Tuesday 29 January 2013

Perfect Guy! Konon.....3

        
        Merungut hati Elfira apabila melihat gelagat mamat sombong itu. Aku tak berhenti berfikir bila teringat kembali kejadian yang telah menimpa kami yang berada di kantin itu. "Kenapa mesti berlaku bersama dia???!!!". Jeritan batin Elfie yang masih tidak berpuas hati dengan layanan yang diberi oleh Ridhwan kepadanya. lamunan Elfie terhenti ketika mendengar suara Proffesor yang berkumandang di seluruh bilik kuliah itu.

 "Ok, semua faham apa yang saya terangkan dalam sesi pembelajaran kita pada hari ini??? Ada apa-apa soalan??" tiba-tiba suara Proffesor itu masuk di celah lubang telinga aku. Berdengung rasanya getaran itu apabila sampai ke otak.

"Kami semua faham Prof..." Jawab sebilangan pelajar yang berada di dalam bilik kuliah itu.

"Baiklah, kalau tiada apa-apa pertanyaan...kita berhenti setakat ini sahaja untuk pembelajaran kita. Ingat jangan lupa lakukan pemerhatian terhadap latihan pengukuhan yang saya berikan, ya.... Ok, terima kasih." kata-kata terakhir bagi Proffesor untuk menamatkan sesi pembelajaran pada hari ini. Kami semua terus bangkit dan melangkah keluar dari bilik kuliah. Sementara aku dan teman-teman aku masih menunggu giliran untuk keluar dari situ.

      Aku yang sibuk mengemas dan terlihat semula hadiah kotak yang berada di atas beg aku. Aku tertanya-tanya, "Siapa yang bagi hadiah ni?? Pelik, siap tahu nama panggilan aku lagi..." kata aku dengan nada yang perlahan. Baik aku buka semasa perjalanan nak balik ke parking kereta nanti.

"Hei..Elfie jangan lupa buka hadiah itu. Aku nak tengok juga nanti." Usik si Wati, temannya itu ketika mereka bersama-sama berjalan keluar menuju ke ruang legar kelas.

"Yelah, aku lagi simpan barang dalam beg. Kita jalan nanti, kita buka lah sama-sama. Aku, tak ada rahsia dengan korang berdua ni. And, hadiah ni....malas aku  nak layan. Entah apa-apa dalam tu nanti. Tak main lah "secret admirer' ni..." balas aku.

         Semelangkah mereka bertiga keluar, sambil Elfie membuka bungkusan hadiah itu dengan cermat sekali. Dalam hati Elfie berkata, "Ishh...apa saja lah isi kotak ni. Nampak macam ringan je....." Tiba- Tiba.....

"Opppoooooccccooooottttt.........!!!!!!!! Eeeeeeeeeeeeeeeeiiiiiiiiiiiiiiiiii" Jerit aku dengan sekuat hati, sehingga orang di sekeliling aku boleh dengar suara serak aku itu.

"Ehhh, makkkk...kau....." jerit kawan-kawannya juga.

"KATAK????!!!!! Gelinya aku....." Suara Elfie memanggil benda yang melompat keluar dari kotak itu dengan nada yang nyering.

"Siapa yang buat aku macam ni.... Malu lah....aku memang alergi nampak katak....." jerit dengan marah hati si Elfie kali ini.

          Ridhwan dan kawan-kawannya yang bersembunyi di tepi dinding yang masih tidak jauh dari kelas tadi turut terkejut dengan melihat telatah musuhnya itu. "Bro...tengok... terus melompat dia...menjerit lagi... YESS!!!! Panahan aku kena kali ini. Padan muka kau minahhhhh" kata Ridhwan dan akhirnya berjalan menuju ke arah Elfie dan rakan-rakannya yang sudah macam terkejar oleh anjing dengan rambut yang tidak terurus dan rupa diri pun tidak menentu disebabkan melonjat-lonjat untuk mengelak katak yang sedang melompat di kaki mereka. Mereka masih ketawa besar di hadapan gadis-gadis itu.

"Kau yang buat.....Cisss mamat ni!!!! Tak habis-habis kena kan aku. Tak apa hari ini, hari kau..... nanti aku balas balik." bisik hati Elfie sampai menjeling ke arah Ridhwan.

"Tengok ada orang takut dengan katak.....Krokkk...Krokkk....!!!!!! Hahahahaha...." sindir si Ridhwan kepada Elfie.

Orang lain yang berada disekelilingnya yang lalu-lalang di sana turut mentertawakan Elfie dan rakannya. Mereka juga turut mengajuk nada yang dilakukan oleh Ridhwan itu.

"KRROOKKKK!!!!!....KRRROOOOOOOKKKK!!! ADA ORANG TAKUT DENGAN KATAK!!!!."

"Aku perempuan mestilah takut katak.....bodoh lah kau ni...." marah Elfie lagi.

"Oooo...perempuan....aku ingat kau jantan tadi. Hari itu, bukan main kau buang tugasan aku...kat lantai. Aku beri arahan kutip balik, kau buat tak tahu je kan.... betul tak kawan-kawan???!!!" sahut Ridh lagi dan kali ini dia berkata-kata sambil melangkah mendekati badan Elfie....

"Itu memang patut..pun.... Ala, sendiri buang...sendirilah kutip..." lawan Elfie dengan bernada kasar. Elfie terus mendekati Ridhwan juga dan berkata "Pembalasan akan berlaku nanti, ingat!!!" bisik Elfie. Tanpa membuang masa aku pun terus menendang kakinya dengan kaki aku yang menggunakan kasut sukan itu.

"Bokkkkk..... Aduhhhh...kaki aku sakit............" Jerit Ridhwan secara tiba-tiba.

"Hahaha...Padan muka. Baru sikit tu." Kata Elfie setelah menendang kaki Ridhwan secara diam-diam dan akhirnya berlari dari situ lalu meninggalkan mereka. Manakala kawan-kawannya pula sudah berada jauh dari  rakan-rakan Ridhwan kerana sememangnya mereka takut untuk melawan 'geng pengaruh' mereka itu.

"Kurang ajar punya perempuan......lagi-lagi aku yang kena balik...Ishhh..." sahut Ridhwan lagi apabila hanya memandang gaya Elfie yang dari jauh dengan menunjukkan ibu jari ke bawah dan mulutnya yang mencebik menandakannya sudah kalah.

Ridhwan hanya menjeling dari jauh dengan menahan kemarahannya yang meluap-luap itu.

"Bro..kau ok...teruk tak???!!" tanya Is dengan keadaan kawannya itu. Di sebalik itu juga, Is ketawa dalam hati kerana terkejut melihat Elfie yang berani melawan perangai Ridhwan yang gila-gila itu.

"Aku ok...tapi hati aku yang tak ok....sakit hati ini, makin bengkak rasanya....." jawab Ridhwan dengan tegas.

"Ok..ok aku faham....jom, kita balik. Lagipun 'drama' kita pun dah habiskan. Pelakon-pelakon pun sudah lari juga." Sindir Is dengan perbuatan rakan-rakannya itu yang tidak henti ketawa melihat gelagat masing-masing yang satunya takut dengan katak dan yang satu lagi kaki kena tendang. Bergoleng-goleng rakannya itu terus mentertawakan Ridhwan dan Elfie.

Akhirnya, mereka semua melangkah pergi dari situ.

*************************

"Ya Allah, terkejut aku tengok kau buka hadiah tu tadi Fie... katak rupanya. Apa lagi aku lari teruslah... Tak tahan aku dengan gelinya aku dekat si katak tu..." kata Dania yang masih kepenatan berlari menuju ke tempat parking kereta.

"Yelah, aku pun tengok Dania lari...jadi aku pun lari juga lah... Sorry, sebab tinggalkan kau sorang-sorang kat situ dengan 'geng pengaruh' tu..." sahut Wati bagi menyetujui kata-kata Dania sebentar tadi.

"Tak apa.... dah nasib kita kan orang buat tak baik dengan kita. Ingatkan boleh lah nak tahu siapa 'secret admirer' aku tu tadi... Rupa-rupanya Encik Katak..... hehehehe..... Yang aku tengah geram ni dengan Mamat Si Katak tu.... Berani sungguh dia nak balas dendam pula kat aku ni. Kata ketua 'geng pengaruh' yang class and Perfect Guy sangat tu.... Huhhh... 'Perfect Guy lah konon...'. Macam budak-budak ada lah...." kata aku lagi dengan sinis betul dengan perangai Ridhwan terhadapnya.

"Tapi, lucu jugakan...kat kampus ada katak...hehehe...Manalah 'hero' kampus kita tu dapat katak ye...???" balas Wati lagi.

"Ha...jangan nak berangan...nak wujud karakter 'hero' pulak dah kat sini. Merembang bulu tangan aku ni mendengarnya. Tak padan lansung lah...." sambung Elfie lagi.

"Sudahlah, jom kita balik. Perut dan berbunyi ni. Kita jumpa nanti ya Elfie. Baik-baik pandu tu." kata Danie sambil mereka bersalaman dan berpelukan. Kemudian, kawannya itu mula menuju ke parking kereta mereka. Manakala kereta aku sudah berada di depan mata, lalu aku masuk dengan menghidupkan enjin kereta serta aircon.

"Meluap-luap perasaan marah aku dekat mamat tu...benci betul. Penat berlari dan takut dengan katak itu pun belum hilang lagi." kata Elfie berseorangan di dalam kereta.

         Setelah Elfie berasa sikit lega barulah dia memandu kereta itu dengan baik dan ingin menuju ke KLCC bagi merehatkan diri di sana dengan melakukan 'window shopping'. Sambil-sambil itu, dia turut memikirkan idea yang seterusnya untuk pembalasan kepada si mamat sombong itu. Kali ini, aku akan balas sampai dia tak akan lupa nama aku lagi. "Ni Elfie lah.... kau ingat, kau sorang je ada taktik macam itu. Aku pun adalah..." bentak hati Elfie.


        Ridhwan yang berjalan terkencot-kencot menahan kesakitan di kakinya. Dilihatnya, ada bengkak sedikit dan kulit pula bertukar agak kebiruan. Dalam hati kecil Ridh berkata..."Boleh tahan juga si musuh aku tu...kaki aku pula jadi sasarannya. BIJAK!!!!"

"Kesian dengan kau Ridh...tak pasal-pasal kau pula yang teruk aku tengok ni." sapa Boy dari arah belakang ketika berjalan menuju ke tempat parking kereta.

"Bro...kita pergi klinik jap... bengkak tu..." kata Is tiba-tiba.

"Tak apa sikit je... letak ubat nanti sembuh lah bengkak kaki aku ni." sahut Ridh dengan kawan-kawannya.

          Ridhwan terus mencari kunci keretanya itu dan menekan butang 'unlocked'. Sebenarnya, dia malas nak pergi ke klinik. Pasti dia tidak dapat hadir ke kuliah nanti sebab akan di tahan oleh doktor peribadinya beberapa hari di hospital hanya kerana luka kecil sahaja seperti ini. Biasalah, semua orang kenal anak Dato' Hashim ini, Masridhwan bin Dato' Hashim. Dia sememang banyak pengawal di sekelilingnya cuma hanya akan bebas di kampus ini. Ini pun disebabkan oleh sepupunya Iskandar yang belajar bersama dengannya di kampus ini. Kalau tidak masakkan ayah dan ibunya akan melepaskannya sesuka hati.

