Thursday, 1 November 2012

Mahukah aku teruskan ia??


Di antara penjadi seorang guru atau penulis
Diri aku yang berada di tengah-tengah landasan, aku turut mengerti kesukaran dalam hidup bagi menjalani dua pilihan yang sebenarnya tiada jawapan sehingga kini. 
Aku ingin menjadi seseorang yang bagus di kalangan orang disekeliling aku, namun aku tetap juga 'terhenti' di landasan yang sama.
Landasan yang tiada pilihan kerana wujudnya tembok di hadapan aku yang cukup tinggi....
Bagaimana aku hendak memecahkan tembok itu? Di saat aku sendiri tiada daya pemikiran, pengetahuan yang begitu tinggi seperti orang lain....di mana harus aku bermula bagi mengolah semua karater-karater yang kuat dan kukuh itu seperti penulis yang lain.

Mahukah aku teruskan?

Aku yang kecil lagi ada ilmu tetapi berat hati aku untuk menunjukkannya.
Jari jemari aku turut berhenti tatkala dia tidak mempercayai aku.

Apa aku harus buktikan?

Ya, buktikan untuk kamu sendiri....
Mungkin ini hanyalah bisikan syaitan yang membuat kamu sering lemah, kurang semangat serta membuatmu putus asa.
Janganlah kamu mempersia-siakan bakat terbuku di hati kamu selama ini.
Sudah agak lama kamu menahan kesakitan hati, mengikut segala pergolakkan yang membuat dirimu jatuh hinggakan tiada orang mempeduli perasaanmu....

Menjadi Guru adalah cita-citamu....
Menjadi Penulis adalah bakatmu.......
Senantiasa perbaiki diri, mengambil ikhtibar setiap pertuturan orang tua dan juga orang luar.
Kurangkan lena mu...lebihkan inspirasi dan angan-anganmu...
InsyaAllah akan ada jalan kehidupan yang baik untukmu.

Mahukah aku teruskan?

Ianya amat perlu jika aku teruskan berusaha...tiada kenal erti penat serta lelah... teruskan menulis apa sahaja terbuku di hatimu... Pasti ia akan menjadi satu kisah yang kita sendiri tidak dapat menjangkanya akan menjadi sebuah cerita pendek.

Itulah keajaibannya!!!!!! Penulis memberi inspirasi dan semangat dalam diri kita.

Azyra.R

No comments:

Post a Comment

Kepunyaan Blog.....Comel :)

Gadis yang kecil molek berasal dari Kuching Sarawak. Dirinya amat bersahaja dengan amat meminati bidang penulisan ini bagi mewujudkan cerita & kisah menarik yang tergambar di fikiran untuk direalisasinya kelak. InsyaAllah... PEACE