Terasa lega badan ini apabila aku dapat membaringkan diri di atas katil aku yang empuk lagi cantik dengan aku hiaskan cadar kartun kegemaran aku garfield, penuh dengan warna oren dunia aku ini...aku senyum sendiri sambil melihat siling bilik asrama aku itu. Kepenatan yang dialami akibat berjalan-jalan dengan Anaz seharian bersamanya sehinggakan aku terjatuh dilanggar orang yang tidak aku kenal. Apalah nasib aku kan! Malang sungguh! Keluhan dari Nor Mila Idris ini. Dalam aku terbaring, aku teringat akan sesuatu di masa lampau.....setibanya aku di Kuala Lumpur ini.
"Ayah, tolong jangan tinggalkan Mila seorang dekat sini. Mila takut... ayah... Tolonglah, Mila merayu sangat-sangat dekat ayah...!!" kedengaran suara ini tidak pernah jauh dari cuping telinga aku di saat aku tidur dan terjaga kerana ia amat pahit aku telan apabila ayah sanggup meninggalkan aku keseorangan di kampung dan diserahnya aku kepada keluarga angkat aku. Ayah yang tidak pernah mengerti kesedihan yang aku alami selama ini. "Ayah, ke mana ayah menghilang???!!! Kenapa sanggup tinggalkan Mila keseorangan sampai sekarang???" Hati aku menjerit lagi...
"Ayah minta maaf Mila, ayah terpaksa pergi jauh... ayah hendak merantau untuk menghilangkan rasa rindu ayah kepada mak yang sudah meninggalkan kita selamanya. Ayah harus tinggalkan kampung ini untuk melupakan kenangan ayah di sini bersama-sama mak kau Mila.... Ayah harap Mila faham...." itulah kata-kata terakhir dari ayah yang aku dengar sampai sekarang aku tidak dapat melupakannya kerana aku sangat merindui ayah aku.
Walaubagaimanapun, aku akan berusaha mencari ayah, aku tidak akan berputus asa. Setelah dewasa nanti aku akan berazam untuk pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari ayah. Kini, aku sudah pun berada di Kuala Lumpur dan aku mengingatkan kembali semasa aku perlu masuk ke alam universiti ini.
"Makcik....pakcik.... maafkan Mila, Mila terpaksa tinggalkan makcik dan pakcik untuk pergi menyambung belajar. Izinkan Mila pergi ya..." mohon aku kepada keluarga angkat yang telah lama menjaga aku sejak aku berumur 14 tahun lagi. Mereka telah banyak memberi kasih sayang kepada aku sehingga sekarang.
"Takpe Mila, ayah dan mak doakan semoga Mila selamat di sana nanti. Khabarkan juga keadaan Mila apabila sudah sampai di universiti nanti ya... Pergilah nak!!" kata mereka kepada aku.
Keizinan dan kerestuan dari mereka itu membuatkan aku lebih bersemangat untuk mencari ayah. Tapi disebalik itu, hati aku tidak begitu kuat kerana di sana aku akan keseorangan, mampukah aku nanti??? Keluh hati Mila lagi.
Suasana yang sunyi itu, aku akhirnya dikejutkan dari lamunan tadi dengan bunyi mesej handphone aku. Lalu aku lihat gerangan orang yang memberi mesej tersebut. "Syamil!!!!" Aku terkesima sekejap apabila membaca mesej darinya. "Saya rindu kat awak Mila....kenapa awak menjauh diri dari saya.." Apa yang harus aku balas ini, sedangkan Syamil tidak bersalah apa-apa dengan aku... kenapa aku harus melayan dia sedemikian?? Aku sebenarnya tidak mahu mendekatkan diri aku dengannya kerana aku tidak mahu kami ada perasaan yang lebih dari seorang teman. Aku takut dengan perasaan itu Syamil!!! Moga engkau mengerti.
"Maaflah awak...saya sibuk sekarang...banyak tugasan perlu disiapkan dan saya perlu fokus dengan pelajaran... exam pun dah dekat. Awak mesti faham kan?? " mesej aku dibalas menuju ke Syamil.
Maafkan aku Syamil, aku terpaksa buat begini untuk tidak mendapat perhatian lebih dari awak lagi. Bisik hati Mila.
"Kenapa, Mila???" balas dari Syamil lagi.