"Oklah, aku gerak dulu. Nanti aku call korang bila keadaan aku sembuh." kata Ridh kepada rakan-rakannya.

"Ok bro...take care... Drive slowly ok...." jerit Boy apabila melihat Ridhwan mula menekan butang minyak dengan kuat dan memandu pantas di hadapannya.

Is hanya boleh mengeleng-gelengkan kepalanya. Dia juga tahu, Ridh mesti sedang marah dan mood dia sudah bertukar menjadi geram oleh kerana gadis itu masih berani melawannya. Dia menjadi diam dan kurang menyahut percakapan orang di sekelilingnya. Pasti dia akan berada di suatu tempat yang boleh memberi buah fikiran yang baru untuk tempoh pembalasan ini. Tempatnya adalah KOLAM RENANG.......

       Di tempat kolam renang itu, Ridhwan akan merendamkan diri selama mungkin. Entah mengapa dia boleh lakukan sedemikian. Mungkin kerana dia sudah terbiasa melakukannya sejak dari kecil lagi. Apabila dalam keadaan marah dia pasti akan sembunyikan diri di dalam air. Dari situlah, dia dapat belajar menahan kemarahannya pada seseorang. Apabila selesai, dia akan kembali normal dan mahu bergaul dengan orang di sekelilingnya semula. Itulah satu-satunya tabiat yang hanya Is, sepupunya yang tahu hal ini.


***********************

"Seronoknya dapat berjalan-jalan kat sini. Sejukkk...."

"Ehh, cantik sungguh patung ini dengan pakaian gaun labuh bermanik berwarna hitam. Nampak elegan sangat! Bilalah aku akan pakai kan....." bisik hati Elfie.

Elfie meneruskan perjalanan ke tempat-tempat yang lain. Dia hanya meneliti dan melihat benda-benda yang cantik dan murah. Sebenarnya, niat Elfie hanya hendak membuangkan ingatannya jauh-jauh dengan kata-kata Ridhwan di kampus tadi. "Oooo...perempuan....aku ingat kau jantan tadi." "Rupa aku ni tak macam perempuan ke??? Tomboi ke???" bisik hati Elfie. "Patutlah, mungkin benar kata Ridhwan, aku tak pandai berfesyen macam Danie dan Wati. Sikap aku kasar...." Rintih hati Elfie lagi.

"Ahhh..pedulikan apa orang nak cakap tentang aku. Janji aku bahagia. Aku pandai...tak macam dia tu berlagak perfect!!! Dah tu sombong lagi. Suka kenakan orang yang lemah saja."

         Dalam aku berangan memikirkan si mamat tu tiba-tiba......aku terlanggar seseorang......

"Ehh...maaf...encik..."

"Awak....rupanya... maaflah ya....tak nampak tadi."

"Tak nampak ke??? Atau masih marah???" jawab lelaki itu.

"Marah???!!! Memang pun!" jawab Elfie dalam hati apabila lihat wajah lelaki itu.

"Taklah....hehehehe" sahut Elfie untuk menyembunyikan perasaannya.

"Jangan ambil hati ya.... biasa lelaki kan selalu ego..." kata lelaki itu untuk memujuk dan lelaki itu adalah Is..... Iskandar...

"Awak tak marah dekat saya kan... Boleh kita kawan??"

Emm...lama juga Elfie memberikan jawapan bagi pertanyaan Iskandar itu. Takut-takut ada apa-apa muslihat lagi kali ini.

"Jangan risau...masalah awak dengan Ridhwan saya tidak mahu tahu. Yang saya nak tahu awak nak tidak berkawan dengan saya. Yang pasti juga saya tidak akan masuk campur hal awak dengan Ridhwan. Kalau awak nak saya bantu, saya boleh bnatu." sahut Is lagi.

"Ohh...ok..janji?"

"Janji. kita kawan ok."

Akhirnya mereka berkawan. Tapi di sudut hati kecil Elfie tidak percaya akan rakan si mamat itu. Mesti ada udang di sebalik batu. Tetapi, tidak mengapa.... dia akan cuba berkawan dengan Is secara professional. Mana tahu sedikit sebanyak akan membantu dia untuk membalaas perbuatan si mamat perfect itu.


~ bersambung ~

Wednesday 23 January 2013

Perfect Guy! Konon... 2

         
       Perasaan teramat marah terhadap musuhnya itu masih dirasai oleh Ridhwan, membuatkan Ridhwan banyak mendiamkan diri dari bercakap dengan rakan-rakannya apabila lepak di restoran mewah itu. Makanan yang dihidangkan pun tidak dijamah kerana fikirannya asyik kepada musuhnya. Ridhwan ynag berniat untuk membalas dendam mula memutar-mutarkan otaknya bagi mencari rancangan yang sesuai untuk mengenakan kembali sikap sombong yang berani melawannya di hadapan orang lain. "Ishh....tidak pernah ada orang berani buat aku macam tu!!!" teriak Ridhwan lalu membuatkan rakan-rakannya yang lain turut terkejut dengan gelagatnya.

"Apa kena dengan kau ni bro....??? Sakit ke??? Terkejut aku lah..." sahut Boy iaitu salah seorang juga dari rakannya. Dia seorang yang kuat makan. Pantang ada makanan di hadapannya pasti dialah orang pertama yang menjamah dulu.

"Ya..aku tengah sakit hati ini.... gerammmm..." jawab Ridh dengan mukanya yang marah itu. Dia juga menghentakkan air minuman tinnya dengan kuat menyebabkan air terpercik keluar dan membasahi meja.

"Kami tahu kau tengah sakit hati bro....tapi biarlah tenang dulu. Semua masalah takkan selesai kalau kau asyik marah-marah je..." jawab Is merangkap kawan karibnya yang lebih mengetahui hal tentang Ridhwan ini. Dialah tempat Ridh mengadu sekiranya ada sahaja perkara yang tak kena dengan dirinya.

"Aku tak peduli.....aku nak balas dendam jugak!!!! Ya...BALAS DENDAM!!!!" teriak Ridh lagi dengan sekuat hatinya. Dia lalu bangun dan beredar dari situ. Dia terus melangkah masuk dengan melompat sahaja menuju ke kereta BMW Sport berwarna hitam itu. Maklumlah kereta yang tiada bumbung, senang sahajalah Ridhwan nak lakukan apa sahaja yang dia suka. Akan tetapi, dia seorang yang cermat. Keretanya itu mestilah hari-hari bersih dan berkilat, kalau tidak dia akan mengamuk seperti singa lapar dengan sesiapa sahaja.

       Ridhwan akhirnya memandu kereta dan berlalu meninggal kawannya di restoran tadi. Dia sempat menghantar satu mesej kepada Is.

"Nanti malam kita jumpa ok, dekat gim.... pukul 8.00 malam.:"

Is membuka peti mesej itu dan membacanya. Is tahu musuhnya itu terlalu luar biasa sehinggakan boleh membuatkan Ridh hilang selera makan atau apa-apa sahaja dia sedang lakukan menjadi serba tak kena. Sememangnya pengaruh musuhnya itu terlalu kuat dalam dirinya. Dia sebelum ini, tidak pernah dimalukan seperti itu. Semua orang pasti dan hendaklah mengikut perintah darinya tetapi musuhnya kali ini amat berbeza. Musuhnya berani melawan Ridh.

        Fikiran Ridhwan masih memikirkan rancangan apa yang bersesuaian untuk mengenakan gadis itu. Dalam dia memandu keretanya, dia juga suka memandu dengan laju dan pantas. Sememangnya dia cekap dalam pemanduannya, tetapi ramai orang tidak suka dengan lagaknya itu kerana terlalu bahaya. Dalam pada itu, Ridhwan mula berimaginasi.....

Aku ingin membeli satu kek di kedai dan melemparkannnya ke muka gadis itu.... aku akan gelak sekuat hati di hadapannya.. Adakah dia mengalah???

Jawapannya, pasti gadis itu menikam semula kek itu ke mukanya kembali kerana gadis itu sememangnya berani melawan aku. "Ohh tidakkkk, aku yang terkena balik tu... Tukar plan!!"

Kedua, aku nak upah orang untuk ambil beg nya... supaya dia panik, kemungkinan pasti ada barang penting di dalam beg itu, maka dia akan menangis dan mengalah pada aku...." Tapi, apa yang ada dalam beg itu yang penting sangat! Menangis kah dia??? Entah-entah, aku pulak yang di maki hamun olehnya. Aku tak puas hati ni... balik-balik aku yang kena lagi ini...huh!!!" bisik hati aku.

"Apa lagi plan yang ketiga ya???". Fikirannya mula bercelaru. Semua rancangan yang dilakukan olehnya, semua tidak menepati citarasanya untuk mengenakan si gadis itu. Akhirnya, dia memberhentikan pemanduannya di taman. Dia merehatkan diri seketika sambil melangkah keluar dari keretanya dan berjalan-jalan di tepi taman sambil merenung jauh ke langit biru itu.

          Elfie tak henti-henti ketawa setelah berjaya membuatkan mamat itu marah dengan gelagatnya di bilik kuliah tadi. Itulah balasan orang yang terlalu sombong dengan apa yang ada. "Berlagak sangat!!!" bentak hati aku lagi.

"Kenapa dengan kau ni Fie??? Ketawa tak berhenti-henti. Apa yang seronok sangat?? Hah??" sapa kawannya Danie yang merasa kehairanan dengan sikap Elfie itu.

"Aku gelak ni sebab tengok muka mamat tadi tu....tengah marah...nampak merah sahaja...hahahaha" Elfie yang menjawab pertanyaan Danie secara tersekat-sekat akibat dirinya yang masih ketawa.

"Kot ye pun, janganlah happy sangat dapat kenakan orang... tak takut ke nanti dia balas dendam kat kau???" kata-kata Danie itu menyebabkan suasana menjadi sunyi apabila Elfie berhenti ketawa.

"Ada benarnya juga apa dikatakan Danie tadi." Bisik hatinya. "Aku boleh balas balik kan?" jawab Elfie lagi.

"Mampu ke??? Jangan kau menangis sudahlah..." sindir kawannya itu.

"Taklah...takkan aku mahu mengalah dengan dia. Orang yang selalu berlagak pasti Tuhan tak suka. Pasti kalah punyalah... Kau tengok nanti..." sambung Elfie lagi.

"  Dah, jom kita perlu hantar tugasan nie dengan segera kat Professor. Cepatlah..." Mereka berdua terus berlari anak supaya sempat sampai ke bilik Proffesornya itu untuk menghantar tugasan yang telah diamanahkan tadi.

          Ridhwan yang masih berada di taman, tiba-tiba teringat dengan orang upahannya dulu, Azhar.... Azhar adalah seorang pengintip upahannya untuk mengerjakan seorang lelaki di kampusnya. Hal ini disebabkan lelaki itu berani melawannya kerana tidak mahu mengikut kehendak Ridhwan pada masa itu. Ridhwan menyuruhnya untuk mengilatkan keretanya semula setelah lelaki itu tidak sengaja terlanggar keretanya semasa menaiki motosikal. Apabila arahannya tidak didengari oleh lelaki itu, Ridhwan menjadi marah. Akhirnya, lelaki itu akur dengan tindakan yang dia lakukan dengan merosakkan motosikalnya selepas kejadian itu. Itulah kelebihan Ridhwan dengan adanya wang, dia boleh buat apa sahaja yang dia inginkan. Malangnya, kebanyakkan orang tidak menyukai sikapnya itu. Oleh itu, sekarang dia ingin Azhar membantunya untuk menyiasat latar belakang seorang gadis iaitu musuhnya itu..... Dia pun mengambil telefon bimbitnya lalu menghantar satu mesej kepada Azhar.

