Wednesday, 6 March 2013

Cinta Si Go Kart



        Saban hari aku menunggu untuk hadirnya sebuah cinta dalam hidup aku ini. Apa yang aku fahami tertnag perasaannya cinta, ia adalah suatu perkataan yang sungguh unik dan simbolik. Kadang-kadang ia membawa kegembiraan pada diri seseorang. Tetapi kadang-kadangnya ia turut memberi penderitaan yang sangat perit dan pedih hinggakan cinta itu tidak dapat diganti begitu sahaja seperti bibir yang mengungkapkan "Aku ada pengganti". Namun sebenarnya cinta adalah sukar dicari. Ia datang sendiri adalah lebih baik jika perasaan itu diberikan kepada kita dari Allah s.w.t.

            Cinta yang suci memang sukar hendak ditafsirkan mahupun diluahkan begitu sahaja. Cinta yang suci  itu ada kalanya boleh ditonjolkan dengan perbuatan, perlakuan kita terhadap seseorang yang kita sayang dan cinta. Bukan mudah diperkatakan seperti aku sedang lakukan sekarang. Aku cuba coretkan rasa hati aku pada tulisan di blog aku. Disebaliknya, aku cuba mengenal diri aku sendiri dengan menulis apa sahaja yang terbuku di hati. Itulah dinamakan 'cinta'..... Tiada paksaan, dinodai dan dikhianati sekalipun. Tetapi, pada zaman sekarang cinta pun boleh dibeli, dicaci, dihina di khalayak ramai. Mengapa kita harus bertindak seperti itu???? Allah tidak mengajar kita untuk menjadi pembenci malah kita perlu sentiasa menjadi pencinta kepada apa sahaja di dunia ini termasuklah Allah s.w.t.

            Kimi Astiana cuba meluahkan perasaannya di dalam blog. Hari- hari kehidupannya hanyalah menulis, menaip, mendengar mp3 dengan lagu-lagu kesukaannya dan juga membaca novel dari hasil-hasil tulisan penulis yang lain. Dari perkara-perkara itu, ramai rakan-rakannya mengatakan aku ini sangat membosankan kerana kehidupan aku hanya duduk lama di hadapan laptor sambil menerokai bidang teknologi yang ada di dalamnya. Aku sungguh unik keran boleh merapu apa sahaja yang aku suka. Itulah Astiana nama panggilannya, gemar berkurung di dalam bilik dan selalu membuatkan kakaknya, Mia Astella bengang dengan perangai adiknya itu yang tidak pernah berubah sehingga masuk ke universiti. Dunianya hanyalah di dalam biliknya sahaja.

"Astiana!!!!!! Jom teman akak pergi shopping....." jerit kakaknya yang sangat risau adiknya yang suka sangat mengurungkan diri tanpa membuat sebarang aktiviti yang lain.

"Ala...malaslah akak.... Akak pergi sorang-soranglah... Bukan best pun shopping... Tengok-tengok, jalan-jalan...lepas itu blahh je.....bosanlah. Kaki As pun penat." Jawab Astiana yang panjang lebar.

"Pandai adik menjawab ye.... yang adik tu, asyik terperap dalam bilik... Tak bosan?? Tak rimas???? Temngok dindng, katil, buku, mp3....tu je lah adik tahu..." kata kakaknya lagi.

'Hari ini adik mesti teman akak jugak, lepas itu akak nak cari baju sikit untuk adik. Ni hari-hari guna jeans je pergi kuliah. sekali-sekala gunalah baju kurung tu...biarlah sopan sedikit." Sambung kakaknya lagi.

"Ok..ok....adik pergi kemas...membebel je......sakit lubang telinga adik ni tau...." balas Astiana pula.

Astiana naik ke tangga semula dan mengambil beg silangnya yang berjenama bodyglove berwarna biru dan kasutnya berjenamanya nike.

"Adik dah ready ni...."

"Emmm...macam itu juga fesyen adik..tak nak berubah lansung... Simple memanjang dah lah rupa tomboy tu.... Aduhh...sakit kepala akak fikir hal adik ni..." suara kakaknya membebel lagi sambil memasang kasut highhill berwarna peach dan baju kasual berwarna hitam dan tudungnya halfshawl berwarna peach berbunga. Mia Astella sememangnya pandai bergaya. Kalau tidak, masakan dia ada butik sendiri kerana dia merupakan seorang pereka fesyen baju kurung dan sebagainya.

Adik hanya mencebikkan mulut dari arah belakang. Sebenarnya Kimi Astiana ingin mempelajari dunia fesyen ini, namun hatinya belum terbuka lagi. Kadang-kadang dia suka juga tengok gaya kakaknya Mia yang bijak memilih warna yang cantik untuk dipadankan dan ke mana tempat yang hendak dituju dengan sesuai sekali. Itu sebabnya Abang Rafizi tertarik dengan kakaknya Mia itu. Alhamdulillah, sudah dua tahun bercinta dan setahun baru bertunang. Tinggal proses hendak bernikah lagi. Mungkin masa itu akan tiba kelak. Bisik hati As lagi.

       Kini sambung cerita pasal aku pulak. Aku seorang perempuan kasar dan lasak. Selain suka mengurung diri di dalam bilik dengan menulis blog, aku juga berminat dengan permainan lasak iaitu 'go kart'. Memang best, sekiranya aku dapat lepaskan geram aku dekat atas 'track'. Kakak aku Mia tahu permainan kesukaan aku ini. Dia sanggup menemani aku pada setiap hujung minggu. Yang paling seronoknya, Abang Rafizi sudi berlawan dengan aku di samping itu, kakak yang setia menjadi penunggu kami hanya menyokong dari belakang samnil-sambil mengambil gambar kami juga. Itulah aku sangat sayang dengan kakak dan abang. Mereka tidak pernah sekali mengherdik tentanhgkelakuan kasar pada diri aku. Aku tahu mereka inginkan aku menjadi perempuan yang lemah lembut. Tapi pada aku, belum masanya lagi.

Tiba-tiba kakak aku menyaksikan aku di tempat duduk sebelah yang sedang memandu untuk membawa aku jalan-jalan di mall lalu dia menyapa aku.

"Adik, sudahlah menulis tu...dalam kereta akak pun nak menulis juga ke???!!!" tegur kakak Mia padaku.

