Sunday, 2 December 2012

Kejar Hingga Ke Langit! 3

     

Bab 3
"Keberanian dalam diri harus sentiasa ada walau setinggi serta sebesar
 mana tembok di hadapan kita, teruskan dan usaha mencari 
pelbagai cara untuk memecahkan kerana kita ada ilmu pengetahuan."


"Tuan Muda Azmir....kita sudah sampai..." sapa pembantunya itu apabila tiba di hadapan Hotel Sunrise Way.
"Okey Pak Long... Awak tunggu di sini sahaja sehingga saya memberikan panggilan telefon nanti. Oh ya, saya ada tugas untuk Pak Long." balas Tuan Muda Azmir kepada pembantunya serta memberikan satu arahan yang amat penting.
"Pak Long tolong jaga budak ni...dan beri apa sahaja maklumat tentang dia kepada saya...boleh??" tegas Tuan Muda Azmir lagi dengan menunjukkan gambar dari telefon bimbitnya.
Segera Pak Long menganggukkan kepala menandakan dia faham apa yang diarahkan oleh tuannya itu.

    Azmir turun dari kereta Honda Civicnya itu yang sedang berpakaian kemas serba hitam dengan mengayakan kot setelah tiba di hadapan hotel ayahandanya. Dia turut di jemput oleh pekerja-pekerjanya di situ dengan penuh hormat dan patuh. Dia hanya meneruskan perjalanan dan melangkah hingga ke pintu lif. Dia seorang yang cukup berdisiplin hinggakan dia tidak perlu pembantu untuk mengarahkannya ke sana dan ke mari. Dengan bantuan dari pembantunya itu bagi memberitahu selok-belok hal hotel tersebut sudah memadai baginya. Dirinya suka bertindak sendirian kerana biar hidupnya tidak seperti dikongkong oleh kekayaan yang ada. Tidak seperti ayahnya yang memerlukan banyak orang suruhan bagi menjaganya ke mana jua berada. Dia tidak ego dan tidak suka menunjukkan-nunjuk siapa dirinya yang sebenar. Bunyi pintu lif yang sedang terbuka luas. Dia memasuki lif tersebut dan menaiki ke tingkat yang seterusnya iaitu ke pejabat ayahandanya, Dato' Ramli Osman selaku pengarah hotel itu.

Tiba Tuan Muda Azmir Iskandar di hadapan pintu pejabat ayahnya....

"Assalamualaikum ayahanda.... Selamat pagi!!!" Kedengaran suara anakandanya Azmir secara tiba-tiba yang sudah ada berdiri di hadapannya itu.
"Walaikumsalam... Apa yang kau buat di sini???!!!" balas ayahandanya dengan nada yang terkejut dengan kehadiran anakandanya di pejabat. Kerana selalunya dia sukar untuk memujuk anaknya untuk mengikuti perkembangan hal-hal hotel ini.
"Kenapa ayahanda??? Tidak bolehkah anakanda hendak menjenguk keadaan ayahandanya sendiri di sini??? Atau ayahanda ada masalah yang berat dan perlu pertolongan dari Azmir???!!!" Sapa Azmir lagi sambil menyindir-nyindir ayahandanya itu.
"Errr..." Dato' Ramli yang juga terkejut dengan kata-kata yang disuarakan oleh Azmir sepertimana Azmir tidak pernah ambil tahu hal pejabat sekalipun.
"Ayahanda mesti berasa hairan dari mana Azmir tahu hal ini kan...???" sahut Azmir lagi.
"Ayahanda jangan risau...anakanda tidak akan kecewakan ayahanda dan akan turut membantu ayahanda sekarang ini. Lebih baik kita terus bincang hal masalah hotel ini sekarang sebab Azmir tiada masa untuk buang-buang waktu untuk berleter dengan ayahanda." Seriusnya Azmir menyatakan hasratnya untuk membantu ayahanda menyelesaikan masalah di pejabat dengan segera.

     Mereka masing-masing berbincang bersama-sama dengan ahli-ahli yang lain di bilik mesyuarat tanpa diganggu oleh perkara yang lain.

Beberapa lama sudah Pak Long memandu mencari-cari gadis yang tertera di dalam telefon bimbit tuannya itu. Namun, masih tidak berjaya. Dalam beberapa minit kemudian, datang satu mesej dari tuannya.

"Maaf Pak Long..saya terlupa nak bagi alamat gadis tersebut... ini alamatnya......." mesej itu dibaca oleh Pak Long dan segera Pak Long memandu mengikut alamat yang diberi sebentar tadi.

