Sunday, 3 February 2013

Perfect Guy! Konon.....5



      
       Perasaan Ridhwan yang masih bengang dengan dirinya yang masih lagi terlantar di hospital beberapa hari yang lalu menyebabkan dia berasa bosan dan teringin hendak lari keluar dari hospital itu. Dia teringat akan mula-mula dia sampai di hadapan klinik untuk membuat pemeriksaan tentang kakinya.

"Pak Luk, tunggu sini ya...saya nak pergi check-up sekejap..." kata Ridhwan yang baru keluar dari kereta yang turut dipandu oleh memandu ayahnya itu. Dia yang hanya berjalan terkencot-kencot sendirian manakala Pak Luk hanya memerhatikan sahaja. Mahu sahaja hati si Pak Luk membantunya tapi apakan daya dia sememangnya tahu perangai Ridhwan yang tinggi egonya kerana tidak suka dibantu itu sejak dari kecil lagi. Ridhwan yang dari kecilnya sentiasa di didik oleh ayah dan mamanya berdikari. Ayah dan mamanya juga selalu sibuk sehingga membiarkan dia hidup keseorangan di rumah. Pak Luk dan Mak Yam adalah tempat dia selalu mengadu isi hatinya. Itu sebabnya, dia terlalu degil dan manja. Semua kehendak dia mesti dipatuhi dan didengari oleh semua orang. Kalau tidak dia akan cepat memberontak seperti sekarang.

"Baiklah, tuan.... saya tunggu di luar sahaja." Balas Pak Luk.

Ridhwan akhirnya sampai dan masuk pintu utama klinik swasta yang tidak jauh dari rumahnya. Dia berharap tidak akan masuk ke hospital apabila diperiksa nanti. Malangnya.....

"Encik Ridhwan, maaf saya ingin beritahu yang bengkak pada kaki encik agak teruk. Dan ia perlukan ubat untuk menghilangkan bengkak tersebut. Encik juga perlu saya masukkan ke hospital supaya tiada kuman yang berjangkit dan semuanya akan menjadi sembuh seperti sedia kala." kata doktor yang memberi penjelasan tentang teruknya bengkak pada kakinya itu.

"Apa??!! Jadi, saya perlu masuk hospital untuk rawatan lanjut... perlu ke doktor?? Saya rasa ubat yang dari klinik ni beri bolah jadi sembuh cepat kaki saya bukan..." balas Ridhwan kepada doktor itu.

"Bukan maksud kami ubat di sini tidak sesuai, tapi saya nak sembuhkan bengkak kaki encik itu sebab sudah terlalu lama tidak dirawat. Lagi pula, encik hanya biarkan begitu sahaja sehingga tidak dibalut seperti itu. Boleh jadi terkena kuman nanti, encik...." terang doktor itu lagi.

"Ok...Ok..saya faham...awak tolong sediakan surat dengan segera lepas itu saya akan terus menuju ke hospital. Terima kasih, doktor...." sahut Ridhwan dengan nada mengalah dan tegas. Dia terpaksa akur untuk mendengar arahan doktor kali ini. Lagi punn dia tidak mahu mengambil masa yang lama untuk berada di hospital nanti. Dia akan pastikan dia dapat keluar dengan cepat.

Beberapa lama kemudian....

"Pak Luk, kita terpaksa pergi ke hospital. Doktor cakap kaki saya teruk dan perlu dirawat dengan sempurna." Kata Ridhwan kepada Pak Luk.

"Baiklah, saya akan hantar tuan ke sana." Balas Pak Luk lagi.

Kereta Mercedes hitam yang dipandu oleh Pak Luk bergerak menuju ke hospital setelah tuannya Ridhwan masuk ke tempat duduk belakang. Dia cuba mengaturkan kakinya dengan baik supaya tidak terasa kejang dan sakit. Ridhwan juga sempat merehatkan diri di dalam kereta itu. Dia pula mengelamun....

"Hahahaha...padan dengan muka kau, pencat..... Itulah ada hati nak takutkan aku dengan katak kau tu. Sekarang baru kau rasa panahan tendangan dari kaki aku pula kat kaki kau.... SEKARANG KAU MERENGEK KESAKITAN!!!!!!! hahahahaha.....padan muka kau! Akibat suka berlagak!!"

