Sunday 24 March 2013

Perfect Guy, Konon!!!!! 8



        Tersedar aku dari tidur yang nyenyak itu aku pun terkejut melihat diri aku rupanya sedang berada di atas katil yang empuk dan nyaman. Ditambahkan lagi diselimuti dengan selimut yang lembut itu sebabnya aku tidak terasa yang aku sudah berada di dalam rumah aku sendiri. Rasanya baru sekejap tadi aku terlena di dalam kereta Iskandar. Kemudian, mata aku terbuka, badan aku bangkit dan duduk merenung semua benda yang ada di sekeliling aku. Dia atas meja aku sungguh nampak kelam-kabut dengan kertas dan buku yang tdak tersusun dan laptop aku hanya terbuka sahaja. Nasib baiklah laptop aku itu dimatikan, kalau tidak habis sahaja bateri laptop aku rosak begitu sahaja kerana tidak digunakan. Kenapalah keadaan aku sebegitu rupa??? Seperti tidak terurus dengan baik dan macam terkena tekanan jiwa. Aku pun mengeluh.

        Keluarnya aku dari bilik. Anak tekak terasa kering lalu aku menuju ke arah dapur untuk mendapatkan air yang sejuk di dalam peti ais. Untuk mendapatkan rasa lebih sejuk aku membuka peti ais yang tersimpannya ais yang dibekukan. di situ aku terlihat aiskrim vanila dan coklat dan akhirnya aku teringat tentang apa yang diceritakan oleh Iskandar kepada aku.

"Awak sebenarnya sama kegemaran dengan Ridhwan yang amat menyukai aiskrim berperisa vanila dan coklat...."

Aku terus menutup pintu peti ais itu dengan cepat. Aku mula merasa sedih. "Kenapa harus aku pasrah seperti ini??? Menunggu sesuatu yang tidak pasti??? Pentingkah dirinya dalam hidup aku sehinggakan aku sanggup menahan derita seperti sekarang???" Persoalan yang sedang bermain di minda Elfie sekarang. Dia buntu dan terus terdiam. Kakinya pula terus melangkah kembali ke biliknya tanpa membawa air minuman tadi yang hanya ditinggalkannya di atas meja dapur. Pintunya kembali tutup dan dikunci. Aku masuk menuju ke kerusi meja yang ditenung aku sebentar tadi. Aku susun semuanya dengan rapi. Buku yang telah lama tidak diusik kerana seharian keluar dengan Iskandar semalam dibelek semula. Fikiran aku mula fokus untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Aku cuba untuk menyiapkannya pada malam ini juga. Ini adalah untuk membantu aku agar dapat melupakan segalanya dan aku terfikir hendak mencari pekerjaan supaya aku boleh terus hidup tanpa memikirkan 'dia' sekali lagi.

"Ya... aku harus cari kerja. Supaya otak aku tak fikir pasal lelaki perfect itu sahaja. Siapa dia dengan aku??? Entah ingat, entah tidak... Dan buat apa aku perlu sibuk hal dia...lagi..." katanya dengan penuh semangat.

"Nanti aku nak minta tolong Is dapatkan  kerja yang sesuai dengan sikap aku ini... Cadangan yang elok tu..." sambungnya lagi dengan fikirannya yang keawan-awanan di atas langit.

Mata Elfie mula rasa mengantuk semula, apabila otaknya sedang berfungsi cergas untuk menyiapkan tugasannya itu dengan penuh semangat sekali. Dalam jarinya menaip laptopnya itu, kerap kali jugalah mulutnya tergangga-gangga menguap menandakan matanya sudah begitu layu dan tidak dapat ditahan-tahan lagi. Dia akhirnya mengakhiri ayatnya bagi mukasurat yang terakhir. "Alhamdulillah...selesai sudah tugasan aku ini... Tak sia-sia berjaga dan tersedar dari tidur tadi." Katanya keseorangan dalam bilik itu. Elfie pun menutupkan laptopnya dan kembali ke katilnya semula.

       Tangannya segera mencapai patung bear yang besar berwarna ungu lalu memeluknya. Bulunya yang lebat lagi lembut itu boleh membuatkan Elfie lena tertidur akan tetapinya dia akan melakukan sesuatu yang luar biasa sebelum dia menutup matanya itu iaitu bercakap dengan patung kesayangannya.

"Hi bear.... sihat??? Alaa..la...laa... meh sini... Puteri peluk bear ok..."

"Emm...kenapa muka bear ni sedih je?? Kenapa??? Marah dekat Puteri?? Biasalah Puteri selalu sibuk, macam-macam hal je berlaku setakat ni..." katanya lagi..

"Bear nak tahu tak?? Banyak rahsia yang puteri tahu tentang si perfect tu... Dia suka makan aiskrim dengan tengok pantai.. Huhhh.. sama pula citarasa dia macam puteri. Benci!!!! Nasib baik ada ornag sudi cerita dekat puteri tentang si perfect tu... Sebenarnya dia tu taklah jahat sangat kot... nampak macam manja je lebih!!!! Dekat mana dia sekarang ya bear...??? Terasa rindu pulak.. Nanti, kalau ada dekat depan mata pasti gaduh besar lagi lah antara puteri dengan si perfect tu....errrgggghhhhhh....tension puteri..." katanya kepada patungnya itu sambil ditenung, digoyangnya dan macam-macam pergerakkan lagi.

"Oklah..puteri nak tidur...esok nak bangun awal nak buat aktiviti baru pulak...Night my sweet bear..." Elfie terus tidur nyenyak selepas melepaskan rasa rindunya dengan patungnya itu.


*************************

Keesokkan harinya di kampus....

          Elfie, Danie dan Watie hari ini sepakat untuk menggunakan sebuah kereta untuk kampus. Ini kerana dapat mereka bertiga meluangkan masa seperti dulu lagi seperti melepak di perpustakaan, berbincang dan mengulangkaji pelajaran bersama sebabnya adalah tidak lama lagi peperiksaan akhir akan bermula. Kebanyakkan kelas juga tiada dijalankan kerana pihak kampus memberi masa untuk pelajarnya menelaah sesama sendiri tetapi kegiatan aktiviti lain tetap dijalankan sebelum tarikh peperiksaan bermula.

"Fie, petang ni kau hadir tak??? Latihan bola tampar tu....??" tanya Danie.

"Mahu tidak....badan aku dah naik sakit-sakit ni...gara-gara duduk terperap dalam bilik je..." jawab Elfie.

"Hahaha..padan dengan muka kau...tu lah banyak sangat fikir... yang dah tiada tu biar je lah kan Danie." Celah Watie dengan nada yang menyindir Elfie.

"Eh...cakap ikut sedap mulut je... Aku bukan apa...aku risau je...."

"Risau ker?? Rindu.....??" jawab Danie sambil ketawa dengan sikap Elfie yang masih sembunyi-sembunyikan perasaannya itu.

"Ehh..tolonglah... aku tak adalah nak feeling-feeling ni.... Stop think too much ok girls...." sahut Elfie dengan muka yang serius.

"So, korang pergi tak... Aku pergi jap lagi... Aku sebenarnya rindu dengan Elfie yang dulu....." kata Elfie dengan kawan-kawannya.

"Ooooo....Elfie yang keras kepala tu ye.....!!!!!" Jerit kedua-dua kawannya itu. Lalu mereka saling berkejar-kejaran di hadapan kelas mereka.

"Tunggu kau orang berdua...." teriak Elfie sambil mengejar mereka.


       Dengan keadaan yang penat dan tercunggap-cunggap selepas berkejaran tadi apabila sampai di tempat pertukaran pakaian, Elfie merehatkan diri seketika sambil meneguk air sejuk. "Aaahh...leganya... haus betul tekak ni tadi". Katanya. Dia melihat jam tangan menunjukkan lima minit lagi pukul 2.00 petang.

"Alamak.. dah lambat. Tak pasal-pasal aku kena denda nanti...." bergegas Elfie keluar dari bilik persalinan pakaian itu dengan memimpin beg di bahunya dan akhirnya terlepas pula. Botol ke tangannya bergoleng-goleng ke hadapan hingga terhenti di kaki seseorang. Keadaan Elfie pada masa itu sememangnya kelam-kabut.

"Maaf ya....." kata Elfie kepada orang yang berada di hadapannya apabila dia mengikut arah botolnya yang tergoleng itu.

"Tak apa.....awak memang orang macam tu...tak berhenti-henti dengan kelam-kabut awak tu..." kata lelaki itu dengan tiba-tiba.

"Awak...."

"Shuuuu.....diam...ramai orang tak tahu saya ada di sini."

"Ohh..ok...Tapi kenapa???? Awak bertopi dan berjaket serba hitam bagai macam nampak ketakutan je..."

"Saya tidak mahu kehadiran saya diketahui oleh orang lain...sesiapa sahaja... Tapi, tidak sangka terserempak dengan awak pula." Kata lelaki itu sambil memegang topinya untuk berselindung wajahnya dari orang lain.

"Kenapa Ridh???? Awak ok??"

"Jangan sebut nama saya...tolong...nanti saya ceritakan pada awak..kita jumpa di taman belakang kampus ini jam 6.00 petang nanti. Ingat!!! jangan bawa orang lain...." kata Ridh kepadanya dan memberi pesanan untuk bertemu di taman nanti.

"Ok awak....." jawab Elfie dan dilihatnya Ridh terus cabut lari dari pandangannya.

        Elfie pula yang rasa pelik apabila melihat gelagat Ridhwan sebegitu dengan pakaiannya yang tidak segak seperti sebelum ini dan tiba-tiba dia minat pula memakai topi.... "Itu yang aku tengah fikir..." bisik hatinya dan teringat semasa dia dan kawannya di gelanggang tengah bermain bola tampar, dia sangat memarahi Azli yang merupakan salah satu pemain di antara mereka sedang memakai topi semasa berlawan. Ini kerana cuaca pada hari itu tersangatlah panas membuatkan Azli perlu memakai topi semasa bermain. Ridhwan yang marah besar dengan melihat Azli yang degil tidak mahu menanggalkan topinya itu.

"Azli, kenapa kau pakai topi ni??? Tanggalkan cepat....." kata Ridhwan dalam keadaan yang marah.

"Mana dapat aku tanggalkan...panas ni... lagipun aku...." sahut Azli dengan permintaan Ridh itu dan tidak sempat menjelaskannya lebih lanjut lalu di celah oleh Ridhwan sekali lagi.

"Aku tidak mahu dengar alasan kau...yang penting kau tanggal dengan segera...sekarang!!!!!!" kata Ridhwan lagi.

Tanpa membuang masa Azli hanya mengikut perintah ketuanya itu. Namun dia sungguh khuatir dengan keadaannya yang sebenarnya dia sedang demam. Sebab itulah dia menggunakan topi itu. Malangnya, tiada orang yang tahu. Jadi selang beberapa lama mereka berlawan dengan pihak universiti lain tiba-tiba Azli jatuh semasa menyambut bola dan terus pengsan.

Iskandar dan kawan-kawannya lain terkejut dan terus memanggil nama Azli.....

"Azli........"

"Geng cepat bantu dia..." kata Is... Azli terus diangkat dan dibawa ke tepi gelanggang. Setelah itu, Azli masih tidak sedarkan diri dan apabila diperiksa badannya ternyata panas dia tengah mengalami demam panas.

"Ridh...masalah ni...kita tak tahu kawan kita ni demam teruk.... Dia perlu pergi ke hospital segera..." kata Is dengan Ridhwan.

"Itulah kau bro...yang kau tak dengar penjelasan dia buat apa????!!!! kan dah kantoi sekarang...masak kita ni..." tengking si boy.

"Sorrylah semua...aku betul-betul tak sengaja... Sudah kita tamatkan sahaja permainan yang penting bagi aku adalah persahabatan. Aku tidak mahu Azli sakit. Is dan Boy kau bawa dia ke hospital dan yang lain ikut aku jumpa juri. Aku akan selesaikan semuanya..." jelas Ridwan lagi.

"Baiklah..."

         Dari situlah Elfie teringat yang Ridhwan pantang memakai topi dan sekarang dia pula sedang menggunakannya. "Adakah dia sedang rindu dengan kawan-kawannya itu???!!!" Aku pun terus berkhayal dan melupakan apa yang berlaku sekarang ini.

