Saturday, 13 October 2012

Cinta Kita - Bab 6

 "Cantiknya tudung nie....!!! Berapalah harganya kan....mesti mahal..." bisik hati aku ketika aku sedang melihat pelbagai jualan tudung di kedai Almas dalam shopping mall yang berdekatan di kampus aku. Aku keluar bersama Anaz hari ini tanpa pengetahuan Syamil. Kadang-kadang aku keliru juga dengan perasaan aku sendiri dengan setiap layanan Syamil kepada aku. Dia sangat baik hati. Kalau aku dengan dia berjalan-jalan seperti ini pasti dia akan belikan aku sesuatu yang aku suka.... sedangkan aku tidak pernah meminta darinya. Malu dan segan aku di buatnya. Teringat aku lagi apabila bersama-sama dengan Syamil.

"Mira....mengelamun yer....ingat Syamil lah tu..." sergah si Anaz kepada aku. Aku pun terkejut lalu menjatuhkan tudung yang berada ditangan aku tadi.

"Apalah engkau nie Anaz...terkejut aku.... Eh.. mana ada...aku tengah tengok-tengok tudung ni, semua cantik kan..." jawab aku di hadapan Anaz sambil tersipu-sipu malu dengan apa yang baru diucapkan oleh Anaz tadi.

"Anaz pun boleh agak yang aku asyik suka mengelamun selama ini. Takkan aku perlu macam ini sahaja, merasakan perasaan yang resah hinggakan aku sendiri pun tak faham kenapa aku asyik macam ini. Takkan aku suka pada si Syamil itu??? Tak mungkin lah..... Aku tak boleh berfikiran untuk sampai ke tahap itu. Kami hanya berkawan biasa sahaja cuma agak rapat sahaja. Aku tak mahu perasaan suka sebagai kawan menjadi benci pulak..... Sudah agak lama aku berkawan dengan Syamil ini". Bisik hati aku lagi.

Aku pun beralih pandangan ke kedai pakaian pula. Aku tertarik dengan baju kurung fesyen yang berwarna merah jambu turut penuh dengan jahitan bunga dan juga manik di leher dan ditangan. Sungguh cantik la baju nie....!!!! Aku rasa nak satu jer... dik, berapa harga nie???" tanya aku kepada penjual itu.

"RM 150.00 kak...." jawab si penjual itu.

"Ala...mahalnya...tak boleh tawar harga ker??? tak ada diskaun ker dik???" tanya aku lagi.

"Tak kak...nie pun dah murah...maaf yer kak..." kata penjual itu...

Aku agak kecewa sebab tidak dapat memiliki baju itu pada masa itu. Ia sangat cantik sekali!!! Harganya pun boleh tahan. Aku pun reda kerana sanggup melepaskan baju itu kerana wang yang ada pada aku hanya cukup untuk aku berbelanja barang-barang harian sahaja. Maklumlah, aku hanya hidup dengan wang pinjaman aku sahaja, manalah mampu untuk membeli barang yang mahal seperti itu. Tutup mata sahaja lah untuk mendapatkannya nanti. Walaupun begitu, aku tetap senyum sebab aku akan cuba usaha untuk memilikinya apabila aku sudah bekerja kelak.


"Kenapa nie Mila??? Muka engkau nampak sedih jer??? Beritahulah kat aku kalau-kalau engkau ada masalah....." tanya Anaz kepada aku dengan wajahnya yang susah hati itu.

"Aku okey Anaz....jangan risau...hehehe.... aku hanya frust sikit jer tadi." Jawab aku dengan nada yang gembira supaya dapat mengelak diri dari diketahui oleh Anaz tentang keinginan aku terhadap baju tadi.

"Jomlah...kita pergi sana pulak, ada ramai orang pulak tu....ada apa ya???" Mila menarik tangan Anaz lalu pergi dari kedai baju itu.

"Kalau yer pun, sabarlah sayang....." Anaz menyahut lagi dengan keadaan tangannya yang ditarik oleh Mila.

Mereka berdua lalu melangkah menuju ke tempat orang yang ramai berkumpul itu. Mereka turut mencuba untuk melihat apa yang ada di hadapan mereka namun pemandangannya agak sukar. Mila yang begitu semangat ingin mengetahui apa yang berlaku cuba untuk meninggikan kakinya supaya dapat melihat di setiap celah-celah kepala orang yang berada di hadapan dan akhirnya Mila terjatuh.......pungggg..... barang-barang di tangannya turut terjatuh juga.

"Aduh...sakitnya...kaki aku..." rengek Mila dengan keadaannya yang terjatuh lalu terduduk sambil mengurut-urut kakinya itu.

Tanpa dia sedari ada  seseorang yang memapahnya dari belakang untuk membangunkannya semula. Apabila dia melihat, dia adalah seorang lelaki dan Mila tidak mengenali dirinya. Mila berasa amat marah sebab beraninya lelaki itu memegangnya tanpa izinnya dahulu.