"Aku nak kau tolong aku... urgent! Aku nak kau siasat apa-apa sahaja maklumat tentang gadis yang bernama Elfie. Dia sama kelas dengan aku. Pastikan ini rahsia!!! Jangan sampai orang lain tahu kegiatan kau."

       Ridhwan mula merasa sedikit lega. Namun, hatinya masih ingin membalas dendam atas perbuatan perempuan itu di bilik kuliah tadi. Tiba-tiba..... aku terlihat seekor katak yang sedang melompat di hadapan aku. "Ya...otak aku sedang cergas memikirkan rancangan yang sepatutnya aku lakukan kepada perempuan itu... Siap kau!!!" bisik hatinya gembira kerana jawapan yang dicarinya itu sudah pun terungkap.

Akhirnya Ridhwan melangkah menuju ke keretanya semula. Dia mulai mengatur langkah yang seterusnya.....pemanduannya yang pantas itu menyebabkan orang di sekeliling taman itu menoleh ke arahnya. Tanpa dia menghiraukan perasaan orang lain dengan sekuat hati kakinya menekan butang minyak kereta sehinggakan keluar asap yang tebal di belakang keretanya kerana perasaannya yang marah itu sudah meluap-luap. Matanya asyik terbayang dengan wajah perempuan itu yang terlalu berani melawan segala tindak tanduknya. "Geramnya!!" bisik hati Ridhwan lagi.

         Dalam perjalanan pulang, Ridhwan sempat memberi satu pesanan ringkas kepada Is,  kawan karibnya itu.

"Akhirnya..bro..aku dah tahu apa yang aku patut buat dengan gadis itu. Pasti syokkk!!! Hahaha... Jangan lupa, kita jumpa malam nanti. Aku akan beritahu semuanya....."

Pesanan ringkas itu sudah sampai ke telefon bimbit Is. Is hanya membacanya, namun disudut hatinya pasti ada yang tidak kena akan berlaku di kampus nanti. Aku hanya boleh melihat dari jauh keadaannya nanti. Aku harus bantu perempuan itu agar jauhkan diri dengan orang bernama Ridhwan. "Kasihan budak perempuan tu, tak pasal-pasal kau gaduh dengan dia ni...." keluh Is setelah selesai membaca mesej yang dihantar oleh kawannya itu.

"Haccchhhoommmm......" aku bersin untuk yang ketiga kalinya.

"Siapalah yang bercakap tentang aku ni??? Nak mengata aku lah tu..." tiba-tiba suara Elfie berbunyi ketika mereka sedang lepak di hadapan televisien, seronok melihat DVD cerita korean setelah selesai makan malam tadi.

"Kenapa dengan kau tu Fie??? Asyik bersin je dari tadi..." sapa rakan sebiliknya, Wati.

"Entah, kata orang kalau dah banyak bersin tu maknanya ada orang sebut-sebut nama kau... kalau tak maki hamun kau!!!! Hahaha" jawab Danie.

"Ye ke...tak percayalah aku." sahut Elfie lagi.

"Mana boleh tak percaya. Tu petanda orang-orang dulu tau.." balas Danie untuk mengiakan apa yang diberitahunya sebentar tadi.

"Betul tu, Fie. Kau ada buat salah kat orang ke?? Baik cepat-cepat mintak maaf kat orang tu." sambung Wati.

"Mana ada aku buat salah kat orang!!!! Orang buat salah kat aku adalah kan...Danie..." sindir Elfie kepada Danie.

"Eh, apa aku pulak...kau lah Elfie. Buat orang marah tu, tak salah ke cik adik ooiii...???"

"Marah???!! Siapa???"

"Ala, cepatnya mak nenek nie lupa.... Lelaki tu....jap aku ingatkan kau balik ye... Yang kau langgr dia. Lepas itu, kau tak nak kutip tugasan dia... Ingat???" cerita Danie kepada Elfie untuk mengingatkan kembali peristiwa di kampus pagi tadi.

"Ohh yang itu... ingat.. malaslah... bukan salah aku pun. Dia yang cari gaduh dulu."

"Ehh..jap-jap...jangan-jangan dia tak yang cakap pasal kau sekarang ni...buatnya kau bersin sampai berkali-kali ni....hehehe" sindir kawannya itu lagi.

"Eh, kau orang berdua ni jangan nak merepek ye. Lagipun aku sensitif tau dengar nama mamat tu lagi... Buat aku geram dan marah je lah... sudah stop it!!! Aku nak tengok cerita korean ini." Jerit Elfie kepada kedua kawan-kawannya itu.

Namun dalam hati Elfie sebenarnya bimbang, takut apa yang diperkatakan oleh rakan-rakannya itu ada benarnya juga. Dia berasa sangsi akibat pengaruh dari cerita Danie di bilik kuliah tadi yang mengatakan lelaki itu bukan calang-calang orang. Elfie cuba memberanikan dirinya di hadapan kawan-kawannya nanti sekiranya benar perkara yang dikatakan kawannya sebentar tadi akan terjadi. "Berisikonya....." keluh hati Elfie dalam diam.

Setibanya di tempat gym....

        "Hai bro....lama tunggu aku... Sorrylah aku tengah sibuk berkemaskan diri tadi." sapa Ridh kepada kawannya Is yang telah lama sampai di gym.

Is pula diperhatikannya sedang menyenamkan badan dengan berpakaian T-shirt dan berseluar pendek.

"Takpe bro....biasalah. You'll always late... emmm..". Sahut Is tiba-tiba.

"Janganlah marah bro... aku lambat sikit je kan....dalam.....hah???!! Hehehe...40  minutes!!" sahut Ridhwan yang berasa terkejut kerana dia sememangnya sudah mengambil masa yang lama untuk sampai ke situ.

"Tau pun... Ok, kita nak bincang apa sekarang ni...?? Kalau takde apa-apa aku nak sambung bersenam lagi. Badan aku ni dah lama tak angkat berat-berat. Rasa lenguh pun ada...." tanya Is kepada Ridhwan.

"Ni lah aku nak cerita bro...petang tadi... aku ke taman.... Lepas itu, bla...bla..." cerita Ridhwan kepada Is  dengan teliti tentang rancangan untuk membalas dendam terhadap musuhnya itu.

Is pula hanya mendengar jalan rancangan yang hendak dilakukan oleh Ridhwan kepada perempuan itu. Dia tidak menyangka Ridhwan masih bertekad untuk mengenakan perempuan itu lagi. Itulah perangai Ridhwan yang tidak disukai oleh Is, sikap suka bergaduh dengan orang. Egonya yang tinggi itu sampai sekarang tiada orang berani menegurnya termasuklah uncle dan aunty.

"Tak bahaya ker??? Tak pasal-pasal perempuan tu menangis... tak kasihan kat dia ke???" sambung Is.

"Memang itu pun aku nak buat, menangis...menangis...dan akhirnya dia melutut dekat aku nanti!" sahut Is dengan megahnya.

"Bro...aku rasa tak patut lah...kasihan dia... Tapi, dah itu kau nak...aku pun tak boleh bantah bro..."

"Tau pun kau.... Tak ada siapa boleh melawan cakap aku.... Dan perempuan itu mesti dapat balasannya. Itu janji aku...!!!" kata Ridhwan lagi.

Iswandi hanya sanggup mendengar, tapi berat hatinya menanggung rasa kasihan kepada perempuan itu nanti. Dia tidak bersalah.. Itu semua hanya salah faham antara mereka sahaja. Boleh lagi nak tolak ansur seperti minta maaf antara satu sama lain."Tetapi, aku tak boleh lupa dengan siapa perempuan itu bergaduh. Dengan RIDHWAN!!!!! Lelaki yang tiada perasaan pun....". Bisik hati Is sambil melihat kawannya yang gembira menceritakan rancangannya itu.

   
           "Tengku Elfiera Nasreen!!!!!! Bangunn... sudah pagi ni.. nanti kau lambat masuk ke kelas lagi. Aku dan Wati dah nak gerak ni....cepatlah...." teriak Danie di pagi-pagi hari untuk membangunkan Elfie yang liat sangat bangun pagi.

Elfie terkejut lalu terjaga dengan ketukkan pintu di luar dan mendengar bunyi namanya dipanggil itu. Dia terus melihat jam locengnya di atas meja. Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi. Elfie terus bungkas bangun dari katilnya apabile menyedari dirinya sudah lewat. Manakala kawan-kawannya sudah pergi meninggalkannya untuk ke kampus.

"Alahh....kenapalah aku ni asyik lambat bangun je. Sekarang siapa yang susah... Aku juga kan..." berdengus hati aku sendiri.

         Dalam pada itu, Elfie hanya boleh fokus dengan perkara-perkara penting sahaja iaitu mengambil buku nota, laptop, beg duit dan handsetnya lalu dimasukkannya ke dalam beg kuliahnya itu. Dia yang hnanya sempat berpakaian kemeja dengan seluar jeans seperti selalu terus berlari-lari anak sambil mengambil kunci kereta serta memakai kasut dan mengundurkan kereta Myvi hitamnya itu lalu mengunci pagar rumah sewanya.

Itulah Elfie seorang gadis yang bersederhana tidak suka menunjuk-nunjuk dengan apa yang dia ada di hadapan orang lain. Perangainya yang kasar juga membuatkan ramai lelaki tidak tahan dengannya walaupun dia seorang anak tengku sekali pun. Orang lain akan mahu mendekatinya kerana dia anak orang kaya sahaja bukan kerana ingin mengenali hati budinya sahaja. Mereka suka ambil kesempatan.

        Akhirnya, Elfie memandu keretanya dengan cermat supaya selamat sampai ke kampusnya. Sementara itu juga, telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada satu pesanan ringkas yang diterima. Dia cuba membukanya......

"Elfie, kami dah sampai kami tunggu kau kat bilik kuliah ye. Malas lah nak breakfast dulu. Bye... See u..."

Aku membacanya dan membalas pesanan ringkas yang dihantar oleh Danie tadi.

"Ok...jumpa nanti. Aku tengah dalam perjalanan sampai ke kampus."



********************

Di dalam bilik kuliah.............

         Is dan kawannya sedang menunggu di hadapan kelas. Mereka di suruh  oleh Ridhwan datang awal pagi untuk memerhati kawasan itu dalam keadaan tenang supaya tiada orang yang akan nampak perkara yang ingin Ridhwan lakukan terhadap musuhnya itu.

Akhirnya penantian mereka terjawab apabila melihat gelagat Ridh yang berjalan menuju ke arah mereka. Is turut melihat tangan Ridhwan seperti ada membawa sesuatu. "Kotak???" Bisik hati Is. Pasti benda itu ada dalam kotak itu.

"Hai, Ridh.....lambat lah kau ni bro.... janji pukul berapa sampai?? Aku lapar ni..." tegur Boy yang asyik menahan kelaparannya itu.

"Ala..lambat sikit je dah bisinglah... Aku tengah siapkan benda ni." jawab Ridh.

"Dah lah...cepat buat kerja kau. Kami tunggu sini." sapa Is untuk mempercepatkan niat Ridhwan itu.

"Ok...tunggu aku tau... 5 minit lagi aku keluar semula."

