun dan mencekak pinggangnya......Dia tiba-tiba jadi resah...lalu berkata "Aku pun tak tahu nak buat apa lagi...". Dia turut mengaru-garu kepalanya seperti orang sudah tertekan.
"Apa patut saya buat ni....Pasti lelaki itu nak aku ganti semua yang berlaku ni...Aku tak sengaja..." bisik hati aku.
"Awak mesti ikut saya dan berjumpa dengan bos saya untuk settle hal ni....kalau tak saya report polis..." tiba-tiba lelaki itu mnengugut aku. Mahu atau pun tidak aku terpaksa akur dan mengikut kehendaknya.
"Ok...saya ikut awak..." balas aku kembali. Aku dengan berasa takut dan juga resah dengan apa dan berlaku. Aku berharap ini pasti ada alasan mengapa ia terjadi kepada aku. Aku berserah.

Sampainya aku di sebuah kedai roti dan kek............

Rupanya lelaki itu bekerja di kedai kek. Aku yang tunduk diam hanya mengikut rentak langkah lelaki itu sehingga aku diperkenalkan dengan penyelianya.

"Encik Zahar... saya ada masalah ni.." kata lelaki itu kepada penyelianya.
"Ada apa Amir?? Kenapa ada orang luar kat sini??" balas encik yang berpakaian T-shirt berwarna hijau, tinggi lampai dan muka garang itu.
"Dia ni sudah melanggar saya, dan......."
"Kek itu rosak encik...maafkan saya....." aku terus menyampuk setiap kata-kata dari lelaki itu.
"Apa??? Rosak???!!! Tidak...awak mesti buat balik Amir....nanti saya bercakap dengan pembeli itu.. Sekarang dan segera!!!!" jerit Encik Zahar.
"Baiklah...encik." balas lelaki yang bernama Amir lagi.
"Dan awak ikut saya...." sapa penyelia itu kepada aku. Aku pun mengekorinya namun hati aku masih takut dan tidak tahu apa akan berlaku seterusnya nanti. Aku masuk ke bilik pejabat Encik Zahar dan terus dipelawa duduk. Aku tahu, pasti aku terpaksa menangggung semua kos yang telah pun berlaku tadi. "Macam mana ni...!!! Aku tak ada duit pun sekarang. Matilah aku!!!!" kata hati aku yang sangatlah resah gelisah.
"Ok...awak kena selesaikan hutang awak dekat syarikat ini....Boleh???" tiba-tiba suara si penyelia itu bertanya pada aku setelah selesai menelefon pelanggannya tadi untuk memohon maaf serta berjanji akan menyediakan kek yang baru tapi mungkin penghantarannya agak lewat sedikit.
"tapi encik, saya tidak ada duit untuk bayar balik semua tu.... masalahnya saya belum ada kerja lagi." kata aku dengan nada merayu kepada Encik Zahar.
"Ok, memandangkan awak tidak dapat bayar hutang ni mahupun ganti balik kek tu kepada pihak kami...saya cadangkan awak tidak boleh lari dari kami dan awak perlu selesaikan semuanya secepat mungkin. Jadi, saya akan ambil awak bekerja dannnn.....gaji awak akan saya potong  sebagai bayaran hutang awak kepada kami. Boleh??? Awak sanggup???" kata Encik Zahar lagi tetapi kali ini dia macam tidak mahu melepaskan aku dari semua masalah ini, namun dia juga memberi aku peluang pekerjaan. Aku rasa itu lebih baik daripada aku dibenci orang aku tidak kenal.
"Ok, saya terima dan sanggup encik...."
"Sekiranya awak dapat menunjukkan prestasi yang baik, saya akan pertimbangankan lagi dan meneruskan tawaran kerja ini kepada awak. Kalau tidak....cukup sekadar ini sahaja iaitu membayar ganti rugi sahaja. Adil???" kata Encik Zahar seperti hendak mengugut dan aku terpaksa akur dengan semuanya tanpa memikir panjang lagi.
"Saya terimanya encik....dan terima kasih atas pertimbangan encik itu." balas aku kembali.
"Esok awak boleh mula bekerja...dan tahniah..". Katanya lagi sambil bersalaman dengan aku bagi mengucapkan tahniah.

