Baliknya aku ke kampung halaman di Kuching, Sarawak adalah saat yang aku tunggu-tunggu. Mak, ayah, adik-adik tunggu kak Nana balik ya….hehe…gembira rasa hati dapat balik semester di kampung. Di samping itu, aku boleh juga menginap lama di kampung dengan membuat kajian tugasan di sana nanti. Rupa-rupanya, di sebalik percutian aku ini ada juga kerja yang perlu disiapkan. Apa-apa pun sampainya aku di sana, aku akan berehat sepuas hati aku nanti.
Setibanya aku di terminal kapal terbang KLIA….jam menunjukkan tepat pukul 5.00 petang… Emm… Flight aku ada 2 jam lagi…apa perlu aku buat ye???.... Fikir-fikir Nana…. Apa kata aku makan dulu baru aku lepak kat airport nie… Okay... Good... Mata aku meluru mencari tempat makan, tapi kat airport nie ada kedai roti jer…KFC… Baik aku pergi makan KFC jer lah…lagi pun favourite aku tu….hehe….langkah aku terus ke kedai KFC.
Nana ialah seorang gadis yang lemah lembut dan ayu dari luarannya namun hatinya yang penuh kasar dan sukar didekati oleh orang-orang sekelilingnya membuatkannya suka menyendiri. Tapi dengan wajah yang putih bersih dan cantik menyebabkan ramai yang minat memerhatinya. Namun, dia rasa bersyukur dengan kecantikan yang dimilikinya dan dia turut tidak melalaikan segalanya dengan angkuh dan meninggi diri.
Alahai…ramai gak lah orang makan kat sini…. Kat mana aku nak duduk nie? Semuanya penuh jer.. Lepas 5 minit aku berdiri menunggu tempat kosong akhirnya tiba jua… Okay, ada tempat tu… Aku terus berjalan ke arah itu lalu duduk dengan memanggil pelayan untuk mengambil pesanan.
Setelah selesai makan, aku pun mencari tempat untuk aku merehatkan badan kerana masih menunggu panggilan flight aku membuka laptop agar tidak merasa bosan. Biasa aku nie memang suka menulis, apa lagi aku nak sambung kisah cerita aku nie yang tidak pernah habis… hhehe…
“Assalamualaikum, boleh saya tumpang duduk??? Tak ada tempat kosong lagi lah…boleh ker cik…??
Emm…”
Emm…”
“Silakan, ini kan tempat umum.”
“OK, anyway thanks… Perkenalkan saya Razlan…”Jawab Razlan.
“Tak tanya pun, terima kasih….Huh, menyampah. Sikit-sikit nak mengorat.” Bisik hati aku lagi.
“Sama-sama. Hai…sombong pulak dah pompuan nie yer…nak berkenalan pun tak sudi.” Razlan berbisik lagi.
Nana memang seorang yang pasif, amat pendiam tapi juga garang. Dia tidak suka orang yang tidak dia kenali menegur atau menyapa dirinya. Lagipun dia akan sentiasa rasa takut kerana akan sering diganggu sekiranya dia melayan orang di sekelilingnya itu. Nana amat menjaga dirinya sehinggakan sukar untuk seseorang lelaki untuk mencuri hatinya yang penuh suci dengan iman dan taqwa. Namun Nana yang mempunyai wajah yang cantik itu tidak akan membiarkan dirinya dilukai oleh insane bernama lelaki melainkan Allah telah pertemukan jodoh untuknya.
Nana yang asyik menaip ceritanya di dalam laptop dengan juga pandai mengarang esei yang baik serta penuh dengan idea-idea yang bernas itu merupakan bakat yang ada pada dirinya. Sehinggakan dia tidak menoleh ke arah yang lain dengan fokusnya terus mengarang…..lalu terdengar suara seseorang...
“Cik… boleh saya bertanya, kenapa muka awak nampak serius di hadapan laptop tu… Awak tengah buat apa sebenarnya???...” sapa Razlan kepada Nana di lapangan terbang KLIA.
“Maaf ya encik…saya tak ganggu awak pun, so…jangan sibuk hal saya ye….” Nana menunjukkan mukanya yang marah kepada Razlan.
Razlan tiba-tiba terdiam dan tidak ambil endah dengan apa yang dikatakan oleh Nana kepadanya. Razlan juga tahu semua perempuan akan bersikap begitu apabila berjumpa dengan orang yang baru. Razlan hanya memberikan senyuman kepada Nana setelah Nana tamat berbicara dan merenung wajahnya yang cantik dan manis itu. Namun, dia tahu bukannya mudah hendak memikat perempuan seperti itu, dia hanya mampu melihatnya sebelum masa memisahkan kami nanti. Razlan amat mengetahuinya.
************
Fikiran aku semasa berada di dalam kapal terbang, aku teringat dengan Rizal. Dia memang seorang lelaki yang baik yang pernah jadi teman aku di university. Sering juga terserempak dengannya di surau, kantin, ketika aku nak ke kelas dan masa-masa yang lain membuatkan aku terasa rindu dengan keadaan itu. Dia selalu ada bila aku rasa kesunyian. Apa yang dia buat sekarang ya??....ehh…yang aku fikir pasal dia kenapa? Aku bukannya giflfriend Rizal pun…Isshhh…aku nie buat malu jer lah, nasib baik cakap dalam hati jer. Kalau tak memang perasan lah aku. Hehehe…aku tersenyum seorang…..Tiba-tiba pulak….
