Monday 29 April 2013

Perfect Guy, Konon!!!!!!!!!!!!!! 12



            Mesyuarat pertandingan bola tampat sudah dimulakan. Ridhwan dan kawan-kawan juga turut serta. Elfie dan kawannya yang lain merupakan orang yang mengatur dan membimbing segala perkembangan aktiviti itu dijalankan termasuk juga wakil kepada kolej perempuan untuk turut bertanding. Semasa pemilihan peserta yang diuruskan oleh pensyarah mereka, Puan Salama iaitu seorang yang pandai dan pintar bermain bola tampar, dia juga coach kami semua. Dalam pemilhan itu, sempat juga Elfie Nasreen pergi menjenguk keadaan di sana sambil itu membelek-belek borang permohonan yang telah ditapis oleh Puan Salama itu.

"Hah??? Budak percfect tu nak masuk juga????? Aduhhh... dah tu dia dipilih lagi untuk wakil lelaki. Bukan ke dia tak minat bola tampar?? Setahu aku dia minat main bola keranjang... Confius pulak aku..." bisik Elfie.

"Ha...apa yang awak buat tu Elfie...????" tegur Puan Salama.

Elfie terkejut lalu melepaskan borang di tangannya itu dengan segera. "Tak ada apa-apa, puan..." jawab Elfie dengan gagap.

"Ok, kalau tak ada apa-apa, nanti awak set masa untuk buat mesyuarat bersama peserta yang di pilih nanti ye.. Dan saya nak agenda yang dibentang mesti ada di atas meja saya nanti. Dengan segera tau!!!!" kata Puan Salama.

"Baikla, coach...".

          Apabila hari mesyuarat itu tiba. Elfie tahu dia hari ini perlu kuat semangat untuk berdepan dengan lelaki yang rasa sempurna itu. Walau pun tiada siapa yang tahu kehadirannya dan aku tidak dapat terima untuk berhadapannya, tapi aku terpaksa lakukan demi pertandingan ini juga. Maka, aku akur dengan semua ini.   

"Hei bro......dia ada jugalah..." kata Is.

"Siapa..."

"Tu..tengok kat depan kita ni..." jawab Iskandar kepada Ridh.

"Mak aaaiiii...dia pun ada juga.. Kalau aku tahu malaslah aku nak join benda ni...Ishhh...semak jelah...spoil mood aku!!!" jawab Ridh.

           Elfie masuk ke bilik yang telah dijanjikan untuk bermesyuarat tentang pertandingan bola tampar itu dengan tenang dan sopan. Walaupun di dalam hatinya berdebar-debar apabila dia diperhatikan oleh musuhnya itu. Jelingan tajam dari mata Ridhwan membuatkan dia lemah dan tidak bersemangat untuk berkata-kata nanti. "Hati aku kuat juga mengatakan yang dia tidak ada kena-mengena dalam hidup aku, buat apa aku nak takut dengan dia. Biarlah Elfie...." bisik hatinya.

Dalam masa satu jam setengah mereka berbincang mengenai pertandingan itu. Banyak jugalah hal yang didebatkan mereka. Iskandar, Danie dan Watie hanya melihat mereka berdua bertikam lidah dan ingin menukar strategi itu dan ini semasa mesyuarat itu dijalankan. Akhirnya, tiada kata sepakat yang dapat di ambil untuk diberitahu dengan Puan Salama nanti. Fikiran Ridhwan pun bercelaru asyik berlawan dengan Elfie maka dia ambil keputusan untuk mengikut sahaja perintah Elfie. Niat yang sebenarnya hanya nak membuatkan Elfie marah di hadapan semua orang namun dia berjaya membuatkan Elfie jadi begitu. Hatinya tersenyum lebar. Maka, masa mesyuarat itu hampir tamat dan Elfie menangguhkan sehingga masa yang baru akan diberitahu nanti. Mereka semua pun bersurai.

"Bodohhhh...kau memang bodohhh lah Ridh... kau suka sangka bukan-bukan dengan musuh kau tu, Elfie... Dia gadis yang ok lah....cuma kadang-kadang tu menyakitkan hati.. hehehe... Mana tidaknya, dia tu macam budak-budak suka gaduh dengan orang. Entah apa yang dia selalu fikirkan. Semua orang asyik tak betul je, dia saje yang betul. Salah itu, salah nie... Luculah rupa dia kan...." tegur Iskandar supaya bersabar melayan kerenah Elfie di hadapan Ridhwan.

"Emm..mana tidaknya, asyik aku je tak betul masa kita mesyuarat pasukan bola tampar tadi. Aku tahulah dia tu pandai main bola tampar. Aku ni tak minat sangat cuma nak join competition ni je kan, itu pun wakil kolej untuk group lelaki. Mana tak bengang...aku nak cakap je dia lawan aku balik...sakit hatilah aku..." jawab Ridhwan.

"Biasalah...lagipun korangkan masih tak sepakat lagi. Apa boleh buat jumpa dan bertemu muka waktu mesyuarat itu. Kalau tak masaklah nak jumpa...balik-balik gaduh je... Aku pun muak juga tengok korang macam tu..." balas Iskandar.

        Diam terkesima Ridhwan apabila melihat Iskandar memujuk hatinya agar jangan terlalu membencikan Elfie Nasreen. Tapi entah kenapa Iskandar nampak mencurigakan. Dia seperti sembunyikan sesuatu daripada aku. Adakah dia menyukai Elfie dalam diam???" bisik dalam hati Ridh.

"Oklah guys, aku nak choww dululah.. apa-apa call ok...bye.." katanya lagi.

         Iskandar yang hanya melihat Ridh bangun dan beredar dari situ selepas dirinya cuba untuk membela Elfie di hadapan Ridh. Dia rasa serba salah atau mungkin Ridh tidak puashati dengan aku yang menyokong kata-kata Elfie dalam mesyuarat tadi. Iskandar mula berfikir kembali setiap kata-katanya sebentar tadi. Namun, dia tidak dapat mengagak semula perubahan yang terpancar oleh Ridh tidak dapat dibacanya.


*************************

"Elfie, kenapa kau tak beritahu kami yang Ridhwan tu join sekali pertandingan ini." Tanya Danie.

"Manalah aku tahu... aku tahu pun bila dah masuk dalam bilik tadi kan.....Yang kau ni terkejut sangat kenapa??? Rileks lah..." jawab aku.

"Yelah...kau dengan dia tak ngam kan... macam mana kita nak menang kalau orang dalam group itu pun tak ok juga...Tadi pun aku tengok kamu berdua macam nak telan masing-masing je....." sindir Danie lagi.

"Ehhh...sukahati je kata macam tu... Mana ada... Aku ok, cuma tak ngam sikit je kot....nanti." kata Elfie dengan lemah.

"Kan...aku dah cakap... Jadi, lepas ini kau mesti kuatkan hati untuk berdepan dengan mamat tu. Lagi-lagi semasa kita adakan latihan nanti." kata Danie mengusik hati Elfie.

"Emmm...malaslah aku nak fikir... Yang penting aku nak menang nanti... Yang lain-lain aku tolak je ke tepi... yahhh...." jawab Elfie dengan menolak badan Danie sedikit.

"Aduhhh....aku juga kena ker??? hehehehe...." jawab Danie dan mereka bertiga pun ketawa.

         Elfie juga sedang memikirkan setiap kata-kata yang keluar dari pandangan Danie sebentar tadi. Dalam aku berfikir, perut aku mula merasa lapar sambil berjalan keluar dari bilik mesyuarat. Aku cadangkan perut aku perlu diisi dahulu baru aku dapat mencari idea yang sesuai untuk menentang perangai mamat perfect itu nanti. Dia terus melangkah menuju ke kantin. Dia mengambil tempat duduk di sudat sisi dinding agar lebih selesa dan tenang jauh dari suasana bising di kantin itu dengan kekecohan dan gelagat pelajar-pelajar lain dengan kawan-kawan mereka.

"Akak Mida, saya nak pesan nasi goreng ayam dengan air milo ye... Nanti tolong hantar dekat meja di hujung sana... terima kasih akak..." pintanya dengan kakak yang selalu mengambil pesanannya sekiranya dia berada di kantin.

"Ok, baik dik... nanti kami hantar..." jawab Kak Mida sambil membalas senyuman kepada aku.

         Kemudian aku kembali ke tempat duduk. Aku renung setiap kertas yang dicatat oleh penulis minit tadi dan kebanyakkannya aku dan si mamat yang banyak bercakap dan beri pandangan. "Aku tahulah dia tu memang dah pandai dalam bab-bab macam ini. Yang aku nie baru nak belajar kot...." kata Elfie dalam hati.

"Huh, banyak betul komen dia....." kata aku dengan perlahan sambil terus membaca isi kandungan minit mesyuarat itu.

        Fikirannya kembali semula dengan bagaimana dia hendak berhadapan dengan Ridhwan nanti di setiap latihan dan perjumpaan pasti kami akan terus bergaduh. "Adakah baiknya aku mengalah??? Atau berkawan dengannya sahaja....??? Boleh ker dia terima aku??? Tadi pun asyik jeling marah kat aku je... Serammmm badan aku lah!!!!!" katanya lagi. Setengah jam kemudian air dan makanannya sampai ke mejanya. Dia terus membayar kepada budak lelaki yang menghantar makanannya itu. Dia mula fokus pula dengan perutnya yang masih kosong dan perlu diisi dengan segera. "Uiihhhh...tak tahan nie...ada cili padi kak Mida letak...sedap nie..." bisik hatinya dengan tak sabar untuk makan makanan itu.

          Dalam suasana yang kebisingan tadi, tiba-tiba sahaja jadi sunyi seolah-olah ada malaikat yang lalu di hadapan pelajar-pelajar itu. Aku hanya terus fokuskan diri dengan makan dan malas hendak berfikir panjang tentang orang di sekelilingnya. Maka, dia terkejut apabila ada suara yang lantang menegur dirinya.

"Boleh aku duduk???" sapa Ridh yang berdiri kaku di hadapan Elfie. Ridh cuba memberanikan diri di hadapan Elfie.

