Friday, 19 April 2013

Perfect Guy, Konon!!!!!!!!! 11

       

         "Kenapalah lelaki itu tinggal aku sorang-sorang dalam bilik ni.... Tak tahu ke aku tengah bosan giler ni.... Tak ada orang yang sudi nak borak dengan aku. Duduk atas katil lama-lama boleh lenguh juga punggung aku ni. Baik aku curi-curi keluar sekejap ambil angin, sebelum jururawat aku datang jenguk aku dekat sini.....hehehehe" kata Elfie seorang diri sambil memujuk dirinya untuk keluar sebentar melihat suasana di luar tanpa diketahui oleh orang lain.

Elfie yang mengatur posisinya untuk turun dari katil. Nasib baik juga tangannya hari ini tidak dicucuk oleh sebarang jarum. Oleh itu, senanglah Elfie hendak bergerak ke mana-mana yang dia suka.

"Mula-mula buka pintu...tengok kiri dan kanan..... Ok, line clear... heheheh..." suara Elfie yang seperti berbisik itu memberi semangat untuknya keluar dari bilik itu secara senyap.

Akhirnya, Elfie berjaya keluar dari bilik itu. Sambil-sambil dia cuba melangkah, kepalanya sempat menoleh  lagi melihat sekelilingnya dari satu bilik ke satu bilik dengan melihat tingkap kecil yang ada pada setiap bilik di hospital itu.

"Alahai, kasihannya pesakit dekat sini... Ada yang kaki patah lah.... menjerit tak tentu pasallah... Ishh...lama-lama aku duduk sini boleh jadi gila juga aku... Macam mana aku nak keluar dari sini??? Sedangkan aku sendiri pun tak tahu siapa nama aku??? Di mana aku tinggal?? Kawan...??? Lagi lah aku tak ingat... Yang aku ingat lelaki yang datang tadi sahaja. Itupun muka dia tak nampak... Apalah lelaki itu...bukan nak tolong aku... Sombong sangat!!!" mengeluh Elfie tanpa sedar sambil berjalan-jalan, akhirnya sudah menuju di bahagian taman....

"Wah..bestnya dekat sini... Ada pokok, udara nyaman....." Respon Elfie yang berasa lega apabila melihat dunia luar dan menghidu udara segar dari taman itu. Lagipun ramai juga pesakit yang beriadah di situ.

"Aku nak duduk sinilah....best sikit........dari terperap je dalam bilik....bosan!!!" kata Elfie lagi.

         Dia melihat dunia di sekelilingnya, ada seorang wanita tua yang duduk di kerusi roda sahaja dengan termenung jauh, matanya tidak beralih pada yang lain. Adakah dia rindu dengan seseorang seperti anaknya??? Tunggu untuk dijenguk oleh ahli keluarganya??? Kasihannya dia.... Jururawat itu pun cuba untuk memujuknya supaya jangan terlalu risau namun dia lansung tidak mempedulikannya. Aku lihat pun hanya dari jarak jauh dengan melihat gerak badan mereka aku tetap boleh merasai hatinya sedang terluka.

Selain itu, ada yang berusaha untuk memulihkan diri dengan daya kakinya yang berbalut dan bertongkat sedang cuba untuk terus melangkah ke hadapan. Begitu kuat dan tabah seorang jururawat melayan kerenah pesakit-pesakit mereka itu. Dihati aku sangat kagum dan juga melihat reaksi dihadapan pesakit itu masih terdaya untuk perbaiki diri.

"Eeerrrrrrggggggggggggg..............aduhh..sakitnya kepala aku..." katanya dengan perlahan sambil menahan sakit itu.

Tiba-tiba dalam masa dirinya menutup mata untuk menahan sakit, dia terlihat bayang-bayang seorang lelaki dan juga bertongkat seperti pesakit tadi dan wajahnya terus melihat dirinya, namun penglihatannya masih kabur-kabur lagi....

