Thursday, 11 October 2012

Cerpen

           Pemandangan laut yang sungguh nyaman dan segar dengan angin yang kuat bertiupan tanpa henti. Aku yang sebenarnya berada di tengah-tengah laut bagaikan cerita 'titanic' aku berdiri di hujung kapal yang aku naiki. Apabila aku fikir sejenak teringat di masa lalu aku dulu, tiada aku berangan sampai di sini. Aku yang mendengar deruan ombak di laut, anak-anak ikan juga kelihatan di situ seronok berenang dengan riangnya sambil bergurau senda sesama mereka. Hidup aku sangat tenang sekarang. 

"Sayang??!! Buat apa kat situ??" muncul suara lelaki yang sangat aku cintai. Doktor Cinta, suami aku.....berkata.

"Sayang tengah tengok laut jer abang....." jawab aku dengan gembiranya apabila berada di hadapannya itu.

Dia aku memeluk tubuh aku dari arah belakang dengan eratnya genggaman tangan bersatu dengan tangan aku jua. Dialah pengubat hati aku selama ini yang telah lama bersama aku dalam susah dan senang. Dia juga banyak mengajar aku dalam mengharungi kehidupan sebenar yang seperti roda, kadang-kadang kita berada di bawah dan kadang-kadangnya kita berada di atas. Aku turut bersyukur kerana dipertemukan dengan dirinya yang sabar dengan kerenah aku serta banyak memberi dorongan dalam aku meneruskan hidup aku sehingga sekarang.

"Abang sayang Qalisya tak??" dalam nada manja aku bertanya kepadanya.

"Ye sayang, abang sangat sayang dan cintakan Qalisya..........." jawab suami aku sambil memusingkan badan aku ke hadapannya sambil mengucapkan kata-kata itu kepada aku dan turut mencuimkan tangan serta dahi aku. Sungguh romantiknya aku rasa sekarang....bagaikan aku sedang berbulan madu dengannya.

"Qalisya cintakan abang tak???" tiba-tiba dia bertanya dengan cuba untuk berbalas pantun dengan persoalan aku tadi. Aku hanya menghadiahkannya sebuah senyuman dan menyatakan di telinganya....."Qalisya terlalu sangat cintakan abang". Balas aku lagi.

Kami menyambung semula adegan pelukan di hujung kapal seperti cerita 'titanic' tadi dan masing-masing melayani perasaan sayang yang telah terpancar di hati kami berdua. Aku berasa sangat bahagia sekarang.

************

Beberapa lama kemudian, suami aku pun pergi ke dalam kapal untuk memandu semula bagi meneruskan perjalanan pulang kami 

No comments:

Post a Comment

Kepunyaan Blog.....Comel :)

Gadis yang kecil molek berasal dari Kuching Sarawak. Dirinya amat bersahaja dengan amat meminati bidang penulisan ini bagi mewujudkan cerita & kisah menarik yang tergambar di fikiran untuk direalisasinya kelak. InsyaAllah... PEACE