Wednesday 8 May 2013

Perfect Guy, Konon!!!!!!!!!! 13



          Apabila lama Iskandar menanti Elfie sedar dari tidurnya, Iskandar pun merasa sudah tiba masanya untuk melangkah kaki keluar dari bilik Elfie. Lagi pun dia belum lagi sarapan pagi walaupun dalam hati mahu sahaja menunggu orang yang tersayang bangun dan hanya melihat wajahnya yang polos itu yang sudi menunggunya di pagi hari. Tapi, itu semua mustahil kerana dia pasti tidak lagi mengingati aku siapa sedangkan kawan-kawannya itu pun masih dia tidak kenali juga. "Oh my love, bilalah kau akan mengetahui isi hati aku ini??? Ingin sahaja kau memberitahu semua orang di luar sana yang aku amat menyayangi dirimu sejak mula kita kenal di pantai yang cukup indah, engkau mengadu padaku tentang kerinduanmu terhadap Ridhwan. Aku amat sedih mendengarnya dan aku teringin menjadi pengganti Ridhwan....." Bisik dalam hati Is yang paling dalam. Wajahnya berubah serta-merta apabila kepalanya mula memikirkan tentang Ridhwan, sepupunya itu. Kemudian, Iskandar terus bangun dari kerusi dan keluar dari bilik Elfie itu. Dia berharap agar Elfie bahagia apabila melihat bunga dan coklat di atas meja itu nanti.


          Ridhwan yang masih di hotelnya mula bergegas untuk berkemas untuk bertemu dengan Elfie Nasreen di hospital. Dia memerlukan perjalanan selama sejam setengah untuk sampai ke hospital itu. Apabila dia berpakaian ala-ala penyamun iaitu berbaju T-shirt berwarna coklat, berseluar jeans serta bertopi dan dia turut membekalkan sapu taangan kecil untuk menutup wajahnaya nanti apabila sampai di bilik Elfie. Pada sebelah malam sebelumnya, dia sudah teringat bagaiamana dia pada mulanya mengambil hati untuk berbaik dengan Elfie dangan hanya menggunakan sepucuk surat. Oleh itu, Ridh pun menulis dalam surat itu seperti......

Elfie...

Saya rindu awak!!! Saya nak kita jumpa di pohon rendang di tempat biasa kita selalu jumpa.... Ingat awak seorang sahaja. Tepat jam pukul 12.00 tengah malam ya!"

                                                                                                                                Misteri guy...

Ridhwan berharap apabila Elfie membaca surat itu dia akan ingat segalanya terutamanya tentang aku, dia, Iskandar dan rakan-rakannya. Ridhwan membuatkan suasana itu agak sama dengan suasana di mana mereka berdua selalu bertemu di belakang asrama dulunya. Sebab itu dia mengambil masih yang tidak terang agar Elfie dapat membayang keadaan itu sama dengan apa yang berlaku padanya sebelum ini. Peringatan tentang masa lama itu biarlah sedikit sebanyak dapat membantu pemulihan peringatan Elfie nanti.

         Setelah semua disediakan dengan rapi, Ridh pun berangkat dari hotal ke hospital. Sejam setengah yang lalu, akhirnya dia sampai di hospital. Dia mesti berrhati-hati ketika tiba di sana kerana takut akan dikenali oleh orang di sana. Jalan punya jalan dia terasa terlanggar dengan seseorang.

"Aaahhh....rupa-rupanya Danie." bisik dalam hati Ridh dan terkejut melihatnya.

"Maaf ya encik....saya tak sengaja..." kata Danie sambil emngambil beg tangannya yang jatuh ke lantai itu.

Ridhwan yang terus menyembunyikan wajahnya dengan sapu tangan yang dibawanya dari ternampak oleh Danie itu. 