        Aku yang amat tidak menyangka dengan kejadian yang berlaku....dengan tidak sengaja kemalangan yang membuatkan aku mati akal untuk menyelesaikannya. Dengan rahmat Allah disebalik kesukaran diberikan ada juga kegembiraan pada waktu yang sama. "Aku dapat pekerjaan!!!!" jerit batin aku. "Aku boleh kerja esok!!!! yahooo..." jeritan aku lagi sambil mengayuh basikal menuju ke kampung.
"Inilah baru dikatakan rezeki dari Allah. Kita tidak menjangka apa yang berlaku disekeliling kita. Alhamdulillah...." bisik hati kecil aku.

Sampainya aku di rumah dihadapan pintu aku pun berlari untuk mendapatkan ibu....

"Makkkk..... Aleesa dapat kerja..." jerit aku sambil berlari-lari di dalam rumah dengan mencari di mana ibu aku dan sedang buat apa.
"Apa yang dijeritkan tu Aleesa....mak kat bilik ni, tengah lipat baju...." teriak ibu lagi.
"Aleesa dapat kerja mak.....bestnya...." aku yang tidak sabar meluahkan berita baik dan memberitahu semua cerita apa yang telah berlaku kepada ibu aku.
"Alhamdulillah...baguslah nak... ingat jangan nak tunjuk perasaan nanti apabila dah bekerja itu...tak ada malas-malas...lagi dah.." usik ibu kepada aku.
"Ok...mak. Aleesa janji" balas aku kembali.

           Pada malamnya pula aku memberitahu berita gembira itu kepada ayah. Dia amat berbangga dengan aku kerana aku sanggup bertanggungjawab ke atas kejadian yang di alami serta berani mengambil keputusan yang bijak walaupun aku sebenarnya tidak mengetahui apa pekerjaan yang akan dilakukan oleh aku nanti. "Ayah bangga dengan kau nak....berusahalah hingga ke langit dan apabila kamu sempat melihat bintang yang bersinar itu harusnya kita bersyukur kerana ia semuanya indah dan hanya Dia yang mampu memberi nikmat yang sedemikian rupa...." kata ayah sambil memeluk tubuh aku serta ibu aku turut menitiskan air mata kegembiraan untuk aku. "Alhamdulillah ayah...Aleesa akan buat yang terbaik untuk ayah dan mak nanti..." nada sayu aku yang turut berasa sedih.

Keesokkan harinya...........

       Aku pergi ke kedai roti tersebut untuk memulakan perjalanan aku sebagai seorang pekerja. "Harap-harap semua yang aku lakukan hari ni dapat dipermudahkan olehNya... Amin" bisik hati aku.

"Selamat pagi...awak...!" sapa aku dengan Amir yang baru berkenalan semalam.
"Hai...selamat pagi...ceria nampak...?? Semangat ye nak kerja...??" usik Amir kepada aku.
"Ala...saja ceria pagi-pagi ni...Kan elok dapat senyumkan...murah rezeki tau..." sambung aku lagi.
"Ok. Aku perlu buat apa sekarang??? Kan kali pertama ni...tak reti lah..."
"Aku ajar kau dulu lepas tu kau buat sendiri pulak... boleh???" balas Amir.
"Ok..boleh je."

       Amir pun menunjukkan cara-cara hendak menyediakan adunan roti di dapur manakala aku tengok dengan seriusnya serta merakam semua langkah-langkah yang ditunjukkan oleh sifu aku...Si Amir... Aku turut mencatatnya di dalam buku nota kecil..." Macam budak sekolah je...ada buku nota bagai..." dengan nada perlahan aku perkatakannya untuk diri aku sendiri. Setelah beberapa jam yang lalu, aku berlatih membuat adunan tersebut. Untuk kali pertamanya aku berjaya menghasilkannya. Amir yang telah diarahkan oleh Encik Zahar sebagai pengajar aku hanya membiarkan aku melakukannya sendiri dan dia yang sedang menyediakan adunan yang lain. Kami sungguh sepakat walaupun baru kenal...

"Aku tahu kau boleh Aleesa...nanti ringanlah kerja aku kan..." usik Amir lagi...
Aku hanya memberikan senyuman kepadanya.
"Tapi.....Encik Zahar nak kau belajar buat kek....ikut perjanjian kau kena ganti satu kek untuk kami kan...??!!" bidas Amir lagi kepada aku.
"Ye..betul tu... Jadi, aku perlu belajar buat kek lah pulak..." keluh aku apabila memikirkan kemampuan diri aku untuk menyediakan satu kek...
"Takpe...kita cuba slow-slow ok...buat kek ni ada remeh sikit, makan masa yang banyak untuk berlatih..."
"Aku akan cuba Amir selagi aku mampu..." balas aku dengan nada yang sedih dan bingung.