Elfie mendongakkan kepalanya. Ternyata pelajar di sekelilingnya terdiam hanya kerana kedatangan lelaki ini di kantin. Lelaki itu adalah Ridhwan. Dia terkejut dan mengalihkan pandangannya semula ke arah nasi goreng yang dimakannya.

"Ok, duduklah......." jawab Elfie dengan selamba walaupun sebenarnya dalam hatinya berdebar-debar apabila berhadapan dengan mamat ini. Mana tidaknya, aku pasti gaduh lagi dengan dia kali ini. "Penat betul aku...." desus Elfie dalam hatinya.

'Sedap ke nasi goreng tu........nak sikit boleh???" tegur Ridhwan.

"Hah?? Nak nie??? Pesanlah sendiri...apalah nak kongsi-kongsi pulak..." jawab Elfie dengan kasar.

"Amboi kasar betul??? Ok saya pesanlah ni..." jawab Ridh lalu memesan pesanan yang sama dengan Elfie.

"Ishh mamat ni...tiba-tiba je baik... Apahal ya?? Mesti ada apa-apa nie..." bisik hati aku.

"Awak, kenapa nak duduk dengan saya??? Kenapa tak ajak kawan awak yang lain??" tanya Elfie kepada Ridh.

"Saya sebenarnya nak berterus terang. Saya nak minta maaf dengan awak selama ini kita asyik berkasar je. Jadi saya decide nak bekerjasama dengan awak secara baik sementara kita masing-masing ada misi yang sama dengan pertandingan kolej ini kan....betul tak???" terang Ridhwan.

"Oh...kalau bukan kerana pertandingan tu awak tak naklah berbaik dengan saya kan...betul tak???" jawab Elfie dengan menyindir keinginan Ridhwan itu.

"Tak juga...sebenarnya dah lama saya nak terus terang, cuma tak ada masa sesuai. And then, awak tu asyik melenting je...mana saya nak borak dengan awak secara baik."

"Jadi, awak nak kata pergaduhan kita selama ini adalah salah saya lah.. Macam tu???"

"Opppss....jangan marah dulu boleh tak?? Kita perlu serius sekarang ini. Jadi saya betul-betul minta maaf dekat awak. Dan awak dengan saya boleh berkawan seperti yang lain." pinta Ridhwan.

"Nanti saya fikir dulu... Sekarang saya nak makan dulu lepas itu baru kita bincang, boleh???" kata Elfie lagi.

        Ridhwan sangat berharap agar Elfie dapat melupakan segala pertelingkahan di antara mereka. Ini bukan hanya kebaikan untuk kolej sahaja bahkan untuk persahabatan yang dalam dirinya ada chemistry dengan jiwa Elfie. Hakikatnya, Ridhwan memang menyukai Elfie sebab itu dia sentiasa ingin bertemu dan bergaduh dengannya. Tapi, adakah diri Elfie merasakan apa yang dirinya rasakan???.

        Perasaan Elfie berdebar-debar apabila Ridhwan duduk di hadapannya. Dia hairan kenapa begitu cepat hatinya berubah??? Apa motifnya yang sebenar?? Sekarang ini dia siap tiru pesan makanan kegemaran aku ni.... Tak puas hati betullah...dengan mamat ni...pelikkk... Setelah Elfie memikirkan permintaan Ridhwan sambil melihat Ridhwan yang begitu gopoh-gapah makan makanannya itu, akhirnya Elfie menerima dengan baik dan kini mereka menjadi seorang kawan tanpa diketahui oleh rakan-rakan mereka yang lain.

         Maka, pergaduhan mereka bertukar menjadi persahabatan yang amat akrab sekali.

Dalam selama persahabatan mereka berdua tanpa di ketahui orang lain termasuk Iskandar, Danie dan Watie lebih nampak mesra dari tang biasa. Mereka suka mengutuskan surat dan diletakkan di atas pohon di belakang asrama iaitu tempat di mana mereka selalu meluahkan perasaan dalam isi setiap surat dikirimkan.

Elfie, 
Awak sangat cantik bila marah..... Saya tak pandai nak berkata-kata. Maklumlah saya ni kan banas baran dan ego. Awak sahaja yang tahan melayan perangai saya. Terima kasih awak sudi berkawan dengan saya....

                                                                                                                      Ikhlas, Ridhwan

Ridhwan yang sangat degil....
Memang pun awak suka buat saya marah. Tapi entah kenapa awak suka buat saya jadi macam tu. Rupanya awak ada niat lain. Saje nak usik saya kan.... Saya tak suka awak lah...Jangan perasan.. Dan jangan lupa kita ada latihan petang nanti...

                                                                                                                              Elfie

          Itulah di antara surat-surat dikirimkan di antara mereka berdua. Saling berbalas-balas sehinggakan mereka pandai memainkan peranan masing-masing apabila berhadapann dengan kawan-kawan mereka.

"Elfie, kau tak risau ke buat latihan dengan musuh ketat kau tu...??" tanya Watie. "Nanti tak pasal-pasal gaduh memanjang korang berdua tu nanti...".

Dalam hati Elfie tergelak kecil... "Alah, kami profesional lah...kita buat latihan dengan fokuskan....bukan nak main-main sahaja." jawab Elfie dengan selambanya.

"Yelah tu..profesional sangatlah...." nyampuk Danie pula.

Mereka bertiga pun senyum dan ketawa.

"Tak payah risau ok...tak ada apa-apalah yang akan berlaku nanti..." jawab Elfie lagi.

         Di lihat dari jauh kedatangan Ridhwan dan kawan-kawannya ke gelanggang bola tampar.. Wajah Ridhwan nampak macam penat sedikit setelah dia ada latihan bola keranjang dengan coachnya juga tadi. Muka nampak merah kerana berjemur terlalu lama di bawah sinaran matahari yang terik ini. Jantung Elfie berdegup laju apabila Ridhwan berdiri di hadapannya yang jaraknya hanya selangkah sahaja. Matanya mengenyit ke arah wajah Elfie dan senyum padanya. Elfie hanya menelan air liurnya kerana terkejut dengan perbuatan yang dilakukan oleh Ridhwan ke arahnya tadi. "Ishhh... keterlaluanlah mamat ni...benci aku...!!!!" bisik Elfie.

"Dah ready ke tak??? tanya Elfie kepada Ridhwan.

"Mestilah...awak tu ready ke tak??? Jangan nanti tak larat pula nak lawan pulak..." sindir Ridhwan. Elfie tahu dia sengaja nak sakitkan hati aku di hadapan kawan-kawan aku saja. Nahas kau nanti...

"Yelah..." jawab Elfie sambil membalas jelingan tajam kepada Ridhwan.

""Ridhwan hanya tersengih dan tersenyum kecil. "Comel betul dia buat macam tu..." bisik hatinya.

"Ok, mari kita mulakan latihan... kumpulan lelaki akan berlawan dengan kumpulan perempuan. Ingat, ini hanyalah latihan sahaja." kata Elfie memberi arahan dan bola di tangannya ditikam ke arah perut Ridhwan. Dengan tangkasnya Rihwan menangkapnya kerana dia dari sampai tadi matanya asyik memandang Elfie sahaja. Itu sebab Elfie rasa kurang senang sedikit.

Dengan itu, sesi latihan itu bermula hinggalah coachnya, Puan Salama datang menjenguk dan tidak lama selepas itu dia pun beredar dari situ.

        Dalam ketika bermain, mereka berdua hanya melayan perasaan masing-masing. Ridhwan yang benar-benar fokus tetapi boleh mengganggu Elfie dengan membuat perangai nakalnya itu iaitu dengan membiarkan pihak perempuan menunggu bola untuk di pass ke sebelah dan tiba-tiba mereka membalas tikaman bola itu ke arah perempuan. Elfie terkejut dan terus menjeling ke arah Ridhwan yang suka menyakiti hatinya. Dia juga menunjukkan mimik mula tanda maaf kepada Elfie. Mereka bertiga mula tidak suka dengan perangai Ridhwan begitu.

"Sabar Elfie...sabar..." kata Watie sambil mengurut belakang badan Elfie.

"Aku ok...tak apa.." katanya. "Siaplah kau mamat gila!!!!"

Elfie yang bermain-main dengan bola itu, akhirnya dia meniru cara Ridhwan seperti tadi. Dengan pantasnya, Ridhwan mahupun Iskandar tidak dapat menyambutnya. Malah, kedua-dua mereka tersungkur ke lantai.

Elfie hanya tersenyum dan mengosokkan hidungnya di hadapan Ridhwan..

"Yeah...baguslah cara kau tadi Elfie..." pujuk Danie.

Iskandar yang juga terkejut melihat perangai kedua-dua mereka yang cuba main tarik tali sekarang ini. Masing-masing nak tunjuk siapa pandai.

Ridhwan hanya senyum. Tapi dalam hatinya berkata, "Pandai juga perempuan ini tiru gaya aku...emmm....".

       Sesudah dalam satu setengah jam mereka bermain bola tampar akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berehat. Waktu berehat itu, Ridhwan yang sedang duduk bertentang dengan Elfie. Matanya hanya memerhatikan Elfie sahaja. Itu membuatkan Elfie tidak selesa lagi. Elfie juga berkata pada dirinya, "Penat betul rasa badan aku ni...".

"Danie, aku nak pergi tandas kejap..." pinta Elfie.

"Ok...hati-hati ya..." balas Danie.

