Sunday 21 October 2012

Ikhlas kah Cintamu???

       Dalam perjalanan aku belajar mengenal erti cinta aku sangatlah faham cinta itu amat menyakitkan, mengecewakan dan tiada yang bahagia. Aku benci apabila kenal maknanya cinta. Betulkah aku pernah bercinta atau sahaja ia terlintas di fikiran aku untuk mengganggu fokus aku dalam pelajaran saat ini.

      Dulunya aku terlalulah kecil...kerana fizikal aku juga kecil tidak seperti perempuan lain. Aku memang banyak kekurangan berbanding dengan perempuan -perempuan yang cantik di sekeliling aku. Namun aku tidak berputus asa, aku terus cuba mencari cinta aku seperti yang dilakonkan artis dalam televisien.....macam senang jer kan.... lelaki terserempak dengan seorang perempuan dalam sesebuah babak, lepas iti terus kenal dan berkawan....berkawan tapi mesra....apabila sudah mesra mulalah bibit-bit cintanya. Maka timbullah perasaan cinta dan kasih sayang itu. Tapi mengapa tidak berlaku kepada aku sehingga sekarang??? Apa aku tak cantik ker??? Tak lah....aku belajar untuk terus sempurna walaupun di mata orang lain aku banyak kekurangan diri.

      Aku seorang gadis yang suka berangan, mencari puteranya yang kacak, baik dan sayang kat aku. Itulah idaman aku di saat aku cuba menginspirasikan mimpi-mimpi indah di malam tidur aku. Apabila aku berada di sekolah aku sempat melihat telatah teman-teman sekolah yang asyik teringin hendak berpasangan anatara satu sama lain. tipulah aku kalau aku sendiri pun tidak teringin sebegitu. Tapi apa boleh buat, aku sedar aku tak cantik...tak lawa...seperti gadis lain. Aku pernah cuba untuk merapatkan diri aku dengan seseorang, seseorang yang sungguh popular pada masa itu kerana dia seorang pengawas sekolah. Aku berangan hendak kenal rapat dengannya. Aku turut memberanikan diri dengan menulis sepucuk surat menyatakan aku suka padanya. Dalam pada itu, rancangan yang dirancangan agak sedikit tercapai. Namun, agak lama juga surat aku itu di balas.

"Awak, saya nak berkawan dengan awak boleh?? nie surat saya...nanti senang bacalah ye... tapi jangan lupa balas tau... terima kasih...." kata aku pada masa aku sekolah lagi. Aku memang tiada perasaan malu dan tidak fikirkan apa-apa yang tidak baik akan berlaku. Tapi dalam niat aku mencuba juga.

Seminggu kemudian................

       Masuknya aku ke sekolah, seperti biasa ikut jadual sekolah...belajar dalam kelas...tumpu perhatian sepenuhnya... Lepas itu, apabila masa rehat aku akan mencari-cari si dia....kerana sudah agak lama jawapan kepada surat aku tidak berbalas. Mungkinkah dugaan aku benar??? Aku perasan hendak berkawan dengan dia tapi belum tentu dia sudi hendak berkawan dengan aku kan.... Aku hanya terus menunggu...

       Di kantin, aku membeli makanan dan minuman aku sperti biasa, lepak di kelas seorang diri. Aku memang gadis yang kurang bergaul dengan orang, amat senyap dan suka ketawa apabila melihat telatah rakan-rakan di dalam kelas. Tiba-tiba....

"Adik...adik..." seperti ada suara memanggil lalu aku menoleh.... Rupa-rupanya si dia yang telah berdiri di hadapan aku sambil mengayun-ngayun tangannya bagi mengarahkan aku ke arah dia. Dia pun mengajukan aku sepucuk surat dan dia berkata "Jangan baca di sini, baca apabila sampai di rumah nanti." Aku pun mengangguk kepala untuk memahami apa yang diinginkan oleh si dia.

Tibanya balik sekolah.....

       Aku yang sering balik dari sekolah dengan berjalan kaki. Aku akan berjalan bersama kawan aku Suria. Sambil aku menunggunya di luar sekolah, fikiran aku mula memikirkan tentang isi kandungan surat si dia. Apakah jawapannya??? Di sebalik hati aku berkata, aku tidak mengharapkan jawapan yang seindahnya cinta suci...cukuplah yang baik-baik sahaja.

        Apabila tiba di rumah....aku mengemaskan diri dan solat Zohor. Selepas itu, aku pun mengurungkan diri di dalam bilik. Perasaan aku amat tidak sabar untuk membuka dan membanca surat dari si dia. Hati aku berdebar-debar....untuk terus membuka surat itu.

Dalam sebahagian daripada isi surat itu menyatakan........

"Abang hanya boleh jadi kawan kepada adik atau kalau boleh sebagai adik angkat abang sahaja. Tidak lebih daripada itu. Lagipun abang tak lama lagi nak SPM, jadi abang tak mahu benda-benda macam ini berlaku. Diharap adik sudi terima jawapan apabang ini dan tidak sedikit pun menyakiti hati adik di sana." Aku yang terus membaca mula merasa sedih dengan ayat-ayat di dalam surat itu. Aku cuba kuarkan diri agar tidak menangis. Tapi akhirnya aku menangis juga.....

        Di situlah aku mula memahami perkataan cinta bukan mudah dipermadahkan dengan mulut tapi perlu wujud satu perasaan kasih sayang juga barulah ia dapat diluahkan. Dengan adanya pengalaman ini , inilah kali pertamanya aku menulis surat dan mendapat surat yang amat mengecewakan hati aku. Aku bertekad tidak akan melakukannya walaupun hati aku suka pada seseorang. Ia sangatlah memalukan...!!!!

**********************

        Bermulalah pada saat itu, aku pun fokus sahaja dengan pelajaran aku, manakala si dia tidak aku pedulikan lagi, malah aku tidak pun menganggapnya sebagai abang angkat aku. Apabila berhadapan dengannya aku hanya memberikan senyuman sahaja tanpa menegur dan menyapanya. Aku perlu belajar untuk menerima setiap apa yang telah terjadi menjadi pengalaman dan pengajaran. Mungkin  ini yang terbaik buat aku dan dia. Melepaskan seseorang yang kita cintai adalah lebih membahagiakan kita apabila kita dapat melihatnya bahagia dengan pilihannya sendiri. Daripada itu jugalah aku tidak percaya adanya cinta dalam diriku.....Aku takut aku tidak ikhlas dengan setiap perhubungan yang menyinggah dalam hati aku nanti.

        Aku yang suka menyindiri hanya melakukan perkara rutin di dalam kelas, menelaah dan yang paling aku gemar lakukan adalah menulis buku diari aku dan membaca novel. Ada sahaja masa lapang, aku akan membacanya dengan penuh perasaan. Rakan-rakan aku yang lain pun turut meminati membaca novel juga. Maklumlah pada zaman itu barulah bermula novel-novel terkenal dan keseluruhannya terlalu obses dengan novel yang sedia ada terutamanya novel berunsur percintaan.

          Pada suatu hari, ada seorang lelaki yang baru pindah ke kelas aku. Aku hanya melihat dirinya tapi dia nampak macam seorang yang pendiam. Pakaiannya sungguh bersih dan segak walaupun hanya menggunakan pakaian seragam sekolah sahaja..... Aku senyum padanya dan dalam hati aku berkata "Macam baik je mamat nie". Dia turut membalas senyuman aku itu. Tibanya waktu rehat, dia hanya mengekori gerak-geri pelajar lain untuk ke kantin. Aku biasa tidak makan makanan berat dan hanya menjamukan biskut kegemaran aku iaitu "Delio" namanya. Biskut itu hanya dijual pada masa rehat sahaja oleh pelajar yang memasuki kelab usahawan sekolah.

          Beberapa minit kemudian, si dia masuk kelas kembali tapi hanya keseorangan. Dia mengambil tempat duduk bersebelahan dengan aku. Perasaan aku mula resah dan tidak selesa. Biasanya aku akan bersendirian sahaja. Dia pula hanya fokus dengan makanannya itu, namun matanya memandang aku. Aku buat tidak tahu sahaja. Agak lama juga dia berperangai seperti itu, sehingga aku memberitahu rakan yang lain, tapi mereka buat tidak endah sahaja kerana dia sememangnya pendiam, tidak bertegur sapa dengan orang lain. Aku tidak suka akan sifatnya itu.

"Tam, kau buat apa tu??? Kau nie pendiam kan.... Kenalkan aku Syuk..." kata Syukri dengan menyapa Rostam.

"Aku duduk je...takde buat apa... dan tak tahu nak buat pa..." balas Rostam lagi.

Rostam menyambung lagi.

"Aku nak tanya sikit dengan kau boleh??? Gadis itu sapa nama yer???" tanya Rostam kepada Syukri.

"Yang mana???!!" 

"Alah, gadis yang suka duduk seorang diri kat sana tu...." 

"Oh, dia....kenapa?? Kau suka dia ye... Bagitau je lah...." usik Syukri lagi.

