Tuesday 29 October 2013

Perfect Guy, Konon!!!!!!!!!! 15

          Beredarnya Ridhwan setelah penat mengangkat kekasihnya, Elfie ke dalam bilit rawatannya di hospital itu dari tempat yang jauh iaitu semasa mereka berada di dalam hutan yang gelap-gelita serta harapannya untuk berterus-terang kian pudar apabila Elfie tiba-tiba pengsan di saat Ridhwan benar-benar ingin meluahkan perasaan hatinya itu.

"Elfie...bangun..baanngunnn sayangku!" Kata Ridhwan setelah meletakkan Elfie di atas katilnya. Namun tiada juga tindak balas dari kekasihnya itu. Hatinya mula risau kerana kalau dia masih berada lama di situ dan berkemungkinan orang lain atau juga jururawat akan menghidu kehadirannya di hospital itu. Maka, tiada pilihan lain yang patut dia lakukan melainkan dia terpaksa juga pergi dan keluar dari situ.

Sebelumnya, dia sempat mengucup tangan Elfie dengan penuh kasih sayang agar Elfie boleh mengingati semula dirinya apabila dia sudah sedar nanti. Ridhwan tahu yang kasihnya amat dalam pada Elfie Nasreen seorang. Walaupun keadaan mereka begini, Ridhwan mampu melawan egonya yang tinggi itu di hadapan Elfie.

Dengan itu Ridhwan cepat-cepat melangkah pergi meninggalkan Elfie yang masih tidak sedarkan diri.

"Yess, masih gelap lagi. Baik aku jalan perlahan-perlahan dan keluar mengikut arah pintu hadapan supaya tiada sesiapa yang akan syak kedatangan aku dan pengawal akan beranggapan aku hanya pelawat sahaja yang mahu pulang ke rumah." Kata dalam hatinya.

Kakinya terus melangkah sehingga nampak pintu hadapan dan dilihatnya ada dua orang pengawal di situ. Yang seorang sedang tidur manakala yang seoraag lagi seperti sedang meronda-ronda melihat sekelilingnya.

"Eh awak, apa yang buat malam- malam macam ni? Dah nak balik ke? Kenapa balik tengah malam pulak?!" Tanya pengawal itu kepada aku.

"Ohh, saya rasa mengantok sangat tadi...Itulah nak balik sekarang nak rehat kat rumah je boleh lama sikit kan...." sahut Ridhwan dengan selambanya dan harapan agar dia boleh keluar dari situ.

"Ok, nanti datang lagi ke jaga pesakit kat sini?" Tanya pengawal itu lagi.

Eh, pakcik ni banyak pulak tanya soalan dia dekat aku.

"Mungkinlah pak cik...nanti siang saya kembali lagi." Jawab Ridhwan dan lalu cepat-cepat mohon untuk pergi.

"Baiklah..." jawab pengawal itu.

Huhhhh...nasib baik ko lepas bro....! Boleh jatuh jantung aku tadi kalau tak lepas. Mana tidaknya banyak pulak soalan yang perlu aku jawab. Hakikatnya, aku tak suka pun nak pergi hospital ni...

          Akhirnya Ridhwan berjaya keluar dari hospital itu dengan selamat dan juga berjaya melepaskan diri dari pengawal-pengawal yang asyik banyak bertanyakan soalan kepadanya. Dalam lubuk hati kecilnya masih lagi ingin berborak panjang dengan kekasih hatinya, namun keadaan masih tidak mengizinkan... penuh dengan rintangan dan dugaan dalam dia hendak belajar mengenal erti cinta.

"Aku doakan kau cepat sembuh Elfie Nasreen...jangan sesekali kau menyeksa hati aku lagi... aku benar-benar rindu padamu. Di saat aku rindukan kau, di situlah hati aku terasa sakit melihat kau bermesra-mesra dengan lelaki lain. Aku tahu aku tak patut menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Hanya ini semua berpunca dari kesilapan aku sendiri...terlalu ego dengan pendirian aku. Syak yang bukan-bukan dengan sahabat aku sendiri... Please, maafkan aku Elfie...please..." dalam rintihan hatinya berkata dengan harapan agar Elfie dapat mendengar segala luahan hatinya itu.

