Tuesday, 2 October 2012

Cinta Kita- Bab 4

Di perpustakaan.............aku berhasrat untuk mencari buku rujukan yang bertajuk Psikologi. Dalam uasaha aku membelek buku yang ada di setiap rak bahagian yang terpilih agak sukar untuk menemuinya. Aku perlukan buku itu untuk aku meneliti lagi apa yang diperkatakan atau dihujahkan oleh Profesor aku semalam. Subhanallah......manalah buku ini??? Semalam aku dah letak kat tempat yang sama. Kenapa hari ini tak ada pulak!!!... Kata hati aku sambil mencari dengan sungguh-sungguhnya.

Sudah agak lama aku mencari, tapi tidak juga aku jumpai.

"Aduhh...dah penin lalat aku dibuatnya.... baik aku duduk jap kat celah rak-rak ini. Mana tahu kot-kot dia jatuh kat depan aku....hehehe.... Mula dah aku nak berimaginasi ini....." kata aku dengan suara yang agak perlahan-lahan.

Mila yang dalam kepenatan berehat sebentar dengan melayari internet di perpustakaan itu. Dia pun cuba menlayari di internet mengenai buku rujukannya. Sambil itu juga dia mendengar lagu kegemarannya dengan menggunakan 'ears phone' supaya tidak diketahui orang lain. Mila ini suka belajar di tempat-tempat yang tenang dan tidak ramai orang, walaupun di perpustakaan sememangnya ramai yang akan duduk di sana tapi dia pasti akan berada di tempat yang sunyi. Begitulah Mila, seorang yang suka menyendiri sehinggakan kawan-kawannya tidak dapat menemuinya melainkan di waktu kelas sahaja.

"Bosanlah......rasa nak menulis je..." Baik aku buka blog dapat gak tulis cerita hari ini..." Bisik aku lagi.

Dalam asyik menaip....aku terkejut melihat bayangan seseorang...........seseorang yang cuba mengintip aku dari belakang. Aku terkejut seketika lalu menoleh ke arah bayangan itu. Apabila aku melihat sekali lagi, bayangan itu hilang begitu sahaja. Perasaan aku jadi takut dan lemah.... Aku bangun dan terus memfokuskan diri mencari buku rujukan itu lagi.

"Awak cari buku ini ker????" tiba-tiba suara datang dari arah belakang aku.

Aku melihat buku yang ditunjukkan pada aku itu..... "Ya, mana awak tahu saya sedang cari buku tu...???" kata aku tanpe melihat wajah pemberinya.

"Nak ambil lah.......saya pinjam buku ini semalam untuk buat rujukan sikit." Balas lelaki itu.
"Awak tak kenal saya???" Sambung lelaki itu lagi.

"Awak.....Syamil... Ehh, En. Syamil..... Maafkan saya Prof..." Aku dengan nada yang terkejut melihat wajah lelaki di hadapan itu, rupa-rupanya Syamil, lelaki yang menolong aku hari itu. Aku turut mengambil buku tersebut dari tangannya.

"Tak payah ber encik....atau prof...dengan saya... Kita kan dah kenal... Buat biasa je, kecuali kita berada dalam kelas..okey.... Mila" Balas Syamil kepadaku.

"Kalau tak keberatan, saya nak berborak dengan awak lagi boleh??? Petang ini, saya tunggu awak kat tempat hari tu....pukul 5 petang....." dengan cepatnya Syamil bertanya dan memberitahu aku untuk mengajak aku keluar.

Aku tidak sempat menyahut serta menjawab persoalannya, dia terus beredar dari situ. Pelik!!! Aku belum cakap apa-apa lagi dia dah hilang..........apalah mamat ini. Bisik hati aku sambil berasa marah.

Setelah mendapat buku itu, aku pun mengulangkajinya dengan tekun dan yakin sekali. Apa tidaknya dengan rasa seronoknya hari ini aku tiada kelas, bolehlah aku stay lama dekat perpustkaan ini. Hehehe......senyum aku lagi.

Syamil yang keluar dari perpustakaan ingin menuju ke bilik pensyarah pula setelah terserempak dengan 'gadis kebetulan' iaitu gelaran kepada Si Mila itu. Syamil tersenyum seorang kerana hari-harinya akan berjumpa dengan gadis itu. Mungkin ada keistimewaan pada gadis itu kerana aku sentiasa berasa senang hati apabila bercakap dengannya. Dalam perjalanan itu, Syamil berfikir, "Mahukah dia keluar berjumpa dengan aku petang nanti??? Dalam hati aku risau kerana takut dia menolak perlawaannya itu kerana aku lakukannya secara tiba-tiba juga... Harap-harap dia akan datang...... Aku pasti!!" Bisikan hati Syamil. Akhirnya, Syamil pun sampai ke bilik pensyarah itu.


