Dalam dunia yang serba canggih ini, kita seharusnya peka dengan apa yang ada di sekeliling kita. Saya yang seringkali mendengar sesuatu yang canggih seperti wujud komputer, telefon bimbit kemudian semakin meningkat ke arah kemajuan bagi wujudnya lagi laptop bagi memudahkan pekerja yang bekerja di luar, mudah di bawa ke sana ke mari dengan hanya menyimpannya di dalam beg yang kecil berbnading dengan komputer. Manakala telefon bimbit juga canggih dengan pelbagai perubahan dengan wujudnya samsung, sony arrison, nokia, htc, dan sebagainya. Kini pula dengan adanya tablet rangkuman di antara perisian komputer dan telefon bimbit. Begitu canggih zaman sekarang ini. Saya sebagai manusia pun tertarik dengan peralatan yang canggih itu serta ingin memperolehinya dan merasainya sendiri setiap alatan canggih yang dipasarkan oleh penjual.
Akan tetapi, saya sebenarnya bukan hendak menceritakan kisah alat-alat canggih seperti sebentar tadi. Saya hendak mengetahui bagaimana manusia boleh hidup dengan bahagianya apabila munculnya semua barangan canggih tersebut. Mereka semakin hari, semakin mengejar untuk mendapatkannya serta menggunakannya. Saya ingin juga mengetahui bagaimana rahsia mereka untuk memperolehinya sedangkan saya tahu harganya begitulah mahal. Itulah persoalan di hati saya.
BAGAIMANA MEREKA MENDAPATKANNYA?????
Inilah yang ingin saya ketahui sekarang. Begitu banyak orang rajin mencari wang melalui perniagaan sahaja. Saya agak tertarik dengan pemikiran orang berniaga. Mereka tidak berputus asa memikirkan sesuatu yang idealistik dan luar dari fikiran orang lain. Saya turut teruja untuk mendekati bidang perniagaan ini, namun saya tidak mengetahui bagaimana untuk memulakannya.
BAGAIMANA HENDAK MEMULAKAN PERNIAGAAN?????
Saya ada idea namun masih banyak perlu dibelajar dan difahami. Bagi memulakan sesuatu perniagaan ia perlukan modal yang besar seperti wang yang mencukupi sebagai langkah pertama untuk setiap peniaga. Seperti saya seorang graduan yang masih berjinak-jinak mencari pekerjaan agak sukar untuk mendapatkan modal. Jadi, di sini saya ingin mengetahui bagaimana sesetengah golongan yang telah pun berjaya tidak perlu membuka sebuah perniagaan tetapi hanya menggunakan sistem canggih ini mereka boleh memperolehi wang yang banyak dan menakjubkan!
Saya terasa berminat ke arah itu. Saya juga perlukan masa untuk mengkaji setiap langkah yang sepatutnya saya ikuti dan saya boleh berjaya seperti mereka.

CEBURI BIDANG PERNIAGAAN...............!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment