Thursday 11 April 2013

Perfect Guy, Konon!!!!!!! 10




         "Elfie Nasreennnn.....Elfie Nasreennnnn..... Sampai hati awak benci saya..... Sampai hati awak buat saya macam tu......" kata lelaki tang berpakaian baju melayu berwarna putih sambil menyebut nama Elfie Nasreen di hadapan aku.

"Siapa awak???? Kenapa awak panggil saya dengan nama Elfie Nasreen???" Tanya aku yang sebenarnya  yang tidak faham apa-apa. Aku cuma nampak keadaan yang gelap-gelita hanya diterangi oleh cahaya itupun terpancar pada diri aku sahaja. "Lelaki di hadapan aku tadi siapa pula??? Dan mengapa dia berkata demikian padaku??? Di mengenali diri aku ke??? Siapa aku sebenarnya????? Awak tunggu......... Saya nak tanya awak ni...siapa saya sebenarnya......" Larinya aku mengejar bayang-bayang lelaki itu dan terus hilang. Aku terjatuh kerana menahan kepala aku yang sakit secara mengejut dan hanya membiarkan bayangan lelaki itu pergi sahaja.

        Suasana yang gelap itu menjadi terang semula apabila terasa kepala aku menjadi sakit dan kemudiannya aku tersedar dan mata aku terbuka besar hanya melihat di sekeliling aku yang diri aku sedang terbaring di atas katil dengan kepala aku yang berbalut. Kepala aku mulai rasa sakit lagi dan kali ini pening  yang amat kuat menyebabkan aku terpaksa tutup mata sekejap untuk menahan sakit itu.

"Di mana aku ini?????"

'Tiiiddddaaaakkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!........... Sakiiittttnya!!!!!!!......Aaaddduuuhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!" teriak aku sekuat hati hinggakan dua orang perempuan yang berpakaian serba putih juga seperti dalam mimpi aku tadi menghampiri aku dan memegang kedua-dua tangan aku dengan kuat.

"Kenapa pegang tangan saya???? Saya nak keluar dari sini.... Tolongggggg!!!!! Tolonggggg saya!!!!!!!" jerit Elfie tanpa mengetahui apa-apa yang sedang berlaku dengannya.

"Cik...sabar ya cik..."

Beberapa minit kemudian, doktor masuk ke bilik Elfie. Dalam pada itu, Danie dan Watie mengelabah di luar apabila mendengar suara Elfie sedang menjerit-jerit.

"Kenapa dengan Elfie??? Jom Watie..." kata Danie dan sempat melihat doktor memasuki ke bilik Elfie itu.

Mereka hanya dibenarkan melihat dari luar pintu sahaja tentang keadaan Elfie yang sedang dikawal oleh doktor.

"Nurse, sila sediakan suntikan..." kata doktor.

"Baiklah..." kemudian setelah suntikan disediakan dengan baik, Elfie diberikan suntikan itu supaya dia dalam keadaan tenang dan tidak menjerit lagi.

Setelah itu, doktor itu memesan kepada kedua-dua jururawat itu supaya perhatikan pesakit ini dengan sekerap mungkin sebab dia mempunyai masalah kepada otaknya. Jururawat itu hanya mengangguk-anggukkan kepala sahaja.

Pintu bilik dibuka dan doktor itu melihat ada dua orang rakan pesakit dihadapannya.

"Kamu ahli keluarga pesakit???" tanya doktor itu.

"Tidak doktor... Ada apa-apa yang perlu kami tahu. Kami rakannya. Beritahulah kami doktor...." jawab Danie dengan memegang kedua-dua tangannya dengan erat sekali seperti orang dalam susah hati.

"Dia sedang mengalami perasaan yang sangat takut. Tapi, tidak mengapa...perkembangannya akan muncul dengan tanpa kita sedar. Namun, dia masih lupa ingatan. Jadi, kamu harus cuba bantu dia untuk memulihkan ingatannya sedikit demi sedikit nanti. Dan jangan sesekali buat pesakit saya itu tertekan...ok.." jelas doktor itu dengan teliti. 

"Baiklah doktor...terima kasih..." jawab Danie lagi. Mereka pun masuk ke dalam bilik rawatan Elfie. Dilihatnya muka kawannya itu sangat pucat dan lesu tidak seperti sediakala. Badannya sangat lemah yang hanya terbaring di atas katil sejak dari kemalangan itu.