"Biasalah kak, mana boleh pisah ni.... ada idea kenalah tulis walau di mana kita berada...emmm..." jawab aku tetapi jari jemarin aku turut masih terus menaip.

"Tak sampai lagi ke kak???!!! Jauh sangat nak pergi ni. Buang masa je nanti. Ingat, hari ini Sabtu... Adik ada...."

"Ye...ada perlawanan personal go kart kan....Ishh tak habis-habis dengan go kart dia.... Masa ini teman akak dulu, lepas tu baru akak teman adik pula...boleh???? But, remember not story your life now ok baby...." celah kakaknya terus sebelum As menghabiskan ayatnya tadi.

Seminit kemudian, ciuman pula terasa di pipi kakaknya itu......

"Thanks akak. Sayang akak...." kata adiknya dan terus mencium pipi kakaknya yang lembut itu dan memeluknya. Sedangkan kakaknya masih memandu.

"Hehehe.....sama-sama dik.... I love you tooo!!!!" sambung kakaknya lagi.


******************************

Setelah sampai di tempat membeli belah.

"Mana Abang Rafi kau ni As???!!! Lambatlah... Akak tak suka orang lambat tau...." sapa kakaknya kepada As.

"Tunggulah kejap kak...mungkin dalam perjalanan lagi...kita jalan-jalan dulu lah... bosan berdiri lama ni..." sahut As lagi.

"Akak, As nak pergi sana dulu...Tengok baju sport....boleh???" tanya As kepada kakaknya.

"Ok...jangan pergi jauh sangat. Akak ke butik ni je...Apa-apa call akak tau dikk...." balas Mia kepada adiknya itu.

"Ok kak...don't worry..." balasnya kembali.

Dalam aku melihat baju sukan sememangnya kegemaran aku, lagi-lagi ada lambang Machester United.... "Merahhh......". Aku tertarik dengan satu baju yang tergantung di kedai itu. "Gila sangat aku dengan baju tu....then, aku pengang ia dengan penuh perasaan... Woww...bagusnya kain ni..." bisik hati aku. Dengan gerakkan yang pantas tetiba baju itu di ambil oleh pekerja di situ. Aku hanya tercenggang dan terpaku melihat tingkah laku pekerja itu sedang mengambil baju itu di hadapan aku. Aku pun menegurnya dan berkata.

"Ehh...saya nak baju itu juga....ada stok baru tak???" kata aku dengan laju...

Pekerja itu menoleh ke arah aku dan berkata, "Maaf ya hanya tinggal satu ini sahaja... Tiada stok yang lain." katanya.

"Apa????!!!! Tapi aku nak baju tu juga...." bisik hati aku.

"Biarlah saya yang beli...." kata aku lagi.

"Maaf sekali lagi cik...baju ni sudah hendak dibeli oleh lelaki itu. Yang sedang berdiri di hadapan kaunter itu." Jawabnya lagi.

Kimi Astiana mula merasa marah dan disebalik itu perasaan kecewa membelenggu dirinya. Dia berhasrat ingin memiliki baju itu. Adakah dia boleh memujuk lelaki itu???" perasaannya mula berkata-kata.

Aku pun mula melangkah dan mendekati lagi itu di kaunter dan menyapanya.

"Awak...maafkan saya... boleh tak saya nak beli baju itu dari awak??? Saya nak sangat baju itu... Boleh ye encik...." katanya tanpa rasa malu di hadapan lelaki yang tidak dikenalinya itu.

"Apa??? Saya salah dengar ke??? Atau awak yang tak faham situasi sekarang ini. Kan saya sudah beli dulu...jadi baju ini milik saya lah...." balas lelaki itu dengan tegas.

"Tapi...awakkk.... saya..."

"Awak dah lambat buat keputusan, jadi kena terima lah ye... Terima kasih...bye.." balasnya lagi dan lalu pergi dari situ selepas membayar harga baju itu.

         Kimi Astiana akhirnya pasrah dan redha dia tidak dapat memiliki baju itu. Sebab dia sudah terlambat. "Betul kata lelaki itu tadi. Aku kenalah faham." katanya lagi. Dia berharap akan berjumpa baju itu di tempat lain lagi kerana dia amat menyukai baju sukan itu.

Beberapa lama kemudian, duduknya aku di sebuah kerusi rehat di dalam tempat membeli belah itu aku terserempak dengan Abang Rafizi yang kelam-kabut seperti mencari seseorang lalu aku memanggilnya dari jauh.

"Abang Raf.....kat sini...." panggil As dengan tunang kakaknya itu dari jarak jauh sambil melambai-lambaikan tangannya.

Abang Rafizi pun membalasnya dan melangkah ke arahnya pula.

"Penat Abang cari korang dua tadi. Sini rupanya... Hahh...nie kenapa muka macam cuka pula. Monyokkk je... Ada apa ni??? Cuba cerita." kata Rafizi kepada As dan bertanya keadaannya yang menunujukkan muka yang tidak ceria itu.

"Tadi.. As jumpa baju yang As suka lah abang. Lepas tu kan...As tak dapat baju tu sebab orang lain dah belikan dulu... As kecewa lah... Frust giler ni..." cerita As kepada Abang Rafizi.

"Baju apa tu???"

"Baju sukan abang....MU lagi...frustlah...dah mamat tu tak beri pulak dengan As bila As nak beli baju itu dari dia...bengang lah As lagi." katanya.

"Hehehe....." Nada Abang Rafizi ketawa dengan permintaan As yang tidak munasabah itu.

"Ketawa pula dia ni..."

"Yelah...dah awak pergi minta beli dengan dia buat pa... Dah sah-sah dia takkan bagi lah... Dia sendiri minat juga dengan baju tu kan...Apalah As ni." terang Abang Rafizi lagi.

Kimi Astiana hanya menarik muka dihadapan Abang Raifizi di situ lalu dia bangun dan meninggalkan abangnya itu duduk ketawa dengan perangainya.

"Nak ke mana tu..."

"Nak balik lah...Nak ajak akak balik..."

"Ala..itu pun nak merajuk lah...tak rock lah As.... Nanti nak lawan go-kart macam mana???!!!"