Kemudian, Elfie membuka matanya semula dan hatinya terasa terkejut dengan apa yang dilihatnya pada bayang-bayang tadi. Dalam dirinya mula menyoal..:Siapa dia??? Kenapa dia bertongkat???" Elfie mula merasa kehairanan. Kepalanya mula semakin sakit dengan kuatnya. Tanpa dapat menahan lagi penglihatannya matanya mula menjadi gelap-gelita dan jatuh pengsan.


*****************************

          Watie dan Danie sedang sibuk memasak bubur untuk kawannya itu. Mereka bercadang nak melawatnya selepas selesai bekerja nanti. Mereka memang sudah terlalu rindu dengan Elfie. Mana tidaknya, Elfie seorang yang periang dan juga rajin masak di rumah sewanya. Danie hanya selalu makan apa yang dimasak oleh Elfie.

"Eh. kenapa kau menangis pula ni Danie???" sapa Watie.

"Aku teringat dengan masakan Elfie... dia selalu masak untuk kita di rumah ini dan sekarang dia........" Danie tidak dapat menyambung ayatnya itu dan lalu menangis semula.

"Sudahlah...ini semua ujian untuk kita.. Kita mesti kuat... Kau pun boleh masak jugakan untuk dia sekarang ini. Tengok... aku rasa ya... Eemm....sedapppp sangat!!!!" kata Watie sambil memujuk Danie supaya tidak bersedih lagi.

Danie akhirnya senyum mendengar kata-kata gurauan dari Watie itu dan dia menjadi tenang semula.

        Beberapa minit kemudian, deringan telefon bimbit Danie mula kedengaran oleh mereka berdua.

"Jap, telefon aku berbunyilah...".

"Siapa???" tanya Watie kepada Danie.

"Is.... Kenapa ya dia call aku???".

"Jawab sahajalah...mana tahu ada apa-apa tu...." jawab Watie lagi.

"Hello, ya Is...ada apa??? APA?????!!!!!! Macam mana boleh jadi macam tu???" sahut Danie dengan cemas.

"Ok, kami berdua pasti datang ke sana sekejap lagi... Kau tolong tengokkan dia dulu ya... terima kasih...Bye..." kata-kata akhir dari perbualan di antara mereka berdua.

"Kenapa??? Macam ada hal yang buruk berlaku je....." tanya Watie dengan perasaan ingin tahu kepada Danie yang sedang melihat respon Danie yang terkejut setelah berbual dengan Iskandar sebentar tadi.

"Elfie....dia jatuh pengsan... Aku tidak pasti apa yang berlaku tapi itu yang aku dengar dari Is tadi... Kita perlu cepat ni Watie...pergi ke hospital semua.. Aku mula risau dah ni dengan keadaan Elfie tu..." jawab Danie yang masih mengelabah dan juga risau.

"Ok...jom kita berkemas sekarang..." sahut Watie.

        Mereka berdua pun berganjak dengan cepatnya keluar dari rumah sewa mereka untuk pergi ke hospital untuk menjenguk Elfie di sana. Dengan adanya kenderaan Elfie, maka mereka mudah untuk bergerak ke mana-mana sahaja dengan segera.

Apabila mereka tiba di hospital, dilihatnya gelagat Iskandar yang juga kerisauan yang sedang ke hulur dan ke hilir. Dengan cepatnya mereka melangkah terus dekat dengan Iskandar.

"Bagaimana dengan Elfie??? Dia ok tak??" tanya Danie kepada Iskandar.

"Aku tak pasti. Dari tadi aku menunggu doktor, tapi dia tidak keluar-keluar juga dari bilik Elfie tu....." jawab Iskandar dengan tegas. Iskandar sambung lagi melayan perasaannya resah tentang keadaan Elfie sekarang ini.

Manakala mereka berdua menuju ke arah kerusi kosong di ruang penunggu untuk menanti kedatangan doktor Elfie. Sambil itu, mereka melihat suasana di hospital itu sunyi sepi sahaja.

             Setelah itu, doktor pun keluar dari bilik Elfie dan menuju ke arah Iskandar, Danie dan Watie.

