Friday 28 December 2012

Alahai Rindunya....

Salam mlm Jumaat... Alhamdulillah selesai semua pekerjaan yang harus dilakukan dengan segera.

Banyak juga kekangan dalam menyiapkan kerja tersebut seperti saya tinggal berseorangan di rumah kerana ibu dan adik yang ketika itu berada di Kuala Lumpur selama 5 hari. Saya juga sudah bijak membahagikan masa di antara melakukan pelbagai kerja dalam satu masa...

Saya amat seronok!!!!

Disebalik itu saya sangat rindu dengan blog kesayangan saya ni...cerita saya ada yang masih tergendala. Walaupun hanya bersahaja dalam menulis ini. Tidak mengapa..nama pun baru belajar jadi banyak hal yang perlu diperbaiki..

Apa-apa pun saya sangat seronok...beberapa hari detik tahun baru juga akan tiba...2013... Apa yg berlaku selama tahun 2012 akan menjadi pengajaran dan pedoman dalam hidup saya... Muah..muah...muah....I will missing u....

Wednesday 19 December 2012

Kalau memang kita bijak pasti kita akan berjaya....

Assalamualaikum semua...

          Seperti biasa apabila saya ada sedikit masa terluang saya akan cuba untuk menulis. Itulah teknik saya bagi menghilangkan segala tekanan yang ada. Jika anda mahu mencuba silakan.... Saya sentiasa menggalakkan diri saya untuk terus rajin menulis agar dapat wujudkan pelbagai idea-idea yang bernas bagi membantu saya dari segi pertuturan, berkomunikasi dan bertindak.

          Pemikiran amat penting dalam hidup kita. kita hendaklah selalu rajin menggunakannya, jangan sesekali malas atau unactived pemprosesan otak. Ada masa kita perlu bekerja dan ada juga masa untuk kita berehat. Saya mahu diri saya berada dalam mood yang baik dan membangun kerana saya mudah tertekan apabila dibelenggu dengan pelbagai cabaran. Namun, gerak hati saya tidak mahu mengalah. Cuba selagi ada daya kita berfikir dengan smart dan cepat bertindak.

  Kata-kata yang sering saya ucapkan walau di mana saya berada adalah 

"KALAU MEMANG KITA BIJAK PASTI KITA AKAN BERJAYA"

Tanamkan sifat dalam diri untuk berjaya. Biar susah dahulu...janji akan senang di kemudian hari.

Seperti saya, saya sudah siapkan penyediaan untuk saya mengajar walaupun pada mulanya agak sukar dan susah untuk melakukannya. Dalam hati turut merungut tapi dengan adanya word "SABAR" itu membuatkannya saya mampu menyiapkannya. Itulah maksudnya usaha tangga kejayaan, kalau kita rajin di mana-mana pasti ada peluang dan hasil.

Dalam penyudahan saya menyiapkan kerja saya ini, dapat jugalah saya memblogger dan mencoret apa yang saya alami sampai ke hari ini.

Pada hari ini, saya telah merasa bangga kerana kejayaan adik saya di peringkat PMR telah terbukti dengan mendapat keputusan yang sangat baik. Alhamdullillah...banyak cara saya telah membantunya dan itulah hasil darinya. Saya tidak akan berputus asa untuk membantu sekiranya orang tersebut ingin bersama-sama membantu dirinya untuk berubah. Saya yakin mereka pun boleh.

Itulah hasil dari coretan saya setelah lama saya tidak memblogger kerana sibuk melakukan pekerjaan yang lain. In Sya Allah...cerita kisah saya akan saya sambungkan dengan segera.

_nukilan_
Azyra.R

Monday 10 December 2012

Tahniah utk saya!!!! Tutor!!!

Alhamdulillah rezeki dari Allah.. Saya dpt tawaran menjadi tutor di sebuah tempat tuisien di sekitar Kuching... Syukur juga saya telah diterima oleh mereka dan In Sya Allah saya akan cuba terus belajar sesuatu yg baru di masa akan datang ini. Mungkin akan berlaku pelbagai cabaran di masa hadapan. Saya hanya perlukan kekuatan dalam diri dari segi mental.dan fizikal bagi menjadi seorang tutor.

Tahniah utk saya sendiri!!!! Pertamanya saya hampir mencapai apa yg saya mahukan selama ini. Thanks to Allah..he never stop hearing my prayer everynight and everydays.

Maka sekarang saya perlu tunjukkan apa- apa kemampuan dalam diri saya untuk membantu generasi anak- anak muda di luar sana. Wake up students!!! I will help you all!!! :)

Keduanya, saya juga akan teruskan usaha dalam karya saya juga. Angan-angan ini saya tidak akan hilangkan utk kali yg kedua... In Sya Allah...Amin... Terus doakan saya ya....:)

Saturday 8 December 2012

Kejar Hingga Ke Langit! 4

        Bab 4 :
"Titik permulaan dalam hidup kita adalah sentiasa percaya pada diri. 
Sekiranya kemahuan itu ada pasti ada jalan yang terbaik untuk kita."

