Sunday, 12 August 2012

Diriku & Hatiku

"Aduhhhh.....kelam kabut aku dibuatnya..." bisik hatiku bicara. Aku terlambat lagi bangun dari Subuh tadi terbabas lelap tidur dengan nyenyaknya. Aku dibuai mimpi yang agak pelik. Aku bermimpi tentang diriku dipadu oleh keluarga aku dengan sepupu aku sendiri... Entah apa maksudnya mimpi itu. Aku juga diuji untuk menunjukkan daya ingatan aku terhadap ikan-ikan di dapur....hehehe...sungguh melucukan, tapi hati aku kurang senang mengapa aku boleh bermimpi tentang aku dupadukan oleh keluarga aku. Musykil!!!!!!!!!!

Aku tenangkan hati aku di pagi  yang indah ini dengan keadaan cuaca yang agak sejuk. Maklumlah hari baru lepas hujan. Sejuk!!!...Sejuk!!!.... Aku mesti lupakan kisah mimpi aku itu kerana kalau aku banyak memikirkannya kepala aku pasti bercelaru. aku tak nak Kepala aku asyik runsing dengan sesuatu ang tidak pasti macam ini. Aku mesti biarkan ia berlalu.

Seketika nanti aku akan keluar bersiar-siar dengan keluarga aku. Haiiii.....rindu pulak dengan zaman persekolahan aku dulu asyik-asyik shopping. Tapi itu dulu, sekarang aku tidak boleh nak bermanja lagi. Aku mesti belajar untuk berdikari. Sudah tiba masanya aku perlu buktikan diri untuk menghasilkan sesuatu untuk sumber pendapatan aku nanti. Masa ini aku perlu banyak usaha dan lebih rajin lagi. Jangan buang masa dengan melayan kerenah masyarakat yang tidak henti mencemuh dan mengkritik pendirian orang lain. Wahhh....politik lah aku ini...hehehe...

Oklah, sudah tiba masanya untuk aku beriadah dengan keluarga aku. Semoga bergumbira.....=)

No comments:

Post a Comment

Kepunyaan Blog.....Comel :)

Gadis yang kecil molek berasal dari Kuching Sarawak. Dirinya amat bersahaja dengan amat meminati bidang penulisan ini bagi mewujudkan cerita & kisah menarik yang tergambar di fikiran untuk direalisasinya kelak. InsyaAllah... PEACE