"Eh, jangan....malulah aku. Dia tak kenal aku lagi. Aku pun tak kenal dia kan." Jawab Rostam yang masih malu-malu di hadapan Syukri.

"Takpa, nanti aku tolong kau okey... Rileks lah..." balas Syukri untuk berniat membantu kawannya itu.

      Rostam semakin hari semakin rapat dengan Syukri sehinggakan mereka berdua tidak dapat berenggang sesaat pun. Walau di mana jua mesti bersama-sama, duduk di dalam kelas dan di makmal sains juga. Sejak itu, aku pun perasan yang dia itu tidaklah sediam orang yang kata. Dia hanya pemalu lagi-lagi berhadapan dengan perempuan. Tapi ramai juga perempuan suka padanya. Dia menjadi popular dengan gayanya tegas dan segak itu. Ada juga pelajar perempuan junior yang sanggup hendak berkawan dengannya. "Ishh....macam lah hensem sangat!!!" bisik hati aku.

Pada suatu hari......

Di pagi hari, aku datang awal kerana aku bertugas untuk menyapi kelas. Aku lebih suka datang awak kerana mudah aku mengemas kelas apabila tiada orang yang ramai. Aku menyapu dan menyusun meja biar ianya nampak rapi dan tersusun. Habuk di papan hitam kelas juga aku turut bersihkan tapi itu adalah kekurangan aku. Selepas aku membersihkan ke semuanya pasti aku akan bersin sepanjang hari dengan selsema yang tidak berhenti- henti. Dengan keadaan yang sunyi di pagi itu, aku pun terkejut terdengar bunyi sesuatu....

"Bukk!!!!"

"Siapa tu??!!" Aku menegur apabila berdiri di hadapan kelas lalu menoleh ke belakang.

"Saya....Tam.. maaf buat awak terkejut.  Saya tidak sengaja. Awal datang hari ini???" jawab Tam kepada aku.

"Saya ada tugas hari ini, tu yang datang awal." Aku menjawab dengan nada spontan sahaja sambil meneruskan kerja yang dibuat sebentar tadi.

"Boleh saya tolong...??" kata Tam lagi.

Eh..mamat nie...baik je tiba-tiba... Boleh juga nak tengok kebaikan dia tu...bisik hati aku. "Hah boleh...tolong saya buang sampah ye....terima kasih." arah aku kepadanya sambil senyum-senyum.

Dia hanya melaksanakannya tanpa ada rasa apa-apa... Aku pulak yang berasa pelik, tapi biarlah... dia nak tolong sangat! Hehehehe....

Setelah selesai, dia kembali semula ke kelas... dia hanya melihat aku sahaja. Beberapa minit kemudian, dia menegur aku lagi.

"Saya nak berkawan dengan awak, boleh???" 

"Kan kita satu kelas, memang dah berkawan pun kan... cuma tak bertegur je...." balas aku dengan angkuhnya.

"Okey, lepas nir saya akan tegur awak selalu....hehehehe..." Tam menjawab sambil senyum kepada aku.

"Okey... terima kasih pasal tadi..." kata aku kembali.

"Sama-sama" balas dia lagi.

          Kemesraan itu bermula di antara kami setelah adegan di pagi itu berlaku. Hidup aku semakin ceria dengan adanya yang sering membuatkan aku ketawa hari-hari. Kami saling rapat tanpa di duga yang dia dalam diam menyukai aku. Aku tahu rahsia ini dari Syukri, tapi aku tidak mempercayainya kerana aku teringat dulunya aku pernah disakiti dan dikecewakan. Aku tidak mahu ia berulang lagi.

"Syuk...kenapa Ain jauh dari aku???!!! Dia tak tegur aku pun..." tanya Rostam kepada Syukri.

"Entah...mana aku tahu...kau yang berkawan dengan dia kan..." balas Syukri lagi.

"Kau ada beritahu apa-apa dengan dia ker??? tentang aku??? perasaan aku kat dia?? Ada tak Syuk???!!!"
tanya Rostam di hadapan Syukri yang sedang marah itu.

"Rasanya aku ada beritahu yang kau sukakan dia...." jelas Syukri tentang kebenaran hati Rostam terhadap Ain.

"Apa...aduhhh......." Rostam yang menjawab terus terduduk di kerusinya itu. Dia tidak percaya rahsia hatinya yang disimpan selama ini telah terbongkar.

        Rostam yang berasa bersalah kerana menyembunyikan perasaan sukanya terhadap Ain kerana tidak menyatakan kebenaran hatinya itu telah membuatkan Ain jauh dari dirinya. Rostam merasa resah dan tidak keruan untuk berterus terang kerana takut hasrat hatinya tidak tercapai. Bagi memberanikan         dirinya, dia telah meluahkan segala-galanya di dalam surat cintanya itu tanpa aku sedari dia meletakkannya di dalam beg sekolah aku.

"Baik aku letak surat ini dalam beg Ain... harap-harap dia tidak perasan kewujudan surat itu di dalam begnya itu." bisik hati Rostam.

Seharian Ain dan Rostam tidak bertegur sapa dan tidak semesra seperti biasa. Rakan-rakan lain perasan juga dengan kelainan sikap di antara mereka berdua.

****************************

         Baliknya aku ke rumah lepas tamat sekolah, aku pun mengemaskan diri dan melaksanakan solet Zohor. Selepas makan tengahari bersama ibu di dapur aku pun masuk ke bilik. Aku membuka beg sekolah dan mengambil buku latihan yang belum aku siapkan di sekolah tadi serta kerja rumah subjek yang lain juga. Dalam aku membelek-belek buku di dalam beg itu, aku terjumpa satu sampul yang berwarna merah jambu dan tertera tulisan yang bercorak yang bertulis "Khas Buatmu Ain".....  Aku mula memikirkan siapa gerangan orang di sebalik surat itu. "Siapa beri aku surat nie???!!!" bisik aku.
Aku terus membaca surat itu dengan begitu teliti. Antara isi kandungan surat itu berbunyi....

"Saya minta maaf kerana memberi surat ini tanpa pengetahuan awak. Saya hanya ingin menyatakan hasrat saya yang selama ini saya pendam sahaja. Saya ingin juga berterus terang kepada awak yang saya sebenarnya amat menyukai awak. Saya  berharap awak sudi menerima saya ini walaupun tidak berapa hensem dan sifat saya yang biasa juga, saya benar-benar menyukai awak.... Saya akan tunggu awak membalas surat saya ini.."

          Aku yang tidak menyangka yang selama ini dia yang dimaksudkan oleh Syuk kerana Syuk selalu mengusik kami apabila sering bersama ketika di dalam kelas. Aku benar-benar tidak percaya ini semua. Aku tahu yang hati aku belum dapat menerima sesiapa pun pada waktu ini....Aku benci perkataan cinta apabila ia muncul lagi. Bagaimana harus aku berterus terang kepada Rostam akan perasaan aku sebenarnya. Patutkah aku memberitahu segalanya???!!! Mahukah dia mengerti segala penderitaan aku selama ini???!!! Aku tidak pasti dia akan dapat menerimanya. Aku bingung......

        Aku menjenguk di jendela dengan memegang besi tingkap rumah aku. Perasaan aku bercelaru apabila menyedari yang Rostam selama ini menyimpan perasaan suka terhadap aku. Otak aku juga turut memikirkan apa harus aku menerima dirinya???? Ikhlaskah dia kepada aku??? Aku mulai dibelenggu dengan pelbagai persoalan hati aku sendiri. Aku tidak mahu sakit hati untuk kali kedua. Pasti aku tidak dapat menerimanya dengan tabah. Maka, jalan yang terbaik aku perlu memohon petunjuk kepada Allah untuk memperoleh jawapan yang tepat dengan izinNya. Lalu aku melaksanakan solat Asar di petang itu.

Aku memohon........."Ya Allah, berilah hambamu petunjuk disetiap apa yang telah berlaku pada hari ini. Berilah juga aku kekuatan untuk menempuhinya dengan sabar dan tabah... Aminnnnn"

         Sudah selesai aku bersolat, tiba-tiba.....surat tadi yang terletaknya di atas katil akhirnya terbang ke arah aku dan terus berada di paha aku yang masih bertekung itu. Aku pun menangis.....dan berkata "Adakah aku perlu menerima dirinya??? Inikah petunjuk dariMu Ya Allah......." Dengan itu, hambamu akan akur mengikut ketentuanMu.... Aku akan menyatakan dalam surat aku yang aku akan menerima dirinya.

Keesokan harinya................

         Rostam yang sentiasa mendiamkan diri melainkan kawannya Syukri itu menyapa. Rostam turut melihat kedatangan aku ke kelas dari jauh tanpa menegur aku. Aku berasa mungkin dia segan dan malu. Aku pun cuba memberanikan diri menegurnya dahulu.

"Hai Rostam..........."

"Assalamualaikum, Ain...." sahut Rostam kepada aku. Aku malu...

"Walaikumsalam..... tengah buat apa???"