"Eh..aku dah lambat nak ke gelanggang...matilah kena marah coach nanti..." bisiknya lagi.


*************************

Di gelanggang bola tampar......

"Girl why you late???!!!" sapa Watie.

"Yelah... tadi bukan main kata semangat nak main bola tampar, nak jadi macam Elfie yang dululah...apalah....." sambung Danie lagi.

"Alaa..lambat sikit je...baru...hehehehe...."

"Kau lambat 15 minit tau... nasib baik aku cover kau di depan coach kata yang kau tengah sakit perut tadi... Patutnya kau berterima kasih dengan aku ye...." balas Danie.

"Thanks Danie... Itu yang buat aku sayang kat kau...hehehehe...." jawab Elfie..

"Tapi kenapa kau lambat ye?? Ada apa-apa ke tadi??" tanya Watie mencelah Danie dan Elfie berborak.

"Err...eh..tak ada apa-apalah... aku memang terlambat tadi...." jawab Elfie dengan tergagap-gagap.

"Biasalah tu Watie, diakan jenis yang suka kelam-kabut. Mungkin dia tengah khayal lebih dalam bilik pakaian tu tadi." Sindir Danie lagi dengan jawapan Elfie.

"Ha'ah....betul tu... kau ni pun..." celah Elfie lagi dan kali ini dia cuba untuk mengelak akan tentang apa yang terjadi di depan pintu bilik persalinan itu. Kalau mereka berdua tahu pasti aku akan kena bahangnya.

"Sudahlah, jom ke sana....ramai orang sudah berlatih. Kita ni bila lagi nak bermula..." ajak Elfie depan kawan-kawannya untuk berlawan di gelanggang.

"Elehhhh..macamlah pandai sangat main bola tampar tu....." ejek Watie tetapi sememangnya Elfie handal bermain bola tampar bagi wanita. Dia pernah menjadi wakil universiti untuk berlawan dengan unversiti luar.

"Memang aku pandai pun........." ajuk si Elfie lagi lalu menuju ke arah tengah-tengah gelanggang. Mereka terus asyik bermain tanpa henti.

          Iskandar yang hadir tidak jauh dari gelanggang hanya memerhatikan gelagat mereka bertiga dari jauh. Aku bagaikan diberi amanah dari Ridhwan untuk menjaga mereka setelah lama Ridhwan menghilangkan diri tanpa berita. Iskandar duduk di bangku buruk sambil bermain dengan telefon bimbitnya. Dia juaga ada mengupah orang untuk mencari Ridhwan yang entah lari ke mana-mana, dia pun tidak pasti. Hatinya sangat risau. Mana tidaknya, dia sekarang pun telah tersangkut dengan sikap Ridhwan yang dulunya pernah bergaduh dengan Elfie tapi mengapa dia yang perlu perbetulkan keadaan??? Kenapa tidak Ridhwan sendiri. Di matanya juga kasihan melihat Elfie yang dibelenggu rasa bersalah dengan apa yang menimpa Ridhwan itu di hospital. Sedangkan Ridhwan boleh hilangkan diri dan pergi begitu sahaja. Dia benar-benar kecewa dengan sikap sepupunya itu.

          Dalam asyik Si Elfie dan kawan-kawannya bermain bola tampar, akhirnya Elfie tiba-tiba terfikir dengan janjinya dengan Ridhwan pada petang ini di taman belakang kampus.

"Watie?? Pukul berapa jam sekarang??" teriak Elfie bertanyakan Watie jam pada sekarang ini.

"Nak pukul 5.30 petang...kenapa??? Lambat lagi lah...Rileks lah...." jawab Watie.

"Errgg.... ok..." Elfie membalas kembali tapi nampak macam kerisauan. Ini kerana dia ingin mengelak dari ketahuan Watie dan Danie tentang pertemuannya dengan Ridhwan nanti. "Bagaimana aku nak pergi ni???" Bisik hatinya.

         Elfie mula bermain dengan tidak tentu arah...dia memberikan bola tanpa ada sedikit fokus pun di mata dan fikirannya sehinggakan......bbbbuukkkkk......kepalanya terhentak dengan bola yang diberikan oleh pemain lawannya.

"Elfie....." teriak kedua-dua kawannya itu dengan serentak...

Elfie dalam keadaan yang pening lalat sempat melihat wajah kawannya itu dengan kabur disebabkan hentakkan bola yang begitu kuat dikepalanya dan terus pengsan.

"Elfie....bangun...." teriak Danie lagi. Rakannya yang lain turut membantu meletakkannya di atas kerusi panjang. Mereka cuba menyedarkan kembali Elfie ternyata dia benar-benar pengsan dan Watie yang tengah memangku kepalanya mula terasa basah pada tanggannya. Lalu dilihat tangannya itu rupa-rupanya kepala Elfie berdarah.....

"Danie..kepala El berdarah ni....Kita kena bawa dia ke hospital. Tapi, kau perlu call Iskandar dulu....cepat.."
kata Watie.

"Ok...aku call dia...kejap..." jawab Danie sambil mendial nombor Is.

"Hello Is....urgent ni.. El kemalangan...kami dekat gelanggang bole tampar ni...cepat ye..." jelas Danie dengan cepat dia bercakap dengan Is.

"Ok...kejap lagi Is datang.."

Dalam beberapa minit kemudian... Iskandar datang dan terus menghampiri Elfie yang sudah terbaring lama itu.

"Kenapa dengan dia????!!!"

"Nanti kami cerita....yang penting bawa El ke hospital dulu.....cepatlah Is...." kata Danie yang masih menangis mengenangkan keadaan kawannya itu.

"Ok..jom..biar aku dukung dia...." lalu mereka pergi ke arah kereta Iskandar dan bergegas ke hospital yang berdekatan.

        Akhirnya pertemuan Elfie dan Ridhwan dibatalkan sebab oleh kemalangan yang berlaku ke atas Elfie. Sekarang Elfie sedang dirawat di hospital manakala Ridhwan masih menunggunya di taman belakang kampus mereka itu.

"Huh...manalah perempuan ni....asyik lambat je... Lama dah aku tunggu ni..." marah dalam hati Ridhwan.

Ridhwan cuba menunggu lagi sambil melihat jam di tangannya yang semakin berubah waktu. Namun, mata hidung Elfie pun tetap tidak kelihatan.

"Pasti dia lupa....ataupun dia tidak mahu jumpa aku ke??? Dia masih marahkan aku???? Mungkin...." Bisik hatinya sambil berjalan-jalan ke hulu hilir seperti orang berak kapur menunggu kedatangan Elfie di sana.

Agak dalam 1 jam dia masih menunggu.... sehinggakan dia terasa penat dan terduduk di sebuah pokok rendang di sana. Lalu tertidur........

Ridhwan mula bermimpi..... Pertemuan di antara mereka....

"Elfie...tolong maafkan aku..."

"Tidak..kau dah sakitkan hati aku selama ini.....dan sekarang kau datang nak buat perhitungan dengan aku kan....padan muka... akibat kau cemuh aku, kaki kau yang jadi balasannya..." kata Elfie.

"Bukan...aku tahu semua itu salah aku...aku taubat dan tolonglah maafkan aku Elfie....Aku sanggup tunggu kau kat sini tadi...." pujuk Ridhwan lagi.

"Hei....buat apa kau tunggu aku....aku takkan maafkan kau... Ingat!!!! Aku benci kau, Ridhwan..... Selamat tinggal...." jawab Elfie dan terus melambai-lambaikan tangannya ke arah Ridhwan...

Setelah itu, Ridhwan pun terkejut sambil menjerit memanggil nama Elfie....

"Eeeeelllfffiiieeeeee....................."

Tersedarnya itu, dia cuba mencari Elfie di hadapan matanya juga tiada wujudnya Elfie di situ. Dia mula mengeluh. Ridhwan pula mengambil keputusan untuk pergi dari situ. Mungkin benar mimpinya itu menjadi kenyataan. Elfie tidak akan memaafkan Ridhwan lagi.......



Tuesday 19 March 2013

Perfect Guy, Konon!!!! 7




        Di atas katil yang empuk serta badan yang ditutup oleh selimut lembut, Ridhwan yang semalaman berehat di hotel setelah melarikan diri dari hospital itu. Akhirnya, dia dalam mengelakkan diri dari bertemu dengan jururawat-jururawat yang asyik bertukar dan sentiasa menambah air dalam badan aku ini. Lengan tangan aku masih terasa penat akibat cucukkan jarum untuk mengambil darah sebagai pemeriksaan kesihatan. Letih juga hati aku melayan keinginan mereka apabila berada lama di bilik rawatan itu. Mujur hati ini kuat sanggup untuk mengangkat kaki untuk keluar dari situ. Sekarang fikiran pun terasa lega dan tenang. Bangunnya aku dari katil hotel, aku tarik langsir untuk melihat pemandangan laut di waktu pagi. Sungguh ceria dan cerah. Cahaya matahari terpancar kuat terus masuk melalui tingkap bilik aku. Bahagia rasanya dapat melihat pemandangan yang indah ini.

           Fikiran aku mula mengingatkan seseorang. Kebetulan semalam juga aku sempat memberikan mesej kepadanya untuk memaafkan segala perbuatan aku kepadanya dulu. "Adakah dia masih marah pada aku???
Entah....." Bisik hati aku. Aku mahu perbetulkan keadaan semua ini. Tapi, aku perlu pastikan diri aku kuat dan sihat. Teringat lagi dengan kuliah aku di kampus. Aku terus mengambil telefin bimbit aku lalu mencari nama pensyarah untuk membantu aku dalam situasi aku sekarang.

"Assalamualaikum, Encik Fauzi... Saya Ridhwan... maaf mengganggu. Di sini saya ingin meminta pertolongan dengan encik supaya saya boleh meneruskan kuliah saya walaupun sudah beberapa lama saya tidak hadir ke sana. Mahukah encik membantu saya dalam diam???......Emmm...saya faham.... saya akan ikut prosedur yang ada kerana yang penting bagi saya, saya mahu habiskan kuliah saya dengan baik... Emm..Ok saya faham.. terima kasih..."

      Setelah dia mennyelesaikan masalah kuliahnya itu, dia cuba merehatkan diri lagi. Kali ini dia ingin membawa dirinya berjaan di luar dengan memakai tongkat. Kemudian, dia cuba pula berjalan di atas pasir perlahan demi perlahan agar dia tidak terjatuh. Lama kelamaan dia berasa puas dengan apa yang dilakukan. Terapi yang paling mujarab apabila dia menanamkan kakinya itu dengan pasir dengan masa yang lama. Rawatan itu dapat membantunya pulih dengan cepat sekali. Ini adalah untuk dia meneruskan perjalanannya dengan selesa nanti.

"Wahai Elfie, maafkan aku... inilah balasan yang aku lakukan kepada engkau dulu. Pasti luka di hatimu lebih parah dari apa yang aku tanggung sekarang. Mampukah aku bertemu dengannya nanti??? Mampukah aku minta maaf darinya??? Layakkah aku??" kata-kata dari mulut Ridhwan dengan merintih setiap apa yang dilakukannya dulu. Dia memang seorang yang kejam. Sanggup memalukan orang di khayalak ramai. Bongkaknya aku pada masa itu.

         Setelah aku pulih nanti, aku berazam akan mengubah semua apa yang berlaku. Kepada Elfie, kawan-kawan aku dan termasuk Iskandar, sepupu aku. "Aku malu untuk bertemu dengan kamu semua...." rintih dalam hati Ridhwan lagi dan kali ini dia telah menitiskan air matanya tanpa dia sedari.


**********************

"Elfie?? Kau dah bangun ke??? Kami nak keluar ni, nak pergi pasar..." teriak Watie dari luar bilik Elfie. Namun suara Elfie tiada didengari. Senyap dan sunyi sahaja. Akhirnya, Watie meninggalkan sahaja kawannya dan berangkat pergi dari rumah sahaja.

       Elfie yang masih merenung terbaring di atas katilnya. Mengingatkan tentang di mana perginya Ridhwan yang telah berjaya melarikan diri dari hospital. "Kenapa dia tekad melakukan sebegitu??? Diakan masih sakit..." kata Elfie dengan perlahan dan lalu menangis semula kerana dia masih menyalahkan dirinya kerana melukakan Ridhwan dengan sengaja. "Kenapa aku begitu kejam??? Kenapa kau menyakitkan hati aku Ridhwan???!!!! Kalau tidak aku tidak akan membalas dendam pada kau!!!! Bodohnya kau Elfie.....!!!!!" jeritnya lagi.

