Monday 25 February 2013

PROMOSI HEBAT VCO!!!!!!!!!!






BERITA BAIKKK!!!! disebabkan sambutan yg sgt2 mengagumkan,menggalakkan, meriahh drpd org ramai, Company Catalyst Nutracetical telah melanjutkan masa promosi sehingga diberitahu kelak tarikh akhir promosi... Jadi sapa2 yg terlepas sblom tok mok join Catalyst, anda maseh berpeluang utk jd sebahagian family Catalyst :) boleh contact sya, msg/watsapp 0138467428 (nora) atau pm sya di https://www.facebook.com/aziah.rajikin . brg2 yg boleh dibeli dgn harga agent trus :

a) 5 VIRGIN COCONUT OIL= RM150 (HARGA BIASA RM219.50)
b) 3 COLLAGEN PREMIUM=RM150 (HARGA BIASA RM197.70)
c) 3 MINDSTAR=RM150 (HARGA BIASA RM197.70)
d) 3 FIBRE DRINK =RM150 (HARGA BIASA RM197.70)
e) 2 HAIR TREATMENT, 2 HAIR REVITALIZER, 1 VCO=RM150 
f ) 3 VCO, 2 MEN VITA= RM160 (HARGA BIASA RM229.70)
g) 3 VCO, 2 FEMME VITA= RM160 (HARGA BIASA RM229.70)
h) 2 VCO, 2 COLLAGEN=RM160 (HARGA BIASA RM219.60)
i) 2 VCO, 2 FIBRE DRINK=RM160 (HARGA BIASA RM219.60)
j) 2 MEXOREA, 3 VCO=RM150 (HARGA BIASA RM221.70)
k) 1 AMBIENCE =RM209 (HARGA BIASA RM269)
l) 1 CUR:V=RM209 (HARGA BIASA RM269)

Yg list dipolah kmk tok cuma cadangan, tp anda boleh juak pilih produk2 lain ekot suka asalkan pmbelian lebih rm150 ;) JIMAT & BERBALOI2!


Thursday 21 February 2013

Bisnes

Assalamualaikum.....





Perkenalkan

VIRGIN COCONUT OIL

 Ini adalah ubat kesihatan serta kecantikan....

Sekiranya berminat boleh hubungi saya di link ini


mengenai produk ini

dan inbox saya sekiranya ada yang berminat....

~ Terima Kasih ~

Monday 18 February 2013

Perfect Guy! Konon.....6


        
        Sudah beberapa hari Ridhwan menunggu Iskandar di hospital. Hatinya semakin hari semakin gelisah kerana banyak hal yang belum diselesaikan olehnya. Keadaannya yang belum pulih juga membuatkan dia merasa marah dan geram sehinggakan jururawat sanggup memberikannya suntikan penenang pada setiap Ridhwan mula mengamuk tidak tentu pasal. Selain itu, sepupunya juga tidak menjenguknya walaupun sekali sejak malam terakhir dia menceritakan tentang Elfie yang merasa sedih dengan kelakuan Ridhwan terhadapnya tempoh hari.

Ridhwan melenting sekali lagi. Lalu menghantar pesanan ringkas kepada Iskandar.

"Mana kau ni bro....aku tension ni, sorang-sorang dekat hospital."

Ridhwan kecewa dengan sikap Iskandar yang tetibanya menghilang tanpa khabar berita. Akhirnya dua minggu di hospital, Ridhwan dibenarkan keluar oleh Doktor Amar dan juga memberi nasihat kepadanya agar sentiasa bertenang dengan apa pun jua cabaran diberikan. Doktor Amar juga menasihatinya sekiranya ada masalah dia boleh merujuk dan berjumpa dengannya pada bila-bila masa. Tuhan hanya menguji kita, nasihatnya lagi. Ridhwan hanya keluar dari hospital seorang diri dengan pergi ke hotel dengan menggunakan teksi. Dalam perjalanan itu, dia sudah merancang untuk tidak mahu jumpa dengan sesiapa dahulu sebelum dia benar-benar sembuh. Maka, hatinya tekad untuk berehat di hotel yang berdekatan dengan pantai agar lebih tenang dan boleh berfikir dengan waras untuk titik-titik kehidupannya selepas ini. Otaknya juga memikirkan sepupunya dan musuhnya Elfie.

"Kenapa mereka hanya mendiamkan diri setelah terjadinya perkara yang menimpa aku seperti ini??? Adakah dia orang mula membenci aku???" rengekkan di dalam hati Ridhwan.


        Pada malam Iskandar menjenguk Ridhwan di hospital sehingga sempat berborak dengan Doktor Amar, dia telah menceritakan apa yang berlaku kepada rakannya itu. Ridhwan mengalami tekanan yang tinggi dan juga terkejut dengan keadaannya sendiri. Dia seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan sedangkan hanya kakinya sedikit terluka dan boleh di ubati. Iskandar yang telah mendengar segalanya, dia sangat memahami perasaan sepupunya itu. Dia patut menceritakannya kepada Elfie, mungkin ini adalah balasannya terhadap perbuatannya kepada Elfie dulu. Iskandar berhasrat untuk memperbetulkan keadaan agar tidak berlarutan salah faham di antara mereka.

Iskandar menghantar pesanan ringkas kepada Elfie. "Aku perlu jumpa awak dengan segera...Ini hal Ridhwan...".

        Elfie yang sedang sibuk membuat assignmentnya di dalam bilik, setiap buku rujukannya dibelek-belek untuk mencari jawapan. Selain itu juga, laptopnya bercahaya dengan bunyi taipan di setiap jari jemarinya menulis untuk memastikan tugasannya itu lengkap dan betul. Matanya ulang-alik membaca dengan teliti ayat-ayat yang ditulisnya. Otaknya mula bergerak pantas kerana sudah terjumpa jawapan yang diingini itu. Tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu...........

Memang niat ku mengharap....
Belaian cintamu untukku....
Moga kau sayang pada ku.............

....iaitu dari telefon bimbitnya. Dilihatnya, ada kotak surat di skrin telefonnya dan tertera nama Iskandar.

"Apa hal dengan mamat ni??? Tetiba je mesej aku. Dah aku tengah buat tugasan ni.... Tengok dulu lah..." katanya perlahan.

"Aku perlu jumpa awak dengan segera!!!" bacanya lagi.

"Kenapa??? Dan ada hal apa jumpa saya???" balas aku kepada Iskandar.

Iskandar yang sedang memandu yang baru lepas keluar dari hospital bergegas balik ke rumahnya semula. Apabila tiba di rumah, dia melabuhkan badannya ke atas katil. Lalu terdengar bunyi dari telefon bimbitnya itu. Seperti mesejnya tadi di balas oleh Elfie. Lalu mereka berbalas-balas mesej.

"Ini pasal Ridhwan awak...."

"Ridhwan???!!! Kenapa dengan dia???"

"Kan saya dah cerita dekat awak keadaan dia macam mana kan..."

"Ye saya tahu...tapi, itu bukan masalah saya..... Itu balasan namanya!!!"

"Awak, janganlah keras hati sangat... jangan jadi macam Ridhwan tu...panas baran...ego..."

"So, awak nak saya buat apa???"

"Bila awak ada masa free lawat lah dia dekat hospital... keadaan dia teruk sekarang... ok..."

"Nantilah saya fikir-fikirkan...." balasan terakhir dari Elfie kepada Iskandar.

         Elfie hanya memikirkan apa yang diperkatakan oleh Iskandar kepadanya. Dia mula teringat semasa berbual di antara mereka ketika di kampus.

"Salah aku kah semua ini???" bisik hatinya.

"Bukankah dia yang mulakan permainan ini dulu... semua salah dia!!! Dia telah memalukan aku... dan bagaimana aku nak maafkan dia??? sakit dihati belum lagi terubat." katanya dengan perlahan sambil memukul-mukulkan bantal yang dipeluknya itu dan terus menangis. Dia tidak mahu memaafkan Ridhwan kerana setelah kejadian tertawanya pelajar lain di dalam kelas terhadapnya tentang takutnya dia pada katak membuatkannya dia tidak dapat menerima tamparan itu dengan bersahaja sahaja. Telinganya masih terngiang-ngiang dengan ketawa mereka itu. Sungguh tidak menyangka.

       Bunyi tangisan Elfie di biliknya boleh didengar oleh kawannya, Diana yang masih menonton cerita Korea di luar. Tanpa dia berlengah lagi, Diana terus mengetuk pintu bilik Elfie dan merempuh masuk sahaja. Diperhatikannya, kawannya itu asyik menangis dan tidak berhenti-henti.

"Kenapa dengan kau ni, Elfie??? Kau okey tak???"

Elfie terus menangis dan memeluk tubuh si Dania\e dengan sekuat hati. Diana terasa hairan, Elfie tidak pernah menangis seperti itu melainkan berpisah dengan keluarganya pada mula-mula dia masuk ke universiti dulu. Begitulah keadaannya. Beberapa lama kemudian, Danie ternampak telefon bimbit Elfie bercahaya dan berkelip-kelip. Dia melihat si Iskandar sedang membuat panggilan kepada Elfie. Maka, dia sudah faham apa yang sedang berlaku dengan Elfie sekarang ini. Pasti ada kena-mengena dengan mamat-mamat di kampus itu.

"Sudah-sudah...Fie, jangan menangis..lebih baik kau cerita dekat aku hal sebenarnya... Sampai kau menangis teruk macam ni...." pujuk Danie kepada aku.

Pelukkan aku yang erat dengan badan Danie tadi dilepaskan dengan perlahan-lahan. Aku mengesat air mata aku yang jatuh ke pipi dengan tangan aku yang lembut dan juga telah membuatkan mata aku bengkak sedikit.

"Macam ni, Dany....." aku pun bermula bercerita. "Tempoh hari, Iskandar ada berjumpa dengan aku. Kami bertekak...itu pun pasal mamat sombong yang rasa perfect tu!!!!" cerita aku lagi dengan marah.

"Kemudian....???"

"Mamat tu dekat hospital sekarang... kaki yang aku tendang hari tu...kau ingat tak???"

"Iya...ingat...hehe...."

"Kenapa kau gelak??" tanya aku sebelum aku menyambung cerita hal sebenar.

"Tak, lepas kau tendang kaki dia, aku sempat tengok yang dia berjalan terkencot-kencot... Padanlah dengan muka dia kan..."

"Emmm....elok bagi kau, tapi aku takkk....." sahut aku dengan perlahan lalu menundukkan kepala.

"Kenapa??? Rasa bersalah pulak kat dia???" tanya Dany lagi..

"Yer...sebab sikap aku buat dia macam tu, dia masih teruk sekarang. Dia sampai masuk hospital. Iskandar kata kaki dia luka teruk dan parah. Dia perlu guna tongkat beberapa hari ini.... Itu semua salah aku kan Dany!!!!"

"Ohh...aku faham. Itu yang si kawan mamat tu call kau tadi...dan sekarang dia nak kau buat apa pulak???"

"Takkk..kau tak salah... benda dah berlaku kan... Lepas itu....?"

"Dia suruh aku jumpa dia dan maafkan dia......" aku berkata sambil menangis lagi.

"Sudah....jangan menangis... Itu terpulang pada kau.. kau nak maafkan dia atau pun tidak ok.... Tapi, sekarang ini kau kena fokus dulu dengan tugasan kau yang belum siap lagi ni and...biar aku dan Watie akan tolong kau selesaikan. Kita jumpa dia bertiga ok...jangan risau..." balas Dany lagi sambil memujuk hati Elfie supaya bertenang.

*******************

        Setelah apa yang didengarnya semalam itu, Elfie bertukar perangai. Dia menjadi pendiam dan mukanya selalu masam tidak seceria dulu. Manakala Ridhwan hilang begitu sahaja tanpa ada sebarang berita di kampus mereka. Iskandar juga keliru dengan tindakan Ridhwan yang hanya lari dari keadaan. Bersembunyi di hospital dan tidak mahu diketahui oleh orang lain tentang keadaannya termasuk papa and mamanya. Mereka berdua menjadi lain sekarang ini. Iskandar menjadi buntu sehingga bertanya pada diri sendiri .

"Kenapa mereka harus jadi begini??? Kenapa pergaduhan mereka itu boleh mewujudkan masalah berat???" keluhan dari Is.

Danie juga memberanikan diri untuk berjumpa dengan Iskandar secara terang-terangan di kampus. Ini hanya untuk meminta penjelasan hal sebenar dari mulut Iskandar sendiri.