"Tiada apa, saja duduk je...tunggu Syuk"

"Yeker??? Emm....okeylah." Setelah berborak aku pun beredar dari situ. Aku tidak mahu digosip-gosipkan orang lain nanti. Cukuplah Si Syuk itu yang tahu hal kami ini.

"Awak....emmm takpelah...." bicara Rostam lagi..

          Rostam memanggil aku dan terus pergi. Entah mengapa dia bersikap begitu dengan aku. Kata suka, tapi pelik betullah perangai dia....bisik hati aku lagi. Tanpa dia bertanya tentang suratnya dia terus mendiamkan diri sahaja di hadapan aku. Aku mulai berfikiran negatif. "Dia sudah meluat dengan aku ker???" kata aku lagi secara perlahan.

          Ain pun melakukan sesuatu yang sama dengan Rostam. Dia meletakkan surat balasannya kepada Rostam ke dalam beg Rostam dengan harapan Rostam tidak akan mengetahuinya tingkah lakunya itu. Dengan bersahaja Ain memasukkan surat itu ke dalam beg Rostam manakala Rostam ketika itu tengah seronok berbual-bual dengan Syuk. Syuk memang sorang lelaki yang suka bercerita dan pelawak. Rostam pasti tidak sedar dan fokus penuh dengan gelagat Syuk itu.

Kringgggg!!!!!!!!!!!!!!!!! Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu kelas hendak bermula. Aku dan rakan-rakan yang lain bergegas duduk ke tempat masing-masing sambil menunggu kedatangan guru subjek Bahasa Melayu. Setelah itu, kami belajar sehinggalah masa waktu rehat.

"Ain, jom mari kita pergi kantin...." ajak Syuk. Manakala Rostam hanya melihat aku di situ.

"Okey...kejap ye..."

Kami lalu pergi ke kantin yang agak berdekatan dengan kelas kami. Aku dengan pilihan makanan aku manakala mereka berdua dengan pilihan makanan masing-masing. Setelah itu, aku kembali kelas dan makan di meja aku sambil membaca novel. Satu kelas tahu aku amat suka membaca novel. Semasa rehatlah tempat aku berangan dengan buku-buku aku itu....

"Maaf ganggu, boleh saya duduk??" Tiba-tiba Rostam menegur.

"Ehem...saya dah baca surat awak tadi... Terima kasih..."

"Awak dah baca???!!!" Aduh, malunya aku...kenapa sekarang...cepat sangatlah...bisik hati aku.

"Yelah..."

Aku hanya mampu tersenyum..... Sejak dari hari itu, kami akrab bagi mengenali diri masing-masing tanpa orang lain tahu yang kami ini berpasangan. Cukuplah perkataan suka di antara kami tidak lebih dari itu.


**************************

        Beberapa lama kemudian, kemesraan semakin mekar, hati kian berbunga-bunga seperti di taman. Kepercayaan di antara satu sama lain juga wujud dengan sendirinya tanpa paksaan. Kami saling bersama ketika di dalam kelas, mengulangkaji pelajaran sambil berkongsi ilmu yang ada serta berkawan dengan yang lain seperti biasa. Aku yang mempunyai sahabat yang bernama Siti sentiasa meluah perasaan, namun ada juga sebahagiannya tidak aku ceritakan seperti kisah aku dan Rostam keran takut tetiba kami tidak sehaluan jadi sukar untuk menerima kenyataan nanti. Namun keakraban itu membuatkan aku terlupa dan leka dengan adanya kepercayaan dari seorang sahabat dan kekasih. Mereka saling mneyukai satu sama lain di belakang aku. Setelah, pada suatu hari Siti membuat pengakuan tentang perasaannya.

"Ain, aku ada benda nak cakap dengan kau lah...."

"Ada apa???!!! Macam suspen je...."

"Aku nak beritahu yang sebenarnya aku syok kat Rostam lah.... kau boleh tolong aku tak???"

"Apa??!!! Tolong apa?" jawab aku dengan wajah yang benar-benar hancur dan hampa.

"Kau tolong aku cakap kat dia yang aku suka kat dia....boleh??" balas Siti.

"Tengoklah macam mana........." kata aku dengan tidak senang hati. Hati aku yang berbelah bagi dengan permintaan Siti itu, namun dilubuk hati kecil aku juga berasa geram.

Haruskah aku berterus terang dengan Siti?? Dia tidak marahkah kepada aku nanti??? Aku sayang kawan aku dan juga Rostam. Tapi aku lebih percayakan Siti sebab dia sahabat aku sahaja selama ini. Hati aku berkata dengan fikiran yang bercelaru untuk memperoleh jawapan kepada persoalan aku tadi.

"Lebih baik aku mengalah saja dan berikan sahaja Rostam kepadanya." Kata aku dan itulah sahaja pilihan yang ada buat masa ini serta keputusan yang tepat.

      Aku yang tidak mengambil masa yang agak lama memikirnya, di waktu rehat aku pun berterus terang dengan Rostam tentang minatnya Siti terhadapnya. Aku turut mengatakan kepada Rostam untuk lupakan aku. Apa yang mengejutkan aku, Rostam terus berkata "ya" di hadapan aku tanpa memikirkan perasaan aku lagi. Kali ini aku pasrah......kami akhirnya putus dan aku merelakan Rostam pergi bersama dengan Siti. Ikhlaskah cinta dia kepada aku selama ini??? Atau hanya mainan semata-mata??? Aku kecewa sekali lagi..........

         Dalam setiap apa yang telah pun berlaku aku terima dengan hati terbuka. Hanya kerana aku oentingkan persahabatan aku sanggup mengetepikan perasaan cinta aku sendiri terhadap seseorang. Aku melihat mereka terlalu bahagia sehinggakan aku boleh bersifat biasa sahaja di hadapan mereka ketika di dalam kelas.

"Ain, kau oley???" kata Syuk.

"Okey....."

"Sabar ye....semua seudah ketentuanNya.... mungkin bukan jodoh kau lagi..."

Aku hanya tersenyum dan terus menyibukkan diri dengan mengulangkaji pelajaran.

            Akhirnya aku bertekad tidak akan mengenal atau mengejar apa itu cinta. Biarlah ia datang dan pergi dengan sendirinya seperti burung yang terbang tinggi hingga suatu hari berasa penat ia akan hinggap atau berhenti sesuka hati. Ia tidak bermaksud hati aku boleh dipermainkan begitu sahaja cuma untuk peringkat seterusnya aku perlu berhati-hati dalam pemilihan cinta kerana kita tidak akan ketahui ikhlaskah sesuatu cinta itu atau ikhlaskah cinta dia kepada kita.


-Selesai-

Song For My Novel......



Teuku Wisnu & Shireen Sungkar - Cinta Kita (lirik) OST Saiful Nita tv3


Cinta Kita _ Bab 8

         Tetiba sahaja aku berasa kurang selesa apabila aku berada di dalam kelas Profesor Syamil. Mana tidaknya, fikiran aku bercelaru memikirkan apa yamg diberitahunya semalama dan bagaimana dia boleh menyatakan sesuatu yang diluar jangkaan aku sendiri. Oh my god! Kenapa??? Kenapa??? Susah sangatkah dia nak menerima kenyataan yang kita hanya boleh berkawan. Kehidupan kita jauh berbeza. Syamil enggang, manakala aku pula pipit.... Rasanya aku tak layak untuk kau Syamil. Fikiran Mila yang sedang terbang ke dalam awang-awangannya itu.

"Mila!! Mila!!!...." kedengaran seseorang sedang memanggil aku. Terkejut aku apabila aku sedar orang yang sedang memanggil aku itu adalah Profesor Syamil.

"Ye saya Prof..." aku terus bangun berdiri dengan tidak tentu arah. '"Tolong jelaskan apa yang baru saya terangkan sebentar tadi kepada kelas." pinta Syamil dengan aku di hadapan semua orang.

"Emmm... " aku terus mendiamkan diri dihadapannya sahaja.

"Lain kali jangan mengelamun di dalam kelas saya....Faham semuanya!!!" jerit Syamil kepada pelajarnya dan turut memarahi aku.

Selepas itu, aku pun fokus kembali di dalam kelas setelah Syamil membenarkan aku duduk semula.

         Aku berasa sungguh malu dengan perbuatan aku di dalam kelas tadi. Setelah selesai kelas, aku pun lari meninggalkan Anaz dan kawan-kawan aku yang lain. Aku sempat juga melihat mata Syamil sedang memerhatikan gelagat aku itu. Tanpa aku menoleh ke arahnya, aku terus berlalu dan dalam fikiran aku, aku hanya mahu pergi jauh dari situasi tadi. Aku ingin menyembunyikan diri di dalam perpustakaan. Ya!! Library..... Kata hati aku lagi.

"Mila...tunggu...." jerit Anaz kepada aku.

"Eh, kenapa dengan Mila tu, Anaz??" tanya Syamil.

"Entahlah...Profesor...saya pun tak tahu, tiba-tiba dia macam tu...selalu tak ada pun macam tu." jawab Anaz lagi.