"Kesian Elfie... kau rasa dia kenal kita berdua tak???" tanya Watie kepada Danie.

"Entah aku rasa..tak kot...sebab doktor kata dia masih belum pulih. Sedih aku lihat kawan aku ni..." jawab Danie.

Mereka berdua sanggup menjaga kawannya di hospital sehingga dia dibenarkan keluar oleh doktor nanti.

Beberapa lama kemudian, Iskandar yang menghilangkan diri seketika telah muncul di bilik Elfie.

"Bagaimana keadaan dia??" tanya Iskandar dengan suara yang tegas.

"Dia ok...tadi dia mengamuk sekejap, lepas itu doktor beri dia ubat penenang. Kau sedang tengok dia tidur nyenyak lah tu.........sedihlah aku tengok kawan aku macam ini. Ini semua salah kita.. kalau tidak kita paksa dia bermain bola tampar petang semalam, takkan jadi semua ini." kata Danie dengan perasaan yang sangat sedih dan terluka.

"Jangan salah diri sendiri...sudah suratan takdir, kita harus belajar terima hakikat semua ini berlaku atas kita sekarang." jawab Is lagi dan rupa wajahnya kali ini sungguh tenang tapi masih serius. Mereka berdua hanya melihat pergerakkan kaki Is melangkah mendekati katil Elfie dan berkata........

"Aku janji, Elfie...aku akan jaga kau sebaik mungkin. Aku pasti akan pulihkan ingatan kau. Aku, Danie dan Watie akan bantu kau selamanya......." bisik Is di telinga Elfie yang masih tidak sedarkan diri. Manakala Danie dan Watie terkejut mendengar kata-kata dari Is itu sungguh penyayang orangnya. Walaupun dia tahu cintanya tidak pernah diterima oleh Elfie sebelum ini, dia tetap tidak putus asa dan tidak akan khianati kawan karibnya sendiri iaitu Ridhwan. Kemudian, Danie merenung wajah Elfie dan terlihat ada air mata jatuh menitis  di pipi Elfie. Dia seolah-olah memahami apa dimaksudkan Is sebentar tadi.

"Dia dengar kata-kata kau Is........" jawab Danie secara tiba-tiba.

"Apa???!!!" sahut Iskandar dengan terkejut.

"Aku tengok dia menitiskan air mata bermakna dia mendengar semua perbualan kita sekarang..." jawab Danie.

"Aku tahu kau orang yang tabah Elfie, jangan putus asa demi kami ya!!!!" Kata Is sekali lagi.

Mengelinang air mata Danie dan Watie apabila mendengar setiap kata-kata dari Iskandar. Mereka juga tahu yang Iskandar pun tidak sanggup melihat penderitaan yang di alami oleh Elfie pada saat itu, namun mereka berdua bangga dengan sikap yang Is tonjolkan di hadapan mereka.

"We should do like Is do....right dear....." kata Watie dengan kawannya itu sambil memeluk lagi.

"Yes, kita perlu kuatkan hati bantu Elfie....." sahut Danie.

"Sudah, mari kita balik dulu...mungkin Elfie masih penat... Dan kamu berdua bolehlah bawa apa-apa yang diperlukan sementara dia masih di rawat di sini. Kita perlu rehat juga kan... JOM!!!" kata Is sambil mengajak kawan Elfie beredar dari situ dan cuba menenangkan diri pula di luar.

"Ok...jom..." sahut mereka serentak...

         Akhirnya, suasana menjadi sunyi semula apabila ketiga-tiga mereka beredar dari bilik rawatan Elfie Nasreen. Setelah itu, dalam masa setengah jam kemudian Elfie tersedar dan dia melihat sekeliling tiada orang yang sedang menunggu di biliknya. Akan tetapi mengapa dia merasakan seperti ada orang yang berkata-kata di telinganya sebentar tadi dengan memberikan kata-kata semangat di biliknya itu. Dia masih ingat lagi kata-kata itu.

"Aku janji, Elfie...aku akan jaga kau sebaik mungkin. Aku pasti akan pulihkan ingatan kau. Aku, Danie dan Watie akan bantu kau selamanya......." Itulah ayat yang didengarinya tadi dari seorang lelaki. Dan yang peliknya ada juga suara perempuan.