       Sesudah itu, dia mula bangun dan membersihkan dirinya dan berwudhuk. "Dia memohon dan berdoa agar perjalanan hidupnya lebih baik dari sekarang. Tenangkan hatinya moga dapat diselesaikan segala masalah dengan mudah hanya pertolongan dariMu..... Amin..."

Kedengaran satu mesej masuk dari telefon bimbitnya.....

Dilihatnya adalah pesanan mesej dari Iskandar.. Dia ingin bertemu dengan aku... Dengan baik hatinya aku akur dengan permintaannya itu dan membalas mesej itu. Dia membuka telekungnya dan berkemas semula untuk bertemu dengan Iskandar sebentar lagi.

       Hidup Elfie kini kurang ceria. Dia lebih banyak mendiamkan diri dari berbual dengan orang lain. Dia tidak seperti dulu. Perjumpaan di antara mereka berdua adalah niat utama Iskandar untuk menjaganya seperti yang dipinta oleh Rodhwan dulu. Walaupun itu, di sudut hati Iskandar juga ada perasaan suka kepada Elfie. Tapi yang pasti Elfie tidak akan menerimanya kerana difikirannya hanya teringat akan Ridhwan sahaja.

Beberapa lama kemudian, Iskandar sampai dan telah berada di hadapan rumah sewa Elfie sekarang. Elfie akhirnya keluar dan menutup semua pintu yang ada serta tingkapnya sekali.

"Mana yang lain???" tanya Iskandar.

"Keluar pergi pasar...." sahut Elfie bersahaja.

"Masuklah, saya bawa awak ke satu tempat ya.... lepas itu kita boleh makan-makan." Kata Iskandara lagi.

Elfie berjalan dan masuk ke tempat duduk sebelah Iskandar. Dia hanya memberi senyuman kepada Iskandar.

"Ada dapat berita dari Ridhwan????" suara Elfie kedengaran dan bertanya secara tiba-tiba.

"Tiada, Elfie.... Is, tak dapat apa-apa pun informasi tentang Ridhwan lagi. Jangan kata Elfie sahaja yang risau, mama and dad Ridhwan pun risau sebab Ridhwan hilang macam tu sahaja." terang Is lagi.

Muka Elfie berubah. Kali ini dia merebahkan kepalanya di kerusi dalam kereta Is itu. Pandangannya hanya pada di luar sahaja.

Iskandar pula hanya memandu dan mahu membawanya ke pantai iaitu resort di mana dia dan Ridhwan selalu meluahkan perasaan dan juga lepak di sana.

"Kita dah sampai Elfie..." sapa Is kepada Elfie yang tidak berhenti termenung.

"Dah sampai??? Di mana??" tanya Elfie.

"Ini resort kesukaan Ridhwan. Harap awak suka ya... kami kalau ada masalah akan lepak di sini." terang Is lagi.

"Yeke....bagusnya.."

"Jom kita ke depan pantai, tapi saya nak tempah makanan untuk kita dulu. Awak pergi sana kejap ya..." pinta Is lagi.

Elfie terus melangkah ke pantai. Kakinya terkejut sebab cuaca yang panas terik menyebabkan pasir itu terasa panas dan mengejutkan kaki Elfie. Namun langkahnya tidak terhenti...dan berjaya sampai di hapdapan laut yang terbentang luas itu. Angin yang menuip kenyang membuatkan rambutnya terbang melayang...pakaiannya turut berangin... Indahnya ciptaan Allah ini.

"Ridhwan di mana kau....!!!!!" teriak Elfie di depan laut tanpa dia sedari.

Iskandar yang berlari anak dari arah belakang terkejut mendengar teriakkan Elfie itu. Rindunya Elfie dengan Ridhwan. Iskandar pun memperlahankan langkahnya kerana takut akan mengejutkan Elfie nanti.

"Jangan risau Elfie...dia pasti balik... Awak rindu dia ya???" tanya Is.

"Ya, aku rindu dia....dia selalu buat aku geram..Is... di mana dia Is???" balas Elfie lalu merebahkan diri dengan duduk di atas pasir itu. Badannya menjadi lemah tiba-tiba.

Is lalu memegang bahu Elfie dan mengatur duduknya Elfie itu.

"Dia ada Elfie..dihati kita... awak jangan risau sangat ya...nanti awak pula yang sakit..." kata Is dengan gaya memujuk Elfie.

"Ya..kalau Fie sakit, macam mana Ridhwan nak datang kan....." bangkitnya kata-kata dari mulut Elfie.

"Is..saya lapar...."

"Ok, jom kita makan...dah terhidang pun..." kata Is dengan gembira apabila mendengar permintaan Elfie yang berkeinginan makan di situ.

Mereka berdua terus menjamu di hadapan pantai yang indah walaupun cuaca ada sedikit panas. Tetapi mereka sangat gembira. Iskandar amat berpuas hati kerana dapat membuatkan hati Elfie ceria seketika walaupun Iskandar mengetahui isi hatinya Elfie hanyalah untuk sepupunya itu sahaja. Wajah yang manis serta senyuman yang terukir di bibir Elfie apabila mendengar gurau senda darinya merasakan hati Iskandar cukuo gembira dan amat menyintai gadis itu. Dia akan berdoa agar keinginan Elfie untuk bertemu semula dengan Ridhwan akan termakbul jua.

"Kenapa awak diam Is....??? Saya ada menyinggung hati awakkah??? Maaflah saya asyik ketawa terlupa pula dengan agenda sebenar kita datang ke pantai ini..." Elfie mula berkata-kata setelah selesai ketawa dan perasaan melihat muka Iskandar yang terus termenung melihatnya senyum sejak tadi.

"Eh... takda apa-apalah Fie... Saya suka tengok awak senyum sebab lama sudah saya tidak perhatikannya selepas kita bersama-sama dengan Ridhwan dulu......oooppppppssss.....maafkan saya Elfie...." jelas Iskandar kepada Elfie dan akhirnya terdiam apabila menyebut nama Ridhwan di hadapan Elfie lagi.

"Tidak mengapa Iskandar... InsyaAllah kita pasti akan macam dulu lagi. Tapi kali ini saya berharap kita semua akan berkawan dan bukannya sebagai musuh semula. Pengaduhan di antara saya dengan Ridhwan telah memberi banyak impak. Kesalahan yang lampau membuatkan saya sendiri sukar untuk melupakannya melainkan hanya bertemu dan bersemuka untuk memohon maaf. Kalau tidak kerana keras kepala dan dendam, kami tidak akan jadi seperti ini." Terang Elfie dengan kata-kata yang sangat mendalam maksudnya.

Iskandar hanya mendengar setiap perkataan yang dijelaskan oleh Elfie kepadanya. Kepalanya juga mengangguk-angguk seperti mengiakan apa yang diperkatakan oleh Elfie itu.

"Kita jangan berputus doa ya Elfie...mudah-mudahan Ridhwan baik-baik sahaja di luar sana." Balasnya lagi.

Mereka berdua melanjutkan lagi hidangan makanan yang seterusnya iaitu aiskrim coklat dan vanilla.

"Eh..macam mana awak tahu saya gemar makan aiskrim....??? Mesti ada orang bagitahu ini kan..." celah Elfie.

"Ye...Watie dan Danie yang beritahu saya... Rindukan...makanlah.. jangan malu-malu...." balas Iskandar.

Elfie gembira dapat menikmati aiskrim yang sedap dari pemberian Iskandar kali ini. Maklumlah aiskrim dari hotel semestinya sedapkan berbanding dengan di luar. Iskandar melihat Elfie senyum sekali lagi. Dalam hattinya menyebut "Alhamdulillah aku berjaya memujuk hatinya untuk tidak terus bersedih...".


           Ridhwan yang berada di hotelnya sedang duduk membuat ulangkaji pelajarannya kerana sudah lama meninggalkan kelas sejak kakinya dirawat di hospital dulu. Maka, dia terpaksa menumpukan perhatian lebih banyak berbanding dengan pelajar yang lain. Pensayarah rahsianya juga turut membantu dari jauh. Itulah kelebihan anak dato seperti Ridhwan ini. Tapi, dia tidak akan menggunakan kuasanya dengan sewenang-wenangnya untuk membeli apa sahaja dengan wang. Tetiba, khusyuknya menaip di laptopnya dia mula bersin berkali-kali. seolah-olah ada orang sedang menyebut namanya. Bersin berkali-kali itu membuatkan dirinya selsema dan terpaksa bangkit dari katil untuk mendapatkan tisu.

"Huh...siapalah yang menyebut-nyebut nama aku ni.... Tak dapat nak konsentrasi lansung." Dengus Ridhwan sambil membersihkan hingusan itu.

"Aku rasa nak kuar sekejaplah... Lagipun ada tiupan angin di luar tingkapnya apabila melihat dahan pokok sedang bergoyang-goyang itu." Ridhwan tanpa berlengah terus mengambil tuala dan keluar dari bilik hotelnya itu.

Apabila sampai di luar melangkahnya kaki Ridhwan secara perlahan-lahan tanpa bertongkat dia akhirnya berjaya berjalan hingga ke tengah-tengah pantai. Dilihatnya pemandangan dari arah situ...

"Wah....cantiknya....cuaca pun tengah elok ni..... tak ada matahari...maklumlah hari sudah petang. Tunggu matahari nak terbenam sahaja. Bolehlah aku cuba dekatkan kaki aku dengan air..." Geraknya Ridhwan ke hadapan sedikit demi sedikit di atas pasir dan air laut.

"Aahh...kenapa kaki aku ni...tidak bergerak... alamak..dia teganglah...!!!!! Tolong jangan buat hal...aku keseorangan ni...." teriak batin aku secara tiba-tiba merasakan kakinya tidak bergerak dan akhirnya dia terjatuh dan terduduk. Dia cuba merehatkan diri seketika. Mungkin kerana dia memaksa dirinya untuk berjalan tanpa tongkat sebentar tadi.

Duduknya di atas pasir itu, dia teringat akan Elfie. "Kuat juga kau tendang kaki aku ni kan Elfie... sampai aku tak dapat berjalan sekarang dengan baik. Untunglah aku kalau kau tahu aku rindu dekat kau sekarang. Aku tak maki hamun kau lagi. Bahkan setiap saat kaki aku sakit begini, automatik dalam kepala aku mengingatkan nama kau, Elfie... Kau memang bertuah pada aku... Kau telah berjaya memberi maksud kesusahan dalam hidup aku sekarang. Aku sangat puas hati... Harapan aku apabila pulih nanti aku akan bertemu dengan kau..." Rintihan dalam hati Ridhwan yang tidak pernah menyesal dengan apa yang terjadi padanya sekarang. Bahkan dia amat bersyukur kerana hadirnya seorang perempuan yang boleh menundukkan keangkuhan aku dulu.


            Sesudah Iskandar dan Elfie makan aiskrim di pondok kecil itu, mereka pun berjalan-jalan di hujung pantai. Iskandar teringat kembali dengan sepupunya itu yang suka bermain bola tampar bersama dengan kwan-kawan yang lain. Apabila aku tidak dapat menyambut bole diberikan oleh pihak lawan, dia pasti akan memarahi aku dengan teruk dan terus mengejar aku sehingga dapat. Aku kadang-kadang letih berlari dikejar olehnya pasti akan tergoleng-goleng di atas pasir. Masa itu membuatkan Ridhwan ketawa dengan sepenuh hatinya kerana melihat wajah aku yang penuh dengan pasir itu.

"Hahaha...padan dengan muka kau, Is.......putih betul muka kau tu sekarang..." tegur si Ridhwan dengannya yang telah nampak letih mengejar Iskandar.

"Teruklah kau ni bro...tengok!!!! Muka aku jadi sasaran kau juga..." marah si Iskandar denga perangai Ridhwan yang asyik nak menang itu.

"Kenapa Is??? Ketawa sorang-sorang nampak... Tak nak share ke???" tanya Elfie yang melihat wajah Iskandar yang tersenyum tanpa dia sedari.

"Hehe..saya teringat dengan...."

"Ridhwan lagi....." celah Elfie...