"Is...Betul ker apa yang aku dengar dari Fie pasal Ridhwan..." tanya Danie dengan berani sambil berbisik di hadapan Iskandar dan manakala kawan-kawannya yang lain melihat ke arah lain dan tidak mempedulikan mereka berdua.

"Ye betul...harap kau jangan hebohkan hal ini... Hanya aku seorang dan kau orang sahaja yang tahu." jawab Is lagi.

"Baiklah... tapi kau boleh teman kami tak untuk melawat dia di hospital nanti. Maklumlah, aku takut dia boleh apa-apakan Elfie lagi nanti."

"Boleh...semalam aku ada beri pesanan ringkas dekat nombor bilik dia kepada Elfie. Nanti petang kita pergi ke sana." balas Ridhwan lagi.

"Ok...settt...jumpa nanti." kata Danie.

         Malangnya, Elfie jenis gadis yang tidak mengenal erti mengalah. Dia tahu yang dirinya tidak bersalah dengan apa yang terjadi kepada Ridhwan itu, maka, dia ambil keputusan untuk berjumpa dengannya sendiri di hospital.

Setelah tiba di hospital...........matanya meliar-liar mencari nombor bilik Ridhwan ke kanan dan ke kiri. Namun masih tidak jumpa. Akhirnya, dia berasa penat dan bertanya kepada salah seorang jururawat di sana.

"Nurse, maafkan saya. Boleh bantu saya memberi arah jalan ke bilik ini??" tanya Elfie dengan menunjukkan nombor bilik dengan jururawat itu.

"Oh..anda jalan lurus dan melihat ada anak tangga, lepas itu anda naik tangga itu kemudian belok ke kiri ya..." jururawat itu berkata dengan lembut dan kemudiannya tersenyum.

"Baiklah...terima kasih..."

"Kembali..." jururawat itu pun berlalu dari situ.

Elfie meneruskan jejaknya mengikut arah yang diberi oleh jururawat itu. Beberapa minit kemudian, dia terjumpa.......dan sempat melihat bayangan dari seseorang yang bertongkat yang sedang meninggalkan bilik itu. Dia terus melangkah ke hadapan bilik itu. Dia merasakan sesuatu yang aneh.

"Siapa ya tadi??? Macam pencuri je lepas keluar dari bilik ni???" kata Elfie dengan perlahan.

Tanpa dia mempedulikannya, Elfie terus mengetuk pintu bilik Ridhwan dan apabila membuka pintu itu, dia terlihat di atas katil Ridhwan kosong. Keadaan bilik nampak kelam-kabut sahaja. Ridhwan juga tiada di dalam biliknya. Selimutnya jatuh ke lantai termasuk bantalnya tertongeng seolah-olah baru di tikam ke dinding seperti baru melepaskan geram. Tanpa berlengah, Elfie terus berlari keluar mengejar bayangan tadi. Malangnya tidak sempat dan dia merasakan itu adalah bayangan Ridhwan...

Elfie terus memberitahu hal ini kepada jururawat di sana dan mereka masing-masing bergegas mencari pesakit mereka itu dengan segera. Dalam Elfie turut berlari, dia pula terlanggar dengan seorang lelaki yang berpakaian seperti seorang doktor.

"Maafkan saya...." sapa Elfie.

"Tidak mengapa.... Awak sedang mengejar siapa??" tanya lelaki itu.

"Saya sedang mengejar kawan saya encik, dia sedang lari dari hospital ini..." kata Elfie lagi.

"Dia dirawat di bilik mana???" lelaki itu sedang mengelabah dan terkejut mendengar perjelasan dari gadis itu.

"Bilik nombor 213..."

"Ehh...itu bilik Ridhwan...." bisik hati Doktor Amar.

"Saya kenal dengan pesakit itu, saya doktornya...dan mengapa dia lari???"

"Saya pun tidak pasti encik....maafkan saya, saya perlu pergi sekarang...." Elfie terus meninggalkan doktor itu di situ sahaja. Manakala doktor tidak sempat bertanya apa-apa dengan gadis itu.


       Ridhwan yang berjaya keluar dari bilik itu. Dia yang bertekad dari semalam lagi tidak mahu duduk lama di hospital itu kerana turut kecewa dengan sepupunya itu yang tidak datang melawatnya lagi. Sedangkan dia setiap malam hanya bermimpi Elfie mentertawakannya kerana dia telah berjaya membuatkan aku jatuh tersungkur seperti ini. "Ridhwan lumpuh dan bertongkat!!!!!" kata Elfie dalam mimpi tu. Mimpi itu membuatkan Ridhwan malu untuk berjumpa dengan sesiapa di luar. Dan kini, dia telah dapat melarikan diri dari hospital dan menuju ke hotel yang berpandangan pantai dan laut supaya dia boleh menenangkan dirinya.

"Aku benci semua orang dekat sini!!!! Aku nak keluar dari sini!!!!! Tidakkk!!!!!! Kenapa kaki aku jadi begini!!!!" kata-kata akhir dari Ridh yang berada di hospital itu. Dengan perasaan geramnya dia melontar semua barang ke tepi termasuk bantal dan juga selimutnya.


        Elfie yang tidak larat untuk meneruskan perjalanannya dalam kepenatan itu, dia akhirnya duduk di kerusi di laman utama hospital itu. Dengan menegur sedikit air dimulutnya dan terasa kehausannya pun hilang. Dia berehat seketika. Dia pun menghubungi Danie.

"Hello, Danie...kau kat mana??"

"Oooiii perempuan....aku yang patut tanya kau tu dekat mana??? Puas kami cari kau...di kampus ni..."

"Kami???"

"Ye...aku, Watie dan Is....kami nak bawa kau ke hospital jumpa Ridhwan sekarang..." balas Danie.

"Tak payah...aku dah ada dekat hospital ini. Beritahu Is yang Ridhwan dah lari...aku tak sempat nak kejar..." kata Elfie yang tercunggap-cunggap sambil mengambil nafas setelah berlari jauh untuk mengejar Ridhwan tadi, malangnya juga dia tidak berjaya untuk memanggilnya semula.

"Apa??? Ok...kami ke sana sekarang..." balas Danie.

        Elfie terkejut dengan tindakan Ridhwan yang sanggup lari dari hospital ini. Mungkinkah dia malu dengan keadaannya??? Aku pun tidak mengerti apa mahunya Ridhwan itu. Tetiba...muncul satu pesanan ringkas dari telefon bimbit aku.

"Maafkan aku Elfie....aku tidak sengaja melakukannya.. - ridh- ."

Pesanan ringkas itu datang dari....."RIDHWAN!!!!!" jerit batin aku.

Setelah itu, Elfie cuba menelefonnya semula melalui pesanan ringkas yang dihantarnya sebentar tadi. Berulang-ulang kali Elfie menelefonnya. Tetapi dengan cepatnya dia menutupkan telefonnya semula. Aku kecewa dan aku ingin bercakap dengannya. Lalu aku pun meninggalkan hospital dan kembali ke rumah. Dalam perjalanan aku sempat memberikan pesanan ringkas dengan Danie yang aku akan balik ke rumah sahaja.

       Dalam pemanduan aku, aku terus menangis. Hati aku remuk dan sakit apabila terkejut dengan kelakuan Ridhwan yang meminta maaf kepada aku atas semua perbuatannya dulu. Dia seolah-olah sudah menyedari kesalahannya sendiri. "Tapi, mengapa harus kau lari, Ridh???? Kita masing-masing boleh berterus-terangkan." Bisik hatinya. Perasaan geramnya menjadi-jadi lalu dia menghentak tangannya pada stering keretanya itu.

Elfie memberhentikan pemanduannya seketika. Dia sudah merasai sesuatu perubahan pada dirinya setelah mendengar berita tentang Ridhwan dari Iskandar selama ini.

"Kenapa aku ada perasaan kasihan dengannya??? Apa hal aku perlu peduli dan ambil berat tentang mamat tu???!!!!" sahut dalam hatinya lagi.

"Elfie....kau jangan percaya dengan hasutan orang,.... kau mesti berwaspada... Pasti ada yang tak kena berlaku selepas ini yang kau sendiri pun tak tahu." Pujuk hatinya dengan memberikan ransangan kepada otak untuk berfikir secara rasional dengan apa yang telah menimpa dirinya itu.


**************************

       Danie yang baru selesai berbicara dengan Elfie dan meletakkan panggilannya itu terus memberitahu Iskandar yang Elfie ada di hospital. Dia juga memberitahu yang Ridhwan sudah lari dari hospital tanpa diketahui oleh orang lain. Namun, Elfie tidak sempat menemuinya. Kemudian, Is mengiakan semua apa yang diceritakan Danie kepadanya. Lalu mereka kembali ke rumah mereka masing-masing setelah Iskandar menghantar Danie dan Watie ke rumah sewa mereka. Apabila sampai, Danie berasa lega melihat kereta Elfie sudah terpacak di hadapan rumah sewa mereka itu. "Alhamdulillah Watie, Fie ada dah kat rumah ni..." sapa Danie kepada Watie.

"Aku hendak berjumpa dengan Elfie boleh????"

"Aku rasa jangan dululah...dia tengah serabut sekarang... dan kau balik lah dulu. Nanti aku hubungi kau semula." balas Danie lalu masuk ke rumah sewanya.

Iskandar yang menunjukkan mukanya masam di hadapan Danie kerana kecewa tidak dapat berjumpa dengan Elfie walaupun sekejap. Hal ini kerana Iskandar sudah mula menyukai dan kasihan dengan keadaan Elfie sekarang. Dia masih rasakan dirinya 'hero' untuk sentiasa berada di sisi Elfie walau apa pun yang akan berlaku di antara sepupunya dengan Elfie. Dia akan pastikan Elfie bahagia selalu. Perasaan sayangnya tidak akan luruh walaupun Elfie menolak sekalipun kerana dia benar-benar ikhlas hendak berkawan dengan Elfie dan menjaga Elfie dari jauh.

Kemudian, Iskandar mengambil telefon bimbitnya dan menghantar pesanan ringkas kepada Elfie.

"Awak jangan susah hati ya.... saya ada di sisi awak... Kita kawan kan.... Apa-apa awak boleh luah pada saya... you just give me your call ok Elfie....". Setelah itu, dia pun pergi dari situ dan meninggalkan mereka bertiga di rumah dengan aman.

Seminit kemudian, pesanan ringkas Iskandar sampai ke telefon bimbit Elfie dan Elfie pun membacanya. Pada masa itu, Elfie masih menyambung melayan perasaan sebaknya di dalam biliknya itu. Perasaan dirinya semakin bercelaru sebab dia tidak mengetahui siapa harus dia percaya di antara Iskandar dan mamat perfect itu. Kepalanya hanya memikirkan ke mana perginya Ridh dengan bertongkat dan keadaannya yang masih sakit. Elfie masih menunggu panggilan mahupun pesanan ringkas dari Ridh untuk mengetahui khabarnya itu. Tapi, ini pasti tidak mungkin sebab Ridhwan sememang benci padanya. Dia tidak akan mengaku kalah dengan aku. Pasti!!!!


Tuesday 5 February 2013

Oh Paris, I Love You!


          Pada hari semalam aku pernah bermimpi yang kehidupan aku mungkinkah akan terus menjadi begini iaitu sentiasa mimpi di siang hari kerana dalam aku mula tidur lena pasti aku akan mimpikan sesuatu yang luar biasa, angan yang teramat tinggi sehinggakan aku sanggup meluahkan apa sahaja yang aku mimpikan itu di status facebook aku. Tapi, ramai juga orang mengejek aku sebab aku hanya bermimpi sahaja. Episod dulunya aku memang suka berangan-angan, namun kini tidak lagi ia sudah menjadi satu kenyataan yang membanggakan diri aku.

        Fatin Liyana, seorang gadis yang gemuk dan suka makan coklat tak kiralah coklat apa sekalipun. Dalam hidupnya memang pantang nampak coklat, baju coklat, kasut berwarna coklat, kek coklat dan sebagainya. Sehinggakan biliknya sendiri pada dinding dan hiasannya adalah dengan berwarna coklat. Namun walaupun minat terlalu tinggi dengan coklat dan warna coklat, dia tidak pernah lupa dengan warna-warna yang lain. Kelebihan yang ada pada Fatin ialah dia sangat kreatif dan baik dalam memadankan sesuatu   warna. Fatin mempunyai bakat dalam dunia fesyen. Biar pun fizikalnya yang gemuk dan gempal tidak akan jatuh tahap gayanya yang jauh lebih bagus dari orang kurus dalam menghiaskan dirinya itu. Kadang-kadang ada juga masanya dia nampak berlebihan tetapi dia tidak mempedulikannya. Yang hanya dia inginkan adalah kegembiraan dalam dunianya sendiri.