         Baliknya aku pada petang itu dengan perasaan yang kurang nyaman apabila memikirkan apa yang diperkatakan oleh Amir di kedai tadi. Aku takut dan resah kalau-kalau aku tidak dapat melakukannya... "Adakah Encik Zahar akan memberhentikan aku sekiranya aku tidak tepati janji itu???  Ahh....aku tak mahu...aku sayang betul dengan kerja ni....dengan keadaan yang susah nak dapatkan kerja pada zaman sekarang ni..." kata aku. "Aku mesti usaha lebih banyak lagi... chaiyok!!! chaiyok!!! Aleesa....." bisik hati aku sambil mengangkat tangan dari atas ke bawah. Dan....tiba-tiba aku terkejut apabila merasakan ada sesuatu yang memegang bahu aku.

"Eh, mak rupanya.....terkejutlah Aleesa..."
"Apa yang kau mengeluh tu nak.... demam ke???" sapa ibu aku dan bertanya kenapa aku mengeluh di luar rumah setelah sampai beberapa minit yang lalu dan terus termenung sahaja.
"Tak ada apa-apa mak....Aleesa sihat, cuma penat sikit lah hari ini... Aleesa hari ini belajar buat roti... Susah juga nak sediakannya...hehehehe..." cerita aku kepada ibu sampai tergelak-gelak.
"Nanti anak mak pandai lah...boleh ajar mak pulak kan..." usik ibu dengan nada yang amat gembira melihat telatah anaknya yang bercerita itu lalu saling berpelukkan.
"Dah, pergi mandi...sekejap lagi ayah kau balik pula." Kata ibu yang memberi arahan untuk membersihkan diri selepas balik kerja.
"Ok...mak.... sayang mak!" balas aku kembali.

         Pada sebelah malam pula, aku berada di dalam bilik. Aku mengambil laptop Acer yang berwarna hitam yang terletak di atas meja mini aku. Aku membukanya serta melayari laman blog aku yang sudah agak lama aku tidak aku pantau mahupun menulis di situ. Aku membaca dengan telitinya perkara-perkara yang berlaku sepanjang aku bergelar mahasiswa. Aku menjadi teringat dengan rakan-rakan kuliah aku di sana. Apa khabar mereka ya??? Aku tiba-tiba merindui mereka di saat kami bersama dengan suka atau duka semasa duduk di asrama. Rini, Milah, Fauzi dan lain-lain lagi. Setelah itu, aku pun beralih ke tempat new post....... Aku mengkliknya dan mengarang kisah-kisah aku sejak bertemunya dengan Amir sehingga ke hari ini.....

Dear my blog....
       Pada hari ini aku sangat bertuah kerana dapat berkenalan dengan seseorang yang jaguh membuat roti dan kek...namanya Amir. Seorang lelaki yang agak rendah, tapi kurus..rambutnya pendek sahaja dan yang paling unik dia sentiasa menggunakan topi dengan cara yang menyengit... Kenapa ya?? Mungkin dia nak tunjuk rambut dia yang ala-ala Korea tu kot....hehehe... Amir memang seorang yang baik walaupun secara kebetulan kami berjumpa ketikanya aku sibuk mengayuh basikal di kala aku sedang mencari pekerjaan, akhirnya terlanggar dia. Yang paling kasihannya, aku telah merosakkan kek yang ditempah dari kedainya iaitu tempat di mana aku bekerja sekarang.. Ya Tuhan!!! Semua itu adalag ketentuan dan juga rezeki kepada aku daripadaNya. Aku amat bersyukur... Setelah itu, aku pun belajar dengan si dia tentang membuat roti... Memang agak susah mempelajarinya, sebab itu semua bukan bidang yang aku belajar di universiti dulu. Namun aku tidak putus asa, berjam-jam aku 'trial and error' akhirnya aku berjaya!!! Tahniah buat aku kerana dapat mencipta sesuatu yang baru dan aku baru tahu yang aku mempunyai bakat di dapur!!! Hahahha.....
       Okeylah, samapai di sini sahaja coretan aku pada hari ini.... Nanti aku buat sambungan lagi...

Setelah selesai aku menaip, aku pun menekan butang 'publish' dan 'save'. Ia sudah siap di paparkan di blog aku... So sweet...