Ridhwan yang terus masuk ke bilik kuliah dengan membawa sebuah kotak yang ada bertanda nama perempuan itu "To : Elfie". Dia juga berharap agar rancangan ini berjaya dan akan membuatkan perempuan itu ingat namanya selamanya. 

"Siap kau perempuan!... Rasakan sakit hati kau hari ini!...hehehehe" bisik hati Ridhwan dengan meletakkan hadiah itu di tempat duduk Elfie seperti biasa.

Is yang berada di luar kelas itu berasa tidak selesa. Dari tadi dia asyik mundar-mandir di hadapan pintu itu sambil menunggu Ridhwan yang belum lagi keluar dari situ.

"Kenapa dengan kau ni, Is???" sapa Boy.

"Tiada apa-apa..." sahut aku.

"Aku pening kepala tengok kau mundar-mandir la....dari tadi... cubalag rileks..." kata Boy lagi.

"Is, apa dalam 'kotak' tadi tu...??" tanya Amir kawan kepada Is dan Ridhwan juga.

"Entah, aku tak tahu...jangan banyak tanya lah..." sahut aku dengan rasa yang amal kesal kerana tidak melarang keras apa yang dilakukan Ridhwan dengan musuhnya itu. Mohonnya agar perempuan itu tidak akan apa-apa nanti.

Kemudian, Ridhwan pun keluar dari bilik itu. Kedangaran suara bising di koridor depan tangga di sana. Akhirnya, mereka semua pun berlari beredar dari situ.


*********************

Sampai di tempat letak kereta, Elfie pun memparkirkan keretanya di situ. Dia keluar dan terus menuju ke kelas. Dia teringat akan mesej diberi oleh Danie yang mereka akan bersarapan selepas habis kelas. Tanpa dia membuangkan masa dia terus melangkah untuk berjumpa dengan mereka di sana nanti.

        Danie dan Watie sampai dahulu ke kelas. Dilihatnya ramai orang sudah berada di dalam bilik itu yang sedang menunggu ketibaan Professor mereka. Mereka juga menaiki anak tangga menuju ke tempat duduk mereka bertiga seperti selalu. Tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu yang jatuh dekat situ. Danie dan Watie melihatnya.

"Eh, ada kotaklah Watie..." kata Danie.

"Kotak apa?? Buang je lah"

"Kotak hadiah ni, mana boleh buang. Siap di tuju dekat....." kata Danie tiba-tba terhenti.

"Kepada siapa??? Janganlah buat suspen...siapa???!!!" tanya Watie dengan perasaan ingin tahu.

"Elfie... kepada Fie lah..." sahut Danie. Mereka pun sama-sama melihat kotak hadiah itu. Ternyatanya benar nama kawannya ada di situ.

Beberapa minit kemudian.......

"Hai, Danie.... Watie..." tiba-tiba suara Elfie kedengaran.

"Ohh..hai..." sahut mereka serentak.

"Kenapa kau orang ni??? Ada hantu ke??? Terkejut je bila tengok aku...." kata Elfie kepada kawannya apabila melihat muka kawannya itu pucat dan nampak terkejut.

"Kau ada hadiah Fie....Nah...." sambung Danie sambil memberikan hadiah itu kepada Elfie.

"Mana??!!"

Elfie mengambil kotak yang diberi oleh Danie kepadanya. Belum sempat di meneliti kotak itu, Professornya pun datang lalu memulakan sesi perkuliahan mereka. Maka, tertangguhlah seketika kotak hadiah itu hendak dibuka oleh Elfie dan diletaknya di atas begnya sahaja.

        Ridhwan pula melihat gelagat musuh dan kawan-kawannya dari jauh terus hanya berasa kecewa kerana perempuan itu tidak membuka kotak itu dengan cepat. Dia berharap dapat mengenakan perempuan itu semasa orang tengah ramai di dalam kelas. Malangnya, Professor sudah sampai dulu sebelum perkara yang diinginkannya terjadi. Maka, Ridhwan akan bersabar menunggu saat itu.

       Elfie yang mulai merasa resah dan kurang senang dengan hatinya. Hatinya berdegup laju dan pantas secara tiba-tiba, tidak seperti biasanya setelah memegang kotak itu sebentar tadi. Di sebalik itu juga, dia berasa hairan dengan lelaki yang dibencinya itu asyik menoleh ke belakang sahaja. "Apa niatnya lagi kali ini???!!! Sibuk je..." desus hati Elfie lagi.

Elfie turut berdoa agar dijauhkan diri dari lelaki itu agar tidak akan berlaku apa-apa pada dirinya nanti. Dia juga merasa malas hendak bergaduh dengannya pada hari ini. "Moga doa aku dimakbulkan.... Amin..." bisik hati kecil Elfie.


~ bersambung ~

Sunday 20 January 2013

Di Landasan Cintamu

        Duduknya aku di dalam sebuah keretapi, aku mula menulis meluah apa yang terbuku di hati Aku merasa diri aku amat terasing di dunia luar kerana wajah aku yang tidak tampan mahupun segak ini ingin berkawan, memikat si gadis yang ayu atau bergaul mesra turut tidak dipedulikan. Aku yang serupa 'beast' di setiap pandangan orang lain yang memandang, berat lagi beban yang terasa untuk menanggung setiap derita dalam diri aku.

Bagaimana aku ingin berubah?? Sedangkan tiada sesiapa ingin mendekati diri aku. Aku sangat pasrah.

           Aku melihat di luar tingkap. Pemandangan yang indah, permai maka selalu orang akan kunjungi. Tapi kenapa kita harus memilih hanya yang baik dan sempurna?? kenapa bukan dengan hidup dalam alam nyata??walaupun  kita mengerti yang kita hanyalah pinjaman dan sementara semata-mata.

"Encik, boleh saya duduk?? Maaflah menganggu sebabnya tiada ruang tempat duduk yang kosong lagi selain dari tempat duduk encik ini." sapa dari seorang lelaki yang sudah tua namun masih mampu bangun untuk melanjutkan perjalanan hidupnya dengan hanya menggunakan satu tongkat sahaja.

"Boleh pakcik, apa salahnya. Silakan" jawab aku.

"Anak menulis apa?? Nampak wajah macam sedih?? Mahukah anak berkongsi cerita dengan pakcik??" sahut pakcik lagi tetapi kali ini banyak juga soalan darinya.

"Saya hanya menulis pakcik, meluah apa yang dirasa.... Tiada apa yang perlu dirahsiakan melainkan ada yang mahu serta sudi mendengar cerita dari saya." jawab aku dengan nada yang sedih. Raut wajah aku turut tergambar di setiap kata-kata yang diucapkan itu.

"Ceritalah kepada pakcik...mungkin ada baiknya kita meluah kepada orang yang benar-benar ikhlas untuk mendengarnya, bukan?? Apabila isi hati dapat diluahkan pasti kita peroleh ketenangan." 

"Baiklah."

"Saya sunyi pakcik. Tiada teman mahu pun kawan rapat untuk berborak. Pakcik tengoklah keadaan saya yang buruk ni. Tiada orang yang sudi mendekati saya walaupun seorang perempuan. Saya ingin kehidupan normalseperti orang lain. Berkasih sayang, dihormati dan dicintai. Pekerjaan saya adalah merantau dan menulis. Alhamdulillah hasil pendapatan saya semuanya dari karya-karya saya sendiri. Saya memang bahagia, cukup makan dan pakaian. Cuma hati saya sahaja yang kosong." Cerita aku kepada pakcik tua itu.

"Beginilah wahai anak! Kamu hendaklah berani berubah ke arah yang lebih baik lagi. Maksud pakcik ke jalan Allah." kata pakcik itu.

"Ke jalan Allah??? Maksud pakcik..."

"Bersolatlah kamu...memohon dan berdoa agar diberi ketenangan dan jalan yang luas untuk kamu benar-benar memahami apa yang kamu inginkan di dunia ini. Jangan sesekali melakukannya kerana mahu akan balasan sahaja." 

"Saya selalu bersolat pakcik. Tak pernah tinggal."

"Tapi adakah ia memadai???" tanya pakcik itu kepada aku.

Aku terdiam sejenak memikirkan. Benar kata pakcik, adakah aku bersungguh-sungguh dengan doa ku selama ini??!! Ikhlaskah aku apabila mengerjakannnya???" bisik hati aku.

"Sekarang, pakcik nak anak cuba berubah, jadikan yang buruk menjadi cantik!! Jadikan yang kurang sempurna, disempurnakan dengan segera. In Sya Allah nescaya cahaya akan sampai kepada kita dengan hanya sempurnakan solat dan terus berdoa." jawab pakcik itu sambil memegang bahu aku untuk bersabar dengan dugaan yang diberikan.

"Baiklah pakcik. Terima kasih akan nasihat pakcik itu. In Sya Allah saya akan cuba mendengar setiap apa yang diperkatakan oleh pakcik sebentar tadi." sambut aku kembali dengan memegang tangan pakcik dan bersalaman dengannya.

"Sekejap lagi, tempat perhentian pakcik akan tiba. Pakcik pergi dulu ya nak... Assalamualaikum...bersabarah......!" ayat terakhir yang terkeluar dari mulut pakcik itu.

Seminit aku menoleh kembali ke arahnya, pakcik itu terus hilang. Aku berasa hairan dan pelik. Tetapi ditelinga aku hanya mendengar setiap perkataan yang dikatakan oleh pakcik itu. Hati aku mula rasa tenang dan bersyukur kerana ada juga orang lain yang sudi mendengar kisah aku.

          Kemudian, aku menyambung menulis semula apa yang sudah terjadi sebentar tadi. Aku mencoret semua apa yang berlaku  semasa berada di dalam keretapi ini. Aku berfikir, mungkin benar apa yang berlaku  ini ada hikmahnya. Aku sedar dan mata aku terbuka untuk cuba merubah ke arah yang lebih baik lagi.

Setibanya aku di perhentian Nilai, Negeri Sembilan.

Aku berjalan keluar dari landasan keretapi itu dan bertukar menuju destinasi ke kota besar Kuala Lumpur. Aku perlu mulakannya dari asal semula. Bagaimana kehidupan aku sentiasa diejek, dicerca dan dihina kerana keadaan aku yang hodoh ini. Di landasan itu juga, hati aku tercari-cari tempat untuk bersolat. Aku segera ke arah itu, lalu aku membersihkan diri dengan sempurna seperti yang dikatakan oleh pakcik. Niat adalah yang paling penting sekali lakukannya hanya kerana Allah.

Sampai di tempat bilik air, aku mandi dan mengambil wuduk. Aku mencukurkan janggut yang lama tersimpan disebabkan aku suka merantau. Rupa aku yang tidak terurus itu tiba-tiba menjadi sangat tampan dan kemas. Akhirnya, aku suka akan penampilan aku sekarang lalu segera aku melaksanakan sunnah aku di bilik solat. Aku memohon ampun di setiap dosa yang aku lakukan selama ini, setiap kata-kata aku yang tidak baik atau sebagainya yang terlepas dari bibir aku selama ini. "Alhamdullillah.. Aminnnn."

