Monday, 27 August 2012

Pencarian Cinta 3


“Ibu……………..Nana nak keluar pergi jalan-jalan sekejap dengan Ain. Nana nak berjumpa dengan orang-orang kampung dan juga ke kebun kita. Nanti kita jumpa dekat kebun. Jalan dulu ibu…” jerit Nana kepada ibunya dari jauh dengan berbasikal kesayangannya yang sering menjadi penemannya sejak dari bangku sekolah lagi. Ain pula seorang adik yang amat manja dengan kakaknya walaupun di mana kakaknya berada dia akan tetap bersama dengan Nana namun, apabila mereka berjauhan Nana dan Ain mudah terasa rindu dengan saat mereka bersama di kampung itu.

          Aku meneruskan berbasikal sambil berbual dengan adik aku si Ain.

“Adik, kalau kakak tak ada, adik selalu pergi kat mana????”

“Adik tak keluar rumah kakak. Adik selalu bersama dengan ibu, sebab ibu tak kasi kalau adik keluar jalan sorang-sorang kalau tak ada hal penting. Paling tak pun, adik akan duduk kat kebun ibu je. Ibu buat keje, adik pulak belajar kat pondok dan bermain dengan kawan-kawan uyang lain kat situ.” Balas adik Nana.
“Ohh…macam tu…baguslah adik. Adik nanti bolehlah jaga ibu kalau kakak tak ada kat sini nanti. Janji tau….”

“Adik janji kakak akan jaga ibu selalu…” Adik menyambung lagi.

          Jauh sudah aku mengayuh basikal sehinggakan orang-orang disekeliling semuanya aku tegur kerana lama tidak balik kampung. Aku terlalu amat merindui kampung yang mempunyai suasana yang segar dan nyaman. Ketenangan yang amat mendalam juga dapat aku rasakan apabila berada di kampung ini. Rindu aku juga dengan teman-teman sekolah aku dulu iaitu Rini dan Tasha. Ingin aku berjumpa dengan mereka sebelum aku pulang ke Kuala Lumpur.

          Aku benar berasa gembira di sini. Pondok kesayangan aku ini juga banyak kenangan manis dalam hidup aku. Teringat aku pada zaman persekolahan aku dulu, kami bertiga Rini, Tasha dan aku selepas balik sekolah pasti akan lepak sebentar di pondok berdekatan dengan kebun ibu aku. Kami akan membuat mesyuarat tergempar sekiranya salah seorang daripada kami ingin meluah perasaan sekiranya ada masalah yang diri sendiri tidak dapat selesaikan. Pondok itulah tempat kami bertiga mengadu penderitaan, kegembiraan, kesedihan dan sebagainya kenangan yang banyak memberi erti dalam kehidupan kami.

“Nana, kita jumpa kat pondok petang ini ye…aku dah ajak Tasha sekali. Jangan lewat tau.” Kata Rini.

“Ok, setttt…beb….aku tak akan lewat punya….Hehehe…..” Nana ketawa sambil memberitahu Rini tentang kehadirannya di pondok.

          Tibanya aku di pondok, setengah jam kemudian Rini dan Tasha pulak yang sampai di pondok. Biasanya kami mungkin ada masalah sekiranya membuat perjumpaan di pondok ini.

“Ok, kita semua dah datang. So…apa cerita nie sayang???” kata Nana kepada kawannya.
“Aku ada masalah sikitlah…..geng….”Balas Rini.
“Kenapa lak nie??? Kau ada masalah apa Rini???......” sambung Tasha.
“Engkau orang boleh tolong ajar aku tak…??? Aku tak reti lah bab-bab macam nie.”
“Apa dia?????” Teriak tasha dan Nana serentak.
“Ada mamat kelas 5 Sastera nie ada suka kat aku. Malu lah aku…..Ini ada surat cinta yang dia bagi…Geli aku nak bacanya lah…” Rini bercerita lagi.

          Tasha dan Nana berebut-rebut untuk mendapatkan surat cinta dari tangan Rini tadi lalu mereka berdua membacanya dengan tenang sekali.

“Dah? Dah habis engkau berdua baca surat tu???” Rini tarik muka dengan perangai kawannya itu yang terlalu minat hendak membaca isi surat cinta dari lelaki misteri itu.

“Ala….tak letak nama dia pun…Frust lah………..” kata Nana.

“Tak penting lah…..Nana.. Sekarang ini aku bingung sangat tau…hilang focus aku nak belajar lah macam ni…Tak suka lah.. Lagi-lagi pasal nak bercinta-cinta ini. Nanti aku dimarah mak ayaha aku pulak.” Rengek si Rini lagi.

Calm down friend….jangan lah macam ini. Belajar tetap penting dalam masa kita sekarang ini. Kita tiga kan dah janji akan belajar hingga ke menara gading. Pasal surat ini, kita boleh bawa bincang lagi. Aku rasa kita patut balas dan katakan yang engkau belum bersedia dengan hubungan ini. Kau mesti berterus terang, kalau tidak dia akan terus mengganggu kau nanti.” Panjang lebar Nana memberi penjelasan kepada Rini dan Tasha.

“Aku setuju…..” Balas Tasha.

“Mari kita sama-sama balas surat ini ok Rini. Dah, jangan risau lagi. InsyaAllah, dia akan faham nanti.” Kata Nana lagi.
         
