Tuesday, 19 March 2013

Perfect Guy, Konon!!!! 7




        Di atas katil yang empuk serta badan yang ditutup oleh selimut lembut, Ridhwan yang semalaman berehat di hotel setelah melarikan diri dari hospital itu. Akhirnya, dia dalam mengelakkan diri dari bertemu dengan jururawat-jururawat yang asyik bertukar dan sentiasa menambah air dalam badan aku ini. Lengan tangan aku masih terasa penat akibat cucukkan jarum untuk mengambil darah sebagai pemeriksaan kesihatan. Letih juga hati aku melayan keinginan mereka apabila berada lama di bilik rawatan itu. Mujur hati ini kuat sanggup untuk mengangkat kaki untuk keluar dari situ. Sekarang fikiran pun terasa lega dan tenang. Bangunnya aku dari katil hotel, aku tarik langsir untuk melihat pemandangan laut di waktu pagi. Sungguh ceria dan cerah. Cahaya matahari terpancar kuat terus masuk melalui tingkap bilik aku. Bahagia rasanya dapat melihat pemandangan yang indah ini.

           Fikiran aku mula mengingatkan seseorang. Kebetulan semalam juga aku sempat memberikan mesej kepadanya untuk memaafkan segala perbuatan aku kepadanya dulu. "Adakah dia masih marah pada aku???
Entah....." Bisik hati aku. Aku mahu perbetulkan keadaan semua ini. Tapi, aku perlu pastikan diri aku kuat dan sihat. Teringat lagi dengan kuliah aku di kampus. Aku terus mengambil telefin bimbit aku lalu mencari nama pensyarah untuk membantu aku dalam situasi aku sekarang.

"Assalamualaikum, Encik Fauzi... Saya Ridhwan... maaf mengganggu. Di sini saya ingin meminta pertolongan dengan encik supaya saya boleh meneruskan kuliah saya walaupun sudah beberapa lama saya tidak hadir ke sana. Mahukah encik membantu saya dalam diam???......Emmm...saya faham.... saya akan ikut prosedur yang ada kerana yang penting bagi saya, saya mahu habiskan kuliah saya dengan baik... Emm..Ok saya faham.. terima kasih..."

      Setelah dia mennyelesaikan masalah kuliahnya itu, dia cuba merehatkan diri lagi. Kali ini dia ingin membawa dirinya berjaan di luar dengan memakai tongkat. Kemudian, dia cuba pula berjalan di atas pasir perlahan demi perlahan agar dia tidak terjatuh. Lama kelamaan dia berasa puas dengan apa yang dilakukan. Terapi yang paling mujarab apabila dia menanamkan kakinya itu dengan pasir dengan masa yang lama. Rawatan itu dapat membantunya pulih dengan cepat sekali. Ini adalah untuk dia meneruskan perjalanannya dengan selesa nanti.

"Wahai Elfie, maafkan aku... inilah balasan yang aku lakukan kepada engkau dulu. Pasti luka di hatimu lebih parah dari apa yang aku tanggung sekarang. Mampukah aku bertemu dengannya nanti??? Mampukah aku minta maaf darinya??? Layakkah aku??" kata-kata dari mulut Ridhwan dengan merintih setiap apa yang dilakukannya dulu. Dia memang seorang yang kejam. Sanggup memalukan orang di khayalak ramai. Bongkaknya aku pada masa itu.

         Setelah aku pulih nanti, aku berazam akan mengubah semua apa yang berlaku. Kepada Elfie, kawan-kawan aku dan termasuk Iskandar, sepupu aku. "Aku malu untuk bertemu dengan kamu semua...." rintih dalam hati Ridhwan lagi dan kali ini dia telah menitiskan air matanya tanpa dia sedari.


**********************

"Elfie?? Kau dah bangun ke??? Kami nak keluar ni, nak pergi pasar..." teriak Watie dari luar bilik Elfie. Namun suara Elfie tiada didengari. Senyap dan sunyi sahaja. Akhirnya, Watie meninggalkan sahaja kawannya dan berangkat pergi dari rumah sahaja.