         Setealah selesai aku rehat sambil mengisi perut aku dengan makanan segera. Rehatnya aku di kerusi bagi menunggu landasan KTM ini untuk menuju ke destinasi seterusnya iaitu ke Kuala Lumpur. Sedikit sebanyak apa yang aku perolehi pada hari ini turut ada memberi menfaat kepada aku serta kebaikan dalam diri aku untuk terus lebih kuat dan bersemangat hidup. Masa depan adalah perkara paling penting untuk semua kehidupan manusia, kita perlu merancang perjalanan dan rentak hidup kita dengan baik dan sebaiknya jagalah setiap perkara mengikut sunnahNya. "Pakcik yang membantu hanya sekadar berkata-kata dan bermadah, aku boleh terlena dengan buaian setiap apa yang diperkatakannya itu, cuba untuk memahami dan menulis serta lakukan." bisik hati aku sambil melihat keadaan sekeliling kota. Manusia yang sibuk dengan hal dunia berbanding dengan akhirat. Ke hulur dann ke hilir hanya berusaha mencari sesuap nasi. "Kesian..." suara hati aku mengeluh.

         Akhirnya masa menunggu ketibaan KTM sudah pun tiba yang berhenti di hadapan aku. Aku terus bangkit dari kerusi lalu segera mengambil beg tangan yang isinya terdapat buku, pen, kertas, laptop, telepon bimbit dan perakam suara. Semua itu adalah bahan terkumpul untuk meyediakan sebuah karya.

"Maaf-maaf, tumpang lalu..." kata aku sambil berlari anak untuk sampai di hadapan pintu KTM itu.

Aku menoleh ke kanan dan ke kiri untuk mencari tempat duduk kosong, malangnya tetap tiada. Perjalanan aku agak jauh dan mengambil masa yang panjang. Tidak mampu rasanya kaki ini terus bertahan untuk berdiri sedangkan otak sedang giat aktif untuk mengolah dan mengarang.

"Aku perlukan tempat duduk dengan segera" bisik hatinya. Dalam aku berjalan dan melangkah sambil melihat tempat duduk yang kosong akhirnya aku terjumpa jua. Tapi dilihatnya seorang gadis yang berpakaian biasa sedang membaca buku novel cinta. Sememangnya kegemaran orang pada zaman sekarang amat berminat untuk membaca novel cinta seperti itu.

"Assalamualaikum, maaf kalau tidak keberatan boleh saya duduk di sebelah awak." tanya aku kepada gadis yang bertudung itu.

"Walaikumsalam silakan...." jawab gadis itu, tetapi dia tidak menunjukkan wajahnya cuma hanya menjawab dan kedengran suaranya dari situ. Ianya amat merdu dan lembut.

"Terima kasih..." kata-kata akhir di antara mereka berdua.

Hatta Ashraf nama aku sebenar...yang sedang cuba mencari jawapan dalam diri aku sendiri. Dengan wujudnya pelbagai persoalan seperti apakah kehendak aku yang sebenarnya?, siapakah yang aku cari sebagai pendamping aku di masa hadapan? Bagaimana aku boleh hidup berkeluarga dengan hanya menulis?... Secara kebetulan aku menemui seorang pakcik di LRT ini, banyak ilmu dan pendapat yang aku perolehi. Tentang hidup, tentang diri aku sendiri yang asalnya aku sangat hodoh dan aku bersyukur kepadaNya Dia telah menjodohkan aku dengan seseorang yang telah membuka minda dan hati kecil aku untuk berubah untuk menjadi sempurna seperti sekarang ini. Maka, terhasilnya, saudara dan saudari di sekeliling aku sudi untuk menatap wajah aku serta bertegur -sapa... "Alhamdulillah". Ada kebaikan di situ apabila kita mahu melangkah sedepa ke hadapan dan tidak melupakan kisah lama tetapi simpan sebagai kenangan sahaja.

Perjalanan aku sekarang adalah mencari cinta sejati. Adakah pada masa ini masih muncul atau hanya rekaan semata-mata seperti cerita dalam novel yang dibaca oleh seorang gadis di sebelah aku ini. Entah??? Aku masih menunggu jawapan itu sehingga sekarang. Jodoh di tangan Tuhan, biarlah dia mendengar dan memerhati segalanya di sini.

"Maaf.... saya nak tumpang lalu sekejap, nak pergi ke tandas." kedengaran suara yang sangat lembut membuatkan aku terhenti untuk menulis seketika. Hati aku berdegup laju dan pantas.

Dilihatnya wajah gadis itu, ditatapnya dengan dalam mata gadis tersebut... "Ya Allah, cantiknya dia...". Dengan aku merenungnya itu membuatkan gadis itu tiba-tiba...

"Maaf ye encik, saya nak lalu..." dia terus bangun dan dengan pantasnya dia hanya melanggar kaki aku di situ. Mungkin dia merasa kurang selesa dengan apa yang aku buat sebentar tadi. "Ya Allah..ampunkan hambamu ini. Aku hanya insan yang lemah sahaja..."

Hatta Ashraf pun berhenti memerhatikan gelagat gadis itu dari jauh. Dia hampir terbabas di buai mimpi akibat   melihat ciptaan Allah yang begitu cantik itu. "Astargfirullahalazim..." Aku membawa diri aku mengucap dan menyapu tangan aku di wajah agar aku menyedari apa yang telah aku lakukan adalah angkara nafsu syaitan.
Kemudian, dia kembali berkarya.

Kita ketahui jodoh itu ada di mana-mana. Kadang-kadang kita tidak mengetahui mengapa ada berlakunya sesuatu kejadian itu. Adakah untuk menguji keimanan sahaja ataupun membuatkan diri kita lebih berani melakukan cabaran yang diberikan olehNYa. Hari ini, aku telah dipertemukan dengan dua insan yang berlainan jantina iaitu lelaki dan perempuan. Cara mereka memberi reaksi kepada aku sungguh berbeza. Yang lelaki memberi semangat kepada aku untuk terus hidup di alam nyata tatkala aku lemah dan kalah. Manakala perempuan, dia menunjukkan reaksi kurang senang dengan perangai yang aku tonjolkan. Dua watak yang berbeza ini membuatkan aku berfikir, lebih baik kita berterus terang apa yang ada di hati kita berbanding hanya untuk mendiamkan diri sahaja.

Adakah petunjuk kepada aku tentang gadis itu, aku harus minta maaf kepadanya??? Ya, aku harus dan patut melakukannya....

Beberapa lama kemudian, gadis itu datang kembali....tetapi dia tidak bertegur sapa dengan aku. Hanya terus melangkah dan lalu sahaja di hadapan aku. Aku turut memberi ruang kepadanya untuk berjalan dan duduk di tempatnya tadi. Aku beri senyuman kepadanya. Namun, mata gadis itu hanya menjeling tajam kepada aku sahaja. Aku benar-benar berasa bersalah.

"Ergg...cik, saya nak minta maaf...tadi... saya tak sengaja......" kata aku tiba-tiba.

"Tak apa........" sahut gadis itu dengan nada yang sangat lemah seperti otang merajuk.

"Ok.. Cik, tidak apa-apa kah? Ada masalah??" sapa aku lagi.

"Maaf saya tak kenal awak. Jadi jangan ganggu saya!" balas gadis itu. Aku pun turut mendiamkan diri juga.

        Dalam perjalanan aku ini, banyak perkara yang aku perhatikan. Gelagat orang tua, muda, kanak-kanak yang suka bermain dan ada yang nyenyak tidur. Perjalanan yang lama ini juga membuatkan aku ingin merehatkan diri lalu aku menamatkan hasil tulisan aku di laptop ini. Aku akhinya tertidur.....

        Kedengaran suatu bunyi bising yang agak dekat dengan aku. Akhirnya aku terjaga, terlihatnya gadis itu tengah memarahi seseorang di panggilan telefonnya. Dia menangis.

"Awak bukan peduli keadaan saya pun. Sudah sebulan awak tak cari saya setelah awak dapat kerja tu.. Sudahlah malas saya nak ambil berat pasal awak. Kita putus....." kata-kata dari gadis itu dituju kepada pendengar di sana membuatkan aku mengerti kenapa dia bermasam muka dengan aku sejak tadi.

Aku tersengih dan mengatakan........

"Rupanya awak ni merajuk..." kata aku sambil ketawa dengan gadis itu.

"Apa??!! Merajuk??? Tolong sikit ye encik.." Sahut gadis itu dengan nada marah sambil mengesat air matanya yang jatuh di wajahnya.

"Awak jangan salah faham, saya hanya bertanya tadi dan ingin tahu masalah awak." sahut aku lagi.

Gadis itu terus mendiamkan diri lalu membuatkan keadaannya sangat kesal dan perasaan benci mula terpancar di wajahnya. Dia akhirnya menangis lagi, tapi kali ini dengan sekuat hatinya. Nasib baik ada baju sejuk untuk menutupi wajahnya yang sedang menangis itu. Kalau tidak, pasti setiap orang di sekelilingnya mendengar tangisan gadis itu. Aku mula merasa kasihan dengannya.

"Awak luahkan sahaja dengan saya. Saya sudi mendengarnya...." kata aku lagi tapi dengan niat untuk memujuk gadis itu supaya lebih tenang.

Gadis itu terus berhenti menangis dan cuba memperbetulkan duduknya dan melihat mula memerhatikan aku. Namun, aku tidak membalas renungan dari gadis itu. Aku hanya menunggu bibirnya untuk berkata-kata.

"Saya sudah lama menunggu dia, tapi sebulan dia tidak hubungi saya setelah dia dapat kerja menjadi polis. Kami bercinta agak lama. Kami tidak pernah berpisah tapi baru sekarang saya rasakan dia sudah jauh dari saya. Saya tidak mampu menahannya lagi awak...." cerita gadis itu kepada aku.

"Ok, saya faham...tapi awak tidak boleh macam ini terus, bawa-bawa bersabar dan berdoa agar dipanjangkan jodoh awak itu. Itu hanyalah ujian dariNya. Awak perlu redha ya..." kata aku lagi.

"Maaf ya encik sebab saya telah membebankan awak dengan cerita saya itu."

"Tidak mengapa..."

"Tapi saya tidak mahu kembali kepadanya. Apabila sekali dia boleh melupakan saya, pasti ada yang kedua kalinya bukan???" bicara gadis itu lagi.

"Saya tak pasti sebab saya tidak pernah mengalaminya lagi sebelum ini."

"Awak tidak pernah bercinta???"

"Tidak pernah..." sahut aku sambil tersipu malu.

Kemudian, gadis itu keatawa kepada aku. "Pasti ada jodoh dariNya nanti. Awak bersabar ya."

Kami pun sama-sama mendiamkan diri. Aku melihat keadaan gadis itu sudah pun tenang. Dia kembali membaca buku novelnya itu.

        Akhirnya, dua jam di dalam landasan KTM itu kami pun sampai di destinasi yang diinginkan. Kami akhirnya terpisah dan masing-masing hanya menyampaikan salam agar dipertemukan lagi selepas ini. "In Sya Allah" sahut kami bersama di dalam hati.

Sampai di hadapan terminal bas, aku mleihat ada seorang perempuan mendekati gadis itu hanya dari jauh. Mereka berpelukkan. Manakala aku, aku perlu kembali ke rumah Pak Ngah, di mana kami ada hal yang penting perlu dibincangkan. Aku tercari saudara aku sekiranya mereka sudah sampai. di terminal bas ini.

         Aku lalu memeriksa beg dan bagasi aku. Aku menarik dan meletakkan di tempat penunggu kereta.

"Abang Hatta.... dah sampai..." jerit Fahmi dari jauh iaitu anak Pak Ngah aku itu.

"Assalamulaikum Hatta...apa khabar??"