"Ye..sebab sini banyak kenangan dia dan saya. Dan awak pun sama seperti dia... suka dengan pantai dan....."

"Dan...apa???"

"Aiskrim...perisa itu juga... Kalau pergi ke pantai pasti dia akan makan aiskrim seperti kita tadi..." jelas Is lagi.

"Ohh..rupanya....tak sangka ya... Saya ni banyak persamaan dengan Ridhwan awak tu....hehehehe... Patutlah saya ni tidak serasi dengan dia kan... asyik gaduh... sebabnya kami dua sama-sama keras kepala...dan degil!!!!" jawab Elfie sambil ketawa dan setelah itu air matanya jatuh lagi.

"Saya rindukan dia... Is...." kata Elfie dengan perlahan.....

Iskandar pula terkejut dengan kata-kata yang baru dijelaskan oleh Elfie tadi. Sangkaannya memang betul...mereka sebenarnya saling merindui.....dan menyayangi di sebalik pergaduhan mereka itu. Hati Iskandar mengalah jua apabila mendengar perjelasan yang sudah nyatanya jelas terpancar di wajah Elfie sekarang.


   Angin bertiup kenyang....tiba-tiba terdengar bisikan suara perempuan......di telinga Ridhwan membisikkan......

"Aku rindu kau Ridhwan..."

Ridhwan pun terkejut dengan suara yang didengarnya sebentar tadi seakan-akan ada seseorang benar-benar merindui dirinya dari jauh.

"Ya Tuhan, siapakah gerangan suara itu???" kata hatinya.

        Tanpa memikirkan hal itu, dia terus bangun dan berdiri untuk berjalan semula ke arah biliknya. Dia perlu berjalan dengan segera sperti angin yang kenyang itu menandakan petanda akan hujan pada malam ini. "Sebelum aku jatuh sakit, baik aku beredar dari sini sekarang." Keluhnya lagi.

       
          Iskandar yang masih tercengang melihat wajah Elfie yang sedang menangis itu, lalu tersedar apabila wujud tiupan angin yang kuat membuatkan matanya terkelip-kelip menahan sakit kerana dimasukki oleh pasir. Sempat dia berkata-kata dengan Elfie.

"Jum, Fie...kita balik segera..sebelum hujan turun dekat sini. Lagipun, kita sudah sehari suntuk ke sini. Nanti kawan-kawan awak risau ke mana perginya awak." Kata iskandar dengan Elfie.

"Baiklah..." sahut Elfie kembali.

Mereka berlari-lari di atas pasir dan melawan angin yang kuat sambil menutup muka mereka agar senang melihat ke hadapan untuk menuju ke parkir kereta Iskandar. Apabila sudah sampai, mereka segera masuk ke dalam kereta dan terus menghidupkan enjin untuk beredar dari situ.

"Awak ok, Elfie...nasib baik kita cepat tadi... kalau tak kita kena hujan pula." Tanya Iskandar.

"Saya ok, awak...yelah kan... takut lah tadi...tak pernah tengok keadaan macam tu. Ini first time saya tengok....hehehe..."

"Sukalah tu..."

"Thanks awak..."

"For what????!!!!"

"For today... Awak telah membuatkan saya tersenyum...hari ini.."

"Jangan risau... saya akan jaga awak walaupun awak tengah bersuka atau berduka.....okey..." jawab Iskandar dengan tenang.

Elfie hanya terus mendiamkan diri. Apabila Iskandar menoleh ke arahnya, rupa-rupanya Elfie sedang nyenyak tidur.... Iskandar hanya tersenyum dan meneruskan pemanduannya hingga ke rumah sewa Elfie. Dalam pada itu, dia sempat memberikan mesej kepada salah seorang dari kawan Elfie dan mengatakan Elfie sekarang ada bersamanya dan ingin pulang ke rumah dengan segera. Seharian Iskandar melayan kerenah Elfie dan memujuk hatinya supaya tidak memberontak akhirnya berbaloi juga.

"Kesian Elfie... penat dia seharian melayan cerita-cerita aku pada hari ini. Semua ini adalah untuk awak Elfie... Saya akan buat awak kenal dengan Ridhwan, sepupu saya itu. Dia tidaklah sejahat yang awak sangkakan. Dia juga punya hati dan perasaan yang kita sendiri pun tidak ketahui apa dimahunya. Biasalah Ridhwan seorang yang kuat ego, tidak pernah kenal erti kalah. Tapi, saya pasti apabila awak buat semua ini padanya, pasti ada sedikit terasa tersentuh di situ. Percayalah...kata-kata saya akan menjadi kebenaran satu hari kelak." Bisik dalam hati Iskandar keseorangan apabila khusyuk memandu keretanya sehingga sampai di hadapan rumah sewanya Elfie.

Tiba di hadapan rumah Elfie.

"Terima kasih Is. Awak dah buat dia ceria hari ini... kami pun dah buntu tak tahu nak buat apa dengan dia yang asyik berkurung dalam bilik seharian sahaja. Sekarang, dia percayakan awak. Jadi, tolong jaga dia nanti ya..." mohon kasih Danie dengan sikap Iskandar yang sanggup melayan kerenah kawannya itu yang masih dalam kekecewaan dan kedukaan. Danie juga bersyukur yang Elfie masih mahu percayakan Iskandar berbanding dengannya sendiri, kawan karibnya. Tapi tidak mengapa, janji hati kawannya itu berjaya dipujuk supaya lebih dewasa bukan kebudak-budakkan lagi dengan mengurung diri dalam rumah sahaja.

"Sama-sama Danie. Yang penting awak berdua kalau ada apa-apa masalah jangan lupa beritahu saya dengan segera. Saya akan pasti awak bertiga selamat. Jangan risau, saya akan menjadi pengganti Ridhwan buat sementara waktu ya...." kata Iskandar kepada kawan-kawan Elfie itu sambil mengenyitkan mata menandakan dia hanya bergurau dengan setiap kata-katanya tadi.

"Hehehe...baiklah, hero malaya...." jawab Watie lagi sambil tergelak-gelak dengan jawapan yang diberikan oleh Is sebentar tadi.

"Baiklah, saya balik dulu.....jaga dia tau....bye...." balas Is.

"Ok, terima kasih sekali lagi...." jerit Watie sambil melambai-lambai tangannya ke arah Iskandar yang sedang memandu dan beredar dari situ. Dia memang pantang melihat orang laki yang kacak-kacak pasti cair.

"Watie, sudahlah tu....masuk...." panggil si Danie. Kemudian, Watie berlari anak dan terus masuk ke rumah. Mereka akhirnya membawa masuk Elfie yang sudah lama tertidur di dalam kereta sehingga tidak sedar sudah sampai ke rumah dan dibawa masuk ke biliknya.

"Tak sedar betul kawan kita ni....apa yang diberi oleh Iskandar ya tadi????" tanya Danie kepada Watie.

"Entah, ubat tidur kot...."

"Ishhh... takkan lah Is nak buat macam tu kat Elfie ni...agak-agaklah kau ni pun..." balas Danie.

'Emmm.... aku tak kisah sangat hal tu... tapi, aku fikirkan sampai bila kita nak layan mak cik ni macam ni...???? Takkan nak suruh Is layan dia sahaja... Apa kata jiran-jiran nanti...malu pula aku nanti." kata Watie.

"Betul juga kata kau.... nantilah kita firkir macam mana. Yang penting kita rehat dulu lah...penat dari balik kuliah tadi tak hilang lagi..." balas Danie.

"Yelah..." sahut Watie kembali.

          Elfie yang dalam separuh sedar berjalan-jalan merasakan badannya dipapah oleh kawan-kawannya itu dan dibawa ke bilik. Dia cuma sempat tersenyum sahaja. Mungkin kerana terlalu penat bermain di pantai dan kenyang makan yang dihidangkan di resort tadi, matanya hilngga kini tidak dapat dibuka. Telinganya hanya mendengar perbualan kawannya itu. Dia sendiri juga tahu dan ingin berterima kasih dengan Is yang sudi memahami dirinya yang sedang berduka sekarang. Akhirnya, dia terus terlena dengan mimpi-mimpi indah apabila dapat bersama dengan orang yang benar-benar memahaminya seperti Iskandar, Watie dan Danie.


        Ridhwan pula yang telah sampai di biliknya dan dia sambung merehatkan badannya yang telah terasa bahang panas apabila berjemur di luar serta kakinya sempat meragam tegang di atas pasir tadi. Sekarang dia cuba mengurut-ngurutnya sedikit demi sedikiy agar kakinya tidak mulai tegang lagi. Ini mungkin refleksi terhadap penanaman kaki di pasir yang boleh mengembangkan darah dalam badan emnjadi kuat dan bertenaga semula. "Alhamdulillah, aku mulai boleh berjalan sedikit hari ini tanpa bertongkat." Bisik hatinya.

Kekuatan batinnya lebih bersemangat lagi apabila teringat dengan suara bisikan dari angin sebentar tadi.

"Aku sangat merinduimu Ridhwan..." Itulah kata-kata yang terdengar decuping telinganya pada masa itu. Dia seolah-olah mempunyai semangat yang tinggi untuk dia teruskan hidup apabila mendengar ayat-ayat itu. Hatinya juga berdebar-debar.

"Adakah itu satu petanda??? Siapakah yang sedang merindui aku selama ini???" kata hatinya.

"Adakah Elfie??? Musuh aku??? "

"Kenapa mesti namanya yang terucap dibibir aku sekarang??? Pelik??? Namun dalam hati aku juga tenang apabila menyebut nama musuh aku itu...." sahut hatinya lagi.

Kini, hatinya sedang berkata-kata seperti ada dua orang di biliknya sedang berbual dengannya tentang hati dan perasaan. Ridhwan menjadi bingung dan akhirnya dia mengambil bantal lalu menutup telinganya dengan segera kerana tidak sanggup mendengar bisikan itu lagi.

Dia menjerit..... "Elfie bukan musuh aku....!!!! Aku sayangkan dia.....!!!!!!".  Terkejut Ridhwan apabila dirinya mengatakan demikian tanpa sedar. Ridhwan terus terduduk dan mengesatkan mukanya menggunakan tangannya dan terus mengucap. Kemudian, dia melangkah ke bilik air untuk mengemaskan dirinya dan bersolat.

Sunday 10 March 2013

Apa itu Collagen????

Assalamualaikum semuanya,

Hari ini saya ingin memperkenalkan Catalyst Collagen!!!!!

Apa itu Catalyst Collagen???

          COLLAGEN merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai:

- perekat dalam badan

- ia memberikan struktur kepada badan, melindungi dan menyokong tisu-tisu lembut serta menyambungkannya dengan tulang badan.

- Ketika usia remaja dan awal 20-an, terdapat pertumbuhan hormon yang aktif bagi menyokong pertumbuhan struktur dan menggalakkan perkembangan otot, cendon dan ligamen.

- Collogen digunakan untuk menghasilkan protein bagi membantu pertumbuhan ini serta mengaktifkan penjanaaan semula sel-sel badan baru.



Apa pula kelebihan Catalyst Collagen????

Kajian klinikal telah menunjukkan keberkesanan kolagen dalam:
1. mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasab kedutan.
2. memastikan keanjalan dan kesegaran kulit.


Khasiat Menggunakan Catalyst Collogen

- membantu proses pemulihan osteoperosis & asteoarthritis
- mengembalikan kesegaran dan keremajaan kulit
- mengatasi masalah kulit kusam, keriang dan berkedut
- membantu melicinkan tumit merekah dan kuku malap
- menyuburkan rambut agar kelihatan lebat berkilau
- membantu mengaktifkan semua metabolisme tisu-tisu tubuh ketahap maksima.

Kesan Mengamalkan Catalyst Collagen

- kulit tidak akan berminyak
- dapat megurangkan masalah jerawat akan hilang
- dapat mengurangkan parut-parut yang ada di kulit
- badan akan rasa lebih cergas dan bertenaga
- minda lebih cergas dan pergerakan anggota badan tubuh menjadi lebih lancar.