       Elfie yang masih merenung terbaring di atas katilnya. Mengingatkan tentang di mana perginya Ridhwan yang telah berjaya melarikan diri dari hospital. "Kenapa dia tekad melakukan sebegitu??? Diakan masih sakit..." kata Elfie dengan perlahan dan lalu menangis semula kerana dia masih menyalahkan dirinya kerana melukakan Ridhwan dengan sengaja. "Kenapa aku begitu kejam??? Kenapa kau menyakitkan hati aku Ridhwan???!!!! Kalau tidak aku tidak akan membalas dendam pada kau!!!! Bodohnya kau Elfie.....!!!!!" jeritnya lagi.

       Sesudah itu, dia mula bangun dan membersihkan dirinya dan berwudhuk. "Dia memohon dan berdoa agar perjalanan hidupnya lebih baik dari sekarang. Tenangkan hatinya moga dapat diselesaikan segala masalah dengan mudah hanya pertolongan dariMu..... Amin..."

Kedengaran satu mesej masuk dari telefon bimbitnya.....

Dilihatnya adalah pesanan mesej dari Iskandar.. Dia ingin bertemu dengan aku... Dengan baik hatinya aku akur dengan permintaannya itu dan membalas mesej itu. Dia membuka telekungnya dan berkemas semula untuk bertemu dengan Iskandar sebentar lagi.

       Hidup Elfie kini kurang ceria. Dia lebih banyak mendiamkan diri dari berbual dengan orang lain. Dia tidak seperti dulu. Perjumpaan di antara mereka berdua adalah niat utama Iskandar untuk menjaganya seperti yang dipinta oleh Rodhwan dulu. Walaupun itu, di sudut hati Iskandar juga ada perasaan suka kepada Elfie. Tapi yang pasti Elfie tidak akan menerimanya kerana difikirannya hanya teringat akan Ridhwan sahaja.

Beberapa lama kemudian, Iskandar sampai dan telah berada di hadapan rumah sewa Elfie sekarang. Elfie akhirnya keluar dan menutup semua pintu yang ada serta tingkapnya sekali.

"Mana yang lain???" tanya Iskandar.

"Keluar pergi pasar...." sahut Elfie bersahaja.

"Masuklah, saya bawa awak ke satu tempat ya.... lepas itu kita boleh makan-makan." Kata Iskandara lagi.

Elfie berjalan dan masuk ke tempat duduk sebelah Iskandar. Dia hanya memberi senyuman kepada Iskandar.

"Ada dapat berita dari Ridhwan????" suara Elfie kedengaran dan bertanya secara tiba-tiba.

"Tiada, Elfie.... Is, tak dapat apa-apa pun informasi tentang Ridhwan lagi. Jangan kata Elfie sahaja yang risau, mama and dad Ridhwan pun risau sebab Ridhwan hilang macam tu sahaja." terang Is lagi.

Muka Elfie berubah. Kali ini dia merebahkan kepalanya di kerusi dalam kereta Is itu. Pandangannya hanya pada di luar sahaja.

Iskandar pula hanya memandu dan mahu membawanya ke pantai iaitu resort di mana dia dan Ridhwan selalu meluahkan perasaan dan juga lepak di sana.

"Kita dah sampai Elfie..." sapa Is kepada Elfie yang tidak berhenti termenung.

"Dah sampai??? Di mana??" tanya Elfie.

"Ini resort kesukaan Ridhwan. Harap awak suka ya... kami kalau ada masalah akan lepak di sini." terang Is lagi.

"Yeke....bagusnya.."

"Jom kita ke depan pantai, tapi saya nak tempah makanan untuk kita dulu. Awak pergi sana kejap ya..." pinta Is lagi.