          Zaman perkuliahannya sudah pun berakhir apabila sudah berjaya merealisasikan dirinya untuk berdiri di atas pentas convocation bagi bergelar siswazah. Jadi banyaklah perancangan yang akan dilakukan oleh Fatin Liyana pada masa itu. Perancangan pertama, dia ingin menjadi seorang pereka fesyen dan membuka bisnes sendiri. Adakah semua itu akan berjaya??? Persoalan itu telah di jawab oleh sahabat karibnya, Sofie yang seakan-akan sama dengan dirinya selalu memberi nasihat agar tidak meletakkan sesuatu harapan yang tinggi dalam dunia kariernya. Masalah....

"Adakah orang sudi mengambil kita bekerja???".

"Tengoklah diri kita ni Faty... dahlah gemuk...tak cantik.. Nanti tak pasal-pasal bukan dapat lamaran kerja..tapi, dapat lamaran ejekkan je..." kata Sofie.

"Jangan putus asalah Sofie... Kita ada pelajaran apa.... bijak dan pandai... Dia orang nak ejek kita biarlah. Janji impian aku pasti akan tercapai... Itulah yang aku nak dari dulu lagi." Jawab Faty kepada kawannya.

"Impian kau tu tinggi sangat. Aku pun tak mampu nak capai..." sindir kawannya itu sambil menolak bahu Faty.

"Tak apalah, angan-angan tak bayarkan.... Tapi, makanan ni kau mseti bayar tau!" sahut aku.

"Hehehehe... kau lah bayar...kau kan pandai cari duit sekarang." Pujuk kawannya lagi.

"Hah, pandailah sangat... Kita kena rajin, macam aku... Gemuk-gemuk aku pun, fikiran aku tak buntu tau... KREATIF!!! lagi..." Faty menjawab dengan bangganya di hadapan kawannya itu.

"Nak ni duit RM 50.00... kau tolong aku bayar makanan yang kita makan ni kat kaunter tu ok... aku tunggu kat depan. Kita kena bergerak lebih rajin lagi. Walaupun hakikatnya badan kita ni tengah 'berat' sekarang.." kata Faty lagi.

Faty yang sedang menunggu kawannya itu, dia sempat merakamkan gambar pemandangan di sekitar shopping compleks itu. Selain itu dia akan mengambil gambar seperti gaya-gaya wanita yang berfesyen terutamanya wanita berbangsa cina. Itu hanya adalah untuk mnendapatkan inspirasinya bagi mencipta baju fesyen khas.

"Apa yang kau ambil tu??" tanya Sofie.

"Gambar orang..."

"Hah???!!! Gambar orang??? Buat apa??? Nak culik ke???" jawab Sofie yang hairan dengan perbuatan kawannya itu.

"Gila!!! Bukan lah... aku nak ambil fesyen pakaian mereka... Nice!!!! I want to do something different!!!" sahut Faty sambil meneruskan mengambil gambar yang bersesuaian.

"Nak dapatkan ilham, kenalah buat kajian dulu... seperti aku ni... mula-mula ambil gambar... kemudian, cuci gambar...dah tu...." terang Faty satu persatu tentang tujuan dirinya untuk mengambil gambar itu.

"Dah tu???...Kenapa diam pulak???"

"Handsomenya.... nasib baik sempat ambil gambar dia tadi." jawab Faty dengan perlahan.

"Handsome?? Siapa handsome???"

"Tengok sana..." jawab Faty sambil mengarah tangannya ke arah lelaki itu.

"Ye... memang handsome..."

Mereka berdua terus memerhatikan lelaki yang tinggi dan tampan sedang berada di Kedai SAMSUNG. Dia sedang melihat barangan di sana. Beberapa minit kemudian...

"Hello!!! Sudah... tak terpandangnya kita ni lah... dia handsome, kita ni gemuk. Ingat tu...." jerit Faty tiba-tiba sambil menepuk bahu si Sofie.

"Alamak, terkejut aku..." jawab Sofie.

       Mereka pun melangkah keluar dari situ dan menuju balik ke rumah. Niat di hati Fatin sudah tercapai untuk mencuci mata mencari ilham tentang dunia fesyennya. Di sebalik itu juga dia bersyukur dapat melihat 'keindahan' yang sungguh menawan hatinya tadi. Lelaki yang kacak dan tinggi itu.

        Nasib baik aku ada kerja sambilan sekarang walaupun sebagai seorang photographer biasa sahaja. Dari hal itu aku boleh edit sedikit-sedikit gambar yang aku petik ini dan menjadi hasil yang baik. Bakat itu terpendam terlalu lama setelah arwah ayah memberikan kamera yang canggih kepada dirinya selepas tamat pengajian. Itulah sumber yang aku perolehi sementara mendapat kerja yang lebih sesuai lagi nanti. "Terima kasih ayah...." Bisik hatinya dengan kamera kesayangannya itu.

Dalam perjalanan hendak ke rumah, dia singgah sekejap ke kedai untuk beli surat khabar untuk mencari pekerjaan lain. Kalau boleh dia hendak lakukan sesuatu yang mengikut minat dirinya itu ingin menjadi pereka fesyen.

       Apabila tiba di rumah, dia dan kawannya sedang membelek-belek surat khabar dan juga majalah fesyen sebagai permulaan membuat kajian tentang pekerjaan mereka.

"Yang ini, ok....tempat dia berdekatan je kat rumah kita...." tiba-tiba suara Sofie berbunyi.

"Tak oklah... bos cina...aku nak yang orang melayu...boleh??" jawab Faty.

"Kau ni memilih sangat...mana lah nak cari orang melayu kerja macam kita ni...peliklah kau..." balas kawannya lagi.

"Ada, satu hari nanti aku nak bekerja dengan pereka fesyen melayu macam kita... baru kelassss!!! Dapat juga bantu kaum orang melayu kan.....hehehehe" sahut Faty sambil meminum air sirap merah yang penuh dengan ketulan ais di dalam gelasnya itu.

"Sebelum aku nak lamar pekerjaan ini, aku nak buat satu lakaran sikit untuk 'basic' aku. Baru orang tau aku siapa kan???!!! Kalau tak buat, kau tahulah dia orang pasti gelakkan kita yang badan macam 'tong' ni...." kata aku lagi.

"Jahatlah mulut kau!!!! Apa-apa pun kita ada pelajaran juga kan...macam kau kau cakap dekat aku tadi kan..." celah si Sofie.

"Ye... tapi, kita kenalah ubah perserpsi orang terhadap kita dulu, buktikan sesuatu itu dengan benar. Baru orang percaya dekat kita yang nak semangat ni minta kerja." terang Faty lagi.

"Ok...aku faham, kau kan bijak!!! Tak macam aku... Buntu memanjang..."

"Dah...pula.... Kau dengan aku kat sini, kita buat sama-samalah... lagipun, aku nak tengok gambar yang aku ambil tadi... mana tahu boleh edit sikit-sikit kan....hehehehe..." sindir aku dengan kawannya itu. Sofie memang manja dengan Faty, dia tidaklah berapa pandai dan bijak seperti Faty, walaubagaimanapun kalau ada kesusahan, Sofie pasti ada bersama Fatin. Mereka sudah seperti adik dan kakak yang tidak dapat dipisahkan lagi.      

Masing-masing mereka melakukan tugas mereka, Faty sibuk dengan lakarannya sambil mengedit gambar, manakala Sofie pula masih cuba untuk melakar sesuatu yang dia belum pasti apa yang dia hendak terjemahkan. Akhirnya, perut yang sudah penuh dengan makanan iaitu biskut dan air sirap sejuk yang dihidang oleh ibu Faty sebentar tadi telah membuatkan Sofie tertidur. Tinggallah Faty yang bertungkus-lumus menyiapkan kerjanya itu. Sesudah itu, dia membelek semula surat khabar yang tidak terusik lama di atas mejanya sejak dari tadi lalu di ambil dan di baca mukasurat mengenai jawatan kosong yang ada tertera di situ. Dia cuba memilih dan membulatkan kawasan yang diketahuinya dan juga padan dengan bakat yang dia ada dengan menggunakan marker berwarna merah. Banyak juga tempat yang telah dipilihnya. Dia bertekad tidak akan berputus asa untuk mendapat pekerjaan.


****************************

          Aizuddin, seorang lelaki yang tampan dan segak merupakan seorang bos di sebuah syarikat pereka fesyan terkenal di kawasan Kuala Lumpur ini. Dia juga mempunyai bakat mereka pakaian terutamanya untuk artis dan pelakon-pelakon terkenal. Sebilangan pekerjanya juga terdiri daripada wanita-wanita yang ada serba sedikit ciri-ciri seorang model dan pelakon. Namun, Aizuddin juga suka memilih dan hanya memilih pekerja yang sangat faham dengan perangai yang berlagak dan suka marah dan panas barannya itu. Sesiapa sahaja yang akan bekerja dengannya pasti tidak akan lama kecuali yang hanya tertarik minat dan tergila-gila dengan dirinya akan setia bekerja dengannya di syarikat itu. Termasuk setiausahanya, Suziela seorang yang cantik dan tinggi lampai dan serupa model itu yang masih setia dengannya. Kiranya, Suziela sudah masak dengan perangainya itu, apa tidaknya pada masa mula-mula dia masuk bekerja perkara pertama yang dia lakukan adalah bancuh air teh tarik dengan cukup manis dan rasanya. Kalau salah disuruhnya buat sekali lagi. Boleh sampai marah Suziela pada masa itu. Aizuddin pun tidak menyangka dia tetap tidak mahu mengalah. Itu sebab Suziela layak jadi setiausahanya sehingga kini.

"Suzie...mana pergi fail rekaan baru aku tu???!!! Lambat betul kau cari kat almari luar tu???" teriak Aizuddin dengan setiausahanya yang sedang mencari fail yang dimahunya itu.

"Sekejap bos... ada ni...saya dah nak sampai bilik bossss....." dengan kelam-kabutnya Suzie mencarinya akhirnya jumpa jua lalu berlari menuju ke bilik bosnya.

"Nak...huh!!!"

"Bagus...cepat... lain kali simpan elok-elok harta aku..." teriak Aizuddin lagi.

"Baik bos...saya faham..." jawab Suzie.

"Awak boleh keluar..." sapa bosnya lagi.

Aizuddin mula membelek lakaran itu semula. Namun dalam dia cuba melakar kembali lukisan tersebut malangnya ilhamnya pula tiada. Otaknya rasa buntu dan kosong. Rasanya, dia perlu mencari seorang pekerja yang bijak dan kreatif untuk pengganti baru pereka fesyennya, Encik Raimi atau panggilannya Reny. Dia telah mengkhianati bosnya sendiro dengan sanggup menjual hasil lukisan kepada orang lain dan juga dapat sehingga mempamerkan ke dunia fesyen di luar. Sungguh kejam pekerjanya itu, hanya keran wang dia sanggup mengkhianati syarikatnya sendiri. Hati Aizuddin sangat lega apabila dia dapat ketahui kejadian ini sebelum menjelangnya pertandingan fesyen antarabangsa yang akan dilansungkan di Paris. Aizuddin perlu mencari dengan segera pengganti pekerjanya itu.

"Suzie...masuk." Aizuddin yang menekan butang pada telefon pejabatnya untuk memanggil setiausahanya masuk ke dalam pejabatnya.

Pintu pejabat Aizuddin diketuk dan suzie terus masuk serta berdiri tegak seperti seorang model untuk mendengar penjelasan bosnya itu.

"Saya nak kamu sediakan satu iklan khas untuk mencari seorang pereka fesyen yang boleh kita harap selepas ini. Saya nak sesi temuduga itu diadakan di sini, bilik mesyuarat pada minggu depan dengan segera. Pastikan yang layak sahaja!!!!! Saya tak nak yang macam sampah!!! Mesti ada ciri-ciri yang saya sukai. Awak tahukan...???" jelas Aizuddin dengan teliti tentang keinginan untuk memcari pereka fesyen yang berkaliber dan berkualiti.

"Baik..bos..saya faham..." sahut kembali si Suzie kepada bosnya.

"Bagus...siapkan dengan segera sebelum petang ini supaya dapat esok diiklan di media massa dan surat khabar juga." Jawabnya lagi.