          Sebenarnya Elfie sudah merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Kepalanya menjadi pening sangat semasa bermain tadi. Dia tidak pasti apakah punca keadaan dirinya jadi begitu. Selain itu, tubuh badannya pula menjadi berat seperti terlalu penat sedangkan dia sebenarnya aktif orangnya dalam bidang sukan. Dia mula rasa pelik dengan keadaanya sendiri itu. Ridhwan yang tidak puas hati melihat Elfie berjalan seorang diri, dia akhirnya mengekori Elfie dari belakang. Walaupun dia juga berjaya memperdayakan Iskandar dengan memberitahu dia hendak mengambil angin sebentar di tempat lain sambil membawa botol minumannya itu. Iskandar hanya menganggukkan kepala. Dengan itu, dia mengikuti jejak Elfie sememangnya dia hendak ke tandas juga tapi dia membiarkan Elfie bergerak dahulu di hadapannya. Ridhwan yang sedang melihat Elfie melangkah agak lemah dan juga seperti menahan kepalanya yang sakit. Dalam beberapa saat kemudian, dilihatnya Elfie jatuh pengsan dan dengan segeranya dia mendekati Elfie dan memimpinnya hingga ada sebuah tempat rehat di situ. Ridhwan pun membantu menyedarkan Elfie semula, namun tidak berjaya. Ridhwan tiada pilihan lain selain dia membawa Elfie untuk berjumpa dengan doktor. Sempat dia mengirimkan SMS kepada Iskandar dan mengatakan hal sebenar yang berlaku dan meminta agar sesi latihan mereka diberhentikan buat seketika.

"Maaf, aku di mana nie??" tanya Elfie yang sudah sedar dan berada di dalam kereta Ridhwan.

"Awak dalam kereta saya... janganlah banyak bergerak. Awak masih letih lagi.. dan kenapa tak makan lagi???" kata Ridhwan dengan lembut tapi tiba-tiba pula meninggikan suaranya.

"Erkkk....awak tahu..."

"Yelah..dah awak pengsan tadi, saya terus bawa awak jumpa doktor. Panik saya tau..." usik Ridhwan sememangnya dia risau sangat dengan secret admirer dia itu.

"Macam mana awak ada......" tidak sempat Elfie bercakap dia menyambung lagi.

"Saya akan berada di mana-mana awak berada termasuk dalam hati awak..." kata Ridhwan dengan pantas.

"Maksud awak..."

"Ahhh.....sudahlah.....gadis degil macam awak mana tahu perasaan... Sekejap lagi kita sampai dekat gerai makanan seafood tu. Janji makan tau...kalau tidak saya tak nak hantar awak balik asrama." kata Ridhwan sambil memaksa Elfie.

"Ok...saya faham..." jawab Elfie dengan selambanya kerana hatinya mahu cepat-cepat pulang ke asrama. Mana tidaknya, satu hari ini asyik berdepan dengan mamat perfect ini sahaja. "Lagi pula apa mimpi mamat ini baik pulak dengan aku". bisik dalam hatinya lagi.

         Fikiran Elfie semakin kacau apabila Ridhwan sudah menunjukkan sesuatu yang pelik terhadapnya. Perubahan yang drastik juga membuatkan Elfie kurang selesa. Keprihatinan melampaui lebih dari seorang teman ataupun kawan. Elfie mengeluh sekali lagi. Dia mula mengenang nasibnya apabila bermain api dengan Ridhwan itu. Bilakah ia akan berakhir???


*************************

           Maka sejak dari situlah Ridhwan tahu akan kelemahan Elfie Nasreen. Elfie memang seorang yang aktif dan tidak suka bersendirian mahupun di mana jua. Di mana-mana dia tetap akan keluar berjalan-jalan seharusnya mesti ada teman. Dia sering menahan laparnya sekiranya dia dilanda masalah. Dan sekarang Ridhwan pula terfikir bagaimana dia hendak membantu memulihkan peringatan Elfie semula. Sebentar tadi juga dia teringat akan surat yang selalu dia kirimkan di pohon rendang di belakang asrama mereka. Adakah taktik itu berhasil sekiranya aku melakukannya semula??? Sejak perpisahan kami berdua, hati aku sangat merindui Elfie Nasreen. Tapi apakan daya minda aku sudah dikuasai oleh perasaan benci pada diri sendiri yang sudah tempang sebegini rupa. Aku hodoh.... Sudikah Elfie melayan aku seperti dahulu ketika zaman perkuliahan kami itu.

"Ahhh...kepala aku sudah pusing memikirkan semua ini. Jika tidak bertindak semuanya pasti tidak akan selesai." katanya dengan perlahan ketika masih di dalam teksi untuk menuju kembali ke hotelnya.

           Maka, Ridhwan mengambil kata sepakat untuk membuat perkara yang sama hanya untuk orang yang disayanginya dalam diam. Biarlah ia berlaku secara tidak sengaja sekali lagi. Aku pasti mahu yang terbaik untuk Elfie Nasreen, buah hati aku itu.

           Apabila di hospital........

Iskandar yang ingin cuba mengambil hati Elfie dia sanggup membelikan sejambak bunga ros merah dan coklat untuk Elfie. Sekarang ini dia sudah mula menyukai Elfie, perasaan yang lama terpendam sejak mula mereka dekat lagi. Itu pun masa ketiadaan Ridhwan, sepupunya itu. Dia sering menjaga Elfie di mana Watie dan Danie sering meminta bantuan daripadanya.

Perasaan dari seorang kawan bertukar menjadi perasaan sayang pula. Bunga yang ditinggalkan di atas meja ditulisnya kata-kata cinta supaya apabila Elfie terjaga dia mungkin akan berasa tenang dan ceria nanti.

Dari Iskandar,

Sejambak bunga ros ini hanya untuk menemani Elfie sehari-hari di hospital ketika tiadanya Iskandar di sisi...Coklat pula hanya sebagai penyedap mulut dan manis bagi menyatakan Iskandar sentiasa ingat saat-saat manis kita bersama...
                                                      
                                                                                                               Kepada, Elfie....

         Sesudah itu, Is hanya duduk di hadapan Elfie yang sedang nyenyak tidur di atas katil. Dia memerhatikan wajah Elfie yang polos itu. Sungguh cantik sebenarnya Elfie ini. "Kenapa aku tidak perasan dari dulu lagi.... Kenapa baru sekarang hati aku terusik dengan dia...." dalam diam hati Iskandar berkata.

"Aku akan menunggumu menerima cintaku, wahai Elfie Nasreen........." Luahan dari lubuk yang dalam hati Iskandar terhadap Elfie.


Friday 19 April 2013

Perfect Guy, Konon!!!!!!!!! 11

       

         "Kenapalah lelaki itu tinggal aku sorang-sorang dalam bilik ni.... Tak tahu ke aku tengah bosan giler ni.... Tak ada orang yang sudi nak borak dengan aku. Duduk atas katil lama-lama boleh lenguh juga punggung aku ni. Baik aku curi-curi keluar sekejap ambil angin, sebelum jururawat aku datang jenguk aku dekat sini.....hehehehe" kata Elfie seorang diri sambil memujuk dirinya untuk keluar sebentar melihat suasana di luar tanpa diketahui oleh orang lain.

Elfie yang mengatur posisinya untuk turun dari katil. Nasib baik juga tangannya hari ini tidak dicucuk oleh sebarang jarum. Oleh itu, senanglah Elfie hendak bergerak ke mana-mana yang dia suka.

"Mula-mula buka pintu...tengok kiri dan kanan..... Ok, line clear... heheheh..." suara Elfie yang seperti berbisik itu memberi semangat untuknya keluar dari bilik itu secara senyap.

Akhirnya, Elfie berjaya keluar dari bilik itu. Sambil-sambil dia cuba melangkah, kepalanya sempat menoleh  lagi melihat sekelilingnya dari satu bilik ke satu bilik dengan melihat tingkap kecil yang ada pada setiap bilik di hospital itu.

"Alahai, kasihannya pesakit dekat sini... Ada yang kaki patah lah.... menjerit tak tentu pasallah... Ishh...lama-lama aku duduk sini boleh jadi gila juga aku... Macam mana aku nak keluar dari sini??? Sedangkan aku sendiri pun tak tahu siapa nama aku??? Di mana aku tinggal?? Kawan...??? Lagi lah aku tak ingat... Yang aku ingat lelaki yang datang tadi sahaja. Itupun muka dia tak nampak... Apalah lelaki itu...bukan nak tolong aku... Sombong sangat!!!" mengeluh Elfie tanpa sedar sambil berjalan-jalan, akhirnya sudah menuju di bahagian taman....

"Wah..bestnya dekat sini... Ada pokok, udara nyaman....." Respon Elfie yang berasa lega apabila melihat dunia luar dan menghidu udara segar dari taman itu. Lagipun ramai juga pesakit yang beriadah di situ.

"Aku nak duduk sinilah....best sikit........dari terperap je dalam bilik....bosan!!!" kata Elfie lagi.

         Dia melihat dunia di sekelilingnya, ada seorang wanita tua yang duduk di kerusi roda sahaja dengan termenung jauh, matanya tidak beralih pada yang lain. Adakah dia rindu dengan seseorang seperti anaknya??? Tunggu untuk dijenguk oleh ahli keluarganya??? Kasihannya dia.... Jururawat itu pun cuba untuk memujuknya supaya jangan terlalu risau namun dia lansung tidak mempedulikannya. Aku lihat pun hanya dari jarak jauh dengan melihat gerak badan mereka aku tetap boleh merasai hatinya sedang terluka.

Selain itu, ada yang berusaha untuk memulihkan diri dengan daya kakinya yang berbalut dan bertongkat sedang cuba untuk terus melangkah ke hadapan. Begitu kuat dan tabah seorang jururawat melayan kerenah pesakit-pesakit mereka itu. Dihati aku sangat kagum dan juga melihat reaksi dihadapan pesakit itu masih terdaya untuk perbaiki diri.

"Eeerrrrrrggggggggggggg..............aduhh..sakitnya kepala aku..." katanya dengan perlahan sambil menahan sakit itu.

Tiba-tiba dalam masa dirinya menutup mata untuk menahan sakit, dia terlihat bayang-bayang seorang lelaki dan juga bertongkat seperti pesakit tadi dan wajahnya terus melihat dirinya, namun penglihatannya masih kabur-kabur lagi....

Kemudian, Elfie membuka matanya semula dan hatinya terasa terkejut dengan apa yang dilihatnya pada bayang-bayang tadi. Dalam dirinya mula menyoal..:Siapa dia??? Kenapa dia bertongkat???" Elfie mula merasa kehairanan. Kepalanya mula semakin sakit dengan kuatnya. Tanpa dapat menahan lagi penglihatannya matanya mula menjadi gelap-gelita dan jatuh pengsan.