"Go-kart tu lain...lawan tetap lawan abang... Tak boleh tak jadi tau..." tunjuk jari As dekat Abang Rafizi.

"Okey...jom cari akak.... pasti dia kat butik lagi kan... Tengah survey lagi lah tu..." kata Abang Rafizi sambil mengajak Astiana mencari kakaknya ke butik semula.

        Kimi Astiana hanya menganggukkan kepala dan meluru ikut jejak langkah Abang Rafizi di hadapannya. Itulah menyebabkan kakaknya Mia sayang dengan Abang Rafizi itu sebabnya dia boleh sekepala dengan adiknya, As. Jadi dia tidak akan mudah merasa risau apabila dia sanggup menyuruh tunangnya untuk menemani adiknya itu ke mana sahaja ketika dia tengah sibuk.

"Haaa....dah sampai pun kekasih hati dan adik manja yang tak berapa nak manja pun tu..... Sini, akak ada jumpa baju kurung khas untuk adik akak yang seorang je ni... Nah... Lawa tak???" sahut Mia yang sedang melihat mereka berdua yang sudah hampir di depan pintu butik itu lalu memanggil Astiana untuk mencuba baju pilihannya.

"Apa ni kak???!!! Kan adik cakap...tak suka...."

"Tak suka pa???!!!!! Baju kurung??? Awak tu gadislah...kenalah sekali-sekala guna baju kurung juga bila pergi kuliah tu... Ini tak asyik dengan T-shirt dan seluar jeans memanjang. Mata akak Mia ni dah bosan tau...sakit hati lagi lah... Nak pakai pakaian macam tu kenalah bertempat juga. Betul tak, darling???" terang kakak As dengan panjang lebar hingga memujuknya untuk menerima pilihan baju kakaknya itu sambil mengenyit-ngejitkan mata dengan Abang Rafizi untuk turut memujuknya juga.

"Ye...cantik baju tu As...sesuai dengan awak...hehehehe...." sahut Abang Rafi dengan nada yang menyindir.
Mata Astiana pula menjadi besar dan menunjukkan ekspresi marah kepada mereka berdua yang tidak faham dengan jiwanya itu.

"Takpe, akak beli sekarang... Tapi, tidak semestinya adik perlu pakai sekarang kan.... Nanti-nanti pun boleh..." pujuk kakaknya lagi dan berharap kali ini As setuju dengan pandangannya.

"Ok sis, I will wearing just for you in the only someday....." jawab aku akhirnya.

"Yes!!!! Good darling...Muaahhh.... Itu barulah adik kesayangan akak..." balas kakak Mia lagi.

"Buuueekkkkkkk!!!!!!" rasa nak termuntah tengok gelagat kakaknya itu. Tapi dia tetap sayang dengan kakaknya kerana sanggup tahan melayan kerenah aku yang seperti jantan ini. Agak susah aku nak berubah menjadi perempuan sebab dari kecil aku selalu dengan ayah dan suka melakukan kerja-kerja lelaki. Aku sebenarnya pantang masuk dapur. Itulah sebabnya sampai sekarang aku tidak reti apa-apa pun pasal bab masak memasak ni mahupun masak nasi. Hati aku mula tersenyum sendiri.

"Sudah ke??? Lama sangat dah ni... Nanti kita tak sempat makan sebelum 'berperang' pulak....." sahut Abang Rafi yang menyindir teman wanitanya yang masih memilih baju dan kain di butik itu.

"Ala...tunggulah kejap... orang tengah bayarlah ni kan.." jawab Mia dengan tunangnya itu.

"Jom As, kita tunggu luar...mana tau kot-kot ada makanan yang sedap...boleh juga kita makan kan... Kita kan ada game nanti, mana sempat nak isi perut lagi." pinta Abang Rafizi.

"Okey...akak, As ikut abang jap ok..." jawab aku lagi.

         Kalau bab makan akulah yang paling suka. Antara makanan kegemaran aku adalah pizza...

"Abang, sana ada pizza...jom order...boleh bawa kat track nanti."

"Cadangan yang bagus...Ok jom." sahut Abang Rafizi lagi.

         Setelah itu, pizza yang diinginkannya sudah berada ditangan Kimi Astiana. Masa untuk keluar dari tempat 'puaka' kakaknya itu akhirnya turut selesai. Kemudian, mereka meneruskan perjalanan mereka ke destinasi aku pula iaitu 'my world go-kart'.

Di dalam kereta pula.....

"Adik, tolong simpan untuk akak sikit pizza itu...boleh??? Nanti korang berdua main atas track tu tak ingat akak pula... akak syok sendiri ambil gambar korang je... Tinggal sorang-sorang kat tepi padang dengan perut lapar lagi nanti." pinta Mia dengan adiknya.

"Ok..boleh.....hahahaha..." sahut As dengan senyum lebar.

"Oh ye..akak join lah kali ini dengan adik ye...tadi adik dah ikut kata akak untuk beli baju kurung. Lepas ini, giliran akak ikut adik pulak...hehehehe..." kata As tetiba menggunakan taktik baru untuk mengenakan kakaknya itu.

"Hah!!! Takkanlah macam tu.... akak pakai baju labuh ni....susahlah.... Lagipun, akak tak pandai dan tak pernah bawa go-kart tu.....no...no..no.... it's all nonsense!!!!" sahut kakaknya lagi.

"Takpe, adik ada bawa seluar tadi....hehehe..... Biasanya adik akan bawa pakaian lebih.. Mana tahu hari hujan tengah-tengah main. Boleh juga tukar baju yang sudah basah dan berpeluh tu...." Jawab adik dengan kakaknya sambil tersengih-sengih di tempat duduk sebelah.

"Pandai adik ye mengenakan akak....." sahut kakaknya sambil memicit telinga adiknya itu.

"Aaaooouuuuu..sakitlah akak..."

"Padan muka.... Love you dik..." kata kakak lagi dan kali ini dia memegang pipi aku dengan tangannya yang lembut itu. Aku mula rasa terharu.

   
**************************

Saat yang ditunggu-tunggu oleh Kimi Astiana sudah tiba...... sampai di 'gelanggang' go-kartnya itu.

"Adik nak pasang baju ni kejap...adik terus pergi track tau... Akak duduk dulu...bila adik dah puas nanti, adik panggil akak join pula... Jangan nak lari ye...." beritahu aku kepada kakaknya itu.