Segala kata-kata itu juga di rakam di dalam smartphonenya... Biar satu hari nanti, Elfie kekasihnya dapat mendengar semua kata-kata kasih dan cintanya yang begitu mendalam itu. Dia pun beredar dari situ dengan menggunakan teksi untuk menuju kembali ke hotelnya.

                                       **********************

Tersedarnya Elfie setelah merasakan dirinya sakit di kepala semasa mengingati sesuatu yang ditunjukkan oleh lelaki misteri padanya itu. Lalu dia membuka matanya dan melihat di sekelilingnya...

"Ehhh...aku di mana ni??? Bukannya aku di hutan ke malam tadi dengan....lelaki tu...." kata-katanya terputus dan juga terkejut apabila tiba-tiba pintu biliknya di buka dan terlihat seorang lelaki yang selalu melawatnya di situ sejak dia sedar dari kemalangan kelmarin itu.

"Ohh..awak rupanya Is...." sahut Elfie terus tanpa menunggu Is bertanyakan khabarnya.

"Ye..hai..kenapa? Awak okey?? Sihat???" Tanya Is kepada buah hatinya sambil melontarkan senyuman yang penuh makna itu. Maknanya dirinya amat rindu dengan Si Elfie.

"Ohhh, hai...saya sihat alhamdulillah.. Awak datang sorang-sorang ke? Mana yang lain-lain...???" tanya Elfie kepada lelaki yang belum dia kenal sepenuhnya dan apakah kaitannya dia terhadap aku. Pertanyaan yang tadi juga adalah untuk mengelakkan dirinya berduaan sahaja di dalam bilik itu dan itu membuatkan dirinya tidak selesa.

"Kenapa dengan awak ni Elfie? Macam tak selesa je.... Awak takut ye dengan saya kat sini...." tanya Iskandar dengan Elfie kerana dia sudah melihat muka Elfie yang seperti susah hati di atas katil itu. Majalah yang dibacanya tadi, sudah berubah mukasuratnya apabila dia asyik membelek-belek sahaja dari tadi.

"Jangan risau... kejap lagi Watie dan Danie akan sampai. Dia orang baru mesej saya tadi... saya pun ada beritahu mereka semalam yang saya akan melawat awak hari ini sebabnya saya akan terbang ke Australia ada urusan sedikit. Itu sebab nak ucapkan selamat jalan dengan awak dulu sebelum saya berangkat nanti." Terang Is dengan buah hatinya itu yang akan dirinduinya selama tinggal di Australia nanti. Dia bertekad akan menjaga Elfie walaupun dia jauh di mataku.

"Owh begitu...thanks Is, sudi jaga saya selama ini. Berapa lama awak dekat Australia tu??" Tanya Elfie lagi.

"Lama lah gak...dalam setahun lebih...biasalah uruskan syarikat kat sana...." jawab Is yang sebenarnya dia hanya membantu sepupunya itu iaitu Ridhwan yang lama menghilangkan diri dan dirinya terpaksa menggantikan tempat Ridh buat sementara waktu. Apabila Ridh mahu kembali semula ke pangkuan keluarganya, pasti dia yang akan ambil alih semula. Dan Elfie tidak patut tahu hal kehilangan Ridh sejak dulu lagi sehinggakan dia sanggup tinggalkan Elfie dalam kerinduan itu dulu. Mujur Elfie boleh melupakannya dan kemalangan yang menimpa Elfie ini juga membuatkan Is menyesal tidak menyatakan cintanya kepada Elfie dulu...

Kepunyaan Blog.....Comel :)

Gadis yang kecil molek berasal dari Kuching Sarawak. Dirinya amat bersahaja dengan amat meminati bidang penulisan ini bagi mewujudkan cerita & kisah menarik yang tergambar di fikiran untuk direalisasinya kelak. InsyaAllah... PEACE