          Ketiga-tiga mereka pun membalas surat cinta Rini kepada lelaki misteri itu. Nana akan sentiasa membantu kawan-kawannya walau apa pun perkara yang berlaku mereka tetap bersama sehingga sekarang. Itulah kenangan manis yang amat aku sukai kerana aku tidak sangka ada juga lelaki yang meminati Rini yang ala tomboy itu. Mungkin ada kebaikan di sebalik wajah Rini yang polos dan perwatakannya yang agak kasar dan garang itu.

          Apabila selesai menulis surat itu mereka pun bersurai. Mereka saling sepakat akan memberikan surat itu bersama-sama di hadapan lelaki misteri itu nanti dan semuanya setuju. Mereka juga berharap agar tiada yang akan berasa sakit hati dan membenci antara satu sama lain.

          Setelah lama aku berada di pondok dengan mengingati kisah-kisah antara aku dan teman-teman aku, aku berasa sungguh bahagia apabila balik ke kampung ini. Aku tidak mahu sedikit pun untuk melupai segala kenangan indah serta pahit bila bersama mereka. Aku amat merindui mereka. Kemudian aku pun menghampiri basikal aku lalu pulang ke rumah. Setelah penat lelah aku untuk balik ke kampung berbaloi juga apabila dapat merehatkan diri di pondok kesayangan aku tadi.

          Tiba di rumah, aku melihat ibu sedang asyik memasak manakala adik Mira sedang seronok mengusik-usik ibu di dapur. Keluarga yang terlalu aku rindui selalu dengan penuh senda gurauan lalu aku pun membantu ibu bersama bagi menyiapkan makanan untuk makan malam ini.

“Ibu tengah masak apa di dapur ni????” kata aku.

“Ibu nak masak masakan kegemaran Nana ni…ayam goreng masak kicap. Mesti Nana sukakan…” Balas ibu.

Nana tersenyum dengan jawapan dari ibunya lalu membantu bersama ibunya menyiapkan makanan tengahari itu.
          Setelah siap dihidangkan atas meja makan, mereka pun bersama-sama menikmati makanan yang sedia ada itu dengan berbual.
“Macam mana percutian Nana nie di kampung???” Tiba-tiba ayah bertanya soalan kepada Nana.

“Alhamdulillah ayah. Nana seronok dapat balik kampung, dapat jumpa ibu, ayah dan keluarga di sini.” Balas Nana.

“Pelajaran kamu pula macam mana??? Baik ker???” tanya ayah lagi.

“Pelajaran Nana pun ok jer ayah…sementara kat kampung nie Nana ingat nak buat tugasan Nana tu. Lepas cuti nie kena hantar kat pensyarah lagi. Bolehlah banyak kerja nak buat tu ayah.” Balas Nana lagi.

“Emm..belajar elok-elok yer nak…..tumpu sepenuhnya dengan pelajaran tu…jangan asyik berkhayal je kat pondok tu.” Sampuk ibu.

“InsyaAllah ibu…Nana takkan sia-siakan pelajaran Nana nie…” jawab Nana.

          Mereka sekeluarga terus memberi tumpuan dengan hidangan yang ada di atas meja tadi. Nana terasa bahagia kerana dapat memiliki ayah dan ibu yang prihatin dengan keadaan anak-anaknya walaupun berjauhan. Kerinduan tetap dirasai apabila sampai di rumah ini lagi-lagi dengan masakan ibu Nana yang sedap belaka. Tidak lupa juga dengan telatah adik-adiknya yang lain, mereka pasti mesra dan gembira selalu. Keluarga aku adalah segalanya dalam hidup aku. Aku mahu mereka terus bahagia hingga ke akhir hayat aku.

          Setelah selesai makan tengah hari, aku pun pergi ke bilik dan melakukan tugasan yang diberikan oleh pensyarah aku. Aku masih terfikir apa yang hendak aku sampaikan dalam hasil karangan aku ini nanti. Aku masih ketiadaan idea yang baik untuk dceritakan. Lalu aku pun merebahkan diri di atas katil dengan memegang sebatang pen serta kertas untuk aku tuliskan idea-idea yang mana sesuai. Dalam kebosanan aku berfikir aku memasang radio Hot Fm… Lagu yang berkumandang adalah Stacy bertajuk “Jahat”. Aku layan saja dengan lirik lagu tersebt namun idea masih juga belum terkeluar. Akhirnya, aku terbaring sahaja dan melihat syiling. Mana tahu muncul pulak lah idea nanti. Bisik hati aku….

          Beberapa lama kemudian aku teringat dengan poster yang aku baca di depan bilik kuliah aku.
“Poster………yer…Apa kata aku cuba tulis karya tentang pencarian cinta aku…Emm…. Nampak macam menarik kan…” kata aku keseorangan.
“Baiklah…aku sudah jumpa tajuk karya aku adalah “Pencarian Cinta….” Bisik hati aku lagi.
          Aku pun terus melakar karya aku dengan baik agar menjadi sempurna serta berharap pensyarah aku dapat menerimanya dengan hati yang tenang nanti. InsyaAllah…….

No comments:

Post a Comment

Kepunyaan Blog.....Comel :)

Gadis yang kecil molek berasal dari Kuching Sarawak. Dirinya amat bersahaja dengan amat meminati bidang penulisan ini bagi mewujudkan cerita & kisah menarik yang tergambar di fikiran untuk direalisasinya kelak. InsyaAllah... PEACE