Friday 28 September 2012

Cinta Kita - BAB 3

            "Mila.........anak mak... Dah besar rupanya anak mak nie... Kenapa tak cari mak lagi... Mak rindu sangat dengan Mila. Mila jaga diri yer baik-baik.... Mak doakan anak mak bahagia selalu...." Kata wanita yang bertelekung putih.

'Ya Allah............" aku bangun lalu tersedar dari mimpi pelik itu. Mimpi itu yang selalu tergambar di saat aku tengah tidur lena. Mengapa aku mimpi sebegitu??? Siapa wanita itu??? Mak?? Bisik hati aku.

             Aku berhenti berfikir lantas terus bangkit dari katil lalu mempersiapkan diri untuk ke kelas hari ini.
Setelah berkemas, aku pun keluar dari asrama dengan bertongkat. Aku terpaksa ambil masa yang agak lama untuk sampai ke sana. Aku perlu banyak bersabar. Mungkin dua tiga hari aku boleh gerakkan kaki aku tanpa menggunakan tongkat.

             Satu jam kemudian, aku sampai ke kelas...... Aku terus duduk di bahagian hadapan kerana biar senang aku bergerak ke sana ke mari apabila sesi kuliah bermula walaupun lambat. Tiba-tiba....

"Oh my.....kenapa dengan kaki engkau Mila????!!!" Kata Anaz yang baru sampai terus duduk rapat di sebelah aku.

"Aduhh...baik-baiklah Anazz.....sakit lagi nie. Takde apa...aku terseliuh sikit jer. Nanti dua tiga hari baiklah..." Balas aku.

"Sorry ok friend...aku tak tahu pasal engkau nie....Kenapa tak call bagitau pun... Jahatlah engkau nie!!!" kata Anaz lagi.

"Aku malas nak sibukkan orang....sikit jer pun...tak yah risau sangat lah..." balas aku kembali.

              Ramai pula pelajar masuk ke kelas nie, mungkin pensyarah dah nak sampai kot....bisik aku di dalam hati. Dalam aku mengatur tempat duduk aku, pensyarah pun masuk... Aku nak bangun pun serba salah, tapi aku tetap semangat hari ini. Apabila aku menoleh ke hadapan...............

"Dia??? Lelaki yang tolong aku semalam.... Aduhh....Malulah aku macam nie..." Respon aku yang terkejut wajah Shamil di hadapan aku.

"Pagi semua..........sudah bersedia dengan sesi kita hari ini??? Okey..... semua pelajar boleh duduk sekarang." Kata Syamil kepada pelajar-pelajarnya. "Mila???......." Terkejut aku melihat Mila ada di dalam kelas aku.

             Maka, sesi kuliah itu bermula hingga akhir tanpa kami memikirkan tentang hal semalam. Kami masing-masing memainkan peranan sebagai pelajar dan pensyarah... We are so professional....

"Saya nak setiap pelajar mesti beri komitmen yang baik kepada semua orang sebab profession kita sebagai seorang kaunselor perlu bijak memainkan peranan untuk membantu, membimbing setiap orang yang mempunyai masalah..... Jadilah pendengar yang terbaik dan tulus membantu itu amat penting." Kata Si Syamil yang amat tegas dan sungguh-sungguh berhujah di hadapan kelas.

            Aku berasa bangga sebab dapat bertemu dengannya secara kebetulan. Jadi, tak perlulah aku ragu untuk mengetahui siapa yang bantu aku selama ini... Syukur lah.... Dia pun keluar dari kelas dan terus melangkah tanpa menoleh aku. Aku berasa hairan mengapa dia bersikap begitu dengan aku. Apa salah aku??? Semalam dia sangatlah baik menolong aku, tapi hari ini.... Aku menjadi bingung. Ahh...kenapa aku perlu fikir tentang dia... Biarlah...

