Bulan Ogos 2012.... adalah bulan yang benar-benar mencabar dalam hidup aku. Aku tidak pasti mengapa aku perlu ambil keputusan sebegitu dan akhirnya aku kembali ke tempat asal aku selepas tamatnya pengajian aku di IPTA iaitu menganggur. Aku terpaksa mengambil keputusan ini kerana aku tidak mampu untuk berada di situasi yang penuh rumit dan bermasalah. Aku lebih suka akan suasana yang tenang dan penuh dengan rasa tanggungjawab dengan kerja yang dilakukan seharian. Apabila aku berada di tempat yang kurang menyenangkan aku sanggup mengundurkan diri demi menjaga perasaan aku sendiri. Aku bukannya takut atau gentar dengan dugaan yang datang tapi aku rasa tidak selesa dengan keadaan aku yang hari-hari tertekan dengan apa yang aku lakukan selama ini tidak juga dihargai. Aku sangat kecewa dengan apa yang sudah pun berlaku dan berakhirnya dengan pilihan aku sekarang. Aku bertekad tidak akan berputus asa dan teruskan dengan bakat aku yang ada ini.
Menulis sememangnya minat aku cuma aku selama ini tidak mengeluarkan bakat aku sendiri dengan keegoan hati dan perasaan yang tidak tentu arah hanya disebabkan hamba Allah yang kurang mengerti tentang kaum hawa seperti aku. Hanya kerana semua ini berlaku semasa tempoh aku menyambung pengajian di IPTA dan IPTS maka hati aku mulai derita dan pedih serta kecewa jadi hilanglah rasa cinta di hati ini. Liku-liku kehidupan aku sendiri juga tiada arah yang lurus dan kebanyakkannya aku terpaksa buat pilihan untuk diri ini. HUH.......mengeluh jua rasa hati ini dengan pelbagai rintangan ynag perlu aku tempuhi......aku harus bersabar.
Kini, aku ingin mencabar diri aku sendiri untuk memulakan apa sahaja yang aku tinggalkan selama ini hanya kerana satu pengorbanan kepada orang lain. Inilah masa yang tepat untuk aku menebus semua kesilapan pilihan yang aku ambil dulu..... Aku perlu kuat dan berani...Force yourself to get the best desicion for your future life....
Azyra R.
No comments:
Post a Comment