Tibanya Pak Long di kedai roti dan kek, dilihatnya dan diperhatikan dengan betul alamat yang diberikan oleh tuannya itu akhirnya Pak Long berjaya menemui alamat tersebut. Sudah selama 2 jam Pak Long mencari hanya kerana mengikut perintah tuannya untuk melihat keadaan gadis itu. Tetapi, amat kecewa setelah setengah jam sampai, tiada kelihatan rupa gadis itu keluar mahupun masuk ke kedai itu.  Hati Pak Long menjadi tidak senang. Dia pun cuba menghampiri ke kedai itu dengan keadaan yang bersembunyi. Dia turut memasuki kedai tersebut sebagai seorang pelanggan. Akhirnya, terjumpa dengan wajah gadis yang dicarinya itu. Rupanya dia ada berada di dapur akan tetapi mukanya agak sedih dan kerisauan. Pak Long tidak tahu kenapa... Maka, Pak Long hanya membuat laporan sedikit tentang maklumat dan keadaan Aleesa kepada tuannya itu dengan menggunakan mesej.

"Tuan, gadis itu nampaknya sedih. Tapi, maaf saya tidak tahu kenapa???" itulah sedikit mesej yang dikirim oleh Pak Long kepada Tuan Muda Azmir. Lalu dia hanya menunggu di luar kedai sehingga tuannya memberi arahan yang lain lagi. Sekejap kemudian, Pak Long melihat gadis itu tiba-tiba keluar dari kedai sambil membawa kotak kek yang banyak dan diikatnya kepada basikalnya di bahagian tempat duduk belakang. Pak Long hanya perhatikannya dari jauh. Tetapi, Pak Long berasa hairan mengapa gadis itu mahu bekerja seperti lelaki?? Lagaknya seperti seorang penghantar kek sahaja kepada pelanggannya itu. Namun, Pak Long hanya mengekorinya dari arah belakang.

     Sejak dari pagi Aleesa tidak berhenti-henti mencari buku nota yang berkemungkinan ada ditinggalkan oleh Si Amir tentang resepi untuk membuat pizza. Malangnya, Aleesa masih tidak berjaya menemuinya. Dia berasa amat kecewa dan menangis keseorangan di dapur. Beberapa lama kemudian, dia melakukan sesuatu untuk pekerjaan yang lain bagi membantunya melupakan masalahnya buat seketika. Akhirnya, dia tekad untuk membantu rakannya yang bekerja sebagai penghantar tempahan ke rumah dengan menawarkan dirinya unyuk membantunya pada hari ini. Dia mengangkat tempahan kek tersebut lalu diletaknya dan diikat di bahagian belakang basikalnya. Dia tahu kerja yang dilakukannya amat berisiko. Akan tetapi, begitulah cara Aleesa untuk melepaskan kekecewaannya dengan melakukan sesuatu yang luar biasa tanpa difikirkan lagi susah ataupun senang sesuatu perkara itu. Dia juga tahu, dia mungkin akan mengambil masa yang lama untuk menghantar tempahan kek itu apabila menggunakan basikal. Dia tetap dengan pendiriannya dan meminta izin dengan Encik Zahar untuk melakukan kerja luar hari ini. Maka, Encik Zahar faham dengan situasinya sekarang akhirnya dia mendapat perlepasan tersebut. Tanpa melenggahkan masa lagi, Aleesa mengayuh basikalnya dan mencari alamat bagi tempahan kek-kek tersebut. Melalui sikapnya yang bersemangat dan rajin itu menyebabkan Encik Zahar percaya kepadanya.

     Pak Long yang terus mengekorinya hanya memandu menggunakan kereta tuannya itu. Dia memerhatikan semua gerak geri Si Aleesa. Dalam satu jam dia memandu akhirnya telefonnya berbunyi  iaitu panggilan dari tuannya.

"Hello tuan...ya saya.... Saya yang masih sedang mengekorinya tuan muda....." kata Pak Long kepada Tuan Mudanya itu.
"Baiklah, saya akan jemput tuan muda di sana sekarang..." jawab Pak Long lagi. Dengan segeranya dia menukar arahnya ke tempat perjalanan menuju ke pejabat Dato' Ramli Osman bagi menjemput tuannya balik semula ke rumahnya. Pak Long juga terus meninggalkan jejaknya terhadap Aleesa untuk mengikut perintah tuannya, Tuan Muda Azmir Iskandar.

         Sudah dua tempat Aleesa menghantar tempahan kek dari kedainya itu. Hanya tinggal satu kek lagi untuk dihantar ke tempat yang sepatutnya. Namun, Aleesa ingin merehatkan diri sebentar. Dia terlihat sesuatu yang begitu cantik iaitu tempat rekreasi yang ada pemandangan yang cukup luas dipenuhi dengan warna kehijauan dan tempat teduh yang indah. Dengan kerusi yang terukir cantik, pokok yang dipotong mempunyai corak yang tertentu dan sebagainya... "Memang cantiklah tempat ni..wow!!!!" kata Aleesa yang berasa tenang apabila berada di situ.