Elfie terus melangkah ke pantai. Kakinya terkejut sebab cuaca yang panas terik menyebabkan pasir itu terasa panas dan mengejutkan kaki Elfie. Namun langkahnya tidak terhenti...dan berjaya sampai di hapdapan laut yang terbentang luas itu. Angin yang menuip kenyang membuatkan rambutnya terbang melayang...pakaiannya turut berangin... Indahnya ciptaan Allah ini.

"Ridhwan di mana kau....!!!!!" teriak Elfie di depan laut tanpa dia sedari.

Iskandar yang berlari anak dari arah belakang terkejut mendengar teriakkan Elfie itu. Rindunya Elfie dengan Ridhwan. Iskandar pun memperlahankan langkahnya kerana takut akan mengejutkan Elfie nanti.

"Jangan risau Elfie...dia pasti balik... Awak rindu dia ya???" tanya Is.

"Ya, aku rindu dia....dia selalu buat aku geram..Is... di mana dia Is???" balas Elfie lalu merebahkan diri dengan duduk di atas pasir itu. Badannya menjadi lemah tiba-tiba.

Is lalu memegang bahu Elfie dan mengatur duduknya Elfie itu.

"Dia ada Elfie..dihati kita... awak jangan risau sangat ya...nanti awak pula yang sakit..." kata Is dengan gaya memujuk Elfie.

"Ya..kalau Fie sakit, macam mana Ridhwan nak datang kan....." bangkitnya kata-kata dari mulut Elfie.

"Is..saya lapar...."

"Ok, jom kita makan...dah terhidang pun..." kata Is dengan gembira apabila mendengar permintaan Elfie yang berkeinginan makan di situ.

Mereka berdua terus menjamu di hadapan pantai yang indah walaupun cuaca ada sedikit panas. Tetapi mereka sangat gembira. Iskandar amat berpuas hati kerana dapat membuatkan hati Elfie ceria seketika walaupun Iskandar mengetahui isi hatinya Elfie hanyalah untuk sepupunya itu sahaja. Wajah yang manis serta senyuman yang terukir di bibir Elfie apabila mendengar gurau senda darinya merasakan hati Iskandar cukuo gembira dan amat menyintai gadis itu. Dia akan berdoa agar keinginan Elfie untuk bertemu semula dengan Ridhwan akan termakbul jua.

"Kenapa awak diam Is....??? Saya ada menyinggung hati awakkah??? Maaflah saya asyik ketawa terlupa pula dengan agenda sebenar kita datang ke pantai ini..." Elfie mula berkata-kata setelah selesai ketawa dan perasaan melihat muka Iskandar yang terus termenung melihatnya senyum sejak tadi.

"Eh... takda apa-apalah Fie... Saya suka tengok awak senyum sebab lama sudah saya tidak perhatikannya selepas kita bersama-sama dengan Ridhwan dulu......oooppppppssss.....maafkan saya Elfie...." jelas Iskandar kepada Elfie dan akhirnya terdiam apabila menyebut nama Ridhwan di hadapan Elfie lagi.

"Tidak mengapa Iskandar... InsyaAllah kita pasti akan macam dulu lagi. Tapi kali ini saya berharap kita semua akan berkawan dan bukannya sebagai musuh semula. Pengaduhan di antara saya dengan Ridhwan telah memberi banyak impak. Kesalahan yang lampau membuatkan saya sendiri sukar untuk melupakannya melainkan hanya bertemu dan bersemuka untuk memohon maaf. Kalau tidak kerana keras kepala dan dendam, kami tidak akan jadi seperti ini." Terang Elfie dengan kata-kata yang sangat mendalam maksudnya.

Iskandar hanya mendengar setiap perkataan yang dijelaskan oleh Elfie kepadanya. Kepalanya juga mengangguk-angguk seperti mengiakan apa yang diperkatakan oleh Elfie itu.

"Kita jangan berputus doa ya Elfie...mudah-mudahan Ridhwan baik-baik sahaja di luar sana." Balasnya lagi.

Mereka berdua melanjutkan lagi hidangan makanan yang seterusnya iaitu aiskrim coklat dan vanilla.