"Bagaimana keadaan Elfie doktor????" tanya Is dengan cepat sehinggakan kedua kawannya itu hanya terus mendengar dan menganggukkan kepala sahaja untuk terus mendengar jawapan dari doktor itu.

"Dia tadi pengsan sebentar, mungkin kerana ada sesuatu yang terlintas di fikirannya dan teringat akan menyebabkan dia sakit kepala yang amat kuat dan terus tidak sedarkan diri. Namun begitu, itu adalah petanda yang baik untuk Elfie. Dia memang ada harapan untuk sembuh dari ingatannya sekiranya ia terdedah dengan perkara-perkara silam atau apa-apa sahaja yang ada kena-mengena dalam kehidupannya." kata doktor itu dengan terperinci sekali.

Mereka bertiga hanya terus mendengar sahaja.

"Jadi, pesakit sedang berehat sekarang. Sekiranya ada apa-apa pertanyaan boleh jumpa saya ya. Oh ya...boleh saya bertanya??? Siapa di antara kamu kenal dengan orang bernama Ridhwan???" tanya doktor itu.

"Ridhwan???!!!!!!" sahut Iskandar dengan perlahan.

"Kenapa doktor??" tanya Iskandar.

"Pesakit tadi ada menyebut nama Ridhwan, jadi saya sarankan tolong jumpakan dia dengan orang bernama Ridhwan ini dengan segera supaya pesakit ini cepat pulih seperti sediakala." Jelas doktor itu lagi.

Danie dan Watie hanya terpandang sesama sendiri.

"Kami akan cuba mencarinya, terima kasih doktor...." jawab Is kepada doktor yang merawat Elfie itu.

           Iskandar mula termenung dan teringat apa yang diberitahu doktor kepadanya sebentar tadi. Dalam hatinya berbisik, "di mana aku hendak mencari Ridhwan???? Sedangkan aku sendiri sepupunya tidak tahu ke mana dia menghilang...".

"Macam mana ni Is???? Elfie teringatkan Ridhwan je. Kita ni yang sudah tunggu dia, dia tak ingat pun... Masalahnya, di mana Ridhwan??? Mana nak cari dia???" tanya Watie sambil mencebik bibirnya kerana sedih dengan Elfie yang tidak sedikit pun teringatnya dan Danie.

"Bersabarlah....hal Ridhwan nanti biar aku uruskan. Lagi pun aku boleh upah orang untuk cari Ridhwan. Korang berdua jangan risau ye.... Aku hanya nak kau berdua jaga Elfie elok-elok...jangan bagi dia banyak fikir sangat dan pandai-pandailah kau orang pujuk dia untuk ingat kita juga..okay...." jelas Is kepada Danie dan Watie.

"Baiklah...." sahut Danie. "Kami nak masuk bilik Elfie kejap... Thanks ya Is..." kata Danie lagi.

           Akhirnya berbual mereka terhenti di situ sahaja. Danie dan Watie akan terus menjaga Elfie dengan baik dan pastikan Elfie tidak akan mengapa-apa lagi. Iskandar pula akan mencari pelbagai cara untuk mencari Rdhwan sehingga berjaya. Dia sangat berharap agar Elfie mendapat semula kebahagiaannya bersama-sama dengan Ridhwan. Dengan itu, Iskandar pasrah dan redha yang dia tidak dapat memiliki hati Elfie walaupun sudah banyak kali dia berusaha untuk memenangi hati Elfie, namun tidak juga berjaya. Di sudut hati kecilnya masih lagi ada secebis cinta yang tidak berbalas akan tetapi dia tidak mahu pentingkan dirinya dahulu untuk merebut cintanya Elfie dari Ridhwan. Dunia paksaan bukan jiwa dalam diri Iskandar. Niatnya ingin menolong memulihkan keadaan dahulu dan tanggungjawabnya untuk menjaga Elfie akan diteruskan juga.

Iskandar akan memulakan langkahnya dengan mengubah orang-orangnya untuk mencari Ridhwan dengan segera.