Dalam khayalan Ridhwan..... Itulah kata-kata dari Elfie kepadanya setelah berlakunya pergaduhan di antara mereka. Elfie mentertawakan dirinya dari jauh dan memaki hamunnya semula seperti apa yang dilakukan olehnya terhadap Elfie. Bayangan itu menjadi berhantu dalam fikiran Ridhwan. Ridhwan yang merasa malu dengan dirinya yang berjalan bertongkat ke kampus adalah menjadi saat yang paling buruk dalam dirinya. Dia juga rasa terhina apabila diperlakukan seperti itu. Lalu dalam dia hendak menyembunyikan penampilan dirinya sebegitu dia akhirnya terjatuh semula ke lantai...... Ridhwan terus tersedar dari lamunannya itu. Hati Ridhwan mula berasa tidak tenang setelah mendapat mimpi buruk itu. Fikirannya mula bercelaru dengan apa yang sudah menimpa dirinya. Tapi tetap juga hatinya tidak menyukai Elfie, musuhnya itu.

"Tuan, kita dah sampai di hospital ni. Nak saya ambilkan kerusi roda, biar encik tak berjalan terkencot-kencot nanti." tiba-tiba Pak Luk memberi bantuan kepadanya.

"Baik..tolong cepat sikit ya.. Saya tunggu di sini saja." balas Ridhwan dengan serius. Mana tidaknya, dia sudah berasa bengang dan kesal melihat keadaan dirinya yang tidak dapat masuk kuliah pada hari ini hanya gara-gara oleh perbuatan musuhnya itu.


        Elfie yang telah sampai di perkarangan kampus bersama kawan-kawannya. Matanya mula melihat kiri dan kanan. Perasaan malu dan segan juga terasa disebabkan kejadian pada tempoh hari. Dia yang telah ketakutan dan meloncat-loncat di khalayak ramai dan menjerit sekuat hati ketika dia membuka kotak yang diberikan oleh Ridhwan itu. Katak yang melompat keluar telah membuatkan diri dan kawan-kawannya itu merasa geli dan  naik bulu.

         Apabila dilihatnya, suasana agak aman di bahagian luar kelas akhinya dia dan kawan-kawannya baru melangkahkan kaki ke hadapan kelas. Sebelum itu, mereka bertiga hanya menyorok di celah-celah tiang yang berdekatan dengan kelas itu bagi melihat keadaan di sekitar situ.

"Ok...semua dah masuk kelas...aman je ni.. jom!!!" kata Elfie dengan kawan-kawannya dengan menunjukkan pergerakan tangan mengarah ke sana dan lalu mereka melangkah masuk ke kelas. Dalam mereka berbisik dan berkata.

"Alhamdulillah...semuanya ok Fie. Aku dah rasa takut dah tadi. mana tau orang ejek-ejek kita ni." kata Watie dengan perlahan.

Tiba-tiba....masuknya mereka ke dalam kelas.........

"KROOOOKKKKK!!!! KKKRRRROOOOOKKKKK!!!! Hahahahaha....... Ada orang menjerit semalam takut dengan katak...." bunyi nada mereka di dalam kelas itu dan salah seorang daripada mereka mengejek-ejek mengatakan mereka yang takut dengan katak. Apa yang berlaku itu semua adalah ajukkan dari si Ridhwan itu. Akhirnya mereka bertiga pun berhenti. Mata Elfie pula memerhatikan Iskandar yang duduk di tingkat atas dengan tajam sekali. Dia berasa geram dengan kawan-kawan Ridhwan yang turut ketawa dengan mereka walhal semua itu adalah punca dari mereka juga.

       Iskandar yang diperhatikannya hanya tundukkan kepala sahaja kerana segan dengan apa yang dilakukan oleh sepupunya dengan gadis itu. Iskandar mat berasa bersalah. Dalam Elfie meneruskan langkah untuk mencari tempat duduk yang bersesuian, tiba-tiba Iskandar menghalang perjalanannya...

"Maaf ye Elfie and kau orang. Rasa Ridhwan tak sengaja buat macam tu kat kamu semua..." kata Iskandar dengan maksud untuk memujuk mereka supaya tidak menyalahkan Ridhwan.

"Maaf???!!! Begitu sahaja???!!! Tolonglah awak ye... Ni satu kelas dah ejek kami tau... No..No...No..." kata Watie sambil menunjuk-nunjuk jari telunjuk ke kiri dan kanan di hadapan Iskandar.

"Maaf ye Is....saya nak jalan, beri saya ruang... And, please, don't disturb me and my friends..." kata-kata yang sungguh simple hanya dijawab oleh Elfie kepada Iskandar.

Iskandar akhirnya mengalah dan memberi ruang kepada mereka untuk mencapai tempat duduk mereka seperti selalu.