*****************************

          Watie dan Danie sedang sibuk memasak bubur untuk kawannya itu. Mereka bercadang nak melawatnya selepas selesai bekerja nanti. Mereka memang sudah terlalu rindu dengan Elfie. Mana tidaknya, Elfie seorang yang periang dan juga rajin masak di rumah sewanya. Danie hanya selalu makan apa yang dimasak oleh Elfie.

"Eh. kenapa kau menangis pula ni Danie???" sapa Watie.

"Aku teringat dengan masakan Elfie... dia selalu masak untuk kita di rumah ini dan sekarang dia........" Danie tidak dapat menyambung ayatnya itu dan lalu menangis semula.

"Sudahlah...ini semua ujian untuk kita.. Kita mesti kuat... Kau pun boleh masak jugakan untuk dia sekarang ini. Tengok... aku rasa ya... Eemm....sedapppp sangat!!!!" kata Watie sambil memujuk Danie supaya tidak bersedih lagi.

Danie akhirnya senyum mendengar kata-kata gurauan dari Watie itu dan dia menjadi tenang semula.

        Beberapa minit kemudian, deringan telefon bimbit Danie mula kedengaran oleh mereka berdua.

"Jap, telefon aku berbunyilah...".

"Siapa???" tanya Watie kepada Danie.

"Is.... Kenapa ya dia call aku???".

"Jawab sahajalah...mana tahu ada apa-apa tu...." jawab Watie lagi.

"Hello, ya Is...ada apa??? APA?????!!!!!! Macam mana boleh jadi macam tu???" sahut Danie dengan cemas.

"Ok, kami berdua pasti datang ke sana sekejap lagi... Kau tolong tengokkan dia dulu ya... terima kasih...Bye..." kata-kata akhir dari perbualan di antara mereka berdua.

"Kenapa??? Macam ada hal yang buruk berlaku je....." tanya Watie dengan perasaan ingin tahu kepada Danie yang sedang melihat respon Danie yang terkejut setelah berbual dengan Iskandar sebentar tadi.

"Elfie....dia jatuh pengsan... Aku tidak pasti apa yang berlaku tapi itu yang aku dengar dari Is tadi... Kita perlu cepat ni Watie...pergi ke hospital semua.. Aku mula risau dah ni dengan keadaan Elfie tu..." jawab Danie yang masih mengelabah dan juga risau.

"Ok...jom kita berkemas sekarang..." sahut Watie.

        Mereka berdua pun berganjak dengan cepatnya keluar dari rumah sewa mereka untuk pergi ke hospital untuk menjenguk Elfie di sana. Dengan adanya kenderaan Elfie, maka mereka mudah untuk bergerak ke mana-mana sahaja dengan segera.

Apabila mereka tiba di hospital, dilihatnya gelagat Iskandar yang juga kerisauan yang sedang ke hulur dan ke hilir. Dengan cepatnya mereka melangkah terus dekat dengan Iskandar.

"Bagaimana dengan Elfie??? Dia ok tak??" tanya Danie kepada Iskandar.

"Aku tak pasti. Dari tadi aku menunggu doktor, tapi dia tidak keluar-keluar juga dari bilik Elfie tu....." jawab Iskandar dengan tegas. Iskandar sambung lagi melayan perasaannya resah tentang keadaan Elfie sekarang ini.

Manakala mereka berdua menuju ke arah kerusi kosong di ruang penunggu untuk menanti kedatangan doktor Elfie. Sambil itu, mereka melihat suasana di hospital itu sunyi sepi sahaja.

             Setelah itu, doktor pun keluar dari bilik Elfie dan menuju ke arah Iskandar, Danie dan Watie.

"Bagaimana keadaan Elfie doktor????" tanya Is dengan cepat sehinggakan kedua kawannya itu hanya terus mendengar dan menganggukkan kepala sahaja untuk terus mendengar jawapan dari doktor itu.

"Dia tadi pengsan sebentar, mungkin kerana ada sesuatu yang terlintas di fikirannya dan teringat akan menyebabkan dia sakit kepala yang amat kuat dan terus tidak sedarkan diri. Namun begitu, itu adalah petanda yang baik untuk Elfie. Dia memang ada harapan untuk sembuh dari ingatannya sekiranya ia terdedah dengan perkara-perkara silam atau apa-apa sahaja yang ada kena-mengena dalam kehidupannya." kata doktor itu dengan terperinci sekali.

Mereka bertiga hanya terus mendengar sahaja.

"Jadi, pesakit sedang berehat sekarang. Sekiranya ada apa-apa pertanyaan boleh jumpa saya ya. Oh ya...boleh saya bertanya??? Siapa di antara kamu kenal dengan orang bernama Ridhwan???" tanya doktor itu.

"Ridhwan???!!!!!!" sahut Iskandar dengan perlahan.

"Kenapa doktor??" tanya Iskandar.

"Pesakit tadi ada menyebut nama Ridhwan, jadi saya sarankan tolong jumpakan dia dengan orang bernama Ridhwan ini dengan segera supaya pesakit ini cepat pulih seperti sediakala." Jelas doktor itu lagi.

Danie dan Watie hanya terpandang sesama sendiri.

"Kami akan cuba mencarinya, terima kasih doktor...." jawab Is kepada doktor yang merawat Elfie itu.

           Iskandar mula termenung dan teringat apa yang diberitahu doktor kepadanya sebentar tadi. Dalam hatinya berbisik, "di mana aku hendak mencari Ridhwan???? Sedangkan aku sendiri sepupunya tidak tahu ke mana dia menghilang...".

"Macam mana ni Is???? Elfie teringatkan Ridhwan je. Kita ni yang sudah tunggu dia, dia tak ingat pun... Masalahnya, di mana Ridhwan??? Mana nak cari dia???" tanya Watie sambil mencebik bibirnya kerana sedih dengan Elfie yang tidak sedikit pun teringatnya dan Danie.

"Bersabarlah....hal Ridhwan nanti biar aku uruskan. Lagi pun aku boleh upah orang untuk cari Ridhwan. Korang berdua jangan risau ye.... Aku hanya nak kau berdua jaga Elfie elok-elok...jangan bagi dia banyak fikir sangat dan pandai-pandailah kau orang pujuk dia untuk ingat kita juga..okay...." jelas Is kepada Danie dan Watie.

"Baiklah...." sahut Danie. "Kami nak masuk bilik Elfie kejap... Thanks ya Is..." kata Danie lagi.

           Akhirnya berbual mereka terhenti di situ sahaja. Danie dan Watie akan terus menjaga Elfie dengan baik dan pastikan Elfie tidak akan mengapa-apa lagi. Iskandar pula akan mencari pelbagai cara untuk mencari Rdhwan sehingga berjaya. Dia sangat berharap agar Elfie mendapat semula kebahagiaannya bersama-sama dengan Ridhwan. Dengan itu, Iskandar pasrah dan redha yang dia tidak dapat memiliki hati Elfie walaupun sudah banyak kali dia berusaha untuk memenangi hati Elfie, namun tidak juga berjaya. Di sudut hati kecilnya masih lagi ada secebis cinta yang tidak berbalas akan tetapi dia tidak mahu pentingkan dirinya dahulu untuk merebut cintanya Elfie dari Ridhwan. Dunia paksaan bukan jiwa dalam diri Iskandar. Niatnya ingin menolong memulihkan keadaan dahulu dan tanggungjawabnya untuk menjaga Elfie akan diteruskan juga.

Iskandar akan memulakan langkahnya dengan mengubah orang-orangnya untuk mencari Ridhwan dengan segera.


*******************************

           Dalam dunia gelap Elfie.... Dilihatnya ada seorang lelaki sedanga berdiri dan bertongkat lalu melambai-lambai tangan ke arahnya.. Elfie cuba berada dekat pada diri lelaki itu tetapi bayang-bayang lelaki itu semakin mengundur.

"Awak...awak jangan tinggalkan saya sorang-sorang...Saya takut gelap... Siapa awak??? Kenapa awak sahaja yang selalu muncul dalam fikiran saya???? Saya tak tahu siapa saya??? Saya di mana sekarang ini...??? Tolonglah awak...." kata Elfie.

Lelaki itu hanya asyik melambai-lambai tangannya dan wajahnya yang polos hanya tersenyum melihat Elfie di hadapannya. Dia juga berkata, "Awak yang tinggalkan saya....Awak yang hendak berseorangan dan awak jadikan saya bertongkat seperti ini. Tak mungkin saya akan lupa apa yang sudah awak buat pada saya.... Jadi, terimalah balasannya...... Lagi pula, saya amat mencintai awak... saya rindu sangat dengan awak sekarang........Namun awak masih lupakan saya......... Selamat tinggal!!!! Selamat tinggal awak!!!!!!!!"

"Saya tak ingat awak siapa?? Kenapa saya layan awak teruk sangat sampai begitu???? Kenapa??? Dan tolong jangan tinggalkan saya dalam keadaan gelap ini....awak!!!!!" jerit Elfie meminta tolong sambil mengejar bayang-bayang lelaki itu sehinggakan dia terjatuh lagi.... Dan kali ini tiba-tiba dia merasakan ada seseorang sedang memegang lengannya..... Lalu dia melihat........."

         Iskandar yang cuba menjenguk Elfie di dalam biliknya melihat keadaaan Elfie yang hanya terbaring tidak sedarkan diri. Badannya ada sedikit bergerak dan wajahnya juga seperti sedang ternampak sesuatu yang merunsingkan. Iskandar yang tidak rasa sedap hati lalu cuba menyentuh dan memegang tangan Elfie dan lengannya. Setelah itu, tangan Iskandar digenggam dengan kuat oleh Elfie.. Hati Iskandar mula berdebar-debar. Seminit kemudian, mata Elfie terbuka.......dilihatnya ada seorang lelaki sedang berdiri di hadapannya sambil memegang erat tangannya dan Iskandar rasa malu lalu melepaskan genggaman itu dengan segera.

Dalam hati Elfie berkata, "Diakah lelaki yang aku lihat dalam mimpi tadi???". Lalu Elfie merasa malas hendak berfikir panjang dan melupakan mimpi itu buat seketika.