"Saya baik, alhamdulillah Pak Ngah."

"Jom, kita balik ke rumah dulu baru kita borak panjang ya..." sahut Pak Ngah sambil membantu aku menarik beg bagasi aku itu.

"Ok, Pak Ngah, Jom Fahmi..." balas aku kembali.

          Kami bertiga  terus menuju ke tempat letak kereta yang dibawa oleh Pak Ngah. Mereka pun menaiki kereta CRV berwarna silver itu menuju ke rumah Pak Ngah di Shah Alam. Kami perlu mengambil masa yang lama juga untuk sampai ke rumah Pak Ngah itu. Semasa perjalanan, banyak juga yang kami bualkan. Ada juga aku bertanya tentang perkara yang hendak Pak Ngah bincangkan kepadanya, namun Pak Ngah tidak mahu menceritkannya terlebih dahulu. Aku mula syak ada sesuatu yang tak kena sehinggakan ia perlu dirahsiakan dahulu sehingga keadaan sudah tenang baru boleh aku mengetahui ceritanya. "Apa boleh buat, aku perlu menunggu pada saat itu tiba nanti." Bisik hati aku pula.

Dua jam dalam perjalanan, akhirnya kami sampai di hadapan rumah Pak Ngah. Rumah besar yang canti dipenuhi dengan pemandangan hijau. Al maklumlah, Pak Ngah itu sama seperti ayahnya terlalu amat menyukai tanam- tanaman. Ayah mempunyai banyak kebun di kampung, manakala Pak Ngah ada taman di halaman rumahnya. "Seronoknya, lihat pemandangan dekat sini Pak Ngah....sejuk je" kata aku tiba-tiba setelah turun dari kereta Pak Ngah.

"Mestilah abang Hatta... ayah Fahmi suka tanam macam-macam tau!" sambung anak buahnya itu sambil menarik tangan aku ke taman mini itu.

"A'ahh Fahmi memmang cantik!! Abang sukalah... macam suasana kat kampung abang je." balas aku lagi.

"Sudahlah tu kamu berdua, nantilah kamu lepak di luar. Mari masuk.... kita berehat-rehati dulu. Jom Hatta..Fahmi.." jerit Pak Ngah kepada kami berdua. Kami pun melangkah masuk ke rumah Pak Ngah. Aku pun ditunjukkan bilik tetamu lalu berehat.

Apabila malam tiba............sewaktu makan bersama keluarga Pak Ngah.

         Pada malam itu, aku dikejutkan dengan berita yang tidak disangka. Rupanya di sebalik perantauan aku yang begitu lama sebelum ini amat merisaukan ayah dan mak di kampung. Mereka amat menginginkan aku berkeluarga. Apabila Pak Ngah menceritakan segala keinginan ayah dan mak, aku menjadi amat mengerti dan memahami perasaan mereka. Tipu, kalau jauh dari sudut hati kecil aku sendiri tidak mahukan semua itu berlaku di hadapan mata aku. Mereka telah pun mengatur rancangan untuk aku untuk dijodohkan dengan seorang gadis yang baik serta mereka turut mengenali ahli keluarganya juga. Mereka semua sudah sepakat untuk menjodohkan kami. Aku hanya boleh setuju dan akur akan keadaan yang telah terjadi ini. Mungkin ini  semua sudah ketentuan dalam hidup aku dan ada baiknya aku menerimanya dengan redha.

"Pakcik harap kamu boleh menerima apa yang terbuku di hati kami selama ini. Lagipun Pakcik hanya diamanahkan untuk memberitahu kau, Hatta. Sekiranya kau tidak menyukainya kau boleh berterus terang."

"Saya bersetuju Pakcik dengan apa yang sudah Pakcik dan ayah lakukan ini. Lagipun saya memang tiada pilihan lagi. Kalau itu yang terbaik tidak salah saya mengikutnya kan Pakcik" sahut aku dengan tenang.

"Alhmadulillah...jadi Pakcik bolehlah memberitahu hal ini kepada pihak perempuan ya." usik Pakcik dengan aku.

Aku hanya tersenyum kerana malu dan berharap jodoh aku ini adalah jodoh yang kekal dariNya. "Amin..." bisik hati aku.

Masa yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba......di hari pernikahan aku dengan gadis yang dijodohkan itu.

        Aku yang berbaju melayu berwarna putih lengkap dengan samping dan juga songkok. Berwujudnya aku sebelum melakukan akad nikah ini, aku memohon agar dilancarkan semua keinginan hamba-hambamu di dunia ini. Perpanjangkan juga jodoh di antara kami. Amin" mohon aku.

Pada sebelah malam itu, aku sempat melakukan solat Istigkarah agar aku lebih tenang dan sabar menghadapi semua ini. Turut di pinta segala jawapan dari persoalan dalam hidup aku berjawab pada keesokkan harinya juga.

Sampainya aku di rumah pihak perempuan.........

         Masuknya aku di hadapan pintu rumah gadis itu, aku hanya melangkah sambil tersenyum dengan tetamu yang datang di situ. Aku turut menunggu wali datang di hadapan aku. Aku sangat resah dan gelisah. Hati aku sangat berdebar-debar, jantung berdegup laju dan pantas. Hati ini juga tidak sabar hendak mengetahui siapa yang akan jadi pendamping dalam hidup aku ini.

"Sila panggil pengantin perempuan turun ke bawah, katakan kepadanya pengantin lelaki sudah tiba dan bersedia untuk majlis akad nikah ini." kata wali dihadapannya aku itu iaitu Tuan Kamal bin Mokhtar, ayah kandung pengantin perempuan itu.

Turunnya pengantin perempuan yang berpakaian serba putih seperti aku, namun mukanya ditutup seperti purdah, hanya matanya sahaja aku lihat. Aku hanya memberi senyuman kepadanya. Pengantin perempuan akhinya duduk di hadapan aku. Dia sangat cantik di mata aku.

Saat itu sudah tiba.........majlis pun bermula....

"Alhamdulillah....aku sudah berjaya melafazkannya dan kini aku sudah mempunyai seorang isteri yang sah dan halal." bisik hati aku.

Aku terus bangun setelah bersalaman dengan wali dan juga saksi untuk menghampiri isteri aku secara lebih dekat. Kami bertukar cincin perkahwinan dan bersalaman. Aku meminta izin kepadanya untuk membuka purdah yang dipakainya itu. Apabila di buka, wajah yang terpandang di hadapan aku yang cantik lagi menawan itu adalah gadis di landasan keretapi..........hati aku tidak menyangka yang kami berjodoh.

"Assalamualaikum abang..." suara gadis yang sudah menjadi isteri aku itu memanggil aku abang. Terkejutnya hati aku ini.

"Walaikumsalam isteri ku... tidak sangka kita bertemu dengan cara ini." sahut aku lalu mencium dahi isteri aku itu.

"Ya, abang...Hani sangat bersyukur..." jawab isterinya.

Akhirnya, gadis yang telah ditnggalkan oleh kekasihnya di dalam KTM, kami bertemu dan meluah perasaan hanya sebagai teman biasa pada masa itu, Allah Maha Mendengar telah menemukan kami lalu menjodohkan kami sebagai suami isteri yang sah.

"Wahai isteriku, Nur Hanie binti Kamal......abang sangat menyayangimu. Terima kasih sebab sudi menerima abangmu menjadi suamimu....." surat yang ditulis oleh aku kepada isteriku. Kami sangat bahagia sekarang. Inilah yang dimaksudkan "Di Landasan Cintamu"

-Tamat-

Tuesday 15 January 2013

I'm crying again!! Oh Not again!!!

menangis sekali lagi...

kmk xmok dipaksa...y mesti mok push cinta walaupun hakikatnya xmena pun mok ke arah ya..
just percaya or sik... kmk xmampu nak padah pa2 gik..
cukuplah utk kali tok.

n kmk perlu ruang...ruang...ruang utk mek berfikir apakah tindakan kmk betul or sik...
sik da ruang lansung bila dah jadi cmtok...

n again i'm crying today.. it very hurt because since 2012 i can stand on my feet not crying again because of man!!!!

then y 2013 it should be happen and it is today!!!!

i need some space please...n i really hope don't come back again...

it it so hurt to say....

Monday 14 January 2013

Perfect Guy! Konon...1

         
          "Selamat pagi bos!!! Hai..cantiknya pakaian kau hari ini... dah breakfast ker, darling?? sapa Danie dengan Elfie yang tengah duduk di pejabat sambil merenung jauh di tepi tingkap biliknya itu.
         "Eh..kau rupanya Danie... Cantik ker aku??? hahaha.... pandai kau usik aku ye..." sahut Elfie dengan sergahan kawannya sehinggakan menyatakan pujian terhadapnya.
         "Aku belum breakfast lagi... jom temankan aku, boleh?? kata Elfie kepada Danie.
         "Memanglah aku nak ajak kau breakfast ni.... Aku tunggu kau habis termenungkan!!!" balas Danie lagi.
Elfie terus berjalan sambil tergelak-gelak dengan gurauan kawannya itu, Danie. Dia memang seorang gadis yang periang, take care lagi-lagi tentang hidup aku dan juga teman serumah aku sejak 2 tahun yang lalu apabila aku mengajaknya bersama tinggal dengan aku setelah aku berjaya membuat pinjaman perumahan yang pertama di bank. Danie, dulunya seorang akauntan di bank. Sejak dia pindah ke syarikat aku, kami menjadi rapat berkawan. Walaupun gayanya yang agak ranggi, kurang berfesyen sedikit tapi aku kagum dengannya. Dia memang seorang yang penyabar. Itulah Danie, kawan rapat aku setiap masa.
         "So, dah habis berangan tu...jom turun ke tingkat bawah, kita makan sama-sama ok..." kata Danie lalu mereka melangkah keluar pejabat untuk sarapan pagi.

Setelah sampai di hadapan kafe pejabat ayah Elfie iaitu Tengku Hassan yang merupakan pengarah asal kepada Syarikat Stailz Designer. Kini, jawatan itu telah diberi kepada Elfie, anak perempuannya itu satu-satunya daripada dua abang-abangnya. Ayah Elfie sangat menyayangi Elfie, sehingga semua kemahuan Elfie akan didahulukan oleh ayahnya sampai kini. Ayahnya cukup mempercayai kebolehan dan bakatnya itu untuk menjadi pengarah di syarikatnya.

        "La..tak habis lagi ker???!!! kau ni pun...kat depan makanan ni..Kau nak order apa???" tegur si Danie lagi.
        "Aku nak makan kiuh-muih je...mesti sedapkalau minum lagi dengan air milo panas. Favourite aku tu..." kata Elfie kepada Danie sambil tersenyum.
        "Yelah...aku tahu...cukup tahu favourite kau tu....hahaha".
        "Hahahaha......"
Mereka bersama-sama ketawa riang sambil menikmati makanan di kafeteria itu.

       Dalam Elfie mula makan kuih-muih, dia sambung teringat semula kisahnya dulu ketika belajar di universiti. Apabila berada di kantin, aku yang dulunya seorang yang suka kelam-kabut tak kira dalam situasi apa pun pasti ada yang tak kena.

        "Alamak aku dah lambat ni...sudah lah aku belum breakfast. Aduh...cam mana ni??. Aahh... tak kira aku mesti sarapan dulu baru pergi kelas. Sett!!"
Dalam kelam-kabutnya aku memilih kuih yang ada di kantin itu terus juga aku mengorder air minuman aku.

