Assalamualaikum semua...
Seperti biasa apabila saya ada sedikit masa terluang saya akan cuba untuk menulis. Itulah teknik saya bagi menghilangkan segala tekanan yang ada. Jika anda mahu mencuba silakan.... Saya sentiasa menggalakkan diri saya untuk terus rajin menulis agar dapat wujudkan pelbagai idea-idea yang bernas bagi membantu saya dari segi pertuturan, berkomunikasi dan bertindak.
Pemikiran amat penting dalam hidup kita. kita hendaklah selalu rajin menggunakannya, jangan sesekali malas atau unactived pemprosesan otak. Ada masa kita perlu bekerja dan ada juga masa untuk kita berehat. Saya mahu diri saya berada dalam mood yang baik dan membangun kerana saya mudah tertekan apabila dibelenggu dengan pelbagai cabaran. Namun, gerak hati saya tidak mahu mengalah. Cuba selagi ada daya kita berfikir dengan smart dan cepat bertindak.
Kata-kata yang sering saya ucapkan walau di mana saya berada adalah
"KALAU MEMANG KITA BIJAK PASTI KITA AKAN BERJAYA"
Tanamkan sifat dalam diri untuk berjaya. Biar susah dahulu...janji akan senang di kemudian hari.
Seperti saya, saya sudah siapkan penyediaan untuk saya mengajar walaupun pada mulanya agak sukar dan susah untuk melakukannya. Dalam hati turut merungut tapi dengan adanya word "SABAR" itu membuatkannya saya mampu menyiapkannya. Itulah maksudnya usaha tangga kejayaan, kalau kita rajin di mana-mana pasti ada peluang dan hasil.
Dalam penyudahan saya menyiapkan kerja saya ini, dapat jugalah saya memblogger dan mencoret apa yang saya alami sampai ke hari ini.
Pada hari ini, saya telah merasa bangga kerana kejayaan adik saya di peringkat PMR telah terbukti dengan mendapat keputusan yang sangat baik. Alhamdullillah...banyak cara saya telah membantunya dan itulah hasil darinya. Saya tidak akan berputus asa untuk membantu sekiranya orang tersebut ingin bersama-sama membantu dirinya untuk berubah. Saya yakin mereka pun boleh.
Itulah hasil dari coretan saya setelah lama saya tidak memblogger kerana sibuk melakukan pekerjaan yang lain. In Sya Allah...cerita kisah saya akan saya sambungkan dengan segera.
_nukilan_
Azyra.R
No comments:
Post a Comment