"Ok, I will...."

Lima minit kemudian, tunangnya pula sampai di situ.

"Mana As???"

"Biasalah sudah ada kay depan tu... dia manalah nak sabar kan bila sampai tempat dia ni..." jawab tunangnya.

"Ohh...Awak tak main.. jom saya boleh ajarkan..."

"Mula-mula rasa tak nak... Tapi, tengok macam best je... tadi pun adik ajak main. Mia takut je... sebab nie bukan jalanraya... tak pasal-pasal tak bergerak go-kart tu nanti." balas Mia dengan menjelaskan permintaan mereka berdua itu adalah perkara yang mustahil baginya untuk lakukan.

"Takpa, sayang...kita belajar dan cuba dulu ye..." sahut tunangnya dengan lembut untuk memujuk Mia bermain bersama dengannya. Lagi pula, Mia tidak pernah mencuba untuk masuk ke dunia mereka berdua itu sejak dia kenal dengan Rafizi lagi. Kisah percintaan mereka juga bermula dari situ kerana dari dulu lagi Mia memang suka mengikut dan menemani adiknya itu sehinggakan berputik cinta di antara Mia dan Rafizi sehingga sekarang.

        Mia dan Rafizi akhirnya ke track jua...Diperhatikan Astiana dari jauh, dia berasa kenakan dia mengena pada hari ini. Kakaknya mula akur dengan dunia aku dan Abang Rafizi. Hari ini dia berjaya memujuk kakaknya dengan bantuan Abang Rafizi itu juga. Alhamdulillah.

Masa untuk Kimi Astiana bergerak sudah bermula. Dia memasangkan jaket dan helmetnya. Kemudian, dia mempunyai cermin mata khas untuk dia menggunakannnya semasa bermain go-kart itu sahaja. Sememangnya rupa jantan, tapi muka Astiana yang comel itu membuatkan ramai yang menyukai dirinya. Malangnya, dia tidak layan semua itu. Selepas itu, dia duduk di dalam kereta untuk memandu ke track.

Perjalanannya pun bermula....... satu dan pusingan telah berjaya dia habiskan... Kini, masuk giliran yang pusing kedua pula....

"Amboi, pantasnya adik aku tu memandu..." kata Mia.

"Biasalah dia sudah professional tau.. tengoklah siapa guru dia... hehehehe..." balas tunangnya sambil angkat bakul sendiri di hadapabn Mia yang masih belajar untuk mengawal pemanduannya itu.

"Saya ingat nak masukkan nama As dekat pertandingan go-kart ini nanti... Awak setuju tak??? Itu juga salah satu dorongan awak untuk kerjayanya nanti." kata Rafizi.

"Maksud awak..??? Kerjayanya sebagai pemain go-kart???? Oh tidak...."

"Awak jangan pandang rendah dengan kebolehan adik awak tu, sayang... Dia sememangnya hebat. Itu pun kalau awak izinkan. Saya akan sentiasa jaga kamu berdua sehingga kita sudah kahwin nanti." balas Rafizi lagi.

"Tapi...saya tak nak itu jadikan ia sebagai kerjayanya... Lagi pula dia juga ada bakat yang lain. Mungkin dia ada cita-cita yang lain. Kita pun tidak pastikan." terang Mia lagi.

"Dia hanya ada satu cita-cita sahaja, sayang. Dia suka dengan dunia go-kart ni dan di samping itu dia gemar menulis. Mungkin dia ingin menjadi penulis." kata Rafizi untuk berterus terang tentang rahsia Kimi Astiana selama ini dan hanya Rafizi yang mengetahuinya.

"Bagaimana awak begitu pasti???"

"Sebab dia sudah meluahkannya kepada saya semenjak kita bertunang dan dia mempercayai saya yang saya boleh menjaga awak dengan memberi kasih sayang sepenuhnya tanpa awak ketahui. Dia sangat sayang awak, Mia. Dia pesan dengan saya agar saya tidak akan menyakitkan hati awak. Itu sebab dia tidak berani hendak berterus terang dengan minatnya itu. Dia masih menghormati awak seadanya." jelas tunangnya kepada Mia dan akhirnya terbongkar rahsia As selama ini.

"Adikkk...."

"Jadi, itu sahaja yang boleh saya lakukan demi masa depannya. Sekiranya ada rezeki kerja yang lain awak pun boleh memujuknya juga. Kita jangan sesekali halang minatnya sebabnya dia hanya awak. Dan awak hanya ada dia dan juga saya dalam hidip ini." kata Rafi lagi.

Tanpa Mia sedari air matanya menitis jatuh ke pipi. Dia tidak menyangka begitu dekat keakraban tunangnya dengan adiknya, Astiana itu. Mia sendiri pun tidak tahu apa yang adiknya inginkan selama ini.

"Thanks, sayang... awak betul-betul memahami kami berdua..." kata-kata yang terkeluar di mulut Mia kepada tunangnya dan tunangnya hanya memegang tangannya dengan erat sekali.

"Sama-sama, sayang." Balas Rafizi lagi.

Kembali kepada Kimi Astiana............ dalam pemanduannya, tetiba ada yang cuba menghalang perjalanannya di hadapan dan memandunya dengan lambat sekali... Setelah itu, dia mula memecut semula dna meninggalkan aku dari jarak jauh ke belakang.

"Ishh...siapa dia nie??? Ganggu aku je... Owhh...nak lawan ye.. Siaplah kau!!!!!" bisik hati Astiana.

       Astiana terus memecutnya dari belakang dengan pantas. Lelaki itu pula perasaan dengan tingkah lakunya lalu dia juga memecut laju untuk tidak mengaku kalah dengan dia. Mereka berlumba sesama sendiri lalu tanpa berlengah lagi Astiana menggunakan teknik yang bijak untuk melawan lelaki itu dan akhinya dia berjaya melimpasi pemanduan lelaki itu dan bergaya dengan berkata "yes!!!!! yahooo...".

Setelah berjaya membuat pusingan yang terakhir, As terus memandu memasuki ke perhentian go-kart itu. Dia mematikan enjin keretanya. Tetiba dia terlihat lelaki itu turut berhenti di sebelahnya. Tanpa dia, membuka helmetnya As terus memaki dan memarahnya.