“Assalamualaikum awak….kenapa senyum sorang-sorang nie??? OOhh…ingat dengan pakwe yer…” Sapa Razlan.
“Ehh…mamat nie..dari tadi menyibuk jer hal aku…Emm..sukahati saya lah encik nak senyum ker, gelak ker…kan..” Sahut Nana kepada Razlan.
“Tak…saya nie nak minta izin duduk tempat saya, kebetulan pulak saya kena duduk sebelah awak. Manalah tahu kalau awak tak izinkan saya duduk. Jadi, terpaksalah saya berdiri aje kat sini….Hihihi…” Usik Razlan lagi.
“Emm..duduklahh….” “Apalah mamat nie…buat aku sakit hati jer lah…bisik dalam hati.” Balas Nana.
Razlan pun duduk dan mereka saling mendiamkan diri sehingga sampai perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sarawak. Razlan pula hanya mampu menatap wajah Nana ketika itu. Nana juga lansung tidak mempedulikan Razlan yang dia tidak kenali itu. Nana juga tahu yang Razlan hanya berniat untuk mengganggunya sahaja.
Tiba di lapangan terbang di Kuching, Razlan mengucapkan terima kasih atas kesudian Nana untuk bertegur sapa dengannya dan Razlan turut berharap dapat bertemu semula dengan Nana di masa akan datang. Nana pun menyahut salam terima kasih dan terus berlalu dari situ. Nana betul-betul berasa malu kerana telah bersangka b=buruk dengan Razlan yang niatnya hanya hendak berkawan denganku. Tak apa lah, aku hanya terlalu takut untuk berkenalan dengan orang yang tidak aku kenal sebelum ini. Ya Allah, maafkan aku sekiranya cara aku salah dan menyakitkan hati orang lain. “Maafkan aku Encik Razlan………bisik hati aku”.
Aku menunggu ahli keluarga aku menjemput dari kampung. Aku menoleh ke kiri dan ke kanan dengan memerhati ornag yang terlalu ramai di lapangan terbang ini. Namun tiada seorang pun kelihatan. Aku mencati tempat duduk dan menunggu mereka.
Dalam 30 minit kemudian, ayah dan adik aku Fiz pun sampai. “Alah kak…sorry lambat tadi…jalan jem sangat lah biasalah dari kampung nak pergi Bandar nie jauh kan…….Sorry lagi sekali ya akak…buatnya akak tertunggu Fiz dan ayah nie”.
“Takpelah Fiz, akak pun baru sampai kat lapangan terbang nie. Takde lama pun akak tunggu korang di sini.” Ok, jom jalan. Tak sabar akak nak jumpa mak dan yang lain kat kampung tu.” Balas Nana kepada Fiz.
Mereka bertiga pun terus menuju ke arah parking kereta yang akan dipandu oleh Fiz dan menuju perjalanan ke kampung. Aku benar-benar merindui ibuku di kampung. Diharap semua mereka sihat sahaja hendaknya. Aku turut rindu dengan masakan ibu iaitu ayam masak kicap dan ayam kurma. Hati ini begitu sebak sedih kerana telah lama berjauhan dengan keluarga setelah mulanya aku meneruskan pengajian aku di kota Kuala Lumpur yang serba moden dan berteknologi canggih. “Ibu…Nana balik ibuu…tak sabar hati ini nak peluk ibu yang telah banyak berkorban sepanjang hidup aku, menjada serta mendidik aku. Tunggu Nana ya ibu…” Bisik hati Nana lagi.
Dalam satu jam kemudian, aku tiba di kampung halamanku. Aku pun melihat wajah ibu yang amat sayu telah lama menunggu kepulangan aku sedang duduk di serambi. Turunnya aku dari kereta Fiz, aku terus berlari anak untuk mendapatkan ibu yang terlalu aku rindui dengan bersalaman dan memeluk erat tubuh badan ibu aku yang hangat. Hati aku amat gembira dan juga sedih akhirnya pelukkan rindu aku telah dibalas erat oleh ibu aku. Dalam tangisan kami berdua berciuman pipi dan dahi aku rasa disayangi dan dilindungi oleh keluarga aku. “Ibu, Nana rindu ibu, maafkan Nana kerana telah lama pergi meninggalkan ibu.”
“Takpa nak, Nana kan pergi belajar bukannya jauh pun. Nie dah sampai pun depan ibu kan…”
Nana senyum sambil memeluk ibunya lagi.
“Jom naik atas, ibu ada masak masakan kegemaran Nana tadi sambil-sambil tunggu Nana sampai kat rumah. Marilah semua kita naik atas yer…” kata Ibu.
Semua mereka masuk ke rumah setelah penat lelah menunggu kepulangan anak kesayangan mereka. Mereka amatlah gembira dapat berjumpa dengan Nana lagi. Bagi mereka kepulangan Nana adalah suatu yang paling indah yang turut menceriakan suasana rumah mereka di kampung itu. Nana pun berasa bersyukur dapat balik ke kampung dengan selamat. Alhamdulillah…..
No comments:
Post a Comment