        Warung Hassan adalah tempat kegemaran aku dan Aleesa. kami akan berbual panjang di sana selepas habis bekerja di waktu petang. Lebih menyeronnokkan lagi kami berdua akan menempah makanan yang sama tapi bukan pada air minuman. Aku sering menempah nasi ayam special di warung itu begitu juga dengan Aleesa. Selera kami boleh dikatakan agak sama dan serasi. Tetapi, air minuman kami tidaklah sama. Aleesa lebih suka minum air buah-buahan berbanding aku hanyalah minuman  yang biasa sahaja seperti milo ais, teh tarik dan juga kopi 'O' panas. "Aku rindu pula dengan Aleesa sekarang ini. Kalau boleh aku ingin membawa Aleesa kembali duduk di hadapan aku dan berbual apa-apa sahaja yang boleh membuatkan aku gembira. Aleesa sememang gadis yang istimewa tapi dia cepat melatah apabila mengalami masalah. kesian juga aku dengannya itu." Bisik hati Amir atau Azmir.

"Bagaimana pemerhatian Pak Long tadi???"
"Oh, terlupa Pak Long nak bercerita pasal gadis....siapa nama dia???"
"Aleesa..." celah Tuan Muda Azmir.
"Semasa saya sampai di kedai itu, saya masuk dan terlihat dia sedang menangis tuan... Saya tidak pasti kenapa??? Begitu sedih rupanya. Saya rasa dia ada masalah tuan..." balas Pak Long kepada tuan mudanya.
Azmir terus berfikir. Dia hanya menunjukkan respon dengan menanggukkan kepalanya bertandakannya faham apa yang diperkatakan oleh pembantunya itu. Dia juga akan cuba mencari Aleesa kembali setelah semua keadaan di pejabat selesai. Setidak-tidaknya, dia akan menghantarkan pesanan ringkas kepada Aleesa untuk bertanyakan khabarnya di sana.
"Apa lagi yang Pak Long nampak???!!" kemusykilan Azmir semakin terasa apabila mendengar keadaan Aleesa yang kurang tenang itu.
"Saya turut mengekori dia sampai ke rumah-rumah orang untuk menghantar kek... Itu sahaja tuan."
"Apa??!!!" respon Azmir yang terkejut dengan apa yang diberitahu sebentar tadi oleh pembantunya.
"Dia hantar kek??....ke rumah??? Bagaimana??? Sedangkan dia ada basikal sahaja..."
"Itu yang menyebabkan saya lebih terkejut tuan...dengan keadaan cuaca yang panas dia sanggup buat kerja sebegitu... kesian dia tuan. Sungguh tabah orangnya tuan."
"Saya memang tidak menyangka semua ini....Pak Long. Apa- apa pun Pak Long harus ekori dia selalu dan jangan sampai dia ada apa-apa terluka atau tercedera sekali pun." tegas Azmir kepada pembantunya.
"Mari kita makan Pak Long....Silakan..jangan malu-malu dengan saya." kata Azmir dengan mengajak pembantunya makan bersama dengannya.

Mereka berdua terus menjamu selera dengan makanan yang sudah terhidang di atas meja. Dia yang meminati nasi ayam special dan jus buah oren adalah kegemaran Aleesa, manakala Pak Long makan nasi campur beserta dengan air teh tarik sahaja. Itulah Azmir, dia seorang yang sangat baik dan tidak pernah berkira dengan pembantunya itu. Dia mahu melayan semua orang disekelilingnya dengan keadaan sama rata. Tiada darjat di dalam dirinya sekali pun.
        Sesudah itu, Azmir meminta Pak Long tolong menghantarnya balik ke rumah sewanya itu. Rumah   teres yang tidak terlalu luas halamannya serta lorong di taman tersebut yang agak sunyi membuatkan Azmir selesa di sana. Hanya Pak Long sahaja tahu kehadirannya yang ingin tinggal di luar dengan kehidupannya sendiri. Dalam fikiran Azmir, mula berfikir untuk berjumpa kembali dengan Aleesa akan tetapi bukan dengan keadaannya sekarang. Bukan sebagai anak orang kaya tetapi hanya orang biasa. Dia tahu persis perangainya Aleesa. Dia seorang yang tidak suka ditipu. Aku mengerti perbuatan aku semua ini akan membuatkan satu hari nanti Aleesa akan kecewa. Namun apa kan daya, aku tidak mahu hidup dalam serba keegooan seperti ini. Aku ingin berdikari mempunyai harta aku sendiri walaupun terpaksa hidup susah. Maka, aku terima segalanya kini tidak kira dengan siapa mahupun keluarga aku ataupun Aleesa. Aku harus jujur!!!! Lamunan terjaga apabila terdengar satu suara.

"Tuan, kita sudah sampai...."
"Oh, ok Pak Long, terima kasih. Kalau ada apa-apa yang penting sila lapor segera dengan saya. In Sya Allah saya akan cuba bantu." Kata Azmir kepada pembantunya lalu segera turun dari kereta yang dipandu oleh pemandunya itu.
"Oh ya...jangan lupa jaga baik-baik 'girlfriend' saya ini." Sapa Azmir lagi dengan memberi senyuman kepada pembantunya.
"Baik tuan, saya pasti akan menjaganya dengan baik." Balas Pak Long sambil tersengih mendengar gelaran yang diberikan kepada kereta Tuannya itu.

