Salam Petang semuanya.......
Di sini saya ingin bercerita serta mengetahui sebesar mana kita bijak dalam menulis sesuatu???
Menulis ini perlu ada pelbagai sesi... Sesi yang bagaimana???
Sesi latihan dan pengukuhan. Seperti seorang pelajar yang ingin berusaha untuk mendapat keputusan kertas BM dengan markah A+ atau pun kredit dalam peringkat SPM. Maklumlah, sekarang gaya penulisan dan bahasa juga banyak yang telah berubah. Dengan itu, latihan dan kesungguhan adalah jawapan yang BIJAK DALAM PENULISAN!!!!
Bijak Dalam Penulisan ini bermaksud wujudnya apabila kita bijak menggunakan perkataan-perkataan yang sedia ada dan menjadi suatu ayat seta disusun dengan bahasa yang betul maka wujudnya penulisan. Contonya, saya ingin makan aiskrim.....ditambahakan lagi dengan makan aiskrim berperisa coklat dan ditambah lagi saya tengah duduk di taman permainan.
Bagi membuktikan perkembangan ayat tersebut adalah 'Saya ingin makan aiskrim yang berperisa coklat sambil duduk di taman permainan.' Jadi begitulah gaya yang bijak terhasil dalam penulisan.
Nah, terbuktikan........
Usaha yang telah kita lakukan bagi sering melatihkan diri untuk menulis ayat-ayat yang baik akan menjadikannya sebuah karya yang bagus juga. Ayat- ayat yang baik turut dicantikkan lagi dengan penggunaan gaya bahasa yang sesuai amat menarik perhatian pembaca.
Di samping kita membuat latihan, kita juga perlu selalu membuat pembacaan seperti bacaan buku motivasi, surat khabar, blog-blog atau sebagai tidak kiralah dalam bahasa melayu mahupun bahasa inggeris. Seperti saya sendiri, saya amat lemah dalam bahasa inggeris dulunya, namun saya tidak berputus asa bagi hendak memajukan diri ke peringkat yang lebih tinggi. Saya perbanyakkan bacaan dalam ilmu pendidikan tetapi lebih kepada bacaan bahasa inggeris. Alhamdulillah, saya juga dapat menamatkan pelajaran di peringkat Ijazah saya dalam menjawab soalan-soalan bahasa inggeris. Usaha itulah amat penting walaupun sukar tapi sekiranya ada keinginan ia pasti berjaya....
Berbalik kita dengan topik tadi, bijak dalam penulisan ini juga banyak manfaatnya. Kalau kita tidak menulis bagaimana kita hendak mengatasi masalah emosi kita kan....
Kadang-kadang kita mudah berasa marah, sedih, iri hati tengok orang berjaya jadi, menulis adalah tempat yang baik untuk kita meluahkan apa yang terbuku di hati kita. Sesudah kita menulis maka perasaan akan menjadi lega dan tenang. Sebabnya kita sebenarnya sudah pun melakukan aktiviti yang tidak kita sangka iaitu menghasilkan sesuatu tulisan. Apabila kita membaca kembali apa yang telah kita ungkapkan dan ditulis di atas sehelai kertas sebentar tadi menjadi satu karangan yang panjang. Dalam kita tidak menyangkakannya ia terhasil.....
Oleh itu, anda jangan mudah berasa kecewa apabila tidak dapat melakukan sesuatu...tetapi cuba cungkil bakat yang ada pada diri kita yang kita tidak pernag ketahuinya dengan hanya menyatakan atau meluahkan apa yang dirasa pada sehelai kertas. Disitulah kita akan lebih mengenali diri kita sebenarnya.......Selamat Mencuba!!!!
No comments:
Post a Comment