Ini adalah CATALYST COLLAGEN!!!!!!!!!
* Ia adalah berbentuk serbuk dan berperisa oren.... 
Untuk mendapat lebih berkesan setelah makan serbuk ini bolehlah mengambil minuman seperti jus. Ia adalah lebih baik lagi....:)

Wednesday 6 March 2013

Cinta Si Go Kart



        Saban hari aku menunggu untuk hadirnya sebuah cinta dalam hidup aku ini. Apa yang aku fahami tertnag perasaannya cinta, ia adalah suatu perkataan yang sungguh unik dan simbolik. Kadang-kadang ia membawa kegembiraan pada diri seseorang. Tetapi kadang-kadangnya ia turut memberi penderitaan yang sangat perit dan pedih hinggakan cinta itu tidak dapat diganti begitu sahaja seperti bibir yang mengungkapkan "Aku ada pengganti". Namun sebenarnya cinta adalah sukar dicari. Ia datang sendiri adalah lebih baik jika perasaan itu diberikan kepada kita dari Allah s.w.t.

            Cinta yang suci memang sukar hendak ditafsirkan mahupun diluahkan begitu sahaja. Cinta yang suci  itu ada kalanya boleh ditonjolkan dengan perbuatan, perlakuan kita terhadap seseorang yang kita sayang dan cinta. Bukan mudah diperkatakan seperti aku sedang lakukan sekarang. Aku cuba coretkan rasa hati aku pada tulisan di blog aku. Disebaliknya, aku cuba mengenal diri aku sendiri dengan menulis apa sahaja yang terbuku di hati. Itulah dinamakan 'cinta'..... Tiada paksaan, dinodai dan dikhianati sekalipun. Tetapi, pada zaman sekarang cinta pun boleh dibeli, dicaci, dihina di khalayak ramai. Mengapa kita harus bertindak seperti itu???? Allah tidak mengajar kita untuk menjadi pembenci malah kita perlu sentiasa menjadi pencinta kepada apa sahaja di dunia ini termasuklah Allah s.w.t.

            Kimi Astiana cuba meluahkan perasaannya di dalam blog. Hari- hari kehidupannya hanyalah menulis, menaip, mendengar mp3 dengan lagu-lagu kesukaannya dan juga membaca novel dari hasil-hasil tulisan penulis yang lain. Dari perkara-perkara itu, ramai rakan-rakannya mengatakan aku ini sangat membosankan kerana kehidupan aku hanya duduk lama di hadapan laptor sambil menerokai bidang teknologi yang ada di dalamnya. Aku sungguh unik keran boleh merapu apa sahaja yang aku suka. Itulah Astiana nama panggilannya, gemar berkurung di dalam bilik dan selalu membuatkan kakaknya, Mia Astella bengang dengan perangai adiknya itu yang tidak pernah berubah sehingga masuk ke universiti. Dunianya hanyalah di dalam biliknya sahaja.

"Astiana!!!!!! Jom teman akak pergi shopping....." jerit kakaknya yang sangat risau adiknya yang suka sangat mengurungkan diri tanpa membuat sebarang aktiviti yang lain.

"Ala...malaslah akak.... Akak pergi sorang-soranglah... Bukan best pun shopping... Tengok-tengok, jalan-jalan...lepas itu blahh je.....bosanlah. Kaki As pun penat." Jawab Astiana yang panjang lebar.

"Pandai adik menjawab ye.... yang adik tu, asyik terperap dalam bilik... Tak bosan?? Tak rimas???? Temngok dindng, katil, buku, mp3....tu je lah adik tahu..." kata kakaknya lagi.

'Hari ini adik mesti teman akak jugak, lepas itu akak nak cari baju sikit untuk adik. Ni hari-hari guna jeans je pergi kuliah. sekali-sekala gunalah baju kurung tu...biarlah sopan sedikit." Sambung kakaknya lagi.

"Ok..ok....adik pergi kemas...membebel je......sakit lubang telinga adik ni tau...." balas Astiana pula.

Astiana naik ke tangga semula dan mengambil beg silangnya yang berjenama bodyglove berwarna biru dan kasutnya berjenamanya nike.

"Adik dah ready ni...."

"Emmm...macam itu juga fesyen adik..tak nak berubah lansung... Simple memanjang dah lah rupa tomboy tu.... Aduhh...sakit kepala akak fikir hal adik ni..." suara kakaknya membebel lagi sambil memasang kasut highhill berwarna peach dan baju kasual berwarna hitam dan tudungnya halfshawl berwarna peach berbunga. Mia Astella sememangnya pandai bergaya. Kalau tidak, masakan dia ada butik sendiri kerana dia merupakan seorang pereka fesyen baju kurung dan sebagainya.

Adik hanya mencebikkan mulut dari arah belakang. Sebenarnya Kimi Astiana ingin mempelajari dunia fesyen ini, namun hatinya belum terbuka lagi. Kadang-kadang dia suka juga tengok gaya kakaknya Mia yang bijak memilih warna yang cantik untuk dipadankan dan ke mana tempat yang hendak dituju dengan sesuai sekali. Itu sebabnya Abang Rafizi tertarik dengan kakaknya Mia itu. Alhamdulillah, sudah dua tahun bercinta dan setahun baru bertunang. Tinggal proses hendak bernikah lagi. Mungkin masa itu akan tiba kelak. Bisik hati As lagi.

       Kini sambung cerita pasal aku pulak. Aku seorang perempuan kasar dan lasak. Selain suka mengurung diri di dalam bilik dengan menulis blog, aku juga berminat dengan permainan lasak iaitu 'go kart'. Memang best, sekiranya aku dapat lepaskan geram aku dekat atas 'track'. Kakak aku Mia tahu permainan kesukaan aku ini. Dia sanggup menemani aku pada setiap hujung minggu. Yang paling seronoknya, Abang Rafizi sudi berlawan dengan aku di samping itu, kakak yang setia menjadi penunggu kami hanya menyokong dari belakang samnil-sambil mengambil gambar kami juga. Itulah aku sangat sayang dengan kakak dan abang. Mereka tidak pernah sekali mengherdik tentanhgkelakuan kasar pada diri aku. Aku tahu mereka inginkan aku menjadi perempuan yang lemah lembut. Tapi pada aku, belum masanya lagi.

Tiba-tiba kakak aku menyaksikan aku di tempat duduk sebelah yang sedang memandu untuk membawa aku jalan-jalan di mall lalu dia menyapa aku.

"Adik, sudahlah menulis tu...dalam kereta akak pun nak menulis juga ke???!!!" tegur kakak Mia padaku.

"Biasalah kak, mana boleh pisah ni.... ada idea kenalah tulis walau di mana kita berada...emmm..." jawab aku tetapi jari jemarin aku turut masih terus menaip.

"Tak sampai lagi ke kak???!!! Jauh sangat nak pergi ni. Buang masa je nanti. Ingat, hari ini Sabtu... Adik ada...."

"Ye...ada perlawanan personal go kart kan....Ishh tak habis-habis dengan go kart dia.... Masa ini teman akak dulu, lepas tu baru akak teman adik pula...boleh???? But, remember not story your life now ok baby...." celah kakaknya terus sebelum As menghabiskan ayatnya tadi.

Seminit kemudian, ciuman pula terasa di pipi kakaknya itu......

"Thanks akak. Sayang akak...." kata adiknya dan terus mencium pipi kakaknya yang lembut itu dan memeluknya. Sedangkan kakaknya masih memandu.

"Hehehe.....sama-sama dik.... I love you tooo!!!!" sambung kakaknya lagi.


******************************

Setelah sampai di tempat membeli belah.

"Mana Abang Rafi kau ni As???!!! Lambatlah... Akak tak suka orang lambat tau...." sapa kakaknya kepada As.

"Tunggulah kejap kak...mungkin dalam perjalanan lagi...kita jalan-jalan dulu lah... bosan berdiri lama ni..." sahut As lagi.

"Akak, As nak pergi sana dulu...Tengok baju sport....boleh???" tanya As kepada kakaknya.

"Ok...jangan pergi jauh sangat. Akak ke butik ni je...Apa-apa call akak tau dikk...." balas Mia kepada adiknya itu.

"Ok kak...don't worry..." balasnya kembali.

Dalam aku melihat baju sukan sememangnya kegemaran aku, lagi-lagi ada lambang Machester United.... "Merahhh......". Aku tertarik dengan satu baju yang tergantung di kedai itu. "Gila sangat aku dengan baju tu....then, aku pengang ia dengan penuh perasaan... Woww...bagusnya kain ni..." bisik hati aku. Dengan gerakkan yang pantas tetiba baju itu di ambil oleh pekerja di situ. Aku hanya tercenggang dan terpaku melihat tingkah laku pekerja itu sedang mengambil baju itu di hadapan aku. Aku pun menegurnya dan berkata.

"Ehh...saya nak baju itu juga....ada stok baru tak???" kata aku dengan laju...

Pekerja itu menoleh ke arah aku dan berkata, "Maaf ya hanya tinggal satu ini sahaja... Tiada stok yang lain." katanya.

"Apa????!!!! Tapi aku nak baju tu juga...." bisik hati aku.

"Biarlah saya yang beli...." kata aku lagi.

"Maaf sekali lagi cik...baju ni sudah hendak dibeli oleh lelaki itu. Yang sedang berdiri di hadapan kaunter itu." Jawabnya lagi.

Kimi Astiana mula merasa marah dan disebalik itu perasaan kecewa membelenggu dirinya. Dia berhasrat ingin memiliki baju itu. Adakah dia boleh memujuk lelaki itu???" perasaannya mula berkata-kata.

Aku pun mula melangkah dan mendekati lagi itu di kaunter dan menyapanya.

"Awak...maafkan saya... boleh tak saya nak beli baju itu dari awak??? Saya nak sangat baju itu... Boleh ye encik...." katanya tanpa rasa malu di hadapan lelaki yang tidak dikenalinya itu.

"Apa??? Saya salah dengar ke??? Atau awak yang tak faham situasi sekarang ini. Kan saya sudah beli dulu...jadi baju ini milik saya lah...." balas lelaki itu dengan tegas.

"Tapi...awakkk.... saya..."

"Awak dah lambat buat keputusan, jadi kena terima lah ye... Terima kasih...bye.." balasnya lagi dan lalu pergi dari situ selepas membayar harga baju itu.

         Kimi Astiana akhirnya pasrah dan redha dia tidak dapat memiliki baju itu. Sebab dia sudah terlambat. "Betul kata lelaki itu tadi. Aku kenalah faham." katanya lagi. Dia berharap akan berjumpa baju itu di tempat lain lagi kerana dia amat menyukai baju sukan itu.

Beberapa lama kemudian, duduknya aku di sebuah kerusi rehat di dalam tempat membeli belah itu aku terserempak dengan Abang Rafizi yang kelam-kabut seperti mencari seseorang lalu aku memanggilnya dari jauh.

"Abang Raf.....kat sini...." panggil As dengan tunang kakaknya itu dari jarak jauh sambil melambai-lambaikan tangannya.

Abang Rafizi pun membalasnya dan melangkah ke arahnya pula.

"Penat Abang cari korang dua tadi. Sini rupanya... Hahh...nie kenapa muka macam cuka pula. Monyokkk je... Ada apa ni??? Cuba cerita." kata Rafizi kepada As dan bertanya keadaannya yang menunujukkan muka yang tidak ceria itu.

"Tadi.. As jumpa baju yang As suka lah abang. Lepas tu kan...As tak dapat baju tu sebab orang lain dah belikan dulu... As kecewa lah... Frust giler ni..." cerita As kepada Abang Rafizi.

"Baju apa tu???"

"Baju sukan abang....MU lagi...frustlah...dah mamat tu tak beri pulak dengan As bila As nak beli baju itu dari dia...bengang lah As lagi." katanya.

"Hehehe....." Nada Abang Rafizi ketawa dengan permintaan As yang tidak munasabah itu.

"Ketawa pula dia ni..."

"Yelah...dah awak pergi minta beli dengan dia buat pa... Dah sah-sah dia takkan bagi lah... Dia sendiri minat juga dengan baju tu kan...Apalah As ni." terang Abang Rafizi lagi.

Kimi Astiana hanya menarik muka dihadapan Abang Raifizi di situ lalu dia bangun dan meninggalkan abangnya itu duduk ketawa dengan perangainya.

"Nak ke mana tu..."

"Nak balik lah...Nak ajak akak balik..."

"Ala..itu pun nak merajuk lah...tak rock lah As.... Nanti nak lawan go-kart macam mana???!!!"

