Ternyata aku telah tersandar sekali lagi dalam dunia percintaan. Tidak aku duga semua angan-angan dan kegembiraan yang aku berikan kepadanya musnah dengan tiba-tiba sahaja. Aku pasrah untuk mengharungi setiap liku perjalanan yang aku sendiri pilih. Di mana perginya arah tuju aku, sedangkan orang di setiap sekeliling aku hanya untuk menghancurkan segalanya. Aku sedih...hati aku sakit dan pedih. Kali ini aku dipermainkan lagi, godaan yang selalu aku rasai tetapi tetap hanya datang seperti angin yang berlalu dan pergi meninggalkan aku sahaja tatkala kekasih hati aku bertunang dengan perempuan lain. Tamparan hebat bua aku apabila aku ketahui dari laman facebooknya. Penukaran status di facebooknya sudah membuktikan segala-galanya yang dia bukan untuk aku.
"Apa patut aku buat sekarang?? Adakah perjalanan aku akan mati begitu sahaja tanpanya???" rintih dalam hati aku.
"Tidak...tidak mungkin aku kalahkan dirinya hanya dengan seorang lelaki sahaja. Bukankah itu maksudnya peluang lain juga ada di hadapan aku??? Aku boleh terus menjalani hidup seperti orang lain yang bisa melakukan apa sahaja tanpa ada seseorang yang bermakna dalam hidup aku." katanya perlahan.
Zyra Athirah yang masih duduk di atas katil, matanya yang fokus memandang ke arah laptopnya dan jari jemari menekan tetikus dari atas ke bawah yang tidak tahu apa yang hendak dilakukannya sebenarnya. Dia rasa sudah patah semangat untuk lakukan hal yang sama dan berdepan dengan masalah yang sama. Dulu, aku pernah terfikir adakah diri aku ini dapat menjadi seperti orang lain dengan keadaan aku yang cukup comel ini. Mahukah orang mencintai aku??? Sungguhkah mereka??? Itulah antara persoalan yang selalu singgah di fikiran aku tanpa sedar. Namun aku tidak peduli siapa yang datang, aku tetap akan berkawan. Tapi tidak bermakna mereka boleh sahaja menyeksa perasaan aku sesuka hati. "Benci!!!!!" geramnya dalam hati.
No comments:
Post a Comment