"Milo panas satu abang.... ok, berapa??? cepat abang saya dah lewat ni..."
"RM 3 saje..."
"Nak 3 ringgit...terima kasih abang....." apabila aku memusingkan diri.....
"Aduhhh.... alamak tumpah pulak... awak tak tengok kite ke????"
"Apa?? Kau ada mata gak kan...kelam-kabut semacam je...tengok baju aku dah kotor!! Kau mesti ganti balik!!!!"
"Eh, kite sama salah kan...yang awak dekat sangat dengan saya kenapa??? Huh..." jelingan mata Elfie tajam menuju ke arah mata lelaki itu. Tanpa dia memikirkan panjang, Elfie terus berjalan dan melanggar bahu lelaki itu dengan kuat.
"Aduhh..mak aaiiii....ganas betul dia nie... sakit bahu aku" sahut lelaki itu iaitu Ridhwan atau panggilan Ridh..
"Kenapa dengan baju kau tu, Ridh??? Siapa yang langgar??" tanya kawannya Is.
"Entah, perempuan mana entah..kecoh semacam sampai habis baju aku ni. Terpaksa balik lah bro...kalau tak masak aku dalam kelas bau milo ni..." kata Ridh kepada kawannya.
"Hehehe..kesian kau...pagi-pagi dah ada bala..." usik kawannya lagi.
"Suka lah kau tu... sudahlah... tolong beritahu dengan Proffesor nanti aku datang lewat sikit...Emergency..." pinta Ridh kepada Is.
"Ok..bro..jangan risau..aku cover nanti"
"Thanks...aku gerak lu..."

****************************
          "Ya Allah, malunya aku!!! Kenapa aku buat macam tu kat dia?? Kenapa aku perlu marah dengan lelaki itu?? Dah sah-sah aku salah kan... Aku lupa nak tengok kat belakang. Lepas itu baju dia kotor pula dengan air favourite aku!! huh... Emm, salah dia juga dah tahu aku tengah kelam-kabut yang dia pergi dekat sangat dengan aku buat apa???!! Betullah dia yang perlu minta maafkan... dah sama-sama tak sengaja. Geram pulak aku dengan mamat tu tadi." Bebel aku sambil berjalan ke kelas sehinggakan aku tidak sempat nak menjamah makanan yang aku beli tadi.

"Eh..kenapa muka kau macam cuka ni Fie?? Apa yang dah jadi??"
"Aku terlanggar orang tadi...dah tu dia tidak minta maaf pulak...geramnya aku!!!"
"La..yang salah siapa?? Pasti kau kan...."
"Eh, apa pulak salah aku???!!!"
"Cuba kau cerita dari awal-awal lagi..." pinta Danie kepada Elfie untul menceritakan hal yang sebenarnya.
"Ok...macam ni... Aku kelam-kabut beli barang dekat kantin tadi, lepas itu bila aku pusing lelaki itu ada kat belakang aku akhirnya terlanggarlah... yang bestnya air aku tertumpah kat baju dia...kau tahu tak..." cerita Elfie sambil tergelak-gelak.
"Ish..kau ni..tak baik lah macam tu... Kau yang salah sebenarnya sebab tak tengik kiri kanan sebelum jalan." kata Danie dengan mengatakan Elfie bersalah dalam hal tadi.
"Ahh...pedulilah...aku pun dapat 'hadiah' free dari dia juga... tak pasal-pasal dia marah aku balik.. malaslah nak layan." sindir Elfie terhadap perangai lelaki itu.
"Nanti bila terserempak dengan dia lagi, taulah nasib dia...rasa 'perfect guy' sangat lah!!!"
"Ok-ok...simpan perasaan marah kau tu dulu ok...jap lagi kita nak start kuliah...pelase, consentrate ok..." sapa kawannya itu.

       Elfie hanya menyebikkan mulutnya di hadapan Danie. Begitulah kawannya, sentiasa rajin menasihati dirinya yang cukup tidak sempurna itu. Lalu, kedua-dua mereka masuk ke kelas.

Seperti biasa, Elfie suka mendengar lagu ketika menghadiri kuliah. "Dia memang budak pandai! Boleh pulak dengar lagu ketika Proffesor berhujah di hadapannya. Jari jemarinya pula rajin mengambil nota setiap perkataan yang dihujahkan itu." Bisik hati Danie apabila melihat gelagat kawannya itu.

Dalam setengah jam kemudian, tiba-tiba seorang lelaki mengetuk pintu....

"Bukk...Bukk... Boleh saya masuk Prof..." kata suara lelaki itu yang berada di belakang pintu kelas. Wajahnya juga tidak kelihatan dan akhirnya dia melangkah masuk ke kelas.

"Alamakkkkk....mamat tu lah Danie.."
"Macam mana boleh sama kelas ni...masak aku..." bisik hati Elfie sambil memegang kertas untuk menyembunyikan wajahnya di belakang kertas itu.
"Aku harap dia tak ingat aku... Ya Allah, lindungilah hambamu ini." Pohon hati Elfie kepada Tuhan agar lelaki itu tidak melihatnya.
"Kenapa ni Fie?? Kenapa kau macam tu???"
"Diamlah...nanti dia tahu aku kat sini." Marah Elfie dengan kawannya yang tidak faham dengan situasinya pada masa itu.

"Maaf Prof, saya terlewat..ada emergency tadi."
"Owh...yeker.. Ridhwan. Atau awak saja melewatkan diri!!!"
"Tidak Prof. Saya memang ada hal tadi."
"Ok.. duduk dan pergi ambil tempat duduk awak. Saya nak meneruskan kuliah kita hari ini. Dan awak yang terlewat Ridhwan, sila rujuk dengan kawan atau ada apa-apa yang tidak faham, sila berjumpa saya selepas kelas." kata Profesor Saidi kepada pelajarnya itu.
Baiklah, Prof..." balas Ridhwan kembali.

"Danie, dia lah lelaki yang aku langgar tadi tu..."
"Apa???!! Ridhwan??!! Kau tahu dia tu siapa!!!"
"Kenapa??!! Apa yang aku tak tahu tentang dia??"
"Dia tu......'handsome boy' kat kolej ni... Jadi, ramai yang kenal dia... Kira famous lah... tapi kena hati-hati dengan dia, dia tu banyak pengaruh. Biasa orang kaya!" cerita Danie secara berbisik-bisik kepada Elfie supaya dia faham sekarang yang situasinya kini dalam bahaya.
"Ohh...yeker...ada aku kisah!!!" Elfie mencebik mulutnya dann menganggap dia tidak ada apa-apa hubungan dengan lelaki yang bernama Ridhwan itu. Cukup hanya kisah terlanggar di kantin tadi.
"Aaah...malas lah nak fikir banyak...buat pening kepala je..." bisik Elfie lagi kepada kawannya itu. Kemudian, Elfiie pun terus mendengar hujah-hujah dari pensyarahnya itu tanpa mempedulikan apa yang diperkatakan oleh Danie sebentar tadi.

        Ridhwan yang mengikut arahan dari Professornya itu melangkah sambil menundukkan kepalanya ke bawah untuk menaiki setiap anak tangga bilik kuliah secara perlahan dan menuju ke tempat kawan-kawannya duduk. Mereka hanya menyambut Ridhwan dengan senyum biasa sahaja. Namun, Ridhwan berasa hatinya berdebar-debar seolah-olah ada sesuatu yang kurang selesa berada di sekelilingnya. Tapi, dia tidak mengendahkan perasaannya itu. Dia membiarkan sahaja dan terus memberi tumpuan kepada pelajarannya.

           Di sebalik muka Elfie yang selamba itu, di hatinya tetap berasa bersalah dengan lelaki yang duduk di hadapannya itu. Elfie turut memastikan dirinya tidak diketahui kerana hanya beberapa baris tempat duduk sahaja, lelaki iti boleh melihatnya. Pasti apabila perkara itu terjadi, Ridhwan akan menjadi marah dan kesal. Elfie menjadi resah dan takut.

"Ishh...kenapa perasaan aku macam ni??? Kenapa aku perlu takut dengan dia???" bisik hatinya.

          Dalam Elfie mengelamun......tiba-tiba...

"Elfie... tolong awak kutip semua tugasan-tugasan kawan-kawan awak dan beri pada saya nanti... boleh??!!"  kata Proffessor itu tiba-tiba memanggil nama Elfie serta meminta pertolongan daripadanya.

Elfie terkejut.  "Alamak!!! Kenapa sekarang, Prof..." monolog hatinya dan merasakan rahsianya akan terbongkar sebentar lagi.

"Ok..Ok...Prof..boleh..." jawab aku dengan suara yang bergetar-getar.

Tidak sampai 1 saat, Ridhwan menoleh ke belakang dan dilihatnya adalah musuhnya di kantin pagi tadi. "Rupanya 'dia'..... Mustahil, macam mana aku boleh bersama dengannya dan dalam satu kelas yang sama lagi." sahut dalam hati Ridhwan.

"Awak....!!!!"
"Patutlah hati aku berdebar-debar tadi... Musuh aku kat belakang aku rupanya..." bisik hati Ridh.

"Apa pandang-pandang???!! Sibuk je..." jawab Elfie dengan menunjukkan mimik mukanya yang tidak suka dengan Ridhwan itu.

"Kenapa bro...?? Muka kau jadi merah tiba-tiba. Bengang dengan siapa pulak lagi ni?? Tak habis-habislah kau ni..." sapa kawannya itu.
"Kau tahu tak, perempuan kat kantin yang buat baju aku kotor tadi tu, sama kelas dengan kita sekrang ni.. mana aku tak bengangkan..." balas dari Ridhwan.
"Ohh..yeker..tak perasan pulak aku. Mana..mana...?? Ehh, ye tak ye jugak kan...ada dia kat belakang tu.." balas kawannya sambil melihat keadaan perempuan yang dimaksudkan oleh Ridhwan tadi yang sedang mengutip tugasan untuk dihantar kepada Professor nanti.

"Aduhh...macam mana ni, Danie... Dia perlu hantar jugak kan kat aku tugasan dia. Malas lah aku nak jumpa dia. Tak pasal-pasal aku di maki hamun nanti. Mulut dia tu macam longkang!!!" kata Elfie dengan kawannya Danie.
"Kau tolong minta kat dia boleh?? Aku malas lah..."
"Ehh kenapa pulak, biarkan dia... dia nak markah, dia hantarlah kat kau. Dia bukan pekak kat dengar arahan Prof tadi. Biarkan je wahai kawan aku....."
"Ok..aku ikut cakap kau...So, kalau terjadi apa-apa kat aku nanti, kau tolong aku balik ok..." balas Elfie dengan nada yang sangat sinis terhadap kawannya itu sebab dia tahu situasinya pasti ada yang tidak kena selepas ini. Nasibnya akan menjadi teruk apabila rahsia yang disimpan terbongkar juga pada hari yang sama.

Elfie hanya melangkah turun ke bawah bilik kuliah itu, tanpa meminta tugasan kepada Ikram mahupun kawan-kawannya juga. Elfie cuba menahan egonya yang tidak mahu menunjukkan perasaan bersalah terhadap lelaki sombong itu di hadapannya dengan hanya meminta tugasan untuk beri kepadanya.