Kemudian aku pun mematikan phone aku untuk tidak diganggu oleh Syamil lagi. Aku takut aku akan ditinggalkan seperti ayah aku lakukan kepada aku selama ini. Aku tidak mahu memimpi ini menjadi mimpi hitam dalam hidup aku.
**************
"Kenapa Mila sanggup buat aku macam ini??? Apa masalah dia sebenarnya??!!!" Kata Syamil dengan geram apabila melihat perangai Mila yang berubah secara tiba-tiba.
Syamil teringat akan kemesraan mereka berdua semasa berada di tepi pantai sewaktu aktiviti asrama diadakan dan turut melibatkan aku sebagai fasilatator mereka. Di situlah aku melihat kegigihan Mila dalam melakukan aktiviti bersukan. Dia memang lasak orangnya. Dia membuat sesuatu dengan penuh yakin sekali. Kesungguhan dan fokusnya itu membuatkan aku tertarik dan personalitinya yang lembut dan ayu menampakkan dia seorang gadis yang begitu menawan hati.
Selain itu juga, dia pintar dalam memasak...dalam pertandingan sebentar tadi dia telah membuktikan masakannya iaitu Roti Burger KLCC yang di beri nama untuk menyediakan burger itu. Para juri itu berkata amat enak sekali dengan rasa hasil daging yang dimasaknya dalam burger itu amat asli sekali. Maklumlah buatan tangan sendiri. Mila memang seorang yang perahsia.....banyak bakat yang ada pada dirinya, tapi dia enggan tonjolkan kepada orang melainkan pada waktu tertentu.
"Tahniah!!!!! Mila akhirnya pemenang untuk aktiviti kita pada hari ini........... Dengan pungutan markah sebanyak 159 mata." Pelbagai aktiviti yang telah dia ceburi dan semuanya dia peroleh kemenangan kecuali satu iaitu dalam acara lumba lari di atas pasir kerana dia mempunyai asma yang kuat, maka dia tidak mengikuti acara tersebut.
Mila yang melangkah mengambil hadiah dengan memberi senyuman yang sungguh manis dari ketua aktiviti tersebut, Encik Amri Saleh iaitu selaku ketua kokurikulum ini lalu diambil gambar bersama-samanya.
"Tahniah awak.... Boleh tahan jugak awak ini yer...." Bisik Syamil kepada Mila apabila melihat Mila keseorangan di tepi pantai itu.
"Biasa jer awak....Saya memang minat aktiviti lasak. Sayangkan satu jer saya tak ambil bahagian tadi...." kata Mila sambil berasa kesal tidak dapat memiliki semua pertandingan itu tadi.
"Takper, lagipun awak menang jugak kan.... bersyukurlah" balas Syamil lagi.
Mila pun tersenyum dengan apa yang diperkatakan Syamil kepadanya sebentar tadi. Sememangnya saya amat bersyukur dapat berkawan dengan orang-orang yang baik di sekeliling saya ini. Boleh beri semangat kepada saya nanti. Bisik hati Mila.
"Nanti awak balik tumpang saya yer...saya rindu nak bersembang dengan awak." Tiba-tiba ayat itu terkeluar dari Syamil. Aku pun tidak dapat mengelak untuk menjawab tidak dihadapannya. Aku pun mengangguk dengan menyatakan 'iya' kepadanya.
Setelah selesai aktiviti itu, mereka semua saling bantu-membantu untuk mengemas barang-barang, sampah sarap yang perlu dibuang agar tempat tersebut bersih seperti sedia kala. Mereka pun mengangkut beg pakaian mereka ke bas masing-masing, manakala aku pula menumpang Syamil yang kebetulan dia memandu keretanya sendiri pagi tadi.
"Anaz, aku tumpang Syamil yer...jumpa nanti..." kata aku kepada Anaz.
"Okey..." Anaz yang menyahut sambil senyum ke arah aku.
Aku yang sebenarnya segan juga tidak diendahkan oleh Anaz dan Syamil ini. Mana tidaknya, aku sahaja yang perlu balik menggunakan kenderaan lain sedangkan pada asalnya aku bersama-sama mereka pagi tadi menggunakan bas universiti. Aduh, malunya aku!!!
Aku pun mengekori Syamil dari belakang menuju ke keretanya......
"Jom Mila...masuklah... Saya tahu awak malu.. Saya faham.." kata Syamil yang memahami perasaan aku ketika itu. Namun Syamil mahukan aku mengikut katanya.
No comments:
Post a Comment