"Tak mengapa..maaf saya pergi dulu...." sahut Ridh dengan perlahan dan membuat suaranya yang garau sedikit dan lalu pergi dari situ. Akhirnya, dia terpaksa menunggu masa sesuai untuk masuk ke bilik Elfie dan meletakkan surat itu di dalam biliknya kerana kawan-kawannya masih ada di dalam biliknya itu.


          Danie yang telah dekat untuk sampai ke bilik Elfie terus masuk dan membuka pintu Elfie. Dilihatnya keadaan Elfie sudah tenang sedikit.

"Lena je kawan aku ni tidur...memang penat dia mengamuk semalam kan...." katanya dengan perlahan.

Tanpa di suruh, Danie hanya membangunkan Elfie supaya dapat makan sarapan pagi dahulu.

"Elfie sayang...bangun ye...kita sarapan dulu.." kata Danie dengan perlahan sambil membangunkan kawanya dengan lembut sekali.

Elfie yang mula tersedar dan terkejut melihat wajah seorang perempuan yang dia tidak kenal di hadapanya itu.

"Siapa awak...dan kenapa panggil saya Elfie????" tanya Elfie dengan tidak faham.

"Oh..lupa saya nak perkenalkan. Nama saya Danie..kawan awak di sekolah, serumah dan ada seorang lagi teman baik kita iiatu Watie. Nanti dia sampai lah... Awak jangan risau ye...kita ni teman rapat, rapat sekali. maaflah mungkin masa ni awak tak ingat saya. Nanti-nanti awak pasti akan peluk saya sekuat hati apabila tahu siapa saya ni.....hehehe..." jelas Danie dengan panjang lebar.

Wajah Elfie menjadi pelik dan hairan mendengar kata-katanya kawannya itu, tapi hakikatnya dia memang tidak ingat apa-apa  termasuk nama dirinya sendiri.

"Oh..jadi nama saya Elfie.. ok..." sahut Elfie lagi.

"Ye sayang...ok sudahlah..lupakan semua itu. Kita sarapan ya... Saya ada bawa nasi lemak, air milo kegemaran awak..tapi, saya beli je lah tadi..." kata Danie sambil berterus-terang.

"Air milo...wah!! Saya rindu sangat nak minum air itu. Dekat sini jururawat bagi saya air biasa sahaja. Tak best lansung..." jawab Elfie sambil tak sabar mengambil dan meminum air milo itu dan makan makanan yang dibeli oleh kawannya yang bernama Danie itu. Danie pun tersenyum kecil melihat telatah Elfie seperti budak-budak yang manja yang baru tahu tentang keenakan hidup ini.

"Hehehe...minumlah puas-puas, tapi hati-hati jangan sampai jururawat dekat luar tahu ya... habislah saya nanti..." kata Danie.

"Ok...memang sedaplah...emmm...." jawab Elfie dan meneruskan menikmati makanan dan minuman yang diberikan oleh Danie kepadanya.

"Oh ya..saya nak cakap sikit... saya pada waktu malam kan..selalu jumpa bayang seseorang. Tapi, saya tidak kenal. Lagipun dia seperti penyamun pun ada, perompak pun ada... peliklah... Saya jadi takut dan bingung duduk lama-lama di hospital nie...." cerita Elfie dengan penuh perasaan.

"Rupa dia macam mana?? Lelaki ke perempuan??? Nurse dekat luar tak tak tahu ker??" tanya Danie dengan serius. Sebabnya setahu Danie hanya mereka bertiga sahaja tahu yang Elfie ada di hospital sekarang. Mungkinkah Iskandar yang dimaksudkannya??? kerana dia memang suka buat kejutan jugakan. Fikir Danie lagi.

"Badan dia agak besar dan tinggi... Lelakilah saya rasa...ya... ya...saya ada dengar suara dia...tapi kurang jelas sikit. Suara dia agak garau..." sambung Elfie.

"Tak apalah, nanti lambat-laun kita tahu juga. Nanti saya tolong siasat ya, siapa yang suka ganggu awak kat sini selalu. Ok.." pujuk si Danie dengan nada yang baik dan lembut agar Elfie tidak fokus dengan hal yang remeh seperti itu...

