Friday, 5 April 2013

Perfect Guy, Konon!!!!!!!! 9


          Terhentinya Elfie dari mengelamun, lalu duduk kembali ke kerusinya. Tiba-tiba....... Kring.....Kring...... Telefon Samsung Galaxy Tab aku berbunyi apabila aku sedang menelaah fail-fail di atas meja yang menimbun banyaknya untuk diperiksa dan ditelitikan. Aku tidak mempedulikan bunyi telefon itu, lalu satu mesej pula yang masuk. Aku membuka peti mesej itu dan membacanya. Hati aku mula terkejut dengan melihat mesej yang diberi adalah dari Ridhwan...Mesejnya berbunyi "Tolong angkat fon saya -Ridhwan-" Jadi, nama yang tertera di atas skrin telefon aku itu adalah Ridhwan. "Kenapa pula aku perlu terkejut????!!!" Bisik dalam hatinya.

"Perlukah aku menjawab panggilan itu???" tanya Elfie kepada dirinya sendiri. Dia sendiri masih rasa sangsi setelah sekian lama mereka tidak bersua. "Tapi bagaimana dia mengetahui nombor telefon aku ini????" persoalan demi persoalan yang terkeluar dari otaknya. "Tidak!!!! Aku tidak akan menjawabnya... Aku ragu..." katanya dengan perlahan. Aku pun bangun dari kerusi pejabat dan berjalan mundar-mandir sambil memeluk erat tangan di atas perut aku. Aku menjadi binggung. Setelah itu, pintu di luar di ketuk dan mengejutkan lamunan fikiran aku seketika.

"Ye...masuk...." jawab aku.

"Boss...ada orang nak jumpa...." kata Danie merangkap setiausaha dan kawan karibnya itu.

"Ada buat temujanji????" tanya Elfie kepada Danie.

"Ada boss...pagi tadi saya sudah maklumkan kepada boss yang hari ini Syarikat RMz Designer iaitu sebuah anak syarikat yang membekalkan barang-barang rekaan dalaman untuk bekerjasama dengan syarikat kita ini. Itu pun masih dalam perbincangan." terang Danie dengan teliti.

"Oh ya...maaf saya terlupa.... Kamu tolong bawa mereka ke bilik mesyuarat ya...Terima kasih, Danie...." balas Elfie lagi.

"Tunggu sekejap Danie... saya nak bercakap dengan awak sekejap boleh???" tanya Elfie.

"Boleh...kau tau tak macam mana Ridhwan boleh tahu nombor aku sekarang....?" 

"Bukankah dia.........." tak sempat Danie memberitahu hal sebenarnya, Elfie terus memotong ayatnya itu.

"Emm..tak apalah... tak penting.... 5 minit lagi saya keluar. Awak boleh teruskan kerja ya..." jawab Elfie.

       Elfie hanya membiarkan sahaja mengenai Ridhwan itu. Dia memang seorang yang fokus dengan kerjanya dari dulu hingga sekarang. Dia tidak suka memikirkan hal remeh-temeh lagi sejak di timpa kemalangan semasa bermain bola tampar ketika zaman kuliah dulu.

           Danie pula merasa resah dan susah hati dengan persoalan dari kawannya itu, seolah-olah dia tidak tahu siapakah gerangan orang yang akan dijumpainya selepas ini.

"Adakah aku perlu beritahu dia???" fikir Si Danie lagi. Hatinya menjadi serba salah sebabnya semasa membuat temujanji itu, dia pun terkejut yang dia sedang membuat temujanji dengan orang yang dia kenali iaitu Encik Ridhwan....rakan sekuliahnya juga bersama dengan Elfie, Watie dan Iskandar dulunya. "Tapi, kenapa sekarang tiba-tiba sahaja muncul dan juga kenapa perlu bekerjasama dengan syarikat Elfie????" Danie mula kehairanan.

"Aku berserah apa akan berlaku selepas ini??? Harap-harap perkara lama akan pulih semula dan tidak menjadi satu perkara buruk untuk mereka berdua apabila bertemu dan bersua sebentar sahaja nanti." doa dari hati kecil Danie.


*****************************

          Ridhwan yang akhirnya lama menunggu di belakang kampusnya itu membuat keputusan untuk tidak bertemu dengan Elfie lagi. Biarlah ia jadi kenangan sahaja sampai bila-bila sehingga pintu hatinya terbuka semula untuk mencari kembali Elfie Nasreen. Dia pasrah.

        Iskandar yang bergegas cepat memandu membawa Elfie yang telah parah di kepala dengan terkeluarnya banyak darah di kepalanya dan membuatkan Iskandar menjadi panik. Setelah sampai ke hospital yang perjalanannya mengambil masa setengah jam, akhirnya hati Is tenang sedikit sebab Elfie dapat dirawat dengan segera.

Iskandar, Danie dan Watie hanya menunggu pemeriksaan daripada doktor. Mereka sememangnya nampak resah dan gelisah.