"Oooiii... perempuan... tugasan aku tak ambil ke???!!" teriak Ridhwan kepada Elfie.
"Danie, boleh pulak si mamat sombong tu panggil aku ooiii... bukan aku ada nama ker???" balas Elfie dengan nada yang tidak berpuashati itu.
"Lantak kau lah... aku panggil pun sebab aku nak bagi tugasan aku ini kat kau.... kalau hanya nak tegur kau... Sorry lah... tiada masa nak layan..." berbalas 'pantun' lagi Ridhwan dengan Elfie dengan masing-masing melayan perasaan marah mereka.

Ridhwan terus memberikan sahaja tugasan itu ke tangan Elfie. Dengan selambanya dia melepaskannya dan jatuh ke bawah sementara tangan Elfie baru hendak mengambilnya. Itu membuatkan Elfie lagi marah dan kesal dengan perbuatan lelaki yang sombong berada di hadapannya itu. Mahu sahaja hatinya ingin menampar wajah lelaki yang merasakan dirinya 'perfect' apabila di hadapan kawannya. Sikap suka menunjuk-nunjukkan adalah sikap Ikram yang sebenar. Kawan-kawannya merasa hairan mengapa Ikram melakukan tindakan seperti itu sedangkan perempuan itu hanya mahukan tugasan itu sahaja bukan ada niat yang lain. Mereka yang berada di situ hanya mendiamkan diri termasuklah Danie.

"Kurang ajar mamat ni.... mahu aku lempang je muka dia ni. Haii..sabar Elfie...sabar..." bisik hatinya yang sedang bengang itu.
"Apa lagi??? Kutiplah wahai gadis yang ego..." tiba-tiba Ridhwan bersuara dan kata-katanya itu amat sinis bunyinya.
"Apa??!! Kau!!!"
"Sudahlah Fie, jom kita pergi dari sini...." sapa Danie dengan pantas bagi mengelak pergaduhan di antara mereka berdua.
"Ok...tunggu sekejap Danie. Terima kasih awak. Tapi maaf saya tidak akan kutip tugasan awak itu...bla lah..." kata Elfie kepada Ridhean lalu meninggalkan mereka di dalam keadaan yang masih marah lagi.
"Kau.... huh sengaja nak sakitkan hati aku ye..." kata Ridhwan dengan nada yang sangat halus tetapi dalam hatinya tetap berasa geram dengan tindakan perempuan itu terhadapnya.

Ridhwan akhirnya mengalah dengan mengutip sendiri tugasannya di hadapan kawan-kawanya dan dia berharap satu hari nanti dia akan balas perbuatan perempuan itu kembali. "Berani dia memalukan aku untuk kali kedua..." monolog Ridhwan lagi.

"Sudahlah bro...hal kecil je... Jom, kita hantar sendiri kat bilik Professor nanti." kata Is sambil memujuk hati Ridh yang tengah membara terluka oleh musuhnya itu. Tetapi Is berasa hairan kenapa dia terlalu kejam dengan melakukan tindakan sedemikian terhadap perempuan itu sedangkan perempuan itu hanya tumpahkan air milo ke bajunya sahaja. Lagi pula itu cuma hal kecil sahaja. Hanya kemalangan.....

"Kenapa kau tak kutip tadi Fie???"
"Gila...dia tu yang sombong sangat...padan muka dia. Aku minta kat dia tadi elok je kan... yang dia pergi buat aku macam tu kenapa??? Sakitlah hati aku."
"Betul jugak kata kau Fie. Takkan kau nak kutipkan, lagipun dia yang jatuhkan sendiri tugasan dia di hadapan kau."
"Yelah...saja nak bagi aku malu.... tapi aku tetap tak mahu...LAYAN!!!! Biar je dia..." kata aku lagi.
"Ok, apa-apa lah kau... nanti jangan tak pasal-pasal gaduh besar kolej kita ni... Itu pun antara kau dengan dia... Hahahahaha...." sindir Danie sambil ketawa besar dengan sikap kawannya yang ego itu.
"Ishh..ada ke macam tu... malaslah nak peduli. Dia marah suka hati dia lah... dah dia yang cari pasal dulu kan."
"Yelah tu..." Danie menyahut dan hanya menjelingkan mata dengan Si Elfie.


************************

"Elfie....??? Hello Elfie..." panggil Si Danie sambil melambai-lambai tangannya di hadapan wajah Mia Elfiera.
"Eh... sorry...sorry... aku mengelamun tadi." balas Elfie dan terus mengangkat air milo panasnya itu lalu meminumnya.
"Kau ni...asyik suka mengelamun je. Kau ingat apa hah??" tanya Danie.
Elfie hanya tersenyum apabila Danie bertanya hal yang dilamunkan olehnya sebentar tadi. Elfie tidak menjawab.
"Nak sorok dengan aku lah tu..." sapa Danie lagi.
"Takde lah Danie.... oklah, lama dah kita lepak. Jom masuk kerja. Banyak hal yang perlu kita discuss." sahut Elfie dengan nada yang serius dengan hal pekerjaannya.

        Mereka kemudian akhirnya meninggalkan tempat kafeteria di pejabat ayah Elfie itu. Tidak juga Elfie menyangka dengan meminum air secawan milo panas mempunyai sebuah cerita yang amat menakutkan dan menyakitkannya pada masa dahulu. Kalau tiada kisah yang dulunya, pasti Elfie tidak berada di tempat sekarang ini. Ianya sungguh sempurna di matanya.

~ bersambung ~

Kecewa :(

Saya amat terasa sakit hati hari ni...
Kecewa sangat..
Saya cuba blja bersabar nk fhmi cinta seperti org lain..
Tetapi..ada juga hal yg wujud utk terus membuatkan saya sedih...sedih...sedih...
Benci...saya dh bertekad thn baru tiada siapa blh terus sakiti hati saya macam hari...

Blh katakn tiada cinta tiada perasaan...
Saya hanya inginkn ruang utk difahami tntang diri saya..tpi maaf saya tetap mengatakan dia memang tidak pernah mengerti...paksa dirinya utk syg cinta pada saya...haKikatnya adalh tidak...

Bukan begitu cara nk sayang seseorang... Maaf saya tidak dpt teruskan... Saya hya ingin menjadi diri saya bukan orang nk terus-terusan mendgr kehendak org lain...

Maaf saya katakan!!!

Minggu ke 3...

Selamat pagi...sudah minggu ke3 saya melakukan rutin harian saya.
Wujud juga pelbagai masalah...(saya hanya hendak mengadu) Emmm...

Sekarang 70% perhatian saya lebih kepada pekerjaan. Manakala yang lain hanya untuk luangkan masa.
Masa saya amat terhad sejak kebelakangan ini.
Entah, mungkin saya rasa jadual terlalu padat...mungkin... :(
atau ada perkara lain yang mengganggu.... (jawapan x pasti)

Saya risau akann anak didik saya, takut mereka menjadi bosan.

Apa patut saya lakukan...???!!! Niat di hati memang hendak membantu tapi......
ada juga masalah lagi....

Mood masih memikirkan hal yang sama.... 

Ok, sampai sini saja luahan saya.. bye..

Thursday 10 January 2013

Harapan...

Assalamualaikum...
Sudah 2 minggu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Alhamdulillah...setakat ini ada pelajar yang menghadiri kelas dengan baik dan tpeat waktu.

Syukur dalam dua minggu nie, saya boleh lakukannya semula walaupun sudah agak lama tidak melaksanakannya. teringat masa praktikal dulu, pelbagai ragam yang wujud sekitar hadir dan mengajar di sekolah. Banyak cabaran yang perlu dilakukan namun saya sangatlah berminat dan selesa melaksanakannya. hati ini langsung tidak terasa terpaksa. Akan tetapi, kelas tuition agak berbeza suasananya, ia lebih banyak membantu dan mendorong pelajar lebih memahami sesuatu topik yang di ajar.

Berbanding dengan di sekolah, ia lebih terjurus kepada konsep pembelajaran, lebih kepada cara/ kaedah sesuatu penyelesaian itu dilakukan dan juga mengejar masa yang amat singkat dengan silibus yang banyak dan padat. Saya sangat akur tentang itu, namun guru tiada masalah bagi melakukannya kerana ada minat di situ.

Harapan saya, kerjaya saya ini boleh membantu saya lebih memajukan diri dalam bidang perguruan. Silap dan salah harap dapat dijadikan teladan bagi saya. Kekurangan turut harap dimaafkan.... 
Saya akan yakin diri untuk memberi yang terbaik kepada pelajar2 saya ini. 

Saya turut akan mewujudkan pelbagai kaedah dalam pengajaran saya agar tidak terasa bosan dan tidak terlalu konsisten dengan satu-satu cara sahaja.

In Syaa Allah.... Amin..tolong doakan saya...

Friday 4 January 2013

First Expected!!!

Assalamualaikum...
Selamat Pagi Jumaat 4 Januari 2013

Pada pagi ini seperti biasa bangun awal membuat susun atur rancangan yang hendak saya lakukan pada pagi ini. Saya keseorangan...apabila ibu mempunyai hal di luar.

Antara aktivitinya adalah:
1. Bangun pagi
2. Catat apa perkara yang perlu dilakukan selepas ini.
3. Charge telefon bimbit yang baterinya sudah low...
4. On my lappy - mood tahun baru membuat pertukaran segala fb dan blog
4. Tepat jam pukul 9.00 pagi akan bermula operasi di dapur...

Itulah antara tugasan yang perlu dilakukan..hehehe...saya sangat rajin..

Selepas itu, saya perlu fikirkan untuk membuat persediaan tentang pengajaran saya untuk kelas yang seterusnya.
Biasa, maths penuh dengan plebagai nombor dan rumus. Itu sahaja yang perlu dilakukan.

Di harap saya akan lebih sukses dengan menghadapi semua cabaran yang ada di hadapan mata saya ini. Bukan sahaja perlukan semangat tetapi ketebalan kesabaran perlu ditingkatkan kerana banyak lagi perkara baru akan muncul dan datang.

Saya akan menjadi lebih semangat dan semangat untuk lebih dewasa....

Chaiyok!!! Chaiyok Girl!!! 

XoXo.....LoL

Wednesday 2 January 2013

Demam 2013

As salam...selamat malam...
Nie malam untuk hari ke2 bulan Januari 2013... Saya terkena demam secara tiba-tiba...mungkin kerana terkena hujan ketika mengambil nenek di lapangan terbang KIA.

Demam ni juga saya berharap dapat segera sembuh dan sihat hendakNya. Pada mlm khamis nanti saya akan pertama kali mengadakan kelas tuition maths utk form 3. Saya amat berharap saya boleh melakukan yg terbaik nanti dan terus membantu utk mendidik anak2 muda agar dapat meningkatkan minat mereka dlm subjek maths ini. I really hope so....:)

Doakan semoga saya sihat dan beri komitmen sepenuhnya kepada kerjaya saya ini. Di samping itu, saya turut memohon agar keinginan kedua saya dapat juga saya lakukan bagi meluangkan masa saya nanti.. Minat saya padanya masih tertanam namun ia belum dapat tumbuh dengan segera.. Ia perlu disemai dgn perlahan- lahan agar ia menjadi pokok yg segar nanti... In sya Allsh..Aaaammmiiinnn...

Kepunyaan Blog.....Comel :)

Gadis yang kecil molek berasal dari Kuching Sarawak. Dirinya amat bersahaja dengan amat meminati bidang penulisan ini bagi mewujudkan cerita & kisah menarik yang tergambar di fikiran untuk direalisasinya kelak. InsyaAllah... PEACE