Saturday, 24 November 2012

Cinta Kita - Bab 10

         "Morning mom.....muaahhh...." Syamil yang nampak segar dan ceria apabila bangun di pagi hari ini lalu mengucapkan selamat pagi kepada ibunya, Datin Salbiah serta memberikan satu kucupan sayang di pipi ibunya itu.
"Morning my son....wow...ceria nampak anak mama ni??? Ada apa-apa nak kongsi ke?? " jawab ibu Syamil sambil mengusik apabila melihat tingkah laku anaknya yang tengah gembira.
"Tak ada apa-apa lah mama.... saja nak bagi mama senyum pagi ni...hehehe" jawab Syamil lagi.
"Yelah tu... jom sarapan... Mama buat menu special hari ni khas untuk Syamil.... Nasi lemak Special..." kata ibu sambil menyiapkan hidangan untuk diberikan kepada anaknya dan daddy.
"Wow...sedapnya...tau ye mama yang Syamil tengah lapar...kebetulan pulak ada nasil lemak masakan mama ni..." Syamil hanya terus duduk di meja makan dan menjamu selera dengan sarapan yang enak hari ini.

Ayah Syamil yang menuruni anak tangga dan terus menuju ke meja makan.

      "Morning daddy....Come join us..." ayah Syamil iaitu Dato' Ramli Osman seorang Pengarah di Hotel Sunrise Way disapa oleh anaknya Syamil.
"Morning my son..." jawab ayahnya yang bersahaja kerana ayah Syamil seorang ynag tegas dan juga pendiam. Komited dengan kerjaya itu hinggakan semua hal perlu dilakukan dengan penuh disiplin dan dedikasi. 
"Syamil, boleh ayah bercakap dengan kau malam nanti.. Ada hal yang perlu dibincangkan..." tiba-tiba ayah Syamil bersuara serta bertanya dengan Syamil.
"Boleh dad...lagipun Syamil tak ada aktiviti malam nanti." Syamil yang menjawab pertanyaan ayahnya lalu bangun dari kerusi untuk bergegas bergerak menuju ke destinasinya iaitu ke universiti. Dia sempat meneguk air kopi sedikit sahaja apabila melihat jam ditangannya menandakan dia sudah terlewat.
"Syamil pergi dulu ya...mom...dad...sudah lambat ni..." kata Syamil di hadapan orang tua sambil bersalaman dan mengucup tangan mereka.
"Baik-baik tau....jaga diri!!" teriak mama Syamil lagi lalu tersenyum.

Datin mula berbicara dengan suaminya itu.

       "Abang...anak kita pagi ni ceria semacam je... Perasaan ingin tahu lah abang..Kenapa macam tu???" isteri Dato' Ramli mula bertanya tentang anak lelakinya itu kepada suaminya.
"Entah...anak awak kan...pergilah tanya nanti...bila ada masa lapang tu cubalah berborak dengan anak awak." balas suaminya.
"Yelah...nanti saya tanya ye abang..." jawab isterinya lagi.
"Jangan lupa beritahu abang pula....mana tahu anak kita sedang dilamun cinta....hehehe..." usik Dato' Ramli dengan isterinya itu.
Datin Salbiah hanya tersenyum dan menepuk bahu suaminya itu.
"Oh...ya...abang nak bincang apa dengan anak kita tu malam nanti???" Datin Salbiah terasa ingin tahu apa yang dimahukan oleh suaminya dengan anak lelakinya.
"Hal pejabat...nanti kita bincang bersama malam nanti ye. Abang dah lambat ni... Pak Man dah siap kereta???!!!" Dato' Ramli yang menyahut pertanyaan isterinya sambil mengatur tali lehernya yang kurang rapi itu. Setelah itu dia mencari0cari pemandunya untuk membawanya ke pejabat.
Datin Salbiah pun bersalaman dengan suaminya yang tersayang...

       Ketiadaan dua suara lelaki di rumah membuatkan Datin Salbiah mula merasakan kesunyian. Datin Salbiah adalah merupakan seorang yang ceria dan suka berkebun. Di masa lapang dia sentiasa akan berada di balkoni belakang rumahnya untuk melakukan aktiviti riadahnya seperti berkebun, mencanting bunga orkidnya serta bunga-bungaan yang lain. Selain itu, dia sentiasa pastikan tanam-tanamannya disiram dengan baik dan dijaga dengan rapi. Seekor serangga pun tidak boleh hinggap di sana kerana dia tidak sanggup melihat tanamannya dirosakkan oleh binatang itu. Sungguh sayang sekali Datin dengan peliharaannya. Pada masa yang lain, dia akan membaca majalah di rumah serta membeli belah untuk melihat koleksi-koleksi di butik bagi melihat baju muslimah mahupun tudung yang baru dan lebih menarik perhatiaannya.