"Siapakah mereka ya??? Mengapa mereka tiada di sini??? Ergg...sakit lagi kepala aku ini... Kenapa aku tidak boleh ingat semuanya....??? Tapi satu sahaja boleh aku ingat...adalah nama Ridhwan... Siapa Ridhwan ya????" kata Elfie keseorangan di dalam bilik itu sambil membangunkan dirinya dan duduk di atas katil itu. Dia merasakan matanya sudah terlalu segar untuk dia terus tidur pada malam itu. Namun, diotaknya hanya memikirkan kata-kata yang didengari dari seorang lelaki itu sahaja.


*****************************

          Beralih kepada Ridhwan pula, dia kini cuba untuk kuatkan semangat untuk melupakan gadis yang pernah singgah di hatinya itu iaitu Elfie Nasreen. Gadis yang telah banyak mengubah hidupnya tanpa dia sedari sekaligus mengubah fizikal dan mental dirinya juga. Dulu, teringat dirinya yang sentiasa kalah dalam pergaduhan di antara mereka semasa di kolej. Alih-alih si musuhnya itu akan menang dan sentiasa disokong baik oleh sepupunya, Iskandar. Biasalah Iskandar itu memang seorang yang cepat kasihan dengan orang lain termasuklah mak dan nenek aku. Lainlah dengan perangai aku yang tidak akan mengaku kalah walaupun dengan gadis seperti Elfie. Di hatinya ada juga rasa rindu kerana lama tidak berjumpa setelah kemalangan yang menimpa dirinya setelah kakinya ditendang oleh Elfie. Setelah dapat terserempak dengannya beberapa hari yang lalu dan dia telah menunggu lama untuk berjumpa dengannya di belakang kolej itu, dia menjadi pasrah dan tidak mempercayai kata-kata janji dari Elfie lagi. Dia akan cuba untuk mengelak kalau boleh untuk kali ini. Biar dia sudah ada segalanya, barulah dia mahu berdepan semula dengan Elfie Nasreen dan Iskandar.

"Mereka berdua tidak akan terlepas.... Aku akan perhatikan kamu dari jauh, setiap langkah kamu akan aku jejak walau di mana kamu berdua berada..." bisik dalam hati Ridhwan. Perasaan benci dan marahnya terhadap Elfie dan Iskandar semakin meningkat tinggi tanpa mencari dahulu kebenarannya.

"Ah...aku ingat orang upahan aku dulu, Azhar...banyak maklumat yang dia belum beri kepada aku... Baiklah...aku akan menelefon kepadanya dan minta dia bertemu dengan aku." Teringat Ridhwan kepada Azhar orang upahannya untuk mencari siapa Elfie Nasreen yang sebenarnya.

"Hello, Encik Azhar... saya Ridhwan... Saya ada hal hendak berbincang dengan kau... Boleh kita berjumpa???" kata Ridhwan kepada Azhar ketika di dalam bilik hotelnya.

"Baiklah..." sahutnya lagi.

         
            Beberapa lama kemudian, dia berjanji dengan Azhar untuk berjumpa di hotel tempat dia menginap sekarang iaitu tempat persembunyiannya dari mata-mata orang. Dia sudah menunggu Azhar di ruang makan hotel. Ini adalah untuk mengelak dari orang lain tahu tentang keberadaan aku di situ.

"Maaf Encik Ridhwan...lambat sikit.. jauh juga saya drive hendak sampai ke sini tadi." pinta maaf dari Azhar kepada Ridh.

"Tidak mengapa...yang penting kau berjaya sampai di sini. Ada orang ekori kau tak???" tanya Ridh dengan tegas.

"Tidak...." balasnya kembali.

"Bagus...sila duduk...dan aku nak kau cerita semua maklumat yang kau perolehi. Sudah lama kau simpan kan.... pasti banyak kau dapat..." kata Ridh lagi.

"Ya..memang banyak... dari mula saya akan ceritakan..." balas Azhar.

Ridhwan hanya mendiamkan diri dan mendengar setiap cerita dari Azhar itu.