               Dalam fikiran aku, aku mahu melangkah aku terus ke kafeteria sebab aku memang tidak boleh menahan lapar terlalu lama. Aku ada gastrik yang agak kritikal. Aku memilih tempat duduk yang bersesuaian dengan suasana yang agak tenang dan nyaman. Yes...dekat penjuru tiang berhampiran dengan kawasan tingkap yang ada penghawa dingin itu. Aku sememangnya suka lepak di situ. Banyak idea yang boleh aku curahkan dalam aku berangan-angan keseorangan. Sambil itu, aku lebih fokus mengulangkaji pelajaran serta membuat tugasan aku di sana.Aku meletakkan barang serta beg aku di situ, lalu berjalan menuju ke arah kedai Kak Ida.

"Kak...Mila nak makan nasi...lauk apa ada hari ini??? Sedap tak??? Hehehe...." Tegur aku dengan Kak Ida sambil tersenyum.

"Ehh...Kenapa dengan kaki engaku tu Mila??? Jatuh ker???" teriak Kak Ida kepada aku.

"Sikit jelah kak...terseliuh masa Mila pergi berjogging semalam....tu yang bertongkat nie.. nanti baiklah kak." Balas aku.

"Yelah, engkau tu jaga diri lek lok.... tak pasal-pasal masuk wad pulak!" balas Kak Ida dengan nada marahnya.

"Engkau nak makan, pilihlah sendiri... Ada macam-macam tu...lauk favourite engkau pun ada kan.... Ayam masak kicap!... hehehe" Balas Kak Ida kepada aku.

"Okey...thanks kak.....saya nak nasi dengan lauk ayam tu...kerabu mangga sikit dengan sayur campur.." Balas aku kembali sambil meminta makanan kepadanya.

"Berapa kak semuanya??? Lupa lak air milo kaww....hehehe"

"RM6.00 campur air...jadi RM 7.50...." Kata Kak Ida lagi.

            Aku memberikan wang kepada Kak Ida lalu menuju ke meja pilihan hati aku. Seronok sebab dapat menikmati hidangan yang sedap seperti ini. Aku melihat jam tangan aku yang menunjukkan pukul 12.45 tengahari. Dalam khusyuknya aku makan, aku teringat nak solat dulu sebelum berangkat ke kelas jam 2 petang nanti. Lagipun dengan kaki yang masih berbalut ini aku perlukan masa yang panjang untuk banyak melangkah ke tempat-tempat itu. Setengah jam kemudian, selesai sudah makan tengahari aku. Aku pun memberitahu Kak Ida untuk berangkat ke surau dan ke kelas........

"Jalan dulu ya kak.....nanti kita borak-borak lagi... Assalamualaikum.." Kata aku kepada kak sambil bersalaman dengannya.

"Walaikumsalam...hati-hati tu..." balas Kak Ida serta menyahut salam aku.


             Syamil yang telah lama sampai di kafeteria hanya melihat gelagat Mila dari jauh. Nasib baik dia tak perasaan aku dekat celah-celah tiang kafeteria ini. Aku tidak mahu dia tahu yang aku mengekorinya sejak terserempak di dalam kelas tadi. Dia pasti marah sebab aku buat tak tahu kehadirannya kat situ. Aku pun tidak menyangka yang dia boleh berada sama dalam kelas yang aku ajar. Mungkin ini semua kebetulan! Aku berdiri kaku di tiang kafeteria hanya melihat keadaan Mila yang baik-baik sahaja. Belum masanya untuk aku perkenalkan diri aku sebagai pensyarah di sini. Bisik kata hati Syamil yang berada dalam serba salah untuk berterus terang.

             Mila yang sedang berjalan dengan perlahannya menuju ke surau yang berdekatan dengan kafeteria itu. Mila dapat melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah walaupun dalam keadaannya yang sebegitu. Dia benar-benar seorang yang tabah dan sabar. Mila turut berdoa agar permudahkan segala-galanya dengan baik dan sempurna. Dengan kehidupannya yang sungguh sederhana, seorang gadis yang sangat rindu akan ibunya yang telah lama meninggalkannya sejak 2 tahun yang lalu serta kini hanya hidup bersama ayahnya yang bekerja sebagai pegawai kerajaan di Kuala Lumpur. Mila berharap dirinya dapat dilindungi olehNya selalu.