"Kenapa ya dengan Elfie tadi??? Aku lihat dia macam tak fokus sahaja bermain di gelanggang. Macam ada fikirkan sesuatu...." tanya Watie.

"Macam mana kau perasan semua tu....???!!!" tanya Danie.

"Tadi aku sempat ambil take a break kejap. Duduk minum air. Masa tu lah aku tengok dia....pelikkan???" jawab Watie.

"Tak pe...Bila Elfie sihat nanti, kita tanya dia ok..." balas Danie.

Iskandar pula menyampuk...

"Macam mana boleh kemalangan macam tu tadi Watie, Danie... Tolong terangkan dekat aku...." tanya Is dengan seriusnya.

"Emmm....kau lah cerita..." Bisik si Wateie..

"Tak nak lah... kau yang tengok kan tadi macam mana kepala Elfie terkena bola tu...." jawab Danie lagi.

"Dahhh!!! tak payah nak bisik-bisik sangat!... Danie, tolong cerita dekat aku...cepat!!!" pujuk Is dengan suara yang lantang dan kuat.

"Ok....macam ini..." Danie memulakan ceritanya manakala Iskandar teliti mendengarnya...

"Ok...dia ada cerita apa-apa kat korang tak...kenapa dia lambat sampai kat gelanggang??? Sebenarnya aku ada tengok daripada jauh je tadi... Betulkan dia lambat sampai sana...?" tanya Iskandar lagi untuk mengetahui kepastian tentang sesuatu.

"Tak ada pulak dia cerita apa-apa...alih-alih dia mengelak je bila kita tanya.... Biasalah Elfie, itukan perangai dia...." balas si Watie.

"Ok...thanks..." jawab Iskandar.

         Watie dan Danie merasa pelik dengan sikap yang ditonjolkan oleh Iskandar di hadapan mereka. Seolah-olah seperti...........

"RIDHWAN!!!!!" sahut kedua-dua mereka dengan serentak menyebut nama "Mr. Perfect Guy" itu....

Muka mereka berdua pun berkerut....dan hanya mengangkat kedua-dua bahu mereka menandakan tidak faham. Akhirnya, mereka pun duduk di ruang penunggu untuk menunggu doktor keluar dari bilik kecemasan.

Beberapa jam kemudian.......... Jururawat yang diarahkan oleh doktor untuk memberitahu keadaan pesakitnya hanya melihat kedua-dua kawan pesakit sedang lena tidur di kerusi manakala lelaki itu hanya menyandar di sebuah tiang. Jururawat mengambil keputusan untuk pergi ke arah lelaki itu memandangkan dia tidak mahu menganggu kawan pesakit yang sedang tidur itu.

"Encik, maaf menganggu... Pesakit tadi sudah sedar.... Tapi, malangnya..........." jelas jururawat itu dengan teliti.

"Apa???!!!!! Ya, Allah...teruknya...." bisik dalam hati Iskandar sambil mengusap mukanya dengan tapak tangannya menandakan dia pasrah dengan apa yang terjadi menimpa Elfie Nasreen.

"Harap bersabar ya.....Dan encik boleh melawatnya nanti apabila pihak kami pindahkannya ke bilik rawatan..." kata jururawat tu...

"Baiklah. Terima kasih." jawab Iskandar.

Hati Iskandar terasa berat untuk memberitahu kawan Elfie iaitu Watie dan Danie tentang keadaan menimpa Elfie sekarang. Elfie mengalami gegaran otak yang terlalu kuat dan menyebabkan dia lupa ingatan buat seketika. Malangnya lagi, doktor mengatakan bahawa kepulihan Elfie untuk mengingat semula segala peristiwa tentang dirinya berkemungkinan mengambil masa yang agak lama. "Bagaimana aku nak berterus terang dengan mereka berdua???" keluh dan resah dalam hati Is. Melangkahnya kaki Is untuk berdekatan dengan mereka berdua yang sedang nyenyak tidur, tangannya pula hendak menyapa bahu Danie. Dalam pada itu, dilihatnya bahu Danie bergerak. Ternyata Danie sudah tersedar lalu melihat muka Iskandar yang masam macam cuka seolah-olah ada sesuatu yang berlaku tadi.

"Kenapa Is??? Elfie bagaimana?? Ok tak???!!!" tanya Danie tanpa menghiraukan Watie yang tidak sedar disebelahnya dan terus-terusan bertanya dengan Iskandar tentang keadaan Elfie.

"Emmm...macam mana nak cerita ya...." sahut Iskandar dengan tergagap-gagap dan lalu terdiam.

"Janganlah diam, Is....beritahu saja...apa yang dah berlaku...." jawab Danie tidak sabar.

"Elfie mengalami gegaran otak yang kuat dikepalanya menyebabkan dia........." jawab Is lalu terhenti lagi.

"Dia apa???!!!" tanya Danie lagi.