       Syamil mula merasa susah hati. Adakah salah aku??? dia menjadi sebegitu??? Syamil mula memikirkan perbuatannya sebelum ini. Kasihan Mila, pasti dia rasa tidak selesa apabila aku menyatakan kebenaran hati aku kepadanya. Maafkan aku Mila, aku benar-benar tidak sengaja. Aku mesti minta maaf dengannya nanti. Aku perlu jumpa dia.

           
           Mila yang sudah lama berlari akhirnya sampai di perpustakaan. Dengan badan yang keletihan, dia berehat sebentar di luar sambil minum seteguk air bekalannya itu. "Nasib baik tak jauh...tapi penat juga lepas berlari nie..." kata aku sambil mengeluh keletihan. "Okey, aku sudah bersedia nak fokus semula....sementara kelas hanya setengah hari sahaja hari ini, boleh aku menelaah kat perpustakaan ini dulu." Bisik hati aku lagi.

"Aku perlu lupakan kisah semalam. Kisah semalam telah membuatkan aku hilang fokus dengan pelajaran. Bukannya aku tidak mempedulikan hati Syamil, tapi saat ini bukan masa yang sesuai untuk aku buat keputusan. Walau bagaimanapun aku tetap seorang pelajar. Aku tak nak apa yang aku cari selama ini akan terjejas semangat aku. Aku tidak harus melupakan pencarian ayah aku sekarang ini..." rintihan hati Mila untuk tidak mahu meneruskan hubungannya dengan Syamil pada tempoh terdekat ini.

Kedengaran gegaran dari telefon bimbit aku............Mesej dari Syamil!!! Aku pun membuka mesej tersebut.

"Awak kat mana sekarang??? Saya nak jumpa awak...urgent!" 

Aku pula hanya mendiamkan diri tanpa membalas mesej tersebut. Seketika kemudian, Syamil mula menelefon aku tanpa henti kerana aku tidak membalas mesej darinya itu. Aku stress!!! Mahu sahaja aku mematikan telefon bimbit aku ini. Tapi hati aku berat...melakukannya. Maafkan aku Syamil, aku terpaksa menjauhkan diri aku untuk tidak terus memberi harapan kapadamu....

            Syamil yang berada di bilik pensyarah merasa gelisah kerana Mila masih tidak membalas mesej mahupun panggilan darinya. Syamil sudah mula mengagak pasti Mila tidak fokus di dalam kelas tadi adalah kerana dia. Dia telah menyinggung perasaannya Mila apabila aku tiba-tiba sahaja berterus terang  tentang perasaan hati aku yang aku menyukai dirinya. "Mila, pick up your phone, please..." kata Syamil dengan suara yang kecil sahaja.

     Mila yang berada di perpustakaan hanya melekakan diri dengan melayari internet untuk mendapatkan sumber-sumber baru untuk pelajarannya serta membelek-belek buku rujukan di sana sambil membuat nota. Mila menjadi fokus apabila dia teringat akan tarikh peperiksaannya yang akan tiba tidak lama lagi. Dia sanggup tolak ke tepi perkara-perkara yang tidak penting dalam hidupnya.


Thursday 18 October 2012

Cinta Kita - Bab 7

          Terasa lega badan ini apabila aku dapat membaringkan diri di atas katil aku yang empuk lagi cantik dengan aku hiaskan cadar kartun kegemaran aku garfield, penuh dengan warna oren dunia aku ini...aku senyum sendiri sambil melihat siling bilik asrama aku itu. Kepenatan yang dialami akibat berjalan-jalan dengan Anaz seharian bersamanya sehinggakan aku terjatuh dilanggar orang yang tidak aku kenal. Apalah nasib aku kan! Malang sungguh! Keluhan dari Nor Mila Idris ini. Dalam aku terbaring, aku teringat akan sesuatu di masa lampau.....setibanya aku di Kuala Lumpur ini.

"Ayah, tolong jangan tinggalkan Mila seorang dekat sini. Mila takut... ayah... Tolonglah, Mila merayu sangat-sangat dekat ayah...!!" kedengaran suara ini tidak pernah jauh dari cuping telinga aku di saat aku tidur dan terjaga kerana ia amat pahit aku telan apabila ayah sanggup meninggalkan aku keseorangan di kampung dan diserahnya aku kepada keluarga angkat aku. Ayah yang tidak pernah mengerti kesedihan yang aku alami selama ini. "Ayah, ke mana ayah menghilang???!!! Kenapa sanggup tinggalkan Mila keseorangan sampai sekarang???" Hati aku menjerit lagi...

"Ayah minta maaf Mila, ayah terpaksa pergi jauh... ayah hendak merantau untuk menghilangkan rasa rindu ayah kepada mak yang sudah meninggalkan kita selamanya. Ayah harus tinggalkan kampung ini untuk melupakan kenangan ayah di sini bersama-sama mak kau Mila.... Ayah harap Mila faham...." itulah kata-kata terakhir dari ayah yang aku dengar sampai sekarang aku tidak dapat melupakannya kerana aku sangat merindui ayah aku.

            Walaubagaimanapun, aku akan berusaha mencari ayah, aku tidak akan berputus asa. Setelah dewasa nanti aku akan berazam untuk pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari ayah. Kini, aku sudah pun berada di Kuala Lumpur dan aku mengingatkan kembali semasa aku perlu masuk ke alam universiti ini.

"Makcik....pakcik.... maafkan Mila, Mila terpaksa tinggalkan makcik dan pakcik untuk pergi menyambung belajar. Izinkan Mila pergi ya..." mohon aku kepada keluarga angkat yang telah lama menjaga aku sejak aku berumur 14 tahun lagi. Mereka telah banyak memberi kasih sayang kepada aku sehingga sekarang.

"Takpe Mila, ayah dan mak doakan semoga Mila selamat di sana nanti. Khabarkan juga keadaan Mila apabila sudah sampai di universiti nanti ya... Pergilah nak!!" kata mereka kepada aku.

            Keizinan dan kerestuan dari mereka itu membuatkan aku lebih bersemangat untuk mencari ayah. Tapi disebalik itu, hati aku tidak begitu kuat kerana di sana aku akan keseorangan, mampukah aku nanti??? Keluh hati Mila lagi.

   
            Suasana yang sunyi itu, aku akhirnya dikejutkan dari lamunan tadi dengan bunyi mesej handphone aku. Lalu aku lihat gerangan orang yang memberi mesej tersebut. "Syamil!!!!" Aku terkesima sekejap apabila membaca mesej darinya. "Saya rindu kat awak Mila....kenapa awak menjauh diri dari saya.."  Apa yang harus aku balas ini, sedangkan Syamil tidak bersalah apa-apa dengan aku... kenapa aku harus melayan dia sedemikian?? Aku sebenarnya tidak mahu mendekatkan diri aku dengannya kerana aku tidak mahu kami ada perasaan yang lebih dari seorang teman. Aku takut dengan perasaan itu Syamil!!! Moga engkau mengerti.

"Maaflah awak...saya sibuk sekarang...banyak tugasan perlu disiapkan dan saya perlu fokus dengan pelajaran... exam pun dah dekat. Awak mesti faham kan?? " mesej aku dibalas menuju ke Syamil.

Maafkan aku Syamil, aku terpaksa buat begini untuk tidak mendapat perhatian lebih dari awak lagi. Bisik hati Mila.

"Kenapa, Mila???" balas dari Syamil lagi.

Kemudian aku pun mematikan phone aku untuk tidak diganggu oleh Syamil lagi. Aku takut aku akan ditinggalkan seperti ayah aku lakukan kepada aku selama ini. Aku tidak mahu memimpi ini menjadi mimpi hitam dalam hidup aku.

**************
            "Kenapa Mila sanggup buat aku macam ini??? Apa masalah dia sebenarnya??!!!" Kata Syamil dengan geram apabila melihat perangai Mila yang berubah secara tiba-tiba.

Syamil teringat akan kemesraan mereka berdua semasa berada di tepi pantai sewaktu aktiviti asrama diadakan dan turut melibatkan aku sebagai fasilatator mereka. Di situlah aku melihat kegigihan Mila dalam melakukan aktiviti bersukan. Dia memang lasak orangnya. Dia membuat sesuatu dengan penuh yakin sekali. Kesungguhan dan fokusnya itu membuatkan aku tertarik dan personalitinya yang lembut dan ayu menampakkan dia seorang gadis yang begitu menawan hati.

Selain itu juga, dia pintar dalam memasak...dalam pertandingan sebentar tadi dia telah membuktikan masakannya iaitu Roti Burger KLCC yang di beri nama untuk menyediakan burger itu. Para juri itu berkata amat enak sekali dengan rasa hasil daging yang dimasaknya dalam burger itu amat asli sekali. Maklumlah buatan tangan sendiri. Mila memang seorang yang perahsia.....banyak bakat yang ada pada dirinya, tapi dia enggan tonjolkan kepada orang melainkan pada waktu tertentu.

"Tahniah!!!!! Mila akhirnya pemenang untuk aktiviti kita pada hari ini........... Dengan pungutan markah sebanyak 159 mata." Pelbagai aktiviti yang telah dia ceburi dan semuanya dia peroleh kemenangan kecuali satu iaitu dalam acara lumba lari di atas pasir kerana dia mempunyai asma yang kuat, maka dia tidak mengikuti acara tersebut.