"Gadis Elfie Nasreen ini adalah anak tunggal pewaris Dato' Ismail, beliau adalah seorang Pengarah Syarikat Emnie Designer.. Nama syarikat itu adalah dari nama isteri dan anak perempuannya. Selain itu juga....ciri-ciri Elfie ini dia seornag gadis yang suka menyendiri dan berdikari. Tidak suka dengan kongkongan. Sebab itu dia duduk di rumah sewa bersama rakan-rakannya. Dia memang degil orangnya dan berani. dan sekarang dia baru mengalami satu kemalangan yang teruk..."

"Apa??!! Teruk...??" celah Ridh..

"Ya... dia mengalami kemalangan di kepalanya. Sekarang ada di hospital. Malangnya, saya belum sempat mencari bahan cerita untuk yang selanjutnya..." kata Azhar lagi.

"Kemalangan...patutlah dia tidak berjumpa dengan aku........." mengeluh Ridh di hadapan Azhar tanpa sedar dia sedang memerhatikan gelagat aku dari tadi yang mengelabah.

"Kenapa encik....? Ada masalah???" sahut Azhar.

"Tak ada...ok...aku nak kau teruskan siasatan tentang Elfie ini dan juga tolong aku cari Iskandar. Dan setelah itu bantu aku untuk pertemukan aku dengannya...." pinta Ridhwan lagi kepada ornag upahannya itu.

"Baiklah...saya minta diri dulu..." kata Azhar.

Ridhwan hanya menganggukkan kepalanya. Kemudian, di hadapannya terdapat air susu dan beserta dengan  roti bakar. Dia cuba menjamah dan meminum air itu, tetapi otaknya masih memikirkan kata-kata Azhar tadi.

"Elfie kemalangan??? Bagaimana boleh jadi???!!! Adakah ia berlaku pada hari yang sama kami hendak berjumpa itu...?? Itukah sebabnya dia tidak dapat datang..........?? Ohh... Tidakkkk.... aku sudah salah faham menyangkal yang bukan-bukan terhadap Elfie... Atau hanya tipu helah???" bisik dalam hatinya dan masih tidak percaya dengan kata-kata dari Azhar itu.

"Aku tidak akan percaya selagi aku tidak tengok depan-depan perkara ini berlaku....." dengus Ridhwan lagi sambil meneguk cawan yang dipegangnya dan meletakkan semula dengan hentakkan yang kuat sekali. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang didengar sebentar tadi.

        Ridhwan bertekad untuk menuju ke hospital di mana Elfie dirawat itu. Dia akan datang secara sembunyi dan berpakaian jaket dan bertopi. Walaupun sememangnya dia tidak suka memakai topi tapi ini adalah pengorbanan untuk dirinya mengetahui hal sebenar dan berharap kali ini dia tidak dipermainkan sekali lagi oleh dua orang musuhnya itu.

        Dari hotel dia menempah sebuah teksi untuk menuju ke hospital. Setelah sampai dia sempat berpesan dengan pemandu teksi agar menunggu dia sehingga kembali semula. Ini dapat membantu dia cepat pergi dari situ nanti sekiranya ada berlaku sebarang yang mencurigakan di hatinya.

Kemudian, persoalan dihatinya lagi dia masih tidak tahu di mana bilik Elfie dan bagaimana hendak menghendap kalau tidak tahu selok belok menuju ke arah bilik Elfie. Dia ambil tindakan dengan bertanya dengan jururawat di situ. Mujur masa ini, jururawat banyak sedang bekerja untuk melawat pesakit mereka.

"Maaf ya... tumpang bertanya. Awak tahu di mana bilik rawatan Cik Elfie Nasreen??? Saya kawannya...." tanya aku di hadapan jururawat itu.

"Oh ya... saya baru membuat pemeriksaan tadi... Dia sedang tidur. Dia berada tidak jauh dari sini, encik jalan terus dan belok ke kanan ya... bilik dia hadapan sekali." jawab jururawat itu.

"Ok, terima kasih..."

"Kembali....."

        Aku tidak mahu membuang masa yang terlalu lama di situ, aku terus melangkah dan menuju ke arah bilik Elfie. Setelah sampai, aku lihat dirinya hanya dari luar. Nasib baik juga kawannya belum sampai untuk menjenguk. Kepala aku dari tadi menoleh kiri kanan takut-takut kawannya ada di situ dan juga Iskanadar.

"Penakut juga aku ni...." kata aku perlahan...