Suzie sudah selesai mencatat semua kemahuan Aizuddin untuk perancangan sesi temuduga itu lalu dia keluar dari bilik dan memulakan langkah yang sepatutnya. Dia amat tahu dulunya, bos sangat mengkagumi Reny cuma dia tidak menyangka Reny boleh pergi sejauh itu hingga lupa diri siapa dulunya dia. Kalau tidakkan Encik Aizuddin yang telah membangunkan namanya, Reny tidak akan berjaya seperti sekarang. Sekarang dia sudah menjadi persaingan ketat kepada syarikat Aizuddin ini dengan melebarkan sayapnya di Syarikat Pamola Designer. Kini, syarikat itu menjadi perhatian orang-orang luar berbanding dengan Syarikat Designer Ai'eZ Berhad iaitu syarikat Aizuddin sendiri. Dialah pereka dan dia jugalah bos. Suzie mula merasa kasihan dengan bosnya itu. Dia akan bantu mencari pengganti yang benar-benar sesuai dan boleh memajukan nama syarukat kita semula.


************************


            Keesokkan harinya, Fatin bangun pagi dengan penuh semangat untuk mencari pekerjaan baru. Dia mengemaskan diri untuk cuba pergi ke syarikat-syarikat yang memerlukan perkhidmatan sepertinya. Dia juga mendandan mengenakan pakaian yang bersesuaian agar salah satu syarikat yang akan dikunjunginya akan menerimanya bekerja.

"Kringgg...kringgg......" telefon rumahnya berbunyi. Mak Fatin memanggil dari luar.

"Fattyyy..... Sofie dah tunggu kau kat bus stop!!!" Mak Fatin memberitahu kehadiran Sofie yang sedang menunggunya di bus stop sekarang ini.

"Baik..jap.. Faty lagi kemas ni...." jawab Fatin lagi.

Setelah selesai berkemas Fatun keluar dan hanya sempat meminum air sebagai sarapan paginya kerana risau kawannya tunggu lama di perhentian bas itu.

"Faty jalan dulu ya mak.....Assalamualaikum." Kata Fatin kepada maknya.

"Baik-baik nak..."

Fatin terus mengambil kasut high hill berwarna hitam yang berjenama dari Padini lalu dipakainya dengan teliti. Badannya yang gemuk itu, membuatkan dia terpaksa berjalan dengan perlahan untuk sampai ke perhentian bas. Walaupun begitu, semangat hati sangat kental untuk mencari kerja pada hari ini.

Setengah jam kemudian.....

"Hai.. Sofie, maaflah lambat..." sapa Fatin kepada kawannya yang sudah berada di perhentian bas sejak tadi.

"Tak apa, wahhh!!! cantik kau hari ini... keelllaaaaasssss gitu....!!!!" puji kawannya lagi.

"Biasa je...semangat ni nak cari kerja. Bosan dah duduk termenung je kat rumah. Ada kerja part time pun tak juga hari-hari aku kerja." Kata Fatin.

"Kita tengah usaha lah ni. In Syaa Allah ada nanti."

Akhirnya bas pun tiba di hadapan mereka. Mereka menaikinya dan menuju ke destinasi yang seterusnya.

Ketika di dalam bas........

"Amboi, ada badak dalam bas kita ni lah... siap make-up lagi... Geli aku. Rasa cantiklah tu." tiba-tiba kedengaran suara lelaki yang kelihatan macam Mamat Sepah mengutuk-gutuk aku dari belakang.

"Kau ada masalah ke dengan aku???" kata Fatin.

"Ada... kau tu badan besar sangat, sengit bas ni bila kau masuk tadi." Jawab lelaki tu.

"Dah tu, tak reti nak bagi aku duduk... biar aku boleh balancekan badan aku ni dan bas ni takkan sengit!!!!" balas Fatin sambil menolak bahu lelaki itu. Dan lelaki itu, jatuh ke kerusi kosong yang ada disebelahnya.

"Padan muka kau!!!" Teriak Sofie.

Lelaki itu terus diam kerana takut dia akan dikerjakan oleh perempuan itu. Manakala orang disekelilinnya mengejeknya semula agar turun dari bas itu sebab sudah buat kecoh di pagi hari. Akhirnya bas itu berhenti dan mnyuruh lelaki itu keluar dari bas. Pemandu itu hanya inginkan keselesaan setiap pelanggannya yang menaiki basnya itu.

"Cik, awak berdua boleh duduk ye... senang saya nak memandu." Kata pemandu bas itu.

Fatin dan Suzie hanya tersenyum dari jauh. Mereka terasa terharu ada juga manusia yang memahami keadaan mereka. Mungkin ini satu petanda baik akan terus mendapat hikmag dariNya lagi.

"Terima kasih encik-encik semua..." sahut mereka berdua dan terus duduk dengan senang hati.

          Setelah tiba di destinasi yang mereka inginkan, mereka pun turun dari bas itu. Fatin mengambil surat khabar di dalam begnya. Dia mencari alamat yang terlebih dekat dahulu untuk meminta kerja.

"Kita pergi dekat depan itu, aku rasa syarikat yang pertama ini pasti berdekatan situ je. Mari kita cuba..." sapa Fatin kepada kawannya.

Cubaan pertama, gagal!!!

Cubaan ke syarikat yang kedua......juga gagal sekali lagi!!!!!!!

"Geramlah, kenapa dia orang suka tengok penampilan je... tak tengok kebijaksanaan kita pun!!! Kalau macam ni, macam mana nak cari duit???" keluh Sofie di hadapan kawannya.

"Sabar pasti ada yang faham situasi kita..." balas Fatin.

Dalam dia mencari arah tuju untuk mencari syarikat lain, tiba-tiba dia terlanggar seseorang yang sedang kelam-kabut berjalan.

"Aduhh....tak nampak orang jalan ke???" teriak lelaki itu.

"Dia???!!!!" terpinga Fatin melihat orang yang dilanggarnya secara tidak sengaja.

"Maafkan saya encik. Saya tak sengaja. Maaf!!!" sahut Fatin kepada lelaki itu. Lelaki itu adalah lelaki yang dijumpai di Shopping Mall semalam.

"Sudah lah....badan gemuk ada hati nak langgar-langgar orang. Nasib tak patah kaki aku tadi!!!!" lelaki itu menyahut dengan begitu kasar sekali dan hanya meninggalkan mereka di situ tanpa menoleh dan meminta maaf kepadanya.

"Sombong betul lelaki itu." kata Sofie.

"Biarlah... salah kita kan..." jawab Fatin. Dia cuba meneliti syarikat yang ketiga. Rupa-rupanya sudah sampai di hadapan mereka sahaja.

"Selamat pagi... Maaf, tumpang tanya di sini ada nak mencari pekerja baru tak???" kata Fatin kepada gadis yang berada di kaunter pertanyaan itu.

"Sekejap ye..."

"Ok..."

"Ohh...ada... tapi pihak kami belum sempat mengiklankannya. Saya boleh tolong pertemukan awak dengan setiausaha bos kami ya... Sebentar sila duduk dulu..." kata gadis itu dengan sopannya. Fatin dan kawannya duduk di kerusi tetamu yang telah disediakan.

Beberapa lama kemudian....

"Maaf...awak ke yang sedang mencari kerja tadi???" tiba-tiba Suzie datang dan menuju ke arah mereka dan bertanya soalan yang sama.

"Ye, saya..."

"Saya Suzie..perkenalkan."

"Ok, pasal temuduga tu....maaflah...sekarang ni sesi temuduga belum dibuka lagi, tapi minggu depan baru mula. Jadi boleh awak tinggalkan sebarang maklumat mengenai awak dan tolong isi borang ini juga ya. Saya akan hubungi awak semula jika awak diterima untuk sesi temuduga ini nanti." jelas Suzie satu per satu.

"Baiklah, terima kasih cik...." jawab Fatin.

"Rita, tolong ya... nanti pass borang tu dekat saya nanti."bisik Suzie kepada gadis itu. Lalu dia menuju semula ke arah kami dan bersalaman.

Fatin yang hanya melihat keadaan di syarikat itu, pekerja semuanya seperti model. Tinggi dan kurus. Otak Fatin mula ke awang-awangan, bertanyakan tentang dirinya adakah layak ke tidak berada di situ nanti. Tanpa membuang masa, dia hanya mengisi borang tersebut dan apabila selesai dia kembalinya kepada gadis di kaunter itu. Akhirnya mereka ambil keputusan untuk pulang ke rumah semula.


         Sesudah sampai di rumah, dia merebahkan dirinya di atas katil. Ketenangan dapat dirasai apabila salah satu jawatan kosong di syarikat itu dapat diperolehi. "Harap-harap aku dapatlah kerja tu nanti. Walaupun dari luar syarikat itu sememangnya moden dan canggih, pasti bos dan pekerjanya juga bagus, bukan.... Ya Allah, doakan aku dapat kerja tu....Amin." bisik hati aku. Dalam kepenatan aku pun tertidur. Kawan aku pula setelah sampai di rumah aku terus balik dan meninggalkan aku dan mak aku di rumah selepas selesai makan tengahari tadi. Manakala esoknya pula, aku sibuk dengan kerja mengambil gambar untuk pengantin baru yang berdekatan dengan rumah aku sahaja. Pasti aku kepenatan tetapi aku tetap bangga dengan diri aku walaupun gemuk masih juga ada orang yang percaya dengan bakat yang aku ada di luar sana.

        Menjelang di sebelah malam keesokkannya pula, aku sambung membuat kerja part time aku iaitu mengedit gambar. Sambil itu juga, aku terlihat semula gambar lelaki yang aku ambil hari itu. "Memang samalah dengan orang aku langgar semalam, tapi dia agak sombong sedikit. Macam tak suka gadis gemuk macam aku je." kata aku keseorangan di dalam bilik. Teringat pula aku dengan borang yang aku telah aku isi untuk jawatan kosong di Syarikat Designer Ai'eZ Berhad.

"Kenapa lama sangat tak call ni??? Tak dapat ke interview tu sebab aku..... emmmm...malas lah nak fikir." Bisik hati kecil aku.

Tetiba telefon bimbit aku berbunyi.....

"Siapalah yang call aku malam-malam ni...??? Pelik.... angkat sajalah...." sambut aku.

"Hello, siapa di sana??"

"Hello, selamat malam, maaf mengganggu... Saya Suzie... ingat tak???"

"Oh. Ingat.. Ye cik..ada apa yang boleh saya bantu??"

"Justeru saya yang nak minta tolong awak untuk datang temuduga pada minggu depan ini, boleh???"

"Boleh... saya akan datang. Terima kasih terima saya untuk temuduga."

"Sama-sama, jangan lupa ya!! Saya tunggu..." jawab Suzie.

Lalu masing-masing mematikan talian itu.

        Suzie sememangnya sengaja mengambil Fatin untuk ditemuduga. Dia tahu setelah meneliti maklumat peribadi diri Fatin pasti ada keistemewaan pada dirinya. Dengan pelbagai lakaran lukisan diberi oleh Fatin yang sungguh kreatif juga membuatkan Suzie semakin penasaran untuk mengambilnya. Namun, pasti ada yang tidak kena berlaku nanti semasa temuduga dijalankan. Sebabnya, bosnya itu amat pemilih dan yang dimahukannya adalah orang yang bagus dan sedap mata memandang. Suzie hanya berniat untuk membuka pintu hati Encik Aizuddin supaya jangan sentiasa menilai luaran sahaja yang penting dalam hatinya adalah lebih sempurna. Suzie berharap agar dia berjaya dengan misinya itu.

"Hello, Sofie aku dapat temuduga lah... seronoknya..." kata Fatin yang ceria di talian yang sedang berbual dengan Sofie.

"Ye...untunglah kau.. rezeki tu... buat baik-baik ye.." jawab Sofie lagi.

"Ok. Thanks...my friend."

"Welcome... bye dear." kata Sofie lalu mereka mematikan telefon.

Fatin akhirnya dapat tidur lena setelah dapat khabar baik itu. Dia akan buat yang terbaik untuk temuduga nanti. Hal ini kerana dia ingin mencapai impiannya untuk sampai ke Paris dengan kejayaan yang dia miliki nanti iaitu menjadi pereka fesyen yang terbaik di seluruh Asia.

"Hehehehehe......" aku ketawa kecil melihat dirinya yang asyik suka berangan tinggi.


************************

Pada di hari sesi temuduga sedang dijalankan.................