"Eh..macam mana awak tahu saya gemar makan aiskrim....??? Mesti ada orang bagitahu ini kan..." celah Elfie.

"Ye...Watie dan Danie yang beritahu saya... Rindukan...makanlah.. jangan malu-malu...." balas Iskandar.

Elfie gembira dapat menikmati aiskrim yang sedap dari pemberian Iskandar kali ini. Maklumlah aiskrim dari hotel semestinya sedapkan berbanding dengan di luar. Iskandar melihat Elfie senyum sekali lagi. Dalam hattinya menyebut "Alhamdulillah aku berjaya memujuk hatinya untuk tidak terus bersedih...".


           Ridhwan yang berada di hotelnya sedang duduk membuat ulangkaji pelajarannya kerana sudah lama meninggalkan kelas sejak kakinya dirawat di hospital dulu. Maka, dia terpaksa menumpukan perhatian lebih banyak berbanding dengan pelajar yang lain. Pensayarah rahsianya juga turut membantu dari jauh. Itulah kelebihan anak dato seperti Ridhwan ini. Tapi, dia tidak akan menggunakan kuasanya dengan sewenang-wenangnya untuk membeli apa sahaja dengan wang. Tetiba, khusyuknya menaip di laptopnya dia mula bersin berkali-kali. seolah-olah ada orang sedang menyebut namanya. Bersin berkali-kali itu membuatkan dirinya selsema dan terpaksa bangkit dari katil untuk mendapatkan tisu.

"Huh...siapalah yang menyebut-nyebut nama aku ni.... Tak dapat nak konsentrasi lansung." Dengus Ridhwan sambil membersihkan hingusan itu.

"Aku rasa nak kuar sekejaplah... Lagipun ada tiupan angin di luar tingkapnya apabila melihat dahan pokok sedang bergoyang-goyang itu." Ridhwan tanpa berlengah terus mengambil tuala dan keluar dari bilik hotelnya itu.

Apabila sampai di luar melangkahnya kaki Ridhwan secara perlahan-lahan tanpa bertongkat dia akhirnya berjaya berjalan hingga ke tengah-tengah pantai. Dilihatnya pemandangan dari arah situ...

"Wah....cantiknya....cuaca pun tengah elok ni..... tak ada matahari...maklumlah hari sudah petang. Tunggu matahari nak terbenam sahaja. Bolehlah aku cuba dekatkan kaki aku dengan air..." Geraknya Ridhwan ke hadapan sedikit demi sedikit di atas pasir dan air laut.

"Aahh...kenapa kaki aku ni...tidak bergerak... alamak..dia teganglah...!!!!! Tolong jangan buat hal...aku keseorangan ni...." teriak batin aku secara tiba-tiba merasakan kakinya tidak bergerak dan akhirnya dia terjatuh dan terduduk. Dia cuba merehatkan diri seketika. Mungkin kerana dia memaksa dirinya untuk berjalan tanpa tongkat sebentar tadi.

Duduknya di atas pasir itu, dia teringat akan Elfie. "Kuat juga kau tendang kaki aku ni kan Elfie... sampai aku tak dapat berjalan sekarang dengan baik. Untunglah aku kalau kau tahu aku rindu dekat kau sekarang. Aku tak maki hamun kau lagi. Bahkan setiap saat kaki aku sakit begini, automatik dalam kepala aku mengingatkan nama kau, Elfie... Kau memang bertuah pada aku... Kau telah berjaya memberi maksud kesusahan dalam hidup aku sekarang. Aku sangat puas hati... Harapan aku apabila pulih nanti aku akan bertemu dengan kau..." Rintihan dalam hati Ridhwan yang tidak pernah menyesal dengan apa yang terjadi padanya sekarang. Bahkan dia amat bersyukur kerana hadirnya seorang perempuan yang boleh menundukkan keangkuhan aku dulu.