"Cantiknya.....lebih baik aku duduk di situ sebentar. Boleh juga idea aku datang nanti...." bisik hati aku.

Aleesa memparkirkan basikalnya di tepi pokok. Tidak jauh dari situ, dia duduk di atas rumput yang begitu bersih dan nyaman. "Aku boleh berasa tenang sekarang, tapi hati aku tetap sedih memikirkan resepi pizza ni... Di mana harus aku cari ya???" Aleesa mengeluh lagi lalu mencangkungkan dirinya dengan meletakkan kepala di atas lututnya itu.

Tiba-tiba kedengaran suatu suara....

"Kenapa sedih ni...awak???" sapa lelaki yang tidak dikenali itu.
Aleesa mendongak untuk melihat wajah lelaki itu.... "Saya sedih...sebab..... Emm, siapa awak?? Kenapa nak tahu??" jawab aku kepada lelaki yang menyibuk itu dan tiba- tibanya aku marah seperti tidak suka diganggu.
"Tak, saya tegur sebab tengok awak sedih...salah ker??? Takpa...bye.." jawab lelaki itu dengan nada yang tegas.
Aleesa terus berasa bersalah apabila berkata sedemikian terhadap lelaki yang tidak dikenalinya di taman itu.
"Err...awak... Saya memang ada masalah..." nada aku yang menangis memanggil lelaki itu semula dan menceritakan kepadanya apa yang telah berlaku. Lelaki itu terus duduk di sebelahnya dan mendengar cerita aku.
"Owhh..rupanya begitu.... Perkenalkan nama saya Hisham...panggil saya Sham.. saya duduk dekat-dekat sini je..." balas lelaki itu.
"Ye...saya Aleesa...."
"Awak jangan sedih ye...saya boleh bantu awak...tapi dengan syarat awak mesti belajar... boleh??"
"Belajar???!!! maksud awak???"
"Ok..ini alamat tempat saya bekerja...jadi awak pergi sana nanti ye...jumpa lagi..." balas lelaki itu setelah memberi kad kepada aku lalu aku bangkit meninggalkan taman yang cantik lagi indah itu. Aku hanya meletakkan kad tersebut di dalam poket dan meneruskan destinasi dengan menghantar kek yang terakhir ke tempat tuannya.

        Dalam kepenatan aku mengayuh basikal di tengah-tengah panas yang terik membuatkan aku terasa dahaga. Aku berhenti seketika apabila terjumpa sebuah kedai runcit yang kecil dengan menjual pelbagai jenis cendol yang letaknya berhampiran di lorong rumah perumahan yang mewah. Aku pun turun dari basikal tunggangan aku lalu duduk di kedai itu. Aku melihat menu yang ada. Sekali aku terpandang....."Wah...cendol ais berperisa coklat..." Aku pun berasa berminat lalu meminta cendol tersebut kepada penjualnya. Lima minit kemudian, akhirnya siap dan aku boleh menghirup air cendol tersebut dengan sepuas hati. "Sedappp...hilang rasa haus di tekak aku ni..." kata aku dengan nada perlahan.

Aku cuba mengambil sesuatu di dalam beg aku iaitu sebuah buku  dan pen...aku mula menulis...

"Dear diary,
Sesungguhnya aku pada hari ini begitu kuat semangat hinggakan mahu menghantar semua tempahan kek dengan hanya menggunakan basikal aku yang tidak berapa bagus ini. namun aku berterima kasih dengan khidmatnya kepada aku selama ini. Sekiranya basikal aku tiada, mungkin aku tidak akan sampai ke tempay sejauh ini dan hsekrang hanya tinggal satu kek sahaja untuk aku serahkan kepada tuan penempahnya. aku teramatlah bersyukur kerana Allah masih berikan aku kekuatan bagi meneruskan hidup aku yang sebegini. Aku tidak pernag berasa kesal dengan apa yang ada pada aku sekarang. Walaupun aku susah aku tetap bersabar untuk sampai ke penghujung perjalanan. Aku berani mencabar diri aku!!! Ya...!!! Aku memang seorang yang cekal dan tabah.!!!

Kini aku sedang mengalami satu masalah yang aku pun tak pasti dapat atau tidak aku menyelesaikannya nanti... Aku perlu mencari resepi pizza sampai dapat. Dan aku boleh membuktikannya yang aku juga mampu mempelajari dan memperolehinya walaupun tan AZMI!!!! di sisi......