         Amir tiba-tiba teringat dengan Aleesa. Aku yang sedang baring di atas katil mengingati gelagat dan tingkah laku Si Aleesa yang comel itu. "Aku suka betullah mengusik Aleesa tu...dia apabila senyum...aduhh boleh jatuh cinta lelaki di buatnya. Senyuman dia manis sangat!! Macam gula!!!... hahaha...Aku tergelak seorang di dalam bilik rumah sewa aku. Aku mula memikirkan sesuatu....."Bagaimana dia tahu status aku ya suatu hari nanti?? Adakah Aleesa masih menerima aku??" kata-kata Amir amat perlahan kerana tiada seorang pun tahu yang sebenarnya dia seorang anak yang kaya iaitu Dato' Ramli Osman, Pengarah terkaya dari hotel lima bintang....Sunrise Way Hotel. "Pasti dia akan menolak untuk berkawan dengan aku... Tak boleh...tak boleh.. Aleesa tidak boleh tahu siapa sebenarnya aku. Kalau tidak mampus aku dibuatnya!!!" kata Amir lagi dan berhenti memikirkan masalah yang akan terjadi selepas ini. Lalu, dia mengambil bantal serta dipeluknya erat bagi melupakan apa yang ada difikirannya. Akhirnya, aku tertidur lena kerana kepenatan bekerja pada hari ini.

Suasana pagi yang benar-benar ceria...........

"Dah bersedia Aleesa??? Kita nak mempelajari sesuatu yang agak mencabar lagi iaitu kita perlu buat kek hari ini...." sapa Amir kepada aku apabila dia sudah selesai berjumpa dengan Encik Zahar awal pagi tadi.
"Err...ye ke Amir.... I will try my best...." sahut Aleesa dengan hati yang turut berdebar-debar...
"Kita mula sekarang, mula-mula tolong sediakan bahan-bahan tu Aleesa mengikut nota ye...letak di atas meja...sediakan perkakas yang perlu digunakan dan bla...bla...bla...." kata Amir yang sedang memberi arahan kepada Aleesa dengan begitu tegas sekali.

Beberapa jam kemudian..... Aku mengeluh.."Aku tak mampu lah Amir... Aku tak boleh buat macam kau... Aaah....aku give up..." jerit Aleesa kerana dia masih tidak berjaya melakukannya di hadapan Amir dan melemparkan 'apron' di atas meja dan lalu keluar dari kedai itu.

"Aleesaaaa......." jerit Amir. Amir turut berasa simpati dengan Aleesa yang terpaksa belajar yang bukan dari bidangnya itu. Kalau tidak dia yang melanggar Aleesa tempoh hari, ia tidak akan jadi begini. "Aku mesti pujuk dia supaya dia terus berusaha dan boleh buktikannya kepada semua orang nanti." Bisik hati Amir. Amir mengejar Aleesa dari belakang tanpa Aleesa sedari.
      Seterusnya, aku berasa letih berlari dan berhenti di tempat lapang seperti tasik. Rupanya seperti agak lama tidak dikunjungi oleh orang lagi. Aku berhenti di situ namun hati aku yang berasa geram akhirnya aku menjerit sekuat hati...

"Tiiiddddaaaakkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" jerit aku lagi. Tiba-tiba Amir datang...dan turut menjerit....
"Jangannnnn ppuuuuttttuuuussssss aaassssaaaa............Aaaleeesssaaa!!!!!" Amir pun berkata dan masing-masing bertentangan mata...
"Awak tidak boleh putus asa Aleesa...ini baru permulaan... Setiap manusia perlu rajin berusaha dan yakin diri." Amir yang cuba memujuk Aleesa dengan kata-kata yang sopan.
"Saya...saya...."
Amir mencelah lagi... "Awak boleh Aleesa..percayalah..."
Aleesa pun akur dengan kata-kata dari Amir dengan hanya mendiamkan diri lalu melangkah kembali ke kedai dengan jalan yang perlahan. Aku yang melangkah sambil menitiskan air mata. Amir hanya meneruskan perjalanannya dengan mengekori aku dari arah belakang.