"Go-kart tu lain...lawan tetap lawan abang... Tak boleh tak jadi tau..." tunjuk jari As dekat Abang Rafizi.

"Okey...jom cari akak.... pasti dia kat butik lagi kan... Tengah survey lagi lah tu..." kata Abang Rafizi sambil mengajak Astiana mencari kakaknya ke butik semula.

        Kimi Astiana hanya menganggukkan kepala dan meluru ikut jejak langkah Abang Rafizi di hadapannya. Itulah menyebabkan kakaknya Mia sayang dengan Abang Rafizi itu sebabnya dia boleh sekepala dengan adiknya, As. Jadi dia tidak akan mudah merasa risau apabila dia sanggup menyuruh tunangnya untuk menemani adiknya itu ke mana sahaja ketika dia tengah sibuk.

"Haaa....dah sampai pun kekasih hati dan adik manja yang tak berapa nak manja pun tu..... Sini, akak ada jumpa baju kurung khas untuk adik akak yang seorang je ni... Nah... Lawa tak???" sahut Mia yang sedang melihat mereka berdua yang sudah hampir di depan pintu butik itu lalu memanggil Astiana untuk mencuba baju pilihannya.

"Apa ni kak???!!! Kan adik cakap...tak suka...."

"Tak suka pa???!!!!! Baju kurung??? Awak tu gadislah...kenalah sekali-sekala guna baju kurung juga bila pergi kuliah tu... Ini tak asyik dengan T-shirt dan seluar jeans memanjang. Mata akak Mia ni dah bosan tau...sakit hati lagi lah... Nak pakai pakaian macam tu kenalah bertempat juga. Betul tak, darling???" terang kakak As dengan panjang lebar hingga memujuknya untuk menerima pilihan baju kakaknya itu sambil mengenyit-ngejitkan mata dengan Abang Rafizi untuk turut memujuknya juga.

"Ye...cantik baju tu As...sesuai dengan awak...hehehehe...." sahut Abang Rafi dengan nada yang menyindir.
Mata Astiana pula menjadi besar dan menunjukkan ekspresi marah kepada mereka berdua yang tidak faham dengan jiwanya itu.

"Takpe, akak beli sekarang... Tapi, tidak semestinya adik perlu pakai sekarang kan.... Nanti-nanti pun boleh..." pujuk kakaknya lagi dan berharap kali ini As setuju dengan pandangannya.

"Ok sis, I will wearing just for you in the only someday....." jawab aku akhirnya.

"Yes!!!! Good darling...Muaahhh.... Itu barulah adik kesayangan akak..." balas kakak Mia lagi.

"Buuueekkkkkkk!!!!!!" rasa nak termuntah tengok gelagat kakaknya itu. Tapi dia tetap sayang dengan kakaknya kerana sanggup tahan melayan kerenah aku yang seperti jantan ini. Agak susah aku nak berubah menjadi perempuan sebab dari kecil aku selalu dengan ayah dan suka melakukan kerja-kerja lelaki. Aku sebenarnya pantang masuk dapur. Itulah sebabnya sampai sekarang aku tidak reti apa-apa pun pasal bab masak memasak ni mahupun masak nasi. Hati aku mula tersenyum sendiri.

"Sudah ke??? Lama sangat dah ni... Nanti kita tak sempat makan sebelum 'berperang' pulak....." sahut Abang Rafi yang menyindir teman wanitanya yang masih memilih baju dan kain di butik itu.

"Ala...tunggulah kejap... orang tengah bayarlah ni kan.." jawab Mia dengan tunangnya itu.

"Jom As, kita tunggu luar...mana tau kot-kot ada makanan yang sedap...boleh juga kita makan kan... Kita kan ada game nanti, mana sempat nak isi perut lagi." pinta Abang Rafizi.

"Okey...akak, As ikut abang jap ok..." jawab aku lagi.

         Kalau bab makan akulah yang paling suka. Antara makanan kegemaran aku adalah pizza...

"Abang, sana ada pizza...jom order...boleh bawa kat track nanti."

"Cadangan yang bagus...Ok jom." sahut Abang Rafizi lagi.

         Setelah itu, pizza yang diinginkannya sudah berada ditangan Kimi Astiana. Masa untuk keluar dari tempat 'puaka' kakaknya itu akhirnya turut selesai. Kemudian, mereka meneruskan perjalanan mereka ke destinasi aku pula iaitu 'my world go-kart'.

Di dalam kereta pula.....

"Adik, tolong simpan untuk akak sikit pizza itu...boleh??? Nanti korang berdua main atas track tu tak ingat akak pula... akak syok sendiri ambil gambar korang je... Tinggal sorang-sorang kat tepi padang dengan perut lapar lagi nanti." pinta Mia dengan adiknya.

"Ok..boleh.....hahahaha..." sahut As dengan senyum lebar.

"Oh ye..akak join lah kali ini dengan adik ye...tadi adik dah ikut kata akak untuk beli baju kurung. Lepas ini, giliran akak ikut adik pulak...hehehehe..." kata As tetiba menggunakan taktik baru untuk mengenakan kakaknya itu.

"Hah!!! Takkanlah macam tu.... akak pakai baju labuh ni....susahlah.... Lagipun, akak tak pandai dan tak pernah bawa go-kart tu.....no...no..no.... it's all nonsense!!!!" sahut kakaknya lagi.

"Takpe, adik ada bawa seluar tadi....hehehe..... Biasanya adik akan bawa pakaian lebih.. Mana tahu hari hujan tengah-tengah main. Boleh juga tukar baju yang sudah basah dan berpeluh tu...." Jawab adik dengan kakaknya sambil tersengih-sengih di tempat duduk sebelah.

"Pandai adik ye mengenakan akak....." sahut kakaknya sambil memicit telinga adiknya itu.

"Aaaooouuuuu..sakitlah akak..."

"Padan muka.... Love you dik..." kata kakak lagi dan kali ini dia memegang pipi aku dengan tangannya yang lembut itu. Aku mula rasa terharu.

   
**************************

Saat yang ditunggu-tunggu oleh Kimi Astiana sudah tiba...... sampai di 'gelanggang' go-kartnya itu.

"Adik nak pasang baju ni kejap...adik terus pergi track tau... Akak duduk dulu...bila adik dah puas nanti, adik panggil akak join pula... Jangan nak lari ye...." beritahu aku kepada kakaknya itu.

"Ok, I will...."

Lima minit kemudian, tunangnya pula sampai di situ.

"Mana As???"

"Biasalah sudah ada kay depan tu... dia manalah nak sabar kan bila sampai tempat dia ni..." jawab tunangnya.

"Ohh...Awak tak main.. jom saya boleh ajarkan..."

"Mula-mula rasa tak nak... Tapi, tengok macam best je... tadi pun adik ajak main. Mia takut je... sebab nie bukan jalanraya... tak pasal-pasal tak bergerak go-kart tu nanti." balas Mia dengan menjelaskan permintaan mereka berdua itu adalah perkara yang mustahil baginya untuk lakukan.

"Takpa, sayang...kita belajar dan cuba dulu ye..." sahut tunangnya dengan lembut untuk memujuk Mia bermain bersama dengannya. Lagi pula, Mia tidak pernah mencuba untuk masuk ke dunia mereka berdua itu sejak dia kenal dengan Rafizi lagi. Kisah percintaan mereka juga bermula dari situ kerana dari dulu lagi Mia memang suka mengikut dan menemani adiknya itu sehinggakan berputik cinta di antara Mia dan Rafizi sehingga sekarang.

        Mia dan Rafizi akhirnya ke track jua...Diperhatikan Astiana dari jauh, dia berasa kenakan dia mengena pada hari ini. Kakaknya mula akur dengan dunia aku dan Abang Rafizi. Hari ini dia berjaya memujuk kakaknya dengan bantuan Abang Rafizi itu juga. Alhamdulillah.

Masa untuk Kimi Astiana bergerak sudah bermula. Dia memasangkan jaket dan helmetnya. Kemudian, dia mempunyai cermin mata khas untuk dia menggunakannnya semasa bermain go-kart itu sahaja. Sememangnya rupa jantan, tapi muka Astiana yang comel itu membuatkan ramai yang menyukai dirinya. Malangnya, dia tidak layan semua itu. Selepas itu, dia duduk di dalam kereta untuk memandu ke track.

Perjalanannya pun bermula....... satu dan pusingan telah berjaya dia habiskan... Kini, masuk giliran yang pusing kedua pula....

"Amboi, pantasnya adik aku tu memandu..." kata Mia.

"Biasalah dia sudah professional tau.. tengoklah siapa guru dia... hehehehe..." balas tunangnya sambil angkat bakul sendiri di hadapabn Mia yang masih belajar untuk mengawal pemanduannya itu.

"Saya ingat nak masukkan nama As dekat pertandingan go-kart ini nanti... Awak setuju tak??? Itu juga salah satu dorongan awak untuk kerjayanya nanti." kata Rafizi.

"Maksud awak..??? Kerjayanya sebagai pemain go-kart???? Oh tidak...."

"Awak jangan pandang rendah dengan kebolehan adik awak tu, sayang... Dia sememangnya hebat. Itu pun kalau awak izinkan. Saya akan sentiasa jaga kamu berdua sehingga kita sudah kahwin nanti." balas Rafizi lagi.

"Tapi...saya tak nak itu jadikan ia sebagai kerjayanya... Lagi pula dia juga ada bakat yang lain. Mungkin dia ada cita-cita yang lain. Kita pun tidak pastikan." terang Mia lagi.

"Dia hanya ada satu cita-cita sahaja, sayang. Dia suka dengan dunia go-kart ni dan di samping itu dia gemar menulis. Mungkin dia ingin menjadi penulis." kata Rafizi untuk berterus terang tentang rahsia Kimi Astiana selama ini dan hanya Rafizi yang mengetahuinya.

"Bagaimana awak begitu pasti???"

"Sebab dia sudah meluahkannya kepada saya semenjak kita bertunang dan dia mempercayai saya yang saya boleh menjaga awak dengan memberi kasih sayang sepenuhnya tanpa awak ketahui. Dia sangat sayang awak, Mia. Dia pesan dengan saya agar saya tidak akan menyakitkan hati awak. Itu sebab dia tidak berani hendak berterus terang dengan minatnya itu. Dia masih menghormati awak seadanya." jelas tunangnya kepada Mia dan akhirnya terbongkar rahsia As selama ini.

"Adikkk...."

"Jadi, itu sahaja yang boleh saya lakukan demi masa depannya. Sekiranya ada rezeki kerja yang lain awak pun boleh memujuknya juga. Kita jangan sesekali halang minatnya sebabnya dia hanya awak. Dan awak hanya ada dia dan juga saya dalam hidip ini." kata Rafi lagi.

Tanpa Mia sedari air matanya menitis jatuh ke pipi. Dia tidak menyangka begitu dekat keakraban tunangnya dengan adiknya, Astiana itu. Mia sendiri pun tidak tahu apa yang adiknya inginkan selama ini.

"Thanks, sayang... awak betul-betul memahami kami berdua..." kata-kata yang terkeluar di mulut Mia kepada tunangnya dan tunangnya hanya memegang tangannya dengan erat sekali.

"Sama-sama, sayang." Balas Rafizi lagi.

Kembali kepada Kimi Astiana............ dalam pemanduannya, tetiba ada yang cuba menghalang perjalanannya di hadapan dan memandunya dengan lambat sekali... Setelah itu, dia mula memecut semula dna meninggalkan aku dari jarak jauh ke belakang.

"Ishh...siapa dia nie??? Ganggu aku je... Owhh...nak lawan ye.. Siaplah kau!!!!!" bisik hati Astiana.

       Astiana terus memecutnya dari belakang dengan pantas. Lelaki itu pula perasaan dengan tingkah lakunya lalu dia juga memecut laju untuk tidak mengaku kalah dengan dia. Mereka berlumba sesama sendiri lalu tanpa berlengah lagi Astiana menggunakan teknik yang bijak untuk melawan lelaki itu dan akhinya dia berjaya melimpasi pemanduan lelaki itu dan bergaya dengan berkata "yes!!!!! yahooo...".

Setelah berjaya membuat pusingan yang terakhir, As terus memandu memasuki ke perhentian go-kart itu. Dia mematikan enjin keretanya. Tetiba dia terlihat lelaki itu turut berhenti di sebelahnya. Tanpa dia, membuka helmetnya As terus memaki dan memarahnya.