                 Syamil yang terus mengekori Mila dari belakang turut bersama menunaikan Solat Zohor. Setelah selesai dia beredar dari situ kerana takut kehadirannya diketahui oleh Mila. Langkahnya yang pantas, Syamil hanya mampu melihat wajah sayunya Mila yang memohon dan menadah tangannya dengan berdoa. Rahmatilah kehidupannya Mila, Ya Allah....... Mohon Syamil kepada Tuhan.

"Alhamdulillah...........Amin..." kata Mila setelah selesai solat dan berdoa.

Mila mengemaskan diri serta bangun lalu berjalan menuju ke kelasnya. Mujurlah perjalanannya tidak jauh hanya 15 minit sahaja untuk sampai. Hanya tinggal dua langkah ke hadapan, sekali.....aku jatuh.

"Aduhhh.....sakitnya...siapa yang langgar aku nie????!!!! tak nampak ker aku bertongkat nie hah!!!..." teriak aku.

"Ehh perempuan nie, tak nampak jalan ker???!!! Aku dah lah lambat ni..." jerit si laki yang tidak aku kenal.

"Apa awak cakap tadi???!!! Kita yang teruk jatuh nie boleh pulak dia cakap kasar kat kite..." Balas Mila balik.

"Kau tu...buta...tak nampak orang nak jalan ker???" teriak dia lagi....

"Sudahlah...malas aku nak layan, aku pun tengah tahan sakit nie...." balas Mila sambil bangun menahan kesakitan kakinya itu lalu masuk ke kelas.

Lelaki itu pun beredar tanpa berkata apa-apa mahupun ucapan maaf. Mila tidak mempedulikannya dan masuk kelas kerana sementara lagi kuliah hendak bermula.

Tuesday 25 September 2012

Cinta Kita - BAB 2

         Aku masih di hospital............aku berasa sunyi apabila keseorangan di dalam bilik itu. Aku mula rindu dengan kamar asrama aku yang dipenuhi dengan anak patung, laptop kesayangan aku, buku-buku pelajaran, novel bacaan semasa di masa lapang. Sudah 2 hari aku tidak balik arama.

" Aku bosanlah..... Rasa nak balik jer..." bisik hati aku. Melihat kaki sendiri yang masih rasa sakit dan dibalut bagaimana hendak balik dan berjalan. Aku melihat di sekeliling aku, nampak macam mewah sahaja hospital ini. Mana tak nya aku seorang sahaja yang ada di dalam bilik ini. Menunggu lelaki itu tidak jugak muncul-muncul dari tadi. Aku menjadi binggung dan binggung.

"Tukk...ttukkkk... boleh saya masuk???!!" suara yang kedengaran muncul di hadapan pintu.

"Masuklah......siapa ya??" kata aku.

"Saya....Syamil, yang tolong awak semalam. Awal bangun??? Dah sihat??" tanya lelaki itu kepada aku.

"Saya sihat. Alhamdulillah.....emm.. tak biasalah bangun lewat..." Balas aku pulak.

"Okey, memandangkan awak dah sihat saya nak beritahu awak berita baik... Awak boleh balik tapi dengan satu syarat..." kata lelaki itu sambil berteka-teki dengan aku.

"Syarat??!!....apa dia??" balas aku kembali.

"Awak kena bertongkat sebab kaki awak belum pulih sepenuhnya lagi. Jadi, awak tak boleh banyak bergerak sangat." teratur kata-kata dari lelaki itu.

"Aku terdiam dan mengangguk sahaja." Respon aku lagi. 

         Kenapa dia baik sangat dengan aku ya??? Sedangkan aku tidak kenal dia pun... Ahh...mengada-ngadalah mamat ini... Aku terpaksa ikut cakap dia dulu sebab aku memang nak balik ke asrama secepatnya. Kalau tidak bersama dia, siapa lagi hendak tolong aku kan. Sudah lah aku tidak kenal sesiapa di sini. Handphone pun aku lupa bawa semalam. kalau ada, boleh juga aku call Anaz jemput aku dekat sini. Haii...nasib engkaulah Mila........Hati aku bicara lagi.