Aku haru semangat dan jangan berputus asa. Itulah pesanan terakhir dari lelaki yang aku kenal sebelum ini yang telah masuk dalam hidup dan jiwa aku.... Azmi....."

Aku teringat akan kek yang dihantar lalu aku menyeluk kertas yang ada tertulis alamat itu, aku menghafalnya dengan baik sekali kemudian aku bertanya kepada penjual itu tentang alamat yang hampir berdekatan di situ.

"Pakcik, tumpang tanya... Pakcik tahu tak di mana alamat ini?? Mungkin sudah berdekatan agaknya, tapi saya perlukan kepastian." sapa aku dengan penjual cendol itu.
"Oh...sudah dekat ini nak... anak jalan terus dan belok ke kanan ye... Rumah ini rumah banglo nak..." balas penjual itu sambil mengayakan dengan menggunakan tangannya untuk memberitahu aku arah rumah tersebut.
"Ok..pakcik..terima kasih...." jawab aku kembali.

Aku meneruskan perjalanan mengikut apa yang diberitahu oleh penjual cendol itu. Setengah jam aku mengayuh basikal akhirnya jumpa alamat tersebut. "Aduhh..penatnya...sampai juga aku kat sini... Amboiii...besar betul rumah ni... ahh lantak lah..." bisik hati aku. Aku pun menekan butang alarm di hadapan rumah banglo itu dan mengatakan aku penghantar kek. Tiba-tiba pintu kecil yang berada di sebelah kiri aku terbuka..dan seorang perempuan tidak begitu tua dengan berpakaian serba biru muda keluar dari rumah tersebut lalu menghampiri aku.

"Penghantar kek ya??? Mari sini bagi itu dengan ibu saja..." kata perempuan itu di hadapan aku.
"Ya... terima kasih...tapi wang bakinya...?" balas aku pula.
"Oh ya...ini dia cik...bakinya.. terima kasih kembali..." kata perempuan itu lagi lalu masuk kembali ke rumah. Aku ditinggalkan begitu sahaja. Kemudian, seterusnya perjalanan aku adalah balik ke kedai semula. Aku melihat jam menunjukkan tepat pukul 4.00 petang. Aku mesti segera pulang. Perasaan aku semakin risau apabila resepi untuk menghidangkan pizza belum lagi dijumpai. Tanpa aku mengusutkan kepala aku, aku meneruskan perjalanan aku terlebih dahulu.

Dalam masa beberapa minit lagi Pak Long akan sampai di hadapan hotel Dato' Ramli Osman itu.

        Di perhatikannya Tuan Muda Azmir Iskandar sudah menunggu di hadapan perkarangan hotel itu. Pak Long pun memberhentikan kereta yang dipandunya di hadapan tuan mudanya. Kemudian, tuan mudanya masuk ke dalam kereta dan berkata....

"Pak Long cepat jalan....dan tolong hantar saya balik ke tempat rumah sewa saya ya.. tapi sebelum itu kita pergi ke tempat makan dahulu. Saya sangat lapar sekarang...." tegur Azmir kepada pemandunya apabila berada di dalam keretanya itu. Dalam pada masa itu juga, dia sempat menukarkan pakaian yang begitu bergaya tadi menjadi orang biasa yang hanya menggunakan t-shirt serta seluar jeans berwarna biru dan kasut sport berjenama nike.
"Kita hendak makan ke mana tuan???" sapa pemandunya lagi.
"Kita makan di warung biasa sahaja... Lagi sedapkan Pak Long..." kata tuan mudanya tetapi pemandunya juga hairan dengan pemilihan tempat makannya itu. Sungguh luar biasa.
"Ya..tuan..." jawab pemandunya sambil tersenyum melihat keinginan tuannya itu dengan menggunakan cermin belakang ketika dia sedang memandu.

       Azmir yang tiba-tibanya rindu hendak makan di warung kerana teringatkan Aleesa. Dia sangat rindukan Aleesa. "Bagaimanakah keadaannya nun jauh di sana???" bisik hati aku. Aku membuka telefon bimbit aku dan membuka paparan gallery. Pelbagai gambar Aleesa ada di dalamnya yang turut diperhatikan oleh aku. "Dia memang cantik!! Dan Comel!!!" kata Azmir dengan nada yang begitu perlahan. Apabila sampai di tempat makan nanti, dia akan bertanyakan hal Aleesa kepada pemandunya itu.

No comments:

Post a Comment

Kepunyaan Blog.....Comel :)

Gadis yang kecil molek berasal dari Kuching Sarawak. Dirinya amat bersahaja dengan amat meminati bidang penulisan ini bagi mewujudkan cerita & kisah menarik yang tergambar di fikiran untuk direalisasinya kelak. InsyaAllah... PEACE