Tetiba sahaja aku berasa kurang selesa apabila aku berada di dalam kelas Profesor Syamil. Mana tidaknya, fikiran aku bercelaru memikirkan apa yamg diberitahunya semalama dan bagaimana dia boleh menyatakan sesuatu yang diluar jangkaan aku sendiri. Oh my god! Kenapa??? Kenapa??? Susah sangatkah dia nak menerima kenyataan yang kita hanya boleh berkawan. Kehidupan kita jauh berbeza. Syamil enggang, manakala aku pula pipit.... Rasanya aku tak layak untuk kau Syamil. Fikiran Mila yang sedang terbang ke dalam awang-awangannya itu.
"Mila!! Mila!!!...." kedengaran seseorang sedang memanggil aku. Terkejut aku apabila aku sedar orang yang sedang memanggil aku itu adalah Profesor Syamil.
"Ye saya Prof..." aku terus bangun berdiri dengan tidak tentu arah. '"Tolong jelaskan apa yang baru saya terangkan sebentar tadi kepada kelas." pinta Syamil dengan aku di hadapan semua orang.
"Emmm... " aku terus mendiamkan diri dihadapannya sahaja.
"Lain kali jangan mengelamun di dalam kelas saya....Faham semuanya!!!" jerit Syamil kepada pelajarnya dan turut memarahi aku.
Selepas itu, aku pun fokus kembali di dalam kelas setelah Syamil membenarkan aku duduk semula.
Aku berasa sungguh malu dengan perbuatan aku di dalam kelas tadi. Setelah selesai kelas, aku pun lari meninggalkan Anaz dan kawan-kawan aku yang lain. Aku sempat juga melihat mata Syamil sedang memerhatikan gelagat aku itu. Tanpa aku menoleh ke arahnya, aku terus berlalu dan dalam fikiran aku, aku hanya mahu pergi jauh dari situasi tadi. Aku ingin menyembunyikan diri di dalam perpustakaan. Ya!! Library..... Kata hati aku lagi.
"Mila...tunggu...." jerit Anaz kepada aku.
"Eh, kenapa dengan Mila tu, Anaz??" tanya Syamil.
"Entahlah...Profesor...saya pun tak tahu, tiba-tiba dia macam tu...selalu tak ada pun macam tu." jawab Anaz lagi.
Syamil mula merasa susah hati. Adakah salah aku??? dia menjadi sebegitu??? Syamil mula memikirkan perbuatannya sebelum ini. Kasihan Mila, pasti dia rasa tidak selesa apabila aku menyatakan kebenaran hati aku kepadanya. Maafkan aku Mila, aku benar-benar tidak sengaja. Aku mesti minta maaf dengannya nanti. Aku perlu jumpa dia.
Mila yang sudah lama berlari akhirnya sampai di perpustakaan. Dengan badan yang keletihan, dia berehat sebentar di luar sambil minum seteguk air bekalannya itu. "Nasib baik tak jauh...tapi penat juga lepas berlari nie..." kata aku sambil mengeluh keletihan. "Okey, aku sudah bersedia nak fokus semula....sementara kelas hanya setengah hari sahaja hari ini, boleh aku menelaah kat perpustakaan ini dulu." Bisik hati aku lagi.
"Aku perlu lupakan kisah semalam. Kisah semalam telah membuatkan aku hilang fokus dengan pelajaran. Bukannya aku tidak mempedulikan hati Syamil, tapi saat ini bukan masa yang sesuai untuk aku buat keputusan. Walau bagaimanapun aku tetap seorang pelajar. Aku tak nak apa yang aku cari selama ini akan terjejas semangat aku. Aku tidak harus melupakan pencarian ayah aku sekarang ini..." rintihan hati Mila untuk tidak mahu meneruskan hubungannya dengan Syamil pada tempoh terdekat ini.
Kedengaran gegaran dari telefon bimbit aku............Mesej dari Syamil!!! Aku pun membuka mesej tersebut.
"Awak kat mana sekarang??? Saya nak jumpa awak...urgent!"
Aku pula hanya mendiamkan diri tanpa membalas mesej tersebut. Seketika kemudian, Syamil mula menelefon aku tanpa henti kerana aku tidak membalas mesej darinya itu. Aku stress!!! Mahu sahaja aku mematikan telefon bimbit aku ini. Tapi hati aku berat...melakukannya. Maafkan aku Syamil, aku terpaksa menjauhkan diri aku untuk tidak terus memberi harapan kapadamu....
Syamil yang berada di bilik pensyarah merasa gelisah kerana Mila masih tidak membalas mesej mahupun panggilan darinya. Syamil sudah mula mengagak pasti Mila tidak fokus di dalam kelas tadi adalah kerana dia. Dia telah menyinggung perasaannya Mila apabila aku tiba-tiba sahaja berterus terang tentang perasaan hati aku yang aku menyukai dirinya. "Mila, pick up your phone, please..." kata Syamil dengan suara yang kecil sahaja.
Mila yang berada di perpustakaan hanya melekakan diri dengan melayari internet untuk mendapatkan sumber-sumber baru untuk pelajarannya serta membelek-belek buku rujukan di sana sambil membuat nota. Mila menjadi fokus apabila dia teringat akan tarikh peperiksaannya yang akan tiba tidak lama lagi. Dia sanggup tolak ke tepi perkara-perkara yang tidak penting dalam hidupnya.

No comments:
Post a Comment