         Fatin tiba di hadapan Syarikat Designer Ai'eZ Berhad. Masuknya Fatin ke dalam dan melihat keadaan orang yang tidak berapa ramai telah dipilih untuk ditemuduga termasuklah diri aku. Fatin cuba memberi senyuman kepada bakal-bakal pereka di hadapan. Namun, hati aku tawar apabila melihat respon yang diberikan oleh mereka terhadap aku.

"Eh, tengok dia ni ada hati nak jadi designer ke??? Macam badut je aku tengok!!! Dah tu badan dia.... hahahaha..." Bisik dua orang perempuan yang gayanya ala-ala model dengan make up yang sungguh cantik dan berseri. Perbualan mereka itu didengar oleh Fatin. Fatin amat kecewa dan hanya mendiamkan diri sahaja di kereusi penunggu yang telah disediakan. Dia juga berasa kasihan dengan kawannya Sofie kerana tidak dipilih untuk sesi temuduga ini. Rindunya dengan kawan karibnya itu.

Fatin hanya terus memberi senyuman kepada yang lain. Dalam hatinya berkata, "Aku tidak kisah apa orang nak kata tentang aku yang penting aku nak usaha dan buktikan!!!".

Gadis di kaunter pertanyaan mula berkata....

"Semua peserta sudah bersedia??? Selepas ini, sesi temuduga akan dijalankan dan di minta semua senyap ya... Saya juga akan memanggil setiap nama peserta satu persatu mengikut giliran. Terima kasih..."

        Suzie yang cuba melihat menggunakan CCTV di bahagian tempat duduk penunggu itu dari arah bilik penemuduga. Dia sedang memerhatikan setiap gerak-geri pesertanya juga. Di samping itu, dia seolah-olah mencari gadis gemuk itu dan dilihatnya dia sudah sampai. Maka, hari ini misinya akan bermula. Setelah dilihatnya semua bersedia, dia membuat panggilan kepada Encik Aizuddin untuk bersedia masuk ke bilik mesyuarat. Encik Aizuddin hanya mengiakan sahaja lalu keluar dari pejabatnya terus menuju ke bilik tersebut.

"Rita, siap dan bersedia dengan peserta yang pertama." Panggilan dari Suzie kepada Rita.

Rita pun memanggil peserta pertama sehingga berterusan sampai ke peserta kelima. Setiap masa yang di ambil untuk peserta adalah selama 40 minit. Sungguh lama. Itu membuatkan Fatin menjadi resah dan tidak selesa.

Kemudian, sudah tibanya masa Fatin untuk ditemuduga. Fatin melangkah ke arah bilik mesyuarat. Pintu bilik itu diketuk olehnya.

"Masuk...."

Fatin masuk ke bilik tersebut dan terkejut melihat salah seorang para panel yang menemuduga itu adalah lelaki yang ada di shopping mall hari itu. Malangnya, Encik Aizuddin tidak mengingat apa-apa. Tanpa membuang masa dia menukarkan fikirannya dan terus fokus dengan sesi temuduga itu sahaja. Gelagat para penemuduga pula saling berbisik-bisik dan Encik Aizuddin cuba menjeling setiausahanya yang memilih gadis seperti itu untuk ditemuduga. Suzie tahu bosnya marah dengannya sebab mengambil gadis berbadan besar untuk dijadikan sebagai pereka fesyen sedangkan dia tahu citarasa Encik Aizuddin yang sebenar.

"Baiklah... sebelum awak mula hendak menceritakan tentang latar belakang awak, saya nak beri soalan ini dahulu. Saya nak tahu kenapa pihak kami perlu menerima awak bekerja di sini???" sapa Aizuddin dengan tidak memulakan perbicaraan dengan betul di hadapan Fatin.

"Maaf terlebih dahulu encik, saya layak memilih jawatan yang saya rasa saya mampu lakukan dan beri sumbangan yang terbaik dengan syarikat anda. Saya juga mempunyai kelayakan yangbersesuaian dan bakat yang ada boleh saya tonjolkan untuk berada di sini sekiranya saya benar-benar diberi peluang oleh pihak anda untuk memberi sumbangan dan diterima bekerja." Jawab Fatin dengan tegas dan yakin.

"Walaupun rupa badan awak....." sahut Aizuddin..

"Gemuk...???!!! Itu sudah menjadi tanggungjawab saya untuk terima apa juak cemuhan. Tapi adakah semua itu penting, encik??? Paras rupa tidak penting bagi saya sebab yang tidak cantik tidak seperti tiada bakat dan yang cantik pula tidak semestinya sempurna. Betul Cik Suzie???" kata aku lagi dengan ingin menegaskan jawapannya lagi.

Suzie hanya senyum kecil di hadapan mereka.

"Ok, apa kelayakan yang awak ada dan boleh tunjukkan kepada kami???" tanya salah seorang panel yang ada di situ.

Fatin menjawab lagi dan kali ini dia menunjukkan hasil lakarannya yang baru iaitu dari hasil simpannnya sendiri. Walaupun dia sudah memberi contoh lakaran yang lain, tapi kali ini dia menunjukkan idea-idea lakaran lain yang lebih kreatif dan elegan lagi.

"Woowww!!!! cantiknya..." bisikan dari antara panel-panel di situ. Mata panel juga terpinga-pinga melihat hasil lakaran yang cantik itu hanya dengan menggunakan pen berwarna dan coraknya sungguh menawan.

Namun, Aizuddin memberi respon yang kurang senang di hadapan Fatin.

"Betul ke awak yang lukis ni??? Bukan curi???" tanya Aizuddin dan membuatkan panel yang lain terkejut mendengarnya.

"Semestinya tidak...." jawab Fatin lagi.

Tapi di dalam hati Aizuddin berkata, "Bagaimana dia boleh melukis sebagus ni??? Mesti dia ni mempunyai bakat yang tersendiri. Tapi aku tidak boleh percaya 100% melainkan......." bisik hatinya.

"Jadi, kami sepakat.... akan menerima awak bekerja. Tahniah!!!! Sila rujuk setiausaha saya nanti. Terima kasih." kata-kata akhir dari bos Suzie.

Suzie sudah mengagak semua ini akan berlaku dan dia juga faham isi hati bosnya. "Pasti dia ada niat lain, tidak begitu mudah dia akan menerima Cik Fatin seperti itu." Rungut di hatinya. Suzie terus membawa Cik Fatin keluar dari bilik itu lalu berbisik..."Tahniah!!! Saya memang mahukan awak dari mula kita jumpa. Selamat datang ya.....".

Fatin hanya tersenyum dan masing-masing bersalaman.

"Saya akn hubungi awak nanti." sapa Suzie lagi.

"Ya cik Suzie, terima kasih." jawab Fatin.

Setelah itu, Fatin pun keluar dari syarikat dan tidak sabar hendak menceritakan yang dirnya sudah mendapat kerja kepada Sofie.

"Hello, Sofie...aku berjayalah...."

"Ye...terus dapat... woooww!!! Tahniah!!"

"Aha...nanti kita borak panjang lagi ya. bye..." telefon Fatin dimatikan.

          Aizuddin berasa tidak puas hati dengan hasil lakaran Si Fatin. Dia mula curiga dengan hasilan Fatin itu kerana dia memang tidak suka orang yang lebih pandai darinya. Dia tidak dapat terima. Walaupun hatinya sudah menerima Fatin untuk bekerja di bawahnya, dia akan pastikan Fatin mesti buktikan kata-kata sebentar tadi iaitu dia akan berikan yang terbaik untuk syarikat ini. Dengan ini, dia akan cuba memberi tugasan kepada Fatin untuk melakar bagi membuat Pertandingan Pereka Fesyen Antarabangsa itu yang diadakan di Paris nanti. Pertandingan ini akan berlansung tidak lama lagi. Jadi dia perlukan idea asli dengan segera. Di fikirannya hanya mementingkan kemenangan syarikat sahaja bukan hendak memberi komitmen yang baik dengan pekerjanya.


*************************

Apabila tiba di rumah....Sofie dan Fatin berborak.

"Macam mana?? Bila kau start bekerja???"

"Esok..."

"Cepatnya..." keluh Sofie.

"Baguslah, taklah aku bosan ngadap kau je hari-hari..." dengan selambanya Fatin menjawab.

"Kau ni jahatlah.... Aku pula cemburu kat kau sebab aku masih penganggur."

"Siapa kata kau penganggur??!! Kau pun sudah dapat kerja...tanpa ditemuduga." Jawab aku lagi.

"Eh, kerja apa?? Dengan siapa??"

"Ok, macam ni... kau bekerja sebagai setiausaha aku lepas ni. Sebab, kau boleh uruskan kerja part time aku tu... Jangan risau aku bagi kau gaji lah..." terang si Fatin dengan Sofie.

"Memandangkan aku ada kerja tetap, jadi aku kena fokus lebih pada pekerjaan aku kan... dan kau boleh tolong aku untuk teruskan agenda kerja aku sebagai jurugambar ni... Faham..."

"Tapi, macam mana??? Kau tahukan aku tak pandai tangkap gambar, kalau edit retilah..."

"Itulah yang aku nak... Pasal jurugambar itu biar aku urusankan. Kau hanya buat jadual untuk aku selari dengan kerja aku nanti. Jadi kita dapat hasil pendapatan yang banyak juga." Kata Fatin lagi.

"Ok, aku faham...terima kasih Fatin...muah..muah... sayang kau!! Taklah mak aku bising lagi nanti." puji Sofie.

"Yelah..." sahut Fatin sambil memerhatikan gambar lelaki itu semula. Dia teringat lagi akan wajah lelaki itu di hadapan. "Tampan dan segak tapi...meluat aku dengan kesombongan dia" bisik hati aku.


Keesokkan harinya.....situasi di pejabat.

"Selamat pagi cik Suzie."

"Ya, selamat pagi... dan selamat datang ke Syarikat Designer Ai'ez Berhad. Mari saya tunjukkan pejabat awak." Mereka melangkah menuju ke pejabat baru Fatin.

"Wahh...cantiknya Cik Suzie."

"Ok, silalah masuk... Selamat bekerja. Ada apa-apa sila jumpa saya nanti ye..." jawab Suzie dengan senyuman yang manis. 

Tibanya aku di situ hanya Cik Suzie yang memberi respon yang baik, manakala pekerja yang lain hanya menjeling sahaja. Mungkin tidak suka dengan penampilan aku dan badan aku yang gemuk ini. Aku mula membelek-belek fail di atas meja. Banyak juga kerja yang terbengkalai di sini rupanya. Aku meneliti semuanya satu persatu. Tiba-tiba....telefon pejabat aku berbunyi lalu aku mengangkatnya.

"Hello..selamat pagi, boleh saya bantu..."

"Selamat pagi!!! Sila ke pejabat saya sekarang!!" kata bosnya dan terus meletakkan gagang telefonnya. Fatin merasa pelik. Tanpa melengahkan masa dia terus segera ke bilik bosnya itu.

"Cik Suzie, bos nak jumpa saya..."

"Saya tahu..sila masuk.." sahut Suzie.

"Ye...bos.."

"Sila duduk..." nada bosnya yang tegas itu.

"Saya nak awak buat satu lakaran baru untuk syarikat ini. Boleh?? lebih bagus dari hari itu." kata bosnya.

"Ishh...sombong betul!!!" Sahut fatin dalam hati.

"Boleh... bila bos perlukan lakaran itu???"

"Saya nak awak siapkan minggu depan dan letak di atas meja saya sebelum pukul 9 pagi..." kata bosnya lagi.

"Baiklah..."

"Tolong jangan hampakan saya. Saya berpegang pada kata-kata awak dulu. Jangan ingat saya lupa ya." sindir bosnya lagi.

"Saya faham bos. Dan saya akan pastikan bos takkan kecewa..." Jawab Fatin dan terus keluar dari bilik bosnya itu.

"Do the best girl..." sapa Suzie dengan perlahan di hadapan aku.

"Thanks Cik Suzie...". Dia terus berjalan menuju ke arah pejabatnya semula.

       Di sebalik perbualan tadi, sedikit sebanyak turut menarik hati Aizuddin tentang Fatin. Walaupun rupanya gemuk, tapi dia tidak pernah gugup dengan pertuturannya dan selalu yakin. Dia juga cantik dan manis tetapi kalau tidak kerana gemuk pasti banyak juga orang terpikat dengannya. Dia ramah dengan semua orang. Tadi juga dia sempat melihat Fatin dan pekerjanya yang lain berbincang untuk lakaran baru itu. Semua orang senang hati bekerja dengannya. 

"Aku tidak boleh menunjukkan yang aku suka dengan sikapnya di hadapan orang lain. Kalau tidak pasti aku rasa malu." Bisik hatinya.

