Sunday 22 July 2012

Menjadi Penulis Sebagai Satu Kerjaya

Assalamualaikum, 


Salam 2 Ramadhan....pada hari ini saya ingin meneruskan hasrat diri yang lama terpendam dan tidak dikeluarkan adalah bakat untuk menulis. Saya tahu saya telah banyak membuang masa sejak beberapa tahun kerana tiada kesempatan untuk menerokai bakat sendiri antara alasannya adalah saya masih dalam proses pembelajaran serta terdapat rintangan untuk saya tidak mendekatkan diri pada penulisan.


Saya amat merasa rendah diri dengan penghasilan orang lain yang di luar sana namun saya tidak berasa putus asa walaupun terdapat sebilangan orang mencemuh hasrat saya ini, saya hanya perlu POSITIF dan BIAR sahaja apa yang diperkatakan. Tidak ada orang ketahui saya meminati penulisan dan perguruan. Namun rasanya cita-cita saya itu hanya dapat dirasai pada tempoh pembelajaran saya.


Saya sangat berdukacita kerana selama saya belajar dalam bidang yang saya minati tapi dari segi kerjaya saya berasa agak sukar untuk mencapainya. Bagaimana??? Terlalu lama persoalan ini difikiran tapi tetap juga tidak berputus asa untuk mencari  dan meneroka mana tahu saya masih ada ruang di bidang ini. 


Setelah lama saya berfikir saya merasakan terlalu lama jugalah saya membuang masa. Saya patut biarkan diri saya dalam dilema penulisan. Saya pernah merasa buntu kerana tidak dapat idea disebabkan perkara2 yang tidak saya jangka di masa perjalanan liku2 saya sebagai seorang pelajar. Saya perlu lebih aktif dan bergiat lagi tanpa memikirkan apa yang orang akan komen dalam kehidupan saya.


Niat saya hanya ingin berjaya dalam hidup, tidak kiranya apa kerjaya sekalipun yang pasti saya benar2 dan bersungguh2 melakukan yang terbaik terhadap diri saya. Saya sekali pun tidak menyesal apa yang saya perolehi selama ini. Saya akan lebih menimba ilmu tanpa kira masa, masalah., dugaan mahupun rintangan sekiranya perlu saya mahu membela diri dengan cara ini.

Saya amat berbesar hati kiranya saya boleh berada diposisi yang baik seperti orang lain di luar sana.


-Azyra-

Tuesday 17 July 2012

Sesi Bermula

17.07.2012

Salam mlm...jangan tak percaya hari ini saya telah 'ditemuduga'...surprise...surprise.....
Nervous pun ada hari tok..tapi takpa semuanya pengalaman...
harap segalanya akan pulih macam biasa....

Smile..bby...

Kepunyaan Blog.....Comel :)

Gadis yang kecil molek berasal dari Kuching Sarawak. Dirinya amat bersahaja dengan amat meminati bidang penulisan ini bagi mewujudkan cerita & kisah menarik yang tergambar di fikiran untuk direalisasinya kelak. InsyaAllah... PEACE