Sunday, 4 November 2012

Kisah Aku Si Comel


Nama aku Noraziah yang telah diberi oleh ayah aku bernama Rajikin sempena maksudnya orang yang sabar. Aku dilahirkan pada 25 Oktober 1985. Sekarang aku sudah 27 tahun. Aku telah diberi peluang melanjutkan pelajaran dari Diploma Pengurusan Perniagaan dan seterusnya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Major Matematik selepas tamat persekolahan PMR dan SPM di Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman. Aku amat bersyukur kerana dapat menjalani perjalanan hidup sebagai pelajar dan juga mahasiswa di universiti.


       

Justeru itu, aku turut dapat mempunyai pengalaman bekerja di syarikat swasta dan juga kerajaan. Alhamdulillah. Banyak pekerjaan yang telah aku lakukan sehinggakan aku faham bagaimana susahnya untuk mendapatkan wang saku sendiri dengan titik peluh sendiri. 

Apabila aku merasai wang dari hasil pendapatan aku bekerja aku berasa sangat puashati walaupun gaji tidaklah seberapa tinggi hanya sederhana sahaja tapi aku tetap mengakuinya ia memang 'mengasyikkan'. Rezeki yang aku perolehi juga turut dibahagi samarata dengan keluarga aku. Aku tidaklah kedekut yang disangka cuma kekadang aku agak kurang berbelanja sekiranya terdapat sesuatu barang itu tidak diperlukan lagi buat masa itu.


Kini, aku berhenti kerja.......disebabkan perkara yang bukan bidang kuasa aku maka, aku menjadi penganggur sepenuh masa. Aku mula bingung kerana kehendak aku itu sukar dicapai iaitu aku hendak mengajar. Peluang aku sampai sekarang amat tipis. Mengapa??? Bukan kerana orang enggan membantu aku tetapi hanya kerana aku tersalah pilih jalan. Dulu nasib aku  memang tidak sebahagia sekarang.... Hahaha bahagiakah aku sekarang?????? (Perit dihati). Bagaimana aku hendak menwawarkan apa yang aku inginkan??...apa cita2 aku sebenarnya??? sedangkan keputusan perperiksaan SPM aku tidak begitu memuaskan. 

Fikiran aku pada masa itu hanyalah berserah padaNya akan keadaan hidupan aku kelak. Aku tidak sepandai seperti adik-beradik aku yang lain. Aku lembab tapi aku tetap usaha untuk berdiri sama tinggi dengan mereka. Setiap satu langkah mereka berjaya aku perlukan sepuluh kali untuk mengejar kejayaan mereka. Betapa kuatnya semangat aku sehingga sekarang untuk mendapatkan segulung Ijazah di hadapan mereka supaya mereka "proud" dengan pencapaian aku yang sedia ada.



Namun.......ia tetap tidak berubah. Aku tetap lemah dan tiada apa di mata mereka kerana sampai sekarang aku tidak bekerja dan tidak mampu memberikan apa-apa untuk mereka. Hati aku teramatlah hampa.........hampa........sakit.......rasa seperti dicucuk, ditikam, dibunuh..........

Apa patut aku buat sekarang??? Adakah aku perlu terus berlari mengejar mereka lagi hingga ke tahap yang lebih tinggi??? Mampukah aku????

Tiada jawapan untuk masa ini.......kerana aku masih begini, lansung tiada berguna, tiada wang, tiada pekerjaan........... semuanya tiada......

                        

No comments:

Post a Comment

Kepunyaan Blog.....Comel :)

Gadis yang kecil molek berasal dari Kuching Sarawak. Dirinya amat bersahaja dengan amat meminati bidang penulisan ini bagi mewujudkan cerita & kisah menarik yang tergambar di fikiran untuk direalisasinya kelak. InsyaAllah... PEACE