Kemesraan di antara Mila dan Syamil semakin hari semakin rapat. Mereka sering kali berjumpa dan sambil itu turut berkongsi pengalaman yang baru juga. Perkongsian dari segi pelajaran, ilmu pengetahuan, minat masing-masing serta kehidupan di antara mereka turut diceritakan. Tiada perasaan malu dan segan dalam diri Mila apabila berhadapan dengan Syamil. Mila yang sangat jujur dan polos membuatkan Syamil senang bersamanya. Manakala sikap Syamil yang suka mengusik-usik menyebabkan Mila agak selesa apabila berkawan dengannya. Hidup mereka penuh dengan pelbagai aktiviti yang di rancangan bersama walaupun sibuk dengan diri masing-masing sebagai pekerja dan pelajar. Perbezaan itu turut tidak lansung menggugatkan hubungan mereka berdua.
Syamil menghantar mesej kepada Mila.
"Salam Mila, awak tengah buat apa?? Ada kelas ker?? Nanti kita lunch bersama boleh tak???".
Mila yang berada di dalam kelas sedang masih kuliah pula mendengar satu bunyian mesej masuk pada handphonenya, lalu membuka mesej tersebut dan membacanya.
Mila pun membalas mesej dari Syamil itu.
"Walaikumsalam.. Maaf saya masih dalam kelas nie. Nanti kita jumpa yer masa lunch."
Syamil menjawab. "Okey, kita jumpa nanti....".
Bunyian mesej datang sekali lagi lalu Mila membacanya. Kemudian. Mila pun tumpu perhatian kembali kepada sesi perkuliahannya. Mila seorang yang pandai dan rajin. Walaupun dia suka menyindiri akan tetapi dia juga suka akan hiburan seperti muzik, tarian dan sebagainya. Dia juga mempunyai bakat dalam menari. Setiap malam Sabtu dia sering mengikuti kelas tarian di universitinya.
Syamil yang sudah mengenalinya faham dengan semua aktiviti Mila itu.
Tepat jam pukul 12 tengahari, kelas Mila pun berakhir dan akan ada kelas semula pada sebelah petang nanti. Janjinya dengan Syamil untuk lunch bersama diingati oleh si Mila.
"Syamil ajak aku lunch tadi...mesti dia tengah tunggu aku dekat kafe nie. Baik aku pergi cepat." Bisik hati Mila.
"Eh, Mila....engkau nak pergi mana nie amboi kelam kabutnya...."kata si Anaz tiba-tiba.
"Oh, aku nak pergi jumpa kawan kejap. Ada janji tadi." Balas aku.
"Enkau tak ajak aku sekali ker??? Aku lapar nie, rasa nak makan dengan engkau...boleh tak??" kata Anaz lagi.
"Ok boleh... Jom..cepat, jangan lambat pulak." kata aku kepada Anaz.
Mereka berdua berkemas lalu keluar bersama dari kelas tersebut dan menuju ke Kafeteria. Mereka berjalan sambil bergurau-senda kerana Anaz seorang yang suka bercerita. Apabila Mila bersamanya ada sahaja cerita lucu yang akan diceritakan olehnya membuatkan mereka sendiri ketawa tidak berhenti-henti.
Apabila sampai di Kafeteria............kelihatannya Syamil belum lagi menunggu di situ.
"Jom, cari tempat duduk...." Kata aku kepada Anaz.
"Mana kawan engkau tu Mila, belum datang lagi ker?? Takpe ker aku dengan engkau nie...tak ganggu korang berbual ker nanti???" tanya Si Anaz kepada Mila.
"Takpelah, lagi ramai lagi syok kan.....hehehehe. Dia belum datang lagi." balas Mila lagi sambil senyum.
Mila dan Anaz membuat pilihan untuk duduk di kafeteria di bahagian yang mempunyai ruang yang luas serta penuh dengan pemandangan. Maklumlah di kafeteria itu ada pelbagai tempat seperti ruang berhawa dingin, ruang yang hanya menggunakan kipas angin bagi memudahkan pelajar-pelajar melepak dan melakukan aktiviti yang kurang sihat seperti merokok untuk merehatkan otak kata mereka atau sebagainya. Aku selalunya suka duduk di tempat berhawa dingin kerana tempat itu nyaman dan segar apabila penat dan agak lama di dalam kelas mudah berasa panas dan dahaga. Lagipun, aku turut suka menyindiri sambil melayari internet dan menulis blog kesayangan aku. Hidup aku penuh dengan rahsia.... cuma ada sesetangah sahaja akan aku kongsikan bersama dengan Syamil. Bisik hati aku.