           Beberapa minit kemudian, dia pun keluar dari bilik aku dan katanya hendak berjumpa dengan doktor. Sebelum itu dia juga dia menyampaikan pesan untuk aku berkemas-kemas mungin dia yang akan hantar aku balik ke universiti nanti. Aku pun turutkan sahaja kehendaknya sebab lelaki ini nampak tegas orangnya. Aku pun takut hendak mulakan bicara dengannya. Lagipun perasaan ingin tahu tentangnya mula menebal. Isshhh...........

        Kemudian, doktor masuk ke bilik dan menyatakan aku boleh balik serta doktor turut memberikan ubat penahan sakit sekiranya kaki aku terasa sakit lagi nanti. Lalu doktor tersebut menghulurkan tangan kepada Syamil, lelaki itu manyambutnya dengan baik. Aku tersenyum sahaja.


 Suasana di dalam kereta..............

"Awak, kenapa diam sahaja??? Awak takut ker??" Tiba-tiba lelaki itu bersuara.

"Taklah............" Jawab aku.

"Lupa saya nak tanya, nama awak apa??? Tak perkenalkan diri pun dari tadi." Katanya.

"Maaf...terlupa. Saya Mila....." Balas aku.

"Cantik nama awak....Maaf, saya bukannya orang yang suka memuji tapi ia kebenaran." Balas dia lagi.

"Terima kasih awak sebab telah banyak membantu saya beberapa hari ini. Saya betul-betul banyak menyusahkan awak...masa awak.... Maafkan saya ya..." Aku berkata dengan perasaan yang agak malu dan kesal kerana telah menysahkan orang yang tidak saya kenal.

"Takpa.... itu semuakan kebetulan....Kebetulan saya ada di taman belakang asrama awak....kebetulan awak pengsan di hadapan saya keran kaki awak yang terseliuh itu.... Jadi, saya hanya membantu awak sahaja, tiada yang menyusahkannya." Kata Syamil dengan nada yang tenang sambil melihat wajah aku.

"Kebetulan??!!!........" bisik hati aku... Ya, mungkin benar ini semua berlaku hanya kebetulan sahaja, Tidak disengaja pun. Maka, aku akur dengan setiap kata-kata dari Syamil tadi.

"Apa pun terima kasih ya Syamil..." Balas aku kembali.


Perkarangan pintu masuk di Universiti Putra Malaysia sudah kelihatan. Syamil memandu sehingga ke kolej asrama aku.

"Di sini saya jumpa awak....jadi saya tak tahu nak teruskan ke arah mana menuju asrama awak. Saya berhenti di sini ya... Lagipun lelaki di larang masukkan...." Bicara Syamil kepada aku.

"Okey...takpa... Saya boleh berjalan dari sini. Asrama saya dekat sahaja. Terima kasih lagi sekali kat awak yer...." Kata aku.


            Dalam tidak melengah-lengahkan masa lagi aku turun dari kereta Syamil dan menuju ke anak tangga asrama aku. Aku menoleh ke arah Syamil dengan gaya aku bertongkat lalu aku tersenyum padanya. Dia yang masih di tepi kereta memerhatikan aku.. Tapi aku tidak pedulikan, aku terus sahaja dan berjalan dengan menghitung anak tangga di hadapan aku. Nasiblah bilik aku tingkat dua sahaja, jadi tidak banyak anak tangga yang perlu aku langkahi. "Sabar Mila...Sabar...." Bisik hati aku dengan harapan aku dapat tempuhi semua ini dengan hati yang terbuka kelak.

         Akhirnya, aku sampai jua di hadapan bilik aku.... hati aku berasa lega kerana telah selamat sampai di sini. Aku pun merehatkan diri................


Rindunya aku dengan kamar cantik aku ini. Rindu akan segala-galanya........di sini...