Azmir terus menutup pintu keretanya lalu masuk ke rumah sewanya itu. Apabila tiba di bilik, dia terus merebahkan badannya di atas katil sambil melepaskan tali lehernya dari lehernya itu serta menarik baju kemejanya keluar untuk mudah dia berehat dan menenangkan fikirannya. "Bagaimana aku nak selesaikan masalah papa di pejabat ni???? Sedangkan kebanyakkan ahli lembaga yang lain telh tarik diri untuk membuat sebarang pelaburan. Aku perlukan seseorang yang bijak dalam menangani masalah ini. Tapi siapa??? Ake selama ini pun tidak pernah kenal dengan kawan papa yang lain selain yang ada turut serta dengan syarikat hotel itu. Kalau aku tidak bertindak cepat maka hotel itu akan di lelong!!!!""Tidakkk!!! Bagaimana nasib mama nanti..." kata aku lalu terduduk di atas katil apabila  mengenangkan masalah syarikat yang sedang menghadapi masalah besar itu. Tanpa membuang masa aku pun masuk ke bilik mandi untuk mengemaskan diri bagi mencari seseorang yang boleh membantu aku.

      Aleesa yang tidak terdaya hendak meneruskan kayuhannya itu akhirnya berhenti di tepi jalan. Kebetulan ada padang bola di situ. Dia terus menolak basikalnya dan dibawa ke tepi padang itu.  Dia juga terus terduduk sambil mengurut kakinya yang berasa lenguh. Mana tidaknya dari tengahari mengayuh basikal untuk menghantar kek yang ditempah.  Tapi akhirnya berbaloi juga kerana aku telah berjaya melakukannya. Tiba-tiba aku teringat akan kad yang diberikan oleh lelaki itu semasa aku berada di taman tadi. Aku mengambil kad tersebut di dalam poket seluar aku.

"Nanti jangan lupa pergi ke tempat alamat yang ada tertera dekat situ, ok...."  kata-kata itu membuatkan Aleesa penasaran ingin mengetahui di mana alamat itu. "Adakah ia membantu semua masalah yang aku alami sekarang??? Kalau tak cuba belum tahu kan.... Aku mesti cari alamat ini sampai dapat..." bisik hati aku.
            Aleesa mula melihat jam tangannya yang menunjukkan sekarang sudah pukul 6.15 petang.
"Alamak...rasanya aku tak sempat nak balik kat kedai ni. Baik aku call penyelia aku dulu. Harap-harap dia faham keadaan aku ni. Bismillahhirrahmanirrahim..." kata aku lagi lalu menelefon bos aku.

"Hello, encik...saya Aleesa.. Maaf encik saya tidak dapat balik ke kedai. Saya pun sudah terlewat. Kalau boleh saya nak minta izin terus balik ke rumah. Boleh tak encik??? Lagipun, saya sudah siapkan hantar semua kek tadi. Alhamdulillah...." kata aku sambil memujuk penyelia agar tidak kembali ke kedai semula.
"Ok, boleh Aleesa...tapi jangan lupa tugas awak yang satu lagi. Pastikan siap juga ya.." balas penyelia aku  lagi.
"Ok, bos... terima kasih."

Aleesa terus mematikan panggilan di antara dia dengan penyelianya. "Akhirnya, aku dapat balik dengan tenang. Cuma hati aku masih risau mengenai pizza itu. Dapatkah tidak aku melakukannya..." keluhan Aleesa sekali lagi. Setelah aku mendapat 'green light' ini, aku terus mendail nombor yang tertera pada kad lelaki itu. Aku menunggu panggilan itu berjawab.

"Alahai, manalah pergi orang ini??? Aku dah call ni tak dapat pulak!!! Bengang lah macam ni...." kata Aleesa yang perasaannya yang sangatlah bimbang dan dipenuhi dengan otaknya juga kusut apabila menghadapi masalah seperti ini.

     Tanpa menunggu lama kedengaran di telinga Aleesa untuk berharap lelaki itu menjawab panggilannya, akhirnya Aleesa meletakkan panggilan itu sahaja. Namun, dia turut cuba mencari cara yang lain tetapi masih buntu pada saat itu kerana badannya yang agak keletihan.

"Aku perlu balik rumah dululah rasanya...rehatkan otak kepala aku ni. Kalau tak sakit aku ni nanti. Masak aku kalau aku sakit!!!!" keluh Aleesa yang telah lama duduk berehat dan bangkit semula untuk meneruskan perjalanannya balik ke rumah.

        Alhamdulillah dalam beberapa jam kemudian aku berkayuh basikal dengan penat lelahnya akhirnya aku sampai di hadapan rumah aku ini. Aku yang berhenti dengan menekan 'brek' tangan basikal dan meletakkannya di bawah rumah. Aku turut  memanggakan tayar basikal aku supaya tiada perkara yang butuk yang akan berlaku terhadap basikal kesayangan aku ini. Setelah itu....