"Awak ok??" tanya Is.

"Saya ok...tak pe..." jawab Elfie dengan perlahan. Kemudian Elfie memusingkan badannya ke arah berlawanan dengan Iskandar. Seolah-olah seperti tidak menyukai Iskandar. Iskandar terkejut dengan respon yang diberikan oleh Elfie di hadapannya lalu dia mengundur diri secara senyap dan keluar dari bilik itu.

Elfie sebenar masih runsing dengan fikiran dan bayangan dalam mimpinya tadi. Itu sebabnya, dia tidak mahu membalas mata dengan lelaki di hadapannya untuk terus mempersoalkan tentang siapa dirinya dengan lelaki di dalam mimpi dan lelaki yang berada di hadapannya sebentar tadi. Kepala Elfie menjadi serabut semula. Sakit untuk menahan kembali dan kali ini dia bertekad untuk tidak memaksa ingatannya itu.


Thursday 11 April 2013

Perfect Guy, Konon!!!!!!! 10




         "Elfie Nasreennnn.....Elfie Nasreennnnn..... Sampai hati awak benci saya..... Sampai hati awak buat saya macam tu......" kata lelaki tang berpakaian baju melayu berwarna putih sambil menyebut nama Elfie Nasreen di hadapan aku.

"Siapa awak???? Kenapa awak panggil saya dengan nama Elfie Nasreen???" Tanya aku yang sebenarnya  yang tidak faham apa-apa. Aku cuma nampak keadaan yang gelap-gelita hanya diterangi oleh cahaya itupun terpancar pada diri aku sahaja. "Lelaki di hadapan aku tadi siapa pula??? Dan mengapa dia berkata demikian padaku??? Di mengenali diri aku ke??? Siapa aku sebenarnya????? Awak tunggu......... Saya nak tanya awak ni...siapa saya sebenarnya......" Larinya aku mengejar bayang-bayang lelaki itu dan terus hilang. Aku terjatuh kerana menahan kepala aku yang sakit secara mengejut dan hanya membiarkan bayangan lelaki itu pergi sahaja.

        Suasana yang gelap itu menjadi terang semula apabila terasa kepala aku menjadi sakit dan kemudiannya aku tersedar dan mata aku terbuka besar hanya melihat di sekeliling aku yang diri aku sedang terbaring di atas katil dengan kepala aku yang berbalut. Kepala aku mulai rasa sakit lagi dan kali ini pening  yang amat kuat menyebabkan aku terpaksa tutup mata sekejap untuk menahan sakit itu.

"Di mana aku ini?????"

'Tiiiddddaaaakkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!........... Sakiiittttnya!!!!!!!......Aaaddduuuhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!" teriak aku sekuat hati hinggakan dua orang perempuan yang berpakaian serba putih juga seperti dalam mimpi aku tadi menghampiri aku dan memegang kedua-dua tangan aku dengan kuat.

"Kenapa pegang tangan saya???? Saya nak keluar dari sini.... Tolongggggg!!!!! Tolonggggg saya!!!!!!!" jerit Elfie tanpa mengetahui apa-apa yang sedang berlaku dengannya.

"Cik...sabar ya cik..."

Beberapa minit kemudian, doktor masuk ke bilik Elfie. Dalam pada itu, Danie dan Watie mengelabah di luar apabila mendengar suara Elfie sedang menjerit-jerit.

"Kenapa dengan Elfie??? Jom Watie..." kata Danie dan sempat melihat doktor memasuki ke bilik Elfie itu.

Mereka hanya dibenarkan melihat dari luar pintu sahaja tentang keadaan Elfie yang sedang dikawal oleh doktor.

"Nurse, sila sediakan suntikan..." kata doktor.

"Baiklah..." kemudian setelah suntikan disediakan dengan baik, Elfie diberikan suntikan itu supaya dia dalam keadaan tenang dan tidak menjerit lagi.

Setelah itu, doktor itu memesan kepada kedua-dua jururawat itu supaya perhatikan pesakit ini dengan sekerap mungkin sebab dia mempunyai masalah kepada otaknya. Jururawat itu hanya mengangguk-anggukkan kepala sahaja.

Pintu bilik dibuka dan doktor itu melihat ada dua orang rakan pesakit dihadapannya.

"Kamu ahli keluarga pesakit???" tanya doktor itu.

"Tidak doktor... Ada apa-apa yang perlu kami tahu. Kami rakannya. Beritahulah kami doktor...." jawab Danie dengan memegang kedua-dua tangannya dengan erat sekali seperti orang dalam susah hati.

"Dia sedang mengalami perasaan yang sangat takut. Tapi, tidak mengapa...perkembangannya akan muncul dengan tanpa kita sedar. Namun, dia masih lupa ingatan. Jadi, kamu harus cuba bantu dia untuk memulihkan ingatannya sedikit demi sedikit nanti. Dan jangan sesekali buat pesakit saya itu tertekan...ok.." jelas doktor itu dengan teliti. 

"Baiklah doktor...terima kasih..." jawab Danie lagi. Mereka pun masuk ke dalam bilik rawatan Elfie. Dilihatnya muka kawannya itu sangat pucat dan lesu tidak seperti sediakala. Badannya sangat lemah yang hanya terbaring di atas katil sejak dari kemalangan itu.

"Kesian Elfie... kau rasa dia kenal kita berdua tak???" tanya Watie kepada Danie.

"Entah aku rasa..tak kot...sebab doktor kata dia masih belum pulih. Sedih aku lihat kawan aku ni..." jawab Danie.

Mereka berdua sanggup menjaga kawannya di hospital sehingga dia dibenarkan keluar oleh doktor nanti.

Beberapa lama kemudian, Iskandar yang menghilangkan diri seketika telah muncul di bilik Elfie.

"Bagaimana keadaan dia??" tanya Iskandar dengan suara yang tegas.

"Dia ok...tadi dia mengamuk sekejap, lepas itu doktor beri dia ubat penenang. Kau sedang tengok dia tidur nyenyak lah tu.........sedihlah aku tengok kawan aku macam ini. Ini semua salah kita.. kalau tidak kita paksa dia bermain bola tampar petang semalam, takkan jadi semua ini." kata Danie dengan perasaan yang sangat sedih dan terluka.

"Jangan salah diri sendiri...sudah suratan takdir, kita harus belajar terima hakikat semua ini berlaku atas kita sekarang." jawab Is lagi dan rupa wajahnya kali ini sungguh tenang tapi masih serius. Mereka berdua hanya melihat pergerakkan kaki Is melangkah mendekati katil Elfie dan berkata........

"Aku janji, Elfie...aku akan jaga kau sebaik mungkin. Aku pasti akan pulihkan ingatan kau. Aku, Danie dan Watie akan bantu kau selamanya......." bisik Is di telinga Elfie yang masih tidak sedarkan diri. Manakala Danie dan Watie terkejut mendengar kata-kata dari Is itu sungguh penyayang orangnya. Walaupun dia tahu cintanya tidak pernah diterima oleh Elfie sebelum ini, dia tetap tidak putus asa dan tidak akan khianati kawan karibnya sendiri iaitu Ridhwan. Kemudian, Danie merenung wajah Elfie dan terlihat ada air mata jatuh menitis  di pipi Elfie. Dia seolah-olah memahami apa dimaksudkan Is sebentar tadi.

"Dia dengar kata-kata kau Is........" jawab Danie secara tiba-tiba.

"Apa???!!!" sahut Iskandar dengan terkejut.

"Aku tengok dia menitiskan air mata bermakna dia mendengar semua perbualan kita sekarang..." jawab Danie.

"Aku tahu kau orang yang tabah Elfie, jangan putus asa demi kami ya!!!!" Kata Is sekali lagi.

Mengelinang air mata Danie dan Watie apabila mendengar setiap kata-kata dari Iskandar. Mereka juga tahu yang Iskandar pun tidak sanggup melihat penderitaan yang di alami oleh Elfie pada saat itu, namun mereka berdua bangga dengan sikap yang Is tonjolkan di hadapan mereka.

"We should do like Is do....right dear....." kata Watie dengan kawannya itu sambil memeluk lagi.

"Yes, kita perlu kuatkan hati bantu Elfie....." sahut Danie.

"Sudah, mari kita balik dulu...mungkin Elfie masih penat... Dan kamu berdua bolehlah bawa apa-apa yang diperlukan sementara dia masih di rawat di sini. Kita perlu rehat juga kan... JOM!!!" kata Is sambil mengajak kawan Elfie beredar dari situ dan cuba menenangkan diri pula di luar.

"Ok...jom..." sahut mereka serentak...

         Akhirnya, suasana menjadi sunyi semula apabila ketiga-tiga mereka beredar dari bilik rawatan Elfie Nasreen. Setelah itu, dalam masa setengah jam kemudian Elfie tersedar dan dia melihat sekeliling tiada orang yang sedang menunggu di biliknya. Akan tetapi mengapa dia merasakan seperti ada orang yang berkata-kata di telinganya sebentar tadi dengan memberikan kata-kata semangat di biliknya itu. Dia masih ingat lagi kata-kata itu.

"Aku janji, Elfie...aku akan jaga kau sebaik mungkin. Aku pasti akan pulihkan ingatan kau. Aku, Danie dan Watie akan bantu kau selamanya......." Itulah ayat yang didengarinya tadi dari seorang lelaki. Dan yang peliknya ada juga suara perempuan.

"Siapakah mereka ya??? Mengapa mereka tiada di sini??? Ergg...sakit lagi kepala aku ini... Kenapa aku tidak boleh ingat semuanya....??? Tapi satu sahaja boleh aku ingat...adalah nama Ridhwan... Siapa Ridhwan ya????" kata Elfie keseorangan di dalam bilik itu sambil membangunkan dirinya dan duduk di atas katil itu. Dia merasakan matanya sudah terlalu segar untuk dia terus tidur pada malam itu. Namun, diotaknya hanya memikirkan kata-kata yang didengari dari seorang lelaki itu sahaja.