Monday 24 September 2012

Aku Suka Dia



So  meaningful the lyrics of this song....I verY Like it!!!!

Sweet gilak2.....alu teringat dekat si dia....hehehehe.....masa mula2 dulu baru kenal itulah perasaan yang terpancar di hatiku.

My motivation, don't let something important in your life become lose.......but hold the relationship until your can and never lets the loving feels gone...... Hope this relationship can be ever after forever!!!!!
Alhamdulillah.........

_Azyra.R_

Wednesday 19 September 2012

Cinta Kita - BAB 1

Kringggggg..........bunyi lonceng jampada pukul 5.00 pagi. Aku tersedar lalu menutup penggera jam yang berbunyi itu. Aku bangun dari katil yang dipenuhi dengan anak patung kesayangan seperti Bear, Hello Kitty, Garfield, Chipsmunks dan lain-lain. Patung -patung mempunyai keistimewaan dan maksud yang tersendiri. Aku tersenyum sendiri apabila mengingatkan semua kenangan di sebalik patung itu. Seterusnya, aku pergi ke arah bilik air dan segera mempersiapkan diri untuk masuk kuliah di pagi ini.

Dah siap!!!!!....bisik aku yang memakai baju kurung berwarna ungu dan berbunga beserta tudung selendang pula yang ungu muda dibelitkan ke kepala seperti ala-ala Yuna. Cantik!!!!! Ayu jer kan.... Aku tersengeh lagi.

Kemudian, aku kuar dari bilik asrama aku lalu menuju ke kafe bagi mengisikan sesuatu ke dalam perut iaitu masa untuk sarapan.

"Apa aku nak sarapan yer??? Jap fikir dulu...Emmm....Rasa nak makan roti canai dengan air teh tarik kawww.... sedap gak tu... Boleh lah..." Kata aku keseorangan apabila sampai di kafe tadi.

"Selamat pagi kak Ida...buat apa tu???" sapa aku kepada kak Ida salah seorang penjual di kafe di tempat aku belajar ini. Dia memang seorang yang ramah dan pandai masak.

"Pagi....Mila... Nie nak order apa lak yer...????" Balas Kak Ida pada aku.

"Saya nak makan roti canai lah kak.....roti kak sedap....hehehehe" dengan nada bergurau aku dengan Kak Ida ini.

"Okey...boleh jap lagi siap lah.... Kau duduk kat sana dulu... Air minum macam biasa kan..." Sambil senyum Kak Ida berbalas kata aku. Lalu aku pun duduk di meja kosong yang sedia ada di sana.


           Seperti biasa aku akan duduk dan membuka laptop kesayangan aku ini. Aku cuba melayari setiap saat apa sahaja isu yang ada. Biasalah mana ada yang lain..Melayan facebook lah jawabnya...dengan menggunakan broadband aku. Aku pasti pantau apa sahaja status kawan-kawan aku dan teman yang ada di fb aku ini. Inilah trend anak remaja sekarang, pantang ada masa lapang sikit...melayari facebook je lah....samalah macam aku.
          
"Roti dah siap!!! Mila....." Panggil si Kak Ida pada aku.

"Jap kak... Mila sampai ini...." Aku membalas sambil berjalan ke arah kedai kak Ida untuk mengambil sarapan yang telah disiapkan olehnya.

"Terima kasih kak Ida..." jawab aku lagi.

               
               Aku sampai balik ke meja dan menikmati hidangan sarapan aku dengan cepat kerana ada sesi kuliah tidak lama lagi. Sambil itu juga aku menutup laptop aku supaya aku dapat makan dengan tenang tanpa ada gangguan. 10 minit yang lalu aku pun beredar dari situ lalu menuju ke blok kuliah aku.

Dalam aku berjalan.........melangkah ke kelas........

"Mila.........apa khabar.....????" sapaan dari seorang teman jauh... Anaz...seorang yang sensitif dan cepat merajuk. Dia lah teman sekuliah aku yang paling aku rapat.