Setibanya Dato' Ramli Osman di hadapan hotelnya iaitu di hotel lima bintang itu. Dia membuka pintu dan turun dari kereta Mercedez yang elegan berwarna hitam lalu melangkah ke anak tangga hotel tersebut. Dia turut di sambut oleh pekerja-pekerja hotel dengan baik sekali. Apabila sampai di hadapan lif, dia terlihat seperti seorang lelaki yang sebayanya dari jauh. Seolah-olah dia amat mengenalinya tetapi kurang mengingati siapakah nama gerangan lelaki itu.

"Dato' Ramli kan???" sapa lelaki itu yang berbaju kot hitam sambil memegang telefon bimbitnya turut membawa begnya menuju ke arahnya.
"Ye..betul... Siapa ya? Maaf saya kurang pasti siapa anda..." jawab Dato' Ramli.
"Saya.... Tan Sri Omar dari Syarikat O-Land Holding.....iaitu sebuah syarikat pembangunan dan hartanah yang ketiga terbesar dan juga terkenal.
"Ohh...Tan Sri...maaf saya tidak mengenali anda sebentar tadi. Ada urusan apa ya...??? Ok, apa kata kita bincang di office saya, kalau tidak keberatan ye Tan sri..." balas Dato' Ramli kepada Tan Sri Omar serta mempelawanya ke pejabatnya untuk berbincang kerana dia merasa tidak elok untuk berurusan di situ.
"Apa salahnya... Silakan." jawab Tan Sri Omar lagi.
 Lalu mereka menaiki lif yang pintu sedang terbuka luas untuk ke bahagian pejabat.

          Syamil yang sudah lama sampai ke universiti berada di ruang bilik pensyarah. Dia terus menuju ke mejanya dan melaksanakan tugasnya yang belum selesai dengan menyemak tugasan-tugasan yang dihantar oleh pelajar-pelajarnay seminggu yang lalu sementara menunggu masanya untuk mengajar. Dalam dia menyemak tugasan tersebut, hatinya mula teringatkan Sharmila yang sudah agak lama tidak mendengar khabar beritanya itu. kali terakhir dia menelefon Mila adalah pada malam dia berterus terang tentang perasaannya terhadap Mila. "Nampaknya Sharmila menunjukkan dia tidak meminati diri aku, kalau tidak kenapa dia perlu mengelak dari aku. Betul ke apa yang aku fikirkan??? Tidak, mungkin kata perasaan aku sahaja, lagipun aku tidak boleh terus menuduhnya secara terburu-buru tanpa usul periksa. Mungkin ada sebab kenapa dia mengelak daripada aku...." bisik Syamil lagi dan terus termenung.

Syamil mengambil telefon bimbitnya lalu mendial nombor Sharmila.......

"Pick up your phone Mila...please..." kata Syamil dengan nada yang agak perlahan. Dia mencuba mendial lagi. Namun sudah berkali-kali mendial sekali pun, Mila masih tidak mengangkat panggilan itu. Syamil semakin risau. Dia berharap agar pada hari ini dia dapat menemui Mila di mana jua dia berada. "Ya Allah...bantulah hambamu ini.." doa si Syamil lagi.

         Sejam yang lalu, Syamil fokus menyemak tugasan dari pelajar-pelajarnya akhirnya masa dia untuk ke kelas. Dia perlu bergerak sekarang. Tiada yang mudah apabila bekerja sebagai pensyarah. Kita sentiasa tiada cukup masa untuk diri sendiri dan perlu bijak membahagikan masa dengan secukupnya di antara melakukan kerja dan berehat. Tetapi Syamil agak berlainan sekali, masanya sentiasa dipenuhi dan turut mempunyai jadual yang relevan untuk dirinya berehat, beriadah, bekerja dan sebagainya. Sesudah sampainya di hadapan kelas itu yang kebetulannya adalah kelas Sharmila. Dia teringat apabila terlihat wajah kawannya iaitu, Anaz..."Tapi, kenapa dia keseorangan sahaja??? Mana Mila...???" bisik hati Syamil. Syamil tidak memikirkannya terlebih dahulu tentang itu dan terus fokus kepada tutorial yang harus diberikannya kepada para pelajar pada hari ini.





No comments:

Post a Comment

Kepunyaan Blog.....Comel :)

Gadis yang kecil molek berasal dari Kuching Sarawak. Dirinya amat bersahaja dengan amat meminati bidang penulisan ini bagi mewujudkan cerita & kisah menarik yang tergambar di fikiran untuk direalisasinya kelak. InsyaAllah... PEACE