         Apabila sudah duduk, Elfie mula termenung sambil menunggu ketibaan Professor datang. Matanya juga melirik seolah-olah mencari seseorang. "Mana Ridhwan???" bisik hatinya. "Pasti dia nak buat hal lagi lah ni...kat aku" kata Elfie dengan nada yang sangat perlahan. Elfie hanya terus terdiam sehingga tamatnya sesi perkuliahan mereka. Danie dan Watie turut sunyi kerana hairan dengan sikap kawannya itu yang hanya mendiamkan diri dan suara Elfie seolah-olah terkunci apabila berlaku kejadian ejek-mengejek tadi.


***********************

Ridhwan yang mendaftarkan dirinya ke hospital....sambil menunggu giliran namanya dipanggil oleh jururawat di situ. Pak Luk pula berdiri di sisinya seperti tiang dan hanya memerhatikan tuannya di situ.

"Eh, encik Ridhwan...buat apa kat sini???? Tunggu orang ke???" tiba-tiba suara datang dari seorang doktor iaitu Doktor Amar. Dia seorang bekas doktor peribadi ayahnya kerana dulu dia terpaksa dipndahkan ke hospital lain.

"Tak lah, doktor. Saya tengah nak merawat diri sendiri. Tengoklah kaki saya ni...Bengkak doktor." Balas Ridhwan dengan manjanya di hadapan Doktor Amar. Dia tahu persis orang seperti Doktor Amar ini, dia sangat baik dan bertanggungkawab.

Doktor Amar cuba melihat kaki si Ridhwan. "Bagaimana doktor ada dekat hospital ni pula??? Bukan doktor sudah ditransfer ke???" tanya Ridhwan kepada doktor itu.

"Oh, baru beberapa bulan saya pindah balik ke sini. Saya lebih selesa di sini, encik Ridhwan...." jawab Doktor Amar sambil tersenyum.

"Nampaknya memang teruk kaki awak ni encik Ridhwan.... Tak apa lah... Awak ikut saya sahaja ye... Lagipun saya sedang free sekarang, bolehlah rawat kaki awak tu sebentar." sahut doktor itu lagi.

"Tak menyusahkan ke??? Kan masa rehat doktor ni..." jawab Ridhwan.

"Tak apa... pesakit lebih penting kan..." jawab Doktor Amar yang tahu sangat perangai Ridhwan yang tidak suka menunggu terlalu lama, lagi-lagi di hospital seperti ini.

"Baiklah, jom Pak Luk..kita ikut doktor ni ye..." kata Ridhwan sambil memberi arahan untuk menolak kerusi rodanya mengikut langkah Doktor Amar ke bilik rawatan kepada Pak Luk. Dalam pada itu, Ridhwan telah mempercayai bahawa kata doktor di klinik tadi yang mengatakan luka di kakinya agak teruk. Kalau tidak, tidak akan Doktor Amar akan cuba merawatnya dengan kadar yang segera kerana takut terkena kuman sekiranya tidak dirawat dengan cepat maka ia akan melarat menjadi lebih teruk lagi.

Setelah Doktor Amar memeriksa semuanya, maka berakhirlah saat genting yang perlu di lalui oleh Ridhwan pada masa itu. Dia turut dipindah ke bilik rawatan VIP dan perlu berehat beberapa hari di hospital. Kakinya yang dirawat dengan baik juga dibalut dengan rapi oleh jururawat di situ. Sekali lagi Ridhwan terpaksa akur dengan keadaannya itu yang terpaksa terlantar beberapa hari di hospital. Itu lebih membuatkan Ridhwan kesal dan kecewa kerana perlu meninggalkan saat-saat yang paling menyeronokkan di kampus.

"Oh ya...Pak Luk boleh lah balik dulu... tapi ingat jangan beritahu sesiapa tentang hal ini....termasuk mom and dad ok..." kata Ridhwan kepada Pak Luk.

"Baik tuan, saya pergi dulu...." balasnya. Pak Luk terus meninggalkan Ridhwan di bilik itu keseorangan. Lebih baik menyendiri daripada ada orang menunggu supaya tuannya boleh berehat dengan sepenuhnya.

Ridhwan yang terbaring di atas katil tiba-tiba teringat dengan Iskandar pada hari ini. Dia cuba menghantar mesej kepada Iskandar.

"Is, bagaimana hari ini?? Ada berita apa-apa tidak??? Aku dekat hospital sekarang..masih dirawat lagi. Ingat! Jangan beritahu sesiapa pun termasuk orang tua aku bro....". 

Dalam setengah jam kemudian, mesej itu dibalas oleh Iskandar.