                Tiga jam yang lalu Mila berada di perpustakaan. Jam di tangan Mila menunjukkan pada pukul 4 petang. Mila yang terperanjat dengan masa yang dilihatnya kerana dia terlupa akan temujanji dia dengan Si Proffesor itu....

"Aduhh aku lupa lagi... Aku tak fikir lagi nak keluar ataupun tidak dengannya. Takpalah, dalam perjalanan balik ke asrama aku boleh fikirkan lagi....yang penting aku perlu sampai ke bilik dengan segera...!" kata aku dengan keadaan yang kelam kabut mengemas barang yang ada di atas meja perpustakaan itu.

Dalam perjalanan ke asrama.........Fikiran aku terapung dilema dengan temujanji nanti.

"Pergi ke tak??!!....Pergi ke tak???!!!.......Blur pulak otak aku ini. Kalau tak pergi nanti, dia kata aku sombong pulak. Dah pergi nanti seganlah pulak aku nie....."

Kaki yang melangkah meneruskan perjalanan...Sementara kaki baru pulih dari seliuh....takut jatuh lagi kali yang kedua. Dengan hati-hati aku berjalan menaiki anak tangga asrama aku. "Jawapan aku adalah aku perlu pergi...biarlah apa dia nak persoalkan. Aku tak mahu ada rasa bersalah dengannya...Ini sahaja tanda terima kasih aku padanya!" Kata aku lagi.

Setelah memperoleh jawapan, aku dengan tidak memikirkan pakaian yang sesuai hanya yang terbaik adalah baju kurung!!! kerana pakaian itu agak sesuai untuk berada di mana-mana tempat. Aku selesakan diri dengan baju kurung berwarna peach dan hitam berbunga dan tudung yang bergaya Diana Amir berwarna krim. Nice beb!!! Cantik.........


"Wah!!!....cantiknya dia........ teruja aku tengok gayanya. Lain dari biasa......." kata Syamil dengan perasaan terkejut bercampur gembira kerana dia sudi terima pelawaannya tadi.

"Assalamualaikum awak...Maaf terlambat...tadi.." kata aku kepada Syamil. Dia turut memerhatikan mata Syamil yang tidak terkedip mata sekalipun apabila memandangnya.

"Walaikumsalam....oh, takpa..saya baru sampai.." Balas Syamil lagi. "Jomlah kita......" Ajak Syamil kepada Mila untuk masuk ke keretanya.

Syamil yang terpegun dengan keayuan Mila berasa senang hati ketika itu. Syamil hanya berniat hati untuk membawa Mila keluar makan dengannya sahaja untuk berborak-borak dan berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur ini.

"Cantik awak hari ini. Ayu jer....Maaf ye saya memang suka memuji." Tiba-tiba Syamil mengajak Mila berbual apabila sampai ke kedai makan yang bernama Hot Spot.

Mila berasa kurang senang dengan pujian Syamil hanya mendiamkan diri dan tersenyum sahaja.

"Terima kasih awak sudi keluar dengan saya....... Awak selesa tak dengan saya ni??? Diam jer..." Kata Syamil lagi.

"Sama-sama awak.... Saya okey jer.... Tapi kenapa awak ajak saya yer??? Takde kawan perempuan lain ker nak ajak kuar???" Balas aku pula.

"Takde..... Saya jarang keluar dengan kawan saya yang lain. Jalan pun sorang-sorang lah" balas si Syamil.

"Ohh...." Mila yang memberi respon  bersahaja tidak akan mempercayai kata-kata Syamil itu. Aku perlu berhati-hati.

"Awak.... Saya nak berkawan dengan awak boleh tak??? Saya nak kenal dengan awak lebih rapat lagi." Kata Syamil kepada Mila. 

Syamil turut mengatakan yang dia akan memberi masa untuk aku memberi jawapan. Dia lansung tidak memaksa aku... Alhamdulillah.......

"Ok, nanti saya bagi jawapan yer...." balas Mila lagi.

Mereka berdua pun asyik menikmati hidangan makan malam yang sungguh bercahaya api yang berwarna-warni serta lagu yang sungguh merdu dan romantis. Mereka turut berbual secara biasa tiada nampak seperti pelajar dengan pensyarah........ Amat luar biasa....

No comments:

Post a Comment

Kepunyaan Blog.....Comel :)

Gadis yang kecil molek berasal dari Kuching Sarawak. Dirinya amat bersahaja dengan amat meminati bidang penulisan ini bagi mewujudkan cerita & kisah menarik yang tergambar di fikiran untuk direalisasinya kelak. InsyaAllah... PEACE