"Hei!!! kau buat apa tadi??? nak lawan pun biarlah dengan cara baik dan santun." aku pula bersuara.

"Maaflah, tapi dekat track mana ada kira minta izin nak lawan ke apa...just proceed je apa yang awak nak lakukan dekat atas track itu kan." balasnya kembali.

"Tau....tapi agak-agaklah... Nasib baik aku menang...." sahutan yang meninggi diri daripada As di hadapan lelaki itu.

"Hello cik kak....itu nasib baik jelah...Jangan nak perasaan bagus sangat!!!!" sahut lelaki itu dengan melawan gadis yang begitu angkuh itu.

"Awak...erggg..."

Ketika lelaki itu membuka helmetnya.... dan Astiana merasakan seperti kenal akan diri lelaki itu. Tapi dia kurang ingat di mana.

"Hai bro......" suara yang agak jauh lagi dikenali menegur lelaki itu.

"Hahhh.. Abang Rafizi..." bisik hatinya. "Dia kenal ker lelaki action ni...????" sekali lagi dia hatinya berkata.

"Ya Allah, lama tak jumpa abang...." Mereka berpelukkan dengan gaya antara lelaki dan lelaki.

Manakala kakaknya Mia datang dari arah belakang, lalu menegur adiknya.

"Pandai adik main...seronok akak tengok tadi...boleh tahan bijak...."

"Tengoklah siapa guru dia...hehehe..."

"Ishh...sibuklah awak ni..."

"Oh ye.... bagaimana keadaan kau, Hafis??? Sihat???" tanya Rafizi dengan Hafis.

"Saya sihat abang... Emm..siapa nie???"

"Dah mulalah tu....nak mengatal...." sahut Astiana....

"Ohh.. perkenalkan yang ni...tunang aku, Mia Astella dan yang ni....emmm..... Bakal adik ipar aku... Asss....."

"Eh, abang tak payah nak introduce sangat tau... adik tak suka..." celah Astiana lagi. Lalu dia beredar dari situ.

"Sorry, adik akak tu badmood lah... minta diri dulu lah..." kata Mia kepada tunangnya.

"Sorry bro...dia tu memang 'keras' sikit..."

"Takpa....biasalah... tak kenal lagi kan..." balas Hafis.

       Hafis seorang pemain go-kart yang terhandal di Asia. Dia sudah lama berada di arena antarabangsa dan kini kembali baru balik ke tanah airnya untuk sesi berehat kerana sudah lama bermastautin di negara orang.

"Ini balik terus ke??? Atau sekejap je..." tanya Rafizi lagi.

"Ni Hafis bercuti abang... bolehlah kenal-kenal dengan kawan baru dekat Malaysia pula...hehehehe... Susah tau nak dapat cuti ni..." balas Hafis.

"Ok...kalau macam tu, kita makan malam nanti, biasa abang akan ajak dia orang tu... harap Hafis tak kisah ye..." pelawa Rafizi untuk memperkenalkan Hafizi dengan orang yang di sayangnya di Malaysia ini. Hafis merupakan sepupunya juga. Sudah lama terpisah disebabkan kerjaya Hafis yang lebih cemerlang darinya dulu. Maka, dia dapat ditawarkan untuk bertanding ke peringkat atarabangsa. Nasib Hafis lebih baik darinya. Tapi itu semua dulu. Kini, dia bahagia dengan hasil titik peluhnya sendiri yang boleh membuka perniagaannya dengan baik dan juga guru di tempat Kimi Astiana bermain go-kart ini.

"Ok abang..boleh"

"Set pukul 8.00 malam ye.. Di Seafood and Grill Restaurant...."

Akhirnya, mereka terpisah di situ.....

"Adik, kenapa buat orang yang tak kenal macam tu??? Tak baik kan..." tanya Mia kepada adiknya.

"Ala...mamat tu yang sibuk...adik baik-baik je main tadi, dia boleh ajak lawan macam tu je... Apalah..."

"Kan adik kata game je kan....takkan ambil hati terus kot..."

"Emm... malaslah... Akak balik nanti, adik nak beli majalah boleh??? Singgah kedai kejap ok..." pinta As lagi.

"Boleh....".

******************************

"Apa???!!! Hafis Kamaruddin......seorang pemain terbaik go-kart di peringkat antarabangsa." teriak Astiana di dalam hati.

"Alamak.....aku dah berkasar dengan dia. Tak layak betul aku ni nak fanatik dengan go-kart ni. Hero Malaya pun aku tak kenal....Bodohhhhnya aku ni." katanya lagi.

        Kimi Astiana mula berasa bersalah dengan lelaki itu. "Bagaimana aku nak minta maaf dengannya???". Beberapa saat kemudian, aku teringat dengan seseorang. "Ya, Abang Rafizi...."

Aku terus menghantar sms....malangnya...jari jemari aku terhenti kerana aku tidak berani memberitahu Abang Rafizi tentang mengapa kami berdua bergaduh di track tadi.

Pintu bilik aku diketuk dan dibuka.

"Malam ni, Abang Rafi nak ajak kita makan seafood. kemas awal tau...." kata kakak Mia padaku.

"Ok kak... " sahut aku, tetapi kepala aku sedang memikirkan hal sebentar tadi yang belum selesai.

Kemudian, dalam satu jam selepas itu, Abang Rafizi datang untuk mengambil kami di rumah dna membawa kami ke tempat restoran itu.

Aku dengan berpakaian biasa berseluar jeans dan T-shirt sahaja sebabnya hanya untuk menikmati hidangan yang lazat. Barangan aku biasanya banyak berjenama sahaja. Manakala kakak Mia memakai pakaian yang menutup aurat dan sememangnya dia hari-hari cantik dan menawan. Beg tangan yang dipimpinnya di atas lengan tangannya membuatkan dia nampak anggun dan seksi dimata Rafizi.

"Cantik awak malam ni..." sapa Rafizi.

"Terima kasih..."


**************************

Sampai di hadapan restoran. Hati Astiana mula berasa berdebar-debar. Hairan dengan dirinya. Apakah yang akan berlaku selepas ini???

"Meja kita sudah ditempah seseorang ya..." usik Astiana dengan abangnya itu.