"Yeke bro...nanti aku pergi melawat kau.... Ada berita tidak baik lah...nnati kita jumpa aku cerita semuanya kat kau...".

Ridhwan mula merasa hairan setelah membaca mesej dari Iskandar itu. "Apakah yang sudah berlaku sebenarnya???!!!" bisik hati kecilnya.


         Elfie yang satu hari suntuk hanya termenung sehingga habis kelas itu telah diperhatikan oleh Iskandar. Iskandar melihat raut wajah Elfie dari jauh sangatlah masam dan sedih seolah-olah apa yang berlaku tadi seperti bencana alam yang terlalu besar baginya. Iskandar mula mengekorinya dari belakang selepas keluar dari bilik kuliah. Dia juga memberi isyarat kepada kedua-dua kawan Elfie yang dia ingin bercakap dengannya seorang diri. Mereka berdua faham maksud isyarat itu lalu meninggalkan kawannya secara diam-diam sahaja. Tanpa Elfie sedari, sudah lama agaknya dia tidak bercakap lalu dia tersedar dan menoleh ke kanan dan ke kiri lalu terkejut melihat gelagat Iskandar yang mengekorinya dari belakang.

"Kenapa kau ikut aku??? Mana kawan-kawan aku tadi??? Kau culik ke?? Nanti aku report police...baru kau tahu..." kata aku sambil memberi ayat-ayat gertak semula dengan Iskandar yang tidak henti-henti mengganggu kehidupan aku.

"Tak..aku tak culik dia orang... aku nak 'pinjam' kau sekejap... Can we talk??? Please...." balas Iskandar dengan nada memujuk Elfie yang tengah marah itu.

"Ok... jangan lama-lama... aku penat!!!" sahut Elfie lagi. Dia pun berhenti dan duduk di kerusi yang ada di celah-celah dinding kampus itu. Beg belakangnya itu pun diletakkan di atas pahanya. Dia serupa tomboy dengan nada suara yang sangat kasar.

"Kau marah ke Elfie???" tanya Iskandar lembut.

"Mestilah marah dan......" sahut Elfie dengan kuat.

"Gerammmm......" celah Iskandar lagi.

"Ye...."

"Aku tahu kau tengah marah dengan sepupu aku sekarang ni yang telah memalukan kau seperti itu. Aku pun tidak menduga perkara tadi boleh berlaku. Kami hanya merancang nak membalas dendam sahaja tapi hanya dengan dia dan kau....dan tidak bermaksud untuk melibatkan orang lain." terang Iskandar lagi.

"Kau orang tidak melibatkan orang lain??? Maksud kau....??? Yang tadi itu apa???!!!" sahut Elfie lagi dan kali ini dia menukar posisinya dengan melihat muka Iskandar itu.

"Betul Elfie... mungkin salah sepupu aku buat kau macam tu hari itu.... kami minta maaf ya..." pujuk Iskandar lagi.

"Maaflah dengan dinding!!! Masalahnya aku bukan gaduh dengan kau... dan kau tak payah nak bela lelaki sombong tu..." jawab Elfie dengan menarik muka lagi.

"Malangnya, dia sudah pun dapat pembalasan... sekarang ni dia ada di hospital...kaki dia bengkak teruk sebab kena tendang oleh kau..... Itu sudah cukupkan untuk kau orang berdua!!!" sindir Iskandar dan terus membongkar rahsia Ridhwan agar Elfie sudi memaaafkan mereka.

"Peduli apa aku.... Padan dengan muka dia!!!" teriak Elfie lagi sambil mengangkat kaki dan pergi dari situ.

"Dan lagi satu, aku tak suka orang yang berlagak dengan apa yang dia ada then, boleh sahaja nak buli orang yang lemah seperti aku!!!! Itu barulah pembalasan daripada Allah sebenarnya dan bukan salah aku...Faham!!!" kata-kata akhir dari Elfie dengan tegas dan marah ditujukan kepada Iskandar. Iskandar hanya duduk terdiam dan terpaku mendengarnya.

         Elfie bangun dari kerusi yang duduk bersama dengan Iskandar lalu berlari anak meninggalkan Iskandar di sana. Setelah mendengar apa yang di beritahu oleh Iskandar tentang Ridhwan dia menjadi terkejut dan tanpa disedari air matanya berlinangan dan jatuh ke pipi. Dalam pada itu, dia sempat mengelap air matanya dari terus jatuh ke pipinya itu tanpa dilihat oleh orang lain. Elfie sangat-sangat menyesal atas perbuatannya kepada Ridhwan, akan tetapi dia turut marah dengan Ridhwan yang telah memalukan dirinya juga.