"Assalamualaikum.... Aleesa dah balik..." kata aku sambil memberi salam kepada ibu aku yang berada di dalam rumah.
"Walaikumsalam, lewat kau balik hari ini Aleesa??? Pergi mana??? Dah dekat nak Maghrib baru sampai depan rumah mak ini..??" Sapa ibu Aleesa dengan wujud juga pelbagai soalan kepada aku.
"Aleesa kerja luar hari ini ibu. Maafkan Aleesa ya...sebab tak beritahu mak awal-awal tadi." jawab Aleesa dengan nada yang serba salah kerana kesalahannya itu kepada ibunya. Biasalah budak perempuan tak baik balik lewat-lewat macam ini.
"Mak maafkan, tapi lain kali beritahu dulu kat mak ye... tak lah mak risau macam ini..." balas ibunya lagi.
"Baik mak....Aleesa pergi mandi dan solat dulu.." kata aku lagi.
"Baiklah...pergilah rehat sekejap. Mak nak siapkan hidangan makan malam sebelum ayah kau balik dari masjid ini." balas ibu aku.

Aku pun beredar meninggalkan ibu aku seorang di dapur. Aku pergi membersihkan diri lalu berehat di kamar bilik aku. Rebahnya aku di atas katil, terasa nyaman apabila dapat meluruskan badan. Alangkah bahagianya dapat keenakkan seperti ini selalu. Lalu tanpa disedari dalam kepenatan aku tertidur...dan terlena...

"Tokk..tokk... Aleesa kenapa tak keluar lagi tu?? Tak makan malam ke nak???" kedengaran bunyi bising dengan ketukan serta suara yang agak tinggi dari bilik aku. Aku terkejut dan bangun dari tidur yang lena dan terus melihat jam di dinding sudah menunjukkan pukul 9.00 malam. Sudah lama aku tertidur di bilik ini mngkin terlalu penat bekerja hari ini.
"Ye..ye... Aleesa tertidur tadi mak... Aleesa bangun ni...jap lagi keluar makan lah..." balas Aleesa dengan pekikan ibunya itu.

Bangkitnya Aleesa dari katil dan keluar dari bilik lalu menuju ke bilik air untuk membasuh muka. Kemudian, menuju ke meja makan. Di lihatny sudah terhidang semua makan malam yang telah disiapkan oleh ibunya. Ayah turut tersedia duduk di meja makan hanya kerana menunggu aku yang liat nak makan malam ini. "Kesian mak dan ayah". Bisik hati aku.

"Maaf mak ayah...Aleesa tertidur sampai tak sedar nak bangun lagi. Penat hari ini kerja kat kedai tu..." Kata Aleesa sambil menceduk nasi serta lauk-pauk yang ada di hadapannya itu. Begitu juga mak ibu dan ayahnya melakukan pergerakkan yang sama dengan mengambil makanan yang sudah terhidang.
"Takpelah...sudah mari kita makan tapi sebelum tu baca doa makan dulu" kata ayah kepada kami.
Aku pun membaca doa makan secara terang-terangan sambil diikuti dengan ayah dan ibu aku mengaminkannya.

          Setelah itu, aku membantu ibu aku mengemaskan kemabali meja makan menjadi rapi dan bersih. Aku turut membasuh pinggan kerana ibu aku sudah menyediakan masakannya sekarang dgiliran aku untuk membalas kemabali dengan melakukan perkara yang lain seperti membasuh dan mengemas dapur. Selepas siap, aku pin meminta izin dengan orang tua aku untuk masuk tidur awal pada malam ini sebab badan masih terasa sakit dan penat. Aku pun masuk ke bilik serta ingin menikmati rehat yang secukupnya bagi menghadapi hari esok kerana aku akan berjumpa dengan lelaki yang memberi kad pada petang tadi untuk membantu masalah aku itu. Aku berharap semuanya akan berjalan lancar seperti hendakNya. Amin

Thursday 6 December 2012

Happy!!!

Saya happy sangat hari ini sebabnya dapat berjln2 dgn si dia...hehehe. Kesian tau dia terpaksa drive byk tmpt hanya semata-mata nak puaskan hati org yg dia sayang... Tq very2 much dear...

Seronok hari ini dpt tgk wayang cerita "Life of Pi"...tell u what...the story is very interesting and unique. I am also unexpected about the story that telling a true friend touching feeling between a human being and an animal (tiger).... So excited to know more about the story until the end. It so very sad but more meaningful... Thumbs up for that story... I hope i can also be like the writer with writing the stories out of the box like that... Hehehe hope so... :)

Wednesday 5 December 2012

Istanbul Aku Datang! See It 4 the Second Times



   
UNTUK YG KE 2 
KALINYA....

Oh My....Untuk yang second times saya melihat cerita ni..
Yang bestnya feeling saya tetap sama...
Suka....suka....suka...suka...