Mila yang melangkah mengambil hadiah dengan memberi senyuman yang sungguh manis dari ketua aktiviti tersebut, Encik Amri Saleh iaitu selaku ketua kokurikulum ini lalu diambil gambar bersama-samanya.

"Tahniah awak.... Boleh tahan jugak awak ini yer...." Bisik Syamil kepada Mila apabila melihat Mila keseorangan di tepi pantai itu.

"Biasa jer awak....Saya memang minat aktiviti lasak. Sayangkan satu jer saya tak ambil bahagian tadi...." kata Mila sambil berasa kesal tidak dapat memiliki semua pertandingan itu tadi.

"Takper, lagipun awak menang jugak kan.... bersyukurlah" balas Syamil lagi.

Mila pun tersenyum dengan apa yang diperkatakan Syamil kepadanya sebentar tadi. Sememangnya saya amat bersyukur dapat berkawan dengan orang-orang yang baik di sekeliling saya ini. Boleh beri semangat kepada saya nanti. Bisik hati Mila.

"Nanti awak balik tumpang saya yer...saya rindu nak bersembang dengan awak." Tiba-tiba ayat itu terkeluar dari Syamil. Aku pun tidak dapat mengelak untuk menjawab tidak dihadapannya. Aku pun mengangguk dengan menyatakan 'iya' kepadanya.

Setelah selesai aktiviti itu, mereka semua saling bantu-membantu untuk mengemas barang-barang, sampah sarap yang perlu dibuang agar tempat tersebut bersih seperti sedia kala. Mereka pun mengangkut beg pakaian mereka ke bas masing-masing, manakala aku pula menumpang Syamil yang kebetulan dia memandu keretanya sendiri pagi tadi.

"Anaz, aku tumpang Syamil yer...jumpa nanti..." kata aku kepada Anaz.

"Okey..." Anaz yang menyahut sambil senyum ke arah aku.

Aku yang sebenarnya segan juga tidak diendahkan oleh Anaz dan Syamil ini. Mana tidaknya, aku sahaja yang perlu balik menggunakan kenderaan lain sedangkan pada asalnya aku bersama-sama mereka pagi tadi menggunakan bas universiti. Aduh, malunya aku!!!

Aku pun mengekori Syamil dari belakang menuju ke keretanya......

"Jom Mila...masuklah... Saya tahu awak malu.. Saya faham.." kata Syamil yang memahami perasaan aku ketika itu. Namun Syamil mahukan aku mengikut katanya.






         

Saturday 13 October 2012

Cinta Kita - Bab 6

 "Cantiknya tudung nie....!!! Berapalah harganya kan....mesti mahal..." bisik hati aku ketika aku sedang melihat pelbagai jualan tudung di kedai Almas dalam shopping mall yang berdekatan di kampus aku. Aku keluar bersama Anaz hari ini tanpa pengetahuan Syamil. Kadang-kadang aku keliru juga dengan perasaan aku sendiri dengan setiap layanan Syamil kepada aku. Dia sangat baik hati. Kalau aku dengan dia berjalan-jalan seperti ini pasti dia akan belikan aku sesuatu yang aku suka.... sedangkan aku tidak pernah meminta darinya. Malu dan segan aku di buatnya. Teringat aku lagi apabila bersama-sama dengan Syamil.

"Mira....mengelamun yer....ingat Syamil lah tu..." sergah si Anaz kepada aku. Aku pun terkejut lalu menjatuhkan tudung yang berada ditangan aku tadi.

"Apalah engkau nie Anaz...terkejut aku.... Eh.. mana ada...aku tengah tengok-tengok tudung ni, semua cantik kan..." jawab aku di hadapan Anaz sambil tersipu-sipu malu dengan apa yang baru diucapkan oleh Anaz tadi.

"Anaz pun boleh agak yang aku asyik suka mengelamun selama ini. Takkan aku perlu macam ini sahaja, merasakan perasaan yang resah hinggakan aku sendiri pun tak faham kenapa aku asyik macam ini. Takkan aku suka pada si Syamil itu??? Tak mungkin lah..... Aku tak boleh berfikiran untuk sampai ke tahap itu. Kami hanya berkawan biasa sahaja cuma agak rapat sahaja. Aku tak mahu perasaan suka sebagai kawan menjadi benci pulak..... Sudah agak lama aku berkawan dengan Syamil ini". Bisik hati aku lagi.

Aku pun beralih pandangan ke kedai pakaian pula. Aku tertarik dengan baju kurung fesyen yang berwarna merah jambu turut penuh dengan jahitan bunga dan juga manik di leher dan ditangan. Sungguh cantik la baju nie....!!!! Aku rasa nak satu jer... dik, berapa harga nie???" tanya aku kepada penjual itu.

"RM 150.00 kak...." jawab si penjual itu.

"Ala...mahalnya...tak boleh tawar harga ker??? tak ada diskaun ker dik???" tanya aku lagi.

"Tak kak...nie pun dah murah...maaf yer kak..." kata penjual itu...

Aku agak kecewa sebab tidak dapat memiliki baju itu pada masa itu. Ia sangat cantik sekali!!! Harganya pun boleh tahan. Aku pun reda kerana sanggup melepaskan baju itu kerana wang yang ada pada aku hanya cukup untuk aku berbelanja barang-barang harian sahaja. Maklumlah, aku hanya hidup dengan wang pinjaman aku sahaja, manalah mampu untuk membeli barang yang mahal seperti itu. Tutup mata sahaja lah untuk mendapatkannya nanti. Walaupun begitu, aku tetap senyum sebab aku akan cuba usaha untuk memilikinya apabila aku sudah bekerja kelak.


"Kenapa nie Mila??? Muka engkau nampak sedih jer??? Beritahulah kat aku kalau-kalau engkau ada masalah....." tanya Anaz kepada aku dengan wajahnya yang susah hati itu.

"Aku okey Anaz....jangan risau...hehehe.... aku hanya frust sikit jer tadi." Jawab aku dengan nada yang gembira supaya dapat mengelak diri dari diketahui oleh Anaz tentang keinginan aku terhadap baju tadi.

"Jomlah...kita pergi sana pulak, ada ramai orang pulak tu....ada apa ya???" Mila menarik tangan Anaz lalu pergi dari kedai baju itu.

"Kalau yer pun, sabarlah sayang....." Anaz menyahut lagi dengan keadaan tangannya yang ditarik oleh Mila.

Mereka berdua lalu melangkah menuju ke tempat orang yang ramai berkumpul itu. Mereka turut mencuba untuk melihat apa yang ada di hadapan mereka namun pemandangannya agak sukar. Mila yang begitu semangat ingin mengetahui apa yang berlaku cuba untuk meninggikan kakinya supaya dapat melihat di setiap celah-celah kepala orang yang berada di hadapan dan akhirnya Mila terjatuh.......pungggg..... barang-barang di tangannya turut terjatuh juga.

"Aduh...sakitnya...kaki aku..." rengek Mila dengan keadaannya yang terjatuh lalu terduduk sambil mengurut-urut kakinya itu.

Tanpa dia sedari ada  seseorang yang memapahnya dari belakang untuk membangunkannya semula. Apabila dia melihat, dia adalah seorang lelaki dan Mila tidak mengenali dirinya. Mila berasa amat marah sebab beraninya lelaki itu memegangnya tanpa izinnya dahulu.

"Ehh...kenapa awak pegang saya...???!!!" teriak Mila.

"Awak jatuh, saya tolonglah....bukan nak cakap terima kasih malah kena marah pulak..." balas lelaki itu dengan slumbernya...

"Awak tahu saya perempuan kan....saya tak suka di pegang....macam tu..." kata Mila lagi dengan perasaan yang sangat marah dan benci pada lelaki itu.

Mila terus berlari anak dengan menahan kakinya yang sakit lalu meninggalkan tempat itu dengan pantas, tanpa menoleh lelaki itu lagi. Anaz juga turut mengekorinya dari belakang.

"Aduh...Anaz...sakit lagi kaki aku nie. Baru jer baik dari terseliuh hari tu.... Kita cari tempat duduklah sementara yer..." pinta Mila kepada Anaz.

"Okey, aku papah engkau yer....jalan perlahan-lahan tau..." Anaz membalasnya.

Akhirnya jumpa juga tempat berehat di shopping mall itu. Mereka duduk sambil masing-masing ketawa kerana teringat kembali telatah Mila tadi yang semangat betul hendak melihat tempat orang yang ramai itu tapi lansung tidak berjaya. Manakala Anaz pula sempat melihat dalam diam tapi dia enggan memberitahu Mila kerana di sana ada promosi buku dan ada penulis sekali di sana. Anaz tahu yang Mila memang teruja nak berjumpa dengan penulis novel yang sedia ada sampai sekarang namun asyik tak kesampaian. Kasihan pula Anaz dengan kawannya itu. Bisik hati Anaz.