*******************************

           Dalam dunia gelap Elfie.... Dilihatnya ada seorang lelaki sedanga berdiri dan bertongkat lalu melambai-lambai tangan ke arahnya.. Elfie cuba berada dekat pada diri lelaki itu tetapi bayang-bayang lelaki itu semakin mengundur.

"Awak...awak jangan tinggalkan saya sorang-sorang...Saya takut gelap... Siapa awak??? Kenapa awak sahaja yang selalu muncul dalam fikiran saya???? Saya tak tahu siapa saya??? Saya di mana sekarang ini...??? Tolonglah awak...." kata Elfie.

Lelaki itu hanya asyik melambai-lambai tangannya dan wajahnya yang polos hanya tersenyum melihat Elfie di hadapannya. Dia juga berkata, "Awak yang tinggalkan saya....Awak yang hendak berseorangan dan awak jadikan saya bertongkat seperti ini. Tak mungkin saya akan lupa apa yang sudah awak buat pada saya.... Jadi, terimalah balasannya...... Lagi pula, saya amat mencintai awak... saya rindu sangat dengan awak sekarang........Namun awak masih lupakan saya......... Selamat tinggal!!!! Selamat tinggal awak!!!!!!!!"

"Saya tak ingat awak siapa?? Kenapa saya layan awak teruk sangat sampai begitu???? Kenapa??? Dan tolong jangan tinggalkan saya dalam keadaan gelap ini....awak!!!!!" jerit Elfie meminta tolong sambil mengejar bayang-bayang lelaki itu sehinggakan dia terjatuh lagi.... Dan kali ini tiba-tiba dia merasakan ada seseorang sedang memegang lengannya..... Lalu dia melihat........."

         Iskandar yang cuba menjenguk Elfie di dalam biliknya melihat keadaaan Elfie yang hanya terbaring tidak sedarkan diri. Badannya ada sedikit bergerak dan wajahnya juga seperti sedang ternampak sesuatu yang merunsingkan. Iskandar yang tidak rasa sedap hati lalu cuba menyentuh dan memegang tangan Elfie dan lengannya. Setelah itu, tangan Iskandar digenggam dengan kuat oleh Elfie.. Hati Iskandar mula berdebar-debar. Seminit kemudian, mata Elfie terbuka.......dilihatnya ada seorang lelaki sedang berdiri di hadapannya sambil memegang erat tangannya dan Iskandar rasa malu lalu melepaskan genggaman itu dengan segera.

Dalam hati Elfie berkata, "Diakah lelaki yang aku lihat dalam mimpi tadi???". Lalu Elfie merasa malas hendak berfikir panjang dan melupakan mimpi itu buat seketika.

"Awak ok??" tanya Is.

"Saya ok...tak pe..." jawab Elfie dengan perlahan. Kemudian Elfie memusingkan badannya ke arah berlawanan dengan Iskandar. Seolah-olah seperti tidak menyukai Iskandar. Iskandar terkejut dengan respon yang diberikan oleh Elfie di hadapannya lalu dia mengundur diri secara senyap dan keluar dari bilik itu.

Elfie sebenar masih runsing dengan fikiran dan bayangan dalam mimpinya tadi. Itu sebabnya, dia tidak mahu membalas mata dengan lelaki di hadapannya untuk terus mempersoalkan tentang siapa dirinya dengan lelaki di dalam mimpi dan lelaki yang berada di hadapannya sebentar tadi. Kepala Elfie menjadi serabut semula. Sakit untuk menahan kembali dan kali ini dia bertekad untuk tidak memaksa ingatannya itu.


No comments:

Post a Comment

Kepunyaan Blog.....Comel :)

Gadis yang kecil molek berasal dari Kuching Sarawak. Dirinya amat bersahaja dengan amat meminati bidang penulisan ini bagi mewujudkan cerita & kisah menarik yang tergambar di fikiran untuk direalisasinya kelak. InsyaAllah... PEACE