"Mana adik As tau???" sahut kakaknua pula.

"Biasa, abangkan suka buat surprise....."

"Hehehe...salah tu As...kali ini orang lain yang surprisekan kita..."

"Yeker??? Siapa???"

"Tengok tu....."

"Ahh...pandai abang ni nak kelentong As..." kata Astiana lagi.

Kemudian, "Baju tu....abang....lelaki itu pakai..." katanya.

Tolehan Kimi Astiana itu membuatkan jantungnya berdegup laju. Dia terkejut dengan orang yang sedang berdiri di hadapannya itu..... "Hafis..Hafis...." kata Astiana yang tergagap-gagap. Dia geram kerana lelaki yang beli baju sport yang sama itu adalah HAFIS!!!!!! Oh tidakkk......

Lalu Hafis menghulurkan tangannya dengan bersalaman dengan abang dan kemudian beralih ke arah aku pula.

"Maaf, kita bukan muhrim..." sahut Astiana. Hatinya masih geram melihat dia memakai baju itu dan kakaknya tetiba hairan dengan kelakuan adiknya itu yang suaranya menjadi lembut dan tidak berkasar dengan lelaki itu.

Hafis hanya menarik muka.

"Perkenalkan, ini adik sepupu saya yang baru balik dari tanah air. Dia ni pemain go-kart terhandal." cerita Rafizi kepada tunangnya dan Astiana.

"Emm.. Tau... apa lagi..boleh duduk tak??? Lenguh berdiri ni..." sindir Astiana dengan abangnya itu yang sudah lambat memperkenalkan dirinya kepada orang yang ternama seperti Hafis itu.

        Setelah itu, mereka pun dihidangkan dengan makanan yang istimewa dan sedap-sedap belaka. Kimi Astiana yang memang gemar makanan seafood tidak berhenti-henti menambah makanan dipinggannya. Hafis hanya tersenyum melihat telatah Astiana pada masa itu, sedangkan kakak dan abangnya sibuk berbual-bual sesama sendiri. Astiana pun terkejut melihat Hafis yang masih tidak berkedip matanya memandang aku di hadapannya. Aku pun menunjukkan gaya dengan hendak mecucuk garpu di matanya itu. Hafis hanya tersenyum sekali lagi lalu menyambung hidangannya.

"Ishh...mamat ni, tengok aku ke dari tadi. Cucuk mata tu dengan garpu ni baru tau..." bisik hatinya lagi.

"Abang Raf...boleh Hafis bercakap dengan abang sekejap... ada hal mustahak nak bincang." pinta Hafis dengan abang sepupunya itu.

"Ok..sekejap ya ladies..."

Mia Astella hanya menganggukkan kepalanya di hadapan tunangnya itu. Mereka berdua pun berjalan ke arah lain setelah itu dan dia menegur sikap Astiana sekali lagi.

"Adikk, kenapa ni??? Jangan buat malu tau... Itu orang terkenal.. Tak pasal-pasal kena saman nanti."

"Peduli apa adik... Adik punya suka lah kak..."

"Jangan, tolong belajar hormat orang ye... Akak tak suka..."

"Baiklah...adik tak buat lagi...sorry..."

Hafis dan Rafizi berbicara.

"Ada apa???"

"Guess what abang???"

"Untuk apa??? Kenapa ni???"

"Hafis malu nak cakap lah...."

"Cakap je lah...dengan abang pun segan ke???"

"Hafis suka kat Asss....siapa nama dia???"

"Astiana........?"

"Ye..."

"Jangan main-main, adik tunang abang tu... Kau tu ramai peminat. Tak pasal-pasal menangis As lagi."

"Tak, serius ni abang...lagipun dia suka go-kart kan... I mean that she also like what i'm doing know..kan...kan..."

"Macam mana kau tahu ni???"

"Tak, tadi kami berlawan dekat track.. So, dia boleh buat taktik cantik... Hafis kagumlah... walaupun macam jantan sikit. Cuma depan dia malaslah nak puji melambung nanti berlagak pula kan...."

"Ok, abang faham. So, nak abang buat apa???"

"Tolonglah, Hafis nak dia jadi girlfriend Hafis forever....boleh???"

"Yang ni, kita kena bincang dengan Mia dulu..nanti abang aturkan...."

"Thanks abang...."

Mereka pun balik semula ke tempat duduk masing-masing di meja makan itu.

"Apa yang diborakkan tu???" tegur Mia di hadapn mereka berdua yang barui sampai selepas beborak tadi.

"Tak ada apa-apa sayang...hehehe.."

"Ok..."

Manakala, Astiana setelah selesai makan, dia mendengar MP3 nya itu sahaja. Ini taktik Kimi Astiana juga untuk mengelak dari mendengar perbualan cintan-cinton antara kakak dan abangnya itu.

"Ok...begini...sementara adik awak mendengar MP3 tu dan dia tidak dengar perbualan kita. Saya nak tanya sikitlah..." tiba-tiba Rafizi bersuara dan bertanya dengan Mia.

"Ada pa???"

"Sepupu saya ni, minat dengan Si As, adik awak tu...." katanya sambil menunjukkan matanya ke arah Astiana.

Hafis menjadi malu pula.

"Yeke...??? Takkan lah...adik saya ni 'kasar' orangnya... tak reti dan tak suka bercinta-cinta ini..."sahut Mia.

"Tak pa kak... saya betul-betul ikhlas nak berkawan dengan dia. Itupun kalau akak bagi."

"Kalau akak, terpulang pada As sendiri...dia punya badan dan dia ada hak untuk memilih..."

"Jadi, akak izinkanlah...."

"Ye... kalau dah tunang akak setuju dengan siapa adik akak ni berkawan.. So, Hafis pun faham-fahamlah ye... betul tak sayang...???" usik Mia dengan tunangnya itu.

"Betul... tapi mesti serius ok...ini bukan perkara main-main macam go-kart tu..." pesan Rafizi kepada sepupunya.

"Insya Allah abang akak...." jawab Hafis lagi.

Suara Astiana pula mencelah....

"Dah habis borak ker??? Adik nak balik lah...bosan...." tanya adik kepada abang Rafizi.

"Ok sudah habis...and dah bayar pun kan Mia...hehehehe...." usik abang lagi.