            Sesudah Iskandar dan Elfie makan aiskrim di pondok kecil itu, mereka pun berjalan-jalan di hujung pantai. Iskandar teringat kembali dengan sepupunya itu yang suka bermain bola tampar bersama dengan kwan-kawan yang lain. Apabila aku tidak dapat menyambut bole diberikan oleh pihak lawan, dia pasti akan memarahi aku dengan teruk dan terus mengejar aku sehingga dapat. Aku kadang-kadang letih berlari dikejar olehnya pasti akan tergoleng-goleng di atas pasir. Masa itu membuatkan Ridhwan ketawa dengan sepenuh hatinya kerana melihat wajah aku yang penuh dengan pasir itu.

"Hahaha...padan dengan muka kau, Is.......putih betul muka kau tu sekarang..." tegur si Ridhwan dengannya yang telah nampak letih mengejar Iskandar.

"Teruklah kau ni bro...tengok!!!! Muka aku jadi sasaran kau juga..." marah si Iskandar denga perangai Ridhwan yang asyik nak menang itu.

"Kenapa Is??? Ketawa sorang-sorang nampak... Tak nak share ke???" tanya Elfie yang melihat wajah Iskandar yang tersenyum tanpa dia sedari.

"Hehe..saya teringat dengan...."

"Ridhwan lagi....." celah Elfie...

"Ye..sebab sini banyak kenangan dia dan saya. Dan awak pun sama seperti dia... suka dengan pantai dan....."

"Dan...apa???"

"Aiskrim...perisa itu juga... Kalau pergi ke pantai pasti dia akan makan aiskrim seperti kita tadi..." jelas Is lagi.

"Ohh..rupanya....tak sangka ya... Saya ni banyak persamaan dengan Ridhwan awak tu....hehehehe... Patutlah saya ni tidak serasi dengan dia kan... asyik gaduh... sebabnya kami dua sama-sama keras kepala...dan degil!!!!" jawab Elfie sambil ketawa dan setelah itu air matanya jatuh lagi.

"Saya rindukan dia... Is...." kata Elfie dengan perlahan.....

Iskandar pula terkejut dengan kata-kata yang baru dijelaskan oleh Elfie tadi. Sangkaannya memang betul...mereka sebenarnya saling merindui.....dan menyayangi di sebalik pergaduhan mereka itu. Hati Iskandar mengalah jua apabila mendengar perjelasan yang sudah nyatanya jelas terpancar di wajah Elfie sekarang.


   Angin bertiup kenyang....tiba-tiba terdengar bisikan suara perempuan......di telinga Ridhwan membisikkan......

"Aku rindu kau Ridhwan..."

Ridhwan pun terkejut dengan suara yang didengarnya sebentar tadi seakan-akan ada seseorang benar-benar merindui dirinya dari jauh.

"Ya Tuhan, siapakah gerangan suara itu???" kata hatinya.

        Tanpa memikirkan hal itu, dia terus bangun dan berdiri untuk berjalan semula ke arah biliknya. Dia perlu berjalan dengan segera sperti angin yang kenyang itu menandakan petanda akan hujan pada malam ini. "Sebelum aku jatuh sakit, baik aku beredar dari sini sekarang." Keluhnya lagi.

       
          Iskandar yang masih tercengang melihat wajah Elfie yang sedang menangis itu, lalu tersedar apabila wujud tiupan angin yang kuat membuatkan matanya terkelip-kelip menahan sakit kerana dimasukki oleh pasir. Sempat dia berkata-kata dengan Elfie.

"Jum, Fie...kita balik segera..sebelum hujan turun dekat sini. Lagipun, kita sudah sehari suntuk ke sini. Nanti kawan-kawan awak risau ke mana perginya awak." Kata iskandar dengan Elfie.

"Baiklah..." sahut Elfie kembali.

Mereka berlari-lari di atas pasir dan melawan angin yang kuat sambil menutup muka mereka agar senang melihat ke hadapan untuk menuju ke parkir kereta Iskandar. Apabila sudah sampai, mereka segera masuk ke dalam kereta dan terus menghidupkan enjin untuk beredar dari situ.

"Awak ok, Elfie...nasib baik kita cepat tadi... kalau tak kita kena hujan pula." Tanya Iskandar.