"Engkau kenal tak budak laki tadi.....?? Diakan yang langgar engkau kat depan kelas hari tu.... ingat tak???!!" Anaz yang tertanya-tanya dengan Mila tentang lelaki yang memapahnya tadi.

"Yeker....aku tak perasan lah Anaz...sebab aku marah sangat tengok perangai dia berani sangat nak pegang-pegang aku macam tu..." balas Mila dengan geramnya yang belum reda lagi.

"Oh, takpalah....biarkanlah dia... saja nak ambil perhatian jer..." kata Anaz lagi.

Dalam keadaan sunyi seketika, ternampak bayang-bayang orang di hadapan Mila ketika Mila sedang mengurut-urut kakinya. Mila menoleh ke atas lalu berkata.....

"Awak lagi???...Ada pa???" Mila lalu bangun dari kerusi dan menegur lelaki di hadapannya itu dengan nada benci.

"Saya nak minta maaf.... saya rasa sudah dua kali saya melanggar awak dengan tidak sengaja. Maafkan saya ya...perkenalkan nama saya Zack... saya baru lagi kat sini..." tegur Zack sambil meminta maaf dengan mereka berdua.

Mila dan Anaz saling berpandangan dan menganggukkan kepala sebagai tanda setuju untuk memaafkannya.

"Okey....kami maafkan awak... dan tolong jangan ganggu kami lagi." Balas Anaz yang turut marah dengan Zack kerana telah menyakiti kaki kawannya itu.

Lelaki itu pun menganggukkan kepalanya dan menyatakan terima kasih kerana sudi memaafkannya.
Dia terus berlalu dari situ dengan menundukkan kepala, wajahnya yang sedih turut tergambar di hadapan mereka. Mila dan Anaz hanya memandang sahaja gerak-gerinya yang agak pelik itu.

"Pelikkan dia....Mila. Macam ada masalah jer...kan." tiba-tiba Anaz bersuara lagi.

"Yelah...takper......nanti okey lah tu... So, macam mana nak balik nie???" balas Mila.

"Kita guna teksi jer......senang...." kata Anaz kepada Mila.

Beberapa lama kemudian mereka pun menaiki teksi untuk balik semula ke asrama. Dengan keadaan kaki Mila yang sakit itu terpaksalah Anaz membawanya naik tangga asrama secara perlahan-lahan. Akhirnya mereka selamat sampai ke bilik mereka masing-masing sebelum matahari senja itu.

Pelbagai perkara yang berlaku kepada akuu sejak dua tiga hari ini. Aku yang sering berjumpa dengan Syamil tak kira waktu kuliah ataupun keluar beriadah bersamanya di sebelah petang pula. Manakala hari ini aku berlanggar dengan orang tidak aku kenal dan akhirnya meminta maaf dengan aku membuatkan aku terasa hairan dengan sikapnya iaitu Zack..... Sekejap elok, sekejap kasar bahasanya... Tak fahamlah aku. Bisikan hati Mila. Mila pun mengeluh...dan juga berasa penat. Dia ingin merehatkan diri seketika setelah selesai solat Maghrib serta makan malam nanti.

Bijak dalam Penulisan

Salam Petang semuanya.......

Di sini saya ingin bercerita serta mengetahui sebesar mana kita bijak dalam menulis sesuatu???
Menulis ini perlu ada pelbagai sesi... Sesi yang bagaimana???
Sesi latihan dan pengukuhan. Seperti seorang pelajar yang ingin berusaha untuk mendapat keputusan kertas BM dengan markah A+ atau pun kredit dalam peringkat SPM. Maklumlah, sekarang gaya penulisan dan bahasa juga banyak yang telah berubah. Dengan itu, latihan dan kesungguhan adalah jawapan yang BIJAK DALAM PENULISAN!!!!

Bijak Dalam Penulisan ini bermaksud wujudnya apabila kita bijak menggunakan perkataan-perkataan yang sedia ada dan menjadi suatu ayat seta disusun dengan bahasa yang betul maka wujudnya penulisan.   Contonya, saya ingin makan aiskrim.....ditambahakan lagi dengan makan aiskrim berperisa coklat dan ditambah lagi saya tengah duduk di taman permainan.
Bagi membuktikan perkembangan ayat tersebut adalah 'Saya ingin makan aiskrim yang berperisa coklat sambil duduk di taman permainan.' Jadi begitulah gaya yang bijak terhasil dalam penulisan. 
Nah, terbuktikan........

Usaha yang telah kita lakukan bagi sering melatihkan diri untuk menulis ayat-ayat yang baik akan menjadikannya sebuah karya yang bagus juga. Ayat- ayat yang baik turut dicantikkan lagi dengan penggunaan gaya bahasa yang sesuai amat menarik perhatian pembaca. 

Di samping kita membuat latihan, kita juga perlu selalu membuat pembacaan seperti bacaan buku motivasi, surat khabar, blog-blog atau sebagai tidak kiralah dalam bahasa melayu mahupun bahasa inggeris. Seperti saya sendiri, saya amat lemah dalam bahasa inggeris dulunya, namun saya tidak berputus asa bagi hendak memajukan diri ke peringkat yang lebih tinggi. Saya perbanyakkan bacaan dalam ilmu pendidikan tetapi lebih kepada bacaan bahasa inggeris. Alhamdulillah, saya juga dapat menamatkan pelajaran di peringkat Ijazah saya dalam menjawab soalan-soalan bahasa inggeris. Usaha itulah amat penting walaupun sukar tapi sekiranya ada keinginan ia pasti berjaya....

Berbalik kita dengan topik tadi, bijak dalam penulisan ini juga banyak manfaatnya. Kalau kita tidak menulis bagaimana kita hendak mengatasi masalah emosi kita kan....
Kadang-kadang kita mudah berasa marah, sedih, iri hati tengok orang berjaya jadi, menulis adalah tempat yang baik untuk kita meluahkan apa yang terbuku di hati kita. Sesudah kita menulis maka perasaan akan menjadi lega dan tenang. Sebabnya kita sebenarnya sudah pun melakukan aktiviti yang tidak kita sangka iaitu menghasilkan sesuatu tulisan. Apabila kita membaca kembali apa yang telah kita ungkapkan dan ditulis di atas sehelai kertas sebentar tadi menjadi satu karangan yang panjang. Dalam kita tidak menyangkakannya ia terhasil.....

Oleh itu, anda jangan mudah berasa kecewa apabila tidak dapat melakukan sesuatu...tetapi cuba cungkil bakat yang ada pada diri kita yang kita tidak pernag ketahuinya dengan hanya menyatakan atau meluahkan apa yang dirasa pada sehelai kertas. Disitulah kita akan lebih mengenali diri kita sebenarnya.......Selamat Mencuba!!!!

Thursday 11 October 2012

Cerpen

           Pemandangan laut yang sungguh nyaman dan segar dengan angin yang kuat bertiupan tanpa henti. Aku yang sebenarnya berada di tengah-tengah laut bagaikan cerita 'titanic' aku berdiri di hujung kapal yang aku naiki. Apabila aku fikir sejenak teringat di masa lalu aku dulu, tiada aku berangan sampai di sini. Aku yang mendengar deruan ombak di laut, anak-anak ikan juga kelihatan di situ seronok berenang dengan riangnya sambil bergurau senda sesama mereka. Hidup aku sangat tenang sekarang. 

"Sayang??!! Buat apa kat situ??" muncul suara lelaki yang sangat aku cintai. Doktor Cinta, suami aku.....berkata.

"Sayang tengah tengok laut jer abang....." jawab aku dengan gembiranya apabila berada di hadapannya itu.

Dia aku memeluk tubuh aku dari arah belakang dengan eratnya genggaman tangan bersatu dengan tangan aku jua. Dialah pengubat hati aku selama ini yang telah lama bersama aku dalam susah dan senang. Dia juga banyak mengajar aku dalam mengharungi kehidupan sebenar yang seperti roda, kadang-kadang kita berada di bawah dan kadang-kadangnya kita berada di atas. Aku turut bersyukur kerana dipertemukan dengan dirinya yang sabar dengan kerenah aku serta banyak memberi dorongan dalam aku meneruskan hidup aku sehingga sekarang.

"Abang sayang Qalisya tak??" dalam nada manja aku bertanya kepadanya.

"Ye sayang, abang sangat sayang dan cintakan Qalisya..........." jawab suami aku sambil memusingkan badan aku ke hadapannya sambil mengucapkan kata-kata itu kepada aku dan turut mencuimkan tangan serta dahi aku. Sungguh romantiknya aku rasa sekarang....bagaikan aku sedang berbulan madu dengannya.

"Qalisya cintakan abang tak???" tiba-tiba dia bertanya dengan cuba untuk berbalas pantun dengan persoalan aku tadi. Aku hanya menghadiahkannya sebuah senyuman dan menyatakan di telinganya....."Qalisya terlalu sangat cintakan abang". Balas aku lagi.

Kami menyambung semula adegan pelukan di hujung kapal seperti cerita 'titanic' tadi dan masing-masing melayani perasaan sayang yang telah terpancar di hati kami berdua. Aku berasa sangat bahagia sekarang.