"Ishh...abang ni...bunyi macam tak ikhlas je..."

"Ikhlas lah adik...sudah jangan nak gaduh dekat sini." balas kakaknya itu.

"Adik balik dengan Hafis, akak dan abang nak pergi satu tempat yang romantik kejap... So, Pandai-pandai bawa diri ye...." kata Mia tetiba menyuruh adiknya balik dengan Si Hafis itu.

"Apa akak ni...suka hati arah adik je..."

"Takpe, saya janji akan hantar awak balik rumah dengan selamat..." celah Hafis pula.

"Ishh...sibuk jer....yelah...yelah.... Akak dan abang jangan lambat pulak... Korang tu belum kahwin lagi. Jangan nak lebih-lebih pulak...." pesan adik kepada kakak dan abangnya itu lagi.

Mereka bertiga hanya tersenyum sesama sendiri.


********************************

Perjalanan Hafis dan Kimi Astiana ke kereta Hafis.

          Hafis mula merasakan yang Astiana tidak berapa menyukai dirinya. Ini disebabkan perjumpaan pertama di antara mereka bermula dengan adegan yang kurang baik iaitu perlawanan bersama di atas track petang tadi.Namun begitu, Hafis cuba untuk mengambil hatinya kembali agar Astiana mahu memberi ruang sedikit dihatinya untuk mengenali diriku ini. Hafis memulakan perbualan di antara mereka.

"Awak, awak masih marah dengan saya sebab petang tadi ke???" tanya Hafis kepada Astiana.

"Ehh taklah...biasalah tu salah faham kan..." balas Astiana.

Astiana sebenarnya juga berasalah bersalah terhadap apa yang berlaku pada petang tadi. Dia sememangnya tidak kenal Hafis siapa sebenarnya. Kalau dia tahu masakan dia berani memarahinya tidak tentu pasal di track tadi. "Ishh...aku serba salah betullah dengan mamat ni..." Bisik hatinya.

"Habis tu kenapa awak diam je... Tak sudi ke saya nak hantar awak balik ni...???" sindir Hafis.

"Laaa.. macam tu pulak.... Errrgg...bengang betullah dengan mamat ni..." kata dalam hati As lagi dengan geram.

"Siapa kata tak sudi, tapi pastikan hantar saya balik terus ye... jangan pulak 'culik' saya ke tempat lain pulak... Tak pasal-pasal saya cerita dekat Abnag Rafizi nanti..." gertak si As dengan Hafis.

"Ooo..nak gertak aku lah tu....hehehehehe..." sindir Hafis dalam hati dan terus ketawa.

"Maaflah, kalau awak tak suka saya...tapi jangan layan saya macam orang asing boleh tak??? Abang Rafizi itu abang sepupu saya. Nanti bila dah kahwin dengan kakak awak... Jadi kita pun automatik jadi saudara juga... So, anggaplah saya saudara awak ye..." terang si Hafis dengan As kerana dia tahu As itu anti lelaki. Sudah melihat gayanya seperti jantan pun Hafis boleh teka.

"Emmm...ok..saya faham... Sudah ke berbahas tadi...Ni, dari tadi berjalan...Mana kereta awak??? Kaki saya dah lenguh ni encik abang oooiii..." sahut As dengan sindiran lagi.

"Kita dah sampai sebenarnya tadi, tapi awak tak berhenti nak berjalan. So, saya ikut je lah awak... hehehehehe....."

"Apa??? Emmm......terukklah awak ni..."

"Itu kereta saya Gen-2 warna merah....nanti ingat ye nombor flat kereta saya...hehehehe..." kata Hafis.

"Yelah...saya akan ingat supaya saya nanti dapat lari jauh dari kereta awak....mana tahu terserempak. Saya terus elak diri." Balas As.

"Amboi....makin benci nampak...hehehehe..."

Mereka pun masuk ke dalam kereta....kemudian, menyambung perbualan mereka sambil Hafis memandu keretanya untuk menuju ke rumah kakak Astiana.

"Boleh saya panggil awak As...???"

"Boleh..Silakan...lagi pun itu memang panggilan nama saya...." sahut As lagi. "Isshh..mamat ni...mengada-ada lak...dah tahu nama kita lagi nak gurau-gurau." Bisik hatiku.

"Malam ni, saya ada hajat dan nak berterus terang... Sebelum saya balik ke negara orang dan apa yang  saya mahukan akan tercapai juga." Terang Hafis dengan satu persatu.

"Maksud awak..."

"Pertama, saya selepas ini ada perlawanan di luar negara dan saya mungkin akan merindui seseorang."

"Hah...tak faham..."

"Awak dengarlah dulu apa yang saya nak cakapkan...."

"Ok..." Astiana terus menundukkan kepalanya..

"Kedua, saya nak beritahu awak yang saya suka kat awak.... Saya nak menyayani awak..Boleh???" tanya Hafis sambil memberhentikan keretanya di tepi jalanraya yang entah di mana haluannya hanya untuk memberitahu hal itu kepadaku.

"Kenapa??? Emmm, maksud saya kenapa saya??? Saya tak cantik, kasar dan suka benda lasak... dan..."

Mulut Astiana terkunci apabila jari Hafis di bibirnya untuk menyatakan dia untuk berhenti berkata-kata.

"Saya tahu semua itu, walaupun saya baru kenal awak hari ini. Tapi hati saya berkata "Saya hanya inginkan awak jadi teman hidup saya... Itu sahaja" Bolehkan????" kata Hafis kepada Astiana sambil memandang muka dan mata aku.

"Saya tidak dapat bagi jawapan...dulu... tapi dengan syarat... awak mesti menang dulu pertandingan tu...boleh...??? Baru saya akan beri jawapannya." Pinta Astiana sehingga memberi syarat kepada Hafis.

"Ok..kalau itu yang awak mahu...saya sanggup tunggu.." sahut Hafis.

Astiana mula merasa bersyukur kerana dapat diberi kesempatan untuk berfikir. Kerana hal ini berlaku terlalu cepat namun hati aku tidak mahu menjawabnya dengan terburu-buru.

"Ok, dalam pada saya cuti ini kita kawan ok....Deal???" pinta Hafis sekali lagi.

"Deal..."