"Ok...awak.." jawab Elfie tenang.

         Setelah selesai makan, Elfie dan Danie duduk berehat. Dalam Danie mengemas, Danie ada ternampak sejambak bunga dan coklat di atas meja di sebelah katil Elfie. Dalam hatinya, dia ingin bertanya kepada Elfie tentang kehadiran bunga dan coklat itu tetapi wajarkah dia bertanya sedangkan pasti jawab Elfie mengatakan dia tidak tahu kerana keadaannya sendiri pun belum betul pulih. Akhirnya, dia membiarkan perkara itu seketika lalu dia berangkat pulang sahaja supaya dia dapat balik dengan cepat untuk menuju ke tempat kerjanya pula. Danie sanggup cuti setengah hari untuk menemani kawannya yang sedang sakit itu.

"Ok...saya balik dulu ya...nanti kita borak lagi." kata Danie.

"Ala...saya bosanlah duduk lama-lama di sini. Say tidak boleh keluar dari sini ker???" tanya Elfie sambil menunjukkan mukanya yang sedih itu. Dia turut memunjungkan bibirnya di hadapan Danie.

"Nanti saya cuba tanya doktor ya... awak mesti janji dengan saya untuk cukup rehat, cukup makan dan sihat ok...barulah doktor benarkan awak keluar dari hospital ini." jawab Danie.

Elfie hanya mengangguk-anggukkan kepalanya dan melambai-lambai tangannya kepada kawannya itu. Elfie mula resah di atas katil apabila suasana menjadi sunyi. Matanya melirik ke arah ke sana ke mari, cuba mencari sesuatu yang boleh menghilangkan rasa bosannya. Tetiba...matanya perasan pada sesuatu objek iaitu bunga dan sekotak coklat. Tangannya mula mencapai kedua-dua objek di atas meja itu dan cuba mengambil kotak coklat dahulu berbanding dengan buka. Apabila kotak coklat itu berjaya diambil, sebuah majalah mula jatuh ke lantai. Dilihatnya pula ada sepucuk surat di sisi majalah itu. Hatinya ingin tahu apakah isi kandungan dalam surat itu lalu kotak coklat yang dipegangnya tadi diletakkan di atas katil. Dia menuruni diri dari katil dan mengambil surat itu dan membukanya. Isi surat itu tertulis.......


Elfie...

Saya rindu awak!!! Saya nak kita jumpa di pohon rendang di tempat biasa kita selalu jumpa.... Ingat awak seorang sahaja. Tepat jam pukul 12.00 tengah malam ya!"

                                                                                                                                Misteri guy...


Sambil membaca serta menyebut satu-satu tulisan yang terukir di dalam surat itu dengan perlahan. Kemudian, otaknya mula bergerak cergas dan membuatkan dia rasa pening semula. Terdapat bayang-bayang itu muncul semula iaitu terjumpnya seseorang lelaki di hadapannya. Gambaran agak gelap dan hanya suara diperdengarkan. Gangguan gambaran itu di kepalanya membuatkan dia semakin keliru dan ingin mencari siapa gerangan orang dalam bayangan itu sebenar. Setelah seminit berlalu, sakit dikepalanya hilang begitu sahaja. Hatinya mula rasa letih kerana dimainkan perasaannya dengan wujudnya kehadiran surat itu.

Elfie berfikir adakah dia perlu berjumpa dengan lelaki misteri itu??? Untuk mengetahui jawapan bagi setiap persoalan di hatinya dia perlu lakukan juga iaitu berjumpa dengan lelaki itu juga seperti yang tertera di dalam surat itu. Dia bertekad akan mengikuti rentak permainan ini tanpa pengetahuan sesiapa pun juga.