"Assalamualaikum....awak-awak... maaf ya saya terlambat tadi, kelas saya jauh. Hehehehe..." tiba-tiba Syamil muncul di hadapan kami berdua sambil menyatakan maafnya.
"Ohh...tidak mengapa.....biasalah tu...kami pun bari sampai juga... Silalah duduk..." kata aku kepadanya.
"Proffesor Syamil????!!!! Kawan engkau ker Mila....tak sangka betul aku. Pensyarah kelas kita nie..." Anaz yang berkata-kata serta dalam keadaan terkejut melihat Syamil adalah kawan aku yang aku rahsiakan selama ini.
"Yelah Anaz....hehehe...." Balas aku lagi kepada Anaz.
"Dah...dah...marilah makan, saya tengah lapar nie...nanti lambat pulak nak masuk kelas." kata aku lagi dengan perasaan tak sabar mahu makan tengahari ini.
Mereka bertiga terus bergerak untuk mendapatkan makanan masing-masing. Lalu mereka dengan seronoknya makan sambil berbual-bual tentang pelbagai persoalan. Hati Syamil yang berasa gementar semasa tiba di kafeteria tadi kerana takut Mira tidak suka akan tindakannya untuk mengajaknya makan tengahari ternyatanya salah, anggapannya terhadap Mila. Dia tidaklah terlalu 'secretive person' tetapi boleh menerima dan memperkenalkan aku di hadapan kawannya itu. Bisik dalam hati Syamil sambil memandang wajah Mila yang sedang makan.
"Bila korang nie berkawan yer??? Mila kenapa tak beritahu dengan aku???" tiba-tiba suara Anaz berbunyi dan bertanya pada aku.
"Baru lagilah Anaz....panjang ceritanya, tapi malaslah aku nak bercerita dengan engkau. Nie yang aku ajak engkau sekali makan kat sini biar engkau tahu dengan siapa aku berkawan kan..." kata Mila.
Syamil hanya tersenyum mendengar jawapan Mila tadi.
"Engkau pun boleh berkawan sekali dengan Mr. Prof kita nie kan....tak suka ker???!!" usik aku dengan Anaz.
"Ye...boleh jer....yang penting pelajaran jangan tinggal pulak....hehehehe.... Saya okey jer Anaz, semua orang saya akan kawan tapi tak nak lah yang kawan makan kawan kan......" kata Syamil dengan mereka berdua sambil kata yang mengusik-usik.
Mereka bertiga berasa gembira kerana masing-masing merasa selesa. Mereka turut mengambil kata sepakat untuk berkawan dan akan cuba meluangkan masa bersama-sama nanti selain berjumpa di universiti sahaja dan melakukan aktiviti yang lain juga.
Mila melihat jam di tangan telah menunjukkan pukul 1.30 petang. Sudah masanya untuk dirinya bersolat Zohor. Lalu dia meminta izin untuk pergi ke surau yang berdekatan dengan Syamil dan Anaz. Dalam tidak di duga, mereka berdua mahu turut serta untuk bersolat. Maka, setelah selesai makan mereka terus pergi ke surau dan bersurai serta akan berjumpa pada masa yang lain nanti.
"Terima kasih Mila...Anaz.. sebab sudi temankan saya lunch hari ini..." kata Syamil.
"Sama-sama Encik Syamil..." Balas Mira sambil bergurau..
Mira dan Anaz terus berlalu bergitu sahaja manakala Syamil masih memandang Mila dan kawannya itu.
Bisik hati kecil Mira... Nasib dia tak marah dengan aku kerana membawa Anaz sekali sedangkan dia hanya mengajak aku seorang untuk lunch bersama, tapi dia nampak tidak kisah dan tiada rupa kesal di wajahnya. Aku bersyukur..... Aku tahu Syamil seorang yang baik, aku turut menjaga profesion dia sebagai pensyarah di sini. Hati aku mudah rasa bimbang sekiranya asyik berduaan dengannya di universiti ini. Tidak manis orang lain memandang. Aku berharap dia faham akan perkenalan dirinya dengan Anaz...kawan rapat aku sendiri.

No comments:
Post a Comment