************

Beberapa lama kemudian, suami aku pun pergi ke dalam kapal untuk memandu semula bagi meneruskan perjalanan pulang kami 

Tuesday 9 October 2012

Cinta Kita - Bab 5

           Kemesraan di antara Mila dan Syamil semakin hari semakin rapat. Mereka sering kali berjumpa dan sambil itu turut berkongsi pengalaman yang baru juga. Perkongsian dari segi pelajaran, ilmu pengetahuan, minat masing-masing serta kehidupan di antara mereka turut diceritakan. Tiada perasaan malu dan segan dalam diri Mila apabila berhadapan dengan Syamil. Mila yang sangat jujur dan polos membuatkan Syamil senang bersamanya. Manakala sikap Syamil yang suka mengusik-usik menyebabkan Mila agak selesa apabila berkawan dengannya. Hidup mereka penuh dengan pelbagai aktiviti yang di rancangan bersama walaupun sibuk dengan diri masing-masing sebagai pekerja dan pelajar. Perbezaan itu turut tidak lansung menggugatkan hubungan mereka berdua.

Syamil menghantar mesej kepada Mila.

"Salam Mila, awak tengah buat apa?? Ada kelas ker?? Nanti kita lunch bersama boleh tak???". 

Mila yang berada di dalam kelas sedang masih kuliah pula mendengar satu bunyian mesej masuk pada handphonenya, lalu membuka mesej tersebut dan membacanya.

Mila pun membalas mesej dari Syamil itu.

"Walaikumsalam.. Maaf saya masih dalam kelas nie. Nanti kita jumpa yer masa lunch."

Syamil menjawab. "Okey, kita jumpa nanti....".

Bunyian mesej datang sekali lagi lalu Mila membacanya. Kemudian. Mila pun tumpu perhatian kembali kepada sesi perkuliahannya. Mila seorang yang pandai dan rajin. Walaupun dia suka menyindiri akan tetapi dia juga suka akan hiburan seperti muzik, tarian dan sebagainya. Dia juga mempunyai bakat dalam menari. Setiap malam Sabtu dia sering mengikuti kelas tarian di universitinya.
Syamil yang sudah mengenalinya faham dengan semua aktiviti Mila itu. 

           Tepat jam pukul 12 tengahari, kelas Mila pun berakhir dan akan ada kelas semula pada sebelah petang nanti. Janjinya dengan Syamil untuk lunch bersama diingati oleh si Mila.

"Syamil ajak aku lunch tadi...mesti dia tengah tunggu aku dekat kafe nie. Baik aku pergi cepat." Bisik hati Mila.

"Eh, Mila....engkau nak pergi mana nie amboi kelam kabutnya...."kata si Anaz tiba-tiba.

"Oh, aku nak pergi jumpa kawan kejap. Ada janji tadi." Balas aku.

"Enkau tak ajak aku sekali ker??? Aku lapar nie, rasa nak makan dengan engkau...boleh tak??" kata Anaz lagi.

"Ok boleh... Jom..cepat, jangan lambat pulak." kata aku kepada Anaz.

        Mereka berdua berkemas lalu keluar bersama dari kelas tersebut dan menuju ke Kafeteria. Mereka berjalan sambil bergurau-senda kerana Anaz seorang yang suka bercerita. Apabila Mila bersamanya ada sahaja cerita lucu yang akan diceritakan olehnya membuatkan mereka sendiri ketawa tidak berhenti-henti.

Apabila sampai di Kafeteria............kelihatannya Syamil belum lagi menunggu di situ. 

"Jom, cari tempat duduk...." Kata aku kepada Anaz.

"Mana kawan engkau tu Mila, belum datang lagi ker?? Takpe ker aku dengan engkau nie...tak ganggu korang berbual ker nanti???" tanya Si Anaz kepada Mila.

"Takpelah, lagi ramai lagi syok kan.....hehehehe. Dia belum datang lagi." balas Mila lagi sambil senyum.

         Mila dan Anaz membuat pilihan untuk duduk di kafeteria di bahagian yang mempunyai ruang yang luas serta penuh dengan pemandangan. Maklumlah di kafeteria itu ada pelbagai tempat seperti ruang berhawa dingin, ruang yang hanya menggunakan kipas angin bagi memudahkan pelajar-pelajar melepak dan melakukan aktiviti yang kurang sihat seperti merokok untuk merehatkan otak kata mereka atau sebagainya. Aku selalunya suka duduk di tempat berhawa dingin kerana tempat itu nyaman dan segar apabila penat dan agak lama di dalam kelas mudah berasa panas dan dahaga. Lagipun, aku turut suka menyindiri sambil melayari internet dan menulis blog kesayangan aku. Hidup aku penuh dengan rahsia.... cuma ada sesetangah sahaja akan aku kongsikan bersama dengan Syamil. Bisik hati aku.

"Assalamualaikum....awak-awak... maaf ya saya terlambat tadi, kelas saya jauh. Hehehehe..." tiba-tiba Syamil muncul di hadapan kami berdua sambil menyatakan maafnya.

"Ohh...tidak mengapa.....biasalah tu...kami pun bari sampai juga... Silalah duduk..." kata aku kepadanya.

"Proffesor Syamil????!!!! Kawan engkau ker Mila....tak sangka betul aku. Pensyarah kelas kita nie..." Anaz yang berkata-kata serta dalam keadaan terkejut melihat Syamil adalah kawan aku yang aku rahsiakan selama ini.

"Yelah Anaz....hehehe...." Balas aku lagi kepada Anaz.

"Dah...dah...marilah makan, saya tengah lapar nie...nanti lambat pulak nak masuk kelas." kata aku lagi dengan perasaan tak sabar mahu makan tengahari ini.

Mereka bertiga terus bergerak untuk mendapatkan makanan masing-masing. Lalu mereka dengan seronoknya makan sambil berbual-bual tentang pelbagai persoalan. Hati Syamil yang berasa gementar semasa tiba di kafeteria tadi kerana takut Mira tidak suka akan tindakannya untuk mengajaknya makan tengahari ternyatanya salah, anggapannya terhadap Mila. Dia tidaklah terlalu 'secretive person' tetapi boleh  menerima dan memperkenalkan aku di hadapan kawannya itu. Bisik dalam hati Syamil sambil memandang wajah Mila yang sedang makan.

"Bila korang nie berkawan yer??? Mila kenapa tak beritahu dengan aku???" tiba-tiba suara Anaz berbunyi dan bertanya pada aku.

"Baru lagilah Anaz....panjang ceritanya, tapi malaslah aku nak bercerita dengan engkau. Nie yang aku ajak engkau sekali makan kat sini biar engkau tahu dengan siapa aku berkawan kan..." kata Mila.

Syamil hanya tersenyum mendengar jawapan Mila tadi.

"Engkau pun boleh berkawan sekali dengan Mr. Prof kita nie kan....tak suka ker???!!" usik aku dengan Anaz.

"Ye...boleh jer....yang penting pelajaran jangan tinggal pulak....hehehehe.... Saya okey jer Anaz, semua orang saya akan kawan tapi tak nak lah yang kawan makan kawan kan......" kata Syamil dengan mereka berdua sambil kata yang mengusik-usik.

Mereka bertiga berasa gembira kerana masing-masing merasa selesa. Mereka turut mengambil kata sepakat untuk berkawan dan akan cuba meluangkan masa bersama-sama nanti selain berjumpa di universiti sahaja dan melakukan aktiviti yang lain juga.

       Mila melihat jam di tangan telah menunjukkan pukul 1.30 petang. Sudah masanya untuk dirinya bersolat Zohor. Lalu dia meminta izin untuk pergi ke surau yang berdekatan dengan Syamil dan Anaz. Dalam tidak di duga, mereka berdua mahu turut serta untuk bersolat. Maka, setelah selesai makan mereka terus pergi ke surau dan bersurai serta akan berjumpa pada masa yang lain nanti.

"Terima kasih Mila...Anaz.. sebab sudi temankan saya lunch hari ini..." kata Syamil.

"Sama-sama Encik Syamil..." Balas Mira sambil bergurau..

Mira dan Anaz terus berlalu bergitu sahaja manakala Syamil masih memandang Mila dan kawannya itu.

Bisik hati kecil Mira... Nasib dia tak marah dengan aku kerana membawa Anaz sekali sedangkan dia hanya mengajak aku seorang untuk lunch bersama, tapi dia nampak tidak kisah dan tiada rupa kesal di wajahnya. Aku bersyukur..... Aku tahu Syamil seorang yang baik, aku turut menjaga profesion dia sebagai pensyarah di sini. Hati aku mudah rasa bimbang sekiranya asyik berduaan dengannya di universiti ini. Tidak manis orang lain memandang. Aku berharap dia faham akan perkenalan dirinya dengan Anaz...kawan rapat aku sendiri.