********************************

          Ridhwan yang telah pun sampai di hadapan hospital dengan berpakaian kemas, tapi tidak lupa juga dengan menggunakan topinya untuk mengelak dari sesiapa sahaja yang akan mengenalinya di situ nanti. Kepalanya toleh ke kanan dan ke kiri untuk melihat sekelilingnya agar keadaan semuanya dalam aman dan senyap. Ternyatanya, pada masa itu ramai jururawat masih berkeliaran di luar untuk melihat keadaan pesakit-pesakit mereka agar berehat dan tidak melakukan sebarang perkara yang tidak diingini yang boleh menganggu pesakit lain. Ridhwan mula melihat jam di tangannya sudah tinggal 10 minit pukul 12 tengah malam. Pasti Elfie sudah bersedia untuk menepati janjinya untuk berjumpanya di pohon itu.

"Aku mesti segera sampai di sana sebelum orang lain nampak aku seperti pencuri ini. Maklumlah suasana yang gelap, tetiba ada orang masih merayau-rayau di luar hospital seperti penjenayah sahaja." kata dalam hatinya.

"Akhirnya, aku dah sampai di pohon. Nasib baik sempat lagi." Dilihatnya jam ditangannya sekali lagi.

"Ada 5 minit lagi." Hatinya mula berdebar kerana takut-takut Elfie tidak melakukannya seperti apa yang berlaku seperti dulu. Namun aku hendak membantu memulihkan ingatannya aku perlu melaksanakannya sehingga selesai dan sekaranglah masanya.


         Elfie yang masih di atas katil, baring dengan eloknya supaya nampak dirinya sedang tidur. Dia juga tahu yang masih ada jururawat di luar sana sedang memerhatikan keadaan mereka. Dengan perlahannya dia menuruni diri dari katilnya dan dia buat-buat rupa seperti orang sedang tidur di atas katil dengan menggunakan bantal dan selimut itu. Setelah selesai mengaturnya, kakinya mula melangkah dengan perlahan sehingga sampai di hadapan tombol pintu biliknya. Dipegangnya tombol pintu dan di buka dengan perlahan agar bunyinya tidak kedengaran. Situasi kedua sudah berjaya apabila di lihatnya suasana sunyi dan gelap-gelita di luar. "nampaknya tiada orang, yesss...boleh aku keluar sekarang..." katanya sambil emnutup pintu biliknya semula.

        Kemudian, dia memusingkan badannya dengan perlahan juga, matanya tidak putus-putus menoleh ke sana ke mari untuk elak dari diketahui orang akan perbuatan salahnya itu sebagai seorang pesakit tidak seharusnya ke luar malam-malam tanpa ditemani oleh sesiapa. Oleh kerana hatinya sangat kuat untuk mengetahui lelaki misteri itu, dia sanggup mengambil apa pun risiko sahaja.

"Shhuuuuhhh, kau mesti dapat keluar dari sini..." bisiknya lagi sambil kakinya melangkah tanpa ada sebarang bunyi walaupun menggunakan selipar jepun sahaja. Selipar jepun memang selipar yang di khas untuk pesakit. Ia adalah benda yang boleh diketahui oleh jururawat sekiranya pesakit hendak ke mana-mana sebab ia memang sentiasa berbunyi apabila dipakai ketika hendak berjalan.

        Hampir setengah jalan Elfie sudah limpasi dan akhirnya dia nampak seperti taman yang luas namun tetap masih gelap. Hanya menggunakan lampu di sekeliling hospital dia cuba mencari jalan ke mana hendak menuju ke pohon yang dimaksudkan oleh lelaki misteri itu.

Tiba-tiba dia ternampak satu cahaya kecil agak jauh juga pandangannya. Tetapi cahaya itu nampak pelik dan berkelip-kelip. "Apakah maksudnya???" fikir dalam otak Elfie.

Tanpa berlengah dia terus mengikut gerak hatinya untuk menuju ke sana. Mungkin itu adalah tanda dari lelaki misteri itu. "Aku harap tekaan aku betul, itulah lelaki misteri itu."