*****************************

          Beralih kepada Ridhwan pula, dia kini cuba untuk kuatkan semangat untuk melupakan gadis yang pernah singgah di hatinya itu iaitu Elfie Nasreen. Gadis yang telah banyak mengubah hidupnya tanpa dia sedari sekaligus mengubah fizikal dan mental dirinya juga. Dulu, teringat dirinya yang sentiasa kalah dalam pergaduhan di antara mereka semasa di kolej. Alih-alih si musuhnya itu akan menang dan sentiasa disokong baik oleh sepupunya, Iskandar. Biasalah Iskandar itu memang seorang yang cepat kasihan dengan orang lain termasuklah mak dan nenek aku. Lainlah dengan perangai aku yang tidak akan mengaku kalah walaupun dengan gadis seperti Elfie. Di hatinya ada juga rasa rindu kerana lama tidak berjumpa setelah kemalangan yang menimpa dirinya setelah kakinya ditendang oleh Elfie. Setelah dapat terserempak dengannya beberapa hari yang lalu dan dia telah menunggu lama untuk berjumpa dengannya di belakang kolej itu, dia menjadi pasrah dan tidak mempercayai kata-kata janji dari Elfie lagi. Dia akan cuba untuk mengelak kalau boleh untuk kali ini. Biar dia sudah ada segalanya, barulah dia mahu berdepan semula dengan Elfie Nasreen dan Iskandar.

"Mereka berdua tidak akan terlepas.... Aku akan perhatikan kamu dari jauh, setiap langkah kamu akan aku jejak walau di mana kamu berdua berada..." bisik dalam hati Ridhwan. Perasaan benci dan marahnya terhadap Elfie dan Iskandar semakin meningkat tinggi tanpa mencari dahulu kebenarannya.

"Ah...aku ingat orang upahan aku dulu, Azhar...banyak maklumat yang dia belum beri kepada aku... Baiklah...aku akan menelefon kepadanya dan minta dia bertemu dengan aku." Teringat Ridhwan kepada Azhar orang upahannya untuk mencari siapa Elfie Nasreen yang sebenarnya.

"Hello, Encik Azhar... saya Ridhwan... Saya ada hal hendak berbincang dengan kau... Boleh kita berjumpa???" kata Ridhwan kepada Azhar ketika di dalam bilik hotelnya.

"Baiklah..." sahutnya lagi.

         
            Beberapa lama kemudian, dia berjanji dengan Azhar untuk berjumpa di hotel tempat dia menginap sekarang iaitu tempat persembunyiannya dari mata-mata orang. Dia sudah menunggu Azhar di ruang makan hotel. Ini adalah untuk mengelak dari orang lain tahu tentang keberadaan aku di situ.

"Maaf Encik Ridhwan...lambat sikit.. jauh juga saya drive hendak sampai ke sini tadi." pinta maaf dari Azhar kepada Ridh.

"Tidak mengapa...yang penting kau berjaya sampai di sini. Ada orang ekori kau tak???" tanya Ridh dengan tegas.

"Tidak...." balasnya kembali.

"Bagus...sila duduk...dan aku nak kau cerita semua maklumat yang kau perolehi. Sudah lama kau simpan kan.... pasti banyak kau dapat..." kata Ridh lagi.

"Ya..memang banyak... dari mula saya akan ceritakan..." balas Azhar.

Ridhwan hanya mendiamkan diri dan mendengar setiap cerita dari Azhar itu.

"Gadis Elfie Nasreen ini adalah anak tunggal pewaris Dato' Ismail, beliau adalah seorang Pengarah Syarikat Emnie Designer.. Nama syarikat itu adalah dari nama isteri dan anak perempuannya. Selain itu juga....ciri-ciri Elfie ini dia seornag gadis yang suka menyendiri dan berdikari. Tidak suka dengan kongkongan. Sebab itu dia duduk di rumah sewa bersama rakan-rakannya. Dia memang degil orangnya dan berani. dan sekarang dia baru mengalami satu kemalangan yang teruk..."

"Apa??!! Teruk...??" celah Ridh..

"Ya... dia mengalami kemalangan di kepalanya. Sekarang ada di hospital. Malangnya, saya belum sempat mencari bahan cerita untuk yang selanjutnya..." kata Azhar lagi.

"Kemalangan...patutlah dia tidak berjumpa dengan aku........." mengeluh Ridh di hadapan Azhar tanpa sedar dia sedang memerhatikan gelagat aku dari tadi yang mengelabah.

"Kenapa encik....? Ada masalah???" sahut Azhar.

"Tak ada...ok...aku nak kau teruskan siasatan tentang Elfie ini dan juga tolong aku cari Iskandar. Dan setelah itu bantu aku untuk pertemukan aku dengannya...." pinta Ridhwan lagi kepada ornag upahannya itu.

"Baiklah...saya minta diri dulu..." kata Azhar.

Ridhwan hanya menganggukkan kepalanya. Kemudian, di hadapannya terdapat air susu dan beserta dengan  roti bakar. Dia cuba menjamah dan meminum air itu, tetapi otaknya masih memikirkan kata-kata Azhar tadi.

"Elfie kemalangan??? Bagaimana boleh jadi???!!! Adakah ia berlaku pada hari yang sama kami hendak berjumpa itu...?? Itukah sebabnya dia tidak dapat datang..........?? Ohh... Tidakkkk.... aku sudah salah faham menyangkal yang bukan-bukan terhadap Elfie... Atau hanya tipu helah???" bisik dalam hatinya dan masih tidak percaya dengan kata-kata dari Azhar itu.

"Aku tidak akan percaya selagi aku tidak tengok depan-depan perkara ini berlaku....." dengus Ridhwan lagi sambil meneguk cawan yang dipegangnya dan meletakkan semula dengan hentakkan yang kuat sekali. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang didengar sebentar tadi.

        Ridhwan bertekad untuk menuju ke hospital di mana Elfie dirawat itu. Dia akan datang secara sembunyi dan berpakaian jaket dan bertopi. Walaupun sememangnya dia tidak suka memakai topi tapi ini adalah pengorbanan untuk dirinya mengetahui hal sebenar dan berharap kali ini dia tidak dipermainkan sekali lagi oleh dua orang musuhnya itu.

        Dari hotel dia menempah sebuah teksi untuk menuju ke hospital. Setelah sampai dia sempat berpesan dengan pemandu teksi agar menunggu dia sehingga kembali semula. Ini dapat membantu dia cepat pergi dari situ nanti sekiranya ada berlaku sebarang yang mencurigakan di hatinya.

Kemudian, persoalan dihatinya lagi dia masih tidak tahu di mana bilik Elfie dan bagaimana hendak menghendap kalau tidak tahu selok belok menuju ke arah bilik Elfie. Dia ambil tindakan dengan bertanya dengan jururawat di situ. Mujur masa ini, jururawat banyak sedang bekerja untuk melawat pesakit mereka.

"Maaf ya... tumpang bertanya. Awak tahu di mana bilik rawatan Cik Elfie Nasreen??? Saya kawannya...." tanya aku di hadapan jururawat itu.

"Oh ya... saya baru membuat pemeriksaan tadi... Dia sedang tidur. Dia berada tidak jauh dari sini, encik jalan terus dan belok ke kanan ya... bilik dia hadapan sekali." jawab jururawat itu.

"Ok, terima kasih..."

"Kembali....."

        Aku tidak mahu membuang masa yang terlalu lama di situ, aku terus melangkah dan menuju ke arah bilik Elfie. Setelah sampai, aku lihat dirinya hanya dari luar. Nasib baik juga kawannya belum sampai untuk menjenguk. Kepala aku dari tadi menoleh kiri kanan takut-takut kawannya ada di situ dan juga Iskanadar.

"Penakut juga aku ni...." kata aku perlahan...

         Aku melihat dia......terbaring dengan kepalanya yang berbalut... Aku tekad untuk masuk ke bilik itu di samping Elfie masih menutup matanya. Elfir yang mempunyai deria pendengaran yang tajam telah mendengar hentakkan tapak kasut seperti ada orang curi-curi berjalan masuk ke biliknya. Dia buat-buat tidak dengar dan tidak sedar.

          Ridhwan yang sudah dekat menghampirinya hanya berdiri tegak di hadapannya.

"Betul juga kau sakit ya.... Ingat tak yang kau pernah jenguk aku dulu di hospital. Itu pun kau curi-curi kan.... Sekarang aku buat benda yang sama untuk merawat kau, Elfie...." katanya dengan perlahan.

         Elfie pula hanya mendengar kata-katanya dalam diam. Malangnya, hatinya tidak tahan ingin melihat siapa orang di hadapannya itu.. Akhirnya dia terus membuka matanya sedikit demi sedikit. Dilihatnya lelaki itu sedang menoleh ke belakang pula...

"Haiiisssshhhh.... tak nampak pula wajah dia....." bisik hati Elfie.

          Ridhwan yang memusingkan badannya, lalu melangkah pula ke sebelah posisi yang lain iaitu di sebelah kiri pula. Elfie yang sedang memerhatikannya tidak disedari oleh lelaki itu. Kemudian, Elfie mula menegurnya....

"Maaf, awak siapa???" tiba-tiba suara Elfie didengari oleh Ridhwan.

Dengan cepat Ridhwan memegang topinya dan tolak sedikit ke bawah tpopinya agar wajahnya tidak akan kelihatan oleh Elfie.

"Saya.... saya...." jawab Ridh dengan tergetar-getar.

"Saya siapa???!!!" sahut Elfie lagi.

"Saya...Saya kawan awak... maaf ganggu..." jawab Ridh lalu melangkah laju untuk keluar dari bilik itu.

"Awak...Ridhwan....!!!!" teriak Elfie kepada lelaki itu dan dilihatnya kaki lelaki itu terus terhenti di hadapannya.

"Bagaimana dia ingat akan aku.....??? Bukankah... dia luka di kepala... dan jururawat sempat memberitahu aku yang dia........."

"Kawan encik itu juga dia sedang mengalami masalah sedikit. Dia lupa ingatan. Jadi harap encik boleh bersabar ya..."