"Salahkah aku Ya Allah???" bisik hatinya. "Mengapa perlu jadi begini??? Mengapa perlu ada orang yang sakit disakiti dan dizalimi seperti aku??? kata hatinya lagi.

Sudah jauh Elfie berlari akhinya sampai di perkarangan kereta. Dia mengambil anak kunci keretanya lalu menghidupkan enjin dan terus memandu keluar dari kampus. Dia juga membawa hatinya yng sedih dan terluka disebabkan perkara yang telah terjadi hari ini. Begitu sakit hatinya apabila menginagat apa yang sudah berlaku tapi di sebalik hatinya turut berasa bersalah dan kesal akan perbuatannya yang boleh mencederakan orang lain. Itu sebab diikutkan hati, badan pula jadi binasa....


        Semalaman Ridhwan di hospital, hanya di temani oleh jururawat khas yang diberikan oleh Doktor Amar kepada aku. Aku di jaga dan di layan dengan baik di sini. Namun, hati aku tetap berasa bosan dan sunyi. Aku mula mencari sepupu kesayangan mummy aku itu.

"Bro...mana kau ni??? Kenapa tak melawat aku lagi???!!!"

Ridhwan hanya menunggu balasan mesej dari Iskandar, namun kecewa sudah satu jam Ridhwan menunggu tiada juga khabar berita darinya. Yang hanya muncul dari tadi adalah jururawat hospital ini sahaja dan kali ini jururawat itu telah menyuntik aku sesuatu ubat. Rasanya ia adalah ubat tidur kerana aku tiba-tiba terasa badan aku lemah semacam dan mata aku yang tidak mengatuk pada mulaya sudah menjadi layu. Tanpa aku sempat memikirkannya, mata aku terus tertutup rapat dan hanya bayangan gelap sahaja yang kelihatan.

        Doktor Amar sempat melihat bilik rawatan untuk Ridhwan. Kelihatannya cahaya masih terang. Dia juga terlihat seorang lelaki sedang berdiri di luar pintu yang bertutup itu di hadapan bilik Ridhwan. Dia cuba menegurnya.

"Maaf, awak siapa??? Boleh saya bantu???" suara Doktor Amar berbunyi dari arah belakang badan Iskandar.

Iskandar pun menoleh. "Oh, saya sepupu Encik Ridhwan, maaf sebab datang bukan tepat pada waktu melawat doktor." Balas Iskandar.

"Tidak mengapa, baik awak jangan masuk dulu sebab jururawat saya mengatakan tadi pesakit baru sahaja berehat. Entah kenapa dia seolah-olah resah dan gelisah sehingga sanggup tidak mahu merehatkan diri. Sebab itu saya sarankan awak melawat dia pada esok hari, lagi pula saya sudah beri ubat tidur kepadanya." Terang Doktor Amar kepada Iskandar.

Sememangnya Iskandar tahu mengapa Ridhwan tidak mahu merehatkan diri kerana di kepala hanya memikirkan tentang musuhnya itu sahaja. Sifat ingin tahu dia terlalu tinggi dan juga egonya itu.

"Baiklah, doktor... Saya faham. Terima kasih sudi berbual dengan saya dan memberi penerangan tentang kesihatan Ridhwan." Balas Is kepada Doktor Amar.

"Itu tugas saya, sama-sama..." kata doktor dan terus melangkah pergi dari situ.

         Masalah mereka semakin hari semakin sukar. Apa yang diketahui dan difahami oleh Iskandar adalah mereka bukan sahaja bergaduh secara fizikal sahaja tetapi juga pergaduhan perasaan. Iskandar takut kalau-kalau Ridhwan akan kasihan Elfie sebab sudah memalukannya di khalayak ramai walaupun bukan di hadapannya. Manakala Elfie pula akan terus berasa bersalah dengan Ridhwan yang telah membuatnya jatuh sakit dan terlantar di hospital. Aku sekarang hanya berada di tengah-tengah di antara mereka serta aku juga tidak akan tahu bila pertelingkahan dan salah faham antara mereka akan berakhir.


~ bersambung ~

No comments:

Post a Comment

Kepunyaan Blog.....Comel :)

Gadis yang kecil molek berasal dari Kuching Sarawak. Dirinya amat bersahaja dengan amat meminati bidang penulisan ini bagi mewujudkan cerita & kisah menarik yang tergambar di fikiran untuk direalisasinya kelak. InsyaAllah... PEACE