       Apabila sampai di kedai, Amir mengajarnya semula dan berulang-ulang kali. Nasib masih tidak menyebelahi Aleesa. Dia terus gagal dan gagal melakukannya sehinggakan adunan kek yang terakhir pun turut hancur dan tidak menjadi..... Aleesa kecewa lagi... Dengan mukanya yang masam seperti cuka terus melangkah untuk mengambil basikalnya itu. Amir hanya membiarkan Aleesa melayani perasaan sedihnya itu. Kami terpisah serta masing-masing mengikut arah yang berlainan untuk pulang.
       Aleesa yang sedang mengayuh basikalnya tidak menoleh kembali ke arah Amir lagi. "Hati aku sedih kerana aku masih gagal menyediakan kek itu!!! Bagaimana aku hendak buktikannya yang aku tidak bersalah dan bagaimana aku harus menggantikannya seperti yang dijanjikan oleh aku dengan Encik Zahar??? Pasti aku akan diberhentikan kerja dan aku tidak dapat merasa duit gaji aku yang pertama hanya kerana untuk melunaskan semua ganti rugi kek yang aku langgar tempoh hari..... Aku pasrah..." bisik hati aku yang paling dalam dengan penuh kesedihan itu.

         Malamnya, aku tidak dapat menidurkan diri aku seperti biasa. Aku masih mengenang apa yang aku alami kini. Fikiran asyik memikirkan tentang hancurnya kek yang dibuat oleh aku semasa di kedai. Amir yang tidak mahu aku terus berputus asa telah berusaha memujuk aku serta membantu aku untuk memperbetulkan apa yang salah dalam adunan kek itu. "Dia tidak kenal erti kalah! Dalam hidupnya sentiasa ada ruang untuk usaha dan tawakal!! Mengapa aku tidak sekuat Amir??!! Adakah kerana dia lelaki manakala aku ini perempuan???!!! Perempuan cepat lemah...seperti aku!!!" jerit batin Aleesa lalu bergegas turun dari katil dan menuju ke pintu bilik dan melihat ke kiri dan ke kanan seperti pencuri di rumah sendiri. Itu kerana aku tidak mahu mengejutkan sesiapa pada waktu tengah malam ini supaya aku boleh mencuba lagi mengadunkan kek seperti yang diajar oleh Amir kepada aku di dapur ibu.

"Ya...aku tidak boleh putus asa!!!" kata aku dengan nada yang perlahan apabila sampai di dapur. Aku terus mencari bahan-bahan untuk menyediakan kek tersebut. Lalu aku memulakan operasi aku dengan seorang diri di dapur. "Maafkan Aleesa mak....Aleesa perlu kuat untuk hadapi semua ini..." bisik hati aku. Aleesa melakukannya dengan tekun sekali sehingga mengimbas kembali semua perkara yang diperkatakan Amir dengannya dalam menyediakan kek itu. Setelah dua jam kemudian, kek itu mulai siap dan dimasukkannya ke dalam ketuhar, akhirnya Aleesa menunggu...

"Tingg..." bunyi pembakar itu menandakan adunan kek itu selamat dibakar. Aleesa cuba membukanya dengan perlahan dengan harapan kali ini dia berjaya. "Yess...Akhirnya!!!! Alhamdulillah..." kata aku lagi.
"Kemudian, masanya untuk aku hiaskan kek ini. Bab ini aku pandai.....hehehe...". Aleesa tersenyum seorang di dapur. "Okey..sudah siap. Aku nak letak kek ini di dapur ibu ini sahaja untuk kejutan mereka. Manakala untuk Amir, aku akan mengambil gambar dan ditunjukkan kepadanya... Cantiklah!!!!!" kata aku dengan berasa bersyukur dapat melakukannya dengan baik sekali. Pasti mereka bangga dengan aku.

Hari yang seterusnya...........

        Apabila aku sampai di kedai, aku melangkah masuk dan menuju ke dapur. Tiada bunyi hentakkan kaki yang berjalan ke sana ke mari...mahupun bunyi ketukkan adunan dari arah situ. Suasana yang sunyi. "Eh, Amir belum sampai ke?? Ala...ingat nak buat kejutan untuk dia tadi. Tentang aku berjaya menghasilkan kek buatan tangan aku sendiri." Aleesa berhenti mengelamun lalu berkata... "Takpalah, aku tunggu dia...sementara itu bolehlah aku buat kerja lain di sini."
        Sudah lama aku menunggu Amir, tetapi dia tetap tidak muncul-muncul di hadapan aku. Aku merasa resah dan gelisah seperti ada sesuatu yang berlaku. Dalam keadaan aku yang kelam-kabut aku pun bergegas mencari Encik Zahar di pejabatnya. Aku berjumpa dengan Encik Zahar dan bertanya tentang Amir. Aku terkejut apa yang diperkatakan Encik Zahar yang Amir sudah berhenti kerja.....