"Khabar baik Anaz....dari mana nie??" Balas aku.

"Aku dari blok bawah tadi, ada hal sikit... rindu aku yer..." Tegur Anaz lagi sambil mengusik aku.

"Taklah, aku baru sampai ini, lepas  breakfast tadi kat kafe." Balas aku kembali.

"Ooo..okey..jom masuk...." pelawa aku lagi.


2 jam aku di dalam kelas dengan tekun meneliti semua hujah yang dibentang oleh pensyarah tadi. Aku cuba mengingat kembali nota-nota yang aku tulis. Pembelajaran aku agak rumit tapi seronok. Biasa dalam dunia perkuliahan tiada yang seindah taman yang boleh menenang fikiran malah cabaran sentiasa ada untuk teruskan perjuangan sebagai pelajar ini. Aku gembira dapat merasai semua ini. Dapat mengakhiri dunia persekolahan dan menuju ke menara gading ini.

"Heh...apa yang ditenungkan tu...Mila??? resah je muka..." tegur Anaz pada aku... 

"Terkejut akulah Anaz... takda apa-apa lah...saja termenung jer..." jawab aku.

"Yelah itu.... kejap lagi dah nak habis kuliah...ada plan tak???" Tanya Anaz.....

"Taklah.....Aku nak balik asrama jer...nanti malam kita jumpa ok....for our dinner time...hehehe..." jawab aku sambil mencubit pipi manja si Anaz.

"Aoouu....Okey..." jawab Anaz kembali.


5 minit kemudian, sesi kuliah tamat.... Kami semua bersurai dan masing-masing menuju ke arah keinginan masing-masing. Aku seperti biasa akan balik ke asrama untuk beriadah. Masa pun agak lama di kawasan kampus. Sekarang tibanya aku nak lakukan senaman di petang hari agar badan sihat dan kuat. Aku lebih selesa lakukan sesuatu dengan berseorangan kerana aku seorang yang kuat berahsia dan menyendiri.

Sampainya aku di bilik, aku terus melakukan solat Asar. Setelah itu aku pun menukarkan pakaian kuliah aku kepada pakaian senaman untuk melakukan aktiviti riadah. Tidak lupa juga aku membawa alat teknologi kegemaran aku iaitu Ipod....biar aku dapat mendengar pelbagai lagu dengan rasa tenang dan tenteram. aku terus keluar dari bilik dan pergi ke kawasan lapang berhampiran kampus aku ini.

Aku sememangnya suka di tempat yang lapang sebab pemandangannya yang penuh kehijauan. Di samping itu juga ramai orang yang akan berada di sana yang boleh aku lihat dengan pelbagai kerenah dan perwatakan seperti menelaah bersama rakan-rakan mereka, berjoging, berbasikal, menyanyi dengan bermain gitar serta memukul apa sahaja yang ada sebagai dendangan muzik dan sebagainya. Aku pula akan sentiasa berjoging sambil mendengar lagu-lagu cinta sebab aku memang seorang yang pencint, penuh dengan rasa kasih sayang, suka dengan keamanan dan juga keistimewaan aku adalah aku suka senyum dan ketawa. Hehehehe......aku tau pun dari sahabat aku, si Anaz.... Bisik hati aku.

Sudah dua kali pusingan aku berjiging, aku mula rasa letih dan terasa dahaga. Aku duduk di bawah pokok yang rendang untuk berteduh sambil minum seteguk air mineral. Aku rasa segar semula namun aku masih tetap mahu duduk di situ dengan adanya tiupan angin yang sangat sejuk. Aku sangat sukakan suasana itu....Akhirnya aku menutup mata serta menenangkan fikiran aku seketika. Dalam beberapa minit kemudian.......hujan menitis di badan aku. Aku terkejut lalu aku berlari ke arah blok asrama aku. Dengan bergegasnya aku berlari tanpa menoleh kiri dan kanan, akhirnya aku terseliuh dan terjatuh.....