Hehehe...... minat sangat dengan jalan cerita tu...
banyak pengajaran tentang cinta especially kenal orang yang bernama lelaki...huhuhu...

Jangan terkena pada saya sudahhh laaaa....:D

Istanbul Aku Datang!...cerita itu banyak buat saya terus nak berangan sampai ke situ...
Lagipun memang susah nak sampai sana, kalau tak rajin dapat duit yang banyak mana mampu kan~~~ betul tak geng....hehehe...

Saya nak terus mimpi di siang hari...memang sekarang ni saya tak ada apa yang nak bawa. 
Maybe mana tau esok.. atau lusa...atau minggu depan..ataupun tahun depan..rezeki saya ada...
 Saya nak juga jejak sampai kat situ!!!!! In Sya Allah...Aminnn...

Cerita yang membawa banyak makna dan maksud tertentu dapat menunjukkan diri seseorang itu yang sebenar...
Cerita yang dihasilkan juga akan menjadi berguna kepada semuaorang...itulah sebabnya banyak orang suka menulis.. Biar akhirnya sesuatu tulisan itu akan menjadikan sebuah kisah yang benar dan juga gambaran kepada semua masyarakat sekarang.....

          

Bersyukur dengan apa yang ada sekarang...
Bersyukur dengan apa yang diberikan olehNya juga....
Pasti kita akan merasainya......

Menulis adalah kesukaan ku...
Membaca adalah minat ku...
Apabila kedua-dua bertemu akan menjadi sesuatu yang bermakna dalam hidup ku....


Sunday 2 December 2012

Kejar Hingga Ke Langit! 3

     

Bab 3
"Keberanian dalam diri harus sentiasa ada walau setinggi serta sebesar
 mana tembok di hadapan kita, teruskan dan usaha mencari 
pelbagai cara untuk memecahkan kerana kita ada ilmu pengetahuan."


"Tuan Muda Azmir....kita sudah sampai..." sapa pembantunya itu apabila tiba di hadapan Hotel Sunrise Way.
"Okey Pak Long... Awak tunggu di sini sahaja sehingga saya memberikan panggilan telefon nanti. Oh ya, saya ada tugas untuk Pak Long." balas Tuan Muda Azmir kepada pembantunya serta memberikan satu arahan yang amat penting.
"Pak Long tolong jaga budak ni...dan beri apa sahaja maklumat tentang dia kepada saya...boleh??" tegas Tuan Muda Azmir lagi dengan menunjukkan gambar dari telefon bimbitnya.
Segera Pak Long menganggukkan kepala menandakan dia faham apa yang diarahkan oleh tuannya itu.

    Azmir turun dari kereta Honda Civicnya itu yang sedang berpakaian kemas serba hitam dengan mengayakan kot setelah tiba di hadapan hotel ayahandanya. Dia turut di jemput oleh pekerja-pekerjanya di situ dengan penuh hormat dan patuh. Dia hanya meneruskan perjalanan dan melangkah hingga ke pintu lif. Dia seorang yang cukup berdisiplin hinggakan dia tidak perlu pembantu untuk mengarahkannya ke sana dan ke mari. Dengan bantuan dari pembantunya itu bagi memberitahu selok-belok hal hotel tersebut sudah memadai baginya. Dirinya suka bertindak sendirian kerana biar hidupnya tidak seperti dikongkong oleh kekayaan yang ada. Tidak seperti ayahnya yang memerlukan banyak orang suruhan bagi menjaganya ke mana jua berada. Dia tidak ego dan tidak suka menunjukkan-nunjuk siapa dirinya yang sebenar. Bunyi pintu lif yang sedang terbuka luas. Dia memasuki lif tersebut dan menaiki ke tingkat yang seterusnya iaitu ke pejabat ayahandanya, Dato' Ramli Osman selaku pengarah hotel itu.

Tiba Tuan Muda Azmir Iskandar di hadapan pintu pejabat ayahnya....

"Assalamualaikum ayahanda.... Selamat pagi!!!" Kedengaran suara anakandanya Azmir secara tiba-tiba yang sudah ada berdiri di hadapannya itu.
"Walaikumsalam... Apa yang kau buat di sini???!!!" balas ayahandanya dengan nada yang terkejut dengan kehadiran anakandanya di pejabat. Kerana selalunya dia sukar untuk memujuk anaknya untuk mengikuti perkembangan hal-hal hotel ini.
"Kenapa ayahanda??? Tidak bolehkah anakanda hendak menjenguk keadaan ayahandanya sendiri di sini??? Atau ayahanda ada masalah yang berat dan perlu pertolongan dari Azmir???!!!" Sapa Azmir lagi sambil menyindir-nyindir ayahandanya itu.
"Errr..." Dato' Ramli yang juga terkejut dengan kata-kata yang disuarakan oleh Azmir sepertimana Azmir tidak pernah ambil tahu hal pejabat sekalipun.
"Ayahanda mesti berasa hairan dari mana Azmir tahu hal ini kan...???" sahut Azmir lagi.
"Ayahanda jangan risau...anakanda tidak akan kecewakan ayahanda dan akan turut membantu ayahanda sekarang ini. Lebih baik kita terus bincang hal masalah hotel ini sekarang sebab Azmir tiada masa untuk buang-buang waktu untuk berleter dengan ayahanda." Seriusnya Azmir menyatakan hasratnya untuk membantu ayahanda menyelesaikan masalah di pejabat dengan segera.