Fatin sempat melihat bosnya yang sedang mengintip dari tepi meja setiausahanya itu. Dia sibuk hendak mendengar perbualan kami. Dalam hati Fatin turut tersenyum melihat gelagat bosnya itu. "Malu tapi mahu". kata Fatin dengan nada yang perlahan. Kemudian, Fatin sambung fokus balik dengan berbincangan mereka. Manakala Encik Aizuddin hanya berlalu pergi dari situ sahaja.

Keesokkan harinya....

      Niat Encik Aizuddin untuk mencari upah yang lain untuk membuat lakaran baru untuk di hari Pertandingan Pereka Fesyen Antarabangsa sudah pun ada. Encik Safuan, pakar dalam bidang pereka fesyen juga merangkap sebagai sahabat karib Encik Aizuddin untuk membantunya menyiapkan lakaran yang sesuai untuk pertandingan itu. Dia terlalu mengharap tinggi akan hasil di antara mereka. Namun begitu, sikapnya itu akan membuatkan banyak pihak berkecil hati kerana tidak mempercayai pekerjanya sendiri. Dia tidak peduli akan persepsi orang terhadapnya tapi yang penting adalah kerjaya dan nama baik syarikatnya. Dia tidak mahu zamannya kegemilangan dulunya dirampas semula seperti mantan pekerjanya dulu, Encik Reny. Maka, perancangannya itu sangat baik untuk elak berlakunya perkara-perkara yang tidak disukainya nanti.

Tiba masanya pembentangan lakaran di bilik mesyuarat itu.

       Suzie yang sudah menyiapkan segala keperluan di bilik mesyuarat dan tidak sabar hatinya untuk melihat hasil karya lukisan Cik Fatin nanti. Suzie menekan butang pada telefon pejabat untuk menghubungi Fatin.

"Tittt.... Cik Fatin, bersiap sedia untuk pembentangan nanti ya. Kita mula pada pukul 10.00 pagi nanti." kata Suzie di hujung taliannya.

"Baiklah Cik Suzie, terima kasih." balas Fatin.

        Fatin yang berasa sangat gentar kerana ini adalah saat yang paling penting dalam hidupnya untuk membuktikan depan semua orang yang dirinya juga berbakat seperti pereka-pereka yang lain. Dia cuba menasihati dirinya agar selalu positif dalam menyediakan sesuatu dalam kerjayanya. Sanggup Fatin tidak cukup tidur untuk meyiapkan lakaran itu dan rasanya Encik Aizuddin pasti berpuas hati setelah dia memberikannya pada pagi ini tadi. Jika tidak, pasti dia sudah memanggil aku. Fatin juga tahu yang bosnya itu tersangatlah cerewet dan pantang ada kesalahan sedikit pun di matanya. Sebab itu dia melukiskannya dengan sungguh hati-hati. Tiba masa di dalam bilik mesyuarat nanti, Fatin pasti boleh beri lakukan yang terbaik untuk syarikat ini.

"Boleh tahan juga lakaran dia ni..." Bisik hati Aizuddin setelah mendapati lakaran yang diinginkannya itu telah berada di atas meja.

"Tapi, aku tetap nak menguji dirinya juga... adakah dia benar-benar lakukan ini atau dia punyai niat lain. Sahaja nak ambil hati aku...." katanya lagi dan sepertinya dia tetap tidak puas hati dengan hasil Cik Fatin ini. Keraguannya terhadap bakat Fatin masih tinggi.

"Kita tunggu nanti ya, Cik Fatin..." dengan senyuman nakal dia memikirkan rancangan buruknya itu akan tiba sebentar sahaja lagi.

"Titttt.... semua sudah berada di bilik mesyuarat, bos..." kata Suzie di taliannya.

"Baiklah, saya datang...." balasnya kembali.

Ketibaan Encik Aizuddin datang dan masuk ke bilik mesyuarat bersama seorang lelaki yang tidak dikenali oleh Cik Fatin. Manakala yang lain pula terkejut melihat lelaki itu dan masing-masing terpandang sesama sendiri termasuklah Suzie, setiausahanya.

      Malangnya, Suzie sudah mengagak semua ini akan berlaku kerana bosnya masih tidak mempercayai kebolehan orang lain selain dirinya dan sahabatnya itu. Bosnya pasti melakukan ini untuk langkah berjaga-jaga. Hati Suzie juga amat kuat dan percayai kebolehan Fatin dapat menandingi hasil lukisan orang lain.

Lampu bilik mesyuarat di tutup.

"Mari kita mulakan....... persilakan Cik Fatin." Kata bosnya itu sambil matanya menjeling tajam ke arah Fatin dengan memberi arahan yang tegas untuk memulakan sesi pembentangan itu.

"Baiklah......." sahut Fatin dan bermulalah pembentangannya sehingga selesai.

 Selepas tamat dalam masa satu jam... mereka semua bertepuk tangan kerana sangat berpuas hati dengan lakaran yang ditunjukkan oleh Fatin itu. Mereka turut yakin yang Syarikat Designer Ai'ez Berhad pasti akan berjaya masuk ke peringkat seterusnya nanti sekiranya Cik Fatin dapat menjadi pereka fesyen tetap di situ.

"Syabas...semua orang suka....tetapi saya nak juga menunjukkan 'sesuatu' yang lain dari yang lain untuk pertandingan itu nanti. Silakan Encik Safuan....." katanya tiba-tiba dan hampir mengejutkan semua orang yang berada di situ.

"Apa????!!!! Maksud kau???" teriak hati Fatin.

"Lakaran lain???" kata Suzie pula.

Fatin dan Suzie hanya melihat pembentangan Encik Safuan itu. Hati Fatin sangat pedih kerana diperlakukan seperti itu. Dia hanya mendiamkan diri sahaja di situ. Manakala Suzie sedang memerhatikan air muka  Fatin. Dilihatnya ada tangisan kecil di pipi Fatin.

"Kasihan kau, Fatin...bersabarlah kau pasti kuat melawannya!!!" Bisik hati Suzie.

Dalam situasi yang gelap itu, Fatin sempat mengeluarkan dirinya dari bilik mesyuarat itu tanpa disedari oleh sesiapa termasuk Suzie. Setelah selesai....

"Ok, tamat....bagaimana???..." kata-kata Encik Aizuddin terus terhenti apabila melihat kerusi Fatin telah kosong setelah lampu dibuka semula.

"Eh, mana Fatin??" tanya pekerjanya yang lain.

Encik Aizuddin terus terduduk dan terpinga dengan kelakuan Fatin pada masa itu.

"Encik Aizuddin, saya sebagai setiausaha encik sangat marah dengan apa yang encik telah lakukan kepada Cik Fatin sebentar tadi. lebih baik encik terus memilih Encik Safuan menjadi pereka fesyen di syarikat kita ini. Dia sudah berusaha melakukan dna memberikan yang terbaik kepada syarikat kita. Dia sungguh berbakat. Hanya kerana penampilannya yang kurang cantik itu, Encik Aizuddin memperkecilkan bakatnya yang ada. Encik Aizuddin tak patut buat Cik Fatin sebegitu....." marahnya Suzie kepada bosnya itu dan memberi penjelasan dengan jelas tentang keadaan Fatin sebenar.

"Ya betul itu, kami sama-sama setuju.." mereka pun berkata yang sama dan angkat kaki keluar dari bilik mesyuarat itu dan hanya meninggalkan bos mereka dengan Encik Safuan sahaja.

"Bro...kau tak patut buat dia macam tu... kecil hati dia bro..." sapa kawannya sambil menepuk bahunya itu.

Aizuddin mula berasa bersalah kepada Fatin. Di sudut hatinya ingin menguji kesetiaan Fatin terhadap syarikatnya namun ternyatanya salah... Dia telah menghancurkan semuanya sebab sudah kehilangan pekerja yang sangat rajin dan berbakat itu.

       Fatin yang sudah terselamat dari situasi tersepit lagi sakit hatinya terhadap bosnya itu, dia bertekad untuk tidak kembali di syarikat itu semula. Dia sangat kecewa dengan sikap Aizuddin walaupun dia tahu isi hatinya amat menyukai bosnya tapi itu semuanya mustahil disebabkan "Aku seorang yang gemuk!!!" katanya dengan nada yang kecil sambil menangis-nangis. Dia ingin melupakan segala-galanya di sini termasuk Aizuddin.

"Suzie, give me a number phone Fatin, please..." kata-kata Aizuddin kepada Suzie.

"Tunggu kejap bos...nahhh!!!" Suzie memberikannya dan Suzie juga sempat memberitahu kepada bosnya yang Fatin tetap tidak mengaktifkan nombor itu.

"Apa??? Di mana nak cari dia lagi...ergghhhh" balas bosnya dengan keadaan yang kelam-kabut.

Suzie hanya memerhatikannya dan lalu bertanya...

"Do you love her boss???" tanya Suzie.

Akhirnya Aizuddin berdiri tegak seperti terkena panahan elektrik.

"This is means.... I'm in love with her, Suzie???" sahut bosnya yang dalam keraguan dengan keadaan dirinya yang sebenar.

"Yes boss... So, go and get her!!!" balas Suzie lagi.

Bosnya terus berlari dan meninggalkan Suzie di pejabatnya itu. Namun dalam beberapa hari itu juga, Aizuddin tidak tahu di mana hilangnya Fatin. Dia susah hendak menghubunginya mahupun Aizuddin pergi ke rumahnya sekali namun tidak berjaya kerana ibunya dan rakannya, Sofie tetap tidak mahu berterus terang. Maka, tiada pilihan lain dia terpaksa tempuh di hari pertandingan di Paris itu seorang diri tanpa perekanya disisi.

Dua bulan selepas itu.....

     Fatin akhirnya membawa diri ke Paris dan mendapat pekerjaan di situ sebagai jurugambar model. Akhirnya impian tercapai untuk sampai di Paris walaupun bukan sebagai seorang pereka fesyen tetapi seorang jurugambar kepada model-model terkenal. Dia yang berada di tempat Pertandingan Pereka Fesyen Antarabangsa di mana dulu impiannya ingin membuatkan satu model baju untuk dipamerkan di sini. Tetapi lain pula jadinya. Aku hanya mampu tersenyum sahaja. Dalam dia asyik mengambil gambar model-model yang sedang meragakan pakaian di situ, tiba-tiba dia terlanggar dengan Suzie.

"Eh..maaf saya tidak sengaja..." kata Fatin sambil menggosok-gosokkan camera kesayangannya itu.

"Awak..." sahut Suzie.

"Fatinkan.... you're look different!!! So gorgeous......" sapa Suzie lagi.

"Suzie...eh tak adalah..biasa sahaja cuma kurus sedikit." sahut Fatin lagi.

"Now u call me Faty ok...I'm a photographer now."

"Cool!!! So, tak jumpa 'dia' lagi....???"

"Siapa???" sambil Fatin mengambil gambar.

"Saya!!!!!!" tiba-tiba suara Aizuddin ada di situ.

Fatin terhenti mendengar semula suara itu dan rasanya dia sangat mengenalinya.

"Awak...bos...." gugup Fatin menyahut panggilan mantan bosnya itu.

"Cantiknya awak...dan kenapa tinggalkan saya???" Tanya Aizuddin manja.

"Mana ada saya tinggalkan bos...bos tak suka saya kan....jadi...."

"Awak pergi tinggalkan saya....." celah Aizuddin lagi yang segak bergaya dengan pakaian smart berkot serba hitam itu.

"Haii..masih handsome dia....." bisik hati Fatin lagi memuji bosnya itu.


"Model seterusnya adalah ciptaan rekaan dari pereka fesyen Cik Fatin Ahmad!!!!!!! Dipersilakan....." suara dari pengacara majlis itu menyebut nama Fatin.

Fatin tergamam dan terkejut sebab namanya di pekikan mikrofon semasa pertandingan majlis itu berlansung.

"Bagaimana???"

"Bagaimana apa, Fatin...." sahut Suzie.

"Kami tidak akan lepaskan peluang yang baik ini begitu sahaja... Tengok ramai yang teruja dengan hasil rekaan awak kan....Dan Encik Aizuddin pun tidak teragak-agak menghantar lukisan awak itu kepada mereka. Dia bertungkus-lumus menyiapkan baju itu dengan baik and itulah hasilnya..... Congratulation to you Fatin..." kata Suzie dengan menceritakan semua kepadanya.