"Jom, kita balik...risau pulak kakak dan abang Rafi nanti..."

Mereka berdua akhirnya bersetuju dengan tempoh yang ada Hafis di Malaysia ini, mereka akan berkawan dan mengenali hati budi masing-masing. Mereka kerap kali berjumpa berdua dan kadang-kadang berempat. Dan yang paling seronoknya sekarang kakak aku, Mia sudah pandai membawa go-kart seperti aku juga. "Seronoknya....". Semua berkat dari Abang Rafizi yang sangat memahami kami berdua.

Sebulan tamat bercuti, Hafis balik ke luar negara. Setibanya di lapangan terbang...

"Aku janji , aku akan bawa kemenangan untuk awak Astiana....demi cinta aku padamu...." luahan hatinya pada sekeping kad kecil dan sekuntum bunga mawar diberikan kepada aku semasa pertemuan terakhir kami di lapangan terbang untuk menghantarnya balik ke luar negara semula.

       Wahai blog aku, lama juga hati aku tidak meluah di sini. Mungkin kerana aku ada teman pengganti menjadikan aku alpa dan leka dengan duniawi aku sendiri. Dulu, hati aku sangat terhibur dengan adanya Kakak Mia, Abang Rafizi dan hero malaya go-kart aku iaitu Hafis..... Dia juga lelaki pertama yang berani meluah perasaan dengan aku. Itu pun tidak sampai satu hari diperkenalkan di antara aku dan dia. Pertemuan bermula dengan pergaduhan di atas track go-kart telah menjadikan aku kenal apa itu cinta dan kasih sayang. Hati aku sangat luruh dengan setiap kata-kata semangat yang diberikan oleh Hafis kepada aku, di kala aku bersikap kasar dengannya. Dia pun tahu yang minat dan cinta aku pada go-kart sahaja. Walaupun aku tahu dirinya ingin aku berubah menjadi gadis yang lembut seperti kakak aku Mia... Aku tetap terus mencuba. Aku tahu kini dia sedang menunggu jawapan daripada aku tentang penerimaan cintanya dari aku. Maka, hari ini denap 6 bulan dia di sana. Tiba masanya dia kembali ke tanah airnya. Adakah dia mengota janji lamanya itu pada aku???? Entah, aku pun tidak pasti. Aku sanggup tidak melihat pertandingan itu di kaca televisien hanya kerana ingin mendengar dari mulutnya sendiri untuk memberitahu tentang itu. Aku berdoa agar kami dapat bersama kerana sejujurnya hati aku terbuka untuk dirinya iaitu Hafis sayang....

Enam bulan berlalu......Tibanya Hafis di lapangan terbang Kuala Lumpur.

       Matanya meliar mencari gadis yang ditunggu-tunggunya selama ini. Beg yang dibawanya akhirnya dilepaskan sahaja apabila terkejut melihat Kimi Astiana yang sedang berdiri di hadapan sedang memakai baju kurung yang sangat cantik. Sungguh sesuai dengan dirinya. Hafis sememangnya tidak pernah melihat Kimi Astiana memakai pakaian seperti itu. Kakinya kaku dan melangkah perlahan melihat perubahan kekasih hatinya yang sangat cantik itu dna tidak percaya dia sedang berada di hadapannya. Hafis pun menegur Astiana. Sedangkan Astiana menangis teresak-esak kerana turut merindukan Hafis selama ini.

"Cantik, As hari ini.... Hafis suka tengok As pakai baju kurung... Dah tak macam jantan...hehehehe...." Hafis yang menegur lalu mencuitkan hidung Astiana dengan pantas.

"Thanks, Hafis..."

"Oh ya...apa jawapannya sayang????"

"Mana piala tu?? Nak tengok...dulu."

"Nak...pegang ya...dan jangan tak percaya pulak...."

"Hah...Astiana apa tunggu lagi, beri jawapan cepat. Abang dan kak Mia nak dengar juga...." sindir abang Rafizinya lagi.

"As setuju....Hafis."

"Betul ke?? Yess!!!! Yaaahhhooooo..........." sahut Hafis sambil melompat-lompat keran gembira cintanya diterima oleh As. Akhirnya, dia diketahui oleh orang ramai di situ lalu orang luar menghampirinya untuk meminta tandatangan.

Ketiga-tiga mereka terus mengundurkan diri untuk memberi ruang kepada peminatnya itu.

"Kak bangga dengan adik... Adik berani mengubahnya... dan hati akak berasa lega sekarang di samping jodoh adik di hadapan mata akak, akak juga sempat melihat perubahan adik akak yang baru ini. Ini baju kurung akak belikan dulu ya.. Cantik dan sesuai untuk adik..." sapa kakaknya dengan penuh perasaan dan menangis di hadapan As kerana adiknya dapat berubah menjadi gadis yang lemah lembut mengikut apa yang dipinta oleh arwah ibunya dulu. Kini semuanya termakbul.

         Mereka berdua akhirnya berpelukan sambil menangis. Manakala tunangnya hanya memerhatikan dua keadaan yang berbeza sahaja iaitu pertamanya sedang meraih kemenangan dan menemui peminatnya dan kedua pula, adik-beradik yang tidak lekang dengan kasih dan sayang begitu bahagia sekarang kerana bahagia sudah menghampiri mereka berdua. Syukur alhamdulillah............

Sebulan kemudian...........

        Kakak Mia dan Abang Rafizi selamat melansungkan perkahwinan mereka dengan meriah sekali. Di samping itu, aku turut gembira kerana aku dan Hafis turut menjadi pengapit mereka. Manakala dengan kisah cinta aku dan dia....hehehehe.... special..... sentiasa berbalah di atas track go-kart kami..... kerana cinta kami terwujud apabila berada di atas track go-kart itu sahaja. Aku dan dia saling mencintai sekarang dan kini aku telah berjaya menemui cintaku yang sebenarnya ada di GO_KART!!!!!!!!



~ Tamat ~

No comments:

Post a Comment

Kepunyaan Blog.....Comel :)

Gadis yang kecil molek berasal dari Kuching Sarawak. Dirinya amat bersahaja dengan amat meminati bidang penulisan ini bagi mewujudkan cerita & kisah menarik yang tergambar di fikiran untuk direalisasinya kelak. InsyaAllah... PEACE