     Mereka masing-masing berbincang bersama-sama dengan ahli-ahli yang lain di bilik mesyuarat tanpa diganggu oleh perkara yang lain.

Beberapa lama sudah Pak Long memandu mencari-cari gadis yang tertera di dalam telefon bimbit tuannya itu. Namun, masih tidak berjaya. Dalam beberapa minit kemudian, datang satu mesej dari tuannya.

"Maaf Pak Long..saya terlupa nak bagi alamat gadis tersebut... ini alamatnya......." mesej itu dibaca oleh Pak Long dan segera Pak Long memandu mengikut alamat yang diberi sebentar tadi.

Tibanya Pak Long di kedai roti dan kek, dilihatnya dan diperhatikan dengan betul alamat yang diberikan oleh tuannya itu akhirnya Pak Long berjaya menemui alamat tersebut. Sudah selama 2 jam Pak Long mencari hanya kerana mengikut perintah tuannya untuk melihat keadaan gadis itu. Tetapi, amat kecewa setelah setengah jam sampai, tiada kelihatan rupa gadis itu keluar mahupun masuk ke kedai itu.  Hati Pak Long menjadi tidak senang. Dia pun cuba menghampiri ke kedai itu dengan keadaan yang bersembunyi. Dia turut memasuki kedai tersebut sebagai seorang pelanggan. Akhirnya, terjumpa dengan wajah gadis yang dicarinya itu. Rupanya dia ada berada di dapur akan tetapi mukanya agak sedih dan kerisauan. Pak Long tidak tahu kenapa... Maka, Pak Long hanya membuat laporan sedikit tentang maklumat dan keadaan Aleesa kepada tuannya itu dengan menggunakan mesej.

"Tuan, gadis itu nampaknya sedih. Tapi, maaf saya tidak tahu kenapa???" itulah sedikit mesej yang dikirim oleh Pak Long kepada Tuan Muda Azmir. Lalu dia hanya menunggu di luar kedai sehingga tuannya memberi arahan yang lain lagi. Sekejap kemudian, Pak Long melihat gadis itu tiba-tiba keluar dari kedai sambil membawa kotak kek yang banyak dan diikatnya kepada basikalnya di bahagian tempat duduk belakang. Pak Long hanya perhatikannya dari jauh. Tetapi, Pak Long berasa hairan mengapa gadis itu mahu bekerja seperti lelaki?? Lagaknya seperti seorang penghantar kek sahaja kepada pelanggannya itu. Namun, Pak Long hanya mengekorinya dari arah belakang.

     Sejak dari pagi Aleesa tidak berhenti-henti mencari buku nota yang berkemungkinan ada ditinggalkan oleh Si Amir tentang resepi untuk membuat pizza. Malangnya, Aleesa masih tidak berjaya menemuinya. Dia berasa amat kecewa dan menangis keseorangan di dapur. Beberapa lama kemudian, dia melakukan sesuatu untuk pekerjaan yang lain bagi membantunya melupakan masalahnya buat seketika. Akhirnya, dia tekad untuk membantu rakannya yang bekerja sebagai penghantar tempahan ke rumah dengan menawarkan dirinya unyuk membantunya pada hari ini. Dia mengangkat tempahan kek tersebut lalu diletaknya dan diikat di bahagian belakang basikalnya. Dia tahu kerja yang dilakukannya amat berisiko. Akan tetapi, begitulah cara Aleesa untuk melepaskan kekecewaannya dengan melakukan sesuatu yang luar biasa tanpa difikirkan lagi susah ataupun senang sesuatu perkara itu. Dia juga tahu, dia mungkin akan mengambil masa yang lama untuk menghantar tempahan kek itu apabila menggunakan basikal. Dia tetap dengan pendiriannya dan meminta izin dengan Encik Zahar untuk melakukan kerja luar hari ini. Maka, Encik Zahar faham dengan situasinya sekarang akhirnya dia mendapat perlepasan tersebut. Tanpa melenggahkan masa lagi, Aleesa mengayuh basikalnya dan mencari alamat bagi tempahan kek-kek tersebut. Melalui sikapnya yang bersemangat dan rajin itu menyebabkan Encik Zahar percaya kepadanya.

     Pak Long yang terus mengekorinya hanya memandu menggunakan kereta tuannya itu. Dia memerhatikan semua gerak geri Si Aleesa. Dalam satu jam dia memandu akhirnya telefonnya berbunyi  iaitu panggilan dari tuannya.