Fatin hanya mampu menangis dan berasa sungguh dihargai.....Dia berasa bangga sebab Aizuddin tidaklah sejahat yang dia sangka selama ini. Kini, dia telah memiliki kemenangan yang telah lama dia pendamkan dan akhirnya, Aizuddin berdiri disisinya apabila mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Pereka Fesyen Antarabangsa itu.

        Mata Aizuddin tidak lekang hanya memerhatikan Fatin dari jauh yang sibuk mengambil gambar model-model di situ. Sedangkan Aizuddin sibuk melayan kerenah wartawan. Setelah selesai........Suzie menghampiri dan berbisik di telinga bosnya itu.

"Apa lagi bos...inilah peluangnya...cepat sebelum terlambat..." kata Suzie.

Aizuddin tersenyum malu lalu melangkah ke arah Fatin yang sedang masih mengambil gambar. Dia menarik tangan Fatin lalu membawanya ke tempat yang sunyi. Hanya mereka berdua. Fatin pula terkejut dengan kelakuan aneh bosnya itu secara tiba-tiba.

"Kenapa ni??? Apa bawa saya dekat sini???" kata Fatin dengan bosnya itu.

"Fatin, saya sebenarnya hendak berterus terang dengan awak yang saya suka dekat awak... Awak terima cinta saya tak???" kata Aizuddin dengan selambanya tanpa memikirkan perasaan Fatin lagi di situ.

"Apa????!!!"

"Jadi awak tak suka saya??!!!!" kata Aizuddin sambil menarik tangan Fatin sekali lagi.

"Saya...saya...."

"Cakaplah....." sambung bosnya itu.

"Ya, saya suka awak juga..." sahut Fatin dengan nada yang perlahan dan malu.

"Yes....thank you Fatin..." katanya sambil memusingkan dirinya dan menari di hadapan Fatin.

Fatin hanya tersenyum.

"Tapi janji awak jangan sombong dengan sesiapa lagi..." kata Fatin dengan bersyarat.

"Baiklah tuan puteri...saya sayang awak... Jangan tinggal saya ye sayang...." kata Aizuddin yang manja itu.

Tanpa mereka sedari, Suzie dan Sofie mencuri dengar perbualan mereka. Jadi, mereka berdua pun turut bertepuk tangan dengan perhubungan baru di antara mereka.

       Akhirnya, Fatin dan Aizuddin melansungkan majlis perkahwinan mereka dengan meriah sekali. Kejayaan yang kini dimiliki Aizuddin juga semakin melonjak tinggi kerana adanya kehadiran seorang isteri tersayang disisinya itu. Aizuddin dan Fatin bahagia sekarang dengan menjadi seorang pereka fesyen yang terkenal dan turut membuka satu syarikat pergambaran untuk kerjaya isterinya itu juga. Kata-kata yang selalu didengari oleh Aizuddin di bibir isterinya adalah "Oh Paris, I LOVE YOU!!!!" kerana di situ perhubungan dan percintaan mereka bermula. Dia sangat menyukai Paris.


~ TAMAT ~

Sunday 3 February 2013

Perfect Guy! Konon.....5



      
       Perasaan Ridhwan yang masih bengang dengan dirinya yang masih lagi terlantar di hospital beberapa hari yang lalu menyebabkan dia berasa bosan dan teringin hendak lari keluar dari hospital itu. Dia teringat akan mula-mula dia sampai di hadapan klinik untuk membuat pemeriksaan tentang kakinya.

"Pak Luk, tunggu sini ya...saya nak pergi check-up sekejap..." kata Ridhwan yang baru keluar dari kereta yang turut dipandu oleh memandu ayahnya itu. Dia yang hanya berjalan terkencot-kencot sendirian manakala Pak Luk hanya memerhatikan sahaja. Mahu sahaja hati si Pak Luk membantunya tapi apakan daya dia sememangnya tahu perangai Ridhwan yang tinggi egonya kerana tidak suka dibantu itu sejak dari kecil lagi. Ridhwan yang dari kecilnya sentiasa di didik oleh ayah dan mamanya berdikari. Ayah dan mamanya juga selalu sibuk sehingga membiarkan dia hidup keseorangan di rumah. Pak Luk dan Mak Yam adalah tempat dia selalu mengadu isi hatinya. Itu sebabnya, dia terlalu degil dan manja. Semua kehendak dia mesti dipatuhi dan didengari oleh semua orang. Kalau tidak dia akan cepat memberontak seperti sekarang.

"Baiklah, tuan.... saya tunggu di luar sahaja." Balas Pak Luk.

Ridhwan akhirnya sampai dan masuk pintu utama klinik swasta yang tidak jauh dari rumahnya. Dia berharap tidak akan masuk ke hospital apabila diperiksa nanti. Malangnya.....

"Encik Ridhwan, maaf saya ingin beritahu yang bengkak pada kaki encik agak teruk. Dan ia perlukan ubat untuk menghilangkan bengkak tersebut. Encik juga perlu saya masukkan ke hospital supaya tiada kuman yang berjangkit dan semuanya akan menjadi sembuh seperti sedia kala." kata doktor yang memberi penjelasan tentang teruknya bengkak pada kakinya itu.

"Apa??!! Jadi, saya perlu masuk hospital untuk rawatan lanjut... perlu ke doktor?? Saya rasa ubat yang dari klinik ni beri bolah jadi sembuh cepat kaki saya bukan..." balas Ridhwan kepada doktor itu.

"Bukan maksud kami ubat di sini tidak sesuai, tapi saya nak sembuhkan bengkak kaki encik itu sebab sudah terlalu lama tidak dirawat. Lagi pula, encik hanya biarkan begitu sahaja sehingga tidak dibalut seperti itu. Boleh jadi terkena kuman nanti, encik...." terang doktor itu lagi.

"Ok...Ok..saya faham...awak tolong sediakan surat dengan segera lepas itu saya akan terus menuju ke hospital. Terima kasih, doktor...." sahut Ridhwan dengan nada mengalah dan tegas. Dia terpaksa akur untuk mendengar arahan doktor kali ini. Lagi punn dia tidak mahu mengambil masa yang lama untuk berada di hospital nanti. Dia akan pastikan dia dapat keluar dengan cepat.

Beberapa lama kemudian....

"Pak Luk, kita terpaksa pergi ke hospital. Doktor cakap kaki saya teruk dan perlu dirawat dengan sempurna." Kata Ridhwan kepada Pak Luk.

"Baiklah, saya akan hantar tuan ke sana." Balas Pak Luk lagi.

Kereta Mercedes hitam yang dipandu oleh Pak Luk bergerak menuju ke hospital setelah tuannya Ridhwan masuk ke tempat duduk belakang. Dia cuba mengaturkan kakinya dengan baik supaya tidak terasa kejang dan sakit. Ridhwan juga sempat merehatkan diri di dalam kereta itu. Dia pula mengelamun....

"Hahahaha...padan dengan muka kau, pencat..... Itulah ada hati nak takutkan aku dengan katak kau tu. Sekarang baru kau rasa panahan tendangan dari kaki aku pula kat kaki kau.... SEKARANG KAU MERENGEK KESAKITAN!!!!!!! hahahahaha.....padan muka kau! Akibat suka berlagak!!"

Dalam khayalan Ridhwan..... Itulah kata-kata dari Elfie kepadanya setelah berlakunya pergaduhan di antara mereka. Elfie mentertawakan dirinya dari jauh dan memaki hamunnya semula seperti apa yang dilakukan olehnya terhadap Elfie. Bayangan itu menjadi berhantu dalam fikiran Ridhwan. Ridhwan yang merasa malu dengan dirinya yang berjalan bertongkat ke kampus adalah menjadi saat yang paling buruk dalam dirinya. Dia juga rasa terhina apabila diperlakukan seperti itu. Lalu dalam dia hendak menyembunyikan penampilan dirinya sebegitu dia akhirnya terjatuh semula ke lantai...... Ridhwan terus tersedar dari lamunannya itu. Hati Ridhwan mula berasa tidak tenang setelah mendapat mimpi buruk itu. Fikirannya mula bercelaru dengan apa yang sudah menimpa dirinya. Tapi tetap juga hatinya tidak menyukai Elfie, musuhnya itu.

"Tuan, kita dah sampai di hospital ni. Nak saya ambilkan kerusi roda, biar encik tak berjalan terkencot-kencot nanti." tiba-tiba Pak Luk memberi bantuan kepadanya.

"Baik..tolong cepat sikit ya.. Saya tunggu di sini saja." balas Ridhwan dengan serius. Mana tidaknya, dia sudah berasa bengang dan kesal melihat keadaan dirinya yang tidak dapat masuk kuliah pada hari ini hanya gara-gara oleh perbuatan musuhnya itu.


        Elfie yang telah sampai di perkarangan kampus bersama kawan-kawannya. Matanya mula melihat kiri dan kanan. Perasaan malu dan segan juga terasa disebabkan kejadian pada tempoh hari. Dia yang telah ketakutan dan meloncat-loncat di khalayak ramai dan menjerit sekuat hati ketika dia membuka kotak yang diberikan oleh Ridhwan itu. Katak yang melompat keluar telah membuatkan diri dan kawan-kawannya itu merasa geli dan  naik bulu.

         Apabila dilihatnya, suasana agak aman di bahagian luar kelas akhinya dia dan kawan-kawannya baru melangkahkan kaki ke hadapan kelas. Sebelum itu, mereka bertiga hanya menyorok di celah-celah tiang yang berdekatan dengan kelas itu bagi melihat keadaan di sekitar situ.

"Ok...semua dah masuk kelas...aman je ni.. jom!!!" kata Elfie dengan kawan-kawannya dengan menunjukkan pergerakan tangan mengarah ke sana dan lalu mereka melangkah masuk ke kelas. Dalam mereka berbisik dan berkata.

"Alhamdulillah...semuanya ok Fie. Aku dah rasa takut dah tadi. mana tau orang ejek-ejek kita ni." kata Watie dengan perlahan.

Tiba-tiba....masuknya mereka ke dalam kelas.........

"KROOOOKKKKK!!!! KKKRRRROOOOOKKKKK!!!! Hahahahaha....... Ada orang menjerit semalam takut dengan katak...." bunyi nada mereka di dalam kelas itu dan salah seorang daripada mereka mengejek-ejek mengatakan mereka yang takut dengan katak. Apa yang berlaku itu semua adalah ajukkan dari si Ridhwan itu. Akhirnya mereka bertiga pun berhenti. Mata Elfie pula memerhatikan Iskandar yang duduk di tingkat atas dengan tajam sekali. Dia berasa geram dengan kawan-kawan Ridhwan yang turut ketawa dengan mereka walhal semua itu adalah punca dari mereka juga.

       Iskandar yang diperhatikannya hanya tundukkan kepala sahaja kerana segan dengan apa yang dilakukan oleh sepupunya dengan gadis itu. Iskandar mat berasa bersalah. Dalam Elfie meneruskan langkah untuk mencari tempat duduk yang bersesuian, tiba-tiba Iskandar menghalang perjalanannya...

"Maaf ye Elfie and kau orang. Rasa Ridhwan tak sengaja buat macam tu kat kamu semua..." kata Iskandar dengan maksud untuk memujuk mereka supaya tidak menyalahkan Ridhwan.

"Maaf???!!! Begitu sahaja???!!! Tolonglah awak ye... Ni satu kelas dah ejek kami tau... No..No...No..." kata Watie sambil menunjuk-nunjuk jari telunjuk ke kiri dan kanan di hadapan Iskandar.

"Maaf ye Is....saya nak jalan, beri saya ruang... And, please, don't disturb me and my friends..." kata-kata yang sungguh simple hanya dijawab oleh Elfie kepada Iskandar.

Iskandar akhirnya mengalah dan memberi ruang kepada mereka untuk mencapai tempat duduk mereka seperti selalu.

         Apabila sudah duduk, Elfie mula termenung sambil menunggu ketibaan Professor datang. Matanya juga melirik seolah-olah mencari seseorang. "Mana Ridhwan???" bisik hatinya. "Pasti dia nak buat hal lagi lah ni...kat aku" kata Elfie dengan nada yang sangat perlahan. Elfie hanya terus terdiam sehingga tamatnya sesi perkuliahan mereka. Danie dan Watie turut sunyi kerana hairan dengan sikap kawannya itu yang hanya mendiamkan diri dan suara Elfie seolah-olah terkunci apabila berlaku kejadian ejek-mengejek tadi.


***********************

Ridhwan yang mendaftarkan dirinya ke hospital....sambil menunggu giliran namanya dipanggil oleh jururawat di situ. Pak Luk pula berdiri di sisinya seperti tiang dan hanya memerhatikan tuannya di situ.