"Aduhhhh....sakitnya!!!!!!!!" Jerit aku. Aku pun terduduk dalam hujan. Rasanya aku tidak terdaya hendak bangun lagi tapi aku kuatkan semangat untuk terus juga melangkah. Namun aku jatuh sekali lagi. Kali ini aku rasa kaki aku rasa sakit sangat.

"Eh...awak tak apa-apa???" Tiba-tiba aku dengar suara lelaki tapi aku tak dapat melihat dengan jelas kerana hari hujan, otak aku pun fokus dengan kesakitan yang dialami.

"Kaki seliuh....." Itu sahaja yang dapat aku katakan pada masa itu.

"Ohh...tak pa...biar saya tolong awak...lagi pun hujan lebat ini.... izinkan saya papah awak yer..." Kata lelaki itu pada aku namun aku tidak berapa jelas dengan apa yang diperkatakannya.

Dia terus mengangkat aku lalu pergi ke arah blok yang tidak jauh dari taman riadah tadi. Aku pun diam tanpa berkata apa-apa pun di hadapannya. Cuma aku terkejut.

Setelah sampai di tempat teduh..............dia meletakkan aku ke bawah...

"Encik...terima kasih sebab tolong saya tadi." Aku bersuara tiba-tiba kepadanya.

"Eh...jangan panggil saya encik...saya Mil...Shamil... Oh..takpa..awak tengah sakit kan tadi, jadi saya tolong lah yer...harap awak tak marah..... Emm...kaki awak nampak bengkak lah... awak boleh berdiri ker???" balas lelaki itu lagi.

"Saya.......ok.......duppppp....." balas aku lalu pengsan.

Shamil dengan paniknya terus melihat gadis dihadapannya pengsan.

"Alamak.... dia pengsan lah...macam mana nie..." Bisik Shamil.

Aku kena bantu dia, aku takut dia sakit demam kerana hujan tadi. Aku perlu bawa dia pergi klinik yang berhampiran sebelum terjadi apa-apa yang lebih teruk. Bisik fikiran Shamil lagi. Tanpa berlengah aku pun bawa gadis itu pergi ke klinik dengan menggunakan kereta aku. Aku terus pandu dan setelah sampai di klinik aku memanggil nurse untuk membantu. Gadis itu pun di bawa masuk ke bilik rawatan, manakala aku duduk di luar sahaja. Aku terus menunggu.

Beberapa lama kemudian, doktor pun keluar.....doktor mengatakan kepada aku yang gadis itu baik-baik sahaja.

"Macam mana doktor???"  kata aku.

"Dia ok sahaja encik.....dia pengsan sebab kepenatan sepelas itu kaki di bengkak dan perlu di sapu ubat sahaja. Nanti encik boleh membeli ubatnya...." balas doktor tersebut.

"Alhamdulillah........... saya boleh melawat dia tak doktor??" kata aku lagi.

"Boleh...silakan..." balsa doktor itu lagi dan terus beredar dari situ.

Aku pun berjalan dan melangkah ke arah pintu bilik rawatan gadis tersebut. Aku melihat dia terbaring dengan kakinya yang dibalut. Aku merasa kasihan....

"Awak sihat???" aku bertanyakan keadaan gadis itu.

"Saya sihat dan terima kasih bantu saya tadi." balas aku lagi.

"Takpa...orang susah, saya tolong...nanti bila saya susah boleh gak orang lain tolong kan...." usik lelaki itu kepada aku.

Aku dan dia masing-masing tersenyum.


Hati aku pun mula berbisik, nasib baik ada lelaki ini yang mahu menolong aku tadi, kalau tidak apa yang akan jadi dengan aku dekat sana. Aku telah berhutang budi dengan dia. Terima kasih awak.....

Kepunyaan Blog.....Comel :)

Gadis yang kecil molek berasal dari Kuching Sarawak. Dirinya amat bersahaja dengan amat meminati bidang penulisan ini bagi mewujudkan cerita & kisah menarik yang tergambar di fikiran untuk direalisasinya kelak. InsyaAllah... PEACE