"Hello tuan...ya saya.... Saya yang masih sedang mengekorinya tuan muda....." kata Pak Long kepada Tuan Mudanya itu.
"Baiklah, saya akan jemput tuan muda di sana sekarang..." jawab Pak Long lagi. Dengan segeranya dia menukar arahnya ke tempat perjalanan menuju ke pejabat Dato' Ramli Osman bagi menjemput tuannya balik semula ke rumahnya. Pak Long juga terus meninggalkan jejaknya terhadap Aleesa untuk mengikut perintah tuannya, Tuan Muda Azmir Iskandar.

         Sudah dua tempat Aleesa menghantar tempahan kek dari kedainya itu. Hanya tinggal satu kek lagi untuk dihantar ke tempat yang sepatutnya. Namun, Aleesa ingin merehatkan diri sebentar. Dia terlihat sesuatu yang begitu cantik iaitu tempat rekreasi yang ada pemandangan yang cukup luas dipenuhi dengan warna kehijauan dan tempat teduh yang indah. Dengan kerusi yang terukir cantik, pokok yang dipotong mempunyai corak yang tertentu dan sebagainya... "Memang cantiklah tempat ni..wow!!!!" kata Aleesa yang berasa tenang apabila berada di situ.

"Cantiknya.....lebih baik aku duduk di situ sebentar. Boleh juga idea aku datang nanti...." bisik hati aku.

Aleesa memparkirkan basikalnya di tepi pokok. Tidak jauh dari situ, dia duduk di atas rumput yang begitu bersih dan nyaman. "Aku boleh berasa tenang sekarang, tapi hati aku tetap sedih memikirkan resepi pizza ni... Di mana harus aku cari ya???" Aleesa mengeluh lagi lalu mencangkungkan dirinya dengan meletakkan kepala di atas lututnya itu.

Tiba-tiba kedengaran suatu suara....

"Kenapa sedih ni...awak???" sapa lelaki yang tidak dikenali itu.
Aleesa mendongak untuk melihat wajah lelaki itu.... "Saya sedih...sebab..... Emm, siapa awak?? Kenapa nak tahu??" jawab aku kepada lelaki yang menyibuk itu dan tiba- tibanya aku marah seperti tidak suka diganggu.
"Tak, saya tegur sebab tengok awak sedih...salah ker??? Takpa...bye.." jawab lelaki itu dengan nada yang tegas.
Aleesa terus berasa bersalah apabila berkata sedemikian terhadap lelaki yang tidak dikenalinya di taman itu.
"Err...awak... Saya memang ada masalah..." nada aku yang menangis memanggil lelaki itu semula dan menceritakan kepadanya apa yang telah berlaku. Lelaki itu terus duduk di sebelahnya dan mendengar cerita aku.
"Owhh..rupanya begitu.... Perkenalkan nama saya Hisham...panggil saya Sham.. saya duduk dekat-dekat sini je..." balas lelaki itu.
"Ye...saya Aleesa...."
"Awak jangan sedih ye...saya boleh bantu awak...tapi dengan syarat awak mesti belajar... boleh??"
"Belajar???!!! maksud awak???"
"Ok..ini alamat tempat saya bekerja...jadi awak pergi sana nanti ye...jumpa lagi..." balas lelaki itu setelah memberi kad kepada aku lalu aku bangkit meninggalkan taman yang cantik lagi indah itu. Aku hanya meletakkan kad tersebut di dalam poket dan meneruskan destinasi dengan menghantar kek yang terakhir ke tempat tuannya.

        Dalam kepenatan aku mengayuh basikal di tengah-tengah panas yang terik membuatkan aku terasa dahaga. Aku berhenti seketika apabila terjumpa sebuah kedai runcit yang kecil dengan menjual pelbagai jenis cendol yang letaknya berhampiran di lorong rumah perumahan yang mewah. Aku pun turun dari basikal tunggangan aku lalu duduk di kedai itu. Aku melihat menu yang ada. Sekali aku terpandang....."Wah...cendol ais berperisa coklat..." Aku pun berasa berminat lalu meminta cendol tersebut kepada penjualnya. Lima minit kemudian, akhirnya siap dan aku boleh menghirup air cendol tersebut dengan sepuas hati. "Sedappp...hilang rasa haus di tekak aku ni..." kata aku dengan nada perlahan.

Aku cuba mengambil sesuatu di dalam beg aku iaitu sebuah buku  dan pen...aku mula menulis...

"Dear diary,
Sesungguhnya aku pada hari ini begitu kuat semangat hinggakan mahu menghantar semua tempahan kek dengan hanya menggunakan basikal aku yang tidak berapa bagus ini. namun aku berterima kasih dengan khidmatnya kepada aku selama ini. Sekiranya basikal aku tiada, mungkin aku tidak akan sampai ke tempay sejauh ini dan hsekrang hanya tinggal satu kek sahaja untuk aku serahkan kepada tuan penempahnya. aku teramatlah bersyukur kerana Allah masih berikan aku kekuatan bagi meneruskan hidup aku yang sebegini. Aku tidak pernag berasa kesal dengan apa yang ada pada aku sekarang. Walaupun aku susah aku tetap bersabar untuk sampai ke penghujung perjalanan. Aku berani mencabar diri aku!!! Ya...!!! Aku memang seorang yang cekal dan tabah.!!!