"Saya ok, awak...yelah kan... takut lah tadi...tak pernah tengok keadaan macam tu. Ini first time saya tengok....hehehe..."

"Sukalah tu..."

"Thanks awak..."

"For what????!!!!"

"For today... Awak telah membuatkan saya tersenyum...hari ini.."

"Jangan risau... saya akan jaga awak walaupun awak tengah bersuka atau berduka.....okey..." jawab Iskandar dengan tenang.

Elfie hanya terus mendiamkan diri. Apabila Iskandar menoleh ke arahnya, rupa-rupanya Elfie sedang nyenyak tidur.... Iskandar hanya tersenyum dan meneruskan pemanduannya hingga ke rumah sewa Elfie. Dalam pada itu, dia sempat memberikan mesej kepada salah seorang dari kawan Elfie dan mengatakan Elfie sekarang ada bersamanya dan ingin pulang ke rumah dengan segera. Seharian Iskandar melayan kerenah Elfie dan memujuk hatinya supaya tidak memberontak akhirnya berbaloi juga.

"Kesian Elfie... penat dia seharian melayan cerita-cerita aku pada hari ini. Semua ini adalah untuk awak Elfie... Saya akan buat awak kenal dengan Ridhwan, sepupu saya itu. Dia tidaklah sejahat yang awak sangkakan. Dia juga punya hati dan perasaan yang kita sendiri pun tidak ketahui apa dimahunya. Biasalah Ridhwan seorang yang kuat ego, tidak pernah kenal erti kalah. Tapi, saya pasti apabila awak buat semua ini padanya, pasti ada sedikit terasa tersentuh di situ. Percayalah...kata-kata saya akan menjadi kebenaran satu hari kelak." Bisik dalam hati Iskandar keseorangan apabila khusyuk memandu keretanya sehingga sampai di hadapan rumah sewanya Elfie.

Tiba di hadapan rumah Elfie.

"Terima kasih Is. Awak dah buat dia ceria hari ini... kami pun dah buntu tak tahu nak buat apa dengan dia yang asyik berkurung dalam bilik seharian sahaja. Sekarang, dia percayakan awak. Jadi, tolong jaga dia nanti ya..." mohon kasih Danie dengan sikap Iskandar yang sanggup melayan kerenah kawannya itu yang masih dalam kekecewaan dan kedukaan. Danie juga bersyukur yang Elfie masih mahu percayakan Iskandar berbanding dengannya sendiri, kawan karibnya. Tapi tidak mengapa, janji hati kawannya itu berjaya dipujuk supaya lebih dewasa bukan kebudak-budakkan lagi dengan mengurung diri dalam rumah sahaja.

"Sama-sama Danie. Yang penting awak berdua kalau ada apa-apa masalah jangan lupa beritahu saya dengan segera. Saya akan pasti awak bertiga selamat. Jangan risau, saya akan menjadi pengganti Ridhwan buat sementara waktu ya...." kata Iskandar kepada kawan-kawan Elfie itu sambil mengenyitkan mata menandakan dia hanya bergurau dengan setiap kata-katanya tadi.

"Hehehe...baiklah, hero malaya...." jawab Watie lagi sambil tergelak-gelak dengan jawapan yang diberikan oleh Is sebentar tadi.

"Baiklah, saya balik dulu.....jaga dia tau....bye...." balas Is.

"Ok, terima kasih sekali lagi...." jerit Watie sambil melambai-lambai tangannya ke arah Iskandar yang sedang memandu dan beredar dari situ. Dia memang pantang melihat orang laki yang kacak-kacak pasti cair.

"Watie, sudahlah tu....masuk...." panggil si Danie. Kemudian, Watie berlari anak dan terus masuk ke rumah. Mereka akhirnya membawa masuk Elfie yang sudah lama tertidur di dalam kereta sehingga tidak sedar sudah sampai ke rumah dan dibawa masuk ke biliknya.