"Maaf.. saya bukan....." sambung Ridhwan dan kata-katanya terhenti dan terus membuka pintu lalu keluar dari bilik itu serta meninggalkan Elfie seorang diri sekali lagi.

Setelah Ridhwan menutup pintu semula, Ridhwan mula merasakan jantungnya tiba-tiba berdegup laju dan kenyang...."Kenapa aku rasa seperti ini apabila Elfie memanggil nama aku???" katanya lagi.

Ridhwan turut terfikir dan..... "Mengapa hanya nama dia yang Elfie ingat difikirannya.... bukan Iskandar???" bisik dalam hati Ridh lagi. Tanpa melengahkan masanya, dia terus berjalan pantas untuk cepat-cepat keluar dari hospital.

"Aku terpaksa tinggalkan kau sekali lagi, Elfie Nasreen...di saat kau dalam kesakitan dan kesusahan sekarang... aku tiada di sisimu...." rintih dalam hati Ridhwan yang turut rindu dengan wajah Elfie selama ini.....

         Teksi yang sudah lama menunggunya akhirnya dia kembali semula dan menuju kembali ke hotelnya untuk menenangkan fikiran. Ternyata benar apa setiap diperkatakan oleh Azhar kepadanya tentang maklumat Elfie.... tapi, aku lebih tahu tentang siasatan yang selanjutnya. Itulah Ridhwan, dia tidak akan menunggu terlalu lama sekiranya hatinya merasa resah setelah mendengar khabar buruk mengenai Elfie....

Aku hanya akan terus mendoakan agar Elfie cepat sembuh........dan mengingat segala-galanya yang dia janjikan padaku....



Friday 5 April 2013

Perfect Guy, Konon!!!!!!!! 9


          Terhentinya Elfie dari mengelamun, lalu duduk kembali ke kerusinya. Tiba-tiba....... Kring.....Kring...... Telefon Samsung Galaxy Tab aku berbunyi apabila aku sedang menelaah fail-fail di atas meja yang menimbun banyaknya untuk diperiksa dan ditelitikan. Aku tidak mempedulikan bunyi telefon itu, lalu satu mesej pula yang masuk. Aku membuka peti mesej itu dan membacanya. Hati aku mula terkejut dengan melihat mesej yang diberi adalah dari Ridhwan...Mesejnya berbunyi "Tolong angkat fon saya -Ridhwan-" Jadi, nama yang tertera di atas skrin telefon aku itu adalah Ridhwan. "Kenapa pula aku perlu terkejut????!!!" Bisik dalam hatinya.

"Perlukah aku menjawab panggilan itu???" tanya Elfie kepada dirinya sendiri. Dia sendiri masih rasa sangsi setelah sekian lama mereka tidak bersua. "Tapi bagaimana dia mengetahui nombor telefon aku ini????" persoalan demi persoalan yang terkeluar dari otaknya. "Tidak!!!! Aku tidak akan menjawabnya... Aku ragu..." katanya dengan perlahan. Aku pun bangun dari kerusi pejabat dan berjalan mundar-mandir sambil memeluk erat tangan di atas perut aku. Aku menjadi binggung. Setelah itu, pintu di luar di ketuk dan mengejutkan lamunan fikiran aku seketika.

"Ye...masuk...." jawab aku.

"Boss...ada orang nak jumpa...." kata Danie merangkap setiausaha dan kawan karibnya itu.

"Ada buat temujanji????" tanya Elfie kepada Danie.

"Ada boss...pagi tadi saya sudah maklumkan kepada boss yang hari ini Syarikat RMz Designer iaitu sebuah anak syarikat yang membekalkan barang-barang rekaan dalaman untuk bekerjasama dengan syarikat kita ini. Itu pun masih dalam perbincangan." terang Danie dengan teliti.

"Oh ya...maaf saya terlupa.... Kamu tolong bawa mereka ke bilik mesyuarat ya...Terima kasih, Danie...." balas Elfie lagi.

"Tunggu sekejap Danie... saya nak bercakap dengan awak sekejap boleh???" tanya Elfie.

"Boleh...kau tau tak macam mana Ridhwan boleh tahu nombor aku sekarang....?" 

"Bukankah dia.........." tak sempat Danie memberitahu hal sebenarnya, Elfie terus memotong ayatnya itu.

"Emm..tak apalah... tak penting.... 5 minit lagi saya keluar. Awak boleh teruskan kerja ya..." jawab Elfie.

       Elfie hanya membiarkan sahaja mengenai Ridhwan itu. Dia memang seorang yang fokus dengan kerjanya dari dulu hingga sekarang. Dia tidak suka memikirkan hal remeh-temeh lagi sejak di timpa kemalangan semasa bermain bola tampar ketika zaman kuliah dulu.

           Danie pula merasa resah dan susah hati dengan persoalan dari kawannya itu, seolah-olah dia tidak tahu siapakah gerangan orang yang akan dijumpainya selepas ini.

"Adakah aku perlu beritahu dia???" fikir Si Danie lagi. Hatinya menjadi serba salah sebabnya semasa membuat temujanji itu, dia pun terkejut yang dia sedang membuat temujanji dengan orang yang dia kenali iaitu Encik Ridhwan....rakan sekuliahnya juga bersama dengan Elfie, Watie dan Iskandar dulunya. "Tapi, kenapa sekarang tiba-tiba sahaja muncul dan juga kenapa perlu bekerjasama dengan syarikat Elfie????" Danie mula kehairanan.

"Aku berserah apa akan berlaku selepas ini??? Harap-harap perkara lama akan pulih semula dan tidak menjadi satu perkara buruk untuk mereka berdua apabila bertemu dan bersua sebentar sahaja nanti." doa dari hati kecil Danie.


*****************************

          Ridhwan yang akhirnya lama menunggu di belakang kampusnya itu membuat keputusan untuk tidak bertemu dengan Elfie lagi. Biarlah ia jadi kenangan sahaja sampai bila-bila sehingga pintu hatinya terbuka semula untuk mencari kembali Elfie Nasreen. Dia pasrah.

        Iskandar yang bergegas cepat memandu membawa Elfie yang telah parah di kepala dengan terkeluarnya banyak darah di kepalanya dan membuatkan Iskandar menjadi panik. Setelah sampai ke hospital yang perjalanannya mengambil masa setengah jam, akhirnya hati Is tenang sedikit sebab Elfie dapat dirawat dengan segera.

Iskandar, Danie dan Watie hanya menunggu pemeriksaan daripada doktor. Mereka sememangnya nampak resah dan gelisah.

"Kenapa ya dengan Elfie tadi??? Aku lihat dia macam tak fokus sahaja bermain di gelanggang. Macam ada fikirkan sesuatu...." tanya Watie.

"Macam mana kau perasan semua tu....???!!!" tanya Danie.

"Tadi aku sempat ambil take a break kejap. Duduk minum air. Masa tu lah aku tengok dia....pelikkan???" jawab Watie.

"Tak pe...Bila Elfie sihat nanti, kita tanya dia ok..." balas Danie.

Iskandar pula menyampuk...

"Macam mana boleh kemalangan macam tu tadi Watie, Danie... Tolong terangkan dekat aku...." tanya Is dengan seriusnya.

"Emmm....kau lah cerita..." Bisik si Wateie..

"Tak nak lah... kau yang tengok kan tadi macam mana kepala Elfie terkena bola tu...." jawab Danie lagi.

"Dahhh!!! tak payah nak bisik-bisik sangat!... Danie, tolong cerita dekat aku...cepat!!!" pujuk Is dengan suara yang lantang dan kuat.

"Ok....macam ini..." Danie memulakan ceritanya manakala Iskandar teliti mendengarnya...

"Ok...dia ada cerita apa-apa kat korang tak...kenapa dia lambat sampai kat gelanggang??? Sebenarnya aku ada tengok daripada jauh je tadi... Betulkan dia lambat sampai sana...?" tanya Iskandar lagi untuk mengetahui kepastian tentang sesuatu.

"Tak ada pulak dia cerita apa-apa...alih-alih dia mengelak je bila kita tanya.... Biasalah Elfie, itukan perangai dia...." balas si Watie.

"Ok...thanks..." jawab Iskandar.

         Watie dan Danie merasa pelik dengan sikap yang ditonjolkan oleh Iskandar di hadapan mereka. Seolah-olah seperti...........

"RIDHWAN!!!!!" sahut kedua-dua mereka dengan serentak menyebut nama "Mr. Perfect Guy" itu....

Muka mereka berdua pun berkerut....dan hanya mengangkat kedua-dua bahu mereka menandakan tidak faham. Akhirnya, mereka pun duduk di ruang penunggu untuk menunggu doktor keluar dari bilik kecemasan.

Beberapa jam kemudian.......... Jururawat yang diarahkan oleh doktor untuk memberitahu keadaan pesakitnya hanya melihat kedua-dua kawan pesakit sedang lena tidur di kerusi manakala lelaki itu hanya menyandar di sebuah tiang. Jururawat mengambil keputusan untuk pergi ke arah lelaki itu memandangkan dia tidak mahu menganggu kawan pesakit yang sedang tidur itu.

"Encik, maaf menganggu... Pesakit tadi sudah sedar.... Tapi, malangnya..........." jelas jururawat itu dengan teliti.

"Apa???!!!!! Ya, Allah...teruknya...." bisik dalam hati Iskandar sambil mengusap mukanya dengan tapak tangannya menandakan dia pasrah dengan apa yang terjadi menimpa Elfie Nasreen.

"Harap bersabar ya.....Dan encik boleh melawatnya nanti apabila pihak kami pindahkannya ke bilik rawatan..." kata jururawat tu...

"Baiklah. Terima kasih." jawab Iskandar.

Hati Iskandar terasa berat untuk memberitahu kawan Elfie iaitu Watie dan Danie tentang keadaan menimpa Elfie sekarang. Elfie mengalami gegaran otak yang terlalu kuat dan menyebabkan dia lupa ingatan buat seketika. Malangnya lagi, doktor mengatakan bahawa kepulihan Elfie untuk mengingat semula segala peristiwa tentang dirinya berkemungkinan mengambil masa yang agak lama. "Bagaimana aku nak berterus terang dengan mereka berdua???" keluh dan resah dalam hati Is. Melangkahnya kaki Is untuk berdekatan dengan mereka berdua yang sedang nyenyak tidur, tangannya pula hendak menyapa bahu Danie. Dalam pada itu, dilihatnya bahu Danie bergerak. Ternyata Danie sudah tersedar lalu melihat muka Iskandar yang masam macam cuka seolah-olah ada sesuatu yang berlaku tadi.