"Hei!!! kau buat apa tadi??? nak lawan pun biarlah dengan cara baik dan santun." aku pula bersuara.

"Maaflah, tapi dekat track mana ada kira minta izin nak lawan ke apa...just proceed je apa yang awak nak lakukan dekat atas track itu kan." balasnya kembali.

"Tau....tapi agak-agaklah... Nasib baik aku menang...." sahutan yang meninggi diri daripada As di hadapan lelaki itu.

"Hello cik kak....itu nasib baik jelah...Jangan nak perasaan bagus sangat!!!!" sahut lelaki itu dengan melawan gadis yang begitu angkuh itu.

"Awak...erggg..."

Ketika lelaki itu membuka helmetnya.... dan Astiana merasakan seperti kenal akan diri lelaki itu. Tapi dia kurang ingat di mana.

"Hai bro......" suara yang agak jauh lagi dikenali menegur lelaki itu.

"Hahhh.. Abang Rafizi..." bisik hatinya. "Dia kenal ker lelaki action ni...????" sekali lagi dia hatinya berkata.

"Ya Allah, lama tak jumpa abang...." Mereka berpelukkan dengan gaya antara lelaki dan lelaki.

Manakala kakaknya Mia datang dari arah belakang, lalu menegur adiknya.

"Pandai adik main...seronok akak tengok tadi...boleh tahan bijak...."

"Tengoklah siapa guru dia...hehehe..."

"Ishh...sibuklah awak ni..."

"Oh ye.... bagaimana keadaan kau, Hafis??? Sihat???" tanya Rafizi dengan Hafis.

"Saya sihat abang... Emm..siapa nie???"

"Dah mulalah tu....nak mengatal...." sahut Astiana....

"Ohh.. perkenalkan yang ni...tunang aku, Mia Astella dan yang ni....emmm..... Bakal adik ipar aku... Asss....."

"Eh, abang tak payah nak introduce sangat tau... adik tak suka..." celah Astiana lagi. Lalu dia beredar dari situ.

"Sorry, adik akak tu badmood lah... minta diri dulu lah..." kata Mia kepada tunangnya.

"Sorry bro...dia tu memang 'keras' sikit..."

"Takpa....biasalah... tak kenal lagi kan..." balas Hafis.

       Hafis seorang pemain go-kart yang terhandal di Asia. Dia sudah lama berada di arena antarabangsa dan kini kembali baru balik ke tanah airnya untuk sesi berehat kerana sudah lama bermastautin di negara orang.

"Ini balik terus ke??? Atau sekejap je..." tanya Rafizi lagi.

"Ni Hafis bercuti abang... bolehlah kenal-kenal dengan kawan baru dekat Malaysia pula...hehehehe... Susah tau nak dapat cuti ni..." balas Hafis.

"Ok...kalau macam tu, kita makan malam nanti, biasa abang akan ajak dia orang tu... harap Hafis tak kisah ye..." pelawa Rafizi untuk memperkenalkan Hafizi dengan orang yang di sayangnya di Malaysia ini. Hafis merupakan sepupunya juga. Sudah lama terpisah disebabkan kerjaya Hafis yang lebih cemerlang darinya dulu. Maka, dia dapat ditawarkan untuk bertanding ke peringkat atarabangsa. Nasib Hafis lebih baik darinya. Tapi itu semua dulu. Kini, dia bahagia dengan hasil titik peluhnya sendiri yang boleh membuka perniagaannya dengan baik dan juga guru di tempat Kimi Astiana bermain go-kart ini.

"Ok abang..boleh"

"Set pukul 8.00 malam ye.. Di Seafood and Grill Restaurant...."

Akhirnya, mereka terpisah di situ.....

"Adik, kenapa buat orang yang tak kenal macam tu??? Tak baik kan..." tanya Mia kepada adiknya.

"Ala...mamat tu yang sibuk...adik baik-baik je main tadi, dia boleh ajak lawan macam tu je... Apalah..."

"Kan adik kata game je kan....takkan ambil hati terus kot..."

"Emm... malaslah... Akak balik nanti, adik nak beli majalah boleh??? Singgah kedai kejap ok..." pinta As lagi.

"Boleh....".

******************************

"Apa???!!! Hafis Kamaruddin......seorang pemain terbaik go-kart di peringkat antarabangsa." teriak Astiana di dalam hati.

"Alamak.....aku dah berkasar dengan dia. Tak layak betul aku ni nak fanatik dengan go-kart ni. Hero Malaya pun aku tak kenal....Bodohhhhnya aku ni." katanya lagi.

        Kimi Astiana mula berasa bersalah dengan lelaki itu. "Bagaimana aku nak minta maaf dengannya???". Beberapa saat kemudian, aku teringat dengan seseorang. "Ya, Abang Rafizi...."

Aku terus menghantar sms....malangnya...jari jemari aku terhenti kerana aku tidak berani memberitahu Abang Rafizi tentang mengapa kami berdua bergaduh di track tadi.

Pintu bilik aku diketuk dan dibuka.

"Malam ni, Abang Rafi nak ajak kita makan seafood. kemas awal tau...." kata kakak Mia padaku.

"Ok kak... " sahut aku, tetapi kepala aku sedang memikirkan hal sebentar tadi yang belum selesai.

Kemudian, dalam satu jam selepas itu, Abang Rafizi datang untuk mengambil kami di rumah dna membawa kami ke tempat restoran itu.

Aku dengan berpakaian biasa berseluar jeans dan T-shirt sahaja sebabnya hanya untuk menikmati hidangan yang lazat. Barangan aku biasanya banyak berjenama sahaja. Manakala kakak Mia memakai pakaian yang menutup aurat dan sememangnya dia hari-hari cantik dan menawan. Beg tangan yang dipimpinnya di atas lengan tangannya membuatkan dia nampak anggun dan seksi dimata Rafizi.

"Cantik awak malam ni..." sapa Rafizi.

"Terima kasih..."


**************************

Sampai di hadapan restoran. Hati Astiana mula berasa berdebar-debar. Hairan dengan dirinya. Apakah yang akan berlaku selepas ini???

"Meja kita sudah ditempah seseorang ya..." usik Astiana dengan abangnya itu.

"Mana adik As tau???" sahut kakaknua pula.

"Biasa, abangkan suka buat surprise....."

"Hehehe...salah tu As...kali ini orang lain yang surprisekan kita..."

"Yeker??? Siapa???"

"Tengok tu....."

"Ahh...pandai abang ni nak kelentong As..." kata Astiana lagi.

Kemudian, "Baju tu....abang....lelaki itu pakai..." katanya.

Tolehan Kimi Astiana itu membuatkan jantungnya berdegup laju. Dia terkejut dengan orang yang sedang berdiri di hadapannya itu..... "Hafis..Hafis...." kata Astiana yang tergagap-gagap. Dia geram kerana lelaki yang beli baju sport yang sama itu adalah HAFIS!!!!!! Oh tidakkk......

Lalu Hafis menghulurkan tangannya dengan bersalaman dengan abang dan kemudian beralih ke arah aku pula.

"Maaf, kita bukan muhrim..." sahut Astiana. Hatinya masih geram melihat dia memakai baju itu dan kakaknya tetiba hairan dengan kelakuan adiknya itu yang suaranya menjadi lembut dan tidak berkasar dengan lelaki itu.

Hafis hanya menarik muka.

"Perkenalkan, ini adik sepupu saya yang baru balik dari tanah air. Dia ni pemain go-kart terhandal." cerita Rafizi kepada tunangnya dan Astiana.

"Emm.. Tau... apa lagi..boleh duduk tak??? Lenguh berdiri ni..." sindir Astiana dengan abangnya itu yang sudah lambat memperkenalkan dirinya kepada orang yang ternama seperti Hafis itu.

        Setelah itu, mereka pun dihidangkan dengan makanan yang istimewa dan sedap-sedap belaka. Kimi Astiana yang memang gemar makanan seafood tidak berhenti-henti menambah makanan dipinggannya. Hafis hanya tersenyum melihat telatah Astiana pada masa itu, sedangkan kakak dan abangnya sibuk berbual-bual sesama sendiri. Astiana pun terkejut melihat Hafis yang masih tidak berkedip matanya memandang aku di hadapannya. Aku pun menunjukkan gaya dengan hendak mecucuk garpu di matanya itu. Hafis hanya tersenyum sekali lagi lalu menyambung hidangannya.

"Ishh...mamat ni, tengok aku ke dari tadi. Cucuk mata tu dengan garpu ni baru tau..." bisik hatinya lagi.

"Abang Raf...boleh Hafis bercakap dengan abang sekejap... ada hal mustahak nak bincang." pinta Hafis dengan abang sepupunya itu.

"Ok..sekejap ya ladies..."

Mia Astella hanya menganggukkan kepalanya di hadapan tunangnya itu. Mereka berdua pun berjalan ke arah lain setelah itu dan dia menegur sikap Astiana sekali lagi.

"Adikk, kenapa ni??? Jangan buat malu tau... Itu orang terkenal.. Tak pasal-pasal kena saman nanti."

"Peduli apa adik... Adik punya suka lah kak..."

"Jangan, tolong belajar hormat orang ye... Akak tak suka..."

"Baiklah...adik tak buat lagi...sorry..."

Hafis dan Rafizi berbicara.

"Ada apa???"

"Guess what abang???"

"Untuk apa??? Kenapa ni???"

"Hafis malu nak cakap lah...."

"Cakap je lah...dengan abang pun segan ke???"

"Hafis suka kat Asss....siapa nama dia???"

"Astiana........?"

"Ye..."

"Jangan main-main, adik tunang abang tu... Kau tu ramai peminat. Tak pasal-pasal menangis As lagi."

"Tak, serius ni abang...lagipun dia suka go-kart kan... I mean that she also like what i'm doing know..kan...kan..."

"Macam mana kau tahu ni???"

"Tak, tadi kami berlawan dekat track.. So, dia boleh buat taktik cantik... Hafis kagumlah... walaupun macam jantan sikit. Cuma depan dia malaslah nak puji melambung nanti berlagak pula kan...."

"Ok, abang faham. So, nak abang buat apa???"

"Tolonglah, Hafis nak dia jadi girlfriend Hafis forever....boleh???"

"Yang ni, kita kena bincang dengan Mia dulu..nanti abang aturkan...."

"Thanks abang...."

Mereka pun balik semula ke tempat duduk masing-masing di meja makan itu.

"Apa yang diborakkan tu???" tegur Mia di hadapn mereka berdua yang barui sampai selepas beborak tadi.

"Tak ada apa-apa sayang...hehehe.."

"Ok..."

Manakala, Astiana setelah selesai makan, dia mendengar MP3 nya itu sahaja. Ini taktik Kimi Astiana juga untuk mengelak dari mendengar perbualan cintan-cinton antara kakak dan abangnya itu.

"Ok...begini...sementara adik awak mendengar MP3 tu dan dia tidak dengar perbualan kita. Saya nak tanya sikitlah..." tiba-tiba Rafizi bersuara dan bertanya dengan Mia.

"Ada pa???"

"Sepupu saya ni, minat dengan Si As, adik awak tu...." katanya sambil menunjukkan matanya ke arah Astiana.

Hafis menjadi malu pula.

"Yeke...??? Takkan lah...adik saya ni 'kasar' orangnya... tak reti dan tak suka bercinta-cinta ini..."sahut Mia.

"Tak pa kak... saya betul-betul ikhlas nak berkawan dengan dia. Itupun kalau akak bagi."

"Kalau akak, terpulang pada As sendiri...dia punya badan dan dia ada hak untuk memilih..."

"Jadi, akak izinkanlah...."

"Ye... kalau dah tunang akak setuju dengan siapa adik akak ni berkawan.. So, Hafis pun faham-fahamlah ye... betul tak sayang...???" usik Mia dengan tunangnya itu.

"Betul... tapi mesti serius ok...ini bukan perkara main-main macam go-kart tu..." pesan Rafizi kepada sepupunya.

"Insya Allah abang akak...." jawab Hafis lagi.

Suara Astiana pula mencelah....

"Dah habis borak ker??? Adik nak balik lah...bosan...." tanya adik kepada abang Rafizi.

"Ok sudah habis...and dah bayar pun kan Mia...hehehehe...." usik abang lagi.