         Aku melihat dia......terbaring dengan kepalanya yang berbalut... Aku tekad untuk masuk ke bilik itu di samping Elfie masih menutup matanya. Elfir yang mempunyai deria pendengaran yang tajam telah mendengar hentakkan tapak kasut seperti ada orang curi-curi berjalan masuk ke biliknya. Dia buat-buat tidak dengar dan tidak sedar.

          Ridhwan yang sudah dekat menghampirinya hanya berdiri tegak di hadapannya.

"Betul juga kau sakit ya.... Ingat tak yang kau pernah jenguk aku dulu di hospital. Itu pun kau curi-curi kan.... Sekarang aku buat benda yang sama untuk merawat kau, Elfie...." katanya dengan perlahan.

         Elfie pula hanya mendengar kata-katanya dalam diam. Malangnya, hatinya tidak tahan ingin melihat siapa orang di hadapannya itu.. Akhirnya dia terus membuka matanya sedikit demi sedikit. Dilihatnya lelaki itu sedang menoleh ke belakang pula...

"Haiiisssshhhh.... tak nampak pula wajah dia....." bisik hati Elfie.

          Ridhwan yang memusingkan badannya, lalu melangkah pula ke sebelah posisi yang lain iaitu di sebelah kiri pula. Elfie yang sedang memerhatikannya tidak disedari oleh lelaki itu. Kemudian, Elfie mula menegurnya....

"Maaf, awak siapa???" tiba-tiba suara Elfie didengari oleh Ridhwan.

Dengan cepat Ridhwan memegang topinya dan tolak sedikit ke bawah tpopinya agar wajahnya tidak akan kelihatan oleh Elfie.

"Saya.... saya...." jawab Ridh dengan tergetar-getar.

"Saya siapa???!!!" sahut Elfie lagi.

"Saya...Saya kawan awak... maaf ganggu..." jawab Ridh lalu melangkah laju untuk keluar dari bilik itu.

"Awak...Ridhwan....!!!!" teriak Elfie kepada lelaki itu dan dilihatnya kaki lelaki itu terus terhenti di hadapannya.

"Bagaimana dia ingat akan aku.....??? Bukankah... dia luka di kepala... dan jururawat sempat memberitahu aku yang dia........."

"Kawan encik itu juga dia sedang mengalami masalah sedikit. Dia lupa ingatan. Jadi harap encik boleh bersabar ya..."

"Maaf.. saya bukan....." sambung Ridhwan dan kata-katanya terhenti dan terus membuka pintu lalu keluar dari bilik itu serta meninggalkan Elfie seorang diri sekali lagi.

Setelah Ridhwan menutup pintu semula, Ridhwan mula merasakan jantungnya tiba-tiba berdegup laju dan kenyang...."Kenapa aku rasa seperti ini apabila Elfie memanggil nama aku???" katanya lagi.

Ridhwan turut terfikir dan..... "Mengapa hanya nama dia yang Elfie ingat difikirannya.... bukan Iskandar???" bisik dalam hati Ridh lagi. Tanpa melengahkan masanya, dia terus berjalan pantas untuk cepat-cepat keluar dari hospital.

"Aku terpaksa tinggalkan kau sekali lagi, Elfie Nasreen...di saat kau dalam kesakitan dan kesusahan sekarang... aku tiada di sisimu...." rintih dalam hati Ridhwan yang turut rindu dengan wajah Elfie selama ini.....

         Teksi yang sudah lama menunggunya akhirnya dia kembali semula dan menuju kembali ke hotelnya untuk menenangkan fikiran. Ternyata benar apa setiap diperkatakan oleh Azhar kepadanya tentang maklumat Elfie.... tapi, aku lebih tahu tentang siasatan yang selanjutnya. Itulah Ridhwan, dia tidak akan menunggu terlalu lama sekiranya hatinya merasa resah setelah mendengar khabar buruk mengenai Elfie....

Aku hanya akan terus mendoakan agar Elfie cepat sembuh........dan mengingat segala-galanya yang dia janjikan padaku....



No comments:

Post a Comment

Kepunyaan Blog.....Comel :)

Gadis yang kecil molek berasal dari Kuching Sarawak. Dirinya amat bersahaja dengan amat meminati bidang penulisan ini bagi mewujudkan cerita & kisah menarik yang tergambar di fikiran untuk direalisasinya kelak. InsyaAllah... PEACE