"Eh, encik Ridhwan...buat apa kat sini???? Tunggu orang ke???" tiba-tiba suara datang dari seorang doktor iaitu Doktor Amar. Dia seorang bekas doktor peribadi ayahnya kerana dulu dia terpaksa dipndahkan ke hospital lain.

"Tak lah, doktor. Saya tengah nak merawat diri sendiri. Tengoklah kaki saya ni...Bengkak doktor." Balas Ridhwan dengan manjanya di hadapan Doktor Amar. Dia tahu persis orang seperti Doktor Amar ini, dia sangat baik dan bertanggungkawab.

Doktor Amar cuba melihat kaki si Ridhwan. "Bagaimana doktor ada dekat hospital ni pula??? Bukan doktor sudah ditransfer ke???" tanya Ridhwan kepada doktor itu.

"Oh, baru beberapa bulan saya pindah balik ke sini. Saya lebih selesa di sini, encik Ridhwan...." jawab Doktor Amar sambil tersenyum.

"Nampaknya memang teruk kaki awak ni encik Ridhwan.... Tak apa lah... Awak ikut saya sahaja ye... Lagipun saya sedang free sekarang, bolehlah rawat kaki awak tu sebentar." sahut doktor itu lagi.

"Tak menyusahkan ke??? Kan masa rehat doktor ni..." jawab Ridhwan.

"Tak apa... pesakit lebih penting kan..." jawab Doktor Amar yang tahu sangat perangai Ridhwan yang tidak suka menunggu terlalu lama, lagi-lagi di hospital seperti ini.

"Baiklah, jom Pak Luk..kita ikut doktor ni ye..." kata Ridhwan sambil memberi arahan untuk menolak kerusi rodanya mengikut langkah Doktor Amar ke bilik rawatan kepada Pak Luk. Dalam pada itu, Ridhwan telah mempercayai bahawa kata doktor di klinik tadi yang mengatakan luka di kakinya agak teruk. Kalau tidak, tidak akan Doktor Amar akan cuba merawatnya dengan kadar yang segera kerana takut terkena kuman sekiranya tidak dirawat dengan cepat maka ia akan melarat menjadi lebih teruk lagi.

Setelah Doktor Amar memeriksa semuanya, maka berakhirlah saat genting yang perlu di lalui oleh Ridhwan pada masa itu. Dia turut dipindah ke bilik rawatan VIP dan perlu berehat beberapa hari di hospital. Kakinya yang dirawat dengan baik juga dibalut dengan rapi oleh jururawat di situ. Sekali lagi Ridhwan terpaksa akur dengan keadaannya itu yang terpaksa terlantar beberapa hari di hospital. Itu lebih membuatkan Ridhwan kesal dan kecewa kerana perlu meninggalkan saat-saat yang paling menyeronokkan di kampus.

"Oh ya...Pak Luk boleh lah balik dulu... tapi ingat jangan beritahu sesiapa tentang hal ini....termasuk mom and dad ok..." kata Ridhwan kepada Pak Luk.

"Baik tuan, saya pergi dulu...." balasnya. Pak Luk terus meninggalkan Ridhwan di bilik itu keseorangan. Lebih baik menyendiri daripada ada orang menunggu supaya tuannya boleh berehat dengan sepenuhnya.

Ridhwan yang terbaring di atas katil tiba-tiba teringat dengan Iskandar pada hari ini. Dia cuba menghantar mesej kepada Iskandar.

"Is, bagaimana hari ini?? Ada berita apa-apa tidak??? Aku dekat hospital sekarang..masih dirawat lagi. Ingat! Jangan beritahu sesiapa pun termasuk orang tua aku bro....". 

Dalam setengah jam kemudian, mesej itu dibalas oleh Iskandar.

"Yeke bro...nanti aku pergi melawat kau.... Ada berita tidak baik lah...nnati kita jumpa aku cerita semuanya kat kau...".

Ridhwan mula merasa hairan setelah membaca mesej dari Iskandar itu. "Apakah yang sudah berlaku sebenarnya???!!!" bisik hati kecilnya.


         Elfie yang satu hari suntuk hanya termenung sehingga habis kelas itu telah diperhatikan oleh Iskandar. Iskandar melihat raut wajah Elfie dari jauh sangatlah masam dan sedih seolah-olah apa yang berlaku tadi seperti bencana alam yang terlalu besar baginya. Iskandar mula mengekorinya dari belakang selepas keluar dari bilik kuliah. Dia juga memberi isyarat kepada kedua-dua kawan Elfie yang dia ingin bercakap dengannya seorang diri. Mereka berdua faham maksud isyarat itu lalu meninggalkan kawannya secara diam-diam sahaja. Tanpa Elfie sedari, sudah lama agaknya dia tidak bercakap lalu dia tersedar dan menoleh ke kanan dan ke kiri lalu terkejut melihat gelagat Iskandar yang mengekorinya dari belakang.

"Kenapa kau ikut aku??? Mana kawan-kawan aku tadi??? Kau culik ke?? Nanti aku report police...baru kau tahu..." kata aku sambil memberi ayat-ayat gertak semula dengan Iskandar yang tidak henti-henti mengganggu kehidupan aku.

"Tak..aku tak culik dia orang... aku nak 'pinjam' kau sekejap... Can we talk??? Please...." balas Iskandar dengan nada memujuk Elfie yang tengah marah itu.

"Ok... jangan lama-lama... aku penat!!!" sahut Elfie lagi. Dia pun berhenti dan duduk di kerusi yang ada di celah-celah dinding kampus itu. Beg belakangnya itu pun diletakkan di atas pahanya. Dia serupa tomboy dengan nada suara yang sangat kasar.

"Kau marah ke Elfie???" tanya Iskandar lembut.

"Mestilah marah dan......" sahut Elfie dengan kuat.

"Gerammmm......" celah Iskandar lagi.

"Ye...."

"Aku tahu kau tengah marah dengan sepupu aku sekarang ni yang telah memalukan kau seperti itu. Aku pun tidak menduga perkara tadi boleh berlaku. Kami hanya merancang nak membalas dendam sahaja tapi hanya dengan dia dan kau....dan tidak bermaksud untuk melibatkan orang lain." terang Iskandar lagi.

"Kau orang tidak melibatkan orang lain??? Maksud kau....??? Yang tadi itu apa???!!!" sahut Elfie lagi dan kali ini dia menukar posisinya dengan melihat muka Iskandar itu.

"Betul Elfie... mungkin salah sepupu aku buat kau macam tu hari itu.... kami minta maaf ya..." pujuk Iskandar lagi.

"Maaflah dengan dinding!!! Masalahnya aku bukan gaduh dengan kau... dan kau tak payah nak bela lelaki sombong tu..." jawab Elfie dengan menarik muka lagi.

"Malangnya, dia sudah pun dapat pembalasan... sekarang ni dia ada di hospital...kaki dia bengkak teruk sebab kena tendang oleh kau..... Itu sudah cukupkan untuk kau orang berdua!!!" sindir Iskandar dan terus membongkar rahsia Ridhwan agar Elfie sudi memaaafkan mereka.

"Peduli apa aku.... Padan dengan muka dia!!!" teriak Elfie lagi sambil mengangkat kaki dan pergi dari situ.

"Dan lagi satu, aku tak suka orang yang berlagak dengan apa yang dia ada then, boleh sahaja nak buli orang yang lemah seperti aku!!!! Itu barulah pembalasan daripada Allah sebenarnya dan bukan salah aku...Faham!!!" kata-kata akhir dari Elfie dengan tegas dan marah ditujukan kepada Iskandar. Iskandar hanya duduk terdiam dan terpaku mendengarnya.

         Elfie bangun dari kerusi yang duduk bersama dengan Iskandar lalu berlari anak meninggalkan Iskandar di sana. Setelah mendengar apa yang di beritahu oleh Iskandar tentang Ridhwan dia menjadi terkejut dan tanpa disedari air matanya berlinangan dan jatuh ke pipi. Dalam pada itu, dia sempat mengelap air matanya dari terus jatuh ke pipinya itu tanpa dilihat oleh orang lain. Elfie sangat-sangat menyesal atas perbuatannya kepada Ridhwan, akan tetapi dia turut marah dengan Ridhwan yang telah memalukan dirinya juga.

"Salahkah aku Ya Allah???" bisik hatinya. "Mengapa perlu jadi begini??? Mengapa perlu ada orang yang sakit disakiti dan dizalimi seperti aku??? kata hatinya lagi.

Sudah jauh Elfie berlari akhinya sampai di perkarangan kereta. Dia mengambil anak kunci keretanya lalu menghidupkan enjin dan terus memandu keluar dari kampus. Dia juga membawa hatinya yng sedih dan terluka disebabkan perkara yang telah terjadi hari ini. Begitu sakit hatinya apabila menginagat apa yang sudah berlaku tapi di sebalik hatinya turut berasa bersalah dan kesal akan perbuatannya yang boleh mencederakan orang lain. Itu sebab diikutkan hati, badan pula jadi binasa....


        Semalaman Ridhwan di hospital, hanya di temani oleh jururawat khas yang diberikan oleh Doktor Amar kepada aku. Aku di jaga dan di layan dengan baik di sini. Namun, hati aku tetap berasa bosan dan sunyi. Aku mula mencari sepupu kesayangan mummy aku itu.

"Bro...mana kau ni??? Kenapa tak melawat aku lagi???!!!"

Ridhwan hanya menunggu balasan mesej dari Iskandar, namun kecewa sudah satu jam Ridhwan menunggu tiada juga khabar berita darinya. Yang hanya muncul dari tadi adalah jururawat hospital ini sahaja dan kali ini jururawat itu telah menyuntik aku sesuatu ubat. Rasanya ia adalah ubat tidur kerana aku tiba-tiba terasa badan aku lemah semacam dan mata aku yang tidak mengatuk pada mulaya sudah menjadi layu. Tanpa aku sempat memikirkannya, mata aku terus tertutup rapat dan hanya bayangan gelap sahaja yang kelihatan.

        Doktor Amar sempat melihat bilik rawatan untuk Ridhwan. Kelihatannya cahaya masih terang. Dia juga terlihat seorang lelaki sedang berdiri di luar pintu yang bertutup itu di hadapan bilik Ridhwan. Dia cuba menegurnya.

"Maaf, awak siapa??? Boleh saya bantu???" suara Doktor Amar berbunyi dari arah belakang badan Iskandar.

Iskandar pun menoleh. "Oh, saya sepupu Encik Ridhwan, maaf sebab datang bukan tepat pada waktu melawat doktor." Balas Iskandar.

"Tidak mengapa, baik awak jangan masuk dulu sebab jururawat saya mengatakan tadi pesakit baru sahaja berehat. Entah kenapa dia seolah-olah resah dan gelisah sehingga sanggup tidak mahu merehatkan diri. Sebab itu saya sarankan awak melawat dia pada esok hari, lagi pula saya sudah beri ubat tidur kepadanya." Terang Doktor Amar kepada Iskandar.

Sememangnya Iskandar tahu mengapa Ridhwan tidak mahu merehatkan diri kerana di kepala hanya memikirkan tentang musuhnya itu sahaja. Sifat ingin tahu dia terlalu tinggi dan juga egonya itu.

"Baiklah, doktor... Saya faham. Terima kasih sudi berbual dengan saya dan memberi penerangan tentang kesihatan Ridhwan." Balas Is kepada Doktor Amar.

"Itu tugas saya, sama-sama..." kata doktor dan terus melangkah pergi dari situ.

         Masalah mereka semakin hari semakin sukar. Apa yang diketahui dan difahami oleh Iskandar adalah mereka bukan sahaja bergaduh secara fizikal sahaja tetapi juga pergaduhan perasaan. Iskandar takut kalau-kalau Ridhwan akan kasihan Elfie sebab sudah memalukannya di khalayak ramai walaupun bukan di hadapannya. Manakala Elfie pula akan terus berasa bersalah dengan Ridhwan yang telah membuatnya jatuh sakit dan terlantar di hospital. Aku sekarang hanya berada di tengah-tengah di antara mereka serta aku juga tidak akan tahu bila pertelingkahan dan salah faham antara mereka akan berakhir.


~ bersambung ~

Kepunyaan Blog.....Comel :)

Gadis yang kecil molek berasal dari Kuching Sarawak. Dirinya amat bersahaja dengan amat meminati bidang penulisan ini bagi mewujudkan cerita & kisah menarik yang tergambar di fikiran untuk direalisasinya kelak. InsyaAllah... PEACE