Tuesday 2 October 2012

Cinta Kita- Bab 4

Di perpustakaan.............aku berhasrat untuk mencari buku rujukan yang bertajuk Psikologi. Dalam uasaha aku membelek buku yang ada di setiap rak bahagian yang terpilih agak sukar untuk menemuinya. Aku perlukan buku itu untuk aku meneliti lagi apa yang diperkatakan atau dihujahkan oleh Profesor aku semalam. Subhanallah......manalah buku ini??? Semalam aku dah letak kat tempat yang sama. Kenapa hari ini tak ada pulak!!!... Kata hati aku sambil mencari dengan sungguh-sungguhnya.

Sudah agak lama aku mencari, tapi tidak juga aku jumpai.

"Aduhh...dah penin lalat aku dibuatnya.... baik aku duduk jap kat celah rak-rak ini. Mana tahu kot-kot dia jatuh kat depan aku....hehehe.... Mula dah aku nak berimaginasi ini....." kata aku dengan suara yang agak perlahan-lahan.

Mila yang dalam kepenatan berehat sebentar dengan melayari internet di perpustakaan itu. Dia pun cuba menlayari di internet mengenai buku rujukannya. Sambil itu juga dia mendengar lagu kegemarannya dengan menggunakan 'ears phone' supaya tidak diketahui orang lain. Mila ini suka belajar di tempat-tempat yang tenang dan tidak ramai orang, walaupun di perpustakaan sememangnya ramai yang akan duduk di sana tapi dia pasti akan berada di tempat yang sunyi. Begitulah Mila, seorang yang suka menyendiri sehinggakan kawan-kawannya tidak dapat menemuinya melainkan di waktu kelas sahaja.

"Bosanlah......rasa nak menulis je..." Baik aku buka blog dapat gak tulis cerita hari ini..." Bisik aku lagi.

Dalam asyik menaip....aku terkejut melihat bayangan seseorang...........seseorang yang cuba mengintip aku dari belakang. Aku terkejut seketika lalu menoleh ke arah bayangan itu. Apabila aku melihat sekali lagi, bayangan itu hilang begitu sahaja. Perasaan aku jadi takut dan lemah.... Aku bangun dan terus memfokuskan diri mencari buku rujukan itu lagi.

"Awak cari buku ini ker????" tiba-tiba suara datang dari arah belakang aku.

Aku melihat buku yang ditunjukkan pada aku itu..... "Ya, mana awak tahu saya sedang cari buku tu...???" kata aku tanpe melihat wajah pemberinya.

"Nak ambil lah.......saya pinjam buku ini semalam untuk buat rujukan sikit." Balas lelaki itu.
"Awak tak kenal saya???" Sambung lelaki itu lagi.

"Awak.....Syamil... Ehh, En. Syamil..... Maafkan saya Prof..." Aku dengan nada yang terkejut melihat wajah lelaki di hadapan itu, rupa-rupanya Syamil, lelaki yang menolong aku hari itu. Aku turut mengambil buku tersebut dari tangannya.

"Tak payah ber encik....atau prof...dengan saya... Kita kan dah kenal... Buat biasa je, kecuali kita berada dalam kelas..okey.... Mila" Balas Syamil kepadaku.

"Kalau tak keberatan, saya nak berborak dengan awak lagi boleh??? Petang ini, saya tunggu awak kat tempat hari tu....pukul 5 petang....." dengan cepatnya Syamil bertanya dan memberitahu aku untuk mengajak aku keluar.

Aku tidak sempat menyahut serta menjawab persoalannya, dia terus beredar dari situ. Pelik!!! Aku belum cakap apa-apa lagi dia dah hilang..........apalah mamat ini. Bisik hati aku sambil berasa marah.

Setelah mendapat buku itu, aku pun mengulangkajinya dengan tekun dan yakin sekali. Apa tidaknya dengan rasa seronoknya hari ini aku tiada kelas, bolehlah aku stay lama dekat perpustkaan ini. Hehehe......senyum aku lagi.

Syamil yang keluar dari perpustakaan ingin menuju ke bilik pensyarah pula setelah terserempak dengan 'gadis kebetulan' iaitu gelaran kepada Si Mila itu. Syamil tersenyum seorang kerana hari-harinya akan berjumpa dengan gadis itu. Mungkin ada keistimewaan pada gadis itu kerana aku sentiasa berasa senang hati apabila bercakap dengannya. Dalam perjalanan itu, Syamil berfikir, "Mahukah dia keluar berjumpa dengan aku petang nanti??? Dalam hati aku risau kerana takut dia menolak perlawaannya itu kerana aku lakukannya secara tiba-tiba juga... Harap-harap dia akan datang...... Aku pasti!!" Bisikan hati Syamil. Akhirnya, Syamil pun sampai ke bilik pensyarah itu.


                Tiga jam yang lalu Mila berada di perpustakaan. Jam di tangan Mila menunjukkan pada pukul 4 petang. Mila yang terperanjat dengan masa yang dilihatnya kerana dia terlupa akan temujanji dia dengan Si Proffesor itu....

"Aduhh aku lupa lagi... Aku tak fikir lagi nak keluar ataupun tidak dengannya. Takpalah, dalam perjalanan balik ke asrama aku boleh fikirkan lagi....yang penting aku perlu sampai ke bilik dengan segera...!" kata aku dengan keadaan yang kelam kabut mengemas barang yang ada di atas meja perpustakaan itu.

Dalam perjalanan ke asrama.........Fikiran aku terapung dilema dengan temujanji nanti.

"Pergi ke tak??!!....Pergi ke tak???!!!.......Blur pulak otak aku ini. Kalau tak pergi nanti, dia kata aku sombong pulak. Dah pergi nanti seganlah pulak aku nie....."

Kaki yang melangkah meneruskan perjalanan...Sementara kaki baru pulih dari seliuh....takut jatuh lagi kali yang kedua. Dengan hati-hati aku berjalan menaiki anak tangga asrama aku. "Jawapan aku adalah aku perlu pergi...biarlah apa dia nak persoalkan. Aku tak mahu ada rasa bersalah dengannya...Ini sahaja tanda terima kasih aku padanya!" Kata aku lagi.

Setelah memperoleh jawapan, aku dengan tidak memikirkan pakaian yang sesuai hanya yang terbaik adalah baju kurung!!! kerana pakaian itu agak sesuai untuk berada di mana-mana tempat. Aku selesakan diri dengan baju kurung berwarna peach dan hitam berbunga dan tudung yang bergaya Diana Amir berwarna krim. Nice beb!!! Cantik.........


"Wah!!!....cantiknya dia........ teruja aku tengok gayanya. Lain dari biasa......." kata Syamil dengan perasaan terkejut bercampur gembira kerana dia sudi terima pelawaannya tadi.

"Assalamualaikum awak...Maaf terlambat...tadi.." kata aku kepada Syamil. Dia turut memerhatikan mata Syamil yang tidak terkedip mata sekalipun apabila memandangnya.

"Walaikumsalam....oh, takpa..saya baru sampai.." Balas Syamil lagi. "Jomlah kita......" Ajak Syamil kepada Mila untuk masuk ke keretanya.

Syamil yang terpegun dengan keayuan Mila berasa senang hati ketika itu. Syamil hanya berniat hati untuk membawa Mila keluar makan dengannya sahaja untuk berborak-borak dan berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur ini.

"Cantik awak hari ini. Ayu jer....Maaf ye saya memang suka memuji." Tiba-tiba Syamil mengajak Mila berbual apabila sampai ke kedai makan yang bernama Hot Spot.

Mila berasa kurang senang dengan pujian Syamil hanya mendiamkan diri dan tersenyum sahaja.

"Terima kasih awak sudi keluar dengan saya....... Awak selesa tak dengan saya ni??? Diam jer..." Kata Syamil lagi.

"Sama-sama awak.... Saya okey jer.... Tapi kenapa awak ajak saya yer??? Takde kawan perempuan lain ker nak ajak kuar???" Balas aku pula.

"Takde..... Saya jarang keluar dengan kawan saya yang lain. Jalan pun sorang-sorang lah" balas si Syamil.

"Ohh...." Mila yang memberi respon  bersahaja tidak akan mempercayai kata-kata Syamil itu. Aku perlu berhati-hati.

"Awak.... Saya nak berkawan dengan awak boleh tak??? Saya nak kenal dengan awak lebih rapat lagi." Kata Syamil kepada Mila. 

Syamil turut mengatakan yang dia akan memberi masa untuk aku memberi jawapan. Dia lansung tidak memaksa aku... Alhamdulillah.......

"Ok, nanti saya bagi jawapan yer...." balas Mila lagi.

Mereka berdua pun asyik menikmati hidangan makan malam yang sungguh bercahaya api yang berwarna-warni serta lagu yang sungguh merdu dan romantis. Mereka turut berbual secara biasa tiada nampak seperti pelajar dengan pensyarah........ Amat luar biasa....

Kepunyaan Blog.....Comel :)

Gadis yang kecil molek berasal dari Kuching Sarawak. Dirinya amat bersahaja dengan amat meminati bidang penulisan ini bagi mewujudkan cerita & kisah menarik yang tergambar di fikiran untuk direalisasinya kelak. InsyaAllah... PEACE