"Kenapa Is??? Elfie bagaimana?? Ok tak???!!!" tanya Danie tanpa menghiraukan Watie yang tidak sedar disebelahnya dan terus-terusan bertanya dengan Iskandar tentang keadaan Elfie.

"Emmm...macam mana nak cerita ya...." sahut Iskandar dengan tergagap-gagap dan lalu terdiam.

"Janganlah diam, Is....beritahu saja...apa yang dah berlaku...." jawab Danie tidak sabar.

"Elfie mengalami gegaran otak yang kuat dikepalanya menyebabkan dia........." jawab Is lalu terhenti lagi.

"Dia apa???!!!" tanya Danie lagi.

"Dia jadi lupa ingatan Danie....." jawab Is dengan nada yang sedih tanpa dia sedar air mata jantannya jatuh ke pipinya dan akhirnya dia melangkah pergi dari situ.

"Apa????!!! Ya Allah....!!!!!" sahut Danie lalu tergamam di hadapan Watie dan Is. Danie yang tidak berpuas hati terus berjumpa dengan jururawat yang ada dihadapannya dan bertanya semula tentang Elfie sekali lagi.

Ternyata cerita Iskandar memang benar. Dia dan kawannya perlu pasrah sahaja dan tempuhi dugaan itu dengan sabar dan tenang. Danie terus menuju ke arah Watie yang belum sedar dan cuba untuk membangunkannya dari terus tidur di situ.

"Watie..bangun... Elfie..Watie...kawan kita..." kata Danie sambil mengerak-gerakkan bahu kawannya itu.

"Emmm...ye..ye... aku bangun... hahhhh... kenapa Elfie??!!!!" sahut Watie dengan terkejutnya.

"Dia lupa ingatan....macam mana ni Watie....aku risau ni..." jawab Danie lagi.

"Ya Allah..serius??? Bersabarlah Danie.. Dia kawan kita, kita mesti cuba bantu dia.... InsyaAllah ya..dia akan pulih nanti..." jawab Watie sambil mereka berpelukkan dan terus menangis.

"Di mana perginya Iskandar???" tanya Watie lagi.

"Entah, aku tak tahu...Lepas dia bercerita dengan aku apa yang diberitahu doktor dengannya... dia nampak sedih Watie...menangis juga.. Lepas itu, dia terus lari tinggalkan kita.... Kesian pula aku tengok dia.." kata Danie kepada Watie.


          Iskandar yang sudah lari keluar dari pintu hospital menuju ke arah parkir keretanya. Di keretanya dia menyandar di bahagian pintu hadapan, kedua-dua tangannya mengusap mukanya itu yang penuh dengan air mata di pipi. Kemudian, dia memusingkan badannya dan meletakkan kepalanya di atas kereta. Dia betul-betul merasakan perasaan serba salah kerana tidak menjaga Elfie Nasreen dengan betul dan baik. Lalu Iskandar membuka pintu kereta dan masuk ke dalamnya. Sekali lagi dia mengusap mukanya dan kali ini hatinya sangat marah dengan dirinya sendiri. Dia tidak mempercayai Elfie akan lupa ingatan seperti itu. Dengan perasaan geram wujud di dalam hati Iskandar akhirnya dia menumbuk-numbuk stering kereta dengan tangannya dengan kuat sekali dan sekali lagi air matanya terjatuh dan menangis menahan pedih di hatinya itu.

"Kenapa kau harus jadi begini Elfie??? Apa patut aku lakukan untuk pulihkan keadaan kau sekarang??? Ridhwan di mana kau???" 

Aku sudah tidak tahan menanggung penderitaan ini seorang diri. Muncullah segera wahai sepupuku.....RIDHWAN............



************************

        Ridhwan yang pergi meninggalkan tempat perjanjian perjumpaan di antara dirinya dengan Elfie Nasreen di sana hanyalah sebagai janji kosong. Hati Ridhwan teramatlah marah dengan sikap Elfie yang dari mula mereka berjumpa asyik menyakitkan hatinya sahaja. Memang dari dulu Elfie tidak puas hati dengannya. Mula wujud prasangka tidak baik terhadap diri Elfie dalam hatinya.

"Aku geram dengan kau Elfie Nasreen!!!! Sampai sekarang pun kau nak berdendam dengan aku lagi... Sampai hati kau buat aku macam ini.... Besar sangatkah dosa aku pada kau...??? Hah...Elfie Nasreen!!!!!!" bisik hatinya sambil menyebut-menyebut nama Elfie dengan sekuat hati. Apabila marah menguasai minda Ridhwan menjadi putus asa untuk terus meminta maaf dengan Elfie tentang apa yang sudah terjadi kepada mereka berdua. Dia anggap semua ini hanyalah bala pada dirinya apabila dia mengenali perempuan bernama ELFIE NASREEN!!!!!! Dengan itu, dia bertekad untuk tidak mencari Elfie lagi dan membuat keputusan untuk menyendiri sahaja sehingga ada masa sesuai untuk menuntut keadilannya itu nanti.

"Aku juga akan pastikan kaki aku akan pulih seperti sediakala..... Aku tidak mahu mengaku kalah lagi dengan orang di sekeliling aku... Mereka yang membuatkan aku jadi begini!!!!! Mereka perlu dapat pembalasan juga dari aku satu hari kelak...." -janji dari Si Mr. Perfect Guy...-



Thursday 4 April 2013

CATALYST in my world blog... Grab it Now!!!!

Assalamualaikum semuanya...
Kepada orang sedang membaca, menjenguk dan melihat entri saya pada hari ini......

Please, jangan lepaskan peluang untuk mencuba.. Ia memang benar-benar bagus dan baik belaka....
Sukar untuk saya ceritakan, tapi apabila anda sudah mencubanya pasti anda berpuas hati seperti saya turut salah seorang pengguna yang baik dan ingin menjadi MENARIK seperti orang lain....

 Apakah ini??????


VIRGIN COCONUT OIL (MINYAK KELAPA DARA)
(RM 43.90)

- Ia adalah diperbuat dari minyak kelapa asli sebab itu dipanggil 'minyak kelapa dara'.
- Apabila anda cuba memakannya hasilnya akan menjadi tubuh badan kita semakin sihat dan cergas, bahagian otot-otot kita yang sering sakit akan dapat dipulihkan dengan segera menjadi tidak sakit dan tidak tegang.... buktinya saya dapat ketahui dari salah seorang ibu yang sering penat apabila banyak membuat kerja dalam seharain. Apabila dia mengamalnya ternyata sakitnya kurang dan bila bangun pagi menjadi segar dan sihat....:) Syukur alhamdulillah atas perubahan yang baik itu....
- Lain-lain bukti adalah saya sendiri yang dulunya ada mengidap sakit lelah yang melampau. Apabila mengamalkan catalyst VCO ini saya semakin sihat walaupun banyak kerja yang saya lakukan dalam satu hari. Biasalah, perempuan sememangnya banyak kerja kan...Saya, di rumah sebagai anak dan di luar sebagai pekerja guru untuk mendidik anak. Dan yang paling best sekali, saya sedang cuba untuk berjaga malam untuk menjadi seorang penulis pula... Wahhhh....seronoknya apabila melakukan pelbagai jenis kerja. Bukan nak memuji kita hebat, cuma dari penggunaan Catalyst ini menjadikan diri kita  HEBAT dan BERSEMANGAT!!!!!


Seterusnya.........Lihat gambar ini pula.....


Yang ini adalah CATAYLST COLLAGEN PREMIUM
(RM65.90)

- Untuk Catalyst Collagen pula ianya baik untuk kulit kita seperti wanita yang amat mementingkan kulitnya agar tidak cepat berkedut sebab oleh usianya semakin meningkat, Kulit yang kering sebabnya oleh sinaran matahari ataupun penggunaan make-up yang berlebihan.
- Ia adalah untuk menjaga kulit kita supaya dalam keadaan lembab dan segar, memutihkan kulit juga adalah perkara paling utama. Dimaklumkan di sini apabila anda memakannya bukan setakat kulit dimuka menjadi lebih baik malah seluruh badan kita juga menjadi putih dan segar.
- Cara memakannya adalah hanya menuangkan serbuk di dalam peket ke dalam mulut anda dan rasanya.....emmmm.......perisa oren. Ia lebih baik sekiranya anda meminum air jus oren setelah selesai merasai kenikmatan serbuk itu.....:)
- Ini bukan sahaja benar, tapi terbukti...kuliy saya dulunya cepat kering sekarang menjadi sihat dan segar... Jerawat yang ada kesan dimuka menjadi pulih sedikit demi sedikit.... Alhamdulillah.....:)


Kemudian,

Penilaian ini bukan hanya cerita semata-mata tapi dengan ada rasa sedikit di hati untuk MENCUBA dan membuat PERUBAHAN pada diri untuk menjadi lebih CANTIK dan MENARIK.....

Apabila kita nampak SEGAR dan BAHAGIA....dimana rahsianya.....????

Ya... di CATALYST lah....

So, saya menanamkan sikap....

"BERANI MENCUBA DAPATLAH HASILNYA"


_Jika berminat untuk ketahui PRODUK CATALYST ini....boleh hubungi/ sms saya di nombor dibawah :-
013-8467428 / www.facebook.com/aziah.com (pm saya)

Ingat!!!!!!!! Perubahan berlaku apabila anda sendiri inginkan.......:)



Kepunyaan Blog.....Comel :)

Gadis yang kecil molek berasal dari Kuching Sarawak. Dirinya amat bersahaja dengan amat meminati bidang penulisan ini bagi mewujudkan cerita & kisah menarik yang tergambar di fikiran untuk direalisasinya kelak. InsyaAllah... PEACE