"Ehh...kenapa awak pegang saya...???!!!" teriak Mila.

"Awak jatuh, saya tolonglah....bukan nak cakap terima kasih malah kena marah pulak..." balas lelaki itu dengan slumbernya...

"Awak tahu saya perempuan kan....saya tak suka di pegang....macam tu..." kata Mila lagi dengan perasaan yang sangat marah dan benci pada lelaki itu.

Mila terus berlari anak dengan menahan kakinya yang sakit lalu meninggalkan tempat itu dengan pantas, tanpa menoleh lelaki itu lagi. Anaz juga turut mengekorinya dari belakang.

"Aduh...Anaz...sakit lagi kaki aku nie. Baru jer baik dari terseliuh hari tu.... Kita cari tempat duduklah sementara yer..." pinta Mila kepada Anaz.

"Okey, aku papah engkau yer....jalan perlahan-lahan tau..." Anaz membalasnya.

Akhirnya jumpa juga tempat berehat di shopping mall itu. Mereka duduk sambil masing-masing ketawa kerana teringat kembali telatah Mila tadi yang semangat betul hendak melihat tempat orang yang ramai itu tapi lansung tidak berjaya. Manakala Anaz pula sempat melihat dalam diam tapi dia enggan memberitahu Mila kerana di sana ada promosi buku dan ada penulis sekali di sana. Anaz tahu yang Mila memang teruja nak berjumpa dengan penulis novel yang sedia ada sampai sekarang namun asyik tak kesampaian. Kasihan pula Anaz dengan kawannya itu. Bisik hati Anaz.

"Engkau kenal tak budak laki tadi.....?? Diakan yang langgar engkau kat depan kelas hari tu.... ingat tak???!!" Anaz yang tertanya-tanya dengan Mila tentang lelaki yang memapahnya tadi.

"Yeker....aku tak perasan lah Anaz...sebab aku marah sangat tengok perangai dia berani sangat nak pegang-pegang aku macam tu..." balas Mila dengan geramnya yang belum reda lagi.

"Oh, takpalah....biarkanlah dia... saja nak ambil perhatian jer..." kata Anaz lagi.

Dalam keadaan sunyi seketika, ternampak bayang-bayang orang di hadapan Mila ketika Mila sedang mengurut-urut kakinya. Mila menoleh ke atas lalu berkata.....

"Awak lagi???...Ada pa???" Mila lalu bangun dari kerusi dan menegur lelaki di hadapannya itu dengan nada benci.

"Saya nak minta maaf.... saya rasa sudah dua kali saya melanggar awak dengan tidak sengaja. Maafkan saya ya...perkenalkan nama saya Zack... saya baru lagi kat sini..." tegur Zack sambil meminta maaf dengan mereka berdua.

Mila dan Anaz saling berpandangan dan menganggukkan kepala sebagai tanda setuju untuk memaafkannya.

"Okey....kami maafkan awak... dan tolong jangan ganggu kami lagi." Balas Anaz yang turut marah dengan Zack kerana telah menyakiti kaki kawannya itu.

Lelaki itu pun menganggukkan kepalanya dan menyatakan terima kasih kerana sudi memaafkannya.
Dia terus berlalu dari situ dengan menundukkan kepala, wajahnya yang sedih turut tergambar di hadapan mereka. Mila dan Anaz hanya memandang sahaja gerak-gerinya yang agak pelik itu.

"Pelikkan dia....Mila. Macam ada masalah jer...kan." tiba-tiba Anaz bersuara lagi.

"Yelah...takper......nanti okey lah tu... So, macam mana nak balik nie???" balas Mila.

"Kita guna teksi jer......senang...." kata Anaz kepada Mila.

Beberapa lama kemudian mereka pun menaiki teksi untuk balik semula ke asrama. Dengan keadaan kaki Mila yang sakit itu terpaksalah Anaz membawanya naik tangga asrama secara perlahan-lahan. Akhirnya mereka selamat sampai ke bilik mereka masing-masing sebelum matahari senja itu.

Pelbagai perkara yang berlaku kepada akuu sejak dua tiga hari ini. Aku yang sering berjumpa dengan Syamil tak kira waktu kuliah ataupun keluar beriadah bersamanya di sebelah petang pula. Manakala hari ini aku berlanggar dengan orang tidak aku kenal dan akhirnya meminta maaf dengan aku membuatkan aku terasa hairan dengan sikapnya iaitu Zack..... Sekejap elok, sekejap kasar bahasanya... Tak fahamlah aku. Bisikan hati Mila. Mila pun mengeluh...dan juga berasa penat. Dia ingin merehatkan diri seketika setelah selesai solat Maghrib serta makan malam nanti.

No comments:

Post a Comment

Kepunyaan Blog.....Comel :)

Gadis yang kecil molek berasal dari Kuching Sarawak. Dirinya amat bersahaja dengan amat meminati bidang penulisan ini bagi mewujudkan cerita & kisah menarik yang tergambar di fikiran untuk direalisasinya kelak. InsyaAllah... PEACE