            Ridhwan yang dari jauh melihat gelagat orang sedang berjalan di taman. Memanglah senang Ridhwan melihat Elfie kerana baju pesakit mudah nampak apabila terkena cahaya. Dalam hatinya tetap mengatakan itu adalah Elfie, kekasih hatinya. Ridhwan pun turut membantunya dengan memberi isyarat cahaya bahawa dia ada di sini sedang menunggu kehadirannya. Akhirnya, Elfie percaya dengan kata hatinya untuk menginagtinya siapa aku sebenarnya. "Bagussss!"


Sunday 5 May 2013

Bahagiakah Aku Dengan Kehadiranmu 1

         Ternyata aku telah tersandar sekali lagi dalam dunia percintaan. Tidak aku duga semua angan-angan dan kegembiraan yang aku berikan kepadanya musnah dengan tiba-tiba sahaja. Aku pasrah untuk mengharungi setiap liku perjalanan yang aku sendiri pilih. Di mana perginya arah tuju aku, sedangkan orang di setiap sekeliling aku hanya untuk menghancurkan segalanya. Aku sedih...hati aku sakit dan pedih. Kali ini aku dipermainkan lagi, godaan yang selalu aku rasai tetapi tetap hanya datang seperti angin yang berlalu dan pergi meninggalkan aku sahaja tatkala kekasih hati aku bertunang dengan perempuan lain. Tamparan hebat bua aku apabila aku ketahui dari laman facebooknya. Penukaran status di facebooknya sudah membuktikan segala-galanya yang dia bukan untuk aku.

"Apa patut aku buat sekarang?? Adakah perjalanan aku akan mati begitu sahaja tanpanya???" rintih dalam hati aku.

"Tidak...tidak mungkin aku kalahkan dirinya hanya dengan seorang lelaki sahaja. Bukankah itu maksudnya peluang lain juga ada di hadapan aku??? Aku boleh terus menjalani hidup seperti orang lain yang bisa melakukan apa sahaja tanpa ada seseorang yang bermakna dalam hidup aku." katanya perlahan.

         Zyra Athirah yang masih duduk di atas katil, matanya yang fokus memandang ke arah laptopnya dan jari jemari menekan tetikus dari atas ke bawah yang tidak tahu apa yang hendak dilakukannya sebenarnya. Dia rasa sudah patah semangat untuk lakukan hal yang sama dan berdepan dengan masalah yang sama. Dulu, aku pernah terfikir adakah diri aku ini dapat menjadi seperti orang lain dengan keadaan aku yang cukup comel ini. Mahukah orang mencintai aku??? Sungguhkah mereka??? Itulah antara persoalan yang selalu singgah di fikiran aku tanpa sedar. Namun aku tidak peduli siapa yang datang, aku tetap akan berkawan. Tapi tidak bermakna mereka boleh sahaja menyeksa perasaan aku sesuka hati. "Benci!!!!!" geramnya dalam hati.

Friday 3 May 2013

Promosi Sekali lagi...PRODUK CATALYST


Assalamualaikum..............Da Bismillah...

PROMOSI!!!!!!!!!!! PROMOSI!!!!!!!!!!

PRODUK CATALYST INI.....

Cepat dapatkan dengan segera dan jadilah pengguna yang baik untuk menghasilkan sesuatu yang cantik untuk diri anda..


Berminat mengetahui tentang produk ini boleh layari ke facebook saya...
www.facebook.com/aziah.rajikin

atau

hubungi saya di talian ini 013-8647428 (Nora)


Kepunyaan Blog.....Comel :)

Gadis yang kecil molek berasal dari Kuching Sarawak. Dirinya amat bersahaja dengan amat meminati bidang penulisan ini bagi mewujudkan cerita & kisah menarik yang tergambar di fikiran untuk direalisasinya kelak. InsyaAllah... PEACE