"Ishh...abang ni...bunyi macam tak ikhlas je..."

"Ikhlas lah adik...sudah jangan nak gaduh dekat sini." balas kakaknya itu.

"Adik balik dengan Hafis, akak dan abang nak pergi satu tempat yang romantik kejap... So, Pandai-pandai bawa diri ye...." kata Mia tetiba menyuruh adiknya balik dengan Si Hafis itu.

"Apa akak ni...suka hati arah adik je..."

"Takpe, saya janji akan hantar awak balik rumah dengan selamat..." celah Hafis pula.

"Ishh...sibuk jer....yelah...yelah.... Akak dan abang jangan lambat pulak... Korang tu belum kahwin lagi. Jangan nak lebih-lebih pulak...." pesan adik kepada kakak dan abangnya itu lagi.

Mereka bertiga hanya tersenyum sesama sendiri.


********************************

Perjalanan Hafis dan Kimi Astiana ke kereta Hafis.

          Hafis mula merasakan yang Astiana tidak berapa menyukai dirinya. Ini disebabkan perjumpaan pertama di antara mereka bermula dengan adegan yang kurang baik iaitu perlawanan bersama di atas track petang tadi.Namun begitu, Hafis cuba untuk mengambil hatinya kembali agar Astiana mahu memberi ruang sedikit dihatinya untuk mengenali diriku ini. Hafis memulakan perbualan di antara mereka.

"Awak, awak masih marah dengan saya sebab petang tadi ke???" tanya Hafis kepada Astiana.

"Ehh taklah...biasalah tu salah faham kan..." balas Astiana.

Astiana sebenarnya juga berasalah bersalah terhadap apa yang berlaku pada petang tadi. Dia sememangnya tidak kenal Hafis siapa sebenarnya. Kalau dia tahu masakan dia berani memarahinya tidak tentu pasal di track tadi. "Ishh...aku serba salah betullah dengan mamat ni..." Bisik hatinya.

"Habis tu kenapa awak diam je... Tak sudi ke saya nak hantar awak balik ni...???" sindir Hafis.

"Laaa.. macam tu pulak.... Errrgg...bengang betullah dengan mamat ni..." kata dalam hati As lagi dengan geram.

"Siapa kata tak sudi, tapi pastikan hantar saya balik terus ye... jangan pulak 'culik' saya ke tempat lain pulak... Tak pasal-pasal saya cerita dekat Abnag Rafizi nanti..." gertak si As dengan Hafis.

"Ooo..nak gertak aku lah tu....hehehehehe..." sindir Hafis dalam hati dan terus ketawa.

"Maaflah, kalau awak tak suka saya...tapi jangan layan saya macam orang asing boleh tak??? Abang Rafizi itu abang sepupu saya. Nanti bila dah kahwin dengan kakak awak... Jadi kita pun automatik jadi saudara juga... So, anggaplah saya saudara awak ye..." terang si Hafis dengan As kerana dia tahu As itu anti lelaki. Sudah melihat gayanya seperti jantan pun Hafis boleh teka.

"Emmm...ok..saya faham... Sudah ke berbahas tadi...Ni, dari tadi berjalan...Mana kereta awak??? Kaki saya dah lenguh ni encik abang oooiii..." sahut As dengan sindiran lagi.

"Kita dah sampai sebenarnya tadi, tapi awak tak berhenti nak berjalan. So, saya ikut je lah awak... hehehehehe....."

"Apa??? Emmm......terukklah awak ni..."

"Itu kereta saya Gen-2 warna merah....nanti ingat ye nombor flat kereta saya...hehehehe..." kata Hafis.

"Yelah...saya akan ingat supaya saya nanti dapat lari jauh dari kereta awak....mana tahu terserempak. Saya terus elak diri." Balas As.

"Amboi....makin benci nampak...hehehehe..."

Mereka pun masuk ke dalam kereta....kemudian, menyambung perbualan mereka sambil Hafis memandu keretanya untuk menuju ke rumah kakak Astiana.

"Boleh saya panggil awak As...???"

"Boleh..Silakan...lagi pun itu memang panggilan nama saya...." sahut As lagi. "Isshh..mamat ni...mengada-ada lak...dah tahu nama kita lagi nak gurau-gurau." Bisik hatiku.

"Malam ni, saya ada hajat dan nak berterus terang... Sebelum saya balik ke negara orang dan apa yang  saya mahukan akan tercapai juga." Terang Hafis dengan satu persatu.

"Maksud awak..."

"Pertama, saya selepas ini ada perlawanan di luar negara dan saya mungkin akan merindui seseorang."

"Hah...tak faham..."

"Awak dengarlah dulu apa yang saya nak cakapkan...."

"Ok..." Astiana terus menundukkan kepalanya..

"Kedua, saya nak beritahu awak yang saya suka kat awak.... Saya nak menyayani awak..Boleh???" tanya Hafis sambil memberhentikan keretanya di tepi jalanraya yang entah di mana haluannya hanya untuk memberitahu hal itu kepadaku.

"Kenapa??? Emmm, maksud saya kenapa saya??? Saya tak cantik, kasar dan suka benda lasak... dan..."

Mulut Astiana terkunci apabila jari Hafis di bibirnya untuk menyatakan dia untuk berhenti berkata-kata.

"Saya tahu semua itu, walaupun saya baru kenal awak hari ini. Tapi hati saya berkata "Saya hanya inginkan awak jadi teman hidup saya... Itu sahaja" Bolehkan????" kata Hafis kepada Astiana sambil memandang muka dan mata aku.

"Saya tidak dapat bagi jawapan...dulu... tapi dengan syarat... awak mesti menang dulu pertandingan tu...boleh...??? Baru saya akan beri jawapannya." Pinta Astiana sehingga memberi syarat kepada Hafis.

"Ok..kalau itu yang awak mahu...saya sanggup tunggu.." sahut Hafis.

Astiana mula merasa bersyukur kerana dapat diberi kesempatan untuk berfikir. Kerana hal ini berlaku terlalu cepat namun hati aku tidak mahu menjawabnya dengan terburu-buru.

"Ok, dalam pada saya cuti ini kita kawan ok....Deal???" pinta Hafis sekali lagi.

"Deal..."

"Jom, kita balik...risau pulak kakak dan abang Rafi nanti..."

Mereka berdua akhirnya bersetuju dengan tempoh yang ada Hafis di Malaysia ini, mereka akan berkawan dan mengenali hati budi masing-masing. Mereka kerap kali berjumpa berdua dan kadang-kadang berempat. Dan yang paling seronoknya sekarang kakak aku, Mia sudah pandai membawa go-kart seperti aku juga. "Seronoknya....". Semua berkat dari Abang Rafizi yang sangat memahami kami berdua.

Sebulan tamat bercuti, Hafis balik ke luar negara. Setibanya di lapangan terbang...

"Aku janji , aku akan bawa kemenangan untuk awak Astiana....demi cinta aku padamu...." luahan hatinya pada sekeping kad kecil dan sekuntum bunga mawar diberikan kepada aku semasa pertemuan terakhir kami di lapangan terbang untuk menghantarnya balik ke luar negara semula.

       Wahai blog aku, lama juga hati aku tidak meluah di sini. Mungkin kerana aku ada teman pengganti menjadikan aku alpa dan leka dengan duniawi aku sendiri. Dulu, hati aku sangat terhibur dengan adanya Kakak Mia, Abang Rafizi dan hero malaya go-kart aku iaitu Hafis..... Dia juga lelaki pertama yang berani meluah perasaan dengan aku. Itu pun tidak sampai satu hari diperkenalkan di antara aku dan dia. Pertemuan bermula dengan pergaduhan di atas track go-kart telah menjadikan aku kenal apa itu cinta dan kasih sayang. Hati aku sangat luruh dengan setiap kata-kata semangat yang diberikan oleh Hafis kepada aku, di kala aku bersikap kasar dengannya. Dia pun tahu yang minat dan cinta aku pada go-kart sahaja. Walaupun aku tahu dirinya ingin aku berubah menjadi gadis yang lembut seperti kakak aku Mia... Aku tetap terus mencuba. Aku tahu kini dia sedang menunggu jawapan daripada aku tentang penerimaan cintanya dari aku. Maka, hari ini denap 6 bulan dia di sana. Tiba masanya dia kembali ke tanah airnya. Adakah dia mengota janji lamanya itu pada aku???? Entah, aku pun tidak pasti. Aku sanggup tidak melihat pertandingan itu di kaca televisien hanya kerana ingin mendengar dari mulutnya sendiri untuk memberitahu tentang itu. Aku berdoa agar kami dapat bersama kerana sejujurnya hati aku terbuka untuk dirinya iaitu Hafis sayang....

Enam bulan berlalu......Tibanya Hafis di lapangan terbang Kuala Lumpur.

       Matanya meliar mencari gadis yang ditunggu-tunggunya selama ini. Beg yang dibawanya akhirnya dilepaskan sahaja apabila terkejut melihat Kimi Astiana yang sedang berdiri di hadapan sedang memakai baju kurung yang sangat cantik. Sungguh sesuai dengan dirinya. Hafis sememangnya tidak pernah melihat Kimi Astiana memakai pakaian seperti itu. Kakinya kaku dan melangkah perlahan melihat perubahan kekasih hatinya yang sangat cantik itu dna tidak percaya dia sedang berada di hadapannya. Hafis pun menegur Astiana. Sedangkan Astiana menangis teresak-esak kerana turut merindukan Hafis selama ini.

"Cantik, As hari ini.... Hafis suka tengok As pakai baju kurung... Dah tak macam jantan...hehehehe...." Hafis yang menegur lalu mencuitkan hidung Astiana dengan pantas.

"Thanks, Hafis..."

"Oh ya...apa jawapannya sayang????"

"Mana piala tu?? Nak tengok...dulu."

"Nak...pegang ya...dan jangan tak percaya pulak...."

"Hah...Astiana apa tunggu lagi, beri jawapan cepat. Abang dan kak Mia nak dengar juga...." sindir abang Rafizinya lagi.

"As setuju....Hafis."

"Betul ke?? Yess!!!! Yaaahhhooooo..........." sahut Hafis sambil melompat-lompat keran gembira cintanya diterima oleh As. Akhirnya, dia diketahui oleh orang ramai di situ lalu orang luar menghampirinya untuk meminta tandatangan.

Ketiga-tiga mereka terus mengundurkan diri untuk memberi ruang kepada peminatnya itu.

"Kak bangga dengan adik... Adik berani mengubahnya... dan hati akak berasa lega sekarang di samping jodoh adik di hadapan mata akak, akak juga sempat melihat perubahan adik akak yang baru ini. Ini baju kurung akak belikan dulu ya.. Cantik dan sesuai untuk adik..." sapa kakaknya dengan penuh perasaan dan menangis di hadapan As kerana adiknya dapat berubah menjadi gadis yang lemah lembut mengikut apa yang dipinta oleh arwah ibunya dulu. Kini semuanya termakbul.

         Mereka berdua akhirnya berpelukan sambil menangis. Manakala tunangnya hanya memerhatikan dua keadaan yang berbeza sahaja iaitu pertamanya sedang meraih kemenangan dan menemui peminatnya dan kedua pula, adik-beradik yang tidak lekang dengan kasih dan sayang begitu bahagia sekarang kerana bahagia sudah menghampiri mereka berdua. Syukur alhamdulillah............

Sebulan kemudian...........

        Kakak Mia dan Abang Rafizi selamat melansungkan perkahwinan mereka dengan meriah sekali. Di samping itu, aku turut gembira kerana aku dan Hafis turut menjadi pengapit mereka. Manakala dengan kisah cinta aku dan dia....hehehehe.... special..... sentiasa berbalah di atas track go-kart kami..... kerana cinta kami terwujud apabila berada di atas track go-kart itu sahaja. Aku dan dia saling mencintai sekarang dan kini aku telah berjaya menemui cintaku yang sebenarnya ada di GO_KART!!!!!!!!



~ Tamat ~

Kepunyaan Blog.....Comel :)

Gadis yang kecil molek berasal dari Kuching Sarawak. Dirinya amat bersahaja dengan amat meminati bidang penulisan ini bagi mewujudkan cerita & kisah menarik yang tergambar di fikiran untuk direalisasinya kelak. InsyaAllah... PEACE