"Apa encik??? Amir berhenti kerja???!!! Kenapa???? Dia ada masalah kah??" kata aku dengan perasaan yang sedikit terkejut dan kecewa.
"Maaf Aleesa, saya tidak tahu apa-apa.... Dia hanya memberi surat berhenti kerja, itu pun di atas meja saya ini. Maafkan saya ya... dan bersabarlah..." kata penyelia Amir itu.

        Aku yang sudah berdiri lagi kaku tidak bergerak sedikit pun hanya terkilan dengan apa yang Amir sudah lakukan kepada aku. "Dia tinggalkan aku!!!! Amir sudah pergi tinggalkan aku!!!!" jerit batin aku dan aku terus menangis.."Mengapa dia tinggalkan aku setelah aku berjaya membuat kek ini???" bisik hati aku lagi. Aku redha. Mungkin ini ada hikmahnya, dia telah banyak membantu aku dan sentiasa usaha memujuk aku supaya tidak berputus asa..."Terima kasih Amir atas segalanya...." kata-kata akhir dari aku untuk Amir...........


- Bersambung -

Wednesday 7 November 2012

Bisnes @pun Perniagaan

           


Dalam dunia yang serba canggih ini, kita seharusnya peka dengan apa yang ada di sekeliling kita.    Saya yang seringkali mendengar sesuatu yang canggih seperti wujud komputer, telefon bimbit kemudian semakin meningkat ke arah kemajuan bagi wujudnya lagi laptop bagi memudahkan pekerja yang bekerja di luar, mudah di bawa ke sana ke mari dengan hanya menyimpannya di dalam beg yang kecil berbnading dengan komputer. Manakala telefon bimbit juga canggih dengan pelbagai perubahan dengan wujudnya samsung, sony arrison, nokia, htc, dan sebagainya. Kini pula dengan adanya tablet rangkuman di antara perisian komputer dan telefon bimbit. Begitu canggih zaman sekarang ini. Saya sebagai manusia pun tertarik dengan peralatan yang canggih itu serta ingin memperolehinya dan merasainya sendiri setiap alatan canggih yang dipasarkan oleh penjual.

           Akan tetapi, saya sebenarnya bukan hendak menceritakan kisah alat-alat canggih seperti sebentar tadi. Saya hendak mengetahui bagaimana manusia boleh hidup dengan bahagianya apabila munculnya semua barangan canggih tersebut. Mereka semakin hari, semakin mengejar untuk mendapatkannya  serta menggunakannya. Saya ingin juga mengetahui bagaimana rahsia mereka untuk memperolehinya sedangkan saya tahu harganya begitulah mahal. Itulah persoalan di hati saya.






BAGAIMANA MEREKA MENDAPATKANNYA?????

Inilah yang ingin saya ketahui sekarang. Begitu banyak orang rajin mencari wang melalui perniagaan sahaja. Saya agak tertarik dengan pemikiran orang berniaga. Mereka tidak berputus asa memikirkan sesuatu yang idealistik dan luar dari fikiran orang lain. Saya turut teruja untuk mendekati bidang perniagaan ini, namun saya tidak mengetahui bagaimana untuk memulakannya.



    


BAGAIMANA HENDAK MEMULAKAN PERNIAGAAN?????

Saya ada idea namun masih banyak perlu dibelajar dan difahami. Bagi memulakan sesuatu perniagaan ia perlukan modal yang besar seperti wang yang mencukupi sebagai langkah pertama untuk setiap peniaga. Seperti saya seorang graduan yang masih berjinak-jinak mencari pekerjaan agak sukar untuk mendapatkan modal. Jadi, di sini saya ingin mengetahui bagaimana sesetengah golongan yang telah pun berjaya tidak perlu membuka sebuah perniagaan tetapi hanya menggunakan sistem canggih ini mereka boleh memperolehi wang yang banyak dan menakjubkan!

Saya terasa berminat ke arah itu. Saya juga perlukan masa untuk mengkaji setiap langkah yang sepatutnya saya ikuti dan saya boleh berjaya seperti mereka. 


         


CEBURI BIDANG PERNIAGAAN...............!!!!!!!!!


Kepunyaan Blog.....Comel :)

Gadis yang kecil molek berasal dari Kuching Sarawak. Dirinya amat bersahaja dengan amat meminati bidang penulisan ini bagi mewujudkan cerita & kisah menarik yang tergambar di fikiran untuk direalisasinya kelak. InsyaAllah... PEACE