"Dia jadi lupa ingatan Danie....." jawab Is dengan nada yang sedih tanpa dia sedar air mata jantannya jatuh ke pipinya dan akhirnya dia melangkah pergi dari situ.

"Apa????!!! Ya Allah....!!!!!" sahut Danie lalu tergamam di hadapan Watie dan Is. Danie yang tidak berpuas hati terus berjumpa dengan jururawat yang ada dihadapannya dan bertanya semula tentang Elfie sekali lagi.

Ternyata cerita Iskandar memang benar. Dia dan kawannya perlu pasrah sahaja dan tempuhi dugaan itu dengan sabar dan tenang. Danie terus menuju ke arah Watie yang belum sedar dan cuba untuk membangunkannya dari terus tidur di situ.

"Watie..bangun... Elfie..Watie...kawan kita..." kata Danie sambil mengerak-gerakkan bahu kawannya itu.

"Emmm...ye..ye... aku bangun... hahhhh... kenapa Elfie??!!!!" sahut Watie dengan terkejutnya.

"Dia lupa ingatan....macam mana ni Watie....aku risau ni..." jawab Danie lagi.

"Ya Allah..serius??? Bersabarlah Danie.. Dia kawan kita, kita mesti cuba bantu dia.... InsyaAllah ya..dia akan pulih nanti..." jawab Watie sambil mereka berpelukkan dan terus menangis.

"Di mana perginya Iskandar???" tanya Watie lagi.

"Entah, aku tak tahu...Lepas dia bercerita dengan aku apa yang diberitahu doktor dengannya... dia nampak sedih Watie...menangis juga.. Lepas itu, dia terus lari tinggalkan kita.... Kesian pula aku tengok dia.." kata Danie kepada Watie.


          Iskandar yang sudah lari keluar dari pintu hospital menuju ke arah parkir keretanya. Di keretanya dia menyandar di bahagian pintu hadapan, kedua-dua tangannya mengusap mukanya itu yang penuh dengan air mata di pipi. Kemudian, dia memusingkan badannya dan meletakkan kepalanya di atas kereta. Dia betul-betul merasakan perasaan serba salah kerana tidak menjaga Elfie Nasreen dengan betul dan baik. Lalu Iskandar membuka pintu kereta dan masuk ke dalamnya. Sekali lagi dia mengusap mukanya dan kali ini hatinya sangat marah dengan dirinya sendiri. Dia tidak mempercayai Elfie akan lupa ingatan seperti itu. Dengan perasaan geram wujud di dalam hati Iskandar akhirnya dia menumbuk-numbuk stering kereta dengan tangannya dengan kuat sekali dan sekali lagi air matanya terjatuh dan menangis menahan pedih di hatinya itu.

"Kenapa kau harus jadi begini Elfie??? Apa patut aku lakukan untuk pulihkan keadaan kau sekarang??? Ridhwan di mana kau???" 

Aku sudah tidak tahan menanggung penderitaan ini seorang diri. Muncullah segera wahai sepupuku.....RIDHWAN............



************************

        Ridhwan yang pergi meninggalkan tempat perjanjian perjumpaan di antara dirinya dengan Elfie Nasreen di sana hanyalah sebagai janji kosong. Hati Ridhwan teramatlah marah dengan sikap Elfie yang dari mula mereka berjumpa asyik menyakitkan hatinya sahaja. Memang dari dulu Elfie tidak puas hati dengannya. Mula wujud prasangka tidak baik terhadap diri Elfie dalam hatinya.

"Aku geram dengan kau Elfie Nasreen!!!! Sampai sekarang pun kau nak berdendam dengan aku lagi... Sampai hati kau buat aku macam ini.... Besar sangatkah dosa aku pada kau...??? Hah...Elfie Nasreen!!!!!!" bisik hatinya sambil menyebut-menyebut nama Elfie dengan sekuat hati. Apabila marah menguasai minda Ridhwan menjadi putus asa untuk terus meminta maaf dengan Elfie tentang apa yang sudah terjadi kepada mereka berdua. Dia anggap semua ini hanyalah bala pada dirinya apabila dia mengenali perempuan bernama ELFIE NASREEN!!!!!! Dengan itu, dia bertekad untuk tidak mencari Elfie lagi dan membuat keputusan untuk menyendiri sahaja sehingga ada masa sesuai untuk menuntut keadilannya itu nanti.

"Aku juga akan pastikan kaki aku akan pulih seperti sediakala..... Aku tidak mahu mengaku kalah lagi dengan orang di sekeliling aku... Mereka yang membuatkan aku jadi begini!!!!! Mereka perlu dapat pembalasan juga dari aku satu hari kelak...." -janji dari Si Mr. Perfect Guy...-



No comments:

Post a Comment

Kepunyaan Blog.....Comel :)

Gadis yang kecil molek berasal dari Kuching Sarawak. Dirinya amat bersahaja dengan amat meminati bidang penulisan ini bagi mewujudkan cerita & kisah menarik yang tergambar di fikiran untuk direalisasinya kelak. InsyaAllah... PEACE