Kini aku sedang mengalami satu masalah yang aku pun tak pasti dapat atau tidak aku menyelesaikannya nanti... Aku perlu mencari resepi pizza sampai dapat. Dan aku boleh membuktikannya yang aku juga mampu mempelajari dan memperolehinya walaupun tan AZMI!!!! di sisi......

Aku haru semangat dan jangan berputus asa. Itulah pesanan terakhir dari lelaki yang aku kenal sebelum ini yang telah masuk dalam hidup dan jiwa aku.... Azmi....."

Aku teringat akan kek yang dihantar lalu aku menyeluk kertas yang ada tertulis alamat itu, aku menghafalnya dengan baik sekali kemudian aku bertanya kepada penjual itu tentang alamat yang hampir berdekatan di situ.

"Pakcik, tumpang tanya... Pakcik tahu tak di mana alamat ini?? Mungkin sudah berdekatan agaknya, tapi saya perlukan kepastian." sapa aku dengan penjual cendol itu.
"Oh...sudah dekat ini nak... anak jalan terus dan belok ke kanan ye... Rumah ini rumah banglo nak..." balas penjual itu sambil mengayakan dengan menggunakan tangannya untuk memberitahu aku arah rumah tersebut.
"Ok..pakcik..terima kasih...." jawab aku kembali.

Aku meneruskan perjalanan mengikut apa yang diberitahu oleh penjual cendol itu. Setengah jam aku mengayuh basikal akhirnya jumpa alamat tersebut. "Aduhh..penatnya...sampai juga aku kat sini... Amboiii...besar betul rumah ni... ahh lantak lah..." bisik hati aku. Aku pun menekan butang alarm di hadapan rumah banglo itu dan mengatakan aku penghantar kek. Tiba-tiba pintu kecil yang berada di sebelah kiri aku terbuka..dan seorang perempuan tidak begitu tua dengan berpakaian serba biru muda keluar dari rumah tersebut lalu menghampiri aku.

"Penghantar kek ya??? Mari sini bagi itu dengan ibu saja..." kata perempuan itu di hadapan aku.
"Ya... terima kasih...tapi wang bakinya...?" balas aku pula.
"Oh ya...ini dia cik...bakinya.. terima kasih kembali..." kata perempuan itu lagi lalu masuk kembali ke rumah. Aku ditinggalkan begitu sahaja. Kemudian, seterusnya perjalanan aku adalah balik ke kedai semula. Aku melihat jam menunjukkan tepat pukul 4.00 petang. Aku mesti segera pulang. Perasaan aku semakin risau apabila resepi untuk menghidangkan pizza belum lagi dijumpai. Tanpa aku mengusutkan kepala aku, aku meneruskan perjalanan aku terlebih dahulu.

Dalam masa beberapa minit lagi Pak Long akan sampai di hadapan hotel Dato' Ramli Osman itu.

        Di perhatikannya Tuan Muda Azmir Iskandar sudah menunggu di hadapan perkarangan hotel itu. Pak Long pun memberhentikan kereta yang dipandunya di hadapan tuan mudanya. Kemudian, tuan mudanya masuk ke dalam kereta dan berkata....

"Pak Long cepat jalan....dan tolong hantar saya balik ke tempat rumah sewa saya ya.. tapi sebelum itu kita pergi ke tempat makan dahulu. Saya sangat lapar sekarang...." tegur Azmir kepada pemandunya apabila berada di dalam keretanya itu. Dalam pada masa itu juga, dia sempat menukarkan pakaian yang begitu bergaya tadi menjadi orang biasa yang hanya menggunakan t-shirt serta seluar jeans berwarna biru dan kasut sport berjenama nike.
"Kita hendak makan ke mana tuan???" sapa pemandunya lagi.
"Kita makan di warung biasa sahaja... Lagi sedapkan Pak Long..." kata tuan mudanya tetapi pemandunya juga hairan dengan pemilihan tempat makannya itu. Sungguh luar biasa.
"Ya..tuan..." jawab pemandunya sambil tersenyum melihat keinginan tuannya itu dengan menggunakan cermin belakang ketika dia sedang memandu.

       Azmir yang tiba-tibanya rindu hendak makan di warung kerana teringatkan Aleesa. Dia sangat rindukan Aleesa. "Bagaimanakah keadaannya nun jauh di sana???" bisik hati aku. Aku membuka telefon bimbit aku dan membuka paparan gallery. Pelbagai gambar Aleesa ada di dalamnya yang turut diperhatikan oleh aku. "Dia memang cantik!! Dan Comel!!!" kata Azmir dengan nada yang begitu perlahan. Apabila sampai di tempat makan nanti, dia akan bertanyakan hal Aleesa kepada pemandunya itu.

Kepunyaan Blog.....Comel :)

Gadis yang kecil molek berasal dari Kuching Sarawak. Dirinya amat bersahaja dengan amat meminati bidang penulisan ini bagi mewujudkan cerita & kisah menarik yang tergambar di fikiran untuk direalisasinya kelak. InsyaAllah... PEACE