"Tak sedar betul kawan kita ni....apa yang diberi oleh Iskandar ya tadi????" tanya Danie kepada Watie.

"Entah, ubat tidur kot...."

"Ishhh... takkan lah Is nak buat macam tu kat Elfie ni...agak-agaklah kau ni pun..." balas Danie.

'Emmm.... aku tak kisah sangat hal tu... tapi, aku fikirkan sampai bila kita nak layan mak cik ni macam ni...???? Takkan nak suruh Is layan dia sahaja... Apa kata jiran-jiran nanti...malu pula aku nanti." kata Watie.

"Betul juga kata kau.... nantilah kita firkir macam mana. Yang penting kita rehat dulu lah...penat dari balik kuliah tadi tak hilang lagi..." balas Danie.

"Yelah..." sahut Watie kembali.

          Elfie yang dalam separuh sedar berjalan-jalan merasakan badannya dipapah oleh kawan-kawannya itu dan dibawa ke bilik. Dia cuma sempat tersenyum sahaja. Mungkin kerana terlalu penat bermain di pantai dan kenyang makan yang dihidangkan di resort tadi, matanya hilngga kini tidak dapat dibuka. Telinganya hanya mendengar perbualan kawannya itu. Dia sendiri juga tahu dan ingin berterima kasih dengan Is yang sudi memahami dirinya yang sedang berduka sekarang. Akhirnya, dia terus terlena dengan mimpi-mimpi indah apabila dapat bersama dengan orang yang benar-benar memahaminya seperti Iskandar, Watie dan Danie.


        Ridhwan pula yang telah sampai di biliknya dan dia sambung merehatkan badannya yang telah terasa bahang panas apabila berjemur di luar serta kakinya sempat meragam tegang di atas pasir tadi. Sekarang dia cuba mengurut-ngurutnya sedikit demi sedikiy agar kakinya tidak mulai tegang lagi. Ini mungkin refleksi terhadap penanaman kaki di pasir yang boleh mengembangkan darah dalam badan emnjadi kuat dan bertenaga semula. "Alhamdulillah, aku mulai boleh berjalan sedikit hari ini tanpa bertongkat." Bisik hatinya.

Kekuatan batinnya lebih bersemangat lagi apabila teringat dengan suara bisikan dari angin sebentar tadi.

"Aku sangat merinduimu Ridhwan..." Itulah kata-kata yang terdengar decuping telinganya pada masa itu. Dia seolah-olah mempunyai semangat yang tinggi untuk dia teruskan hidup apabila mendengar ayat-ayat itu. Hatinya juga berdebar-debar.

"Adakah itu satu petanda??? Siapakah yang sedang merindui aku selama ini???" kata hatinya.

"Adakah Elfie??? Musuh aku??? "

"Kenapa mesti namanya yang terucap dibibir aku sekarang??? Pelik??? Namun dalam hati aku juga tenang apabila menyebut nama musuh aku itu...." sahut hatinya lagi.

Kini, hatinya sedang berkata-kata seperti ada dua orang di biliknya sedang berbual dengannya tentang hati dan perasaan. Ridhwan menjadi bingung dan akhirnya dia mengambil bantal lalu menutup telinganya dengan segera kerana tidak sanggup mendengar bisikan itu lagi.

Dia menjerit..... "Elfie bukan musuh aku....!!!! Aku sayangkan dia.....!!!!!!".  Terkejut Ridhwan apabila dirinya mengatakan demikian tanpa sedar. Ridhwan terus terduduk dan mengesatkan mukanya menggunakan tangannya dan terus mengucap. Kemudian, dia melangkah ke bilik air untuk mengemaskan dirinya dan bersolat.

No comments:

Post a Comment

Kepunyaan Blog.....Comel :)

Gadis yang kecil molek berasal dari Kuching Sarawak. Dirinya amat bersahaja dengan amat meminati bidang penulisan ini bagi mewujudkan cerita & kisah menarik yang tergambar di fikiran untuk direalisasinya kelak. InsyaAllah... PEACE